Tuesday, 30 June 2020

kegagalan wang kertas

Emas Kalis Inflasi

Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.
Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:

Kerajaan Perancis –tahun 1715
Republik Weimer Jerman - 1922-1923
Hungary 1945-1946
Chile 1971-1981
Peru 1988-1991
Angola 1991 – 1999
Yugoslavia 1992-1995
Belarus 1994-2002
Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
Zimbabwe 2000-2009
Kini Greece( 2015) 
Next Negara Mana yang bakal menjadi mangsa ???

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri 18/1/1999 telah mengakui bahawa wang kertas sebenarnya tidak berharga.

Ini adalah petikan daripada ucapan Tun Dr. Mahathir

“Sebenarnya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan”

Wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah.

Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Dengan kata lain, nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang. Inflasi akan memakan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas ditangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan.

Contohnya amat mudah:

Tahun 2005 dengan RM1 anda boleh beli 5 Biji Kuih
Tahun 2010 dengan RM1 and boleh beli 3 Biji Kuih Sahaja
Tahun 2015 ??? 4 Biji = RM2 dimana kemorosatan nilai matawang hampir 50%.

Sejarah telah membuktikan bahawa emas adalah wang yang terunggul dan tiada bandingannya. Dulu..kini dan selamanya..

Wang kertas gagal berfungsi sebagai wang. Ia mempunyai kelemahan yang sangat besar kerana tidak mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri. Ia gagal menyimpan nilai untuk jangkamasa panjang dan akan merugikan penyimpannya. Musuh utama wang kertas ialah inflasi yang menghakis nilai wang kertas ini.

Menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas akan memberikan ketenangan jiwa kepada penyimpannya. Kita tidak perlu takut kehilangan nilai dalam jangka masa panjang dan juga kita tidak perlu bergantung kepada pengakuan dan jaminan kerajaan mengenai nilai wang kita.
Jadi mulai hari ini, saya berharap anda semua belajar suatu perkara yang sangat penting

Wang = Emas
Simpan wang = Simpan emas

Kredit :
Original post by Anuar A Rahman

Friday, 26 June 2020

ganja

BIG PHARMA, WHO, KKM
Gerenti tak suka.

Berikut adalah pengakuan beberapa ahli perubatan yang tercatat dalam kitab-kitab yang pernah menyebutkan mengenai aspek khasiat perubatan dari ganja :

Ibn Masawayh (857 Masihi) dan Ishaq bin Sulayman (abad ke-10 Masihi) – Minyak biji ganja untuk menyembuhkan sakit di telinga.

Ibn al-Baytar (1291 Masihi) – Minyak biji ganja untuk menyembuhkan gas (‘rih’) pada telinga.

Al-Antaki (abad ke-16 Masihi) – Minyak biji ganja dapat membunuh cacing dalam telinga dan mengeluarkan benda-benda asing dan kotoran.

Al-Dima (abad ke-9 Masihi) – Ganja untuk obat cacing perut.

Al-Firuzabadi (abad ke-14 dan 15 Masihi) – Ubat cacing kerawit / habb al-qar’.

Sabur ibn Sahl (abad ke-9 Masihi) – Menghilangkan rasa sakit kronik, sakit kepala, migrain, mencegah keguguran, gagal melahirkan, mengurangi sakit pada rahim, dan menjaga bayi tetap pada abdomen ibunya (kitab “Al-Aqrabadhin As-Saghir”).

Ibn Wafid al-Lajmi (abad ke-11 Masihi) – Biji ganja untuk menambah produksi air susu ibu & menyembuhkan sakit haidh tak normal.

Avicenna/Ibnu Sinna (abad ke-10 Masihi) – daun dan biji ganja mengubati dan mengeluarkan gas dari perut.

Al-Biruni (abad ke-12 Masihi) – Menyembuhkan rasa sakit kronik

Al-Masi (1877) – Daun ganja untuk mengeluarkan gas dari rahim, usus dan perut.

Al-Mayusi (1877) – Daun ganja untuk menghilangkan lendir dari perut.

Ibn Habal (1362) – Biji ganja untuk mengeluarkan cairan hempedu dan lendir.

Ibn al-Baytar (1291) – Ganja untuk melancarkan buang air kecil.

Ishaq bin Sulayman (1986) – Ganja boleh menghangatkan badan.

Jabir ibn Hayyan (abad ke-8 Masihi) – Ganja memiliki sifat psiko-aktif (kitab al-Sumum).

Umar Ibn Yusuf ibn Rasul (abad ke-13 Masihi) – Ganja sebagai ubat sakit kepala.

Ibn al-Baytar (1291) – Minyak biji ganja untuk mengurangi sakit saraf.

Al-Qazwini (1849) – Jus ganja untuk mengurangi rasa sakit pada radang mata.

Tibbnama (1712) – Batang dan daun ganja untuk mengobati buasir.

Al-Masi (abad ke-10) – Ganja untuk pengubatan epilepsi (sawan).

Al-Badri (1464) – Ganja untuk mengubati epilepsi (sawan).

Abu Mansur ibn Muwaffak (abad ke-10 Masihi) – Ganja untuk mengubati sakit kepala (kitab Al-abniya ‘an Haqa’iq Al-Adwiya).

Avicenna (1294) – Jus dari daun ganja untuk ubat panau di kulit.

Al-Razi – Jus daun ganja untuk merangsang pertumbuhan rambut.

Ibn Buklari (abad ke-11 Masihi) – Jus daun ganja untuk menyembuhkan abcess (tumor) di kepala.

Muhammad Riza Shirwani (abad ke-17 Masihi) – Minyak biji ganja untuk mengubati tumor pada rahim.

Sumber : hsungkowo.tumblr. com

Kutip je untuk koleksi.

Saturday, 20 June 2020

norma baharu sehingga...

Banyak negeri sudah melebihi 28 hari.
Walaupun dalam Islam  sesuatu kawasan adalah jarak dari masjid ke masjid seterusnya ( 1 mukim). Tetapi mereka mwnggunakan keseluhan negeri (negara) atau mungkin satu dunia.

Bermakna kita sebenarnya sedang berada dalam Zon Selamat tetapi sedang kononnya berukhsah. (Walaupun tiada rukhsah sabit yang sama pada zaman nabi dan sahabat hanya kerana kebimbangan wabak).

Itulah sebabnya kesemua mereka yang bersesak di pasar, komuter, kedai judi, dalam bas, restoran, gerai-gerai, kedai kopi dan sebagainya selamat. 

Namun apa yang masih dan telah dihadapi ialah, 
Ada yang tidak solat angkara susah mendapati tempat solat ketika mana mereka diluar rumah, bekerja atau bermusafir.

Ada yang tidak solat jumaat berbulan-bulan angkara tidak berpeluang dan dihalang.

Ada yang sudah tidak menjejaki masjid berbulan-bulan.

Ada yang solat berjarak macam Agama lain.
Dan bilangan mereka bukanlah sedikit, malah berjuta-juta orang dan mungkin berbillion. 

Semua ini adalah bagi melahirkan generasi baru 'New Norma'. Iaitu melahirkan suatu generasi manusia yang sudah sekian lama tidak ke masjid, tidak solat jumaat, tidak bersalaman, tiada pendidikan, usrah, kuliah, halaqah dan sebagainya.

Sehingga bila?
Sehingga negara mempunyai 0 kes selama lebih 28 hari dan apakah ia akan berjaya? 

Sedangkan penyakit TB dan kusta masih ada sejak berpuluh tahun dan membunuh lebh 2000 orang setahun atau purata 6 orang kematian sehari sehingga kini.
Begitu juga dengan taun, kolera, sars dan sebagainya.

Maksudnya,
Ia peluang yg mustahil untuk kita kembali kepada asal jika hanya beralasan kepada penyakit berjangkit (wabak) . 

Dan keadaan masjid akan terus begitu lah selama masih belum dibebaskan oleh mereka. Iaitu solat jemaah dalam keadaan haram, bid'ah dan tidak sempurna kerana sesuatu negeri itu sebenarnya bebas Pandemik tetapi hanya semata-mata terikat dengan arahan SOP pemerintah sahaja yang sedang bertembung dengan SOP Agama yang telah muhkam.

Friday, 5 June 2020

khalifah runtuh, masjid kosong

BERMULA DARI SANGKAAN SEMENTARA.
KHALIFAH ISLAM TERUS DINAFIKAN SELAMANYA.

Itulah juga kesilapan Ulamak Islam era wahabisme apabila dengan perkenan secara takwil hukum (qaedah fiqh kepada hukum asal) dan kehalalan yang sama telah menghapuskan Sistem Khalifah Islam digantikan dengan sistem Demokrasi suatu masa dahulu.

Agama Islam telah disekularkan menjadi fahaman secara sekularisme juga oleh para agamawan versi wahabisme yang telah dilatih dan dididik secara silibus dan institut Sehingga menjadi ibarat pengganti kumpulan The knihgt Tampler yang mana akan disarungkan jubah jesuit setelah mereka telah tamat. Bagi menjadi pembela mereka pada bila-bila masa. Dalam wajah tempatan dan agama tempatan masing-masing.

Umat Islam waktu itu hanya andaikan ia hanya berlaku untuk sementara atau sekejap sahaja memandangkan dengan kelemahan Kerajaan khalifah islam yang sering bermasalah, ditekan dan difitnah dari segenap sudut.

Dengan anggapan selepas keadaan menjadi tenang dan stabil, kerajaan khalifah Islam akan dikembalikan semula di Mekah.

Namun rupanya semua sudah diatur. Mekah bukannya lagi menjadi milik Kerajaan Islam. Tetapi diserah dan dimilikkan kepada Bani Saud serta di bawah fahaman versi Wahabisme yang bersekongkol dengan Yahudi. 

Golongan berwajah Ulamak dan cendekiawan Islam yang sanggup memerangi dan membunuh hampir kesemua Ulamak asal mekah berjumlah beratus-ratus demi untuk menakluk bumi Mekah sehingga tanah Hijaz selepas itu telah dinamakan dengan nama individu (Bani Saud) sebagai pemilik Mutlaknya yang berselindung disebalik kuasa kuffar dunia Fancis, Britain dan sekutunya , namun yang sebenarnya ialah atur cara Yahudi.

Kemudian negara-negara lain seluruhnya yang pernah ditadbir oleh Umat Islam terus dipaksa menganut cara demokrasi sampailah sekarang. Dengan perlembagaan yang disediakan oleh mereka untuk ditaati sepenuhnya.

Selepas berjaya pada misi pertama iaitu menjatuhkan sistem Khalifah Islam. Mereka teruskan pula kepada misi kedua iaitu untuk menakluk dan  mengosongkan Masjid-masjid Umat Islam seluruh dunia.

Dengan beralasankan,

 'AKTA Larangan Untuk sebarang Aktiviti Berkumpulan Atau Perhimpunan Awam' atau Akta kawalan penyakit berjangkit.'  yang sudah tidak dibenarkan selagi wabak masih berlaku. Dengan perintah dan atur cara Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) milik rockefellers yahudi.

Dalam keadaan mereka akan terus memastikan wabak akan terus wujud dan berlaku bagi menanam ketakutan melampau manusia terhadap jangkitan wabak. 

Terutama selepas munculnya era perang menggunakan BioTeknologi, atau Bio Weapon oleh berbagai negara bermusuh yang akan saling berperang dengan menggunakan senjata wabak masing-masing disamping memperdagangkan vaksin mereka masing-masing yang bernilai lebih mahal berbanding emas dan minyak.

Bagi setengah Negara, mereka mahukan kuasa dan ekonomi, namun bagi " The hidden Hand' (para syaitan jenis manusia penyembah lucifer),   peluang ini amat digunakan dengan Matlamat utama untuk menyerang Umat islam sebagai kesinambungan dari perang salib. Untuk persiapan utama bagi mencapai agenda mereka menyambut al-masih mereka. 

Kehancuran Umat islam dan khazanah Islam adalah misi dan tujuan utama. Manakala keuntungan disebalik huru-hara, peperangan dan industri bioweapon, vaksin dan sebagainya hanyalah sebagai Bonus atau hadiah sahaja kepada komplot yang terlibat.

Golongan Elit Yahudi sememangnya tidak sesekali pernah mendedahkan personaliti atau tidak akan menonjolkan diri mereka. Mereka tidak mahu angkuh popular atau menjadi ikon atau mendabik dada dikhalayak ramai. Apa yang mereka mahu hanyalah kemenangan mereka dan kehancuran Goyyim ( manusia selain mereka), terutamanya Islam. 

 Mereka ibarat Para syaitan yang tidak kelihatan, walaupun mereka adalah para syaitan dari kalangan manusia. Mereka ibarat makhluk yang memakai kelubong atau topeng bersembunyi secara rahsia bagaikan makhluk ghaib ( syaitan Jin) , namun wujud disekitar kita, menyelinap kedalam kesemua urusan dan pentadbiran umat manusia dengan berbagai penyamaran termasuk sebagai ulamak Islam, pemimpin, penguasa dan sebagainya. Melaksana, membisik, menghasut, menyogok setiap manusia disekitar mereka dengan berbagai cara.

Apa yang kita nampak hanyalah ikon-ikon ciptaan mereka yang boleh dikorbankan pada bila-bila masa sahaja. Sama ikon tersebut akan disingkir, dijangkiti, dibunuh atau dilenyapkan.  Sehingga kita akan teranya-tanya kenapa bos mereka juga kena atau kenapa Negara mereka juga kena?

Begitu juga dengan 'Negara-negara Ciptaan'  mereka (contohnya USA ) yang boleh atau akan dihancurkan pada bila-bila masa sahaja. Kerana semuanya hanyalah ibarat kambing hitam sahaja.
Mereka akan berpindah kembali dan bangunkan Tanah idaman mereka yang asal iaitu holly land,  tanah Yerusalem atau tanah Zion. Memerintah dan menakluk dari sana dibawah New One Order.

Disamping akan memasuki era Perang Nuklear dan Malhamah Kubro.

..... bersambung. 
Novel mengarut edisi Khalifah.

Sunday, 31 May 2020

WHO

Setakat mana boleh percayai World Health Organization (WHO)?
--------------

Pertubuhan Kesihatan Sedunia iaitu WHO adalah agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB atau UN) yang berpangkalan di Geneva, Switzerland. WHO menjadi rujukan utama isu Covid negara-negara dunia di bawahnya. Ia seolah mempunyai kuasa besar dalam menentukan halatuju kesihatan sesebuah negara. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri jelas menunjukkan sikap mengambil berat segala panduan, saranan, cadangan serta arahan WHO seolah kita tiada hak mutlak untuk bertindak cara sendiri. Hakikatnya, adakah WHO, sebagaimana namanya, adalah sebuah organisasi yang benar-benar telus, jujur, tiada korupsi, bebas rasuah, tiada konflik kepentingan, tidak memilih kasih serta ikhlas menjaga dan memartabatkan kesihatan dan kesejahteraan penduduk dunia? Siapakah dibelakangnya, pemberi dananya dan pemimpinnya?

Ketua Pengarah (KP) WHO sejak 2017 hingga kini adalah Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus. Sebelum itu selama 11 tahun (2006-2017) KP WHO adalah Dr. Margaret Chan dari China. Tedros merupakan KP WHO pertama dari benua Afrika dan yang pertama bukan dari kalangan doktor perubatan dimana tesis PhD beliau adalah berkenaan kesihatan komuniti berkaitan empangan dan Malaria. Beliau berasal dari Ethiopia, dari parti politik Tigray People's Liberation Front, kumpulan ketenteraan  revolusioner sayap kiri, yang menubuhkan kerajaan sayap kiri baru di Ethiopia.
Ketika menyandang jawatan Menteri Kesihatan Ethiopia, Tedros mempengerusikan Global Fund to Fight AIDS, TB and Malaria yangmana Yayasan Gates sebahagian dari pengasasnya. Beliau gagal dengan polisi Malarianya dan sering dikritik atas skandal kolera juga pada 2006, 2009 dan 2011.

Berkenaan dana, WHO mempunyai dua sumber utama. Dua puluh peratus (20%) daripada dana WHO diterima daripada setiap negara ahilnya dengan jumlah diberi berdasarkan peratus tertentu GDP negara tersebut, dan selebihnya daripada sumbangan sukarela samada daripada negara ahli atau pihak lain termasuk badan-badan PBB, yayasan kebajikan, syarikat swasta, dan lain-lain . 

Dan sebagaimana dinyatakan sebelum ini, ramai yang tidak sedar sebenarnya Yayasan Gates bakal menjadi pendana terbesar World Health Organisation (WHO) selepas US menarikbalik sumbangan mereka daripada WHO. Pada 2018/2019, Yayasan Gates merupakan penyumbang dana ‘top 3’ WHO. Semua ini membolehkan Gates ‘menguasai’ WHO dengan agendanya tersendiri, dengan sebarang kepentingan Gates juga menjadi kepentingan dan keutamaan WHO . 

Isu samada WHO benar-benar bebas daripada sebarang pengaruh luar ini banyak sekali dibincangkan bukan sahaja di media massa tetapi juga dalam tulisan ilmiah oleh pakar-pakar dalam jurnal akademik tentang bagaimana ‘sumbangan’ serta pelaburan daripada yayasan-yayasan kebajikan seperti Yayasan Gates dan Yayasan Rockefellar yang disalurkan kepada WHO boleh mempengaruhi bentuk pentadbiran (governance) kesihatan global. Diakui bahawa Yayasan Rockefellar contohnya berjaya mencorak agenda dan modus operandi WHO dengan menjadikan ianya lebih ke arah kawalan penyakit berbanding usaha mengubati masyarakat . 
 

Seterusnya, berkenaan symbol pada logo/emblem WHO, ia mempunyai pelbagai tafsiran tidak rasmi. Imej ular membelit tongkat dikatakan merupakan simbol Cadeceus atau perubatan. Simbol ini sering kita lihat di mana-mana logo organisasi kesihatan samada di bangunan atau laman web.
 

Simbol ular dan tongkat ini berasal dari cerita dalam Injil Hebrew dan Taurat Yahudi, berkenaan kisah nabi Musa dan bani Israel. Kononnya nabi Musa telah diwahyukan oleh tuhannya untuk membina patung ular tembaga bagi menjadikan penyembuhan buat bani Israel yang terkena gigitan ular besar berapi, akibat menentang ajaran nabi Musa dan kemudiannya kesal. Sekiranya mereka melihat patung ular tembaga tersebut, kononnya akan segera sembuh. Bani Israel kemudiannya menganggap ular tersebutlah yang berkuasa menyembuh penyakit, dan mereka telah kemudiannya menyembah ular tembaga tersebut. Pegangan mereka terhadap tuhan hilang sama sekali apabila nabi Musa dan nabi Harun telah tiada. Raja Hezekiah (800 tahun sebelum Nabi Isa lahir) kemudiannya menghapuskan penyembahan patung ular tersebut yang diberi nama Nehustan kerana menganggap ianya perbuatan syirik. Kini, kita dapat lihat patung ular Nehustan tiba-tiba dibawa kembali dalam perubatan moden sebagai simbol kesihatan, seolah-olah ada sekumpulan manusia yang ‘masih hidup’ di zaman lampau dan ingin mengajak manusia ke arah melupakan tuhan sebagai penyembuh sebagaimana sikap Bani Israel .

WHO pada 2009 ketika di bawah Dr. Margaret Chan telah terlibat dalam satu skandal pandemik palsu novel influenza A (strain H1N1) atau swine flu. WHO mencipta ketakutan ke seluruh dunia berdasarkan ketidakpastian dan tanpa berdasarkan data dan sains. Pada Mei 2009, Dr. Chan mengumumkan syarikat vaksin boleh menghasilkan 4.9 billion dos vaksin untuk melindungi dunia dari virus invluenza A H1N1 . Ketika itu ada 79 kematian dan 10,000 kes seluruh dunia, dengan majoriti hanya bergejala ringan sama seperti common flu dan ia boleh menjadi lebih teruk seperti pneumonia hanya pada mereka yang punya masalah kesihatan lain seperti diabetes.  Kemudian Jun 2009, Chan mengisytihar H1N1 sebagai pandemik  dengan 30,000 kes di 74 negara. Julai 2009, WHO mengumumkan kononnya 2 billion iaitu satu pertiga populasi dunia akan dijangkiti wabak H1N1 dalam tempoh 2 tahun. Obama umumkan ratusan ribu akan mati dan 40% akan terjangkit jika vaksin tidak dberi dan langkah lain tidak diambil. 

Namun hakikatnya, pandemik H1N1 tidak pernah berlaku. Jutaan dos vaksin ditempah oleh kerajaan asing kemudiannya menjadi tidak bermanfaat dan malah ada yang dibuang begitu sahaja. Kerugian perbelanjaan yang amat besar dalam bajet negara-negara dunia telah berlaku namun yang pasti pihak dan golongan tertentu yang mempropagandakan H1N1 sebagai pandemik telah dengan rakus mengaut keuntungan berlipat kali ganda. 
Kemudiannya, didapati rupa-rupanya lima daripada 15 ahli panel penasihat saintifik WHO dalam jawatankuasa kecemasan pandemik H1N1 mereka mempunyai konflik kepentingan dimana mereka menerima dana ataupun penyelidikan mereka berkait dengan syarikat farmeseutikal pembuatan vaksin H1N1 .  Di CDC US juga, perkara serupa diakui berlaku dimana ada yang menerima dana daripada persatuan pengilang vaksin. Di Britain pula, 11 daripada 20 iaitu separuh daripada ahli panel penasihat pandemik H1N1 mempunyai pertalian dengan syarikat famaseutikal. Mereka membuat jangkaan akan ada 65,000 kes mati dan atas sebab itu USD1.2 billion dibelanjakan untuk  vaksin sedangkan hanya 457 kes mati, satu pertiga daripada kes flu bermusim. Parlimen Netherlands mendapati Professor Albert Osterhaus dari Erasmus University in Rotterdam, yang bertindak sebagai rujukan pandemik H1N1 juga penasihat WHO berkenaan influenza membuat keuntungan peribadi berbillion Euro dari vaksin H1N1 .
Ini menimbukan keraguan berasas terhadap jangkaan kes yang dibuat oleh pihak WHO, CDC, dll, samada adakah ianya lebih kepada bermotifkan keuntungan peribadi berbanding kepentingan awam.

MP Paul Flyn telah memberi amaran akan akibat daripada pengisytiharan pandemik dan cadangan langkah drastik secara salah semasa H1N1 telah menyebabkan pembaziran wang rakyat yang amat besar dan ketakutan amat sangat yang tak berasas. Mengambil pengajaran dari situasi tersebut, beliau mengingatkan bahawa semua pihak selepas ini berhak mengetahui dengan jelas akan nama pakar penasihat saintifik, samada mereka punya sebarang perkaitan dengan syarikat farmaseutikal dan samada mereka akan dapat sebarang keuntungan dari pengumuman tersebut.
Banyak pihak lain turut sama mengecam penipuan WHO ketika ‘wabak’ H1N1 ini termasuk Parliamentary Assembly of the Council of Europe (PACE), sebuah pertubuhan pengawasan hak asasi manusia yang menyiasat konflik kepentingan yang wujud disebalik respon Kesatuan Eropah (EU) terhadap pandemik H1N1. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan PACE yang amat berpengaruh, juga seorang pakar epidemiologi dan pulmonologi, Profesor Wolfgang Wodarg mengumumkan bahawa pandemic palsu ini adalah skandal perubatan terbesar abad ini . Bukan itu sahaja, malah dalam WHO sendiri, pengarah Collaborating Center for Epidemiology di Munster, Germany, Dr. Ulrich Kiel, telah melabelkan ‘pandemik’ H1N1 adalah hoax, dan berkata terdapat salah-urus sumber yang amat besar melibatkan sekurang-kurangnya USD18 billion melibatkan kesihatan awam . 
 
Kesan terbongkarnya penipuan WHO ini, mereka telah secara senyap berhenti menggunakan istilah ‘pandemik’ dan menukarnya kepada satu istilah yang agak kabur iaitu “Public Health Emergency of International Concern”, di bawah IHR (International Health Regulations). Ini jelas dinyatakan sendiri oleh jurucakap WHO Tarik Jasarevic pada 30 Januari 2020 apabila ditanya mengapa tidak disebut pandemik dalam pengishtiharan wabak Covid. Katanya, “Tidak ada kategori rasmi (untuk pandemik). WHO tidak guna sistem lama yang ada 6 fasa – yang bermula dengan fasa 1 (tiada laporan influenza haiwan menyebabkan jangkitan pada manusia) ke fasa 6 (pandemik) . Namun selepas lebih 1 bulan daripada itu iaitu pada 11 Mac 2020, Tedros KP WHO sewenangnya mengisytihar Covid sebagai pandemic global pula. Ketika itu ada 118,000 kes dengan 4,291 kematian di 114 negara.

Di bawah Tedros, korupsi dan konflik kepentingan di WHO terus berlanjutan, malah terus bertambah. Menurut laporan baru-baru ini oleh Australian Broadcasting Corporation, pada tahun 2018 dan 2019, Program Kecemasan Kesihatan WHO, bahagian yang bertanggungjawab terhadap Covid sekarang, disebut berada pada peringkat risiko tertinggi yang mencatat kegagalan membiayai program dan operasi kecemasan. Laporan ABC selanjutnya mendapati bahawa terdapat juga peningkatan tuduhan rasuah dalaman di seluruh organisasi, dengan pengesanan beberapa skema yang bertujuan untuk menipu sejumlah besar wang .
Ahli-ahli Scientific Advisory Group of Experts (SAGE) WHO mempunyai konflik kepentingan dan perkaitan dari segi dana dan kewangan dengan penaja dari kalangan syarikat farmaseutikal seperti Merck & Co. (MSD), Pfizer, Novovax, GSK, Novartis, Gilead dan organisasi yang ditaja Gates termasuk GAVI, the Vaccine Alliance, dan  BMGF Global Health Scientific Advisory Committee .

Negara-negara di Afrika telah banyak belajar dari kezaliman dan kejahatan WHO terhadap mereka selama berpuluh tahun termasuk kelumpuhan, kemandulan, serta kematian yang diakibatkan oleh pelbagai program suntikan dan vaksin WHO di sana. Kini pemimpin-pemimpin Afrika semakin berani dan lantang menyanggah dan menolak WHO . Mereka tidak membuat banyak ujian Covid (hanya 1 ujian bagi setiap 500 juta penduduk) dan kes mereka jauh lebih rendah dari US, Eropah dan sebahagian Aisa. Republik Burundi contohnya dengan beraninya menghalau Pasukan Coronavirus WHO dari negara mereka kerana campurtangan yang tak dapat diterima dalam pengurusan Coronavirus di negara mereka . Selain itu, daripada segi rawatan Covid, Presiden Magadascar sendiri iaitu Andry Rajoelina mendakwa WHO telah cuba merasuah pihak tertentu sebanyak USD20 juta untuk meracun remedi herba Artemisia yang sedang dipromosikan secara besar-besaran sebagai ubat mencegah Covid di sana , serta WHO tidak mahu mengiktiraf herba tersebut sebagai rawatan Covid semata-mata kerana ianya dating dari Afrika. 

Presiden Tanzania John Bompe pula telah dengan aksi bersahajanya menunjukkan betapa test kit Covid tidak boleh dipercayai dalam menguji sampel dan mempersoalkan peranan WHO dalam isu ini, dengan beliau menghantar sampel cecair dari pelbagai sumber selain manusia yang diberikan nama manusia sebagai samara untuk diuji di makmal kebangsaan mereka yang kemudiannya yang melucukan ianya menghasilkan keputusan positif Covid untuk kambing, betik dan quail. Dari situ, Presiden John kemudiannya telah segera menubuhkan pasukan siasatan untuk menahan dan menyiasat pengarah makmal nasional dan pengurus bahagian jaminan kualiti makmal, serta memecat ketua bahagian stor perubatan Tanzania . Presiden John mendakwa US mereka-reka angka kematian dan kes, dan memberi amaran kepada wakil US di sana yang cuba menakutkan rakyat Tanzania tentang kebolehjangkitan Covid yang kononnya sangat tinggi dengan mengatakan jangan cuba mencipta panik kepada rakyat mereka. Beliau pada 24 Mei 2020 mengistiharkan Tanzania berjaya mengalahkan Covid, melarang terus penggunaan face mask, mula membuka semula sekolah, pengangkutan awam, serta gereja dengan mengatakan Corona tidak akan boleh hidup di gereja .

WHO menunjukkan kuasa besar mereka dalam Covid ini dengan menyatakan setiap negara yang mahu hentikan lockdown perlu laksanakan Exit Strategies sebagaimana dalam panduan yang WHO telah sediakan15. Dr Mike Ryan, ketua Program Kecemasan WHO memberi amaran negara dunia tidak boleh dihentikan lockdown tanpa ada sebarang tindakan diambil bagi menggantikannya . Enam syarat diberi dan salah satunya adalah masyarakat benar-benar faham dan sedia untuk hidup dalam ‘New Norm’ . KKM kelihatan sangat patuh dengan segala saranan WHO . 

Terdapat satu tugu patung diletak di hujung meja bilik mesyuarat WHO yang melambangkan Shiva the destroyer / Cernnunuous / Abaddon (Hebrew) / Apollyon (Greek). Ia ada dalam kepercayaan Hindu dan dikenali sebagai tidak berpakaian, mempunyai dua jantina pada satu masa, dua kuasa iaitu penyembuh dan peracun, boleh jadi penjaga yang baik dan pada masa sama kejam terhadap mereka di bawah jagaannya. Patung yang sama ada di luar bangunan CERN (European Center for Research in Particle Physics, Geneva, Switzerland) yang juga sebenarnya dari perkataan cernnunuous . Apakah simboliknya patung itu diletak di sana? Apa yang tersirat disebaliknya?
.  

Tidak lupa juga baru-baru ini pada 18 April 2020, WHO menganjurkan konsert Coronavirus atas talian ‘One World: Together At Home’, dengan kerjasama Global Citizen dan Lady Gaga, seorang artis pemuja syaitan, yang secara terangan menyokong kumpulan illuminati, bermentorkan Marina Abromovic dan sering beraksi lucah, kononnya bertujuan meraikan komuniti global dan ‘the power of human spirit’, dan untuk membantu WHO mendapatkan dana ‘Solidarity Response Fund’ daripada individu dan syarikat-syarikat korporat sebanyak $35 juta untuk pembelian PPE . Lady Gaga diberikan ruang istimewa ketika taklimat sidand media WHO berkenaan konsert ini . Beliau dengan jelas dalam poster promo telah menunjukkan symbol-simbol anti-christ (dajal) dan one-eye.

Sumber:
Where does WHO get its funding?. https://www.who.int/about/planning-finance-and-accountability/how-who-is-funded
  5 Ogos 2018. Meet the world’s most powerful doctor: Bill Gates. https://www.politico.eu/article/bill-gates-who-most-powerful-doctor/  
  Birn (2014). Backstage: the relationship between the Rockefeller Foundation and the World Health Organization, Part I: 1940s–1960s. Public Health, 128(2), 129-140, https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S003335061300396X?via%3Dihub
 Ustaz Au’ni Mohamed & Ibnu Yaacob.. Konspirasi Babylon: Penjajahan illuminati dan freemason ke atas dunia
  19 Mei 2009. WHO sees 4.9 billion pandemic flu shots in best-case. https://www.reuters.com/article/us-flu-who/who-sees-4-9-billion-pandemic-flu-shots-in-best-case-idUSTRE54H1XO20090519 
2 Mei 2020. Prof. Michel Chossudovsky. Remember the “Fake” 2009 H1N1 Swine Flu Pandemic: Manipulating the Data to Justify a Worldwide Public Health Emergency.  https://www.globalresearch.ca/the-h1n1-swine-flu-pandemic-manipulating-the-data-to-justify-a-worldwide-public-health-emergency/14901
  11 Jun 2009. Transcript of statement by Margaret Chan, Director-General of the World Health Organization . https://www.who.int/mediacentre/influenzaAH1N1_presstranscript_20090611.pdf 
  13 Ogos 2010. Swine flu advisers' ties to drug firms: Five WHO experts linked with vaccine producers. https://www.dailymail.co.uk/health/article-1302505/WHO-swine-flu-advisers-ties-drug-firms-Experts-linked-vaccine-producers.html
  25 April 2020. Can We Trust the WHO?. https://www.globalresearch.ca/can-we-trust-who/5708576?fbclid=IwAR019QbhSuxQ696d1tiypmxO8lTb_yOzXvUUdIpYDGMzA554BVXuChKfttk 
  5 Februari 2010. Why The WHO Faked A Pandemic. https://www.forbes.com/2010/02/05/world-health-organization-swine-flu-pandemic-opinions-contributors-michael-fumento.html#67d7965c48e8
  26 Januari 2010. PACE to prepare report on the handling of the Swine Flu pandemic. http://assembly.coe.int/nw/xml/News/News-View-EN.asp?newsid=2724&lang=2 
  24 Februari 2020. WHO says no longer uses "pandemic" category, but virus still emergency. https://www.reuters.com/article/china-health-who-idUSL5N2AO1BP
  17 Feb 2020. World Health Organisation division tackling coronavirus underfunded and facing internal corruption allegations, audits reveal. https://www.abc.net.au/news/2020-02-17/coronavirus-who-underfunded-internal-corruption-allegations/11970382 
  31 Mac 2020. Virtual Meeting of Strategic Advisory Group of Experts (SAGE) on Immunization: Declaration of Interests. https://www.who.int/immunization/sage/DOI_March_2020_pre_meeting.pdf 
  20 Mei 2020. YES! African Leaders Stand Up! Tanzania & Madagascar. Amazing Polly. https://www.youtube.com/watch?v=4M6JvzYMErA&feature=youtu.be
  14 Mei 2020. Burundi expels WHO officials coordinating coronavirus response. Aljazeera AFP News Agency.  https://www.aljazeera.com/news/2020/05/burundi-expels-officials-coordinating-coronavirus-response-200514081736704.html
  16 Mei 2020. W.H.O offered $20million bribe to poison COVID-19 cure made by Madagascar – President Andry Rajoelina Claims. The Zambian Observer. https://www.zambianobserver.com/w-h-o-offered-20million-bribe-to-poison-covid-19-cure-made-by-madagascar-president-andry-rajoelina-claims/?fbclid=IwAR37C4XZe0cNpFDQSdXi-i7J8gMq6GwLmqyC5l7kAFlAV43GwOVBQjRw9e8 
  5 Mei 2020. Tanzania suspends laboratory head after president questions coronavirus tests. https://www.reuters.com/article/us-health-coronavirus-tanzania/tanzania-suspends-laboratory-head-after-president-questions-coronavirus-tests-idUSKBN22G295; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10159899886637571&id=514882570 
  27 Mei 2020. The President of Tanzania has reportedly banned the use of face masks after noting that “face mask usage has caused anxiety among Tanzanians”. https://www.rtnnewspaper.com/2020/05/african-country-bans-face-masks-also-reopen-schools-and-shops/ 
  15 April 2020. Covid-19: The World Health Organization (WHO) sets 6 conditions for ending a coronavirus lockdown. http://www.europe-solidaire.org/spip.php?article52950 
  13 April 2020. Testing, tracing, and when to lift restrictions: WHO’s latest advice. UN News. https://news.un.org/en/story/2020/04/1061642 
  17 April 2020.  https://codeblue.galencentre.org/2020/04/17/moh-outlines-criteria-for-lockdown-exit-strategy/
16 April 2020. https://codeblue.galencentre.org/2020/04/16/covid-19-affects-mostly-elderly-malaysians-moh-targets-aged-care-homes/
  15 April 2020. AWK News 4.15.20: An informed [awake] public holds all the keys. https://www.youtube.com/watch?v=OEV43nGwSX0&feature=youtu.be
  16 April 2020. https://www.capitalfm.com/features/lady-gaga-concert-one-world-together-at-home-watch/  https://www.facebook.com/sgayatin/videos/10213837776096989/

LINK POST: 
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10222080325295501&id=1183287947

Friday, 29 May 2020

peperangan berterusan

WAR IS STILL.....

Peperangan sentiasa berlaku antara Islam dam Musuh Islam selagi mana Kalimah Jihad tidak dihapuskan didalam Al-qoranul karim.

Namun sayangnya Musuh tersangat licik sehingga mereka mampu menghindarkan diri dari beradu kekuatan diri dan kekuatan senjata melawan Umat Islam.

Lalu mereka berjaya untuk berperang secara sebelah pihak menentang Islam dalam keadaan umat Islam semakin leka, tidur, sibuk atau mengalih tumpuan kepada tuntutan kehidupan semasa.

Senjata daripada Besi dan Nuklear hanyalah Simbolik atau perlambangan sahaja. Tetapi mereka lebih berjaya menggunakan senjata Babi, darah, bangkai, klorin, floride, racun termasuk bahan-bahan terbitan, hiburan, alatan,  mengubah kitab-kitab Islam (yang tak terjaga) mencipta ulamak jadian, kitab jadian dan sebagaianya bagi menyerang Umat Islam menggantikan perang salib.

Sehingga akhirnya, umat Islam secara sedar atau tidak sedang menganut cara hidup mereka satu persatu.

- kebangkitan Islam

Siamang, Karya Shairazi

Siamang 

Pagi menginsut malas
hutan nan tenang menjadi gempita
khalayak beruk dan kera
gempar dan hingar

Siamang menghilang entah ke mana ? 
Sudah berdekad diangkat menjadi ketua
Pemimpin terulung tiada tara
Sekian lama memimpin beruk dan kera
Di dalam rimba penuh pancaroba

Tiba-tiba menghilang begitu saja 
tanpa berita, tanpa sepatah kata
Tanpa diketahui apakah punca ?

Anak beruk terpinga-pinga
Ibu kera menangis tidak terhingga
Bapa-bapa kera berbincang sesama
Mencari idea merangka rencana

Konvensyen beruk dan kera 
Mesti segera dilaksana
Untuk ditangguhkan tiada masa
Nak tunggu siapa ?

Kerbau ?
Biarlah dia berkubang di tengah bendang
Harimau ?
Dia masih menggilap misai
Mengasah taring dan kuku
Menunggu mangsa yang lalai
Ayam jantan ?
Biarlah dia berkokok di reban

Berhimpun sudah beruk dan kera
Semuanya ingin memulakan bicara

Beruk muda berkata
 “Siamang sudah gila”
Ibu kera menambah
 “Dia sudah hilang arah”
Beruk tua mencelah
 “Ketua kita sudah tukar aqidah”
Wakil ungka turut besuara
 “pengkhianat, mesti dihalau dari belantara”
Anak siamang kemuka idea
 “ berilah ia peluang kedua”

Selesai sudah acara
Semua bersurai harapan berbunga
Siamang sang ketua mesti dicari segera
Belantara ini pincang tanpanya

Sepuluh purnama berlalu sudah
Siamang tersayang masih tak pulang
beruk, kera, ungka dan monyet
Sepakat sebulat tekad 
keputusan dibuat

Biarlah kita mengalah
Sama-sama kita tinggalkan belantara
Ia sudah bukan milik kita
kita ikut Siamang meski ke manapun dibawa

Shai
7 Febuari 2020
Bukit Gading

Friday, 22 May 2020

solat jarak? Mohib Khauli

Betapa rasa sedih dan terkilan bila melihat keadaan solat jemaah di akhir zaman makin menyelahi ajaran Rasulullah صلى الله عليه وسلم..

Tak tahu lah atas dasar apakah boleh buat jarak di antara jemaah sehingga jadi begini rupa !

Sedangkan Rasulullah صلى الله عليه وسلم sangat tekan mengenai saf yang rapat dalam hadis yang sohih:

عن النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ قال: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:  (لَتُسَوُّنَّ صُفُوفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللَّهُ بَيْنَ وُجُوهِكُمْ). 
رواه البخاري. 

Daripada Annu'man bin Basyir berkata:
Sabda Rasulullah saw:
((Mestilah kamu betulkan saf (rapatkan saf) kamu atau pun Allah akan memalingkan muka kamu)). 

Hadis sohih Imam bukhari. 

Amaran Rasulullah صلى الله عليه وسلم dalam hadis ini sangat tegas dan mengerikan , sehingga imam ibnu Hajar Al-Asqalani berkata antara maksud amaran Rasulullah: 

هُوَ عَلَى حَقِيقَتِهِ وَالْمُرَادُ تَسْوِيَةُ الْوَجْهِ بِتَحْوِيلِ خَلْقِهِ عَنْ وَضْعِهِ بِجَعْلِهِ مَوْضِعَ الْقَفَا أَوْ نَحْوَ ذَلِكَ ، فَهُوَ نَظِيرُ مَا تَقَدَّمَ مِنَ الْوَعِيدِ فِيمَنْ رَفَعَ رَأْسَهُ قَبْلَ الْإِمَامِ أَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ رَأْسَهُ رَأْسَ حِمَارٍ..

Amaran Rasulullah memang ikut zahir hadis itu bahawa jika kamu tidak rapatkan saf maka Allah taal akan ubah kedudukan wajah itu terletak di bahagian belakang jasad, seperti mana amaran Allah swt akan tukar kepala orang yang angkat kepalanya dari sujud sebelum imam kepada kepala keldai . 

Imam An-Nawawi memberi tafsiran yang lain pula mengenai amaran baginda: 

قَالَ النَّوَوِيُّ : مَعْنَاهُ يُوقِعُ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ وَاخْتِلَافَ الْقُلُوبِ ،
Maksud Rasulullah:
Allah taala akan campakan antara kamu perasaan bermusuh musuhan dan kebencian dalam hati kamu jika tidak rapatkan saf.

Pencerahan Imam Nawai pun bersandarkan satu riwayat yang sohih di mana sabda Rasulullah :

"أو ليخالفن الله بين قلوبكم". 
Atau Allah akan jadikan hati dan perasaan kamu berpecah belah. 

Saya tak tahu apa yang akan berlaku pada solat kita di akhir zaman ini.. makin pelik dan makin lain dari apa yang Rasulullah saw bawa kepada kita... saya rasa sedih.. kenapa kita makin jauh dengan Sunnah Rasulullah dan perintahnya?! 

Saya teringat tangisan sahabat baginda Anas ibnu Malik رضي الله عنه apabila beliau datang ke bumi Busrah dan terkejut dengan keadaan umat Islam yang telah banyak menyelahi sunnah Rasulullah khususnya dalam Solat, sehingga Anas tidak dapat mengecam amalan Rasulullah dan sunnahnya..  kata Anas : 

"مَا أَعْرِفُ شَيْئًا مِمَّا كَانَ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ! قِيلَ له: الصَّلَاةُ ؟
قَالَ:  "أَلَيْسَ ضَيَّعْتُمْ مَا ضَيَّعْتُمْ فِيهَا" . 

"Aku tidak dapat melihat sebarang nilai Islam seperti mana yang ada di zaman Nabi Muhamad صلى الله عليه وسلم".

Mereka tanya Anas:
Solat kami bagaimana?!

Kata Anas: 
قَدْ جَعَلْتُمُ الظُّهْرَ عِنْدَ الْمَغْرِبِ أَفَتِلْكَ كَانَتْ صَلَاةُ رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - "
"Kamu telah lewatkan waktu zuhur sehingga masuk waktu maghrib, adakah itu solat Rasulullah ? ". 

أليس ضيعتم ما ضيعتم فيها؟؟! 
Bukankah dah banyak yang kamu telah hilangkan dalam solat?! 

Moga kita terus kita jaga solat jemaah dengan cara yang Rasulullah صلى الله عليه وسلم ajar kita dan mengikut amalan Sahabat baginda رضوان الله عليهم... 

Mohib Khouli Al-Besutie.
Besut - Terengganu.
29 Ramadhan.

Tuesday, 12 May 2020

puisi aidul Fitri cikgu Ramlan

AIDILFITRI KALI INI

Semoga telefon tidak berdering
di luar kekal hening

tetapi sendu apakah yang memijar
di dalam kalbu
tatkala dinasihatkan menutup lampu
dan mengunci pintu?

dan hina apakah yang meruap
di dalam jiwa
tatkala melihat cemas dan bimbang
duduk berdua di kerusi raya?

sementara pilu bergayutan di pintu
mengintai silaturahim berlalu

sabarlah nenda
jangan dibazirkan air mata
kita tidak menolak saudara
hanya agar nenek selesa
menemui atuk di alam sana

kami akan banyak berdoa
dan terus siaga

Saturday, 9 May 2020

kata emak -puisi cikgu Ramlan

Kata emak:

"Baju-baju arwah ayah sememangnya sudah berlipat-lipat
disusun bersama-sama seluar dan kain-kain pelekat
selebihnya baju-baju t lusuh tersidai di alang-alang dapur
bersama kain-kain basahan yang tidak selalu kering
sejak ayah kalian terdampar di ranjang tua
diulit derita

Kaluan bungkuskanlah yang masih boleh diguna
tinggalkan selebihnya untuk emak
buat mengelap air mata

Usah kalian cari beg pakaian
tiada yang kepunyaan ayah kalian
kerana dia tidak pernah meninggalkan bendang dan ladang
seperti kalian yang belajar ke segenap rantau
dan bermastautin di kota-kota mewah yang sukar disebut ayah
yang tentunya perlukan beg-beg besar bertanda penerbangan
dan bertulis nama bangsawan

Sedekahkanlah kepada sesiapa
semuanya pun adalah pemberian kalian pada setiap lebaran
ayah kalian tidak memakainya kerana tiada siapa untuk diperagakan
cukup dengan kemeja dan seluar hariannya berhari raya
ke bendang mencabut lalang dan menghalau mergastua
atau ke ladang sekangkang kera
membajak tanah kemarau yang rekah-rekah
sebelum ditenggelami bah

Jangan tinggalkan sehelai pun sebagai kenangan
kerana wajah ayah yang kalian kenal telah pudar bersama susah
urat-urat rindunya timbul disetiap lipatan usang
dan lekuk-lekuk di sekeliling matanya begitu dalam
menakung sendu yang disembunyikan

Namun dia telah meninggalkan ingatan untuk kalian
pada tubuh emak yang gersang ini...

Monday, 4 May 2020

WHO - penubuhannya

logo World Health Organization (WHO)..  sebuah pertubuhan yg kononnya menjaga perihal kesihatan manusia sedunia, tetapi mengapa ada ULAR yg meliuk lentuk dan membelit dalam logonya itu?

Dan TONGKAT beserta ular itu dikatakan ialah tongkat kepada Asclepius. mcm2 kisah dorang gebang..  tapi yg sebenarnya, TONGKAT & ULAR ialah simbolik SIHIR (kisah firaun, tukang sihir, Ular & Tongkat nabi musa a.s)

Sepertimana mereka menghina Nabi Musa a.s ketika perasmian London Olympic 2012.

Mereka yg sebenar2 jahat & dalang ni bersembunyi di sebalik badan2 Keamanan, Kesihatan, Pendidikan, Kebajikan, Perbankan (PBB, WHO, IMF, Rockefeller University,Rockefeller Cancer Institute, Rockefeller Foundation etc)

Sebab tu dorang nampak baik.... ramai otak dah kena sihir...

SEJARAH PENTING yang kita perlu tahu:

The UN’s WHO (World Health Organization) was established by the Rockefeller family’s foundation in 1948 – the year after the same Rockefeller cohort established the CIA.

Penyakit pelik2 seperti Kanser berleluasa selepas suntikan vaksin2 Rockefeller diwajibkan..   diharamkan medical cannabis.. disuruhnya buat kimoterapi..

mmg jahanammm...

Kanser adalah perniagaan yg amat menguntungkan..

Dengan izin Allah, satu persatu kejahatan Rockefeller Foundation dah terbongkar...

'Penyembah Sistem' hanya angguk taat walau ditipu hidup2..

sbb tu marah n kecam bila kita up pasal Medical Cannabis.

pastu suruh berterima kasih kat Rockefeller Foundation sbb bagi dana vaksin.

Sbb tu logo2 organisasi kat malaysia banyak ke arah sihir kabbalah.  seperti anjing firaun, ular, pyramid,singa firaun,Anubis..

Pereka2 logo terpaksa follow SOP acuan british.

Jelas?

#Mind_Control
#Sihir_Kabbalah

Kajian shiruto dr inagawa

 SHIRUTO dan KERTAS PENYELIDIKAN BE International hadirkan  Saintis Shiruto... Proffesor Inagawa  dlm "Meet The Expert" pada 20 Au...