AL-MALHAMAH AL-KUBRO
Freemason sampai ke Nusantara
Setelah kekalahan armada Portugis di Maluku ditangan kerajaan Islam Ternate sekitar tahun 1570-an, pihak Masonic mengetahui bahawa penyatuan diantara kerajaan² kecil Melayu Islam mampu menggugat hegemoni mereka di Nusantara. Lagipula punca kekalahan Portugis di Maluku adalah kerana kepungan Acheh di Melaka yang telah menghalang penghantaran bantuan armada tambahan ke Maluku. Penyatuan ini dilihat berbahaya lalu ditubuhkan sebuah organisasi boneka sebagai samaran agenda mereka di Timur yang dinamakan East India Company atau Syarikat Hindia Timur.
SYARIKAT HINDIA TIMUR
300 tahun sebelum tumbangnya Empayar Islam Turki Uthmaniah iaitu pada 1924, ekspansi ke wilayah timur semakin giat dijalankan oleh Freemason bertujuan mengambil alih hasil bumi Nusantara yang berperanan besar kepada khilafah Uthmaniah. Selain mengembangkan fahaman Kristianiti bagi menggantikan agama Islam yang dianuti oleh orang-orang Melayu. Untuk mencapai tujuan tersebut sebuah syarikat awam yang mendapat Dekri Diraja Inggeris ditubuhkan pada 1600. Syarikat ini dinamakan sebagai Syarikat Hindia Timur atau East India Company yang dipecahkan menjadi 3 entiti. Entiti utama dan terunggul dalam kumpulan East India Company ialah British East India Company dimana Stamford Raffles yang sangat sinonim dengan Singapura melakar sejarahnya.
STAMFORD RAFLLES SEORANG MASONIC
No comments:
Post a Comment