Friday, 22 May 2020

solat jarak? Mohib Khauli

Betapa rasa sedih dan terkilan bila melihat keadaan solat jemaah di akhir zaman makin menyelahi ajaran Rasulullah صلى الله عليه وسلم..

Tak tahu lah atas dasar apakah boleh buat jarak di antara jemaah sehingga jadi begini rupa !

Sedangkan Rasulullah صلى الله عليه وسلم sangat tekan mengenai saf yang rapat dalam hadis yang sohih:

عن النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ قال: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:  (لَتُسَوُّنَّ صُفُوفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللَّهُ بَيْنَ وُجُوهِكُمْ). 
رواه البخاري. 

Daripada Annu'man bin Basyir berkata:
Sabda Rasulullah saw:
((Mestilah kamu betulkan saf (rapatkan saf) kamu atau pun Allah akan memalingkan muka kamu)). 

Hadis sohih Imam bukhari. 

Amaran Rasulullah صلى الله عليه وسلم dalam hadis ini sangat tegas dan mengerikan , sehingga imam ibnu Hajar Al-Asqalani berkata antara maksud amaran Rasulullah: 

هُوَ عَلَى حَقِيقَتِهِ وَالْمُرَادُ تَسْوِيَةُ الْوَجْهِ بِتَحْوِيلِ خَلْقِهِ عَنْ وَضْعِهِ بِجَعْلِهِ مَوْضِعَ الْقَفَا أَوْ نَحْوَ ذَلِكَ ، فَهُوَ نَظِيرُ مَا تَقَدَّمَ مِنَ الْوَعِيدِ فِيمَنْ رَفَعَ رَأْسَهُ قَبْلَ الْإِمَامِ أَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ رَأْسَهُ رَأْسَ حِمَارٍ..

Amaran Rasulullah memang ikut zahir hadis itu bahawa jika kamu tidak rapatkan saf maka Allah taal akan ubah kedudukan wajah itu terletak di bahagian belakang jasad, seperti mana amaran Allah swt akan tukar kepala orang yang angkat kepalanya dari sujud sebelum imam kepada kepala keldai . 

Imam An-Nawawi memberi tafsiran yang lain pula mengenai amaran baginda: 

قَالَ النَّوَوِيُّ : مَعْنَاهُ يُوقِعُ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ وَاخْتِلَافَ الْقُلُوبِ ،
Maksud Rasulullah:
Allah taala akan campakan antara kamu perasaan bermusuh musuhan dan kebencian dalam hati kamu jika tidak rapatkan saf.

Pencerahan Imam Nawai pun bersandarkan satu riwayat yang sohih di mana sabda Rasulullah :

"أو ليخالفن الله بين قلوبكم". 
Atau Allah akan jadikan hati dan perasaan kamu berpecah belah. 

Saya tak tahu apa yang akan berlaku pada solat kita di akhir zaman ini.. makin pelik dan makin lain dari apa yang Rasulullah saw bawa kepada kita... saya rasa sedih.. kenapa kita makin jauh dengan Sunnah Rasulullah dan perintahnya?! 

Saya teringat tangisan sahabat baginda Anas ibnu Malik رضي الله عنه apabila beliau datang ke bumi Busrah dan terkejut dengan keadaan umat Islam yang telah banyak menyelahi sunnah Rasulullah khususnya dalam Solat, sehingga Anas tidak dapat mengecam amalan Rasulullah dan sunnahnya..  kata Anas : 

"مَا أَعْرِفُ شَيْئًا مِمَّا كَانَ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ! قِيلَ له: الصَّلَاةُ ؟
قَالَ:  "أَلَيْسَ ضَيَّعْتُمْ مَا ضَيَّعْتُمْ فِيهَا" . 

"Aku tidak dapat melihat sebarang nilai Islam seperti mana yang ada di zaman Nabi Muhamad صلى الله عليه وسلم".

Mereka tanya Anas:
Solat kami bagaimana?!

Kata Anas: 
قَدْ جَعَلْتُمُ الظُّهْرَ عِنْدَ الْمَغْرِبِ أَفَتِلْكَ كَانَتْ صَلَاةُ رَسُولِ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - "
"Kamu telah lewatkan waktu zuhur sehingga masuk waktu maghrib, adakah itu solat Rasulullah ? ". 

أليس ضيعتم ما ضيعتم فيها؟؟! 
Bukankah dah banyak yang kamu telah hilangkan dalam solat?! 

Moga kita terus kita jaga solat jemaah dengan cara yang Rasulullah صلى الله عليه وسلم ajar kita dan mengikut amalan Sahabat baginda رضوان الله عليهم... 

Mohib Khouli Al-Besutie.
Besut - Terengganu.
29 Ramadhan.

No comments:

Post a Comment

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...