Saturday, 20 June 2020

norma baharu sehingga...

Banyak negeri sudah melebihi 28 hari.
Walaupun dalam Islam  sesuatu kawasan adalah jarak dari masjid ke masjid seterusnya ( 1 mukim). Tetapi mereka mwnggunakan keseluhan negeri (negara) atau mungkin satu dunia.

Bermakna kita sebenarnya sedang berada dalam Zon Selamat tetapi sedang kononnya berukhsah. (Walaupun tiada rukhsah sabit yang sama pada zaman nabi dan sahabat hanya kerana kebimbangan wabak).

Itulah sebabnya kesemua mereka yang bersesak di pasar, komuter, kedai judi, dalam bas, restoran, gerai-gerai, kedai kopi dan sebagainya selamat. 

Namun apa yang masih dan telah dihadapi ialah, 
Ada yang tidak solat angkara susah mendapati tempat solat ketika mana mereka diluar rumah, bekerja atau bermusafir.

Ada yang tidak solat jumaat berbulan-bulan angkara tidak berpeluang dan dihalang.

Ada yang sudah tidak menjejaki masjid berbulan-bulan.

Ada yang solat berjarak macam Agama lain.
Dan bilangan mereka bukanlah sedikit, malah berjuta-juta orang dan mungkin berbillion. 

Semua ini adalah bagi melahirkan generasi baru 'New Norma'. Iaitu melahirkan suatu generasi manusia yang sudah sekian lama tidak ke masjid, tidak solat jumaat, tidak bersalaman, tiada pendidikan, usrah, kuliah, halaqah dan sebagainya.

Sehingga bila?
Sehingga negara mempunyai 0 kes selama lebih 28 hari dan apakah ia akan berjaya? 

Sedangkan penyakit TB dan kusta masih ada sejak berpuluh tahun dan membunuh lebh 2000 orang setahun atau purata 6 orang kematian sehari sehingga kini.
Begitu juga dengan taun, kolera, sars dan sebagainya.

Maksudnya,
Ia peluang yg mustahil untuk kita kembali kepada asal jika hanya beralasan kepada penyakit berjangkit (wabak) . 

Dan keadaan masjid akan terus begitu lah selama masih belum dibebaskan oleh mereka. Iaitu solat jemaah dalam keadaan haram, bid'ah dan tidak sempurna kerana sesuatu negeri itu sebenarnya bebas Pandemik tetapi hanya semata-mata terikat dengan arahan SOP pemerintah sahaja yang sedang bertembung dengan SOP Agama yang telah muhkam.

No comments:

Post a Comment

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...