ALPA itu kutu
kau cari di kepala
di celah-celah helaian muda dan tua
sambil berdua duduk di tangga
yang di bawah melelapkan mata
angin sepoi-sepoi bahasa
Memang sukar dicari
kerana kutu di fikiran mu hitam
tetapi yang di garu-garu itu
kelabu
Yang di bawah itu pasti mahu
berlama-lama begitu
jari-jari mu cekap menyelak-nyelak
sehelai demi sehelai kuap
menekan-nekan di sini-situ
sampai tangan mu berbau
Aduhai,
Asar cepat berlalu...
No comments:
Post a Comment