Tuesday, 30 July 2019

Sistem riba perbangkan

SISTEM PERHAMBAAN BARU  CIPTAAN FREEMASON

Persoalan bagaimana Firaun yang kezalimannya begitu terserlah, namun berjaya menghasilkan teknologi yang maju pada zamannya, adalah satu persoalan yang menarik. Antara faktor yang menyumbang kepada kemajuan itu adalah sistem perhambaan. Apakah hari ini tiada sistem perhambaan yang diamalkan oleh manusia? Ya, ada. Salah satu daripadanya adalah dari aspek ekonomi.

Punca sebenar meningkatnya inflasi adalah sistem perbankan yang menggalakkan pemberian kredit dan pinjaman baik dari pinjaman rumah, kereta mahupun kad kredit, yang mana ia mencairkan nilai wang itu sendiri. Malah ciptaan bank itu sendiri adalah permulaan sistem perhambaan baru.

Jika anda berurusan dengan pihak bank, anda diberi terma perjanjian. Perjanjian berdasarkan dasar yang ditawarkan oleh pihak bank, umpama ayat berikut;

"Sudikah anda menjadi hamba kami selama anda berhutang dengan kami?"

Hari ini kita mampu untuk beli sebuah rumah RM500,000 hanya dengan pinjaman. Kita ukur kemampuan kita  sebulan dengan pembayaran bulanan. Lalu kita nampak kita mampu menanggung hutang itu. Lalu kita bayarlah rumah itu untuk tempoh 40 tahun. Setelah 40 tahun, jumlah bayaran yang kita langsaikan ialah RM1,500,000.  RM1 Juta ialah faedah yang diambil oleh bank itu sendiri.

Sistem riba menjadikan barang jadi mahal. Ini kerana kos tambahan dari sistem riba dalam seluruh rantaian sistem produksi juga sebab pertambahan demand akibat keghairahan NAFSU membeli yang tidak berdasarkan kemampuan saku tapi kemudahan berhutang.

Tahukah kita, jika tiada riba di dalam dunia ini, rumah yang kita beli itu mungkin hanya bernilai RM30,000 SAHAJA.).

Hari ini kita pasti akan keliru dengan sistem perbankkan Islam yang menawarkan pinjaman perumahan RM500,000 dan bayar semula RM1,500,000

Inilah sistem ciptaan Dajjal untuk memperhambakan  umat manusia.

Apa yang harus umat islam lakukan adalah berusaha melangsaikan segala hutang2 yang ada dan berhenti mengambil hutang yang baru. Ini kerana jika kita berhutang baik secara Islam atau konvensional sekalipun, kita bersubahat mencairkan nilai wang itu sendiri.

Logo Bank Negara Malaysia adalah simbol Iluminati. Mengapa? Kerana bank diseluruh dunia adalah milik Rothschild.   Wang kertas adalah ciptaan Iluminati  yang  penuh dengan lambang sihir.  Realitinya, Bank Negara Malaysia adalah milik penyembah syaitan.

"Sesiapa yang menguasai bank, dia akan menguasai dunia..."

============================================================================================================================================

ROTHSCHILD PENYEMBAH SYAITAN

Rothschild  telah  mewujudkan banyak pertubuhan penyembahan syaitan seperti Freemason, Illuminati, Rotary, Lions Club, Bilderberg etc...

Lodge Freemason di Sri Petaling antara markas Freemason yang baru dibina berdekatan dengan masjid @ markas pengumpulan jemaah Tabligh.

Lahad Datu, MH370, MH17 adalah percaturan Rothschild.
Lodge2 Freemason saban hari semakin bertambah di Malaysia. 

Adakah kita sudah MERDEKA??

===========================================================================================================================================

KRISIS EKONOMI  MENJELANG 2018

Kita akan melalui krisis ekonomi yg mengerikan. Ingat! Ini bukan kata2 politik tetapi ini hakikatnya.

Jika anda pekerja kerajaan, pedulikan kerana walau apa berlaku gaji anda tetap dimasukkan. Tapi jika anda pekerja swasta atau peniaga kecil dan sederhana bersiap sedialah untuk  menghadapi hari2 yg sukar, mungkin lebih sukar dari tahun  1997-1999 dahulu. Di mana ada General Manager menjadi pemandu teksi.

Lebih memeritkan lagi keadaan apabila negara kita tidak diuruskan dengan baik. Ia umpama kita berniaga untung RM 30 tetapi belanja sehari RM 50. Kadar pendapatan rakyat Malaysia pula tidak selari dgn kos sara hidup. Contoh 60 peratus rakyat Malaysia bergaji bawah 3000 tapi kos sara hidup lebih tinggi daripada pendapatan majoriti rakyat.

Harga Hartanah melonjak 300% kurang dari 10 tahun. Sebagai contoh rumah teres 20 x 70 pada 2003 sekitar RM150-250 k melonjak kpd 500-1 juta. Malangnya rumah yg mahal itu turut habis dijual. Siapa yg beli? Bukankah seperti ada kawalan dari pihak tertentu...wallahuallam.

Jgn lupa hakikatnya kerana akhbar Malaysia sahaja yg banyak sembunyikan fakta yg benar. GDP 55 % adalah berbahaya. Peramal ekonomi berkata pada 2017...Malaysia akan berhutang sebanyak RM 700 billion..menuju ke ambang bankrapsi. Kenapa ia begitu pantas berlaku? Sebab negara kita terlalu dasyat korupsinya. Pemimpin sudah sebati dengan rasuah demi untuk kekal memerintah.   Org Melayu menganggap rasuah itu adalah komisen. Bila terlalu tinggi korupsi, maka dgn sendirinya nilai ringgit menjadi lemah...tiada keupayaan kita.

Ini bermakna rakyat Malaysia perlu menyimpan utk hari hujan, atau mungkin hari ribut. Jadi apa kita perlu lakukan? Berhenti melancong ke luar negara dlm tempoh 2 tahun ini melainkan anda mempunyai simpanan yg banyak. Perbanyakkan urusan perniagaan dgn kerajaan walaupun budget kerajaan utk tujuan tersebut juga akan disekat.

Ini masa kita berhenti utk melabur utk perniagaan. Ini adalah masa kpd mereka yg mempunyai harta utk melabur dlm bidang hartanah. Harga2 rumah kedai akan jatuh, begitu juga dgn tanah.

Bagi adik2 lepasan Universiti, inilah masa kalian utk terus menyambung pengajian 'Master' atau Phd kalian. Dlm kegawatan ekonomi jika adalah amat sukar utk kalian berkhidmat dgn syarikat korporat gergasi sekalipun seperti Astro, Celcom, Media Prima dan sebagainya kerana syarikat2 terbabit sibuk utk membuang pekerjanya.

Selamat mengharungi hari2 yg sukar ini. Hikmahnya tentu ada...tentu ramai2 yg akan sujud memohon kpd Allah...Alhamdulillah.  

Sepertimana yg kita tahu  Ringgit Malaysia semakin jatuh menjunam, dan dijangka akan jatuh lebih teruk tidak lama lagi.

#Pray4Malaysia

Hanya satu perkara yg Dajjal & Rothschild paling takut, iaitu MASJID penuh setiap waktu solat dan amalkan full sunnah.. kerana jika ini berlaku, Bantuan Allah pasti akan sampai. Doa2 umat islam akan dimakbulkan Allah swt.

Sama2 kita berdoa supaya umat Islam dapat bersatu untuk bersama menentang kejahatan yang akan menimpa kita InsyaAllah..

===========================================================================================================================================

ROTHSCHILD  WUJUDKAN  BANK  SELEPAS MENGKAJI SURAH AL- BAQARAH

Surah Al – Baqarah antara kajian Dajjal & Rothschild paling berjaya, iaitu untuk mencipta kekayaan melalui RIBA sekaligus dapat menyesatkan umat Islam. 

- Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba’. ”
“..Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka KEKAL di dalamnya…”
( Surah Al – Baqarah – Ayat 275 )

- Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan riba’ yang berganda-ganda dan takutlah kamu kepada Allah s.w.t mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.”
(Surah Ali Imran – Ayat 130)

- Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :
“Allah s.w.t telah melaknatkan orang yang makan riba’ orang yang berwakil padanya dan jurutulisnya dan saksi-saksinya dan mereka berkata mereka itu sama sahaja. “
(Riwayat Muslim)

==================================================================================================================================================================================================================

Thursday, 25 July 2019

Mustafa ataturk

Mahathir Ziarah Pusara Mustafa Kamal Laknatullah : Siapakah Mustafa Kamal Laknatullah..??

Pasca Perang  Dunia  Pertama menyebabkan  Khilafah Uthmaniyyah telah kehilangan banyak wilayah kekuasaannya kepada Barat. Ironi, melalui perjanjian Sykes-Picot, wilayah Khilafah Uthmaniyyah telah dipecahkan mengikut garisan sempadan tertentu sebelum diagihkan berdasarkan penguasaan Pihak Bersekutu (Allied Forces) terutamanya British dan Perancis. British mendapat habuan terbesar iaitu penguasaan ‘jantung’  Khilafah Uthmaniyyah iaitu Turki.  Peluang terhidang ini membuka peluang seluas-luasnya kepada British untuk merealisasikan hajat terbesarnya menjatuhkan dan melenyapkan institusi Khilafah Islam yang selama ini menjadi pembela kemuliaan Islam dan umatnya. Strategi licik ini diteruskan dengan melantik ejen yang mampu membantu menunaikan  impian keji tersebut dan ternyata ciri-ciri yang mereka kehendaki wujud pada Mustafa Kamal Attaturk (Laknat Allah terhadapnya).

Mustafa Kamal merupakan  seorang pegawai muda tentera Khilafah Uthmaniyyah yang tidak begitu dikenali ketika Perang Dunia I meletus. Namun begitu, dia mula dikenali kerana kecintaan dan amat menghormati pemikiran Barat, sifat dendam yang ketara terhadap pemikiran Islam, sifat setia kepada British dan membenci Jerman. Kemuncaknya, melalui perang yang dirancang bersama British, pasukan pimpinannya berjaya ‘mengalahkan’ Tentera Bersekutu dalam pertempuran di Gallipoli. Kemenangan yang dirancang itu menyebabkan Mustafa Kamal mula dikenali, dijulang selain menerima  publisiti yang meluas.   Dalam pada itu, peranan pengkhianat umat Islam ini sebagai ejen British semakin aktif dan pada masa yang sama, Khilafah Uthmaniyyah sedang mengalami krisis politik yang kritikal. Ketidakstabilan politik ini dipacu kekuatan pemikiran umat terhadap Islam yang  semakin jumud.  Situasi menjadi semakin  parah apabila wujudnya pelbagai gerakan dan parti bersifat nasionalis yang  telah diasaskan di Turki  yang mengikut telunjuk  British dengan alasan memajukan Turki daripada terus ketinggalan berbanding negara-negara Barat seperti golongan Turki Muda, Parti Kesatuan dan Kemajuan dan Parti Kebebasan Arab.

Salah satu kegoncangan yang dahsyat melanda Khilafah adalah revolusi yang dirancang oleh golongan Turki Muda pada  1908. Hasil revolusi ini telah berjaya menyekat kuasa Khalifah pada ketika itu iaitu Sultan Abdul Hamid II. Usaha Sultan Abdul Hamid II yang mulia untuk mempertahankan Negara Khilafah dan Islam  menemui kegagalan sehingga dipaksa meletakkan  jawatannya dan lebih menyedihkan sifat peribadi baginda telah dihina dan permainkan oleh penulis-penulis Barat. Seterusnya, Khilafah Uthmaniyyah telah dipaksa menyebelahi Jerman dan Austria semasa Perang Dunia Pertama.

Dalam perkembangan yang sama, Mustafa Kamal telah terkenal pada mata sebahagian rakyat Turki selain mempunyai daya  pengaruhnya yang tersendiri. Berdasarkan beberapa percaturan politik yang dipimpin dan dibantu oleh British, pada tahun 1920, Mustafa Kamal akhirnya berjaya membentuk sebuah kerajaan di Ankara yang bebas daripada kekuasaan Khilafah. Hasilnya, terdapat dua kerajaan pada masa itu iaitu kerajaan Khilafah Uthmaniyyah yang berpusat di Istanbul dan Kerajaan Nasionalis di Ankara yang dipimpin oleh Mustafa Kamal. Penubuhan Kerajaan Nasionalis di Ankara ini tidak dihalang oleh British, malah British mengakui kesahihannya dan terus berhubungan dengan kedua-dua kerajaan tersebut. Pengaruh Kerajaan Nasionalis yang dipimpin oleh Mustafa Kamal semakin kukuh apabila imej Kerajaan Khilafah di Instanbul terus dipermainkan oleh media yang mendapatkan  dokongan Barat.

Kepimpinan Mustafa Kamal terus melonjak naik apabila dia menewaskan pasukan Greek di Izmir. Ke­jayaan ini di­capai melalui perjanjian Mustafa Kamal dengan Jeneral Harrington. Menerusi per­janjian ter­sebut, British bersetuju membantu Mustafa Kamal untuk menghalau tentera Greek dari Izmir. Pada bulan Ogos 1921, pasukan Mustafa Kamal telah melancarkan serangan terhadap kedudukan tentera Greek dan berjaya membebaskan Izmir. Setelah kejayaan Mustafa Kamal itu, British mula berundur dari Istanbul dan Turki. Kemenangan perang olok-olok ini merupakan satu  keputusan yang memeranjatkan namun, sekiranya diperhatikan secara mendalam, tidak mungkin British membuat keputusan mengejutkan itu melainkan mereka yakin bahawa ejen yang mereka sayangi, Mustafa Kamal mampu melunaskan cita-cita mereka untuk melenyapkan Negara Khilafah.

Selepas imejnya semakin melonjak dan popular,  Mustafa Kamal secara  agresif mempromosikan semangat Nasionalisme, secara berterusan menyindir dan memperkecilkan Negara Khilafah di Istanbul. Di dalam ucapannya di Parlimen Ankara, Mustafa Kamal pernah mengatakan, “Saya tidak percaya dengan kesatuan negara umat Islam ataupun di dalam kesatuan rakyat Uthmaniyyah. Setiap seorang dari kita bebas untuk menerima pakai pandangan masing-masing. Walaubagaimanapun, kerajaan yang memerintah haruslah diasaskan kepada polisi yang tetap yang dibentuk berdasarkan realiti. Polisi yang terfokus kepada satu objek iaitu untuk mempertahankan negara dan kemerdekaannya. Sentimen dan khayalan tidak boleh mempengaruhi polisi kita. Celaka bagi segala impian dan khayalan. Kita telah membayar harga yang tinggi untuknya di masa lalu”. Beliau secara jelas menyalahkan Khilafah Uthmaniyyah dan memanifestasikan kebenciannya terhadap Islam dan institusi politik Islam dalam ucapan tersebut.

Sementara itu, pada tahun 1922, Persidangan Lausanne telah diadakan dan Menteri Luar British, Lord Curzon merupakan jurucakap bagi Pihak Bersekutu. Persidangan ini bertujuan membincangkan ‘kemerdekaan’ Turki. Turki yang masih berada di bawah jajahan Pihak Bersekutu hanya diwakili oleh kerajaan nasionalis Ankara. Dalam persidangan tersebut, Lord Curzon menetapkan empat syarat sebelum mengakui kemerdekaan Turki. Syarat-syarat tersebut adalah:

(1) Penghapusan Khilafah sepenuhnya

(2) Pengusiran Khalifah ke luar sempadan negara

(3) Perampasan aset-aset Khilafah

(4) Pengumuman Turki adalah sebuah Negara Sekular

Syarat-syarat ini sama seperti perjanjian melibatkan Mustafa Kamal dan Jeneral Harringtoni sebelum itu. Hakikatnya, Persidangan Lausanne secara jelas menggambarkan  perancangan British dan ejennya Mustafa Kamal untuk menghapuskan institusi politik Islam. Namun, meskipun tekanan kuasa asing yang begitu hebat, majoriti kaum Muslimin di Turki masih setia kepada Khilafah dan mereka tidak pernah membayangkan bahawa Khilafah boleh terhapus. Persidangan ini telah menemui jalan buntu namun  Mustafa Kamal masih tidak berputus asa dan dengan sedaya upaya  meneruskan makar jahatnya untuk menjatuhkan Negara Khilafah Uthmaniyyah.

Rujukan: Ad-Daulah Al-Islamiyyah, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani.

Monday, 22 July 2019

Keturunan keturah n Ibrahim

AL-MALHAMAH AL-KUBRO

"Bangsa dari Timur yang dinanti"

"Golongan akhir dari kalangan mereka, yang belum sampai kepada mereka...", (petikan ayat 3, surah Al-Jumu'ah).

JURAI KETURUNAN NABI IBRAHIM AS

Bangsa Melayu adalah dari jurai keturunan Nabi Ibrahim a.s. Menurut sebahagian cendikiawan Islam, Nabi Ibrahim a.s telah berkahwin dengan Keturah yang berasal dari Champa (kini Vietnam) selepas kematian Sarah iaitu isteri pertamanya yang juga menjadi 'rahim' bagi keturunan Bani Israel. Di dalam kitab Kejadian Bani Israel, ada diceritakan tentang perkahwinan Ibrahim a.s dengan Keturah selepas kematian Sarah. Perkahwinan Ibrahim+Keturah menghasilkan 6 orang anak. Sebahagian dari anak² Keturah+Ibrahim telah menetap di Timur untuk meneruskan Islamisasi di tanah air bonda mereka iaitu Keturah di Champa.

Banyak argumentasi tentang hal ini di masa lalu namun di era internet yang menyediakan perpustakaan maya terhebat, pengumpulan dan penyilangan data dapat dilakukan dengan lebih mudah.

DNA MANUSIA TERTUA

Sebenarnya kajian terhadap tamadun manusia sudah lama dibuat termasuklah satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Sains Malaysia di Pusat Penyelidikan Biokimia Analisis, diketuai oleh Prof. Madya Dr. Zafarina Zainuddin mendapati kajian ke atas 10 sub-etnik Melayu iaitu Kelantan, Bugis, Banjar, Jawa, Acheh, Minang, Mendeleng, Rawa, Champa dan Pattani menunjukkan sejumlah orang Melayu mempunyai DNA mitokondria yang berusia hampir 60,000 tahun dan berkongsi haplogroup (kumpulan DNA mitokondria) yang sama dengan Orang Asli. Data ini berpotensi untuk dijadikan perbandingan umur manusia dari Adam a.s sehingga sekarang.

https://m.utusan.com.my/berita/nasional/kajian-dna-bukti-orang-8232-melayu-penghuni-terawal-1.718824

TAMADUN DI TIMUR DUNIA

Sebelum kelahiran Rasulullah SAW iaitu pada tahun² sebelum 570 Masihi, Kepulauan Melayu sudahpun bermasyarakat dan bertamadun.  Masyarakat Melayu yang ketika itu dipengaruhi oleh agama Buddha (kerajaan Srivijaya) telahpun mempunyai struktur kerajaan yang diperintah oleh Raja dan para pembesar berstatus bangsawan. Keterangan ini boleh ditemui dalam catatan Ptolemy (90 Masihi-168 Masihi). Dalam tulisannya, Ptolemy menamakan Semenanjung Tanah Melayu sebagai The Golden Chersonese bermaksud Semenanjung Emas demikian juga menurut rekod² Dinasti Sui dan Tang (lewat kurun ke-7-9 Masihi) yang membuktikan wujud penghantaran ufti dari kerajaan² Melayu seperti Ch'ih Tu, Tan-Tan, Pan-Pan, Kedah Tua, Kalasapura, Melayu-Jambi dan Kan-To-Li yang menunjukkan kerajaan Melayu ketika itu telah memiliki unit-unit pentadbiran dan pemerintah tersendiri.

DUA KALI HIJRAH KE HABSYAH

Semasa berlaku konfrontasi ke atas kaum Muslimin yang terawal di Mekah (615 Masihi), sekumpulan 10 lelaki dan 5 wanita dari kalangan sahabat telah diperintahkan agar berhijrah ke Habsyah. Ianya disebut sebagai perintah Hijrah yang pertama dalam Islam. Termasuk dalam rombongan tersebut ialah Usman Affan. 3 bulan selepas itu rombongan tersebut kembali semula ke Mekah. Kemudian berlaku Hijrah kedua (617 Masihi), dimana satu rombongan seramai 101 orang lelaki dan wanita telah berhijrah buat kali kedua ke Habsyah. Rombongan ini diketuai oleh Ja'afar bin Abu Talib sepupu Rasulullah SAW. Turut  disertai oleh Saad bin Abi Waqqas dan Saad bin Lubaid yang kemudiannya meneruskan perjalanannya dari Habsyah ke Guang Zhao, China sekitar tahun 618 Masihi lalu Saad bin Lubaid menetap di Guang Zhao. Mengikut catatan rekod China, Sa'ad bin Abi Waqqas r.a telah sampai ke China sebanyak dua kali iaitu antara tahun 616- 618 Masihi & 651 Masihi. Kedatangan Saad pada kali kedua (651M) adalah sebagai Utusan Khalifah Usman bin Affan untuk Kaisar Dinasti Tang, Kao-Tsung (650-683M) disamping misinya untuk menyerahkan Al-Quran mushaf Usmani yang baru dibukukan di era khalifah Usman kepada komuniti islam yang dibawanya  bersama Saad bin Lubaid ketika berhijrah ke sana 33 tahun sebelum itu.

PERJALANAN LAUT KE GUANG ZHAO

Jika diteliti sejarah pelayaran bangsa Barat ke Nusantara seawal abad ke-2, SM, akan ditemui pelbagai fakta membuktikan Kepulauan Melayu telah lama dikenali dalam perdagangan dunia antarabangsa melibatkan Barat dan Timur. Orang-orang Parsi semasa kekuasaan Empayar Parsi (226SM-651SM) telah lama menjalin hubungan dagang dengan China. Wilayah² pesisir pantai Benua Kecil India seperti Kerala sehingga ke Coromandel (Chennai) di Teluk Bengal telah lama menjadi kota-kota pelabuhan yang menyambut kedatangan kapal² dari timur dan barat. Berseberangan dengan Coromandel adalah Pulau Sumatra yang menjadi pintu masuk Selat Melaka untuk ke Kepulauan Melayu. Di utara Selat Melaka, ada kota Pelabuhan Kalahar (Kedah Tua), diikuti Peurulak di Sumatra (Acheh).  Di era itu, para pedagang menggunakan Selat Melaka dengan berpandukan tiupan dua Angin Monsun. Maka pantai di sepanjang kiri dan kanan Selat Melaka membawa sehingga ke pesisir pantai Bandar Maharani (Muar) menjadi lokasi strategik persinggahan kapal² kecil pedagang untuk melakukan urus-niaga ataupun sebagai transit dari Selat Melaka ke Laut Champa (Laut China Selatan), melalui jalan sungai atau Highway Purba yang bernama Jalan Penarikan.

JALAN PENARIKAN

Jalan Penarikan adalah satu highway laluan sungai purba yang pernah wujud di Tanah Melayu. Ia dikatakan berusia lebih tua dari Kesultanan Melayu Melaka. Dikatakan melalui Jalan Penarikan, perjalanan dari Melaka ke Pahang hanya mengambil masa 6 hari.

Requote :
"Jalan Penarikan ialah jalan pengangkutan yang utama digunakan oleh orang pada zaman dahulu bagi menghubungkan Laut China Selatan ke Selat Melaka. Jalan ini bermula dari Negeri Pahang ikut (mudik) Sungai Pahang di Pekan; kemudian masuk ke sebuah anak Sungai Pahang yang bernama Sungai Bera, selepas itu ikut pula sebuah anak Sungai Bera bernama Sungai Serting. Pada suatu tempat di hulu Sungai Serting, naik ke darat sejauh tiga ratus ela, masuk pula Sungai Jempol yang terletak di dalam Negeri Sembilan, menghilir Sungai Jempol dan masuk ke Sungai Muar yang terletak di Negeri Johor sehingga ke Bandar Maharani. Dari Muar boleh ke Melaka dan tempat-tempat lain di barat Semenanjung Malaysia."

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Jalan_Penarikan

DUA SAHABAT NABI SAW PERNAH MELEWATI JALAN PENARIKAN

Tercatat dalam rekod Dinasti Tang tentang kedatangan Sa'ad bin Abi Waqqas ke China pada tahun 651M sebagai Utusan Khalifah ke-3, iaitu Usman  bin Affan. Terdapat sebuah makam yang dikatakan sebagai makam Sa'ad bin Abi Waqqas di Guang Zhao selain Masjid Huaisheng yang berusia lebih 1400 tahun.

Jika benar sahabat Rasulullah SAW, Sa'ad bin Abi Waqqas dan Sa'ad bin Lubaid kali pertama menempuh perjalanan ke Guang Zhau adalah pada tahun 616M-618M, bermakna cahaya Rasulullah (sahabatnya) yang membawa Islam telah lalu di Tanah Melayu seawal tahun ke 5-8 kerasulan. Maka tidak hairanlah kenapa Batu Bersurat Terengganu menyebut tentang "Baginda Rasul Allah telah lalu tujuh ratus dua … "'.

Ekspedisi 2 Sa'ad bermula dari Habsyah/Euthopia.

Dari Euthopia, ekspedisi dimulakan menuju ke Yaman. Dari Yaman menyeberang ke Kerala, India Barat kemudian ke Coromandel, Chennai di pesisir sebelah timur India menghadap Teluk Bengal. Teluk Bengal perlu diredah untuk sampai ke Peurulak (Acheh) lalu mudik melalui Selat Melaka hingga ke Muar masuk menyusur Sg. Muar hingga ke Jempol dan transit ke Sg. Serting lalu mudik melalui Sg. Serting di dalam Hutan Pahang menyeberang sehingga ke pantai timur Tanah Melayu lalu berlabuh di Pekan yang menghadap Laut Champa (Laut China Selatan). Perjalanan selepas itu melalui pesisir pantai sepanjang negara Melayu Champa (Vietnam) menuju ke Guang Zhau di Tenggara Tanah Besar China.

Peta Jalan Penarikan

https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-malaysia/jalan-penarikan-warisan-negara-yang-diabaikan-124524%3famp=1?espv=1

RUMUSAN

Bangsa Melayu adalah kaum  yang dimaksudkan pada ayat 3, surah al-Jumu'ah. Jika diperhatikan ayat 2, surah al-Jumu'ah memperkatakan tentang kaum yang ummi. Ianya adalah merujuk kepada bangsa Quraisy yang nasabnya sampai kepada Nabi Ibrahim a.s melalui 'rahim' sebelah Hajar yang melahirkan Nabi Ismail a.s seterusnya membawa sehingga ke pengasas Quraisy  iaitu Qusai bin Kilab, Murrah, Kaab, Luay, Ghalib, Fahr, Malik, Nazar, Kinanah, Khuzamah, Mudrikah, Ilyas, Mazar, Nazar, Ma'ad bin Adnan bin Ismail a.s. Manakala ayat 3 adalah merujuk kepada bangsa Melayu dari isteri ketiga Nabi ibrahim iaitu Keturah. Tafsiran dari ayat 3 "lamma yalhaqqu bihim" bermaksud "belum sampai kepada kamu" ialah era persemendaan keturunan dari sebelah Hajar dan Keturah pada pertengahan abad ke-7 iaitu dari tahun 680 Masihi.

KETURUNAN ALI DI NUSANTARA

Persemendaan keturunan Saidina Ali kwh. (Quraisy) dengan keturunan anak Keturah (Melayu) boleh dikatakan berlaku selepas Peristiwa Karbala yang menyaksikan ada dari kalangan Shiah Ali yang lari ke Nusantara. Kekejaman dan penindasan berterusan terhadap golongan Shiah di era Hajjaj bin Yusof (685M) memaksa lebih ramai golongan berfahaman Syiah lari meninggalkan bumi Hijaz dan menuju ke India dan Nusantara. 

Pemberontakan Muhammad Al-Dibaj

Muhamad Al-Dibaj adalah ahli bayt yang nasabnya sampai kepada Saidina Ali menerusi bapanya Ja'far Al-Sadiq yang dianggap sebagai Imam ke-6, Syiah Imamah. Muhamad Al-Dibaj yang beraliran Zaidiyah telah muncul di Mekah pada tahun 815 Masihi dan mengaku dirinya adalah Imam Al-Mahdi yang ditunggu. Muhammad al-Dibaj dan anaknya Ali bin Muhammad telah ditangkap oleh Khalifah Al-Makmun lalu dijatuhkan hukuman diusir dari tanah Hijaz. Muhammad al-Dibaj telah menghabiskan usianya di Mesir sementara anaknya Ali bin Muhammad telah belayar bersama 100 orang pengikut Syiah yang diusir terdiri dari orang² keturunan Arab, Parsi dan India belayar ke Nusantara dengan menggunakan identiti baru iaitu Nakhoda Khalifah dan akhirnya berlabuh di Peurulak (Acheh). Kedatangan mereka diterima baik oleh pihak istana yang sememangnya telah lama menjalinkan hubungan dengan orang-orang Shi'ah Ali yang lari selepas peristiwa Karbala. Kedatangan Nakhoda Khalifah telah membawa kepada pengislaman kerajaan Peurulak. Akhirnya pada tahun 840 Masihi, Perlak mengisytiharkan negaranya sebagai negara Islam pertama di Nusantara dimana anak kepada Ali bin Muhammad al-Dibaj menjadi Sultan Peurulak/Perlak yang pertama dengan gelaran Sultan Maulana Sheikh Abdul Azis berketurunan Ahli Bayt beraliran Shi'ah Ali. Kemudian pada fasa kedua Empayar Islam Perlak yang bertahan selama 452 tahun itu telah dikuasai oleh sultan beraliran Sunni melalui perkahwinan Meurah Silu yang kemudian memakai gelaran Al-Malikus Saleh yang mengasaskan Kerajaan Samudera Pasai pada tahun 1265. Di garisan waktu yang sama seorang lagi puteri Perlak disemendakan dengan Parameswara yang telah memeluk Islam dengan memakai gelaran Megat Iskandar Syah.  Kesultanan Melayu Melaka bukan dibuka pada 1400 Masihi tetapi telag ditubuhkan pada tahun 1262 merupakan satu langkah strategik yang dilakukan oleh Sultan Perlak yang terakhir dengan mewariskan kekuatan kerajaan Islam kepada dua kerajaan di pesisir Selat Melaka bagi mengekang kemaraan mubaligh² Kristian yang datang bersama pedagang Barat yang semakin rancak menjalankan ekspedisi ke timur bermula dipertengahan kurun ke-13.

PENGISLAMAN KERAJAAN KEDAH

Satu penemuan batu nisan  yang berinkripsikan nama Syeikh Abdul Qadir ibnu Husein Syah Alirah di Langgar, Kedah bertarikh tahun 291H/903M yang dicatat dalam buku bertajuk Sejarah Kedah Sepintas Lalu terbitan Universiti Malaya (1980) mencatatkan bahawa pengislaman Kedah adalah lebih awal dari kisah Sheikh Abdulah Al-Qumairi yang ditulis dalam kitab Tarikh Al-Salasilah Negeri Kedah  yang mencatatkan bahawa Maharaja Kedah Phra Ong Mahawangsa telah diislamkan pada tahun 1136M, lalu memakai gelaran Sultan Muzaffar Syah 1. Jika diambil dari tarikh inskripsi tahun 903 Masihi pada batu nisan Sheikh Abdul Qadir ibn Hussein tersebut, ianya memberikan satu keterangan bahawa Kedah telah menerima Islam tidak sampai  60 tahun selepas Peurulak memeluk Islam pada tahun 840 Masihi.  Fakta pengislaman Kedah tersebut menjadi sebab kenapa tidak ditemukan prasasti² sejarah yang menunjukkan kehadiran pengaruh agama Buddha atau Hindu di Kedah. Ianya adalah kerana Kedah telah terlebih dahulu Islam sebelum kerajaan Buddha Srivijaya (655M - 1377M), bangun sebagai kerajaan besar yang mengembangkan jajahan takluknya di Sumatra dan Tanah Melayu sehingga sebelum dikalahkan oleh kerajaan Hindu Majapahit yang kemudian dikalahkan oleh kerajaan Islam yang diwariskan dari kerajaan Perlak, Samudera-Pasai dan Melaka. Islam menjadi kuasa besar di Nusantara pada pertengahan abad² ke-12 hingga awal abad ke-16 sehinggalah Portugis/Barat melakukan ekspansi penjajahan ke timur. Jelasnya gelombang Islam telahpun sampai ke Nusantara seawal period Nubuwwah atau sekurang-kurangnya ketika Nabi SAW masih hidup.

Ketika kerajaan Kesultanan Melayu Melaka berakhir pada 1511 akibat serangan Portugis, Kerajaan Samudera-Pasai masih lagi bertahan sehinggalah dikalahkan oleh Portugis pada tahun 1521. Berakhirlah hayat kerajaan Islam yang merdeka di Kepulauan Melayu semenjak itu. Dan bermulalah pelan "Pecah Perintah" Salibi terhadap bumi Melayu yang menganut Islam di timur sehingga kini.

Kerajaan Melayu Islam pernah menjadi sebuah empayar yang besar selama 671 tahun di Kepulauan Melayu. Kehebatannya sehingga terangkatlah darjat bahasa Melayu menjadi Lingua-Franca yang digunakan sebagai bahasa perdagangan antarabangsa sejauh Tanah Besar China menganjur sehingga ke Madagascar. Untuk menjatuhkan pusat Empayar Islam yang berkuasa selama lebih 1,200 tahun, berpusat  di Timur Tengah, pihak Salib telah terlebih dahulu melemahkan penguasaan kerajaan Islam di Nusantara yang menjadi tulang belakang ekonomi Empayar Islam Pusat walaupun mengambil masa selama 300 tahun.

SEJARAH BERULANG JANJI TERPATRI

Kini, di penghujung fasa akhirzaman Islam di Timur Tengah sedang mengalami kekacauan yang sangat kronik. Manakala umat Islam di Timur Jauh pula sedang mengalami pertembungan fahaman mazhab dan aliran yang pelbagai disamping krisis akhlak orang-orang Islam yang terpedaya dengan doktrin yang dibawa oleh Barat lalu menjadi kuda tunggangan Dajjal. Islam akan bangkit dari timur kerana di sinilah berpindahnya keturunan Saidina Ali kwh. dan Fatimah yang asal iaitu anak² dari Saidina Hasan dan Husin. Dan di sini jugalah akan berhimpun anak-anak dari Nabi Ibrahim a.s dari 'rahim' Hajar dan Keturah bagi melengkapkan penceritaan kebangkitan Islam di akhirzaman.

FIKIRKAN

"Akan datang dua orang anak Yatim menuntut 'harta pusaka' ini. Bapa mereka adalah seorang yang soleh", ucapan Khidir a.s kepada Nabi Musa a.s dalam surah Al-Kahfi.

Nabi Ibrahim a.s adalah orang soleh berdasarkan Surah Al-Baqarah ayat 130:

Tidak ada orang yang membenci ugama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang-orang yang SOLEH yang (tertinggi martabatnya).

#bencanadatang

Freemason di Nusantara

AL-MALHAMAH AL-KUBRO

Freemason sampai ke Nusantara

Setelah kekalahan armada Portugis di Maluku ditangan kerajaan Islam Ternate sekitar tahun 1570-an, pihak Masonic mengetahui bahawa penyatuan diantara kerajaan² kecil Melayu Islam mampu menggugat hegemoni mereka di Nusantara. Lagipula punca kekalahan Portugis di Maluku adalah kerana kepungan Acheh di Melaka yang telah menghalang penghantaran bantuan armada tambahan ke Maluku. Penyatuan ini dilihat berbahaya lalu ditubuhkan sebuah organisasi boneka sebagai samaran agenda mereka di Timur yang dinamakan East India Company atau Syarikat Hindia Timur.

SYARIKAT HINDIA TIMUR

300 tahun sebelum tumbangnya Empayar  Islam Turki Uthmaniah iaitu pada 1924, ekspansi ke wilayah timur semakin giat dijalankan oleh Freemason bertujuan mengambil alih hasil bumi Nusantara yang berperanan besar kepada khilafah Uthmaniah. Selain mengembangkan fahaman Kristianiti bagi menggantikan agama Islam yang dianuti oleh orang-orang Melayu. Untuk mencapai tujuan tersebut sebuah syarikat awam yang mendapat Dekri Diraja Inggeris ditubuhkan pada 1600. Syarikat ini dinamakan sebagai Syarikat Hindia Timur atau East India Company yang dipecahkan menjadi 3 entiti. Entiti utama dan terunggul dalam kumpulan East India Company ialah British East India Company dimana Stamford Raffles yang sangat sinonim dengan Singapura melakar sejarahnya.

STAMFORD RAFLLES SEORANG MASONIC

Friday, 19 July 2019

Ethiopia

Kredit: Bani Tanah Melayu

Hidden History
QUEEN ELIZABETH TUNDUK HANYA PADA SATU KERABAT DI DUNIA IAITU KERABAT DIRAJA AFRICA.

Apa yang menyebabkan Queen Elizabeth dan Prince Phillip tunduk hormat pada Emperor of Ethiopia ini, sedangkan mereka tidak pernah tunduk pada sesiapa? Mengikut sejarah, Kerabat Ethiopia adalah dari keturunan Ratu Balqis dan Nabi Sulaiman a.s. Asal kerajaan Ethiopia yang juga dulu dipanggil Aksum(Axum) adalah dalam kerajaan Saba', iaitu kerajaan Ratu Balqis.

Sebelum kerajaan Aksum, kerajaan ini turun dari pecahan kerajaan Cush iaitu Anak kepada Ham anak kepada Nabi Nuh a.s. Cush juga yang melahirkan Raja Namrud. Keturunan Cush bin Ham ini melahirkan raja-raja besar di wilayah Africa dan Parsi. Sehingga hari ini, orang ethiopia bercakap bahasa Africa(Cush)+ semitic(Yahudi), bahasa ibunda mereka ribuan tahun.

Sejarah Ethiopia juga menyaksikan commander tentera empayar Aksum iaitu Abraha mengambil alih kerajaan yahudi Yaman Himyarite di bawah kempen perang oleh raja Kaleb of Aksum. Raja Himyarite ketika itu adalah Yusuf Dhu Nuwas, seorang beragama Yahudi yang memusuhi agama Kristian.
Kerana itulah mereka diserang oleh oleh Raja Kaleb, kemudian Raja Kaleb meletakkan wakil bernama Sumuafa' Ashawa'(esimiphaios) seorang beragama Kristian.

Bagaimanapun beliau tidak disukai oleh rakyat. ketika itu Abraha mengambil peluang menjatuhkannya dan naik menjadi Raja Yaman dan bernaung dibawah kerajaan Aksum. Raja Abraha inilah yang menyerang Makkah dan mati ketika menyerang Kaabah dengan balingan batu neraka dari burung Ababil.

Ketika Islam mula berkembang, Nabi Muhammad s.a.w menghantar sahabat-sahabat berlindung dibawah kerajaan Ethiopia Raja Najash(King Armah) yang beragama Kristian ortodox, sambungan dari fahaman terawal Kristian. Raja Najash dapat menerima muslim ketika itu kerana baginda sendiri sedar akan kedatangan seorang Nabi dari Arab seperti yang diterangkan melalui agama dan kitab anutannya iaitu Kristian yang asal sebelum diubah.

Jadi, inilah sebabnya Queen Elizabeth dan Prince Phillip sangat memuliakan Raja dari Ethiopia, satu kerana kerajaan mereka adalah kerajaan kristian terawal wujud di dunia dan kerabat rajanya yang bercampur darah dari Ratu Balqis dan Nabi Sulaiman a.s.

Dapat kita belajar sedikit sejarah dunia melalui gambar ini.

Wednesday, 17 July 2019

wujud Jin

AL-MALHAMAH AL-KUBRO

Musnahnya peradaban kaum² terdahulu

Al-Quran membawa perkhabaran tentang wujudnya kaum² terdahulu seperti kaum Nuh a.s, kaum Rass, kaum Hud a.s, kaum Madyan dan beberapa kaum lain yang tidak disebutkan namanya telah dibinasakan oleh Allah swt kerana penderhakaan mereka. Bahkan lebih jauh dari itu iaitu sebelum penciptaan manusia, Allah telah terlebih dahulu menciptakan bangsa jin yang menetap di bumi. Sebahagian mereka telah musnah dalam peperangan. Sebahagian lagi survive hingga ke hari ini namun banyak dari kalangan bangsa jin yang telah kufur kepada Allah.

KEWUJUDAN BANGSA JIN

Hakikatnya bangsa jin telah lebih awal mendiami bumi. Kekhalifahan bangsa jin di bumi telah dilucutkan lalu digantikan dengan Adam (Bapa kepada bangsa manusia) bagi merintis kekhalifahan baru di bumi. Kenapa Adam a.s diciptakan sebagai khalifah menggantikan bangsa jin? Bahkan ianya telah menyebabkan permusuhan di antara Iblis (bangsa jin) dengan Adam (bangsa manusia).

Bangsa jin telah wujud berjuta tahun sebelum diciptakan manusia. Mereka diperintahkan untuk beribadah kepada Allah serta memakmurkan bumi sebagai khalifah di muka bumi. Di bumi mereka berkembang biak, bermasyarakat dan bernegara. Mereka membina tamadun sehingga mereka mencapai puncak teknologi yang tertinggi. Jin dan manusia diciptakan dengan tujuan yang sama iaitu beribadah kepada Allah. Konsep kehidupan keduanya serupa, berkeluarga, makan, minum, bekerja, berhibur, berekonomi, berpolitik dan sebagainya. Jin juga mempunyai nafsu, akal, hati, perasaan dan ruh. Sama seperti manusia. Yang membezakan antara jin dan manusia adalah bentuk kejadian jirim, jisim dan cara penzahiran keduanya ketika hidup di dunia.

Awalnya bangsa jin diturunkan ke bumi di sebelah timur. Di sini mereka memulakan kehidupan dan bertamadun. Bangsa jin terbahagi kepada tiga kaum yang kemudiannya berkembang biak. Dua kaum terbesar ialah Lumeria dan Atlantis. Kedua² kaum ini saling bersaing sebagaimana persaingan politik kuasa besar manusia di dunia ketika ini. Kemajuan peradaban telah memesongkan mereka jauh dari Allah. Bangsa jin akhirnya menyembah Thogut iaitu ketua-ketua mereka yang dipuja dan, disembah. Mereka bertuhankan kuasa, kemegahan dan kekuatan puak². Kemajuan intelektual kedua² kaum Lumeria dan Atlantis telah membolehkan mereka mengolah atom dan mencipta senjata nuklear. Antara bukti² wujudnya peradaban mereka ialah penemuan-penemuan monumen dan artifak kesan dari tinggalan tamadun mereka seperti Tembok Jayapura di laut Papua yang bersambung dengan Laut  Bismarck, Candi Borobodur, Piramid dan lain-lain monumen yang mustahil dibina menggunakan tenaga manusia.

LOKASI TAMADUN AWAL JIN

Sebelum berlakunya Operasi Pengusiran (diperangi oleh Azazil dan tentera langit), bangsa jin yang juga digelar sbg Al-Hin ini mendiami kawasan timur dunia iaitu di Indonesia sebagai wilayah penempatan. Operasi Pengusiran tersebut telah menyebabkan bangsa Jin lari ke Afrika dan menjadikan Afrika sebagai lokasi baru penempatan mereka. Banyak peninggalan tamadun mereka yang terkubur di dalam laut dan di perut bumi Indonesia antaranya adalah kota-kota  yang dilengkapi dengan patung-patung pemerintah (Thogut) yang mereka pertuhankan. Adam a.s dan Hawa a.s diturunkan ke timur dunia, ribuan tahun selepas operasi pengusiran bangsa Al-Hin dilakukan. Tempoh yang lama tersebut juga bertujuan untuk menghilangkan kesan-kesan kerosakan akibat perang nuklear yang berlaku di era Lumeria dan Atlantis. Setelah manusia mencapai peradaban moden, sekitar abad ke-18, Freemason telah kembali memberi tanda² lokasi atau nama² yang pernah menjadi lokasi penempatan awal bangsa Jin. Salah satu contoh ialah Kepulauan Bismarck yang diambil dari nama seorang Canselor German (Freemason) yang masyhur di abad ke-19. Bismarck itu membawa maksud 'Beast Mark' atau 'Tanda Kejahatan', digunakan sebagai pelabelan wilayah penting dari sudut sejarah kewujudan bangsa jin dan sebagai penanda agenda Iblis dan pengikutnya di akhirzaman.

Adam dan Hawa di timur dunia

Setelah Bani Adam membiak sehinggalah sampai ke era kaum Nuh a.s, umat manusia telah berjaya dihasut dan dipalingkan oleh bangsa jin yang berstatus syaitan daripada menyembah Allah kepada menyembah patung² alim ulama' mereka. Ianya adalah menuruti apa yang telah dipraktikkan dahulunya oleh bangsa jin yang kufur. Dari sinilah bermulanya penyembahan orang-orang musyrik kepada patung dewa-dewi yang dianggap sebagai tuhan. Agama menyembah berhala tersebut kemudiannya tersebar dari Kepulauan Melayu sehingga ke India. Dari situlah cakupan wilayah tersebut mendapatkan namanya iaitu Benua Al-Hind (Al-Hin),  kerana bangsa jin dan kerana agama menyembah berhala yang dianuti sehinggalah berlakunya banjir besar di era Nuh a.s yang membinasakan keturunan manusia dan seluruh peradaban yang bermula dari Adam a.s. Dan disebabkan itu juga Nabi Nuh a.s mendapat gelaran 'Bapa kedua manusia di bumi'.

Agama Hindu  dikatakan sebagai agama tertua mengikut rekod sejarah. Namun tiada rekod yang mengesahkan siapa pengasas agama tersebut dan bagaimana ia wujud tidak dapat dipastikan sehingga kini. Mengatakan agama Hindu sebagai agama tertua  adalah berlawanan dengan pemahaman orang Islam yang mengetahui bahawa agama yang dianuti oleh Adam a.s ialah agama Islam, demikian juga agama sebelumnya yang dianuti oleh bangsa Jin juga adalah agama Islam. Ini boleh disahkan dengan meneliti kandungan surah Al-Jin di dalam Al-Quran. Sesungguhnya tiada perubahan pada perintah taklif iaitu pada hal menyembah Allah sebagai Robb atau Tuhan yang Maha Esa. Syariat boleh berubah tetapi akidah tauhid tetap kekal sebagaimana tujuan diciptakan jin dan manusia. Kerana itulah apabila Islam kembali tersebar di era Rasulullah SAW, Kepulauan Melayu menerima agama Islam dengan mudah dan hati yang redha, kerana Islam itu adalah agama asal yang telah ditaklifkan bersama turunnya Nabi Adam a.s dan isterinya di wilayah timur dunia ini.

#bencanadatang

Tuesday, 16 July 2019

Namrud semiramis tammuz

" Dari Namrud, Semiramis, Tammuz kepada Allah, Mariam dan  Jesus".

"Anak yang lahir itu diberikan nama Tammuz, dan dia diangkat sebagai anak Tuhan kerana Semiramis merahsiakan zinanya dengan Iblis. Semiramis mencipta satu kepercayaan bahawa Tammuz itu lahir tanpa bapa, dan kerana kelahiran Tammuz dianggap satu keajaiban, dia diangkat oleh rakyatnya sebagai Tuhan. 

  Tammuz lahir pada tanggal 25 Disember. Oleh kerana Namrud dan Semiramis bertuhankan Matahari, maka Tammuz di gelar anak Tuhan Matahari. Setelah itu, Semiramis pula diangkat sebagai Ibu Tuhan dan juga Dewi Bulan.
 
  Dengan ini anda akan faham, kenapa tarikh 25 Disember ini dipilih sebagai hari lahir Tuhan Kristian, Horus Dewa Mesir juga lahir pada tarikh yang sama.Tammuz dan Horus keduanya sama iaitu diangkat sebagai anak Tuhan Matahari, kecuali Jesus, Tuhan Kristian yang dianggap anak Allah SWT. Tetapi Jesus tetap juga ada kaitan dengan matahari, yang mana Kristian telah memilih hari "Sunday" atau "Hari Matahari". Ini tidak lain adalah untuk meneruskan ritual penyembahan Tammuz sebagai Tuhan yang berbapakan "Tuhan Matahari". 

   Didalam Mesir purba , ribuan tahun setelah zaman Semiramis, nama Semiramis telah digantikan dengan Isis. Masyarakat mesir purba percaya bahawa Horus adalah kebangkitan semula Dewa Osiris, dan juga seperti Tammuz, Horus juga dilahirkan tanpa bapa. Apabila Dewa Osiris mati dan badannya telah terpisah banyak,Dewi Isis telah menyatukan kembali tubuh suaminya, setelah melalui tunjuk ajar Dewa Thoth. Setelah berjaya menyatukan tubuh Dewa Osiris, dia kemudiannya menyetubuhinya, kemudian melahirkan Horus. Demikian fitnah dan kebohongan itu kembali diulang, di dalam versi lain tetapi cerita yang sama. Disini kita  fahamilah, Dewa Thoth itu adalah merujuk kepada Harut dan Marut.

   Di dalam kepercayaan Kristian, kepercayaan ini bertukar sekali lagi. Kini Jesus dianggap sebagai jelmaan Allah dalam bentuk manusia. Tammuz bertukar menjadi Jesus, dan Semiramis sebagai Marry, Tuhan Matahari atau Namrud sebagai Allah.

  Kerana itu, ajaran Kristian itu sendiri tidak boleh dipisahkan daripada Agama Babylon Kuno dan juga Agama Mesir Kuno. Para Kultus sihir juga menggunakan simbol salib Tammuz (lambang salib kepala bulat)(didalam Kristian ianya diubah menjadi salib biasa) dan Horus (mata satu) dalam ritual mereka.

     Berasal dari mesir kuno, Tuhan bermata satu, yakni Horus, sehingga sekarang masih sembah oleh para ahli kultus yang itulah dia yang kita kenal sekarang sebagai Freemason dan Illuminati.

        Berkenaan Freemason dan Namrud, akan saya khabarkan lagi di lain halaman" ..(Bersambung)

Kelahiran Dajjal

"KELAHIRAN DAJJAL"

Azazil mempunyai banyak zuriat, namun Dajjal, adalah satu satunya zuriatnya dalam bentuk manusia, hasil zinanya dengan balu Namrud, Semiramis. Suatu ketika dahulu bila Azazil dilaknat oleh Allah SWT hingga ianya kemudian digelar Iblis, dia tidak lagi bisa mendatangkan zuriat, ia menjadi mandul.

   Pada suatu hari Allah SWT pada zaman Babylon Purba perintahkan kepada dua malaikat iaitu Harut dan Marut untuk mengajarkan sihir kepada manusia, sebagai ujian keimanan, barang siapa yang mengambilnya akan dilaknat, dan siapa meninggalkannya, akan beruntung di akhirat.

   Iblis tahu bagaimana pertembungan Nabi Ibrahim dengan Namrud, yang mana Namrud menganggap dirinya Tuhan. Bertapa Namrud itu sangat berobsesi ingin menjadi Tuhan, dan ingin melawan Allah yang Maha Tinggi. Namun diakhir hidupnya, Namrud mati diazab dengan tentera nyamuk.

   Apabila Harut dan Marut mendatangi pelbagai manusia di Babylon, semua mereka kagum dengan keajaiban keajaiban yang mereka saksikan dari dua Malaikat ini. Berita itu sampai kepada Semiramis, balu Nimrod. Sang Ratu ini punya dendam yang mendalam keatas Allah, Tuhannya sendiri. Dia menganggap Allah sudah membunuh suaminya yang sangat ia cintai. Maka Semiramis mencari Harut dan Marut untuk melakukan suatu permintaan.

  Sang Ratu ingin suaminya hidup semula, walaupun berkali kali Harut dan Marut memperingatkan bahawa mereka adalah ujian. Setelah mendapat keizinan Allah (Sihir juga adalah dengan izin Allah, ingat!) , maka suatu ritual Agung dijalankan.

  Sang Iblis kagum dengan sihir yang diajarkan oleh Harut dan Marut, setelah ribuan tahun hidupnya, Iblis tidak pernah menyaksikan kehebatan sihir. Si Iblis mendatangi Harut dan Marut dan juga Sang Ratu, dan setelah diajarkan oleh Harut Marut, akan permintaan mereka, maka sebagai sebahagian ritual itu, berzinalah sang Ratu dengan Azazil, demikian lahirnya Dajjal.
 
  Tubuh anak kecil itu adalah tubuh anak Iblis dalam wujud tanah (manusia), namun ruhnya di isi dengan ruh Namrud. Demikian Namrud dihidupkan kembali ke dunia, dalam suatu ritual yang penuh dosa, dengan Izin Allah, yang kemudiannya akan hidup hingga ajal menjemputnya untuk kali kedua, mati dibunuh ditangan Nabi Isa.

  Demikian asal usul lahirnya Dajjal, sang Pendusta Agung. Anak tunggal sang Iblis!

Friday, 5 July 2019

Sistem riba Rothschild

FREEMASON:

RANCANGAN PERTAMA  ROTHSCHILD MEMBANTU IBLIS  (MENCIPTA  BANK) 

**Manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya,mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat,mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar (ajaran dan nasihat) mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah Al A'raf Ayat 179)

PENCERAHAN seterusnya berkenaan dengan bagaimana keluarga Rothschild menjadi Duta kepada IBLIS. 

Semuanya bermula dari Mayer Amschel Baur (Rothschild) yang berada di Jerman pada 1760, Mayer Amschel Baur telah melakukan perjanjian bersama Iblis untuk menjadi duta beliau dan memastikan keturunannya melaksanakan setiap rancangan Iblis dalam menguasai manusia. Mayer Amschel Baur seperti yang diketahui adalah seorang penganut Yahudi Talmud dan mempunyai kepakaran didalam bidang sihir dan magik yang dipelajarinya dari kitab Kabala Yahudi..

Dari Kitab Kabbalah itu Mayer Amschel Baur telah mempelajari cara untuk berhubung dengan Iblis dan dengan itu Dia telah berjaya berhubung Iblis dan melakukan perjanjian untuk melaksanakan tugasan serta rancangannya..Sebenarnya keluarga Rothschild adalah penyembah Iblis tetapi dengan segala tipu daya mereka telah mengaburi mata masyarakat dunia dengan melakonkan watak sebagai penganut Yahudi. Ini semua adalah tipu daya mereka agar dapat berlindung dibelakang agama Yahudi dan dapat mengunakan identitinya dalam menguasai Negara Haram Israel..

"Lucifer is very much alive, He is our god, and we are His chosen people."
-Mayer Amschel Rothschild,banker 33° Scottish rite Mason n founding father of the illuminati''

===========================================================================================================================================

PERANAN ROTHSCHILD MEMBANTU IBLIS

Kesemua Keturunan Rothschild memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan rancangan Iblis di akhir zaman ini dan mereka merupakan ketua-ketua Rahib bagi agama Syaitan (illuminati) yang mendahului didalam ritual penyembahan terhadap tuhan mereka iaitu Iblis laknatullah..

Maka dengan ini Iblis dan hulu balangnya membantu keluarga Rothschild untuk menjadi keluarga yang paling kaya,berkuasa dan terpengaruh didunia agar dapat melaksanakan tugasan Iblis dengan lebih efisyen.

Pada tahun 1770 Mayer Amschel Rothschild telah melaksanakan rancangan untuk menubuhkan satu kumpulan rahsia yang dinamakan sebagai illuminati dan telah melantik serta memberi kepercayaan kepada beberapa keluarga Yahudi (penyembah Syaitan) untuk melaksanakan rancangan New World Order atau lebih tepat lagi satu Order Secular yang membawa manusia jauh daripada keimanan dan ketaqwaan terhadap pencipta kita iaitu ALLAH SWT, kerana itu adalah hasrat Iblis dari awal penciptaan manusia lagi.  Kita dapat lihat pada hari ini bagaimana manusia telah hilang pedoman,mengabaikan fitrah kehidupan dan keimanan mereka.

"Iblis menjawab: “Kerena Engkau telah menghukum aku tersesat, saya benar-benar akan menghalang mereka daripada mengikut jalan Engkau yang lurus.”kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)..(Al-A'raf: 16-17)

============================================================================================================================================

APAKAH RANCANGAN PERTAMA  ROTHSCHILD MEMBANTU IBLIS MEMBAWA KETURUNAN NABI ADAM KE NERAKA JAHANAM?

Senjata utama yang digunakan oleh keluarga Rothschild adalah Riba Riba Riba Dan Riba. Hampir 90% penduduk dunia hari ini telah memeluk Riba ke dalam pangkuan mereka dan jikalau Umat Islam faham akan implikasi Dosa Riba ini kita pasti tidak akan dapat tidur dengan lena lagi. 

Keluarga Rothschild dengan bijaksana telah menguasai bank of England pada tahun 1815 dan telah diarah oleh Iblis laknatullah untuk menyerang manusia terutamanya umat Islam mengenai Wahyu terakhir yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW iaitu wahyu mengenai larangan mengamalkan RIBA. Mereka telah menubuhkan The Federal Reserve,IMF dan Bank Dunia untuk mengawal ekonomi England, Amerika Syarikat, dan seterusnya ekonomi dunia. Kita tidak terlepas dari Riba perbankan.

Inilah rancangan Maha Jahat mereka tanpa kita sedari. Inilah konsep Lending Money On Interest!. Rothschild telah berjaya untuk membawa umat Islam ke neraka dengan Dosa Riba yang sangat dahsyat ini.. 

Apakah impilikasi Dosa Riba dan adakah kita hamba yang tidak beriman jikalau kita mengamalkan Riba??

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman…(Al-Baqarah: 278)

Adakah anda sedar bahawa Allah SWT dan Rasulullah SAW mengistiharkan perang terhadap pengamal riba..

Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Al Baqarah: 279)

Perisytiharan perang oleh Allah SWT dan Rasul itu membawa pengertian lebih luas ,Malah peperangan ini sebagaimana diumumkan oleh Allah SWT yang paling benar kalamNya adalah diisytiharkan ke atas setiap masyarakat yang menjadikan riba sebagai asas ekonomi dan sosialnya.Dosanya sangat besar dimana dapat menghapuskan berkah daripada individu serta masyarakat, bahkan dapat mendatangkan bencana di dunia dan di akhirat.

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya...(Al-Baqarah: 275)

+===========================================================================================================================================

SABDA RASULULLAH MENGENAI RIBA

Rasulullah saw. bersabda "Apabila zina dan riba telah bermaharajalela di suatu negeri, berarti mereka telah menyediakan diri mereka untuk diseksa oleh Allah." (HR Hakim)

Jabir bin Abdillah r.a. meriwayatkan: "Rasulullah melaknat pemakan riba, yang memberi makan dengan hasil riba, dan dua orang yang menjadi saksinya." Dan beliau bersabda: "Mereka itu sama." (HR Muslim)

Rasulullah saw bersabda.: "Sungguh akan datang pada manusia suatu masa yang pada waktu itu tidak tersisa seorang pun melainkan akan makan riba; barangsiapa yang tidak memakannya maka ia akan terkena debunya." (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)

Riba itu memiliki 73 pintu. Yang paling ringan (dosanya) adalah seperti seseorang yang berzina dengan ibunya sendiri” (HR al-Hakim dan al-Baihaqi).

Satu dirham riba yang dimakan oleh seorang lelaki, sementara ia tahu, lebih berat (dosanya) daripada berzina dengan 36 orang pelacur” (HR Ahmad & at-Thabrani).

Ibn Abbas r.a berkata, akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat; "Ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasNya kepada mereka"

======================================================================

SISTEM PERHAMBAAN BARU

Riba sejak dahulu hingga kini merupakan alat penindasan, perhambaan, eksploitasi, kezaliman, pemerasan, penghisap darah, penjajahan dan bermacam-macam kejahatan lainnya. Semua itu bukan hanya terjadi pada peringkat individu sahaja, malah terjadi terhadap bangsa, umat dan negara. ini merupakan Rancangan Utama Ahli Jemaah Dajjal.

======================================================================

KEZALIMAN RIBA TERHADAP INDIVIDU DAN PENJAJAHAN DUNIA

Kezaliman Riba boleh dilihat secara nyata dari peringkat sesama individu sehinggalah kepada peringkat penjajahan dunia, khususnya apa yang dilakukan oleh negara yang kuat dan kaya ke atas negara yang lemah dan miskin seperti apa yang terjadi ke atas negara-negara Dunia Ketiga. Melalui hutang dengan sistem riba, akhirnya kekayaan negara-negara Dunia Ketiga terus dirampas dan mengalir ke Institusi Jemaah Dajjal seperti IMF dan Bank Dunia, dengan hutang itu pula, negara-negara Islam dijerat dan dibonekakan dengan mudah oleh negara-negara besar.

Penjajahan ekonomi ini seterusnya mengakibatkan kepada penjajahan fizikal yang memperolehi ketaatan negara Dunia Islam serta Negara membangun. Akibatnya kita akan sebati dan lali dengan riba sehingga jika ada orang yang tidak mengamalkan riba, orang itulah yang dianggap ''Asing, Pelik dan Bodoh.''

============================================================================================================================================

PERANAN ULAMA DIDALAM DUNIA ISLAM

Ulama yang kita miliki hari ini juga Jahil terhadap perkara ini dan tidak mempunyai ilmu pengetahuan mengenai rancangan musuh terhadap umat Islam dan jikalau ada ilmu sekali pun mereka hanya membisu,pekak dan membutakan diri.ia tersangat mendukacitakan kerana mereka juga telah kehilangan pandangan MATA HATI mereka dimana tidak mampu lagi untuk menilai dan memahami rancangan Licik musuh Islam terhadap mereka dan kita semua..Ulama pada akhir zaman ini telah ditundukkan oleh pemerintah bagi kepentingan diri mereka. Mereka telah menjual diri demi kepentingan dunia..Ulama zaman sekarang juga bukan sahaja membenarkan riba ini berlangsung dengan Fatwa-fatwa mereka tetapi juga menghalang Ulama yang Ikhlas dalam proses memberi hidayah dan petunjuk kepada umat Islam mengenai perancang musuh terhadap kita.

Pada hari ini Umat Islam sendiri seperti tidak kisah lagi mengenai Riba kerana mereka melihat bahawa Ulama yang mereka sanjungi sendiri tidak mendedahkan dan menghalang mereka dari terus terjebak ke dalam Riba. Umat Islam di zaman ini sendiri telah di brainwash oleh budaya moden yang mementingkan Materialistik seperti rumah besar,kereta besar,telifon bimbit berjenama dan barangan rumah yang berjenama.

Rancangan ini juga telah dipermudahkan dengan wujudnya Kad Kredit yang membolehkan bayaran dilakukan secara ansuran dan semestinya disertakan dengan Riba..Ini juga adalah salah satu perangkap Iblis terhadap umat Islam.

Perlu diingat, rancangan ini tidak berlaku secara kebetulan tetapi telah dirancang dengan rapi dan teliti oleh keluarga Rothschild selaku Duta bagi Iblis laknatullah dalam memastikan kita terutamanya Umat Islam Akhir Zaman akan menempah tiket ke neraka dengan menggunakan sistem yang telah mereka ciptakan ini (Riba)..sudah tiba masanya untuk keluarga Rothschild melaksanakan Rancangan yang paling mega mereka ke arah penubuhan sebuah kerajaan dunia (World Government) yang berpangkalan di Baitul Maqdis dengan menghambakan umat di seluruh dunia dengan sistem perbankan mereka melalui One World Currency (matawang Global)

Inilah yang dikatakan Riba yang telah digunakan oleh keluarga Rothschild dalam memerangkap umat Islam sedunia di akhir zaman ini.

Wallahualam

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=303793476767855&id=303787060101830

Rothschild2

ILLUMINATI:

ROTHSCHILD  BERHUBUNG DGN IBLIS/JIN/DAJJAL MELALUI SATANIC RITUAL

Mungkin ada yang tertanya-tanya ,"siapakah Rothschild?". Rothschild mungkin tidak penting bagi anda, namun bagi dunia global Rothschild adalah keluarga terkaya yang penting samada dari segi sejarah atau masa depan dunia.

Ini kerana, keluarga Rothschild adalah keturunan yang bertanggung jawab ke atas semua masalah dunia sehingga ke hari ini. Ringkasnya semua revolusi dan perang-perang yang berlaku di seluruh dunia 90 peratusnya berpunca dari percaturan ahli-ahli keluarga Rothschild & Rockefeller.

(Gambar) Jacob Rothschild

Rothschild adalah keluarga yang sentiasa dielakkan untuk diletakkan di dalam buku sejarah malah berperanan sebagai pencipta dan pengawal sejarah. Mereka juga mengawal pergerakan media dan politik dunia.  

Rothschild adalah keturunan penyembah syaitan yang berhubungan dan meminta bantuan dari Dajjal melalui satanic ritual untuk menguasai dunia. Mereka tunduk dan melaksanakan setiap arahan dari Dajjal kearah pembentukan New World Order. 

Al-Quran:Surah Al-Baqarah:102 :

" dan mereka mengikuti apa yang telah dibacakan oleh syaitan-syaitan di zaman kerajaan Nabi Sulaiman. Dan bukanlah Nabi Sulaiman itu kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat Harut Marut di Negeri babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata“
Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang mempelajari dari mereka berdua… Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat…”

===========================================================================================================================================

bersambung part 2

China, ekonomi baharu dirancang

US, CHINA, RUSSIA, ISRAEL, IRAN SEDANG GIAT BUAT PERSIAPAN RAPI PERANG DUNIA KETIGA

APA PERSIAPAN UMAT ISLAM?? MASIH LAGI BERCAKARAN KERANA PARTI POLITIK..

MASIH TAK BERSATU.. MAKSIAT MAKIN BERLELUASA..

DALAM FILEM TERBARU MR HOLMES ADA SEBUT :

''TANAH MELAYU...!! ARE U READY??''

Pelan Strategik Yahudi Zionist Sedang Dilaksanakan Tanpa Kita Sedari :
Mengurangkan Populasi Dunia Sehingga 90%...

Sedarkah kita dunia kini secara global sedang sengit bergolak dan berada pada saat genting diambang Perang Dunia Ke-3?

Jika berlaku perang dunia, apakah negara kita tidak akan diseret masuk ke dalam kancah perang dunia?

Sejarah melalui Perang Dunia Pertama dan Ke-2 telah mengajar kita bahawa segala aktiviti kehidupan manusia seluruh dunia akan lumpuh, ekonomi, politik dan sebagainya akan terhenti dan keadaan akan menjadi huru-hara.

Seperti paparan maklumat yang disampaikan sebelum ini, agenda pertama Yahudi Zionist melalui cabang-cabang pertubuhannya seperti Illumicorp, watak-watak Yahudi Zionist yang dipegang oleh keluarga Rothschild menguasai sistem perbankan dan kewangan dunia telah tercapai. Mereka berjaya memerangkap umat Islam dan masyarakat dunia dengan sistem kewangan jahat iaitu apa yang Islam panggil sebagai RIBA'.

Sistem kewangan adalah asas kepada ekonomi samada pada skala mikro atau makro. Umpama tok dalang wayang kulit, Keluarga Rothschild adalah pencetus kepada perang dunia pertama dan kedua dan dalam masa yang sama membiayai kerajaan-kerajaan barat seperti Britain, Perancis, Jerman dan lain-lainnya untuk bajet logistik perang tersebut.

Mereka juga yang menjadi 'batu api', mengadu domba masyarakat dunia agar terlibat dengan peperangan supaya mereka dapat mengaut untung, memuaskan nafsu serakah mereka. Bila perang berakhir, negara-negara yang berhutang (termasuk keluarga diraja Britain) tidak mampu untuk melunaskan hutang mereka.

Inilah apa yang mereka inginkan, yang berhutang akhirnya terpaksa tunduk kepada yang memberi hutang. Mereka akan diangkat menjadi penasihat kerajaan-kerajaan dan segala kemahuan mereka terpaksa dipatuhi. Kekayaan menjadi senjata ampuh bagi keluarga Rothschild untuk menguasai kewangan Eropah dan Amerika Syarikat dengan memiliki hak menubuhkan bank-bank pusat di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat (Federal Reserve Bank). Secara tidak langsung mereka menguasai dunia keseluruhannya kerana merekalah yang berkuasa dalam Bank Dunia!

Kini mereka telah pun menyiapkan pelan agenda seterusnya untuk menguasai dunia. Mereka yakin dengan kemampuan mereka dan merasa kuasa dunia ditangan mereka. Bagi memudahkan mereka mentadbir dunia secara total, POPULASI DUNIA mesti dikurangkan sehingga 90%!!! Berapakah jumlah bilangan manusia, 90% dari populasi manusia kini yang berjumlah hampir 7 billion orang? Jawapannya adalah 6.3 billion atau dalam angkanya adalah 6,300,000,000 orang.

Cara mudah dan cepat untuk melenyapkan manusia seramai itu adalah..........Perang Dunia ke-3 dengan senjata Nuklear (Bom nuklear adalah beribu kali ganda kuasanya dari bom atom yang pernah di jatuhkan di Hiroshima dan Nagasaki).

Mungkin ada dikalangan anda tertanya-tanya, jika perang nuklear berlaku, apakah mereka akan selamat? Mereka yang merancang, sudah tentu mereka telah membuat persiapan yang rapi. Mereka telah membina 'bunker-bunker' malah 'istana' bawah tanah yang akan 'kebal nuklear ', cukup lengkap dengan bekalan serta logistiknya sehingga dunia kembali 'bersih' dari persekitaran radioaktif nuklear. Mereka yakin sungguh perancangan mereka akan berhasil, namun kita sebagai Umat Islam mesti menyakini dengan iman yang teguh bahawa rencana Tuhan (Allah SWT) jua mengatasi segalanya.

Sementara sampai masa terjadinya perang nuklear, mereka mempunyai cara-cara lain yang sememangnya dijalankan secara rahsia.

Para Illuminist dan Mason sedang galak membuat projek-projek raksasa untuk menyambut kedatangan Messiah.

Di Eropah,bunker-bunker bawah tanah dibina untuk menyimpan gandum dan bekalan makanan yang lain.The Endgame pasti tiba .Para Illuminist dan Mason percaya hal ini, namun soalannya di pihak mana mereka berada.

Sampai masa para Illuminist akan menimbulkan huru hara.
Iblis telah mengajarkan kepada 66 degree ahli Kultus Syaitan Illuminist bahawa untuk menguasai manusia, huru hara perlu diadakan. Sejumlah manusia perlu dikorbankan demi nama Iblis.

Biar ramai manusia mati supaya kekafiran mereka dapat dijamin. Jika dibiarkan hidup lama, takut-takut mereka akan mendapat hidayat Allah. Syaitan-syaitan ini tetap berusaha keras walaupun sebenarnya hidup mati dan hidayah itu di tangan Allah.

Info lanjut:

https://www.facebook.com/neil.armslayer/posts/813381932044444?pnref=story

==========================================================================================================================================================================================

CHINA DITUGASKAN MENYIAPKAN KELENGKAPAN PERANG DUNIA KETIGA

Seperti yg telah dirancang, China skrg menjadi pendahulu kpd operasi galian minyak dan pasaran emas dunia.

Selepas Saddam Hussein ditumbangkan, semua minyak rakyat Iraq mula dibawa keluar tentera Amerika melalui kapal-kapal minyak di sepanjang pantai Israel dan Lubnan. Minyak yg bertan-tan ini dibawa ke China bagi tujuan pemprosesan.

Kilang-kilang pemproses minyak mentah yg berada di China skrg adalah milik kroni-kroni Rothschld dan semua itu adalah hasil usahasama dgn kerajaan komunis China.

Ini menunjukkan Komunis China skrg adalah pengeluar minyak terbesar di dunia dan ia jelas Komunis adalah salah satu fahaman palsu yg dicipta utk menutup sesuatu rahsia.

Bank-bank gergasi yg menguasai ekonomi China skrg seperti Bank HSBC dan Bank Of China adalah agen Rothschld yg menguasai pasaran emas, perak. platinum dan lain2.

Manakala kroni Rothschild lain seperti bank Goldman Sachs, Morgan Stanley dan beberapa bank Eropah lain telah membina pelbagai kilang dan gudang besar yg menyimpan pelbagai hasil bumi yg mahal seperti balak, aluminium, besi, konkrit, kaca, traktor dan lain2.

Simpanan bahan2 mentah secara besar-besaran ini adalah sebagai persiapan perang besar pada masa depan. Ia sgt jelas bahawa China digunakan utk menyiapkan kelengkapan bagi persediaan Perang Dunia Ke Tiga.

Penguasaan China di dalam ekonomi dunia telah pun diberitahu oleh dua agen Rothschild iaitu George Soros dan Henry Kissinger.

Dalam temu ramah dengan wartawan The Financial Times pada 2009, George Soros menyebut bahawa China akan memimpin Pemerintahan Dunia Baru (New World Order).

============================================================================================================================

ROTHSCHILD MEMILIH CHINA KUASAI EKONOMI DUNIA

Walaupun carta ekonomi dunia menunjukkan negara Amerika menduduki tangga pertama tetapi gerak kerja utk meletakkan China di tangga teratas sedang dijalankan dgn giat.

Pengarah bank Amerika, Yahudi Ben Bernanke telah melakukan pindahan wang secara elektronik kepada bank2 Eropah di China. Transaksi bernilai trillion dollar ini menjadikan ekonomi China meningkat 10 peratus setiap tahun tetapi ekonomi Amerika mula jatuh sedikit demi sedikit.

Pada 2010, carta ekonomi dunia menunjukkan China berada di tangga kedua selepas Amerika. Dalam pada itu, akhbar2 antarabangsa melaporkan byk syarikat2 pembuat motokar mula menjual saham kepada China. Dua syarikat pembuat motokar terbesar di dunia sudah dimiliki oleh China pada 2010 iaitu Ford dan General Motor.

Proses pindah milik dan jual beli saham antara syarikat Eropah dan China bukanlah bermaksud China semakin kaya tetapi ia lebih kepada pemindahan penanggus kos syarikat2 tersebut. Rothschild menaikkan ekonomi China supaya China boleh mengambil-alih syarikat2 besar tersebut utk sesuatu tempoh tertentu. Kos2 operasi ditanggung oleh China sendiri.

Apabila syarikat besar dipindah milik maka negara2 Eropah boleh memberi perhatian terhadap perang-perang besar yg akan dicetuskan pada masa akan datang.

============================================================================================================================

REPUBLIK CHINA MASA SEKARANG

Sekarang ekonomi China dibangunkan dengan hebat oleh Rothschild melalui agen-agennya di seluruh dunia. Ekonomi China dihebatkan dgn pelbagai teknologi.

Mana-mana pembuatan barangan kecil atau besar akan tertulis Made In China.

Melalui perancangan rapi Rothschild, purata kadar pertumbuhan ekonomi China telah menjadi 9.6% setahun dan kadar ini dijangka stabil sehingga 5 tahun selepas 2011. China dijangka menduduki tempat pertama ekonomi dalam masa berapa tahun ini.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa China adalah antara negara yg dipilih oleh Rothschild utk menjalankan idea-idea masa depan Dajjal.

Dan kejatuhan pemerintahan beraja China pada 1911 adalah sesuatu yg dirancang, bukannya kebetulan semata2.

Manakala perancangan tersebut dipegang oleh Rothschild yg dilantik mengetuai projek besar Dajjal mengawal umat dunia tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

''Who controls the money can control the world...''
-Jacob Rothschild

Thursday, 4 July 2019

Sistem perhambaan bank

HUTANG BANK ADALAH SISTEM PERHAMBAAN

Sistem riba menjadikan barang jadi mahal. Ini kerana kos tambahan dari sistem riba dalam seluru rantaian sistem produksi juga sebab pertambahan demand akibat keghairahan NAFSU membeli lagi rumah baru/kereta baru yang tidak berdasarkan kemampuan saku tapi kemudahan berhutang.

Punca sebenar meningkatnya inflasi adalah sistem perbankan yang menggalakkan pemberian kredit dan pinjaman baik dari pinjaman rumah, kereta mahupun kad kredit, yang mana ia mencairkan nilai wang itu sendiri. Malah ciptaan bank itu sendiri adalah permulaan sistem perhambaan baru. 

Hari ini kita mampu untuk beli sebuah rumah RM500,000 hanya dengan pinjaman. Kita ukur kemampuan kita sebulan dengan pembayaran bulanan. Lalu kita nampak kita mampu menanggung hutang itu. Lalu kita bayarlah rumah itu untuk tempoh 40 tahun. Setelah 40 tahun, jumlah bayaran yang kita langsaikan ialah RM1,500,000. RM1 Juta ialah faedah yang diambil oleh bank itu sendiri. 

Tahukah kita, jika tiada riba di dalam dunia ini, rumah yang kita beli itu mungkin hanya bernilai RM30,000 SAHAJA.  

Hari ini kita pasti akan keliru dengan sistem perbankkan Islam yang menawarkan pinjaman perumahan RM500,000 dan bayar semula RM1,500,000

Bank adalah  sistem ciptaan Dajjal melalui agennya Freemason untuk memperhambakan umat manusia.

Apa yang harus umat islam lakukan adalah berusaha melangsaikan segala hutang2 yang ada dan berhenti mengambil hutang yang baru. Ini kerana jika kita berhutang baik secara Islam atau konvensional sekalipun, kita bersubahat mencairkan nilai wang itu sendiri.

Riba adalah ciptaan yahudi.. Sedangkan di negara Israel TIADA RIBA 
Mereka menyimpan dinar emas

Renung-renungkanlah...

=================================================================================================================================================================================================================

PENJELASAN SECARA TEKNIKAL

Hari ini, kita berbelanja bukan mengikut kemampuan saku tetapi kita berbelanja mengikut kemampuan kita mampu bayar sebelum kita MATI. Natijahnya, seorang lelaki biasa akan mula komited dengan hutang-hutang mereka seperti hutang kereta (9 tahun atau selama-lamanya kerana sentiasa akan beli kereta baru), hutang rumah pula (40 tahun / sampai mati), hutang kahwin (5-10 tahun), Hutang belajar (5-15 tahun) dan hutang kad kredit.

Semua ini membuatkan KITA MENJADI ORANG TERJAJAH dan bukannya orang merdeka. Kita tak mungkin mampu untuk berlepas diri dari segala kekangan hutang itu sehingga kita terpaksa bekerja SELAMA-LAMANYA untuk membayar hutang yang kita mulakan pada usia kita 20-an.

Lihat sini dengan tenang. Jika tanpa riba, contohnya kita bergaji RM3,000 dan kita mampu berkereta bernilai RM10,000 sahaja. Pengeluar kereta juga akan mengeluarkan kereta pada pasaran mampu dengan kadaran RM10,000 sebuah kereta. Maka kita akan menabung ATAU BERKONGSI wang untuk sampai RM10,000 dan pergi ke kedai untuk beli, bayar dan bawa pulang dengan senang hati.

Insuran pun memadai dengan THIRD PARTY sahaja. INSURANCE FIRST PARTY tidak jadi wajib melainkan atas kesedaran pemilik untuk insurankan kereta mereka. Apabila insuran tidak wajib, maka ia satu pilihan yang mampu kita pilih dan insuran juga akan jadi rendah premiumnya kerana kita ada pilihan. Tidak seperti sekarang, insuran FIRST PARTY jadi wajib maka berapa sahaja mereka nilaikan… kita wajib bayar tanpa banyak soal. Itu juga cabang riba, satu perniagaan secara paksa, menindas dan mengambil untung berlebihan.

Pada kes itu, kita akan berbelanja mengikut kemampuan saku. TETAPI apabila riba diperkenalkan, maka kita yang bergaji RM3,000 MAMPU MEMBAYAR KEMBALI PINJAMAN SEHINGGA RM50,000. Maka penjual kereta juga bertindak mengikut situasi pasaran yang orang sudah mampu memiliki kereta bernilai RM50,000. Maka harga kereta juga akan jadi sebanyak itu.

Itu tidak termasuk perlaksanaan riba dalam semua lapisan. Sebutir skrew di sebuah kereta yang sepatutnya bernilai RM10,000 itu juga dikilangkan oleh sebuah kilang yang MEMINJAM BANK untuk modal pengeluaran mereka. Lalu, kos riba itu ditanggung secara efek domino dalam keseluruhan rangkaian bekalan.

Pengilang enjin pula akan beli skrew dan nut dari kilang itu secara hutang. Dan hutang itu juga ada kos nya. Walaupun tidak dinyatakan dalam bentuk peratusan, logiknya jika bekalan kita BELI TUNAI pasti dapat diskaun lagi. Sebenarnya ia bukan diskaun tetapi itulah harga sebenar. Jika debeli secara hutang atau ‘consignment’ ia akan jadi tinggi sedikit harganya. Itu juga berlaku riba.

Tak termasuk lagi kes kilang enjin itu yang terpaksa meminjam bank juga untuk mengilang engin. Kalau nak dalami lagi, cuba gali sampai ke lombong besi yang menggali besi untuk dibuat skrew tadi. Riba berlaku dalam segala lapisan dan kosnya akan terus dibawa ke hadapan.

Jelas sekali riba berlarutan dalam semua rangkaian bekalan. Maka, kereta yang sepatutnya berharga RM10,000 dengan kos pembuatan RM7,000 akan meningkat kos pembuatannya menjadi RM30,000 dan dijual pula pada harga katalah RM50,000 mengikut KADAR KEMAMPUAN PASARAN MEMBUAT PINJAMAN, bukan berdasarkan kos pembuatan sebenar.

Kerana tiada pilihan, kerana riba sudah menjadi SISTEM EKONOMI, maka kita terpaksa memakan riba itu juga. Sedangkan, Allah sudah memberi amaran  bahawa pemberi dan penerima riba kedua-duanya sama sahaja.

- Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba’. ”
“..Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka KEKAL di dalamnya…”
( Surah Al – Baqarah – Ayat 275 )

- Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud :
“Allah s.w.t telah melaknatkan orang yang makan riba’ orang yang berwakil padanya dan jurutulisnya dan saksi-saksinya dan mereka berkata mereka itu sama sahaja. “
(Riwayat Muslim)

- Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu makan riba’ yang berganda-ganda dan takutlah kamu kepada Allah s.w.t mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.”
(Surah Ali Imran – Ayat 130)

==================================================================================================================================================================================================================

ROTHSCHILD SEDANG MENGUASAI MALAYSIA

Keluarga Rothschild amat menyukai peperangan kerana peperangan merupakan penjana hutang secara besar-besaran yang bebas risiko dan cara mudah untuk mengurangkan populasi dunia. Matlamat keturunan Firaun ini juga adalah untuk menghancurkan Islam.

Dajjal adalah raja di kerajaan rahsia di Segitiga Bermuda. Si laknat itu sedang berkonspirasi bersama Illuminati diketuai oleh Rothschild di sebalik kejadian-kejadian pelik yang berlaku di dunia ini.  Antara kejadian pelik seperti serangan 9/11,  MH370, MH17, QZ8510 etc..

Strategi Rothschild mudah, iaitu memanipulasi wang menerusi sistem perbankan dan ekonomi. Apabila seseorang pemimpin memerlukan wang, Rothschild datang menawarkan bantuan pada kadar bunga yang tinggi. L

angkah ini sahaja sudah cukup untuk Rothschild memegang seseorang itu sehingga ke anak cucu cicitnya, mengakibatnya dia bergantung 100% kepada hutang sehinggalah bankrap dan tergadai semua harta sesebuah negara.

Inilah yang berlaku kepada khalifah Uthmaniyyah sehingga menjadikan semua
negara dibawah naungan khalifah ini di jajah semasa perang dunia pertama dan juga Mesir yang mengalami kebankrapan akibat hutang RIBA yang berlipat kali ganda.

Kita membicarakan sebuah negara yang muflis, bukannya syarikat. Jadi kesannya ialah kepada penduduk secara keseluruhan, yang seterusnya mengakibatkan negara tersebut berada sepenuhnya dibawah telunjuk Rothschild.  

==================================================================================================================================================================================================================

PERMAINAN POLITIK, PERPECAHAN BANI MELAYU

Hobi Dajjal adalah melaga lagakan dan berdusta melalui media.

Ketahuilah bahawa tugas Rothschild adalah mencetuskan perang, kemudian Rothschild akan menaja setiap negara yang berperang.

Contoh dalam perang Wellington yang dicetuskan oleh Rothschild.
Keluarga Rotschild bekerjasama membekalkan emas kepada pihak yang berperang (melalui Nathan di England) dan tentera Napoleon (melalui Jacob di Perancis) dan mereka memulakan polisi memberi dana kepada kedua-dua belah pihak yang berperang.

Begitu juga dalam senario politik di Malaysia, orang2 Freemason akan menyusup masuk dalam setiap parti untuk membuat perkara pelik pelik, menyebar fitnah  dan melaga lagakan, agar bani melayu hantuk kepala sesama sendiri dan bepecah belah.

Bila umat Islam jadi lemah, SENJATA umat islam paling hebat iaitu DOA menjadi tidak mustajab. Hari ini kita boleh lihat pak imam, khatib, ustaz2, para ulamak pun boleh termakan fitnah dajjal dan menyebar fitnah walaupun sedang berada didalam rumah Allah.

Senjata utama Dajjal memecah belahkan umat Islam ialah "PEMBOHONGAN". Pembohongan bermaksud "Dusta" itu adalah gelaran yang sinonim dengan Dajjal Laknatullah. Fitnahnya berpaksikan pendustaan yang hebat sehingga orang beriman pun akan hilang kewarasannya.

Begitulah kejahatan yang dilakukan oleh proksi Dajjal yang mengawal media dan menguasai Malaysia.

Keluarga Rothschild juga mempunyai ramai Agen-agen di seluruh negara didunia untuk melaksanakan Rancangan Untuk Mereka, supaya Keluarga Rothschild dapat berada dibelakang tabir.

They create it, we play it. Master of puppets....

==================================================================================================================================================================================================================

PROJEK  ''MIND CONTROL'

Keturunan Rothschild berperanan sebagai pengawal yang mengawal pergerakan media, sejarah dunia, politik, bank dan kerajaan. Rothschild hanya mengikut arahan dari Dajjal. bermakna Dajjal sedang memerintah dunia.

Iblis dan syaitan sentiasa berusaha untuk melaga2kan Anak Adam, menumpahkan darah sesama sendiri, menghasut agar saling benci-membenci, membuakkan rasa dendam hingga manusia berusaha membuat senjata2 , untuk menghancurkan sesama sendiri. Daripada zaman dahulu manusia hanya berperang dengan senjata pisau, kapak, pedang, sehinggalah ke zaman moden, manusia menghancurkan sesama sendiri dengan BOM.

Lihatlah hasutan syaitan boleh menyebabkan manusia hilang pertimbangan dan hilang perikemanusiaan. Sudah tidak menghiraukan lagi nasib pihak yang diperangi, nasib anak dan keluarga mereka. Begitu tekadnya mahu hancurkan manusia yang lain, hasil dendam kesumat yang diapi-apikan oleh syaitan, na’uzubillah.

Malangnya ramai dikalangan manusia tidak menyedari Syaitan berada ditengah-tengah mereka..

Kerana tidak menyedari Syaitan dikalangan manusia yg jauh lbh kejam dan jahat sedang menjahanamkan seluruh sistem kehidupan masih bebas mencatur dunia.

Rasulullah SAW bersabda:

''DI ANTARA PENCIPTAAN ADAM DAN TERJADINYA KIAMAT, TIDAK ADA FITNAH (DUGAAN) YANG LEBIH DAHSYAT DARIPADA FITNAH DAJJAL".

#hapushutangdanriba
#geranbersyarat
#sistemKAPITALISvssistemMOEKRI
#gagasandakwahekonomi3m

Nak tahu kaedah penyelesaian hutang berlandaskan Islam klik join group 👇👇

https://m.facebook.com/groups/485463115208262

Wardah Iman

Depopulasi

Agenda Depopulasi Dunia

Sudah lama saya cuba untuk buka thread berkaitan Buku Rahsia Yahudi Dalam Filem, yang terhalang akibat kekangan masa. Banyak kupasan yang diketengahkan oleh penulis berkaitan pengaruh buruk para Yahudi yang disuntik kedalam filem mereka dengan tujuan merosakkan akidah umat dunia, khususnya Muslim..

Salah satu tajuk yang menarik minat saya ialah berkaitan depopulasi manusia. Kenyataan2 berikut saya salin dari buku AYDF.

Depopulasi bermaksud megurangkan penduduk. Dalam teori konspirasi, antara agenda yahudi yang menjadi perbahasan utama ialah depopulasi atau Kawalan Populasi. Agenda ini membawa maksud kelompok yahudi elit dari Iluminati sedang berusaha mengurangkan jumlah penduduk dunia kepada satu angka khusus iaitu 500 juta.

Statistik penduduk dunia sehingga 12 Mac 2012 ialah 7 billion. Maka Iluminati menetapkan agenda mereka bahawa penduduk dunia perlu dikurangkan kepada maksimum 500 juta walau dgn apa cara sekalipun. Kebanyakan orang akan bertanya mengapa 500 juta? Dan bagaimana?

Mengapa Illuminati memilih angka 500 juta?

Berdasarkan kajian ramai penyelidik teori konspirasi, angka 500 juta dipilih kerana ia adalah bilangan maksima penduduk yang bleh di muat dalam 'supercomputer' milik illuminati (bab 11). Dengan angka 500 juta, mungkin lebih mudah bagi Illuminati untuk mengawal setiap inci maklumat peribadi setiap penduduk di dunia.

Kita tidak tahu bagaimana ia menyimpan, tapi pelaksanaan supercomputer L.U.C.I.D ( bab 15) teleh membuktikan Illuminati telahpun bersedia menghadapi zaman di mana jumlah penduduk dunia hanya akan berjumlah 500 juta sahaja.

Bagaimana penyelidik konspirasi mengetahui angka ini?

Angka tersebut didapati pada satu tugu batu misteri yg dinamakan 'Georgia Guidestones' (google utk lihat gambar). Tidak diketahui siapa yg meletakkannya tetapi ramai yang percaya ia dilakukan oleh ahli2 Freemason secara diam2 tanpa diketahui oleh pihak berkuasa tempatan. Di tugu batu itu terukir 10 ayat berikut :

1.   maintain humanity under 500,000,000 in perpetual balance with nature
2.   Guide reproduction wisely- improving fitness and diversity
3.   Unite humanity with a living new language
4.   Rule passion- faith-tradition-and all things with tempered reason
5.   Protect people and nations with fair laws and just courts
6.   Let all nations rule internally resolving external disputes in a world court
7.   Avoid petty laws and useless official
8.   Balance personal rights with social duties
9.   Prize truth-beauty-love-seeking harmony with the infinite
10. Be not a cancer on the earth - Leave room for nature-Leave room for nature

Cara Illuminati mencapai angka 500 juta

Hasil kajian juga menunjukkan Illuminati menggunakan pelbagai kaedah bagi mengurangkan penduduk dunia yg mana kaedah tersebut berupa peristiwa yang bersifat sejagat dan kebetulan tetapi dihasilkan dengan penuh teliti tanpa menimbulkan syak di kalangan masyarakat dunia. Peristiwa2 tersebut adalah:

1.   Perang dan revolusi - negara2 Timur Tengah, Afrika, Palestin dll
2.   Bencana alam, ribut tsunami dan taufan - Ramai tidak mengetahui Illuminati mempunyai alat penghasil ribut yang dinamakan HAARP (High Frequency Active Auroral Research Program) di Alaska, Amerika. Mampu menghasilkan awan yg hangat dan memindahkan awan tersebut ke mana2 negara utk menjana ribut taufan. Sehingga sekarang masyarakat dunia tidak percaya ada teknologi yg boleh hasilkan taufan.

3.   Wabak penyakit - Selsema brung, denggi, antrax dll. Walaupun diberitahu berlaku disebabkan binatang, tetapi kajian drpd penyelidik2 konspirasi membuktikan ia disebarkan oleh manusia melaui alat2 khusus.

4.   Program pemvaksinan - ramai yg memerlukan vaksin tetapi ramai juga yg mati disebabkan vaksin. Kes2 saman terhadap syarikat pengeluar vaksi seperti Baxter dan GlaxoSmithKline (GSK) berlaku hampir setiap tahun tetapi berita ini tdak sampai di Malaysia.

Kami menjangkakan Illuminati akan menggunakan sebaran virus bagi membunuh masyarakat dunia secara perlahan. Kemudian dunia akan diberikan berita palsu bahawa wabak penyakit yang sedang melnda perlu menerima suntikan vaksin palsu ciptaan Illuminati yg paling kerap diwartakan oleh PBB.

Tuesday, 2 July 2019

Isytihar harta

BENARKAH ISLAM TIDAK BENAR KITA MENGISTIHARKAN HARTA?

Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Beberapa wartawan, rakyat Malaysia; muslim dan non-muslim bertanya saya apakah benar dakwaan yang menyatakan Nabi s.a.w tidak membenarkan orang politik mengistiharkan harta? Bagi yang non-muslim mereka nampak semacam begitu kecewa jika demikian ajaran Islam.

Saya rasa saya perlu berikan penjelasan tentang hal ini agar agama Islam tidak disalahfahami sehingga memberikan imej yang salah terhadap Islam. Di sini saya ingin jelaskan hal ini pada nota-nota;

1. Nabi s.a.w sendiri dalam pentadbiran kerajaan baginda memastikan para petugas atau pegawai yang dilantik tidak memiliki harta atas salahguna kedudukan. Baginda menegur harta yang dimiliki oleh para petugas yang diperolehi dengan cara yang tidak betul. Ertinya, baginda memeriksa dakwaan harta yang mereka miliki. Sabda Nabi s.a.w:

فَمَا بَالُ العَامِلِ نَسْتَعْمِلُهُ، فَيَأْتِينَا فَيَقُولُ: هَذَا مِنْ عَمَلِكُمْ، وَهَذَا أُهْدِيَ لِي، أَفَلاَ قَعَدَ فِي بَيْتِ أَبِيهِ وَأُمِّهِ فَنَظَرَ: هَلْ يُهْدَى لَهُ أَمْ لاَ، فَوَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، لاَ يَغُلُّ أَحَدُكُمْ مِنْهَا شَيْئًا إِلَّا جَاءَ بِهِ يَوْمَ القِيَامَةِ يَحْمِلُهُ عَلَى عُنُقِهِ

“Apa jadi dengan pegawai yang kita utuskan, kemudian pulang dan berkata: “Ini bahagian kamu, ini bahagian aku. Silakan dia duduk di rumah ayah dan ibunya, lalu tunggu adakah akan diberikan hadiah kepadanya atau tidak?! Demi Allah, dia (pegawai berkenaan) tidak mengambil sesuatu melainkan pada Hari Kiamat nanti dia akan menanggung pemberian itu atas tengkoknya.” (Riwayat al-Bukhari).

2. Dalam Islam, muslim diwajibkan membayar zakat. Zakat yang wajib dibayarkan oleh muslim membabitkan pelbagai harta; tanaman, ternakan, emas (wang) dan selainnya. Jumlah zakat wajib seseorang berdasarkan kadar harta yang dimiliki. Bagi ternakan ada kiraannya, bagi emas ada kiraannya, bagi tanaman ada kiraannya, bagi galian ada kiraannya dan seterusnya. Lebih banyak harta, pasti lebih banyak kadar yang wajib dibayar. Ulul Amri (Pemerintah) merupakan ‘amil zakat yang berkewajipan memastikan mereka yang wajib membayar zakat, menunaikan tanggungjawab mereka. Jika agama melarang muslim mengistiharkan harta, pastilah muslim tidak boleh membayar zakat kepada ‘amil zakat kerana itu menyebabkan jumlah hartanya diketahui. Maka, dakwaan bahawa Islam tidak membenarkan jumlah harta seseorang dimaklumkan kepada pihak pemerintah adalah batil dan tidak berasas.

3. Antara pendekatan memastikan intigriti urustadbir pemerintahan Khalifah ‘Umar bin al-Khattab ialah memeriksa harta pegawai-pegawai yang dilantik dan mencatatkannya. Ini bagi mengawal supaya mereka tidak mengambil kesempatan mengumpul harta dengan cara yang salah melalui jawatan yang dipegang. Polisi ini telah lama dijalankan oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab dalam pentadbirannya. Dalam al-Tabaqat al-Kubra oleh al-Imam Ibn Sa’d (meninggal 230H) dan juga dipetik oleh al-Imam al-Sayuti (meninggal 911H) dalam Tarikh al-Khulafa:

أَنَّ عُمَرَ كَانَ إِذَا اسْتَعْمَلَ عَامِلًا كَتَبَ مَالَهُ

“Sesungguhnya ‘Umar apabila melantik pegawai, beliau mencatatkan hartanya” (Tabaqat Ibn Sa’d 3/307 Beirut: Dar Sadir)

4. Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) menyebut dalam karyanya tentang polisi ‘Umar tersebut dengan berkata: “‘Umar memeriksa harta para pegawainya. Dia mengambil separuh harta mereka jika itu mereka perolehi melalui jawatan mereka yang bercampur dengan kedudukan istimewa mereka. ‘Umar membahagikan harta itu kepada dua bahagian, separuh untuk mereka, separuh untuk kaum muslimin (rakyat)” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Turuq al-Hukmiyyah, m.s 17)

Justeru itu al-Syeikh Dr ‘Ali Muhammad al-Sallabi menyebut dalam karyanya “‘Umar bin al-Khattab: “Umar itu menghitung (jumlah) harta para pegawai dan gabenor sebelum perlantikan. Ini bertujuan untuk mengira harta mereka yang bertambah selepas perlantikan yang tidak termasuk dalam penambahan yang munasabah” (‘Ali Muhammad al-Sallabi, ‘Umar bin al-Khattab, m.s 356)

5. Kemudian, kita hendaklah faham bahawa dalam soal pentadbiran, Islam itu sifatnya begitu luas. Apa sahaja yang membawa kemaslahatan kepada rakyat, diiktiraf sebagai politik atau urustadbir yang selaras dengan syarak. Ini termasuklah soal pengistiharan harta. Pemerintah berhak menentukan kaedah yang diyakini terbaik dalam memastikan intigriti dan urustadbir yang baik. Jangan kita jumud dan mempergunakan dalil-dalil agama sehingga menyempitkan ruang politik yang diluaskan oleh syarak.

Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam hal ini: “Jika engkau maksudkan dengan perkataanmu “Tiada siyasah melainkan apa yang menepati syarak” iaitu tidak menyanggahi apa yang syarak sebut, maka itu betul. Jika engkau maksudkan tiada siyasah melainkan apa yang syarak sebut maka itu salah. Itu juga bererti menyalahkan para sahabah…apabila zahirnya tanda-tanda keadilan dan wajahnya memancar sinar dalam apa jalan sekalipun, maka di situlah syariat Allah dan agamaNYA. Allah S.W.T itu lebih mengetahui, lebih bijaksana dan lebih adil untuk hanya membataskan jalan-jalan keadilan dan tanda-tanda serta alamat-alamatnya dengan sesuatu perkara (sahaja) kemudian menafikan (kewujudan keadilan) yang lebih nyata daripada itu, lebih kuat dalilnya, lebih jelas tandanya dan (mustahil) Allah tidak menerima dan mengambil kira kewujudannya serta menegakkan tuntutannya. Bahkan Allah S.W.T telah menjelaskan bahawa tujuan DIA mensyariatkan mengenai jalan-jalan (hukum agama) ialah untuk menegakkan keadilan dalam kalangan hamba-hambaNYA dan membolehkan manusia (hamba-hambaNYA) menegakkan keadilan. Apa sahaja jalan yang dapat menghasilkan keadilan dan kesaksamaan maka itu daripada (ajaran) agama ini, dan ia tidak menyanggahinya. Maka tidak boleh untuk dikatakan bahawa siyasah yang adil itu menyanggahi apa yang ungkapkan oleh syarak. Sebaliknya ia (siyasah yang adil) itu  menepati syarak. Bahkan siyasah yang adil itu satu juzuk dari syarak. Kita menamakannya siyasah (politik) mengikut istilah mereka, padahal sebenarnya ia adalah keadilan Allah dan rasulNYA yang zahir menerusi tanda-tanda dan bukti-bukti” (Ibn Qaiyim al-Jauziyah, al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyasah al-Shar’iyyah, 19-20. Beirut: Dar Ihya al-‘Ulum (t.t).

6. Adapun hadis yang digunakan oleh pihak berkaitan:

اسْتَعِينُوا عَلَى نَجَاحِ الْحَوَائِجِ بِالْكِتْمَانِ لَهَا فَإِنَّ كُلَّ ذِي نِعْمَةٍ مَحْسُودٌ

“Bantulah menjayakan hajat-hajat dengan menyembunyikan (hajat-hajat tersebut) kerana setiap yang mempunyai nikmat itu didengki”

Dari kedudukan hadis, secara paling ringkas hadis ini diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal, ‘Ali bin Abi Talib, Ibn ‘Abbas, Abi Burdah dan Abu Hurairah. Hampir keseluruhan jalur periwayatan mempunyai ‘illah (penyakit yang mencacatkan kekuatan riwayat). Al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 567H) menghukumnya sebagai palsu. Demikian al-Imam Ahmad (meninggal 241H)  dan Yahya bin Ma’in (meninggal 233H). Al-Hafiz al-‘Iraqi (meninggal 806H) ketika mentakhrij hadis-hadis Ihya ‘Ulum al-Din mendaifkan sanad hadis ini.

Namun al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah telah menilai SAHIH sanad yang datang melalui Sahl bin ‘Abd al-Rahman al-Jurjani daripada Muhammad bin  Mutarrif daripada Muhammad bin Munkadir daripada ‘Urwah bin al-Zubair daripada Abu Hurairah. (lihat: al-Silsilah al-Sahihah hadis 1453)

Dari segi maksud, hadis tersebut bukan seperti yang difahami oleh pihak berkaitan. Hadis ini menggalakkan menyembunyi perkara-perkara yang membawa kepada hasad dengki. Namun, jika ada keperluan maka hajat serta nikmat boleh bahkan mungkin wajib didedahkan. Ini terutama kepada pihak yang mempunyai kepentingan. Jika tidak, maka pasti orangramai akan mengelakkan membayar zakat harta atas alasan hadis ini. Demikian juga, akan ada yang menyembunyikan perkahwinan kerana bimbang orang lain dengki. Sedangkan Nabi s.a.w suruh mengiklankan nikah. Demikian juga mungkin ada yang tidak mahu membayar cukai pendapatan, cukai jalanraya dan lain-lain kepada pemerintah atas alasan bimbang pihak lain tahu harta mereka. Ini semua tafsiran yang salah.

7. Diharapkan semua pihak tidak sewenang-wenangnya menggunakan nama Nabi s.a.w dalam mencapaikan hasrat mereka. Islam akan disalahfahami jika tidak berhati-hati menyandarkan hal-hal yang tidak tepat kepada Nabi s.a.w.

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...