Monday, 16 December 2013

Aku Anak Kampung

1968
  • Aku dilahirkan di Kampung Panjang, Banggu, Kota Bharu, Kelantan.
  • Ayah dan ibu tidak mempunyai pekerjaan tetap dan mereka membuat keputusan untuk berhijrah ke Sungai,tong, Setiu, Terengganu.
  • Pada mulanya mereka bekerja sebagai penoreh getah, itu pun sebagai pekerja kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh majikan berbangsa China.
  • Dengan sedikit modal yang dikumpulkan, mereka akhirnya mampu memiliki sebidang tanah untuk diusahakan sendiri.
  • Tenaga dan keringat dikerahkan untuk memajukan tanah tersebut, tanaman getah dijadikan teras utamanya di samping tanaman jangka pendek juga mereka usahakan.
  • Tempoh tujuh tahun menunggu hasil getah untuk dipungut agak lama, tetapi tanaman jangka pendek dapat juga membantu pendapatan harian untuk mengharungi lautan kehidupan yang penuh dengan gelora.
  • Nenas yang disemai akhirnya mengeluarkan putik yang semakin masak untuk dijual dan ia menjadi idaman setiap pembeli yang melalui jalan utama dari Kuala Lumpur ke pantai timur semasa pulang bercuti ke kampung halaman masing-masing.
  • Ruang yang ada di atas sebidang tanah itu juga diisi dengan tanaman cempedak. Buahnya yang manis dan enak meninggalkan nostalgia yang tidak dapat dilupakan oleh setiap pembeli sehinggakan ada pembeli yang singgah berulang kali kerana yakin dengan nilai yang mereka perolehi.

No comments:

Post a Comment

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...