Monday, 21 February 2022

PCR lima tanda

LIMA TANDA

Aduhai, semakin ketara lima tanda
nafas terpulas pada helaan deras
walaupun hanya beberapa langkah
memapah lelah

Batuk semakin bertalu-talu
mahu semahu-mahunya menghamburkan sendu
keluar dari paru-paru
namun tersekat di kerongkongan
tidak terluah atau tertelan

Keletihan cepat menyebar dan menular
menakluki semangat dan kudrat
rumpai yang memanjat tidak terkerat
tajak terbiar berkarat

Yang sembab turut membengkak
dari peha sampai ke tapak
semut-semut menggerumut
kebas seperti laut pasang ke lutut

Dan dada berdebar-debar
bukan sekadar menunggu khabar
dari bilik rawatan kecemasan
tetapi menanti hukuman dijatuhkan
di hadapan sekalian yang memandang
penuh kasihan

Oh Tuhan, tabahkanlah
jantung ku semakin lemah...

No comments:

Post a Comment

Kisah uwais

𝗞𝗜𝗦𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗛𝗜𝗛 | 𝗨𝗪𝗔𝗜𝗦 𝗔𝗟 - 𝗤𝗔𝗥𝗡𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗚𝗘𝗡𝗗𝗢𝗡𝗚 𝗜𝗕𝗨𝗡𝗬𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗡𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗝𝗜 Kisah meng...