ASAL USUL WUJUDNYA SOALAN PELEK, TERMASUK UASA ?
1. UASA seperti foto menyenaraikan 6 konstruk yang ingin diukur dari Mengingat sampai Mencipta.
2. Sayugia aku nak tulis bahawa MENGINGAT dll yang disenaraikan tersebut BUKAN konstruk. Konstruk adalah suatu dimensi yang boleh membantu menjelaskan sesuatu fenomena spt intelligent, job satisfaction, motivation dgn setiap konstruk boleh diukur.
3. Semua yang dinyatakan dlm foto dari Mengingat, Memahami hingga Mencipta bukan konstruk dan tak boleh diukur. Bagaimana nak ukur perbuatan 'Memahami' atau 'Menilai' ?
4. Senarai 6 ini adalah cedokan dari taksonomi Bloom (revised) yang asalnya untuk urutan LO dari pengajaran yang isinya 'mengingat sesuatu' sehingga kepada pengajaran yang isinya 'mencipta sesuatu'.
5. Contoh mudah adalah pengajaran bagi LO mengingat dan memahami sifir sbg perjumlahan berulang lalu boleh diaplikasikan dalam operaasi pengiraan. Tiada elemen menganalis dan mensintesis pun dalam mencapai LO ini, apatah lagi menilai dan mereka cipta.
6. Bagi tajuk yang advanced, konten boleh sampai kepada pengajaran sesuatu yang melibatkan penghasilan produk, bukan utk menguji murid 'MENCIPTA' dalam peperiksaan kerana MENCIPTA bukan konstruk.
7. Inilah yang terjadi. Bagi merealisasikan juga 6 tahap ini, maka keluarlah soalan pelik spt 'Guru berusia 3/5 dekad berbual dengan guru berusia 0.12 abad yang sedang membeli 1kg 500g gula dan 3/7 kg tepung' utk murid 'menganalisis' situasi tersebut. Soalan yg senada dgn ini tidak wujud dlm realiti.
8. Sebab itu negara maju ada dua tahap soalan - easy question dan difficult question. Easy question melibatkan one-step (satu konsep) solution dan difficult question melibatkan >2-step solution (melibatkan pemahaman lebih tinggi bagi beberapa langkah penyelesaian). Pun begitu, difficult question tetap menyoal secara realistik tanpa angka2 yang pelek.
9. Disinilah tercetusnya soalan2 pelek dalam buku teks dan ujian serta UASA, kerana begitulah tahap yang difahami 'pakar'..
10. Pemahaman di atas dan pelbagai lagi tanggapan salah dalam memahami DSKP, PBD, STEM dan KBAT juga misalnya telah membawa 'huru hara' kpd 5 juta murid, maka lebih mudah nak membicarakan 7 teras yang semuapun dah tahu ia tanggungjawab KPM dan diselarikan pula dengan Madani bagi menggambarkan akan lahirnya murid dengan karamah insaniah yang berciri syamil wa kamil.
OT
No comments:
Post a Comment