Friday, 15 November 2024

PCR: Takziah

SELAMAT BERANGKAT SAHABAT
(mengenang Allahyarhamah Ustazah Nik Mahizan)

kalau selalunya mudah dilafazkan
dengan lidah dibasahi zikir dan firman
sekali ini begitu sukar
terkunci dalam debar dan ketar

debar kerana tiada ribut memupuh
saat daun gemilang itu jatuh
musim pula rendang
dusun terbentang

ketar kerana takdir
bukan sekadar air mengalir
tetapi janji
setepat pasti

maka berangkatlah dahulu sahabat
walaupun tidak terlafazkan selamat jalan

kugubah segala budi menjadi doa
segala kenangan menjadi matahari dan bulan
menerangi hari-hari kehilangan

Shah Alam
1501124

Monday, 4 November 2024

PCR: Dysautonomia

DYSAUTONOMIA

setelah kujawab tiga puluh soalan
sambil diperhati gerak dan geri
lalu diketuk refleks di setiap sendi
akhirnya ditetapkan temujanji

tidak boleh tidak
sebelum Dysautonomia ini merebak

tiada lagi tapi-tapi
Autonomic neuropathy itu pasti

sebelum tubuh lusuh dan luruh
tumbang dan melayang
pitam dan pengsan
lemas dan letih berpanjangan

sebelum denyutan jantung menjadi gelombang
atau terlalu perlahan
dan nafas tersumbat di kerongkongan
dyspnea menyongsong

sebelum migrain menjadi semalu
dan jemala dihempap batu
segala jadi kelabu dan kaku

sebelum tekanan memecah kaca
dan muntah berselerakan di meja
vertigo jadi gelora di samudera
dan yang tiada tiba-tiba ada

sebelum sistem demi sistem tidak terselenggara
bercucuran airmata...

Ya Allah
aku tak akan mungkir janji

041124

Sunday, 3 November 2024

PCR: lupa

LUPA

wajah-wajah dahulu
yang selalu kuingat
tidak lagi tersemat

seperti tangan-tangan
yang menziarahkan jabat
entah bila kami bersahabat

lalu berhiba
dalam riuh rendah ketawa
majlis pertemuan semula

apa yang sebelum semalam
pun tidak lagi bercerita
kenangan menjadi sehitam kopi
di dalam secawan senja

betapa telah kubakar diari
untuk memadamkan kekalahan
sedang di dalamnya ada piala dan anugerah juga
dan pohon-pohon ukhwah kita

031124

Saturday, 19 October 2024

Kereta barat down

*Kiamat bagi industri Kereta Di Barat* 

Rom Yunani Pagan telah jatuh, Centurion

Setelah kilang Volkswagon tutup di Jerman, terbaru pengeluar kereta China Chery membeli jenama kereta legenda Itali Maserati. Khabar angin telah tersebar sejak sekian lama bahawa model Maserati baharu akan dibina pada platform Chery E0X, tetapi kini dilaporkan bahawa syarikat China itu akan memperoleh jenama tersebut sepenuhnya.

Selain itu, terdapat laporan bahawa Jeep, Alfa Romeo, Fiat, dan jenama ikonik lain juga boleh dijual kepada orang Cina.

Sunday, 28 July 2024

PCR: tawaf

Apabila bilangannya tidak luak
malah semakin banyak
kau akan melihat lautan manusia
padat dengan gerak
tepu dan membuak-buak
persis arus tengkujuh sungai Pahang
terempang di Masjidil haram

dari menara jam
nampak seperti saiklon
matanya di pusat kiblat
sekelilingnya gelombang
bergelora kencang

kalau kebetulan di dalam lingkaran
langkah-langkah jadi berat
dekat tetapi penat
beratnya melekat-lekat

kau pun terhimpit
dalam gerombolan sengit
tidak sempat menentukan arah
dan menguak kehendak

ini baharu berjuta-juta
di akhirat berbilion-bilion
hidup semula

bagaimanakah agaknya
di atur Tuhan bergiliran
menerima catatan amalan
dari kiri atau kanan

Friday, 26 July 2024

CPR: Muzdalifah

Redha dan tawakal mengambil tempat
di atas permaidani berpasir
di bawah malam berhamparan

tak berbaring istiqamah
bibir digetar zikir dan tangan menadah
tetapi langit tak berbintang indah

Apakah sengaja Engkau sembunyikan
supaya aku tidak riak
kononnya berkerlipan pahalaku di cakerawala-Mu
menerangi Muzdalifah

Atau Engkau sengaja mahu aku bertanya
dengan berlinangan air mata
masih belum bergemerlapankah cintaku pada-Mu?

Atau iman dan tawajuhku
masih ditabiri hitam
dan Engkau belum sudi menyelaknya?

Ya Allah, batu yang kukutip tadi masih kugenggam
kepada siapakah patut kulontarkan di sini?

(Catatan di Muzdalifah)

Tuesday, 23 July 2024

PCR: lindungan kaabah

aku angkat tanganku
saat berlindung di Baitullah:

Ya Allah, apakah telah lama Engkau kesani
kepalsuan-kepalsuan dalam puji-pujianku
kalau ya, Engkau hapuskanlah dosa kerananya
itulah diriku yang ego dan sombong
jangan Engkau hukum aku
tetapi mohon curahkan hidayah-Mu
seperti hujan di gurun

Ya Allah, apakah telah lama Engkau kesani
kepura-puraan dalam sanjungan-sanjunganku
kalau ya, Engkau hapuskanlah dosa kerananya
itulah kecuranganku mengkhianati kesyukuran
dengan nafsu marga di rimba
jangan Engkau hukum aku
tetapi mohon sucikanku dengan fajar dan purnama

Ya Allah, apakah telah lama Engkau kesani
ketamakan dalam doa-doaku
kalau ya, Engkau hapuskanlah dosa kerananya
itulah gejala-gejala narsasisme
yang kian tular di hati
jangan Engkau hukum aku
tetapi mohon bimbingku 
ke madrasah mukmin

Ya Allah, apakah telah lama Engkau kesani
tiada kekhusyukkan dalam ibadah-ibadahku
kalau ya, Engkau hapuskanlah dosa kerananya
itulah sejuta cela akibat sejuta keraguan
di kalbu gelap tanpa keyakinan
janganlah Engkau hukum aku
tetapi mohonlah insafkanku
bahawa kehidupan ini rezeki dari-Mu
bahawa kelangsungan ini
takdir kekuasaan-Mu

(Catatan di lindungan Kaabah)

Sunday, 21 July 2024

PCR: Pertemuan

akhirnya pertemuan itu di Abraj
seorang tua dikelilingi
para pembawa nostalgia

setiap seorang 
seperti nyala pelita
menerangkan yang hampir gelap
namun serentak menayangkan bayang-bayang
di kelir fakir

ada angin rindu bertiup
dari kalbu
bahang Makkah menyusut
seperti dihembus sepoi-sepoi bahasa
di wakafan di-Raja, Kampung Jawa

berlapan mereka bercerita tentang pepohon
yang tumbuh daripada benih-benih marhaen di situ
dipupuk kesungguhan dan takwa
mengharapkan keredhaan Azzawajalla

pohon-pohon itu memuncak rimbun
berbunga mekar berbuah segar
merentas musim
meskipun hanya di hujung tanjung
ke tengah gelora

ada yang tumbang di ambang
bersama kecekalan pahlawan
ada yang rendang di puncak
sampai semua nampak

tetapi seperti di sini
banyak cabaran menanti
semoga dizinkan-Nya lagi
kita bertemu
anakanda-anakanda

(Catatan di Abraj Al-Janadiriyah, Makkah)

Tuesday, 16 July 2024

PCR: di Makkah

beberapa kali di Mukarramah ini
kuminum sendiri-sendiri secangkir kopi
di meja mimpi

malu mempelawa
semuanya mengejar taburan emas
diwar-warkan setinggi-tingginya
di puncak menara

lalu berpusu-pusu di pintu
biarpun sempit berhimpit
mana peria, mana wanita
memanjat lelah yang lemah
memijak pundak yang rendah

sehingga berterusan menyergah
para perwira kehilangan suara

dengan tenaga lunakan kopi
aku hanya mampu mrencari baki
di celah-celah kaki
di dataran raksaksa berdiri

kurasa begitu bersalah
begitu kalah...

(Cacatan di Masjidil-haram)

Thursday, 6 June 2024

Kisah adam hawa dan pohon

Biasa kita dengar penceramah  tertentu mengatakan Hawa punca makan buah khuldi dan banyak kisah ini tidak betul, sumber israiliyyat dan sumber dari kristian.

Dengan merujuk kepada al-Quran segala kepalsuan dan kepalsuan riwayat tersebut akan terdedah. Allah s.w.t. berfirman:

 فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِنْ سَوْآَتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَنْ تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ

“Lalu syaitan menghasut mereka berdua (memakan pokok larangan) dengan tujuan untuk mendedahkan aurat mereka yang selama ini terlindung dari mereka, lalu ia berkata: Tuhan kamu tidak melarang kamu mendekati pokok ini melainkan supaya kamu tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi dari kalangan mereka yang hidup kekal abadi”. (Surah al-A’raf, Ayat 20).

Dalam ayat ini jelas bahawa syaitan yang menghasut Adam dan Hawa bukan syaitan menghasut Hawa kemudian Hawa menghasut Adam pula. Dalam surah Taha, ayat 120, adalah jelas bahawa Syaitan memujuk Adam, bukannya Hawa:

فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ قَالَ يَا آَدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَا يَبْلَى

“Lalu syaitan membisikkan fikiran yang jahat kepadanya dengan katanya: Wahai Adam! Mahukah aku tunjukkan kepadamu pokok hidup kekal dan kerajaan yang tidak akan musnah?” (Surah Taha, Ayat 120).

Rujukan sumber:
https://www.almafhum.net/blog/adam-makan-buah-khuldi-kerana-pujukan-hawa

Sunday, 2 June 2024

Edd


Berdasarkan isu-isu berkaitan kepimpinan dan motivasi dalam Pendidikan Bahasa Arab yang

dibincangkan diatas, jelas menunjukkan keberkesanan pendidikan berkaitan pembelajaran Bahasa arab berada pada tahap yang kurang memuaskan dan perlu diberi perhatian terutamanya di sekolah-

sekolah agama di bawah kementerian. Kebanyakan kajian kepimpinan yang dijalankan di sekolah

pula lebih ditumpukan kepada kepimpinan pentadbir sekolah sahaja, kajian berkaitan dengan

kepimpinan guru dalam bilik darjah masih kurang, apatah lagi bagi guru-guru Bahasa arab Wang et

al (2023) menyatakan kebanyakan kajian lepas tidak memberi fokus kepada kepimpinan guru di bilik darjah peringkat sekolah yang melibatkan kepimpinan guru bahasa Arab dan motivasi murid dan ia

merupakan satu kekosongan yang masih wujud. Keadaan ini menjadikan satu kajian yang mendalam

perlu dijalankan bagi melihat tahap kepimpinan guru di bilik darjah serta kaitannya dengan tahap motivasi murid terutamanya murid-murid di sekolah menengah agama. Kajian kepimpinan guru bahasa Arab dan motivasi murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama juga sangat penting untuk

mendapatkan panduan bagi meningkatkan pencapaian pembelajaran bahasa Arab yang djalankan.

Kajian shiruto dr inagawa

 SHIRUTO dan KERTAS PENYELIDIKAN BE International hadirkan  Saintis Shiruto... Proffesor Inagawa  dlm "Meet The Expert" pada 20 Au...