Wednesday, 1 March 2023

OT: elit pendidikan

ELIT - KENAPA PENDIDIKAN NEGARA SELAMA INI JADI BEGINI?
Tulisan yg panjang, jika tak mahu baca, boleh skip saja…
1. Kelompok yang mengurus pendidikan negara adalah dari kumpulan yang 'berjaya' dalam pendidikan lalu memasuki IPG atau IPT dan memegang jawatan guru. Selepas memasuki IPG / IPT, kelompok ini terus berdedikasi sebagai guru lalu dinaikkan pangkat sehingga berada dalam linkungan pembuat dasar. Aku namakan kelompok ini sebagai Kumpulan ELIT Pendidikan –  diringkaskan sebagai ‘ELIT’ sahaja.

2. Sebahagian besar ELIT yang berjaya di sekolah ini dulu terdiri dari anak2 kampung yang 'cerdas', rajin dan tidak bermasalah (sikit2 tu biasalah). Bagi  ELIT, kejayaan sekolah adalah lulus exam dgn baik utk berjaya. Inilah yang menyuburkan apa sahaja program utk menaikkan skor dalam exam. ELIT percaya, sekolah adalah untuk murid lebih kurang spt mereka - belajar utk berjaya, bukan untuk murid 'malas tanpa cita2'. Murid yang berjaya ini jugalah dihadiahkan SBP / MRSM, sekolah kluster cemerlang dan pelbagai program disediakan utk mereka. Anak2 dlm kokurikulum dirancang juga dgn pelbagai uniform supaya kelihatan ELIT, dgn blazer, tali leher, long sleeves, pelbagai warna.. 

3. ELIT yg berada dlm kelompok murid berjaya, mungkin tidak menyedari bahawa SEMUA murid ada niat utk berusaha, dan ingin berjaya, malah cemburu melihat kejayaan kawan2 yang lain. Mereka bukan patong tanpa perasaan, mereka juga ada cita-cita, namun pelbagai faktor menyebabkan mereka tercicir, hilang motivasi, merudum minat dan akhirnya gagal wpun dalam hati dan sanubari, mereka juga ingin berjaya. Lebih sedih lagi, kini kumpulan anak-anak spt ini telahpun menghadapi tekanan seawal menjejakkan kaki ke Tahun 1, terperosok seolah2 tiada siapa sudi membantu. Dalam masa yang sama, ramai murid yang 'struggle' ini juga berusaha tetapi kerana keupayaan kognitif lemah dgn pelbagai LD dan lain-lain halangan, akhirnya gagal juga.. malah gagal total - kemahiran tak ada, akademik hilang  punca.

4. Sistem pendidikan yang diterajui ELIT yang SECARA KOLEKTIF lebih melihat murid yang ingin berjaya, spt mereka dulu juga, tanpa disedari menyisihkan murid yang 'struggle' dan bermasalah lalu dianggap tidak mahu belajar. Akhirnya sekolah menjadi bengkel utk mendapatkan murid cerdas dan disokong untuk berjaya. Murid2 yang perlukan intervensi  ‘ketepi dulu ya !’ Maka apabila ELIT menerajui pendidikan negara sehingga berada dlm lingkungan pembuat dasar, maka mereka berfikir, sekolah perlu mengutamakan kumpulan murid yang cerdik, ingin berusaha utk maju, sebagaimana yang mereka juga dahulu sehingga dgn wewenang  menaikkan silibus supaya kumpulan murid yg ingin berjaya semakin terserlah. Bila disanggah, muncul dakwaan DSKP telah ditandaaras peringkat antarabangsa sdg tiada satu dokumenpun yg ada utk menyokongnya.

5. Bila aku belajar di Australia, kemudian berpeluang menjengah ke pelbagai negara - UK, Japan, Denmark, Portugal, Argentina, Sepanyol, Macau, HK, China, Vietnam, Spore, Indonesia, Mesir, Cambodia, Thailand, Jepun, Korea Selatan, Brunei, Taiwan , Turkiye, Mesir, Italy, Holland dan Saudi Arabia, baru minda aku terbuka, apa yang sebenarnya diperlukan dalam pendidikan, bukan spt yang aku fahami sebelum ini.  Dengan ramai kawan2 luar negara yang berinterkasi dgn aku, barulah satu persepsi yang berbeza muncul. Apapun yang dilakukan, akan tetap muncul engineer, sainstis dan pekerja2 separuh mahir atau tidak mahir. Tetapi ini bukan alasan utk fokus kepada yang 'teratas' sahaja, sebab pendidikan adalah membina insan dahulu baharu kerjaya mereka.

6. ELIT pada hemat aku, mewarisi satu pemikiran yang  tidak selari dgn FPK dan pemikiran ini telah lama ditinggalkan oleh negara maju. Aku  mula tersentak dan tersedar bila berada sendiri dalam satu sistem pendidikan luar negara yang sangat berempati kepada SEMUA murid, malah ingin menjayakan SEMUA mereka TANPA KECUALI dengan setiap potensi yang murid tersebut miliki.  Maka atas dasar inilah, negara maju guna sistem homeroom , tiada exam yang serius di sekolah rendah di negara maju, dengan silibus yang bermula mudah penuh dgn aktiviti, bagi memastikan tiada murid yang tercicir. Exam yang diadakanpun lebih kepada penilaian utk intervensi di peringkat sekolah, bukan utk bermegah.

7. Pendidikan bermula di peringkat awal persekolahan di negara maju adalah pendidikan yang dipermudahkan, menyantuni emosi, menitik beratkan psikologi dan keupayaan kognitif murid yang masih hijau. Kemunculan DSKP dari ‘idea’ ELIT ini menjadikan aku tersentak kerana ia tidak menepati keperluan kanak-kanak utk belajar di awal persekolahan, melainkan yang cerdas dan ada pelbagai advantages. Perkara inilah yang bersungguh2 di elakkan oleh negara maju. Lebih tersentak lagi dgn KBAT, STEM dan TP-TP yang menggila,  yang bukan sahaja tidak disesuaikan dgn usia, juga menambah tekanan dan bebanan kerja tanpa signifikan yang nyata.

8. Maka jangan hairan, ibubapa yang sealiran dgn ELIT ini akan menunjukkan sikap yang sama, kecuali apabila anak mereka sendiri yang bermasalah, kognitif rendah serta ada LD - baru mereka sedar realiti di depan mata. Percayalah, setiap anak tetap ada potensi, tetap ingin berjaya dan bercita2 tinggi, dan pendidikan adalah proses menggilap potensi tersebut. Jika mereka minat sukan, jangan sampai bukan sahaja sukan mereka terhalang, akademik juga tidak cemerlang. Jika mereka tidak ada kelebihan dalam akademik, jangan sampai dianggap 'bodoh', sedang potensi mereka tidak pernah terserlahkan. Harus diingati, negara Msia tercinta ini bukan hanya dibangunkan oleh kelompok elitas, tetapi oleh titik peluh seluruh rakyat.

9. Aku paparkan kisah di obersi, bukan sekali, betapa guru tidak melihat murid lemah sebagai satu masalah. Pembuat dasar pendidikan di negara maju dgn EMPATI sbgmana yg pernah mereka lalui, dapat menterjemahkannya semula bila merangka dasar2 baru. Ibubapa pula gembira kerana guru tahu masalah anak mereka dan sekolah berusaha memberikan intervensi yang sesuai. Kejayaan di sekolah rendah di obersi bermula dgn fokus utk anak2 membina karektor dan dikenaplasti minat mereka. Tiada murid yang ‘bodoh’ tetapi hanya murid yang berbeza karektor, berbeza minat dengan sama-sama belajar mata pelajaran asas utk menyuburkan minat masing2. 

10. Tentu sahaja, tidak semuanya akan menjadi spt yang dirancang, namun, perlaksanaan yang manusiawi dalam pendidikan adalah satu keperluan, berusaha menyantuni kesemua anak2 ini secara saksama.Kesungguhan ini terserlah di obersi dengan kelas yang besar, murid yang sedikit, 2 guru setiap kelas, dgn kemudahan yang terbaik dalam hampir apa sahaja. Tumpuan mereka utk ‘membahagiakan’ murid2 di sekolah termasuk berusaha serius dengan anak2 yang bermasalah. 
Maka selagi ELIT secara KOLEKTIF memonopoli pemikiran yg sama dalam arus pendidikan negara, selagi itulah kita akan berpusing2 dititik yg sama..

OT

Saturday, 25 February 2023

Mentega terbang: Hati2 dgn penyelewengan agama

Filem Mentega Terbang (2021)

1. Ramai buat review puji filem berdurasi 1 jam 44 minit ini yang mula ditayangkan di platform internet @Viu pada 19 Jan 2023. 

2. Sinopsis: Aishah (16 tahun) mengkaji Al Quran,Bible,Turah, Hindu dan Buddha untuk mencari jawapan ‘What happen when we die’

3. Penerbit: Tan Meng Kheng & Pengarah Khairi Anwar. 

4. Penulis skrip: Khairi Anwar, Arjun Thanaraju, Vishnu Varman & Ting Teng Hui. 

5. Setelah menontonnya saya berpendapat filem ini mempunyai kriteria dan ciri-ciri blasphemy terhadap Islam. 

6. Aishah selepas mengkaji semua agama sangat tertarik dengan agama yang percaya pada ‘re-incarnation’ iaitu kehidupan semula selepas kematian dalam dunia yang sama bukan sahaja dalam bentuk manusia tapi juga dalam bentuk serangga seperti semut dan rama-rama. 

7. Ada dialoq Aishah kata pada kawan baik berbangsa India ”Saya boleh makan babi. Saya tak kisah”. Saya sangat terganggu dengan dialoq seperti ini.

8. Ayah Aishah dipaparkan sebagai seorang yang solat 5 waktu tapi berfahaman liberal dan bersifat terbuka untuk menerima kebenaran agama-agama lain.

9. Ada satu babak dalam dialoqnya si ayah menyebut dia tidak akan halang jika Aishah memilih agama lain jika itu pilihan anaknya. 

9. Filem ini sebenarnya meletakkan agama yang ada ‘re-incarnation’ adalah agama yang paling benar. 

10. Secara subtext ‘re-incarnation’ ini diterima oleh Aisyah ketika dia menziarahi pusara ibu bersama ayahnya. Ketika sedang berdoa Aishah nampak ada rama-rama putih hinggap di batu nisan pusara ibunya. Camera closed up pada wajah senyum Aishah lihat rama-rama. Ini subtext bagi menggambarkan Aishah akhirnya pada ending cerita percaya pada agama ‘re-incarnation’. 

11. Filem ini menghina,meremeh, merendah-rendahkan, menodai dan mempersendakan Islam secara terang terangan (blasphemy).

12. Banyak kriteria dan ciri-ciri blasphemy ke atas Islam terdapat dalam filem ini. Cuma untuk Page ini saya hanya dua atau tiga sahaja yang dapat saya sentuh.

12. Insya Allah saya akan buat akademik paper bagi membahaskan kandungan blasphemy filem ini dengan menggunakan methodologi sesuai dan akan bertanggungjawab dengan kajian, pandangan dan dapatan saya. 

13. Anda boleh setuju atau tidak setuju dengan pandangan saya. Sebagai seorang yang beragama Islam saya tetap berpegang kepada kebenaran adalah dengan Islam. 

14. Lesen berkarya dan kreativiti dalam menghasilkan filem tidak boleh melangkaui kebenaran Islam dan hakikat iman. 

15. Filem ini tidak tertakluk pada penapisan LPF kerana ianya ditayangkan di platform internet bukan di panggung wayang.

Sunday, 12 February 2023

OT: minda -tve berkucalana

Dot dot dot..
1. Saya nak buka FB Puan Atika Athirah, tak dapat pula, mungkin dia block saya. Ini ciri negatif seorang facebooker yang penakut..

2. Utk pengetahuan beliau, yang masih boleh membaca status ini, ketahuilah bahawa saya lah yang sebaliknya sentiasa dapat pelajar yang memang mindanya -ve yang perlu dibetulkan dahulu, minda yang diwarisi dari sekolah. Mereka tertutup, takut utk memberi hujah, dan hanya bergantung kepada buku teks sahaja.. persis spt amalan di sekolah.

3. Dalam masa yang sama, saya betulkan banyak perkara yang salah dalam silibus, dari bakteria dikatakan bernafas, asid dikatakan membunuh mikroorganisma,  sampai kepada pengiraan yang mengabaikan unit serta penggunaan pembolehubah dimalarkan yang salah. Semua ini berada DI BUMI NYATA - dalam buku teks KPM.

4. Hingga kini TIADA sapapun nak betulkan, malah sehingga hari ini perkara SALAH ini terus diajar oleh guru kepada murid.

5. Ini belum lagi pemahaman dan amalan pre-post Kajian Tindakan yang salah, yang saya kupas menjela2 supaya difahami. Amalan salah ini telah melata DI BUMI NYATA.

6. STEM pun  berkucalana, kerana pemahaman yang superficial, kena juga difahamkan. Macam-macam nak kena diperjelaskan termasuk soalan KBAT yang berbelit2 sehingga TIDAK BERPIJAK DIBUMI NYATA.

7. Sifat guru tidak boleh menelan dan menganggap SEMUA betul, melainkan guru tersebut memang hanya membaca utk mengajar, itu sahaja. 

8. Influencer tidak membawa makna jika apa yang disampaikan hanya 'menyenangkan hati' sahaja, sedang kandungannya yang itu2 juga. Agak menjengkelkan jika itu ciri influencer yang diikuti dan dianggap positif.

9. Bidang perguruan bukan hanya mengajar tetapi menutup minda kepada kritikan utk belajar sesuatu dengan lebih baik.

10. Saya hanya seorang OT, bantahlah dgn hujah atau anda hanya seorang yang berminda negatif. 

OT

Monday, 30 January 2023

OT: UASA sains tahun 4

UASA Sains Tahun 4
1. Pengukuran dgn maksud yg pelbagai dlm penyiasatan sains sosial maka barulah perlu didefinisikan secara operasi.

2. Katalah dlm sosial sains kita nak ukur kecemerlangan sahsiah murid - barulah timbul definisi operasi kerana ada banyak alat ukur.. banyak maksud 'cemerlang' dan pelbagai aspek 'sahsiah'.

3. Maka apa yg nk diukur dan alat ukur yg nk digunakan dalam penyiasatan sains sosial memerlukan definisi operasi.

4. Nak buat apalah perkenalkan dan ajar anak mulai Tahun 4  tu definisi operasi dalam sains yang tiada keperluan.. sedang  pengukuran dlm sains bersifat 'definite'. 

5. Klu nk ukur tinggi tumbesaran anak pokok.. definitely ukur ketinggian setiap anak pokok dgn alat pengukur (pembaris atau tape)... tiada pilihan lain.

6. Lepas anak2 tu tak boleh faham definisi operasi (bukan tak faham tujuan penyiasatan).. maka diajar pulak menghafal cara menjawab soalan definisi operasi... takut tak ikut skema. Adoi...

7. Ekperimen sains adalah proses bukan konsep. Sains memerlukan bahasa yang jelas utk difahami. Bayangkan murid Tahun 4 yang menggunakan definisi dalam buku, ramailah akan menghafal, termasuk cikgunya sekali demi mendapat markah mengikut skema, faham atau separa faham itu soal lain.

8. Bila dah letih menghafal (sebab tak faham) maka semakin banyak yang dipelajari maka timbullah bibik2 kebencian kepada sains, nak kata apa lagi?

9. Dalam kes ini, definisi secara operasi TIDAK PERLU dalam penyiasatan sains, malah tidak digunakan juga dalam SCIENCE sekolah rendah di UK, US, Finland. Denmark, Japan etc...

10. Dalam soalan spt ini boleh sahaja ditanya:
Jelaskan bukti duit syiling adalah pengalir elektrik dari penyiasatan di atas ?

Definisi ini ditulis oleh pelajar Master dan PhD dalam sains sosial, itupun mereka terkial2 nak faham.... 
OT

Saturday, 28 January 2023

Hadis: kesempatan menanam

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


Menanam Selagi Berkesempatan


عن أنس رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إِنْ قامَتِ السَّاعَةُ وَفِي يَدِ أَحَدِكُمْ فَسِيلَةٌ فَإِنِ اسْتَطَاعَ أَنْ لَا تَقُومَ حَتَّى يَغْرِسَهَا فَلْيَغْرِسْهَا


Daripada Anas RA dari Nabi SAW baginda bersabda: “Jika terjadi hari kiamat sementara di tangan salah seorang dari kamu ada sebiji benih tanaman, maka jika dia mampu sebelum terjadi hari kiamat untuk menanamnya maka tanamlah.” HR Ahmad (3/183), al-Tayalisi dalam Musnadnya (2068) dan al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (479). Status: Hadis Sahih


Pengajaran: 


1.  Sebagai Muslim kita dituntut untuk menyumbang sesuatu untuk kebaikan dan manfaat orang lain dalam keadaan apapun.


2. Bagi mereka yang memiliki biji benih dan kebun, diperintahkan untuk menanam agar manfaat dari pokok yang ditanam tersebut dinikmati oleh makhluk lain dan dia akan mendapat pahala yang berterusan selagi tanaman tersebut hidup dan meninggalkan benih.


3. Imam al-Son’ani berkata: dalam hadis ini terdapat galakan untuk bercucuk tanam tumbuhan dan benih serta padanya terdapat kebaikan yang banyak. (Lihat al-Tanwir Syarh al-Jami’ al-Saghir, 4/241)


4.  Hadis ini juga menggambarkan pentingnya bidang pertanian sehinggakan hampir kiamat pun digalakkan lagi bercucuk tanam oleh Rasulullah SAW. Hal ini menunjukkan bidang ini tidak boleh diabaikan sama sekali kerana ia adalah penyumbang utama kepada kehidupan manusia. Pertanian merupakan satu ibadah.


Marilah kita menyediakan fix deposit amal semasa kita hidup walaupun manfaat tidak dapat kita perolehi semasa hidup antaranya melalui pertanian juga penanaman pokok bagi mereka yang memiliki tanah. Boleh sahaja menanam pokok sayur seperti cili, kangkung dan lain-lain di dalam pasu di rumah yang tiada tanah atau laman yang luas.


Negara Rahmah Ummah Sejahtera


#BersamaMembinaNegara

#KeluargaUtuh

#MasyarakatProgresif

#BinaNegaraRahmah

#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor


29hb Januari  2023

07hb Rejab 1444H


Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram

Thursday, 26 January 2023

OT: SPM kejar EGO apa

Bengkel SPM - untuk apa EGO ?
1. Wpun aku tahu antara isunya yg berbangkit di dalam foto, tapi aku lebih cenderung melihat isu ini dari sudut kemelut terdesaknya diadakan bengkel2 SPM seluruh negara.

2. Aku juga telah menulis, bengkel2 teknik menjawab SPM yg telah jadi spt kewajipan ini adalah indikator sistem pendidikan ada masalah. Aku jangka, cohort yg akan datang akan lagi bermasalah, cohort yg forced taught dgn MORE to get less and less and then left..

3. Bengkel demi bengkel demi bengkel atas nama pecutan, pemugaran, skor A yg lahir dari  dalam sistem sendiri sehingga ada jurulatih yang ditatang hebat, utk me'mandai'kan murid di saat akhir dengan teknik menjawab yang bukan lagi utk skor A, kini hanya utk lulus sahaja - faham, minat dll bukan suatu yang penting. 

4. Kita bangga dgn konten DSKP sejarah yg padat misalnya, sehingga buku Tahun 4 Sejarah pun cukup tebal.. dan akan  accumulatively tak larat anak2 nk bawa semuanya sampai SPM. Mereka bukan saja akan 'benci' Sejarah malah ada yg bersedia utk gagal dlm SPM.. They are tired !

5. YB Menteri yang berada di sana, atas mandat rakyat, bukan shj silent tanda akur dgn DSKP yg telah menjadi perbahasan dan rasa tidak puas hati sebahagian ibubapa sejak sekian lama, malah telah mempertahankannya pula, dgn alasan sama spt yang digunakan oleh KPM bahawa 'DSKP tidak dihasilkan secara sembrono'.

6. Tiada siapapun kata DSKP dihasilkan sembrono, tiada. Kita tahu PPPM sendiri dihasilkan dengan jutaan ringgit duit rakyat sehingga dilantik pelbagai konsultan, tetapi ini tidak bermakna ia sempurna tanpa perlu dilakukan apa2 adjustment. Sama halnya dgn DSKP. Apatah lagi, terang2 DSKP Tahap 1 di negara maju manapun di dunia ini tidaklah 'seberat' yang dipikul oleh anak-anak Msia.

7. DSKP spt adanya sekarang kerana masing2 pakar subjek ingin menunjukkan konten yg paling ideal, spt SETIAP MURID HANYA AKAN BELAJAR KONTEN MEREKA SAHAJA. Ini ditambah dengan kemelut pemahaman KBAT yang menakutkan sehingga secara kolektif membebankan murid pada tahap yg belum pernah berlaku dalam sejarah pendidikan negara.

8. Izinkan aku beranalogi. Sebaik manapun pakar yg mereka ada, teknologi yang mereka miliki serta prototype yang boleh diuji ratusan kali,  dgn reputasi sehingga Formula 1 dipersada dunia permotoran, Honda misalnya dgn berani pada 2021 dan 2022 mengumumkan penarikan bbrp model kereta mereka utk langkah keselamatan apabila ada laporan kelemahan teknikal.

9. Pakar Honda tentunya tak buat model kereta mereka sembrono dalam persaingan sengit pengeluaran kereta dunia, tetapi EMPATI kepada kepentingan pengguna mengatasi EGO. Mereka tarik balik model yg  telahpun berada dipasaran kerana rasa empati yang tinggi. Inilah 'karomah insaniah'.

10. Semua yg aku tulis adalah titik titik yg sebelum ini tidak disambung.. dibiarkan putus.. dan diputuskan.. tidak dilihat penting.. dan kini titik titik itu dgn sendirinya mula menunjukkan corak yg selama ini tidak siapapun ambil peduli.. dan ia menakutkan.

OT

Tuesday, 24 January 2023

Hadis: sedekah kpd keluarga

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


Sedekah Kepada Ahli Keluarga 


عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُ الصَّدَقَةِ مَا كَانَ عَنْ ظَهْرِ غِنًى وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ


Daripada Az Zuhriy berkata, telah mengkhabarkan kepada saya Sa'id bin Al Musayyab bahawa dia mendengar Abu Hurairah RA dari Nabi SAW  bersabda,: "Sebaik-baik sedekah adalah yang di luar keperluan (yang sudah cukup untuk keperluan dirinya). Maka mulakanlah pemberian untuk orang yang menjadi tanggunganmu".(HR Bukhari No: 1337) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Amalan bersedekah atau pemberian kepada orang lain adalah amalan mulia yang dituntut kepada setiap Muslim.


2.  Antara perkara yang membawa kebahagiaan dalam berkeluarga adalah saling melaksanakan tanggungjawab. Satu daripada tanggungjawab ketua keluarga ialah menyediakan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Pemberian kepada ahli keluarga merupakan sedekah. 


3.  Bersedekah atau pemberian yang sebaiknya adalah selepas menyempurnakan hak dan tanggungjawab keluarga. Firman Allah:


وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ


“Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: ” Yang lebih dari keperluan.” (QS. Al Baqarah: 219).


Al ‘afwu dalam ayat di atas bermakna sedekah itu di luar keperluan asas (Ibnu Katsir, 2: 145).


4.  Sedekah atau pemberian kepada keluarga terlebih dahulu lebih diutamakan kerana ganjarannya lebih besar berbanding sedekah (pemberian) kepada orang lain.


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَدَقَتُكَ عَلَى الْمِسْكِينِ صَدَقَةٌ وَعَلَى ذِي الْقُرْبَى الرَّحِمِ ثِنْتَانِ صَدَقَةٌ وَصِلَةٌ


Rasulullah SAW bersabda: "Sedekahmu pada orang-orang miskin bernilai satu sedekah, sedangkan sedekahmu pada kerabatmu bernilai dua iaitu; (1) sedekah dan (2) menyambung silaturahim." (Musnad Ahmad No: 17197) Isnad Hasan


Mulakan pemberian kepada ahli keluarga terlebih dahulu termasuk ibu bapa serta kaum kerabat yang terdekat, lebih-lebih lagi apabila kita mengetahui ada ahli keluarga kita yang terkesan ekonomi mereka mutakhir ini.


Negara Rahmah Ummah Sejahtera


#BersamaMembinaNegara

#KeluargaUtuh

#MasyarakatProgresif

#BinaNegaraRahmah

#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor


22hb Januari  2023

29hb Jamadil Akhir 1444H


Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


Pemberian Nafkah Kepada Keluarga Adalah Sedekah


عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ الْأَنْصَارِيِّ فَقُلْتُ عَنْ النَّبِيِّ فَقَالَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَنْفَقَ الْمُسْلِمُ نَفَقَةً عَلَى أَهْلِهِ وَهُوَ يَحْتَسِبُهَا كَانَتْ لَهُ صَدَقَةً


Daripada Abu Mas'ud Al-Anshari maka aku berkata; Dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Jika seorang muslim memberi nafkah pada keluarganya dengan niat mengharap pahala, maka baginya hal itu adalah sedekah." (HR Bukhari No: 4932) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Bagi seorang suami dan bapa kepada anak-anak, memberi nafkah keperluan kepada ahli keluarga adalah tanggungjawab wajib.


2.  Suami wajib memberi nafkah kepada ahli keluarga isteri dan anak-anak-anak mengikut kemampuannya. Menyia-nyiakannya akan menyebabkan berdosa. Sabda Rasulullah SAW:


كفى بًالمرء إثما أن يضيع من يقوت


“Cukuplah seseorang dikatakan berdosa jika ia menyia-nyiakan orang yang menjadi tanggungannya” (HR. Abu Daud 1692) Status:  Hadis Sahih 


3.  Memberi nafkah  ke atas orang yang berada di bawah tanggungannya adalah sedekah. Suami wajib memberi nafkah kepada ahli keluarga dengan sebab perkahwinan, merangkumi makan minum, rumah kediaman, penjagaan kesihatan, perlindungan, kasih sayang, pendidikan dan lain-lain.


4.  Dalam masyarakat hari ini, walaupun isteri sama-sama bekerja, namun tanggungjawab memberi nafkah masih tetap terpikul di bahu suami. Isteri masih boleh membantu di mana yang sesuai sebagai pelengkap. Sumbangan isteri kepada keluarga juga dikira sebagai sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T.


5.  Muslim yang memberi nafkah pada ahli keluarganya dengan niat mengharap pahala, maka itu adalah sedekah


Negara Rahmah Ummah Sejahtera


#BersamaMembinaNegara

#KeluargaUtuh

#MasyarakatProgresif

#BinaNegaraRahmah

#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor


23hb Januari  2023

01hb Rejab 1444H


Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram

Hadis: suami mithali dan solat fi masjid

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


Jadilah Suami Mithali


عَنْ الْأَسْوَدِ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ مَا كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُ فِي بَيْتِهِ قَالَتْ كَانَ يَكُونُ فِي مِهْنَةِ أَهْلِهِ تَعْنِي خِدْمَةَ أَهْلِهِ فَإِذَا حَضَرَتْ الصَّلَاةُ خَرَجَ إِلَى الصَّلَاةِ


Daripada Al Aswad berkata, "Aku pernah bertanya kepada 'Aisyah tentang apa yang dikerjakan Nabi SAW ketika berada di rumah. Maka 'Aisyah pun menjawab, "Baginda selalu membantu keluarganya, jika datang waktu solat maka baginda keluar untuk melaksanakannya (di masjid)." (HR Bukhari No: 635) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Rasulullah SAW menunjukkan contoh apabila berada di rumah dengan membantu kerja-kerja rumah tangga seperti membasuh, memasak dan lain-lain.


2.  Rasulullah SAW juga tidak mengabaikan ibadat solat fardhu di masjid apabila sampai waktunya di samping peranannya dalam masyarakat.


3.  Pemimpin yang baik ialah yang dapat melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah,  keluarga (rumah tangga) dan kemudian tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan baik dan sempurna.


4.  Keluarga yang bahagia akan terhasil apabila suami dan isteri dapat melaksanakan tugas dan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab dan saling membantu dalam urusan harian tanpa mengabaikan kewajipan kepada Allah S.W.T.


Para suami sewajarnya mencontohi Rasulullah SAW dalam kehidupan berkeluarga dengan membantu urusan harian isteri di rumah dan menjaga kewajipan terhadap Allah seperti solat fardhu yang ditunaikan di masjid.


Negara Rahmah Ummah Sejahtera


#BersamaMembinaNegara

#KeluargaUtuh

#MasyarakatProgresif

#BinaNegaraRahmah

#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor


21hb Januari  2023

28hb Jamadil Akhir 1444H


Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram

Friday, 20 January 2023

OT: uasa, soalan pelik

ASAL USUL WUJUDNYA SOALAN PELEK, TERMASUK UASA ?
1. UASA seperti foto menyenaraikan 6 konstruk yang ingin diukur dari Mengingat sampai Mencipta. 

2. Sayugia aku nak tulis bahawa MENGINGAT dll yang disenaraikan tersebut BUKAN konstruk. Konstruk adalah suatu dimensi yang boleh membantu menjelaskan sesuatu fenomena spt intelligent, job satisfaction, motivation dgn setiap konstruk boleh diukur.

3. Semua yang dinyatakan dlm foto dari Mengingat, Memahami hingga Mencipta bukan konstruk dan tak boleh diukur. Bagaimana nak ukur perbuatan 'Memahami' atau 'Menilai' ?

4. Senarai 6 ini adalah cedokan dari taksonomi Bloom (revised) yang asalnya untuk urutan LO dari pengajaran yang isinya 'mengingat sesuatu' sehingga kepada pengajaran yang isinya 'mencipta sesuatu'.

5. Contoh mudah adalah pengajaran bagi LO mengingat dan memahami sifir sbg perjumlahan berulang lalu boleh diaplikasikan dalam operaasi pengiraan. Tiada elemen menganalis dan mensintesis pun dalam mencapai LO ini, apatah lagi menilai dan mereka cipta.

6. Bagi tajuk yang advanced, konten boleh sampai kepada pengajaran sesuatu yang melibatkan penghasilan produk, bukan utk menguji murid 'MENCIPTA' dalam peperiksaan kerana MENCIPTA bukan konstruk.

7. Inilah yang terjadi. Bagi merealisasikan juga 6 tahap ini, maka keluarlah soalan pelik  spt 'Guru berusia 3/5 dekad berbual dengan guru berusia 0.12 abad yang sedang membeli 1kg 500g gula dan 3/7 kg tepung' utk murid 'menganalisis' situasi tersebut. Soalan yg senada dgn ini tidak wujud dlm realiti.

8. Sebab itu negara maju ada dua tahap soalan - easy question dan difficult question. Easy question melibatkan one-step (satu konsep) solution dan difficult question melibatkan >2-step solution (melibatkan pemahaman lebih tinggi bagi beberapa langkah penyelesaian). Pun begitu, difficult question tetap menyoal secara realistik tanpa angka2 yang pelek. 

9. Disinilah tercetusnya soalan2 pelek dalam buku teks dan ujian serta UASA, kerana begitulah tahap yang difahami 'pakar'..

10. Pemahaman di atas dan pelbagai lagi tanggapan salah dalam memahami DSKP, PBD, STEM dan KBAT juga misalnya telah membawa 'huru hara' kpd 5 juta murid, maka lebih mudah nak membicarakan 7 teras yang semuapun dah tahu ia tanggungjawab KPM dan diselarikan pula dengan Madani bagi menggambarkan akan lahirnya murid dengan karamah insaniah yang berciri syamil wa kamil. 
 
OT

Thursday, 19 January 2023

Hadis: Tabayyun elak sebar fitnah

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


Selidik Setiap Ucapan Elakkan Fitnah


عَنْ أَبي هُرَيْرَةَ  أَنَّهُ سَمِعَ النَّبيَّ ﷺ يَقُولُ: إنَّ الْعَبْد لَيَتَكَلَّمُ بِالكَلِمةِ مَا يَتَبيَّنُ فيهَا يَزِلُّ بهَا إِلَى النَّارِ أبْعَدَ مِمَّا بيْنَ المشْرِقِ والمغْرِبِ


Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda : “Seorang hamba apabila dia bercakap tentang satu perkataan yang dia sendiri tidak selidiki (akan kebenarannya), maka dia akan tergelincir ke dalam neraka yang jauhnya adalah sejauh arah timur dan barat.” (HR Bukhari No: 6477) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1. Setiap yang kita ucapkan mahupun yang kita tulis dan sebarkan pastikan yang benar bukan fitnah atau berbentuk umpatan.


2. Sesiapa yang bercakap mahupun menulis sesuatu yang tidak diselidiki akan kebenarannya boleh menyebabkan ia tergelincir ke dalam neraka.


3. Al-Qastalani berkata: Iaitu kalimah atau ucapan tanpa berfikir keburukan natijah hasil percakapan tersebut. (Lihat Irsyad al-Sari, 9/274)


4. Akhir zaman menyaksikan begitu banyak fitnah dan penipuan berleluasa. 


Ada pihak yang menuduh tanpa bukti yang kukuh dan ada pihak yang begitu dangkal mempercayai berita yang tiada pucuk pangkalnya. Nabi SAW memberikan amaran kepada sesiapa yang suka bercakap tentang perkara yang tidak diketahui kebenarannya.


Firman Allah SWT:


إِنَّ ٱلَّذِينَ جَآءُو بِٱلْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ


“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu.” Surah Al-Nur (11)


Ibn Kathir berkata: Firman Allah SWT, “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta,” iaitu dengan dusta, fitnah dan umpat keji. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 6/25)


Moga Allah memelihara kita dari begitu mudah memperkatakan sesuatu tanpa diselidiki sama ada ia berbentuk fitnah mahupun umpatan.


Negara Rahmah Ummah Sejahtera


#BersamaMembinaNegara

#KeluargaUtuh

#MasyarakatProgresif

#BinaNegaraRahmah

#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor


20hb Januari  2023

27hb Jamadil Akhir 1444H


Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram

Monday, 16 January 2023

Hadis: ucapan bila melihat seuatu yang mengembirakan

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


Ucapan Ketika Melihat Suatu Yang Disukai dan Dibenci


عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 


Daripada 'Aisyah RA dia berkata; "Apabila Rasulullah SAW melihat sesuatu yang baginda sukai, baginda akan mengucapkan: "Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya semua kebaikan menjadi sempurna." dan apabila baginda melihat sesuatu yang dibenci, baginda mengucapkan: "Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan." (Sunan Ibnu Majah No: 3793) Status: Hadis Hasan


Pengajaran:


1.  Rasulullah SAW mengajar kepada kita adab apabila melihat sesuatu sama ada yang disukai atau yang dibenci.


2.  Apabila melihat sesuatu yang disukai, hendaklah kita mengucapkan kalimah: 


الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ


"Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya semua kebaikan menjadi sempurna." 


3.  Apabila melihat sesuatu yang kita benci hendaklah kita  mengucapkan kalimah:


الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ


 "Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan


Mari kita amalkan kalimah terpuji apabila melihat sesuatu yang disukai mahupun juga yang dibenci


Negara Rahmah Ummah Sejahtera


#BersamaMembinaNegara

#KeluargaUtuh

#MasyarakatProgresif

#BinaNegaraRahmah

#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor


15hb Januari  2023

22hb Jamadil Akhir 1444H


Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram

PCR: Tinggal usang

 TINGGAL USANG bukan tidak pernah digelar pegawai diraikan di gerbang ruai    kini segelung rawai di pantai landai tanpa Avecenia dan Rhizop...