Suatu waktu, suatu Peristiwa dan suatu Asbab......
Akan menzahirkan siapa ulamak duniawi, siapa ulamak fitnah, siapa sejahat-jahat makhluk, siapa ejen tukang batu, siapa bekerja untuk siapa, siapa lebih utamakan perut, siapa lebih bertuhankan apa dan siapa, siapa yang lebih pentingkan kerja dan jawatan, siapa yang perlu duit untuk setle loan sampai pencen atau sampai mati..
Hanya perlu diam, buat tak faham, buta tak tahu, buat-buat betul, buat-buat setuju jika sekalipun tidak membenarkan dengan hati, lisan dan anggota. Atau sekalipun tidak terangan menjual Agama kepada bos. Pusing selagi boleh pusing dan cari alasan membenarkan kesemua perintah Bos.
Hanya kerana keputusan kuasa kepada kuasa daripada kuasa sehinggalah kepada kuasa yang menyara hidup mereka seharian.
Ujian mereka sungguh besar.
Ibarat ditelan mati mak diluah mati bapak, dilema antara pitis, kerjaya dan pangkat kerana hanya itulah cara mereka dan keluarga menyara hidup seharian.
Nak kerja di ladang penat, nak bertani tak pandai, nak ke laut mabuk, nak berniaga tak reti, nak kerja buruh comot nanti malu.
Apatah lagi nak berjihad di medan perang tanpa mandi, panas, kotor, busuk, ketakutan, kelaparan sebagai mana jalannya Nabi dan sahabat memperjuangkan Agama sehingga ramai yang syahid meyatimkan anak-anak dan membalukan para Isteri.
Lagikan nabi sangat menderita.
Tak kan le kita sangat bertuah hanya perlu hidup bersembang dapat duit sambil tunggu mati masuk syurga .
Sedang di dunia tidur empuk dirumah bagai mahligai, berkereta mewah, pakain makan terhidang bagai disyurga. Riak diri bagai hartawan dan maharaja.
Indah dan meriah ibarat di kayangan dengan puja puji pengikut suruhan.
Celikkanlah mata kita sebelum mata kita dicelik terbeliakkan nanti pada hari yang dijanjikan ....
Cnp....
No comments:
Post a Comment