Monday, 18 April 2022

PCR pergi

PERGI

Pasti masih belum genap enam puluh
berbelas tahun di belakang ku
kau telah sampai
tetapi aku masih dilambai
kerap kali lupa
segala lalai
dan yang belum langsai

Setenang apakah kau sekarang?
tentunya bukan kekosongan
seperti yang menghantui ku
kotak-kotak masa yang tidak diisl
di sepanjang jalan
menunggu giliran mereka dalam perbicaraan
bersedia mensabitkan kesalahan

Sebahagia apakah kau sekarang?
tentunya bukan dibendung lara
mengutip amanah yang tercicir
di pasir alpa di pantai cela
setelah berjuta kali gelora dimurka
meragut hidup ke tengah laut

Sedamai apakah kau sekarang?
tentunya lebih daripada yang ku impikan
di sebalik pelangi 
atau cakerawala yang tinggi
dan di tangan tergenggam malam-malam Ramadan

Semoga digandakan beribu kali
amal bakti mu
sementara aku menunggu...

180422

Saturday, 16 April 2022

PCR dahaga

DAHAGA

Dahaga merebak di tekak
angan-angan dingin bertakung di benak
segala resah bergolak
segala nampak berkocak

Itu di kepala marga
dihalau kemarau ke lembah
tidak berhemah tidak berlengah
menjajah basah

Di jemala takwa
yang merebak itu cinta
dibawa berkejar oleh Siti Hajar
sampai zam-zam terpencar

Disinari iman
dahaga jadi telaga
di gurun pengorbanan
jadi pelita di madrasah Ramadhan.

16042022

Thursday, 17 March 2022

PCR kebah

KEBAH
(terima kasih kepada semua yang mendoakan)

Alhamdulillah
suria dipulangkan ke dada
mawar menyimbahkan merah 
ke wajah

banjir cinta 
memvawa takut ke laut
kali diri kembali mengalir
dari dahi ke kaki

bukan semuanya telah pergi
jerit menyusup 
di celah-celah ragu
akan takdir diri ku

17/3/22

Sunday, 27 February 2022

Link haarps

https://zulsegamat.wordpress.com/2016/07/16/haarp-terlalu-hebat-untuk-dipercayai-ianya-betul-betul-wujud/

 

PADA 12 November 1997, Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ketika itu, Datuk Law Hieng Ding, mengumumkan Kabinet bersetuju mencuba teknologi angkasa Russia bagi membentuk ribut taufan atau siklon untuk menolak jerebu yang meliputi ruang udara negara ketika itu. Pengumuman agak memeranjatkan itu bukan saja menjadi tajuk utama akhbar tempatan, malah mendapat tempat di beberapa akhbar antarabangsa seperti Wall Street Journal yang turut kagum dengan teknologi diperkatakan Law, walaupun ramai juga yang menganggap ia sebagai gimik untuk menyedapkan hati rakyat.

Tanggapan itu diperkukuhkan lagi apabila Law beberapa hari kemudian mengumumkan pula pembatalan rancangan hebat itu, walaupun beliau sudah menyatakan satu syarikat tempatan akan menandatangani memorandum persefahaman dengan syarikat milik kerajaan Russia bagi membentuk siklon itu. Seperti berlalunya jerebu yang suatu ketika meliputi ruang udara negara sehingga mencemaskan rakyat, begitu juga berlalunya laporan pengumuman Law yang menakjubkan itu. Apabila ruang udara Malaysia kembali cerah, segala kontroversi berhubung usaha menangani jerebu itu hilang begitu saja. 

Namun, sehari selepas gempa bumi besar di dasar laut Sumatera yang menyebabkan tsunami pada 26 Disember lalu, kenyataan Law itu muncul kembali. Kali ini petikan laporan kenyataan beliau itu terpampang di laman web berita serta laman web konspirasi asing.Kenyataan itu turut menjadi satu catatan dalam satu laman web konspirasi yang menyenaraikan sejarah uji kaji cuaca oleh pihak tentera bersama ratusan catatan yang dikatakan bukti bahawa Russia dan Amerika Syarikat (AS) berlumba-lumba membangunkan senjata cuaca untuk peperangan pada alaf baru ini.

Catatan itu dimulakan dengan uji kaji saintis Russia, Nikola Tesla, mengenai gempa bumi pada 1937 sehingga kepada Program Penyelidikan Aurora Aktif Frekuensi Tinggi (HAARP) tentera AS yang sudah diketahui umum mampu mempengaruhi cuaca di kawasan sasarannya.

Kesimpulannya, jika pengumuman Law itu ada kebenarannya, maka Russia pada masa itu tentu mempunyai teknologi untuk memanipulasi cuaca, sekurang-kurangnya bagi menghasilkan siklon. Pastinya, teknologi itu sudah dimajukan dan mungkin juga mampu mencetuskan kejadian alam sebesar gempa bumi dengan magnitud sembilan pada skala Richter. 

Dalam erti kata lain, sesuatu kejadian alam kini iaitu daripada tiupan angin hingga bencana seperti gempa bumi besar itu boleh dihasilkan dengan sains dan teknologi. Begitu juga apa yang kini dikenali sebagai tsunami Asia yang dianggap sebagai malapetaka terbesar dalam sejarah dunia moden. Sesungguhnya, ramai saintis dan penganalisis ketenteraan serta pendukung teori konspirasi percaya senjata cuaca sudah wujud dan peperangannya dimulakan lama dulu. Ada yang mengatakan pertempuran di antara AS dan Russia dalam peperangan baru ini berlaku di muka bumi dan ruang angkasa saban hari.

Teknologi dalam persenjataan dan peperangan baru ini berteraskan apa yang dikenali sebagai elektromagnetic scalar, iaitu gelombang tenaga yang mudah tetapi begitu berkuasa sehingga menjadikan senjata nuklear ketinggalan zaman. Secara ringkas, formula terkenal Albert Einstein e=mc2 kini mempunyai saingan hebat iaitu e=tc2.

Kewujudan senjata dan peperangan baru ini dinyatakan seorang saintis dan aktivis nuklear terkemuka, Dr Rosalie Bertell, dalam bukunya bertajuk Planet Earth: The Latest Weapon of War yang diterbitkan pada 2000. Katanya, bumi akan digunakan sebagai senjata pada alaf baru iaitu dengan menggembleng kuasa alam semula jadi untuk peperangan.

Pada Disember tahun sama, Dr Bertell mengejutkan peserta Perhimpunan Kesihatan Rakyat di Dhaka, Bangladesh, apabila beliau mendedahkan bahawa ‘senjata terkini dalam persenjataan tentera AS ialah bumi dan cuaca akan menjadi antara senjata pemusnah terburuk menjelang 2025’.Beliau merujuk bagaimana gempa bumi dan tornado yang dicipta akan menyebabkan kemusnahan terhadap sesetengah negara dan rakyat negara terbabit.

Dalam bukunya, Dr Bertell menyatakan bahawa senjata elektromagnetik ‘mempunyai keupayaan untuk memancarkan ledakan serta kesan lain seperti cetusan gempa bumi merentasi benua terhadap mana-mana sasaran di dunia ini dengan kekuatan yang menyamai beberapa letupan nuklear yang kuat.Katanya, sejak 40 tahun lalu, tentera AS sudah melakukan uji kaji terhadap atmosfera bumi dengan menggunakan gelombang serta bahan kimia iaitu cubaan untuk memusnahkan lapisan ozon di ruang udara kawasan musuh, sekali gus merosakkan tanaman dan kesihatan manusia menerusi pendedahan sinaran lampau ungu matahari.

Bahan kimia seperti barium dan lithium yang amat menjejaskan ozon turut dilepaskan di atas lapisan pelindung semula jadi atmosfera bumi sehingga menyebabkan kesan sinaran di ruang angkasa Amerika Utara pada 1980-an dan 1990-an. Dr Bertell berkata, perubahan pada atmosfera bumi menyebabkan perubahan yang sejajar pada iklim dan cuaca bumi.

Satu kaedah lagi ialah menggunakan gelombang elektromagnetik berfrekuensi amat rendah bagi mengubah cuaca. Gelombang sedemikian mampu menembusi tanah yang padu serta lautan dan digunakan pihak tentera bagi memeriksa bahagian teratas atmosfera dan struktur dalaman bumi.Denyutan gelombang frekuensi lampau rendah (ELF) ini boleh digunakan untuk mencetuskan kesan mekanikal dan gegaran dari jarak jauh menerusi bumi. Ini boleh mengubah cuaca dengan mewujudkan ribut dan hujan lebat di sesuatu kawasan.

Gelombang ini juga mampu menyebabkan pergerakan bumi dengan mengganggu kestabilan gunung berapi dan plat tetonik, sekali gus mempengaruhi cuaca. Dr Bertell berkata, gempa bumi didapati berinteraksi dengan ionosfera iaitu atmosfera di kedudukan hingga 600 kilometer dari permukaan bumi. Banyak gempa bumi yang berlaku kebelakangan ini didahului dengan fenomena tertentu yang tidak dapat dijelaskan.Antara contoh yang disebut beliau ialah gempa bumi Tang Shan di China pada 28 Julai 1976, yang mengorbankan 650,000 nyawa berlaku selepas ruang angkasanya bercahaya. Fenomena itu dipercayai akibat ujian gelombang ELF bagi memanaskan ionosfera oleh Soviet Union.Contoh lain ialah gempa bumi San Francisco pada 17 Oktober 1989. Dr Bertell berkata, gelombang ELF luar biasa dikesan di California pada 12 September tahun itu. 

Kekuatannya meningkat sedikit demi sedikit sehingga menurun pada 5 Oktober. Bagaimanapun, gelombang itu muncul kembali pada 17 Oktober dengan kekuatan luar biasa dan tiga jam kemudian gempa bumi itu berlaku.Akhbar Washington Times pernah melaporkan pada Mac 1992 bahawa satelit dan peralatan deria di muka bumi mengesan gelombang radio misteri atau kegiatan elektrikal dan magnetik sebelum beberapa gempa bumi kuat di California, Armenia dan Jepun di antara 1986 hingga 1989.

Gempa bumi yang menggegarkan Los Angeles pada 17 Januari 1994 turut didahului gelombang radio luar biasa dan dua letusan sonik.“Kebetulan ini tidak mungkin dapat dijelaskan… kemungkinan besar gempa bumi berkenaan disebabkan kegiatan manusia, bukan faktor semula jadi,” kata Dr Bertell merumuskan penemuannya itu.Seolah-olah mengiyakan kesimpulan itu, Pentagon pada 1997 mengeluarkan amaran mengenai ancaman kumpulan pengganas yang mula menggunakan pendekatan keganasan ekologi iaitu dengan mengubah cuaca, mencetuskan gempa bumi dan meletuskan gunung berapi dari jarak jauh menggunakan gelombang elektromagnetik.“Pihak tentera mempunyai tabiat menuduh pihak lain mempunyai keupayaan yang mereka sendiri sudah miliki,” kata Dr Bertell mengulas kenyataan Pentagon itu.Katanya, uji kaji pihak tentera terhadap atmosfera bumi menyebabkan gangguan luar biasa kepada cuaca di seluruh dunia. 

“Antara 1960-an hingga 1990-an, kadar bencana alam yang besar meningkat 10 kali ganda,” katanya.Bagi Dr Bertell, fenomena El Nino antara 1997 hingga 1998 yang dipersalahkan sebagai penyebab keadaan cuaca luar biasa di seluruh dunia, sebenarnya didahului gangguan besar dan ketidakstabilan iklim setahun sebelum itu.Katanya, pada 1996 berlaku banjir besar di Asia Selatan membabitkan Nepal, India dan Bangladesh sehingga menyebabkan jutaan penduduk hilang tempat tinggal. 

Di China pula banjir besar mengorbankan beratus-ratus nyawa, manakala puluhan ribu lagi tinggal sehelai sepinggang.Pada masa sama, Kanada mengalami hujan ribut, hujan batu, banjir dan tornado iaitu keadaan iklim luar biasa yang memusnahkan banyak harta benda, ternakan dan nyawa. Salji pada kadar luar biasa yang tidak pernah berlaku sejak berpuluh-puluh tahun pula menimpa Afrika Selatan menyebabkan banyak kematian akibat suhu terlalu sejuk.

Pada pertengahan Julai tahun itu pula, gempa bumi menggegarkan Pergunungan Alps Perancis, Austria, selatan Itali, timur laut India, Jepun, Indonesia, semenanjung Kamchatka dan selatan Mexico. Di New Zealand pula sebuah gunung berapi meletus.Gegaran juga dilaporkan di Kenya, Jerman, kepulauan Greece, Turki, Sumatera Utara, Bali, tengah Filipina, Pulau Utara New Zealand, timur Jepun, tengah Chile, El Salvador dan Kepulauan Aleutian, semuanya pada minggu sama yang berakhir pada 26 Julai. 

Dr Bertell berkata, walaupun sebilangan kejadian itu disebabkan ‘kuasa Tuhan’, jumlah dan kekuatan keseluruhannya fenomena alam berkenaan adalah luar biasa.

Dalam satu lagi tulisan yang dibentangkan Michel Chossudovsky yang juga penganalisis persenjataan cuaca global, beliau menegaskan betapa Pentagon sudah lama berkecimpung dalam proses memanipulasi cuaca.Chossudovsky berkata, Washington kini menerapkan orde baru persenjataannya yang mempunyai keupayaan untuk mencetuskan perubahan cuaca.Pendedahan ini juga membongkarkan punca utama mengapa Presiden George W Bush tidak menandatangani Protokol Kyoto, sebuah perjanjian antarabangsa mengenai kaedah mengelak pemanasan global serta memulihara alam sekitar.

Turut dilaporkan juga bagaimana tentera udara AS sudah mempunyai keupayaan untuk memanipulasi cuaca sama ada untuk tujuan penyelidikan atau hak mutlak bagi penggunaan perisikan ketenteraan. Kemampuan ini merangkumi aspek mencetuskan banjir, ribut taufan, kemarau atau gempa bumi.Dalam tempoh beberapa tahun lalu, sejumlah besar wang diperuntukkan oleh Jabatan Pertahanan AS untuk terus membangun dan menyempurnakan kemampuan ini.Memetik laporan Jabatan Pertahanan AS sebelum ini, ia menyatakan pengubahsuaian terhadap cuaca akan menjadi sebahagian daripada aspek keselamatan dalam negeri dan antarabangsa serta boleh dilakukan bersendiri.

Laporan itu menegaskan proses pengubahsuaian cuaca mempunyai aplikasi defensif dan ofensif, malah boleh juga digunakan untuk tujuan pencegahan.“Kemampuan untuk mencetuskan proses mendapan, jerebu, ribut di bumi atau mengubahsuai cuaca angkasa lepas selain daripada proses menghasilkan cuaca tiruan yang dirangkum dalam sebahagian daripada gabungan set teknologi,” menurut laporan itu.Perubahan cuaca pelik yang berlaku di AS dan Eropah Barat kini hebat diperkatakan. Bagaimanapun, laporan media gagal menjelaskan sejumlah perubahan cuaca dramatik pernah berlaku di beberapa negara yang sebelum ini menjadi sasaran dalam doktrin serangan awal.Corak keadaan cuaca di Korea Utara misalnya, dihantui masalah kemarau buruk pada pertengahan 1990-an dan diikuti pula dengan banjir. 

Kesannya menyaksikan kemusnahan menyeluruh sistem pertanian negara itu.Di Cuba pula, corak yang sama dapat dilihat. Di Iraq, Iran dan Syria, bencana kemarau buruk berlaku pada 1999. Di Afghanistan, kemarau selama empat tahun diakhiri dengan penaklukan AS ke atas negara itu pada 1991.Walaupun bukti kukuh mengenai penggunaan cuaca sebagai senjata serangan awal tidak ditemui, yang jelas teknologi itu sudah berjalan dengan berkesan.

Media AS pernah memetik laporan mengenai pakar dari Makmal Phillips Geophysis yang menjadi rakan kongsi dalam projek HAARP, pernah memberi kursus kepada pegawai tentera berhubung teknik mengubah suai cuaca.Proses memanipulasi cuaca juga menjadi kaedah terbaik untuk dijadikan senjata serangan awal. Ini boleh mengakibatkan negara yang diserang mengalami kemusnahan ekonomi, ekosistem serta pertanian seperti yang dapat dilihat di Korea Utara dan Cuba.

Presiden Venezuela Hugo Chavez menunding jari pada AS disebabkan oleh Gempa bumi yang melanda Haiti pada 12 Januari. Menurut Chavez, gempa yang menggegarkan Haiti bukanlah gempa bumi biasa tetapi disebabkan oleh persenjataan milik AS berikutan dari ujikaji  “senjata tektonik” yang dilakukan AS. Surat khabar Sepanyol mengutip pernyataan Chavez yang mengatakan bahawa AS sedang  membuat senjata yang mampu menimbulkan bencana alam seperti gempa bumi. 

Ujikaji senjata “gempa bumi” itu, dilakukan dipantai Haiti sehingga menimbulkan gempa yang mengorbankan 100.000 lebih penduduk Haiti. Spekulasi bahawa gempa berkekuatan 7 skala Richter yang menimpa Haiti bukan gempa biasa, media massa di Venezuela juga mengesyaki gempa itu berkemungkinan mempunyai hubungan dengan projek HAARP yang sedang dijalankan AS.

HAARP atau High Frequency Active Auroral Research Program adalah sebuah projek penyiasatan yang bertujuan untuk “memahami, menstimulasi,dan mengawal proses ionospheric yang dapat mengubah tahap komunikasi dan menggunakan sistem pengawasan minda”.

Bermula pada tahun 1992, project dijangka selesai dalam masa 20 tahun  (dijangka selesai tahun 2012).

Siapa yang menggunakan HAARP? Projek ini dilakukan bersama oleh US Air Force, US Navy Force, dan University of Alaska. Dikatakan bahawa projek ini mirip dengan beberapa pemanas ionospheric yang tersebar di seluruh dunia dan memiliki bahagian besar diagnostik instrumen yang memfasilitasi penggunaannya untuk meningkatkan pemahaman ilmiah yg berkenaan dgn ionosfir dinamik.

Apakah Ionosphere? Ionosphere adalah bahagian teratas dan terpenting dalam atmosfera bumi kita. Ionosphere sangat penting kerana dia menapis radiasi cahaya matahari agar tidak sampai ke bumi. Ionosphere berperanan dalam mengatur kadar kelistrikan dalam atmosfera dan membentuk teras dari tepi magnetosphere. Ionosphere juga memiliki kegunaan lain bagi manusia, iaitu mempengaruhi gelombang penyiaran radio jauh dari tempat-tempat yang ada di Bumi. 

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). – Ar-Ruum: 41

Dimanakah HAARP Berada? HAARP terletak di Alaska, Amerika Syarikat. Lebih tepat  berada di Gakona, Alaska (latitude:62.39,longitude:145,15) yang terletak di barat Taman Nasional Wrangell-Saint Elias. Kesan lingkungan yang disebabkan HAARP mencetuskan pernyataan izin untuk array hingga 180 antena yang akan didirikan. HAARP telah dibangun sebelumnya di situs instalasi radar yang bernama over-the-horizon.

Apa fungsi HAARP? Tujuan dari program ini adalah untuk kemajuan dalam mempelajari kandungan fizik dan elektrik bumi yang dapat digunakan dalam memudahkan komunikasi ketenteraan.Tapi selain itu, HAARP juga dapat mengatur cuaca melalui ionosphere, seperti membuat hujan, badai, tsunami, dan masih banyak yang belum diketahui.

Apa Salahnya? HAARP itu bertindak dengan memanaskan ionosphere yang ada di langit sehingga dapat memanipulasi keadaan langit disekitarnya. Dengan kelebihan tersebut, HAARP digunakan sebagai keperluan ketenteraan. Bahaya HAARP ialah ia dapat mengatur cuaca dengan menentukan satu titik lokasi ionosphere yang akan dipanaskan, lalu tekanan yang berada di atmosfera juga akan naik. Jadi, tekanan yang terbentuk dikumpulkan di satu titik dan membentuk manipulasi jetstream (arus jet). 

Tapi HAARP ini belum sempurna dan masih dalam tahap pengujian (di seluruh dunia). Dicurigakan HAARP sudah dalam tahap beta pada tahun 2004, ini terbukti ketika batasan badai tornado yang terjadi dalam satu tahun dilanggar oleh ALAM. Jika satu tahun batas maksima badai hanya terjadi 4 kali, tahun 2004 terjadi sebanyak 6 kali.

Teknologi HAARP dapat mengesan frekuensi signal rendah seperti pesawat dan missile melalui udara. HAARP juga disokong oleh RadarCakrawala atau Over The Horizon Radar, iaitu radar yang mencakupi seluruh dunia kerana penghubungnya adalah atmosfera. 

Tidak dapat diragukan lagi ketepatan dari radar HAARP tersebut. Malah, setiap lokasi setiap daerah di bumi dapat diketahui dengan jelas, lebih baik dari satelit kerana HAARP masih berada di bawah atmosfera.

Mempengaruhi fikiran manusia dengan mengirimkan EXTREMELY LOW FREQUENCY (ELF) RADIATION ke otak manusia boleh dilakukan. HAARP boleh mengawal mood manusia. Untuk lebih jelasnya, lihat teori  spoiler:

Spoiler teori – Pada dasarnya otak manusia bekerja pada 1-30 Pulse/Sec-nya. Dan dalam putaran perdetiknya, terdapat frekuensi hertz.Delta (1-4/sec), Keadaan tidurTheta (4-7/sec), Keadaan mengantuk atau baru bangun, dan juga ini merupakan saat otak manusia masih berusia balita.Alpha (7-12/sec), Keadaan Normal dan belajar Beta (tak terhitung), Keadaan Marah atau sedang dalam emosi yang tinggi.

Dengan gelombang rendah HAARP, boleh dikatakan manusia dapat dimanipulasi dengan HAARP. 

Tsunami di Aceh, gempa bumi di Pulau Nias dan perlanunan di Selat Melaka. Adakah ketiga-tiganya mengandungi agenda geopolitik asing terhadap Malaysia dan Indonesia di abad ke-21? Soalan ini wajar dihalusi oleh kerajaan Malaysia dan Indonesia yang prihatin terhadap kesejahteraan Asia Tenggara, khususnya wilayah Nusantara yang mewarisi sejarah persahabatan sejak zaman berzaman.

Keprihatinan ini wajar berpaksikan hakikat bahawa di abad ke-21 memang ada kuasa besar yang mahu menguasai beberapa lokasi strategik di Asia Tenggara. Antara lokasi tersebut ialah Selat Melaka yang dikuasai bersama oleh Malaysia dan Indonesia.

Selat Melaka dipercayai mahu dikuasai pihak asing kononnya untuk membanteras perlanunan dan terorisme yang dikatakan membahayakan pengangkutan minyak dan gas cecair asli dari Asia Barat dan Asia Tengah ke lain-lain destinasi di Asia Timur dan Lingkungan Pasifik. 

Utara Sumatera dipercayai ideal dijadikan pangkalan laut tentera asing untuk menguasai pintu masuk ke Selat Melaka dari arah utara. Selatan Filipina dipercayai mahu dikuasai untuk dijadikan pangkalan laut tentera asing bagi mengawal Laut China Selatan. Tenggara Thailand pula dikatakan ideal untuk dijadikan pangkalan udara tentera asing bagi memperkukuhkan pertahanan udara tentera asing berkenaan di Laut China Selatan. Kekuasaan tentera asing ke atas seluruh lokasi strategik tersebut dikatakan akan melengkapkan strategi pertahanan tentera asing berkenaan bagi menghadapi sebarang ancaman yang mungkin ditimbulkan oleh China di abad ke-21.

Oleh itu, apabila tsunami membunuh lebih 250,000 rakyat Indonesia, salahkah kalau rakyat Malaysia-Indonesia bertanya, benarkah ia bencana alam?

Mungkinkah tsunami itu angkara pihak yang mahu menguasai Indonesia, Thailand atau Malaysia? Kalau tidak mungkin, mengapakah bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), William Cohen, pernah memberitahu satu seminar counter-terrorism pada April 1997, bahawa teroris sudah mula menggunakan `senjata ekologi’ untuk menukar cuaca, meledakkan gempa bumi atau meledakkan gunung berapi secara jarak jauh dengan menggunakan gelombang elektromagnatik.

Menurut Cohen, perkembangan seperti di atas adalah benar. Lantaran itulah beliau menggesa supaya usaha-usaha counter-terrorism AS diperhebatkan untuk menangani gejala berkenaan.Oleh itu, tidak mungkinkah yang dimaksudkan dengan `usaha-usaha counter-terrorism AS diperhebatkan’ membawa erti bahawa AS juga wajar menguasai teknologi dan teknosains dalam bidang menukarkan cuaca, meledakkan gempa bumi, meledakkan gunung berapi secara jarak jauh menggunakan teknologi elektromagnatik dengan lebih baik dan lebih canggih daripada yang dikuasai oleh pihak teroris?

Jika hakikatnya demikian, tidak mungkinkah AS merupakan satu daripada kuasa dunia yang mempunyai teknologi dan teknosains mengenai peperangan cuaca ini? Sebab itukah banyak pihak mempercayai bahawa tentera udara AS kini mempunyai kemampuan memanipulasikan cuaca, sama ada untuk ujian atau kegunaan sebagai senjata ketenteraan? Sebab itukah maka ada pihak yakin bahawa antara kapabiliti ketenteraan AS mutakhir termasuklah teknologi pembikinan banjir, ribut taufan, kemarau dan gempa bumi?

Secara umumnya, teknologi memanipulasikan cuaca ini dikenali sebagai teknologi High-Frequency Active Auroral Research Program atau HAARP yang wujud sejak 1992. Pihak-pihak yang sinis terhadap HAARP menggelarkannya sebagai `teknologi maut’. Ini kerana modifikasi cuaca dikatakan boleh menjejaskan plat tektonik di dasar lautan sehingga menyebabkan gempa bumi dan peralihan plat itu. Jika ini terjadi, akan meledaklah gempa bumi yang dahsyat sehingga mencetuskam tsunami.

Banyak pihak pula berpendapat bahawa teknologi ini boleh digunakan secara unilateral, secara ofensif, secara defensif, atau digunakan sebagai usaha-usaha pencegahan.Teknologi ini dipercayai pernah digunakan ke atas beberapa `negara samseng’. Sebab itulah negara-negara baik telah mengalami pertukaran cuaca yang drastik sejak beberapa tahun lalu.

Contohnya, Korea Utara dikatakan telah mengalami musim kemarau yang panjang dan kemudiannya diikuti pula oleh hujan dan banjir. Keadaan ini telah memusnahkan seluruh sistem pertanian di negara tersebut. Tidakkah ini akibat modifikasi cuaca yang digunakan sebagai senjata strategik?

Negara-negara seperti Iraq, Iran dan Syria juga mengalami keanehan cuaca sepanjang 1999. Adakah ini satu kebetulan? Atau, inikah kesannya manipulasi cuaca?Afghanistan pula mengalami kemarau empat tahun berturut-turut sebelum ia dilanda Peperangan Antikeganasan Global (PAG) pada 2001. Akibatnya, seluruh ekonomi negara itu musnah dan rakyat jelatanya dicengkam kebuluran.Adakah ini satu kebetulan? 

Bukankah ini kesan manipulasi cuaca yang digunakan sebagai senjata strategik oleh sesetengah kuasa besar dunia? Dalam sesuatu peperangan, yang penting adalah matlamat, bukannya cara. Contohnya, sistem pertanian Korea Utara musnah tanpa sebarang ledakan bom ataupun kedatangan bala tentera asing untuk memusnahkan ladang-ladang di negara tersebut. Ia musnah akibat manipulasi cuaca.Oleh itu, salahkah kalau hari ini ada pihak berpendapat bahawa manipulasi cuaca adalah satu senjata yang amat berkesan. Ia boleh digunakan ke atas negara musuh atau negara sahabat yang mahu dihuru-harakan atas sesuatu sebab tertentu?

Oleh itu juga, mustahilkah tsunami pada 26 Disember 2004 dan gempa bumi pada 28 Mac 2005 di perairan barat Sumatera adalah akibat persenjataan ekologi seperti di atas? Adakah satu kebetulan apabila pada 17 Disember 2004, Presiden George W. Bush mengeluarkan arahan eksekutif memberikan AS kuasa mengawal seluruh lautan di dunia, dan sembilan hari sesudah itu terjadi gempa bumi dan tsunami di perairan Aceh, Indonesia? Adakah ini satu kebetulan? Atau, adakah ini memang dirancang kerana Aceh adalah satu-satunya lokasi strategik sebagai pintu masuk ke Selat Melaka dari arah utara? Bukankah lokasi Aceh strategik kerana di sana beroperasi sebuah syarikat petroleum yang besar? Di sana juga ia mempunyai rizab gas asli yang besar? Bukankah Aceh strategik kerana di sana terdapat Gerakan Aceh Merdeka yang disifatkan sebagai teroris sekutu Al-Qaeda?

Bayangkan. Kini Aceh jadi padang jarak, padang tekukur. Kesan tsunami di sana lebih teruk daripada ledakan bom nuklear. Dan, tanpa meledakkan sebutir bom atau sebiji peluru, ratusan ribu rakyat Indonesia telah pun terkorban.Tanpa meledakkan sebutir bom atau sebiji peluru, beribu-ribu tentera AS sudah berada di Aceh. Inikah yang dikatakan sebagai peperangan strategik atau taktikal?

Soalan ini mesti ditanya, khususnya apabila `misi kemanusiaan’ AS ke Aceh dikepalai oleh Leftenan Jeneral Blackman, jeneral perang yang mengepalai pencerobohan AS ke Baghdad pada Mac 2003. 

Pada 29 Mac 2005, satu lagi gempa bumi yang besar berlaku di perairan pantai barat Sumatera. Gegarannya turut menggemparkan ribuan rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Johor. Soalnya, adakah gempa itu juga benar-benar satu bencana alam? Mungkinkah ia akibat senjata ekologi seperti yang dihuraikan di atas? Tidak mungkinkah gempa bumi berkenaan bertujuan mengalihkan tumpuan masyarakat Indonesia dan Malaysia daripada sesuatu yang lebih besar yang sedang dirancang dan boleh terjadi di Selat Melaka tidak lama lagi? Kalau tidak, mengapakah kebelakangan ini gerakan perlanunan di Selat Melaka seolah-olah mendapat suatu nafas dan tenaga baru? Mungkinkah ini tindakan `lanun upahan’ untuk merintis sesetengah kuasa besar menguasai Selat Melaka? Atau, mungkinkah wujud sesetengah rakyat Nusantara sendiri yang sedang bersubahat dengan pihak asing untuk menghuru-harakan Malaysia dan Indonesia bagi memudahkan kuasa asing mencapai agenda geopolitiknya di Selat Melaka?

Rakyat Malaysia dan Indonesia yang prihatin wajar merenungkan seluruh huraian dan pertanyaan di atas. Kerajaan Malaysia dan Indonesia pula wajar berwaspada setiap masa walaupun teori konspirasi seperti ini disifatkan keterlaluan. Wartawan Malaysia dan Indonesia juga perlu proaktif dalam pengutipan maklumat dan berita yang boleh menggemparkan Nusantara dengan ledakan yang mungkin lebih dahsyat daripada tsunami di Aceh atau gempa bumi di Pulau Nias. 

Kesimpulannya, sains dan teknologi persenjataan kini semakin maju sehingga memungkinkan sesuatu yang dulunya dianggap sebagai tidak masuk akal. Meminjam kata-kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, orang Barat sejak dulu lagi berlumba-lumba mencipta senjata yang mampu membunuh manusia dengan lebih berkesan. 

Dari sudut agama pula, kegilaan segolongan manusia mencipta senjata pemusnah bukan sesuatu yang menghairankan. Mungkinkah ini yang dimaksudkan Allah bahawa manusia itu akan melakukan kerosakan di muka bumi ini apabila menjadikan planet ini sebagai senjata. 

Hakikatnya, manusia sudah melakukan kerosakan dan kesan daripada perbuatan itu tentu tidak akan ditanggung bumi, tetapi penghuninya. Bumi boleh dijadikan senjata, tetapi yang akan musnah akhirnya ialah manusia.

Semoga bermanfaat difikir2 kan.

 

Monday, 21 February 2022

PCR lima tanda

LIMA TANDA

Aduhai, semakin ketara lima tanda
nafas terpulas pada helaan deras
walaupun hanya beberapa langkah
memapah lelah

Batuk semakin bertalu-talu
mahu semahu-mahunya menghamburkan sendu
keluar dari paru-paru
namun tersekat di kerongkongan
tidak terluah atau tertelan

Keletihan cepat menyebar dan menular
menakluki semangat dan kudrat
rumpai yang memanjat tidak terkerat
tajak terbiar berkarat

Yang sembab turut membengkak
dari peha sampai ke tapak
semut-semut menggerumut
kebas seperti laut pasang ke lutut

Dan dada berdebar-debar
bukan sekadar menunggu khabar
dari bilik rawatan kecemasan
tetapi menanti hukuman dijatuhkan
di hadapan sekalian yang memandang
penuh kasihan

Oh Tuhan, tabahkanlah
jantung ku semakin lemah...

Thursday, 27 January 2022

PCR puan cecupak

(mengingati Ahmad Shukri Abdul Rahman)

Angin tidak kencang
tetapi sehelai demi sehelai
hijau melayang

Seperti teka teki
yang tua ini masih di sini
menunggu salji

Perancangan apakah
yang dilaksana
manafikan usia
membatalkan rumus akal
menyangkal sangka
di lekuk ranjang

Nafas demi nafas pun jatuh
setiap kali menarik insaf ke dada
sampai air mata luruh...

27/1/2022

Sunday, 23 January 2022

PCR alpa itu kutu

ALPA itu kutu
kau cari di kepala
di celah-celah helaian muda dan tua
sambil berdua duduk di tangga
yang di bawah melelapkan mata
angin sepoi-sepoi bahasa

Memang sukar dicari
kerana kutu di fikiran mu hitam
tetapi yang di garu-garu itu
kelabu

Yang di bawah itu pasti mahu
berlama-lama begitu
jari-jari mu cekap menyelak-nyelak
sehelai demi sehelai kuap
menekan-nekan di sini-situ
sampai tangan mu berbau

Aduhai,
Asar cepat berlalu...

Saturday, 22 January 2022

Kandungan vaksin

Kandungan vaksin yg PPIM minta penjelasan KKM....xdibalas


KANDUNGAN VAKSIN


1. Arsenicum Album

2. Benzendine (Dyc, Carcidoeric)

3. Bismuth Carbonate

4. Cantharis

5. Carbon Bisulphide

6. Carbon Gases (General)

7. Chloromycetin

8. Hexamidine

9. Medinol

10. Mercury Poisoning

11. Mercury

12. Phenol

13 Phosphorus

14. Poison Sumax

15. Stbanmonhum (Throm Appin)


Bakteria

1. Aerobacter

2. Aerobacter C.Coll

3. Bacteruim

4. Klebsiella Pneumoniae

5. Helicobacter Pylori


Virus

1. Adenovirus

2. Adenovirus Type 12

3. Adenovirus Type 3

4. Astrovirus

5. Borna Virus

6. Bunyamwera Virus

7. Coronavidae

8. Coxsakie Virus A2

9. Coxsackie Virus A23

10. Coxsackie Virus A7

11. Dengue Fever

12. Ebola Virus

13. Enterovirus 68

14. Enterovirus 69

15. Enterovirus 70

16. Enterovirus 71

17. German Measles (Rubella)

18. Hepatitis A

19. Hepatitis B

20. Hepatitis C

21. Hepatitis E

22. Herpes (Chicken Pox)

23. Herper Virus

24. Hiv 1

25. Hiv 2

26. Htlv 1

27. Htlv 2 (Oncovirus)

28. Influenza

29. Influenza Virus Hong Kong

30. Filoriridae (Green Monkey Virus)

31. Paramyxomvielae, Pneu Movirus

32. Influenza

Thursday, 20 January 2022

Knight templer katolik freemason

https://www.facebook.com/100410162547951/posts/105008202088147/


"Knights Hospitallier", "Knights of Templar", "Freemason" dan mazhab "Katolik" adalah saling berkaitan dengan bidang perubatan dan kedoktoran moden sehingga kini... 


Fakta sejarah membuktikan amalan memakan dan meminum darah bayi telah lama diamalkan oleh pengamal agama penyembah Iblis atau "Lucifier", yang berasal dari agama Yahudi atau "Judaism", bermula semasa Tamadun Mesir hingga ke benua Eropah... 


Dan seterusnya sehinggalah ke Palestin atau Jerusalem yang asalnya dikuasai umat Islam, namun didatangi Yahudi dari Jerman dan Rusia yang dibunuh serta dihalau, kerana mengamalkan fahaman Katolik yang bertentangan dengan fahaman Kristian Ortodoks yang lebih konvensional... 


Fahaman Protestan dalam agama Kristian, yang masih diamalkan di Eropah Timur seperti di negara Rusia dan Jerman, adalah merupakan ajaran asal agama Kristian dari Nabi Isa a.s... 


Manakala mazhab Katolik yang diamalkan di benua Amerika dan Eropah Barat seperti di sekitar England, Perancis dan Itali pula sebenarnya telah disesatkan oleh Knight Templar, Jesuit Order serta Freemason untuk kepentingan mereka... 


Ini menjelaskan sehingga kini, kerajaan di negara seperti Perancis, Itali dan Sweden kelihatan amat memusuhi rakyatnya yang beragama Islam, serta menjelaskan bagaimana peristiwa seperti pembunuhan 50 umat Islam ketika solat Jumaat di Christchurch, New Zealand boleh terjadi... 


Maka berlakulah siri peperangan yang dikenali sebagai Perang Salib, yang disokong kuat oleh gereja Katolik untuk merampas tanah Palestin dari umat Islam, mengorbankan lebih dari 2 juta nyawa... 


Selepas itulah "Knights Templar" atau "The Poor Knights of the Temple of King Solomon" diwujudkan, dan disokong oleh "King Jerusalem", lalu menubuhkan ibu pejabat mereka di Palestin... 


Tujuannya adalah untuk melindungi pandatang Yahudi dari Eropah ke Palestin, bermula hanya dengan sembilan "Knights", tetapi berjaya mengawal sempadan sepanjang 5 ribu kilometer... 


Yahudi percaya bahawa Palestin atau lebih tepat BaitulMaqdis terutamanya di kawasan sekitar Masjidil Aqsa adalah merupakan tanah suci atau "holy land" bagi mereka... 


Knights of Templar kemudiannya secara rasmi menerima bantuan dari Gereja Kristian Katolik, merekrut sehingga 20 ribu ahli, dimana 10 peratus darinya bergelar "Knights"... 


Manakala 90 peratus dari mereka pula menjaga hal ehwal infrastruktur dan logistik, dan dari sinilah mereka mula giat menguasai pelbagai bidang perniagaan serta membina gereja, sekolah, hospital, universiti dan bank di hampir semua kota utama dunia... 


Ini menjelaskan bagaimana gereja, hospital dan sekolah misionari seperti St. John, St. Michael, St. Francis, La Salle, Methodist dan sebagainya telah wujud sebelum kemerdekaan Tanah Melayu lagi, iaitu selepas Empayar Kesultanan Melayu Melaka ditumbangkan pada tahun 1511 Masihi... 


Mereka kemudiannya menjadi begitu berkuasa sehingga tidak perlu mematuhi peraturan, tidak perlu membayar cukai serta bebas merentas negara tanpa sekatan...


Sehingga Templar ini mampu memberi pinjaman, malah derma serta hadiah kepada raja serta pemerintah di mana-mana kota yang mereka kuasai... 


Semua ini dilakukan hanyalah bertujuan untuk mendanai perjuangan tentera Kristian Katolik untuk merampas tanah Palestin dari umat Islam...


Kemuncaknya, pada awal kurun ke 14, Raja Philips ke IV dari Perancis telah meminta pinjaman yang banyak dari Knights Templar atau "Order", sehingga ditolak... 


Raja Philips kemudiannya merasakan bahawa Knights Templar harus bersemuka dengan pengasas mereka, dan pada Jumaat 13 Oktober 1307, semua pemimpin atasan Knights Templar telah ditangkap, dipenjara dan dibakar... 


"Friday the 13th" atau hari yang dipercayai malang jika jatuh pada hari Jumaat oleh Barat, sebenarnya berasal dari hari pemimpin Knights Templar ditangkap dan dibunuh, bukannya dari mitos 12 dewa Valhalla dan lain-lain... 


Maka secara rasmi pada tahun 1312 Masihi, Knights Templar telah dibubarkan, walaupun terdapat penentangan oleh para Pope dari gereja Katolik...

Beberapa bulan kemudian, selepas Pope Clement V dan Raja Philips IV mati, Knights Templar dimulakan kembali dengan nama lain seperti Knights of Santiago, Teutonic Knights, Knights Hospitallier, Order of The Holy Seplechure dan Knights of Templar sendiri, serta Military Order of Christ dan Supreme Order of Christ... 


Perkataan hospital itu sebenarnya adalah berasal dari pecahan kumpulan "Knights of Templar", yang berfungsi untuk menjaga hal ehwal perubatan moden, bertujuan untuk membuat keuntungan wang ringgit demi menjalankan perjuangan mereka... 


Manakala Jesuit Order yang ditubuhkan pada 1534 Masihi, 222 tahun selepas Knights Templar dibubarkan secara rasmi, adalah merupakan sebuah pertubuhan rahsia Katolik yang diasaskan di Perancis...


Jesuit Order ini bukanlah sebuah pertubuhan agama Katolik yang sebenar, sebaliknya adalah pertubuhan tentera yang ekstrim, yang digelar "Jesus Christ Militia" yang amat setia kepada Pope palsu mereka... 


Tentera ini telah bersumpah setia bahawa akan bila-bila masa mencetuskan peperangan yang kejam samada secara rahsia atau terbuka apabila terdapat peluang, terhadap semua fahaman yang pada mereka menyeleweng seperti Protestan dan Liberal...


Jika ianya tidak dapat dilakukan secara kejam dan terbuka, maka ianya akan dilakukan secara tersembunyi dan rahsia...


Freemason adalah berasal dari para pembina atau "Mason" yang membina dan merekacipta bangunan, para saintis dan seniman, iaitu asal usul bagi bidang profesional seperti arkitek, doktor dan penggiat seni sehingga kini... 


Mereka kemudiannya diterima masuk ke dalam pertubuhan Order of Jesuits kerana kepakaran mereka di dalam bidang senibina, arkitek, sains dan perubatan... 


Freemason kemudiannya menjadi sekumpulan manusia yang berpengaruh dan kaya raya, bertanggungjawab membina Kuil Sulaiman atau "Temple of Solomon" di Jerusalem atau Palestin... 


Knights of Templar dengan kata lain adalah merupakan sayap ketenteraan bagi pertubuhan rahsia Freemason... 


Mereka juga yang mengasaskan pertubuhan Red Cross serta Royal Army, membina loji pertama mereka di London, England yang dinamakan "Premier Grand Lodge of England" pada tahun 1717...


Dengan penyertaan Freemason, The Order of Jesuits kemudiannya menjadi sangat berkuasa di 80 buah negara, sehingga diharamkan oleh Pope Clement XIV ke 14, sehinggalah pada tahun 1773 Masihi Jesuit Order dibubarkan...


Namun, ahli serta pemimpinnya kemudian menggunakan nama Freemason untuk menggantikan Jesuit Order, manakala Pope Clement pula diracun sehingga mati, selepas dikhianati oleh Jesuit Order...


Na'uzubillahiminzalik. Wallahua'lam. Allahu Akbar.


#MalayanCyberForces #kobidkonspirasi

@MalayanCyberForces

Tuesday, 11 January 2022

PCR aku berlari

AKU BERLARI

aku berlari
seperti selalu
laju-laju

pagi atau petang
tidak terkecuali
malam itu

sampai tercungap-cungap
sampai tidak mampu bercakap
apatah lagi meratap

malam itulah kau diusung
ke alam kenangan

dan aku letih menangkap nafas
terlalu letih untuk menangis
supaya tiada sesiapa
terfikir untuk menenangkan

maka setiap kali
kau kembali
aku berlari

Thursday, 6 January 2022

PCR dos penggalak

DOS PENGGALAK

Saya menerima dos penggalak semalam
hari ini saya menerima demam
mudah-mudahan berhenti di situ
tidak sampai saya kehilangan rasa dan bau

Ironisnya, belum pun kebah
sudah ada cakap-cakap
dos kedua penggalak akan diwajibkan
sehingga bagi sesiapa yang enggan
sijil lengkap vaksinasi dibatalkan

Sungguh, terasa seperti dipermain-mainkan
atau berhadapan dengan ujian keyakinan
lalu terpaksa memadamkan prasangka
tentang muslihat tangan-tangan haloba
tentang agenda politik memperkukuh kuasa
tentang strategi kapitalis menguasai dunia

Tetapi wajarkah dinafikan kemunculan varian
daripada mutasi demi mutasi tanpa kesudahan
setiap satu dengan jujukan genetik tersendiri
dizahirkan oleh ketularan dan kebahayaan yang mengancam
yang kian sukar ditewaskan oleh antibodi
sementara kadar infeksi melonjak kembali...

Maka tiada pilihan
Adward Jenner pun tidak akan kembali
dan kita terpaksa hidup bersama dalam curiga...

PCR: Tinggal usang

 TINGGAL USANG bukan tidak pernah digelar pegawai diraikan di gerbang ruai    kini segelung rawai di pantai landai tanpa Avecenia dan Rhizop...