Projek Black Ops Tentera Salib Di Malaysia, Peranan Dr Zulkifli al Bakri Sebagai Pemudahcara
Sebelum ini, Wahabileaks telah mendedahkan bagaimana sebuah dokumen projek untuk dekonstruksi (meruntuhkan) pegangan Mazhab Shafie diperingkat persekutuan melibatkan perancangan sebuah pertubuhan Undang-Undang Kristian tempatan untuk melibatkan Dr Mohd Asri Zainol Abidin (Mufti Perlis), Dr Zulkifli al Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan pada waktu itu) dan kumpulan G25 (Liberal Pencen, Anti Hadis/Quranist Pencen). KLIK.
Kali ini Wahabileaks akan mendedahkan bagaimana Dr Zulkifli al Bakri berperanan dalam projek dekonstruksi Mazhab Shafie tersebut. Jangan terkejut kerana ia melibatkan beberapa Projek Black Ops Tentera Salib ke atas perundangan syariah di Malaysia. Kami dedahkan satu dahulu dari yang banyak.
ORGANISASI TENTERA SALIB YANG TERLIBAT?
Penggerak/Perancang Black Ops ini ialah Sovereign Military Order of Malta (SMOM). Sebuah organisasi Kesatria Perang Salib yang ditubuhkan pada 1048 masihi. SMOM ini merupakan salah satu dari organinasi Kesatria Perang Salib yang masih wujud sehingga ke hari ini. Mereka wujud sezaman dan sama peranan dengan Knights Of Templar dan Knights of St John. Cuma kewujudan mereka pada zaman modern ini diselindungi dengan faćade kerja-kerja kemanusiaan. Disebalik kerja-kerja kemanusiaan, mereka menjalankan kerja-kerja ‘perang salib’ melalui pelbagai kaedah dan cara di serata dunia terutamanya dunia Islam.
SMOM yang terlibat dengan projek kali ini merupakan SMOM cawangan Australia (SMOM-AUS).
COMMON INTEREST TENTERA SALIB & GERAKAN WAHABI
Pihak Tentera Salib Kristian dan Kumpulan Wahabi Malaysia mempunyai common interest yang sama. Mereka anti Mazhab Shafie. Mereka bergerak dalam kapasiti masing-masing menjalankan dekonstruksi mazhab ini secara halus dan melalui pelbagai cara. Infiltrasi kumpulan Wahabi ke peringkat Persekutuan membolehkan kerja-kerja ini dijalankan dengan lebih lancar.
Sebagaimana gerakan Wahabi berperanan meruntuhkan Khilafah Uthmaniyyah dengan kerjasama perisikan British dan kumpulan-kumpulan Orde Rahsia dunia satu ketika dulu, kerjasama erat ini masih diteruskan mereka di Malaysia.
Salah satu cara halus yang dijalankan di Malaysia ialah melalui kaedah strategic litigation (litigasi-tindakan undang-undang strategik) bagi melumpuhkan Islam-ASWJ satu persatu.
APA PROJEK TENTERA SALIB DI MALAYSIA?
Tujuan projek ini ialah untuk mengesan kelompangan undang-undang syariah yang wujud di Malaysia untuk dimanipulasi bagi kepentingan agenda Kristian pada masa depan. Fakta projek black ops sebagaimana berikut.
- Digerakkan Sovereign Military Order of Malta Australia (SMOM-AUS) pada 2012.
- SMOM-AUS menghantar agen wanita berusia 42 tahun bernama RXXX BXXXX OXXX (RBO).
- RBO seorang wanita berpewatakan menarik berasal dari Denmark.
- RBO diberikan geran tugasan bernilai € 100,000.
- Goda sasaran lelaki Muslim yang telah dikenalpasti Tentera Salib SMOM-AUS, Agen SMOM#747P.
- Pastikan bersekedudukan dengan sasaran tersebut sehingga melahirkan anak.
- Selepas lahirkan anak, Nikah dengan pasangan lelaki tersebut tanpa memeluk Islam.
- Kembali ke Malaysia, untuk daftarkan perkahwinan dan kelahiran anak.
Tentera Salib SMOM-AUS menegaskan RBO tidak perlu memeluk Islam semasa berkahwin bagi membuka jalan berlakunya perkahwinan antara pasangan Kristian dan Islam. Pemerhatian mereka, pada 14 Mei 1980 Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa pernikahan orang Islam dengan perempuan Kitabiah (Bukan Asli) adalah tidak sah dan wajib dibatalkan.
Jadi, satu percubaan strategik perlu dibuat untuk mencipta duluan (precedent) secara undang-undang untuk membolehkan perkahwinan seumpama ini dapat dibenarkan . Semua usaha ini tidak akan berhasil kecuali pasukan Tentera Salib tersebut mendapat bantuan pihak Islam yang mempunyai common interest dengan mereka.
Ini kerana hanya dengan bantuan Gerakan Wahabi yang memegang jawatan strategik di Pusat perkara ini boleh dicapai.
SIAPA WAHABI DI PUSAT YANG MEMBUKA RUANG PROJEK TENTERA SALIB INI DAPAT DIJAYAKAN?
Dato’ Dr Zulkifli Mohamad al Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.
PERANAN BEKAS MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN, DR ZULKIFLI AL BAKRI
AKTA 505, AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993 BAHAGIAN III – PERLANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA DAN JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK, Seksyen 39 (1) mewajibkan mana-mana Mufti yang dilantik dalam mengeluarkan apa-apa fatwa, mestilah mengikut pandangan-pandangan yang diterima (qaul muktamad) Mazhab Syafie.
Dalam Seksyen 39 (1)
Seksyen 39. Nas-nas yang hendaklah diikuti.
Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 34, atau memperakukan apa-apa pendapat di bawah seksyen 38, Mufti hendaklah pada lazimnya mengikut pandangan-pandangan diterima (qaul muktamad) Mazhab Syafie.
Projek Black Ops Tentera Salib SMOM ini, memerlukan seseorang dengan otoriti jelas di Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, untuk membuat satu keputusan membelakangkan sebarang qaul muktamad Mazhab Shafie. Di sini, peranan Dr Zulkifli al Bakri dalam membantu agenda ini mencapai tujuan mereka.
FAKTA KES
RBO & pasangan muslimnya (JAWS), bernikah di Hotel BXXXXXXX SXXXX, Melbourne, Australia pada 9 Oktober 2013. Mereka kemudian mendaftarkan perkahwinan mereka di Kuala Lumpur. Untuk membolehkan projek ini berjaya, mereka mesti memastikan sebarang bentuk rujukan kepada nas dari Mazhab Shafie tidak digunapakai.
Pasangan ini berjaya mendapat pengesahan dua badan syariah negara :
- Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, melalui perintah Hakim, TUAN UMAMUDDIN BIN YUNUS, pada 11 Januari 2014 (No Rujukan 14002-010-0368-2014) yang menyatakan perkahwinan mereka yang berlangsung di Australia adalah SAH DI SISI HUKUM SYARAK WALAUPUN RBO TIDAK MEMELUK AGAMA ISLAM.
- Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui pengesahan dari PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN, DATO’ DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL BAKRI, pada 17 Julai 2014. (Ruj. No. Daftar 2014-03605 No.0113813)
WAHABI MELULUSKAN PERKAHWINAN ANTARA SEORANG KRISTIAN (AGEN TENTERA SALIB SMOM) DAN LELAKI ISLAM
Tidak perlu hairan dengan kelulusan perkahwinan online, Menteri Agama ini turut pernah meluluskan perkahwinan antara seorang lelaki Islam dan perempuan Kristian (agen Tentera Salib SMOM) bagi tujuan membuka floodgate kes serupa didaftarkan dan dibenarkan di Malaysia.
JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN), JAKIM SEBAGAI PENYELAMAT KEROSAKAN YANG DIBUAT Dr. Zulkifli Mohamad al Bakri.

Pasangan RBO dan JAWS, mahu dokumen tersebut mencatatkan agama RBO sebagai Kitabiyyah (Kristian Ahli Kitab) dan bukan Islam. Perkara ini segera mendapat perhatian pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang prihatin dan amanah dengan tugasannya.
Pihak JPN, kemudiannya menghubungi pihak JAKIM untuk mendapatkan pandangan dan nasihat. Setelah jelas bahawa permohonan pasangan tersebut bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke 10 yang bersidang pada 29 April 1975 yang membincangkan Pernikahan Dengan Perempuan Kitabiah, maka JPN menolak permohonan tersebut.
MERAWAT KEROSAKAN YANG DIBUAT Dr. Zulkifli Mohamad al Bakri
Satu mesyuarat tergempar bagi menyelesaikan kemelut yang ditimbulkan melalui tindakan Dato’ Dr Zulkifli Mohamad al Bakri & Projek Black Ops Tentera Salib SMOM-AUS ini, telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tingkat 13, Jabatan Pendaftaran Negara pada 26 Februari 2015 jam 9:30 pagi.
Mesyuarat melibatkan kehadiran pegawai-pegawai Jabatan Perdana Menteri seperti JPN, JAKIM, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Hasil keputusan Mesyuarat seperti berikut :
- Perintah & Pengesahan Mufti adalah terbatal kerana bertentangan dengan Mazhab Syafie seperti yang termaktub dalam Akta 505 Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993, Bahagian III, Seksyen 29 yang menetapkan “Mufti hendaklah pada lazimnya mengikut pandangan-pandangan diterima (qaul muktamad) Mazhab Syafie,”
- Mesyuarat mengesyorkan agar keputusan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur dan JAWI yang mengesahkan perkahwinan tersebut dibatalkan melalui perintah penghakiman yang lain.
- Perkahwinan pasangan tersebut juga dibubarkan.
- Atas dasar kepentingan awam, RBO diberikan hak penjagaan ke atas anak mereka KNBS.
“This should be seen as a victory for the Church since the Federal Constitution is not regulated to conform to a specific Islamic denomination or school of thought.
It gives ample room for SMOM to manipulate this legal loophole. The terms “Sunni” and “Shafie” simply do not exist in the Sharia legal framework. It would be unconstitutional to specify “Islam” in the Constitution as the “Sunni Shafiie” denomination as it violates the basic structure of the laws of the land.
The marriage between Christian RUNA and Muslim JXXXX for example, was valid according to the Hanafi and Maliki schools of thought – both belong to the Sunni camp…
…This success of ours in disarming the Malaysian Sharia court gives us a glimpse of hope that one day our children will be able to celebrate diversity by having a Muslim father and a Christian mother.”
(JXXX disensor oleh kami, penegasan dengan ayat yang dihitamkan, oleh kami, dari dokumen asal laporan Projek SMOM)
APA KATA KAMI ‘ORANG DALAM’ TENTANG OPERASI BLACK OPS INI?
Black Ops dari Tentera Salib SMOM ini tidak akan menjadi kenyataan jika tidak wujud pihak-pihak dari dalam yang melakukan sabotaj dalaman.
Pembersihan semua Agensi Pusat dan Negeri dari semua bentuk elemen WAHABI harus digerakkan segera.
Dato’ Dr Zulkifli Mohamad al Bakri harus meletakkan jawatan atau dipecat dari jawatan Menteri Agama. Kedudukannya dengan jawatan yang menjaga pelbagai agensi agama di Pusat dan tindakannya membiarkan gerakan Wahabi menguasai pelbagai agensi secara berleluasa adalah merupakan ancaman kepada kedudukan Islam-ASWJ di Malaysia.
Semua yang pernah berperanan sebagai kuda trojan projek Tentera Salib ini, harus dipecat!
Sebagaimana mereka meruntuhkan Khilafah Islam Uthmaniyyah dengan bekerjasama dengan Badan Perisikan British, perkara yang hampir sama mereka sedang jalankan di Malaysia.
Lebih banyak perkara akan kami dedahkan…. jika perlu…
Sekian buat masa ini dari ‘KAMI ORANG DALAM’
No comments:
Post a Comment