Monday, 14 September 2020

Puisi cikgu Ramlan Sg Kelang

Sungai Klang

dari ain ancala
kau alirkan alam ke desa
sejernih air mata

tetapi kau pun tahu
nostalgia tidak akan lama bertakung
di sini takdir mu curam

lalu pilu ku mengiringi mu
melintasi metropolitan
dihujani sampah dan kumbah

(kau dilihat meneroka sejarah
dan menyuburi khazanah
dari tingkap sekolah
tetapi dari tingkap menara
kau hamba)

aduhai, tangan ku pendek
dan kau dirampas gagak
Tetapi adakah tikus-tikus itu tahu
Kau akan menjadi gelombang
di lautan hitam?

Friday, 11 September 2020

Puisi Cikgu Ramlan Virus lagi..

Khabarnya di semua pasaran komoditi
urusniaga kaunter disiplin akhirnya terhenti
kerana produk yang ditawarkan berkajang-kajang
Dan para penjual berpusu-pusu panjang
tanpa sesiapa pun mahu memiliki
apatah lagi membeli

Para pelabur bertumpu pada kaunter kebebasan
produk yang berwadahkan "sesuka hati"
para pemborong pun ke situ bertaruh
seperti arus sungai di musim tengkujuh
tebing-tebing runtuh

Lalu di pasar-pasar runcit
para pembeli adalah kelekatu mengejar lampu
langsung melembagakan sesuka hati
menjadi diri berpesta mimpi

Khabarnya pada masa yang sama
virus terus bermaharajalela
serigala berburu ke kandang alpa

Monday, 7 September 2020

Puisi Cikgu Ramlan Sungai Selangor

Kalau mahu melihat warna khianat
janganlah datang ke Sungai Selangor
di sini arusnya teramatlah laju
cepat menghanyutkan hitam yang tepu

tetapi lihatlah pada wajah-wajah rakyatnya
yang tiba-tiba ketandusan kolam tanpa amaran
ada nyala yang membakar sabar
ada tengkujuh yang membawa keruh
ada rona dendam sejuta geram
ada kecewa yang muram
malah lebih daripada itu

Kalau mahu menghidu kesumat
janganlah datang ke Sungai Selangor
Di sini anginnya amatlah kencang
dan musim bunganya tiba-tiba datang
cepat melenyapkan hapak petualang

tetapi hidulah nafas rakyatnya
yang mengah melilau mencari telaga
yang tercungap-cungap turun naik pangsa
menghela baldi keperluan satu demi satu
dengan paru-paru layu
ada bibit barah yang bakal bercambah
ada retak-retak yang bakal patah
ada sembilu yang menjana nanah
ada hama durhaka yang menjarah
malah lebih dari itu

Kalau mahu menilai citra laknat
janganlah datang ke Sungai Selangor
di sini fajarnya segera menyerlah
menyinari yang gelap dan yang tersembunyi
sebelum ada yang mencari

tetapi nilailah di tubuh rakyatnya 
yang resah dan gelisah
rusuh dan gemuruh
memujuk sakit di kaki-kaki lima
bergelimpangan di ladang-ladang gersang
disurami hujan perang
disinari pancaran jalang...

Tentera Dajjal Isfahan

TENTERA DAJJAL ISFAHAN MEMAKAI SELENDANG ALTAYALISAH (PERSIAN SHAWL) 

 Jumlah penduduk Yahudi di Iran sebelum terjadinya Revolusi Islam adalah seramai 150,000 pada tahun 1948 dan sebaik sahaja revolusi yang tinggal hanyalah 80,000 orang, iaitu seramai 70,000 orang telah keluar berhijrah ke Israel! Yang tinggal sekarang ini hanyalah sekitar 25,000 orang sahaja Yahudi di Iran, sebahagian besarnya dalam wilayah Isfahan.

Beberapa hadis Rasulullah ada menceritakan kedatangan Dajjal pada akhir zaman. Selain itu, ada dimaklumkan tentang keluarnya Dajjal adalah ia dikuti oleh Yahudi Isfahan yang menjadi anggota pasukan tentera Dajjal.

Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW :

"Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama Khurasan."- Hadis riwayat al-Tirmizi.

Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW :

"Dajjal akan diikuti oleh 70,000 Yahudi dari kota Isfahan, mereka memakai Al-Tayalisah ". Hadis riwayat Muslim.

Hadis ini memberi panduan untuk mengetahui bahawa Dajjal telah muncul ialah dengan mengenal pasti pengikutnya secara khusus iaitu Yahudi Isfahan. Kaum Yahudi pada asasnya terdiri dari 12 suku dan Yahudi Isfahan merupakan salah suku tergolong dalam suku Ephraim.

"Dan kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi dua belas suku, sebagai golongan-golongan besar,..."(Al-A'raaf 7:160)

Berbeza dengan puak-puak yang lain Yahudi Isfahan ini mempunyai ciri-ciri tersendiri yang jelas dapat dibezakan dari puak-puak lain.

Rasulullah s.a.w menjelaskan secara khusus bahawa Yahudi Isfahan ini memakai Al-Tayalisah (Persian Shawl) yang merupakan pakaiannya tersendiri membezakan dari puak-puak yang lain. Pengenalan yang khusus ini membolehkan kita mengetahui peristiwa kemunculan Dajjal seperti yang diberitahu dalam hadis tersebut.

Gambar-gambar yang dipaparkan ini menunjukkan selendang Al-Tayalisah tersebut dengan ciri-cirinya kain berwarna putih dan mempunyai corak jalur biru tua secara memanjang.

Tentera Dajjal bersamanya Yahudi Isfahan memakai Al-Tayalisah
siap sedia kah kita ????

#hidayahmilikAllah
#mogaAllahredha





Thursday, 3 September 2020

Puisi Cikgu Ramlan Tanah air

Khabarnya bukan sekangkang kera
Seperti dusun kami di desa
Tersembunyi di sebalik rimba
Tetapi selebar Singapura digandakan tiga
Dan terus merebak seperti pekung
Di bumi perwira merdeka dihukum pancung

Durian pun bukan berbuah 
Selepas sehari bercambah
Tetapi bertahun-tahun
Selepas semua tanaman kontan
Dituai bertan-tan

Dan kini terbentang
Siapa petualang
Siapa yang sengaja menutup pandang

Tuesday, 1 September 2020

Puisi cikgu ramlan GORD

GORD

sepatutnya terus ke duodenum dan ileum
selepas dibancuh dan digaul
seperti perahu berlayar ke hilir
bersama arus surut

tentunya bukan menyongsang ke esofagus
melanggar sfinkter melawan peristalsis
seperti kapal mudik ke hulu
merempuh empangan menongkah arus

tetapi itulah yang terjadi berulang kali
selepas menjamu seribu selera
dan seribu mimpi

lalu membuak loya itu
melimpah ke farinks
dan sedu menderu bertalu-talu

tidak berdaya menahankan gelombang
menentang penelanan
seperti pertembungan para militan
dan pemerintah
banyak keselesaan musnah dan darah tumpah

dan pedihnya amat menusuk
di belakang tulang dada
sesekali berdenyut ke kepala

apakah cukup dengan antiasid ini
dan Zantac atau yang sefungsi dengannya
di samping sujud berdoa?

Sunday, 2 August 2020

Malaysia raya awal 5 jam

5 Jam lebih awal org Malaysia mendahului org Mekah solat Adiladha.. maka begitulah juga sembelihan korban yg berlaku di Malaysia..5 jam lebih awal drpd Mekah...

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)

Kata Ummul Qura berarti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.

Lebih dari itu, kata ummu (ibu) mempunyai arti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Makkah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota lain.

Dengan erti kata lain Pusat adalah tempat org kawasan lain mengikuti..

Keadaan sekarang..
Malaysia mendahului Mekah dalam segalanya.

Mengikut masa Yahudi Zionisz perbezaan blog GMT diantara Malaysia dgn Mekah adalah 5 jam Malaysia mendahului Mekah.

Waktu wukuf bermula setelah gelincir matahari/ masuk waktu zohor 9 Zulhijjah dan berakhir pada terbit fajar / masuk waktu subuh 10 Zulhijjah di Arafah.

Ketika di Arafah masuk waktu Wukuf pada gelincir matahari/ masuk waktu zohor(1:30tgh) pada 9 Zulhijjah ..di Malaysia telah berada pada jam 6:30ptg lagi 1 jam lagi untuk masuk waktu maghrib 10 Zulhijjah..
Maksudnya..

Ketika org Malaysia berpuasa sunat wukuf Arafah.. di Mekah belum lagi masuk waktu wukuf lagi..

Maksudnya..

Ketika org Malaysia berpuasa sunat wukuf Arafah.. di Mekah belum lagi masuk waktu wukuf lagi..

Aidiladha adalah hari raya merujuk kpd kesempurnaan rukun Haji di Mekah...di Rayakan oleh semua umat islam di seluruh daerah , kota & negara sekitar Mekah sebagai induk yg mengikuti Mekah sebagai tempat melakukan rukun Haji..

kedudukkan nya Malaysia adalah mendahului Mekah 5jam lebih awal ..BUKANNYA MENGIKUTI MEKAH ..tapi Mendahului Mekah..

Begitu juga solat sunat Adiladha.. Melaysia mendahului Mekah 5 jam lebih awal... ketika di Malaysia solat sunat Adiladha pada jam 8pagi 10 Zulhijjah.. kedudukkan di Mekah pada jam 3 pagi ..belum lagi tamat wukuf di Arafah.

Apabila di Malayisa sudah selesai solat sunat Adiladha pada jam 9 pagi..dalam 10 pagi org di Malaysia sedang melakukan sembelihan korban sedangkan di Mekah masih berkedudukkan jam 5pagi..belum lagi tamat waktu Wukuf di Mekah....

Sabda Rasulullah s.a.w:

إِنَّ أَوَّلَ مَا نَبْدَأُ بِهِ فِي يَوْمِنَا هَذَا نُصَلِّي ثُمَّ نَرْجِعُ فَنَنْحَرُ فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ أَصَابَ سُنَّتَنَا وَمَنْ ذَبَحَ فَإِنَّمَا هُوَ لَحْمٌ قَدَّمَهُ لأَّهْلِهِ لَيْسَ مِنْ النُّسُكِ فِي شَيْء

Maksudnya:
"Sesungguhnya perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini (Aidiladha) ialah kita solat kemudian menyembelih (bintang korban). Oleh itu, sesiapa yang melakukan sebegitu dia telah menepati sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum solat, sesungguhnya sembelihan itu hanyalah menjadi daging untuk diberikan kepada keluarganya (sedekah) bukan termasuk binatang korban." – Hadis riwayat
 Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1961

Sabda Rasulullah saw dengan maksud;
Sesiapa yang menyembelih sebelum dia solat (Aidiladha), dia hendaklah mengulanginya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, hadis no. 5561)

BEGITULAH ORG ISLAM TELAH DIPERDAYAKAN OLEH YAHUDI ZIONISZ DIDALAM SEGALA URUSAN ORG ISLAM...

Nabi Muhammad SAW bersabda
“Wahai orang-orang Mekah,
wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada diMakkah bawah pertengahan langit.
(Hri Bukhari&muslim)

Sumber catatan:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2669590933323891&id=100008190314912

Saturday, 25 July 2020

Urus jenazah cara Islam v Melayu

Antara Adat Melayu Yang Bertentangan Islam Tetapi Masih Diteruskan Hingga Kini

1. *Mendengar berita kematian:*

Melayu : Alfatihah
Islam : Innalillahi wa inna ilaihi rojiun

2. *Usung jenazah*

Melayu :
Baca al fatihah sambil usung jenazah. Jenazah akan ditanam di tempat yang keluarga request. Contoh meninggal dunia di Sarawak, tapi disebabkan keluarga di selangor maka jenazah akan dibawa pulang ke selangor untuk dikebumikan.

Islam :
Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kuburan bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu. Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan jenazah yang meninggal dunia.

3. *Tanam jenazah*

Melayu :
– Jirus air dengan jug yang diikat kain putih
– Tabur bunga
– Tabur batu

Islam :
Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.

4. *Kubur jenazah*

Melayu :
– Kubur dihias bagai pengantin
– Kubur ada bangunan
– Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati
– Ada pakej upah baca Al Quran
– Batu nisan 2
– Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta
– Perlu beri wang kepada orang solat jenazah
– Perlu beri wang kepada penggali kubur
– Perlu sediakan wang sekurang kurangnya $ 1000…MasyaAllah.

Islam :
– Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.
– Kubur tiada bangunan
– Kubur tiada sebarang kapur, nama, tarikh hidup dan mati
– Tiada upah bacaan Al Quran di kuburan
– Batu nisan 1
– Tempat beribadah di masjid bukan di kuburan
– Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah *FARDHU KIFAYAH* bagi umat islam.

5. *Kenduri arwah*

Melayu :
Keluarga si mati buat upacara ritual kenduri bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah Yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.

Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.

Ritual seperti ini adalah milik agama *HINDU*

Islam :
Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.

Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa’fuanhu ( jenazah lelaki )Allahummafirlaha warhamha waafihi wa’fuanha ( Jenazah wanita)

Jiran terdekat memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.

6. *Talqin*

Melayu :
Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.

Islam :
Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur. Luruskan niat jika talqin sebagai dakwah untuk saling mengingati hari kematian akan tiba kepada yang menziarahi si mati di kuburan itu tidak mejadi kesalahan, kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari kematian.

Berlapang dada , renungkankah…Melayu sekadar bangsa dan islam itu akidah kita..

Jadikan pesan Nabi SAW dlm hadis sebagai panduan:-

“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak”

(HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)

Saturday, 18 July 2020

aya sofia

Minda Presiden PAS

AYASOFYA RIUH SEDUNIA, MASJID AQSA TIADA CAKNA

Ayasofya pada asalnya dibina sebagai sebuah katedral (Gereja Kristian Ortodoks) di antara tahun 532 dan 537 SM atas arahan Maharaja Byzantine Justinian. Ia direka bentuk oleh dua orang arkitek, iaitu Isidore dari Miletus dan Anthemius dari Tralles. Ayasofya menjadi gereja besar di Konstantinopel selama hampir 1,000 tahun. 

Konstantinopel menjadi ibu negara maharaja tersebut setelah mereka berundur daripada Syria menyerah kalah kepada tentera Islam di masa Khalifah Umar bin al-Khattab RA. Ketika itu mereka menolak tawaran damai melalui surat Rasulullah SAW.
  
Sebaliknya mereka jugalah yang mula mengumpulkan bala tentera paling besar kerana bercita-cita untuk menghapuskan Islam disebabkan pengaruh Islam sedang pesat  berkembang di kalangan rakyat mereka sendiri, bahkan ada yang masih seagama dengan mereka, tetapi lebih menerima Islam kerana keadilannya.

Pada tahun 1453, selepas kejatuhan Konstantinopel kepada Empayar Uthmaniyyah, Sultan Muhammad al-Fateh telah mengarahkan agar bangunan itu diubah suai menjadi sebuah masjid. Loceng, altar dan barang-barang yang berunsurkan agama Kristian dibuang, sementara lukisan pada dinding pula ditampal. Ia telah digantikan dengan unsur-unsur Islam seperti mihrab, mimbar dan empat menara di luar bangunan. Ayasofya kekal berfungsi sebagai sebuah masjid sehingga tahun 1935 apabila ia ditukar fungsinya kepada muzium oleh Kerajaan Republik Turki.

Selama hampir 500 tahun, Ayasofya menjadi masjid utama di Istanbul dan menjadi model kepada masjid-masjid lain seperti Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru di Istanbul), Masjid Sehzade, Masjid Suleymaniye dan Masjid Rustem Pasha.

Fakta sejarah menunjukkan pihak Islam telah membelinya dengan bayaran yang munasabah pada zaman itu dan pihak gereja pula bersetuju menjualnya. Terdapat catatan yang menjelaskan bahawa Sultan Muhammad al-Fateh telah membayar harga pembelian itu dengan wang miliknya sendiri dan penyumbang yang lain, tanpa diambil sedikit pun wang negara. 

Kejayaan umat Islam menawan Konstantinopel telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW melalui sabda Baginda SAW:
 
لَتُفْتَحَنَّ القُسْطَنْطِيْنِيَّةُ، فَلَنِعْمَ الْأَمِيْرُ أَمِيْرُهَا، وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذَلِكَ الْجَيْشُ. 

“Kota Konstantinopel pasti dibuka nanti, maka sebaik-baik raja yang menawannya dan sebaik-baik tenteranya.” (Riwayat Ahmad 18957)

Oleh kerana Ayasofya diambil melalui peperangan, maka fungsinya pada waktu itu sebagai gereja berbeza dengan gereja Qiamah di Palestin dan beberapa gereja lama di Mesir. Perkara tersebut berbeza kerana gereja-gereja yang lain diambil menerusi perjanjian damai, maka diserahkan kepada penganut Kristian sehingga kini. 

Kemudian pula dijual dengan bayaran oleh pihak Islam. Sungguh tidak mustahil penjualan ini berlaku, kerana beberapa gereja di negara Barat pun turut dijual apabila penganutnya sendiri tidak memakmurkan tempat ibadat mereka. Sehingga ada gereja yang terbiar sehingga naik hutan belukar di sekelilingnya dan ada juga yang ditukar menjadi tempat hiburan dan tempat makan. 

Adapun Ayasofya yang menjadi masjid itu telah ditukar menjadi muzium oleh kerajaan Turki Kamal Ataturk yang berfikiran sekular bagi membuktikan berpisah politik yang diamalkannya daripada agama Islam, sehingga memaksa azan juga ditukar ke dalam bahasa Turki. Namun umat Islam di Turki pada hari ini telah kembali semula kepada cara yang asal dalam Islam. Maka begitulah juga dengan langkah hari ini yang mengembalikan Ayasofya berfungsi sebagai sebuah masjid yang dimakmurkan.

Apa yang menghairankan, mengapa negara Barat riuh sedunia terhadap perubahan ini. Padahal mereka sangat kuat bermazhab sekular yang memisahkan agama daripada politik negara. Maka sungguh jelas, terang dan nyata lagi bersuluh bahawa mereka itu masih dihantui penyakit Islamofobia yang mereka sendiri ciptakan. 

Lebih menghairankan lagi apabila mereka juga diam membisu terhadap Yahudi Zionis yang merancang untuk merampas dan merobohkan Masjid al-Aqsa yang menjadi  kiblat pertama umat Islam. Begitu juga ribuan masjid Islam yang dimusnahkan dan dirampas di Sepanyol, termasuk di Cordova dan lain-lain. termasuk Masjid Babri di India.     

Padahal mereka beriman bahawa Nabi Isa AS dibunuh oleh pelampau Yahudi itu, sehingga mengangkatnya ke taraf seorang anak Tuhan, iaitu suatu fahaman yang ditolak oleh umat Islam. 

Adapun umat Islam beriman bahawa Isa AS itu adalah Rasulullah yang telah diselamatkan oleh Allah SWT dan akan turun semula ke bumi pada akhir zaman. Bagaimana pula mereka mempunyai kepercayaan sedemikian, pada masa yang sama bersikap menyokong Yahudi yang dikatakan membunuh seorang nabi yang dikatakan anak tuhan itu?

Sekarang mereka pula riuh atas alasan kononnya hendak mempertahankan fungsi Ayasofya sebagai sebuah gereja, lebih baik jadi muzium bukan gereja. Selain itu, mereka terus diam membisu terhadap masjid umat Islam yang dizalimi. 

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS 

Bertarikh: 24 Zulqa’dah 1441 / 15 Julai 2020

Wednesday, 8 July 2020

cari isteri

هل توجد زوجه هكذا 

أراد مدرّسُ اللّغة العربيّة أن يتزوّج، فسألهُ أصدقاؤهُ: 
ما هي صفاتُ الزوجة التي تتمناها؟ 
فأجاب: أريدُها مرفوعةَ الهامة، منصوبةَ القامة، 
مجرورةَ الثّوب، مُجرَّدةً عن العيب،
 مربوطةَ الشَّفتين، مبسوطة الكفَّين،
 و تطيع فعلَ الأمر بلا استثناء، 
وتجيبُ النَّداء، وتفهمُ بالإشارة من غير عبارة،
 لا تعرفُ الجملةَ الاعتراضيَّة ولا أفعالَ الظن، 
وليس في قاموسها: (لا ولم ولن)، 
ضميرُها مُتَّصلٌ بضميري، منفصلٌ عن غيري، 
إذا طلبَتْ فغيرُ جازمة، من كلِّ عِلَّةٍ سالمة، إذا رأيتُها سَبْحَلْتُ، 
وإنْ غابَتْ عنّي حَوْقَلْتُ، تجاملني بالكناية والتَّصريح، 
فعلها تامٌّ صحيح، لا تنازعني في عمل الفاعل على الإطلاق، 
قولي عندها معلومٌ لازمٌ بلا طلاق،
 تعاملني بالسُّكون والعطف، أمَّا مالي عندها فممنوعٌ من الصرف..///  هل يجد زوجة. بهذه المواصفات،؟؟

Wednesday, 1 July 2020

coretan menyentuh jiwa

Suatu waktu, suatu Peristiwa dan suatu Asbab......

Akan menzahirkan siapa ulamak duniawi, siapa ulamak fitnah, siapa sejahat-jahat makhluk, siapa ejen tukang batu, siapa bekerja untuk siapa, siapa lebih utamakan perut, siapa lebih bertuhankan apa dan siapa, siapa yang lebih pentingkan kerja dan jawatan, siapa yang perlu duit untuk setle loan sampai pencen atau sampai mati..

Hanya perlu diam, buat tak faham, buta tak tahu, buat-buat betul, buat-buat setuju jika sekalipun tidak membenarkan dengan hati, lisan dan anggota. Atau sekalipun tidak terangan menjual Agama kepada bos. Pusing selagi boleh pusing dan cari alasan membenarkan kesemua perintah Bos.

Hanya kerana keputusan kuasa kepada kuasa daripada kuasa sehinggalah kepada kuasa yang menyara hidup mereka seharian.

Ujian mereka sungguh besar.
Ibarat ditelan mati mak diluah mati bapak, dilema antara pitis, kerjaya dan pangkat kerana hanya itulah cara mereka dan keluarga menyara hidup seharian.

Nak kerja di ladang penat, nak bertani tak pandai, nak ke laut mabuk, nak berniaga tak reti,  nak kerja buruh comot nanti malu.

Apatah lagi nak berjihad di medan perang tanpa mandi, panas, kotor, busuk, ketakutan, kelaparan  sebagai mana jalannya Nabi dan sahabat memperjuangkan Agama sehingga ramai yang syahid meyatimkan anak-anak dan membalukan para Isteri.

Lagikan nabi sangat menderita.
Tak kan le kita sangat bertuah hanya perlu hidup bersembang dapat duit sambil tunggu mati masuk syurga .

Sedang di dunia tidur empuk dirumah bagai mahligai, berkereta mewah, pakain makan terhidang bagai disyurga. Riak diri bagai hartawan dan maharaja.
Indah dan meriah ibarat di kayangan dengan puja puji pengikut suruhan. 

Celikkanlah mata kita sebelum mata kita dicelik terbeliakkan nanti pada hari yang dijanjikan .... 
Cnp....

Kajian shiruto dr inagawa

 SHIRUTO dan KERTAS PENYELIDIKAN BE International hadirkan  Saintis Shiruto... Proffesor Inagawa  dlm "Meet The Expert" pada 20 Au...