Saturday, 11 February 2017

Suami dan isteri

*SUAMI OH SUAMI*

Di sebuah pasaraya seorang
suami bertengkar dengan
isterinya dan menyuruh
isterinya pergi masuk ke
dalam pasaraya sementara
dia duduk di bangku tidak
ikut sama.

Ia diperhatikan oleh seorang
pakcik yang dalam umur
60'an. Pakcik itu menghampiri suami tadi sambil bertanya:

Apa masaalah ni nak marah2
pada isteri, maaf pakcik
bertanya.

Takade apa pakcik. Isteri saya
ni ajak masuk dalam pasaraya
ikut dia cari2 barang. Saya
malas la pakcik letih dan
bosan la dengan perangai
orang perempuan ni.

Pakcik tu tersenyum sambil berkata:

Nak, pakcik dulu dengan isteri pakcik pregi kemana2 berdua.
Tapi isteri pakcik baru 5 bulan meninggal. Kami lebih kurang sebaya. Kami guru. Bila
bersara kami ke Mekah
bersama. Kami tinggal berdua
di rumah sebab anak2 kami
6 orang semua dah kahwin
tinggal di rumah masing2.
Isteri pakcik malangnya
mengidap kencing manis
dan darah tinggi. Tiap2 hari
kena makan ubat.
Dia selalu tak berapa cergas
dan pakcik la yang
menjaganya. Kini dia telah
tiada pakcik terasa amat keseorangan. Siang pakcik
rasa terlalu panjang dan
malam terlalu sunyi. Tiap2
satu benda kepunyaan arwah
mengingatkan pakcik pada
nya. Sebak dan sedih melihat
ubat2 yang masih belum dimakannya. Ada nombor handphone dia tapi pakcik
tau dia tidak akan jawab
panggilan pakcik dan
message whatsapp
kepadanya pun dia takkan
baca dulu pakcik tidur dikatil disebelah bahagian sebab
dia ada disebelah...tapi
sekarang pakcik tidur sorang2
di tengah2 katil...bila ke dapur
sekarang pakcik sorang2 buat sarapan tiada dia lagi menyediakannya...tiada lagi
kami ke surau bersama,
bayangkan nak..kami punyai seorang satu kereta sekarang
kereta dia kaku tak bergerak
cuma sesekali pakcik pandu

oleh itu nak sementara isteri
anak masih ada hargai la
dia dan sayangi la dia.
Kita hidup sementara di
dunia ini...pakcik hari2 ke pusaranya dan pakcik selalu berkata di pusaranya.

*Kau pegi la dulu abang akan*
*ikut kemudian.*

Maaf pakcik balik dulu.

Si suami terpegun terus
bangun masuk ke pasaraya mencari isterinya.

Saturday, 31 December 2016

Mesir roschild

STRATEGI ROTHSCHILD MENGUASAI MESIR

Menguasai Mesir bermaksud menguasai hampir separuh pemikiran umat Islam dunia. Walaupun 300 tahun dahulu Mesir bukan negara rujukan ulama dunia, tetapi kini fatwa Al-Azhar dirujuk hampir satu billion umat Islam dan menjadi pegangan pemikir politik yang pro-Islam atau Islam Sekular.

Dajjal tahu akan hal ini dan agennya (Rothschild) sentiasa berusaha merealisasikan konspirasi  bagi menguasai seluruh umat Islam. 

(Gambar) Pemimpin-pemimpin Mesir Freemason di salah satu kuil mereka di Kaherah, Mesir era 1940-an.

Potret di kuil freemason tersebut ialah gambar King Farouk.

=============================================================

PERMULAAN KEJATUHAN MESIR

Tahun kritikan kejatuhan Mesir adalah pada era 1860-an ketika Mesir dibawah pemerintahan Ismail Pasha. Memandangkan Ismail sangat berkeinginan melihat negaranya maju seperti negara2 Eropah lain (ditambah dgn beliau sendiri yg berpendidikan Eropah), maka kesempatan ini diambil Rothschild melalui agen2nya yg berada di Mesir.

Projek pembinaan Terusan Suez pemerintahan dinasti Ali Pasha dijalankan oleh jurutera Perancis, Ferdinand de Lesseps. Kos projek ini meningkat berjuta2 pound setiap tahun akibat peperangan.

Pada 1862, agen Rothchild di Mesir, Herman Oppenheim telah membantu Said
Pasha mendapatkan pinjaman kewangan daripada bank Eropah. Said Pasha memerlukan pinjaman tersebut bagi meneruskan pembinaan Terusan Suez.

Kemudian pada 1864, Herman sekali lagi menguruskan pinjaman kewangan untuk kerajaan Mesir sebanyak 5,700,000 pound. Jumlah yg diberikan kepada Mesir hanya 4,660,000 pound sahaja yg mana bunga bank telah ditolak awal-awal lagi. Sebagai cagaran kepada pinjaman besar itu, Ismail Pasha bersetuju menyerahkan hasil maksum tiga kawasan dagangan di Mesir.

Setahun selepas itu, Ismail Pasha membuat pula ''pinjaman peribadi'' (Personal Loan) di Anglo-Egyptian Bank sebanyak 3,387,000.
Tetapi jumlah tunai yang diterima hanyalah  2,750,000 setelah ditolak bunga bank. Separuh dari pinjaman ini digunakan untuk membeli hartanah dan separuh darinya utk membeli kilang memproses gula.

Pada 1866, kerajaan Mesir membuat beberapa pinjaman besar dari  Messr Fruhling & Goschen bagi menanggung projek mega Mesir iaitu pembinaan landasan keretapi.  Dalam pinjaman ini juga, Mesir hanya menerima 2,640,000 daripada perjanjian asal sebanyak 3,000,000 pound.

Pada 1867, Ismail Pasha membuat lagi pinjaman peribadi daripada Imperial Ottoman Bank milik Perancis sebanyak 2,080,000 dalam usaha membeli lebih banyak kawasan tanaman tebu untuk perniagaan gulanya.
Tetapi Ismail hanya diberikan 1,700,000 pound secara tunai,
Pinjaman peribadi dibuat lagi oleh beliau pada 1870 dengan kadar 7,143,000.

Pinjaman terus-menerus saban tahun yang dilakukan pemerintah Mesir telah mengakibatkan hutang negara meningkat dengan mendadak sedangkan pendapatan negara tidak seberapa.  Pemeritah Mesir ketika itu tidak mahir ilmu perbankan kewangan, mereka tidak faham cara berniaga Yahudi-Freemason  bidang perbankan. Formula ekonomi Yahudi Rothschild ialah  meningkatnya hutang kerajaan terhadap bank maka meningkatlah kadar ''penguasaan hartanah'' negara Mesir.

Kemudian pada 1868, kerajaan Mesir membuat lagi pinjaman sebanyak 11,890,000  dengan kadar bunga yang sangat tinggi. Jumlah tunai yang diterima ke dalam akaun hanyalah 7,195,000 sahaja. Pinjaman  besar ini menggunakan khidmat Herman.

Pada 11 Jun 1873, kerajaan Mesir telah membuat pinjaman paling  besar sepanjang pemerintahannya iaitu 32 juta pound dengan kadar bunga tahunan yang paling tidak munasabah iaitu 20 peratus setahun.

Kita amat hairan mengapa hutang dibuat hampir setiap tahun? Adakah kerajaan Mesir tidak sedar bahawa pendapatan Mesir tidak mampu melangsaikan semua hutang tersebut dalam masa singkat? Dan mengapa pula bank-bank Rothschild terus-menerus meluluskan pinjaman sedangkan mereka tahun Mesir tidak mempunyai pendapatan yang banyak untuk  membayar balik?

Ismail Pasha juga menggunakan  wang tersebut untuk menampung kos hidup mewahnya seperti pengubahsuaian istana beliau dan barang-barang mewah.

Dalam hal membuat pinjaman yg banyak ini, Ismail tidak melihat hasil maksum tahunan negara. Beliau seronok menghabiskan wang dgn usaha pemodenan yg boleh memberikan publisiti kepada pemerintahannya. 

============================================================

PELUANG ROTHSCHILD

Rothschild melihat ini satu peluang untuk menguasai Mesir  kerana setiap pinjaman mesti disertakan cagaran hartanah atau organisasi perniagaan. Kerajaan Mesir tidak sedar, kebanyakan tanah-tanah utama kawasan industri telah banyak dicagarkan kepada Rothschild maka disebabkan itu Rothschild terus-menerus memberi pinjaman jutaan pound setiap tahun.

Rothschild tidak mengharapkan bayaran balik tetapi mahu memegang geran tanah negara agar boleh mencengkam ekonomi Mesir ratusan tahun akan datang. Sekiranya didapati harga tanah sesuatu negara  sangat mahal maka Rothschild akan menurunkan nilai hartanah tersebut dengan cara mencetuskan peperangan.

Tidak akan ada pelabur yang akan membuka perniagaan dikawasan yang sentiasa berperang. Apabila tanah tersebut telah dibeli hakmilik daripada pemerintah, Rothschild dengan pantas akan mengarahkan  agen2nya menghentikan peperangan dgn serta merta (mereka mampu menghentikannya serta merta kerana mereka sendiri yg mencetuskannya)

=========================================================================================================================

TERUSAN SUEZ  MENJADI MILIK ROTHSCHILD

Pendapatan cukai melalui sistem pinjaman Muqabala dan Ruznameh masih tidak mencukupi utk kerajaan Mesir membayar hutang-hutang Rothschild.
Oleh itu, Ismail Pasha telah membuat keputusan menjual saham-saham dalam Terusan Suez-nya. Hebahan ini dibuat kepada pelabur-pelabur British dan Perancis.

Selepas hebahan jualan saham dibuat, Rothschild London mengarahkan agennya, Benjamin Disraeli (Perdana Menteri Britain ketika itu) membuat belian. Disraeli membeli saham Terusan Suez agar British mempunyai kepentingan dalam terusan tersebut. Dalam masa yg sama, kerajaan British juga  tidak mempunyai cukup modal bagi membeli saham Suez.

Oleh itu, Disraeli secara rahsia mengarahkan kementerian kewangan Britain membuat pinjaman kepada bank Rothschild sebanyak 4 juta pound tanpa melalui kelulusan anli-ahli parlimen.

Rothschild berjaya memiliki Terusan Suez dengan memperkudakan kerajaan Britain melalui agen-agennya dalam kabinet Britain. Apabila Suez diperolehi maka pedagang2 akan menggunakan laluan tersebut sebagai jalan pintas ke Asia, maka ini boleh menjana pendapatan kepada pemegang2 saham Suez yg mengutipnya melalui tol terusan.

=========================================================================================================================

KERAJAAN MESIR BANKRAP PADA 1875

Detik kebankrapan Mesir ialah apabila kerajaan British berjaya menguasai saham harta terbesar Mesir iaitu Terusan Suez.

Ismail sebagai pemerintah telah tertekan dengan keadaan ini namun membiarkan sahaja suruhanjaya memanipulasi perbendaharaan negara.

Hanya seorang yg menentang suruhanjaya ini iaitu Ismail Sadik, Menteri Kewangan Mesir.

Malangya, Ismail telah ditemui mati lemas secara misteri di Sungai Nil dan dipercayai angkara orang-orang suruhanjaya dan Rothschild.

Apa yang hebatnya tentang perancangan Rothschild ini ialah pada Oktober 1875, tahun yg sama juga, kerajaan khalifah Turki Utmaniyah telah diisytiharkan bankrap dari sebab yg sama iaitu ketidakmampuan membayar hutang bank Rothschild.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=724979187551386&set=t.1045998845&type=3&theater

=========================================================================================================================

RAKYAT MESIR MENDERITA MENANGGUNG HUTANG KERAJAAN

Ismail Pasha bersetuju menyerahkan hak hartanah negara Mesir kepada Rothschild dan ini memberikan kejayaan kepada bank-bank Yahudi-Freemason. Pada 28 Ogos 1878 secara rasminya suruhanjaya mengisytiharkan sebuah kabinet Mesir baru yang dianggotai oleh agen-agen Rothschild.

Antara 1870-an hingga 1898, ia merupakan tempoh kerajaan Mesir hidup di dalam pentadbiran yg defisit, iaitu hutang negara melebihi pendapatan negara. Kerajaan Mesir telah menanggung hutang yg sangat tinggi dgn bank-bank Yahud-Freemason di Kaherah. Bank-bank ini pula bijak mengumpan kelemahan pemimpin kerajaan Mesir yg tidak bijak membelanjakan wang rakyat, tambahan pemimpin-pemimpin Mesir kebanyakannya adalah ahli Freemason

Untuk membayar hutang yg bergunung ini, kerajaan Mesir melakukan beberapa langkah drastik yg sangat kejam iaitu menghentikan pembayaran gaji pekerja sektor awam pada 1877 dan meningkatkan cukai-cukai tanah ladang.

Rakyat Mesir juga dipaksa membayar cukai yg tinggi melebihi kemampuan pendapatan mereka. Tekanan ke atas rakyat dibuat kerana setiap tahun  ''interest'' pinjaman kerajaan di bank-bank milik Rothschild meningkat.

Salah satu cara yg dibuat kerajaan Mesir ialah meningkat cukai tanah 6 kali ganda kepada semua pemilik tanah seluruh Mesir. Sistem cukai tanah yang luar biasa ini digelar sebagai 'muqabala' dan ''ruznameh''.

Charles River Wilson (Freemason) telah dilantik sebagai presiden bagi suruhanjaya khas menguruskan  kewangan Mesir. 

=========================================================================================================================

PENUBUHAN BANK NEGARA PALSU

Pada 1898 tertubuhlah sebuah bank agen Rothschild yang diberi nama Bank Negara Mesir (National Bank Of Egypt). 

Istilah ''Bank Negara'' bukanlah bermaksud ia milik penuh kerajaan Mesir yg dipilih rakyat, ia sebenarnya tetap sebuah bank persendirian tetapi rakyat Mesir ditipu dengan istilah ''Bank Negara''

Rothschild memilih perkataan Bank Negara untuk memanipulasi pemikiran rakyat. Jika dinamakan Bank Of Rothschild , sudah tentu ia akan menerima  tentangan kerana bunyi nama tersebut tidak berkepentingan rakyat.a

Maka Rothschild memberi nama ''Bank Negara'' untuk menutup mata rakyat  dan istilah ''Bank Negara'' diguna pakai di semua negara dunia (termasuk Malaysia) yang pada hakikatnya bukan milik kerajaan atau lebih jelas lagi, bukan milik rakyat.

Rothschild mengarahkan Cassel menubuhkan NBE supaya dapat menukar sistem wang Mesir daripada penggunaan syiling emas kepada wang kertas. Tujuan penggunaan wang kertas  (Tad Lumpkin, seorang pengarah filem animasi menggelarkannya wang kertas tandas) ialah memudahkan Rothschild mengawal inflasi, ekonomi dan dagangan saham seluruh dunia. Dengan wang kertas juga, Rothschild boleh mengawal nilai mata wang sesebuah negara mengikut kemahuannya.

Pada 3 April 1899, Bank Negara Mesir telah mengumumkan penggunaan wang kertas kepada seluruh rakyat Mesir.. Wang syiling emas tidak lagi digunakan, ianya boleh disimpan dibank atau digadaikan utk mengambil nilainya. Ia adalah tarikh keramat Mesir jatuh ke dalam kemiskinan.

=========================================================================================================================

ROTHSCHILD MENYEBARKAN PINJAMAN BANK

Apabila seluruh rakyat Mesir telah mengguna-pakai wang kertas maka bank-bank mula melakukan bisnes kotor iaitu menawarkan pinjaman dgn faedah kpd org2 awam, persatuan, peniaga2 kecil serta badan-badan kerajaan.

Dengan berlakunya lambakan situasi tersebut maka timbullah isu baru dalam dunia perundagan Islam Mesir berkaitan riba bank, dan sebagainya. Banyak perdebatan berlaku dikalangan ulama dan terdapat banyak pandangan  dalam isu tersebut.

Bagi memastikan orang2 Islam Mesir mengambil dan mengguna pakai pinjaman riba ini, agen-agen Rothschild di pentadbiran kerajaan Mesir mula memilih ulama-ulama sekular yg cenderung ke arah pemikiran barat dan boleh dipergunakan untuk kepentingan bank.

Jadi, ulama manakah yg boleh bersetuju dgn riba ini kerana ia jelas haram?? Untuk memastikan perancangan berjalan rapi, Rothschild melalui agen-agennya di Mesir sudah pun mempunyai stok ulama khusus dalam hal ini. Maka Rothschild memilih ulama2 Al-Azhar  yang menyertai organisasi Freemason di Mesir. Ketika itu, ada tiga ulama terkenal yg menyertai Freemason iaitu Jamaluddin Al-Afghani, Muhammad Abduh dan Muhammad Rashid Rida.

=========================================================================================================================

FATWA  ULAMA FREEMASON MENGHALALKAN RIBA

Ulama pertama yg dipercayai mengeluarkan fatwa Riba menghalalkan riba bank atas keadaan-keadaan tertentu ialah Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Rashid Rida. Fatwa itu dikeluarkan pada 1904.

Kesan dari fatwa yg tidak bertanggungjawab itu, maka ramailah ulama2 kontemporari dari seluruh dunia Islam terpengaruh, tambahan pula pada waktu tersebut, dunia Islam dilanda pengaruh Kaum Muda yang mempunyai ciri-ciri fahaman Wahabi di seluruh dunia.

Ia adalah saat yang menggemparkan ulama-ulama Islam dari seluruh dunia. Ia seolah-olah satu pertembungan pendapat antara golongan ulama muda yg ekstrem menagih pembangunan sosial dengan ulama pondok yg sudah berpengalaman dengan taktik Freemason.

Ulama seluruh dunia tahu bahawa fatwa tersebut adalah  ''berat'' dan terselindung pelbagai helah kerana Sheikh Muhammad Abduh dan gurunya, Sheikh Jamaluddin Al-Afghani (kelahiran Iran) adalah ahli Freemason di Kaherah yang bersekongkol dengan Illuminati.

Malah Khalifah Uthmaniyah ketika itu, Sultan Abdul Hamid menggelarkan Sheikh Jamaluddin Al-Afghani sebagai ''pelawak'' di dalam buku log baginda. Gelaran ''penghinaan' itu diberikan berikutan baginda telahpun mengetahui bahawa Jamaluddin adalah perisik British dan sedang berkomplot menjatuhkannya dengan cara menaikkan pemimpin boneka Rothshild di Mekah iaitu Sherif Hussain.

Sebenarnya, perlantikan Muhammad Abduh sebagai Mufti Mesir adalah hasil dari pengaruh Lord Cromer. Pada 1898, ketika Rothschild menubuhkan Bank Negara Mesir, pada masa yang sama juga Majlis Ulamak Al-Azhar telah mengumumkan fatwa sistem perbankan riba yg diamalkan oleh bank-bank di Mesir adalah haram.
Kenyataan rasmi fatwa ini berlawanan dgn kaedah perniagaan Rothschild, maka bagi mengkaburi umat Islam dan melawan fatwa ini, Lord Cromer dengan kuasanya telah melantik sahabatnya Muhammad Abduh sebagai Mufti Mesir. 
pada 1899, Muhammad Abduh secara rasminya mengumumkan bahawa sistem perbankan riba adalah HALAL.

Dalam majalah Al-Manar keluaran gerakan Wahabi Salafi Mesir, Muhammad Abduh menyebut,

''Riba sememangnya tidak halal dalam semua hal, manakala Pejabat Pos melabur wang yg diambil daripada orang rama melalui deposit, sedangkan wang itu tidak dikira sebagai pinjaman kepada pihak pos.
Ia boleh jadi sebagai wang pelaburan seumpama syarat-syarat bagi suatu perkongsian dalam qirad.''

(Majalah Al-Manar, Vol.VI, bab18, ms 717)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fatwa riba sebagai halal diteruskan lagi penggunaannya  oleh Mufti Mesir selepas itu  iaitu Shiekh Muhammad Rasyid Rida, juga seorang Wahabi Salafi dan anak murid kepada Muhammad Abduh. Perlantikan Rasyid Rida seorang warga Syria sebagai Mufti juga sudah tentu di atas restu British kerana beliau membawa fahaman fatwa yg sama. Tambahan pula, Rashid Rida bersama Muhammad Abduh dan Jamaluddin juga merupakan ahli Freemason yang berpangkat di Kaherah.

Ketiga-tiga ulama Freemason ini juga giat melancarkan fahaman menentang ulama-ulama tasawuf dan amalan-amalan tareqat yang diamalkan oleh ulama=ulama berkenaan

* (Malangnya, di dalam buku teks Sejarah Tingkatan 2, nama Jamaluddin Al Afghani dan Shiekh Muhammad Abduh ditulis sebagai pemimpin pembaharuan rakyat Mesir, sedangkan kedua-duanya adalah tali barut British-Freemason)

============================================================================================================================================

SEJARAH MELINDUNGI RAHSIA INDIVIDU-INDIVIDU TERTENTU

Sejarah mencatatkan Shiekh Muhammad Abduh dan gurunya melalui gerakan Islam mengajak umat Islam Mesir menentang penjajahan British tetapi dalam masa yang sama, beliau menyertai Freemason Kaherah dan mengeluarkan fatwa menghalalkan riba bank sedangkan beliau sendiri mengetahui ketika itu bank-bank Rothschild sudah mula membuka cawangan di Mesir.

Sehingga kini Mesir mempunyai lebih 400 cawangan bank milik Rothschild. Adakah kedua-duanya benar2 menentang British atau  ''diarah'  untuk berlakon menentang British??

Adakah sejarah menipu kita atau ahli sejarah sendiri tidak pandai membaca fakta?

============================================================================================================================================

MUFTI AL AZHAR DIPERMAINKAN ROTHSCHILD

Rothschild amat teliti dalam urusan fatwa ini. Rothschild memilih menguasai Mesir satu ketika dahulu melalui pembelian saham Terusan Suez supaya negara Mesir dapat dikuasai.

Apabila pimpinan kerajaan Mesir dikuasai, secara automatisnya autoriti melantik mufti,  jawatankuasa ulama dan proses menggubal perlembagaan negara juga dikuasai.

Rothschild memerlukan satu perkataan sahaja yang keluar dari Mufti Al-Azhar iaitu HALAL.  Selepas itu, seluruh jiwa dan raga rakyat  Islam seluruh dunia akan berjaya dicengkam.
Mengapa mesti Mufti Al-Azhar? Ianya kerana seluruh umat Islam  dunia lebih tertumpu kepada pandangan para ulama Al-Azhar.
Menguasai Mufti Al-Azhar bermaksud menguasai fatwa umat Islam seluruh dunia.

======================================================================

MAJLIS FATWA ROTHSCHILD

Majlis Fatwa Mesir sendiri iaitu Darul Iftaa adalah majlis propaganda yg dibina sendiri oleh Rothschild. Darul Iftaa dibina untuk melawan fatwa ulama Al-Azhar lain yg bersifat bebas.

Majlis Fatwa ini diwujudkan bagi memporak-perandakan pegangan pendapat umat Islam.

Kemudian Rothschild telah mewujudkan 3 lagi majlis fatwa di Mesir. Menurut Abdel Rahman, kewujudan tiga majlis fatwa ini telah mengelirukan sekian lama umat Islam Mesir.

============================================================================================================================================

''ULAMA-ULAMA SYAITAN''  BERFATWA TENTANG FAEDAH BANK

JIka golongan ulama sebegini berani memutar beli ayat al-Quran dan melabelkan yang haram kepada harus maka masyarakat awam juga wajar melabelkan ulama sebegini  ''Ulama Syaitan''. 

Ulamak tersohor, Imam Habib Abdullah Haddad menyebut dalam kitabnya An-Nashaih Ad-Diniyyah Wal Washaaya al-Imaniyah;

''Mereka (orang alim) gemar membuka pintu ta'wil dan menunjukkan kpd org awam cara2 mudah utk menentukan sesuatu hukum agama, sehingga terbukalah jalan utk membelit atau menipu...'''

''Orang alim yg bersikap seperti ini  ialah syaitan yg durjana, pengingkar dan penentang Allah dan RasulNya. Sebenarnya ia telah dilantk oleh Syaitan untuk menjadi wakilnya di dunia, agar ia biasa menabur fitnah dajjal dan menunjuk kepada kesesatan dan kekeliruan...''

=====================================================================

Riba bank khususnya atas 'pinjaman' adalah satu kaedah Rothschild bagi memufliskan sesebuah negara. Negara yg dahagakan permodenan kemudahan asas terpaksa membayar kepada syarikat2 kejuruteraan luar.

Memandakangkan kos upah yg tinggi maka syarikat2 kejuruteraan akan mencadangkan bank-bank kroni mereka utk memudahkan kerajaan membuat pinjaman, maka berhutanglah sesebuah negara sehingga akhirat tanpa kesudahan bayaran.

Malangnya, ulama kontemporari sekarang menganggap wang kertas adalah satu aspek lain dalam penentuan hukum riba perbankan. Ulama ini terpesona dgn ''zauq'' istilah ''prinsip darurah'' yg berlegar2 dalam ''riba-al nasiah''.   Mereka juga mengelak daripada membincangkan isu berkenaan penggunaan wang kertas.

p/s:  Kisah ini ada banyak persamaan dengan sejarah Malaysia yg sebenarnya ditadbir oleh Freemason.

#be_prepared

-Ibn Yacob

Tuesday, 14 June 2016

Solat Tarawih

* Jumlah Raka'at Shalat Tarawih Berjamaah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam Dan Para Sahabat *

(1). Dari Abu Salamah bin ‘Abdirrahman, dia mengabarkan bahwa dia pernah bertanya pada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha : "Bagaimana shalat malam Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam di bulan Ramadhan ?". ‘Aisyah berkata  :

مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَزِيدُ فِى رَمَضَانَ وَلاَ فِى غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً

"Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah menambah jumlah raka’at dalam shalat malam di bulan Ramadhan dan tidak pula dalam shalat lainnya lebih dari 11 raka’at" (HR. Bukhari no. 1147 dan Muslim no. 738)

(2). Dari Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata :

"Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah shalat bersama kami di bulan Ramadhan sebanyak 8 raka’at lalu beliau berwitir. Pada malam berikutnya, kami pun berkumpul di masjid sambil berharap beliau akan keluar. Kami terus menantikan beliau di situ hingga datang waktu fajar. Kemudian kami menemui beliau dan bertanya : "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami menunggumu tadi malam, dengan harapan engkau akan shalat bersama kami". Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab : "Sesungguhnya aku khawatir kalau akhirnya shalat tersebut menjadi wajib bagimu" (HR.Ibnu Hibban no.920, ath-Thabrani dalam ash-Shaghir hal 108, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu an-Nashr dalam Qiyam al-lail hal 90, derajat hadits ini dianggap hasan di Kitab Shalat at-Tarawih hal 18 oleh Imam al-Albani dan Syaikh Ali Hasan dan Syaikh Salim bin 'Ied al-Hilali di Kitab Sifat Puasa Nabi).

(3). Pengakuan Nabi tentang 8 raka’at dan 3 witir.

Ubay bin Ka’ab datang kepada Rasulullah, lalu berkata : ”Ya Rasulullah, ada sesuatu yang saya kerjakan tadi malam (Ramadhan). Beliau bertanya : ”Apa itu, wahai Ubay?” Ia menjawab : ”Para wanita di rumahku berkata : "Sesungguhnya kami ini tidak membaca al-Qur’an. Bagaimana kalau kami shalat dengan shalatmu ?". Ia berkata : ”Maka saya shalat dengan mereka 8 raka’at dan witir. Maka hal itu menjadi sunnah yang diridhai. Beliau tidak mengatakan apa-apa” (HR. Abu Ya’laa, ath-Thabrani dan Ibnu an-Nashr, hadits dihasankan oleh Imam al-Haitsami, al-Albani dll, lihat Kitab Shalat At-Tarawih hal 68)

(4). Dari as-Saa-ib bin Yazid radhiyallahu 'anhu, ia berkata : 

"Umar bin Khaththab memerintahkan Ubay bin Ka'ab dan Tamim ad-Daari untuk mengimami kaum muslimin dengan 11 raka'at. Dia berkata : "Dan imam membaca surat-surat panjang, sampai-sampai kami berpegangan pada tongkat karena lamanya berdiri dan kami baru selesai shalat ketika menjelang terbit fajar" (HR.Malik I/115, lihat Fathul Bari IV/250-254, Shalat at-Tarawih hal 11, Al-Majmu’ IV/34 dll)

Imam as-Suyuthi dan Imam as-Subkhi menilai bahwa hadits ini sangat shahih. Syaikh Al Albani juga menilai bahwa hadits ini shahih sekali.

(5). Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu 'anhu, beliau berkata :

كَانَ صَلاَةُ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – ثَلاَثَ عَشْرَةَ رَكْعَةً . يَعْنِى بِاللَّيْلِ

“Shalat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam di malam hari adalah 13 raka’at” (HR. Bukhari no. 1138 dan Muslim no. 764).

Sebagian ulama mengatakan bahwa shalat malam yang dilakukan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah 11 raka’at. Adapun dua raka’at lainnya adalah dua raka’at ringan yang dikerjakan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai pembuka melaksanakan shalat malam, sebagaimana hal ini dikatakan oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari IV/123.

Derajat hadits shalat tarawih berjamaah yang lain :

(1). Shalat Tarawih yang 23 raka'at, dari Yazid bin Ruman (HR.Malik I/115), sanadnya munqothi' (terputus) karena Yazid bin Ruman tidak pernah bertemu dengan Umar atau tidak sezaman dengannya sehingga sanad hadits ini terputus dan ia masuk ke dalam bagian hadits dho'iif.

- Kemudian riwayat di atas juga bertentangan dengan riwayat yang shahih, yaitu dari as-Saa-ib bin Yazid di atas (no.4).

- Dan as-Saa-ib bin Yazid adalah seseorang yang bertemu dan sezaman dengan Umar bin Khaththab sehingga sanad hadits ini muttashil (bersambung).

(2). Shalat Tarawih yang 21 raka'at, dari Ishaq bin Ibrahim bin 'Ubbad ad-Dabari (HR.Abdurrazzaq).

- Cacatnya adalah ia mendengar ketika berumur 7 tahun, ia perawi hadits yang tidak shahih haditsnya, banyak meriwayatkan hadits-hadits mungkar, sebagian ahli ilmu telah mengumpulkan kesalahan-kesalahannya dan tashhif-tashhifnya dalam Mushannaf Abdurrazzaq (lihat Mizanul I'tidal 1/181 oleh Imam adz-Dzahabi).

- Hadits ini termasuk tashhifnya, dia mentashhifkan (mengganti) dari 11 raka'at menjadi 21 raka'at (lihat Tahdzibut Tahdzib VI/310 oleh al-Hafizh Ibnu Hajar al-Asqalani).

(3). Shalat Tarawih yang 20 raka'at, dari Ibnu Abbas (HR.Ibnu Abi Syaibah, ath-Thabrani dan al-Baihaqi).

- Cacatnya adalah di rawi yang bernama Ibrahim bin Utsman Abu Syaibah.

Penilaian para ulama tentangnya :

Imam Ahmad, Abu Dawud, Muslim, Yahya, Zaila'i, al-Baihaqi, al-Haitsami, Abu Hatim, ash-Shan'ani, ad-Daruquthni, Ibnu Hajar dll telah berkata : "Dia itu dha'if (lemah)."
Ibnu Ma'in : "Ia sama sekali tidak bisa dipercaya".
Imam as-Suyuthi : "Dha'iif Jiddan" (lemah sekali).
Imam at-Tirmidzi : "Munkarul hadits".
Imam an-Nasaa'i : "Matrukul hadits" (yaitu perawinya dituduh pendusta).
Imam adz-Dzahabi : "Seseorang yang dianggap berdusta oleh orang seperti Syu'bah, tidak perlu ditoleh lagi haditsnya".
Imam al-Albani : "Maudhu'

(lihat di Kitab Irwaa-ul Ghaliil II/191-193, Mizaanul I'tidaal I/47,48, Tahdzibut Tahdzib I/144, 145, Al-Jarh wat Ta'dil II/115 dll).

Ibnu Hajar al-Haitsamiy rahimahullah berkata :

“Tidak ada satu hadits shahih pun yang menjelaskan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melaksanakan shalat tarawih 20 raka’at. Adapun hadits yang mengatakan “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa melaksanakan shalat (tarawih) 20 raka’at”, ini adalah hadits yang sangat-sangat lemah” (Al-Mawsu’ah al-Fiqhiyyah al-Quwaitiyyah II/9635).

Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah berkata :

“Adapun yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dari hadits Ibnu ‘Abbas bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam shalat di bulan Ramadhan 20 raka’at ditambah witir, sanad hadits itu adalah dha’iif. Hadits ‘Aisyah yang mengatakan bahwa shalat Nabi tidak lebih dari 11 raka’at juga bertentangan dengan hadits Ibnu Abi Syaibah ini. Padahal ‘Aisyah sendiri lebih mengetahui seluk-beluk kehidupan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pada waktu malam daripada yang lainnya, wallahu a’lam” (Fathul Bari VI/295)

Maka yang shahih dari jumlah raka’at shalat tarawih yang dikerjakan dengan berjamaah, yang dianjurkan dan diamalkan adalah tidak lebih dari 11 atau 13 raka’at. Inilah yang dipilih oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabatnya sebagaimana disebutkan dalam hadits-hadits di atas.

Seandainya ada ulama yang berkata bahwa shalat tarawih yang jumlahnya 23 raka'at juga shahih riwayatnya, maka ketahuilah bahwa jumlah 11 raka'at itu lebih baik dan lebih kuat pendalilannya serta telah disepakati keshahihan haditsnya oleh para ulama.

Imam Malik rahimahullah berkata :

"Yang saya pilih untuk diri saya dalam qiyam Ramadhan ialah shalat yang diperintahkan oleh Umar yaitu 11 raka’at, yaitu (cara) shalat Nabi. Adapun 11 adalah dekat dengan 13" (Al-Hawadits hal 141).

PERHATIAN :

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah memberi batasan jumlah total raka'at pada shalat malam. Memang beliau pernah mengerjakan maksimal 13 raka'at, tetapi ketika beliau ditanya bagaimana cara shalat malam ? Maka beliau tidak memberi batasan jumlah tetapi justru menjawab : "Shalat malam itu 2 raka'at-2 raka'at. Apabila seorang di antara kalian khawatir tiba waktu shubuh, hendaklah ia shalat 1 raka'at sebagai penutup sholat" (HR.Bukhari 1137 dan Muslim 749, hadits dari Ibnu Umar).

Dari hadits inilah jumhur (mayoritas) para ulama mengatakan bahwa sholat malam itu jumlah raka'atnya tidak ada batasannya.

Tetapi untuk shalat tarawih memang tidak pernah lebih dari 11 raka'at ketika dikerjakan dengan berjamaah. Makanya shalat tarawih berjamaah kita pun 11 raka'at, tetapi untuk pengerjaan shalat malam dengan sendirian, maka bebas raka'atnya berdasarkan riwayat diatas dan juga pendapat mayoritas ulama dahulu dan sekarang.

* Dan pelaksanaannya dengan 2 raka'at salam *

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

(1). “Shalat (sunnah) malam (selain witir) itu dua raka’at dua raka’at. Jika salah seorang diantara kalian khawatir tiba waktu shubuh, hendaklah ia shalat 1 raka’at sebagai penutup shalat” (HR. Bukhari 1137 dan Muslim 749, hadits dari Ibnu Umar).

(2). “Shalat (sunnah) malam (selain witir) dan siang itu dua raka’at-dua raka’at” (HR.Bukhari 990 dan Muslim 749, hadits dari Ibnu Umar).

(3). Dari Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu, ia berkata :

"Bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah shalat tahajjud 6 raka'at, setiap 2 raka'at beliau salam, kemudian beliau shalat witir 3 raka'at" (HR. Muslim II/182).

(4). Dari Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu, ia berkata :

".....maka beliau (mulai) shalat 2 raka'at, lalu 2 raka'at, lalu 2 raka'at, lalu 2 raka'at, terus 2 raka'at, kemudian 2 raka'at, kemudian beliau witir 1 raka'at...." (HR. Bukhari I/53 dan Muslim II/179).

(5). Dari Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu, ia berkata :

"Bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melakukan shalat 2 raka'at, kemudian 2 raka'at, kemudian 2 raka'at, kemudian 2 raka'at, kemudian witir. Selanjutnya beliau berbaring hingga datang muadzin, lalu beliau shalat lagi 2 raka'at yang ringan, kemudian keluar dan shalat shubuh" (HR. Bukhari 731 dan Muslim 781).

(6). Dari Zaid bin Khalid al-Juhani radhiyallahu 'anhu, ia berkata :

“Sesungguhnya aku pernah melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melakukan shalat malam, maka beliau memulai dengan shalat 2 raka'at yang ringan, lalu beliau shalat 2 raka'at dengan bacaan yang panjang sekali, lalu shalat 2 raka'at dengan bacaan yang lebih pendek dari raka'at sebelumnya, lalu shalat 2 raka'at dengan bacaan yang lebih pendek dari raka'at sebelumnya, lalu shalat 2 raka'at dengan bacaan yang lebih pendek dari raka'at sebelumnya, lalu shalat 2 raka'at dengan bacaan yang lebih pendek dari raka'at sebelumnya, lalu beliau shalat witir 1 raka'at, maka semuanya menjadi 13 raka'at” (HR. Muslim II/183).

(7). Dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha, ia berkata :

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah melakukan shalat malam antara shalat Isya’ (orang-orang menyebutnya shalat Atamah) hingga fajar sebanyak 11 rakaat. Beliau melakukan salam setiap 2 raka'at dan berwitir dengan satu raka'at” (HR. Bukhari dan Muslim)

- Adapun yang berpendapat bolehnya shalat malam atau tarawih dengan cara 4 raka'at dan 1 x salam berdasarkan riwayat hadits dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha, ia berkata :

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah menambah bilangan pada bulan Ramadhan dan tidak pula pada bulan selain Ramadhan dari 11 raka'at. Beliau shalat 4 raka'at, jangan engkau tanya tentang bagus dan panjangnya, kemudian beliau shalat 4 raka'at, jangan engkau tanya tentang bagus dan panjangnya, kemudian beliau shalat witir 3 raka'at” (HR. Bukhari 3569 dan Muslim 738).

Penjelasan :

Dari hadits-hadits (no.1 s/d 7) dapat dijadikan sebagai pokok pengambilan dalil bahwa shalat sunnah itu setiap 2 raka'at salam, baik shalat sunnah di waktu siang ataupun malam (kecuali witir) berdasarkan perkataan dan perbuatan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam diatas.

Apabila ada riwayat bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam shalat 8 raka'at atau 6 raka'at maka dapatlah dipahami bahwa pelaksanaannya dengan cara setiap 2 raka'at salam, karena riwayat itu hanya ingin menerangkan tentang "JUMLAH" dan bukan "CARANYA".

Ketika 'Aisyah radhiyallahu 'anha menyebutkan 4 raka'at pada hadits diatas maka maksudnya adalah jumlahnya dan bukan caranya. Karena ternyata hampir seluruh riwayat hadits dari berbagai sahabat telah menjelaskan tentang cara shalat malam Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam yaitu dengan cara 2 raka'at salam.

Maka dari itu, syaikh al-'Utsaimin rahimahullah pun menjelaskan :

"Pada masing-masing 4 raka'at, beliau salam setelah 2 raka'at" (Asy-Syarhul Mumti' IV/66).

Dan ini juga merupakan pendapat jumhur (mayoritas) ulama.

�� Ust. Najmi Umar Bakkar

Thursday, 12 February 2015

Tok guru nik aziz

Jika belum mengenali siapa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sebenarnya, bolehlah ambil masa untuk membaca kisah dan biodata beliau myang agak menarik ini. Semoga menjadi manfaat buat kita semua.

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah :
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan :
Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh :
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.

Wednesday, 8 October 2014

Haji Tahun 1953

25 Amazing Photos from Hajj 1953

Catch a glimpse of how it was like to perform Hajj in 1953. Though this was only just over 60 years ago, a lot has changed mainly due to the increase in the number of pilgrims going to perform Hajj.
arriving by ferry at jeddah port
Many pilgrims would travel to Makkah via a ferry or a ship, in those days commercial air travel was still in its early stages and it was not as widely available as it is today.
arriving by plane to hajj
For those who could afford it, they would embark on their journey on board small planes from nearby countries.
bus for hajjis
Like today, coaches and buses would be used to transport pilgrims from place to place.
only moslems
Muslims are only allowed to enter the places to perform Hajj.
makkah
Homes and hotels can be seen outside of the sacred mosque’s perimeter. Much of these historical buildings have had to be demolished to make way for the mosque’s expansion.
Makkah street
A busy street in Makkah. An Ottoman style minaret can be seen.
masjid haram entrance
One of the entrances to the Masjid Al Haram.
haram
Worshippers outside the Mosque’s entrance.
masjid haram
The Ka’ba and the Mataf area. There was no other floors back them.
kaba mataf
A close up view of the Ka’ba.
kaba door
Worshippers also were able to enter the Ka’ba.
tawaf
Performing Tawaf was easier as it was not as crowded as it is today.
market
Markets and stalls near the Masjid Al Haram
market 2
shisha
female pilgrim pallenquin
Horse and carriage were used as a means of transport.
choosing animal
Pilgrims were able to choose the animals they wanted for Udhiyyah/Qurbani.
animals
Pilgrims would keep their livestock with them during their Hajj.
donkey
Donkeys were used to transport carcasses of sacrificial animals.
cooking at mina
In Mina, food would be cooked using fire and stove.
pilgrims pray
Pilgrims pray near their camels.
arafah
Tents can be seen pitched in Arafah next to mount Arafah.
jamarah
The Jamarat used to be small pillars which would be stoned symbolising stoning of the devil.
shaving hair
A pilgrim has his hair shaved.
coke
Pilgrims keep themselves cool by drinking ice cold fizzy drinks.

Wednesday, 1 January 2014

Perjalanan

Negeri di bawah bayu
Beg dicapai
lalu dimasukkan keperluan untuk dipakai
lapan orang bilangan ramai
bersedia untuk ke destinasi

bertemankan renyai-renyai gerimis
kenderaan pelbagai guna selamat tiba
langkah diatur ke kabin
disambut oleh makhluk berpakaian merah

Anak-anak keriangan
melalui indah pengalaman
seindah menghijau pepohon
lautan luas nun
bersih putih mengarak awan

Doa kami padaMu Ilahi
agar selamat di ketinggian ini
tanpa sayap yang dimiliki
namun ni'mat yang sangat besar
kami kecapi.

Sunday, 22 December 2013

Keretaku


1992 - Mazda
Kereta pertama yang pernah aku miliki,
Warnanya biru gelap dan nombor pendaftaran bermula dengan EJB.
Sejarah pembeliannya, setelah berunding dengan tuan asalnya, harganya ditetapkan lebih kurang empat ribu
Waktu pagi bolehlah kubawa pergi ulang alik ke sekolah,
jarak ke sekolah tidak jauh hanya dari rumah guru ke bangunan sekolah sahaja, masih dalam kawasan sekolah je.
Sebelah petang pula kubawa jalan-jalan ke pekan untuk mengisi perut yang kelaparan.
Hujung minggu pula, kubawa ronda-ronda ke tempat peranginan yang terdekat
Sekali sekala ku bawa musafir ke Kota Kinabalu yang agak jauh dengan pelbagai tujuan.






1995 Proton Wira
Bila mula berkhidmat, dah dapat gaji bulanan, apa lagi terus tangkap kereta baharu sebuah, masa tu tidak ada pinjaman cara Islam oleh pihak perbankan, tanya punya tanya ada sebuah bank di Kota Kinabalu, itu pun semua urusan akan dirujuk kepada Kuala Lumpur.

Akhirnya  segala urusan surat menyurat selesai diuruskan dengan lancar, dapatlah  merasa naik kereta baharu dengan sistem perbankan tanpa faedah.



 1997





 2008








 2015



2018- 2020 masih pakai hingga sekarang










Monday, 16 December 2013

Aku Anak Kampung

1968
  • Aku dilahirkan di Kampung Panjang, Banggu, Kota Bharu, Kelantan.
  • Ayah dan ibu tidak mempunyai pekerjaan tetap dan mereka membuat keputusan untuk berhijrah ke Sungai,tong, Setiu, Terengganu.
  • Pada mulanya mereka bekerja sebagai penoreh getah, itu pun sebagai pekerja kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh majikan berbangsa China.
  • Dengan sedikit modal yang dikumpulkan, mereka akhirnya mampu memiliki sebidang tanah untuk diusahakan sendiri.
  • Tenaga dan keringat dikerahkan untuk memajukan tanah tersebut, tanaman getah dijadikan teras utamanya di samping tanaman jangka pendek juga mereka usahakan.
  • Tempoh tujuh tahun menunggu hasil getah untuk dipungut agak lama, tetapi tanaman jangka pendek dapat juga membantu pendapatan harian untuk mengharungi lautan kehidupan yang penuh dengan gelora.
  • Nenas yang disemai akhirnya mengeluarkan putik yang semakin masak untuk dijual dan ia menjadi idaman setiap pembeli yang melalui jalan utama dari Kuala Lumpur ke pantai timur semasa pulang bercuti ke kampung halaman masing-masing.
  • Ruang yang ada di atas sebidang tanah itu juga diisi dengan tanaman cempedak. Buahnya yang manis dan enak meninggalkan nostalgia yang tidak dapat dilupakan oleh setiap pembeli sehinggakan ada pembeli yang singgah berulang kali kerana yakin dengan nilai yang mereka perolehi.

PCR: Tinggal usang

 TINGGAL USANG bukan tidak pernah digelar pegawai diraikan di gerbang ruai    kini segelung rawai di pantai landai tanpa Avecenia dan Rhizop...