Sunday, 21 September 2025

Surah yunus: ayat 5-6

 💎𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐒.𝐖.𝐓 𝐃𝐢 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐞, 𝐏𝐞𝐫𝐞𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐭𝐚𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐃𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 & 𝐒𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐃𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐚𝐧𝐠.💎


𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙆𝙝𝙖𝙢𝙞𝙨 18/09/2025 / 25 𝙍. 𝘼𝙬𝙖𝙡 1447𝙃 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙔𝙪𝙣𝙪𝙨 (04) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [05-06]


F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨: https://youtu.be/_ZFd7vZHuls?si=SBoBYLdgZkhj3Xao 


🌷𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:

1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Yunus dengan ayat 05 dan ayat 06 dalam juzuk kesebelas.


2. Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan bahawa kuasa Allah S.W.T di Universe, alam semesta yang terbentang luas ini seluruhnya. 

Allah yang mentadbir & menyusun atur semuanya tanpa pernah penat atau lelah.


3. Lihatlah kepada matahari dan bulan yang cerah bersinar, serta peredarannya yang tidak pernah clash atau bertembung, berjalan dan berputar di atas paksi & orbit masing-masing. 


4. Juga silih bergantinya perjalanan malam dan siang, tidak pernah rehat atau cuti, teratur dan tersusun sepanjang tahun. 


*Ayat ini untuk mengisbatkan kekuasaan Allah s.w.t di alam ini- jangan kamu sombong & tak reti bahasa; menikmati ciptaan Allah tetapi tetap syirik & menyembah selain dari-Nya.


5. Munasabah dengan ayat sebelumnya:


i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan tentang ketetapan Ketuanan Allah (Rububiyyah) bahawa Pencipta, Pemilik & Pentadbir alam ini adalah Allah.


 Serta tauhid Ketuhanan bahawa hanya Allah sahaja yang layak & berhak disembah, dipuji & tempat meminta pertolongan!


ii- maka datang ayat ini Allah bawa dalil-dalil kekuasaan-Nya dalam ciptaan Allah dalam makhluk di ufuk (langit).


 Betapa bulan bintang matahari, pertukaran siang malam; semua itu menunjukkan satu kekuasaan & penciptaan yang amat agung!


 Orang yang tengok & tak nampaknya adalah mereka yang buta mata hati! 


أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ 


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓- {𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐭𝐚𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐢𝐧𝐚𝐫-𝐬𝐢𝐧𝐚𝐫 (𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐛𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠) 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐜𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐚𝐩-𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐢𝐭𝐮 (𝐛𝐞𝐫𝐩𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡-𝐫𝐚𝐧𝐝𝐚𝐡) 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭-𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐞𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠-𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠) 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐢𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐚. 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐟𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫. 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐲𝐚𝐭-𝐚𝐲𝐚𝐭𝐍𝐲𝐚 (𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚-𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚) 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐤𝐚𝐮𝐦 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐡𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 (𝐡𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚).} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟓)


1. Kata ulama'- ayat ini & ayat 12 surah Isra’ menuntut manusia untuk belajar ilmu astronomi. 


Supaya kita dapat memahami betapa hebatnya kekuasaan Allah s.w.t dalam ciptaan-Nya dengan apa yang ada di langit lalu ambil iktibar dan pengajaran agar kita jangan sombong dan ingkar.


2. Allah-lah yang mencipta dua makhluk yang besar iaitu matahari & bulan dengan pelbagai faedah & hikmah yang banyak:


i- 𝐦𝐚𝐭𝐚𝐡𝐚𝐫𝐢 yang 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐢𝐧𝐚𝐫-𝐬𝐢𝐧𝐚𝐫 dengan 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐛𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠- yang memberi cahaya & haba untuk kegunaan manusia. 


Betapa dengan panas matahari tumbuh pokok-pokok & masak buah-buahan, kering benda-benda yang basah, menjana tenaga solar dan pelbagai kegunaan yang banyak lagi. 


Kita kena manfaatkan semua nikmat & kurnia yang Allah beri ini. 


Sama seperti air hujan yang Allah hantar turun dari langit- kita tidak guna & manfaatkan nikmat Allah ini sebaiknya.


ii- 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐜𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚- iaitu cahaya yang sejuk dan lembut sebagai pedoman kepada manusia pada waktu malam dan menjadi sumber hitungan hari ikut taqwim hijrah (lunar calendar).


3. Kita orang yang beriman kena cari hikmah disebalik segala kejadian ciptaan Allah ini untuk ambil iktibar & menambahkan keimanan!


 Jangan sama seperti orang tidak beriman yang hanya melihat semua nikmat Allah tanpa memberi faedah iman dan apa-apa kesan.


4. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah:

{Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran bintang, dan menjadikan padanya matahari serta bulan yang menerangi.} (Al-Furqaan 25:61)


4. Allah juga telah tentukan perjalanan bulan & matahari pada tempat atau landasannya masing-masing. 


i- Bulan itu perjalanannya mempunyai 28 stesen- manazil {مَنَازِلَ}, setiap stesen itu di atas buruj dan ada 12 buruj di langit. 


Pada setiap malam ia akan berjalan dan berhenti pada setiap stesennya itu- serta pada 2 malam terakhir tak nampak jika bulan itu genap 30 hari. 


Jika tidak selepas 28 atau 29 hari akan lahir anak bulan baru. 

Berakhirnya 1 bulan itu apabila lengkap satu pusingannya.


ii- matahari itu pula berjalan atas paksi & orbitnya tersendiri pula- pusingan perjalanannya adalah selama 12 bulan atau setahun.

 Ia berjalan ikut orbitnya tanpa terpesong, dari timur ke barat sehingga tibalah hari Kiamat- iaitu ia tukar arah perjalanannya – muncul dari barat pula dengan arahan Allah s.w.t!


5. Ke mana matahari pergi?


 Hadis riwayat Abu Zar r.a:

Bahawa pada suatu hari Nabi s.a.w bersabda: 

Tahukah kamu ke mana matahari pergi? 

Para sahabat menjawab Allah dan Rasul-Nya lebih tahu. 

Rasulullah s.a.w bersabda lagi: 

Matahari berjalan hingga berakhir sampai ke tempat menetapnya di bawah Arasy, lalu menjatuhkan diri bersujud. 

Dia (matahari) terus dalam keadaan begitu hingga difirmankan kepadanya: Naiklah, kembalilah dari mana engkau datang. 

Matahari pun kembali, sehingga di waktu pagi terbit lagi dari tempat terbitnya. 

Kemudian berjalan, hingga berakhir pada tempat menetapnya di bawah Arasy, lalu bersujud dan tetap dalam keadaan begitu, sampai difirmankan kepadanya:

Naiklah, kembalilah dari mana engkau datang. Matahari kembali, sehingga di waktu pagi muncul dari tempat terbitnya. 

Kemudian ia kembali berjalan tanpa sedikit pun manusia menyedarinya, hingga berakhir pada tempat menetapnya itu di bawah Arasy, lalu difirmankan kepadanya:

Naiklah, terbitlah dari Barat. 

Maka pagi berikutnya, matahari terbit dari sebelah Barat. 


Rasulullah s.a.w melanjutkan: Tahukah kamu bila itu terjadi? Itu terjadi saat: 

“Tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu atau ia belum mengusahakan kebaikan dalam masa imannya”. (Sahih Muslim No.228) 


*Iaitu saatnya berlaku Kiamat lalu matahari terbit dari barat~ hari Kiamat itu diketahui tetapi hari tanpa tarikh-  Dr Abu Anas Madani ~.


6. Sebagaimana firman Allah s.w.t:

{Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;} (Yaa Siin 36:38) 


{Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.} (Yaa Siin 36:39) 


*Allah buat perbandingan yang dikenali oleh orang Arab pada waktu itu.


{(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.} (Yaa Siin 36:40)


7. Untuk apakah Allah cipta peredaran matahari dan bulan yang sentiasa tepat dan benar di atas paksi & orbit perjalanannya ini? Iaitu 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐤ita manusia 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐢𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐚 malam & siang, bulan & tahun. 


 Itulah objektifnya kita seperti manfaat dari bilangan hari itu kerja dunia & Akhirat.


8. Nota: Jika segala sesuatu yang Allah jadikan itu tetap ada guna dan faedahnya; maka kejadian manusia oleh Allah yang tersusun dari jasmani, akal nurani & roh Rabbaninya- maka apalah gunanya jika hidup & matinya adalah sama kejadiannya seperti makhluk lain yang tidak berakal!


 Faedah apa jika manusia & lembu sama! 

Kita ada akal & tanggung-jawab maka pilihlah yang ada pahala & bawa kebaikan!


9. Yakni Allah mengajak manusia merenung kepada penciptaan langit yang luas, dengan galaksi, bintang, matahari, bulan, awan, hujan, petir.


 Ini adalah satu hikmah yang beza untuk menunjukkan keagungan & kekuasaan Allah yang amat besar untuk yang tadabbur dan tafakkur!


 Ciptaan Allah semua berhikmah, tidak mungkin Allah cipta semua ini dengan sia-sia & tanpa faedah.


10. Firman Allah s.w.t:

{Dan (ingatlah) tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, secara main-main.}(Al-Anbiyaa' 21:16)


11. Allah nyatakan semua hujjah & dalil-dalilnya yang jelas supaya kita dapat tadabbur & berfikir akan kekuasaan Allah mentadbir & menyusun semua ini! 


Kesan kebaikan yang Allah cipta dan buat ini semuanya untuk kegunaan & kebaikan makhluk-Nya. 


12. Allah tidak berhajat untuk semua itu- Allah cipta makhluk ini untuk faedah makhluk juga!


 Jika kita manusia kita buat untuk kita guna sendiri- tetapi Allah tidak begitu kerana Dia tidak berhajat kepada makhluk. 


Semua perkara di bawah kuasa Allah s.w.t & pentadbiran-Nya.


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐮𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐢𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢, 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢, 𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚-𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠-𝐮𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐭𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡) 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐮𝐦 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐡𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐪𝐰𝐚.} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟔)


1. Munasabah ayat:

i- dalam ayat sebelumnya Allah nyatakan tanda-tanda kekuasaan-Nya melalui ufuq di atas langit- kemudian Allah nyatakan perjalanan matahari & bulan di orbitnya.


ii- dalam ayat ini adalah ayat atau dalil yang ketiga iaitu dalam silih bergantinya siang dan malam, dengan panjang-pendeknya mengikut musim. 


Semua itu adalah tanda-tanda keterangan, dalil kepada orang yang bertaqwa & ada akal.


2. Kemudian dalil berikutnya Allah nyatakan pula kekuasaan-Nya dalam menjadikan pertukaran siang & malam yang silih-berganti tanpa henti. 


3. Semua tanda-tanda ini Allah buat untuk menguatkan keimanan kita kepada-Nya.

 Menjadi dalil bagi orang yang berakal & yang bertaqwa kepada Allah. 


4. Semua dalil-dalil ini untuk kaum yang berfikir & ambil iktibar pengajaran! 


Orang yang tidak ada akal tidak akan nampak & tidak akan hiraukan dalil-dalil ini- tak ada beza dengan haiwan yang ada otak saja tetapi akalnya tidak berfungsi!


5. Lihatlah betapa orang Badwi hanya belajar fardhu ain- yakni buat perbandingan dengan tahi unta saja; 


مقولة الأعرابي الذي سئل: بِمَ عرفتَ ربك؟ فقال: "البَعرةُ تدل على البعير، والأثَر يدل على المسير، ليل داجٍ، ونهار ساجٍ، وسماء ذات أبراج، أفلا تدل على الصانع الخبير؟!


Jika ada tahi unta- pastilah ada ibunya unta!!!


 Satu perbandingan yang amat mudah, simple & jelas bagi orgyg berakal- jika ada makhluk (ciptaan) pastilah ada Khaliq iaitu Penciptanya!


6.Ayat ini ditafsirkan juga dengan firman Allah ini:

{Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;} (A-li'Imraan 3:190) 


7. Iaitu dalam pertukaran siang & malam adalah tanda-tanda yang hanya difahami oleh ulul-albab {لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ}, iaitu orang-orang yang memiliki akal bersih dan hati yang hidup.


7. Mereka bukan sahaja menggunakan akal untuk berfikir, tetapi menggunakannya untuk sampai kepada iman dan ketaatan bukan sekadar pergi bercuti, healing menikmati keindahan alam saja.


🎀𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:

1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓- {𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐭𝐚𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐢𝐧𝐚𝐫-𝐬𝐢𝐧𝐚𝐫 (𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐛𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠) 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐜𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚,…}- Allah nyatakan kepada kita bahawa Dia-lah yang mencipta matahari & bulan serta mengatur setiap perjalanannya.


Betapa susunan tiga ayat ini yang amat indah & tertib:

i- ayat 3- Allah cipta langit & bumi;

ii- ayat 5- Allah cipta matahari & bulan;

iii- ayat 6- Allah cipta malam & siang silih berganti!


Kata ulama' tadabbur: Semua ayat-ayat yang kita beljar ini adalah satu galakan yang besar untuk kita berfikir tentang makhluk ciptaan Allah s.w.t!

 Jangan tengok dengan mata saja- tetapi kena fikir & tadabbur serta tengok dengan hati (عين البصيرة)- baru nampak kekuasaan & keagungan Allah s.w.t. 


Kita orang beriman jangan tengok saja; kena tengok dengan mata iktibar maka akan bertambah ketajaman akal, terbuka hati & bertambahlah iman! 


Jika tengok saja & cuai dalam hal ini maka rugilah dia tidak akan mendapat faedah-nya; hanya akan dapat ambil gambar, healing, posting & share dan seumpamanya sahaja.


2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓- {𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐭𝐚𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐢𝐧𝐚𝐫-𝐬𝐢𝐧𝐚𝐫 (𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐛𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠) 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐜𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚,…}- 

Kata ulama': Ayat ini juga menunjukkan galakan untuk kita mencari ilmu!

 Islam ini agama ilmiyah & professional, agama akademik- bukan agama ikutan saja tanpa berfikir & kaji (taqlidiyyah).


Kerana itu Allah sebut secara susunan yang tertib- selepas cerita tentang kejadian langit & bumi- Allah cerita pula tentang perjalanan matahari & bulan. 


Semua itu yang dapat kita lihat & ikuti di atas kita.

 Jadi kenap kita tidak buka minda & akal untuk belajar semua ilmu itu!


Bertambah kita belajar dan mengetahui semua keistimewaan makhluk ciptaan Allah ini akan semakin mantap keimanan orang yang buka hati & mindanya.


Seperti ahli falaq & astronomi yang dapat mengetahui & buat bacaan tentang akan berlaku gerhana matahari atau bulan- tetapi mereka tidak dapat melawan kekuasaan Allah untuk menukar atau membatalkan kejadian itu!


Tetapi dengan ilmu ini membolehkan kita membuat persiapan dan pengumuman awal untuk melakukan solat gerhana sebagaimana yang diajar oleh Nabi s.a.w. 


Rugilah kalau kita tak ambil peluang ini dengan sedikit ilmu yang diberi Allah ini!


Ia juga untuk menunjukkan kepada kita akan keagungan Allah bukan sekadar fenomena & kejadian alam!


3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓- {… 𝐝𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐚𝐩-𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐢𝐭𝐮 (𝐛𝐞𝐫𝐩𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡-𝐫𝐚𝐧𝐝𝐚𝐡) 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭-𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐞𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠-𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠) 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐢𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐚..}- kata ulama' tadabbur ayat ini & kembarnya (Isra’ ayat 12) adalah asas kepada ilmu tentang waktu dan tarikh, ilmu tentang hisab kira-kira perjalanan hidup, manazil (stesen perjalanan) bulan dan sejarah bagi umat ini!


Firman Allah s.w.t:

{Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.} (Al-Israa' 17:12)


Sebagaimana dalam sejarah penentuan tarikh atau taqwim Islam- Sayyidina Umar r.a yang menjadi khalifah pada masa itu memberi pendapat yang amat tepat dan bermanfaat- iaitu memulakan taqwim untuk umat Islam ini dengan tarikh hijrah.


Terlebih dahulu Sayyidina Umar memangil para sahabat sebagai penasihat untuk bermusywarah dalam menentukan taqwim ini maka ada beberapa pendapat:


I- ada yang mencadangkan untuk dimulakan dengan tarikh kelahiran Nabi s.a.w- Umar tidak setuju kerana sama seperti tarikh miladi (masihi) yang menghitungnya bermula dari tarikh kelahiran Nabi Isa a.s. 


Umar kata tidak- kerana agama kita adalah agama amali, agama yang praktikal bukan agama nostalgia yang mengenang sesuatu yang telah berlalu!


ii- ada cadangan untuk dikira bermula dari hari Kebangkitan iaitu hari diutus Muhammad s.a.w sebagai rasul. 


Umar tidak setuju juga kerana hari itu Islam belum kuat, beru bermula dengan lemah! 

Kita mahu sesuatu yang kuat & mantap!


iii- lalu akhirnya taqwim umat Islam dikira bermula dari Tuhan Hijrahnya Nabi s.a.w dari Makkah ke Madinah kerana hijrah memidahkan antara yang haq & batil. 


Ia adalah Taqwim Hijri yang berpandukan kepada pergerakan bulan (lunar calendar) bukan matahari seperti taqwim masihi.


Kerana itu jumlah harinya dalam setahun sentiasa bergerak & tidak tetap jumlahnya setiap bulan- kerana ikut pergerakan bulan di manazilnya!


Tetapi apa boleh buat kerana sekarang kita umat Islam yang lemah- dok ikut belakang kafir & penjajah barat; maka sehingga ke hari ini kita menggunakan taqwim masihi susunan orang bukan Islam.


4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓- {𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐭𝐚𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐢𝐧𝐚𝐫-𝐬𝐢𝐧𝐚𝐫 (𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐛𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠) 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐜𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚,…}- dalam ayat ini Allah bezakan sifat cahaya antara dua makhluk-Nya ini:


i- Matahari ada cahaya & haba yang panas {ٱلشَّمْسَ ضِيَآءًۭ}  seperti api pelita atau lilin kita itu manakala;


ii-  bulan ada cahaya tetapi tidak panas {وَٱلْقَمَرَ نُورًۭا}! 


Dalam setiap ayat yang Allah nyatakan pasti ada hikmah dan sesuatu ilmu yang ingin disampaikan! 


Kita tak boleh melewatinya begitu saja- NO- kena tengok tafakkur & tadabbur!!


𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓- {… 𝐝𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐚𝐩-𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐢𝐭𝐮 (𝐛𝐞𝐫𝐩𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡-𝐫𝐚𝐧𝐝𝐚𝐡) 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭-𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐞𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠-𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠)…}- dalam ayat ini Allah sebut bahawa Allah telah sediakan tempat perjalanan & tempat singgah bulan itu {وَقَدَّرَهُۥ مَنَازِلَ}.


Betapa perjalanan bulan itu begitu tepat dan ditentukan setiap stesen (manazilnya). 


Sebagaimana dalam ayat surah Yaa sin tadi yang Allah ceritakan perjalanan bulan & bandingkan bulan sabit ketika kecil seperti tandan tamar yang keirng!


Kenapa Allah tidak sebut perjalanan matahari walaupun matahari juga ada stesen dan orbitnya?


Jawapan:

Allah sebut perjalanan bulan tetapi tidak matahari dalam ayat ini kerana perjalanan bulan itu kita dapat melihatnya sendiri dengan mata kita, pada setiap malam perubahan kedudukan & saiz bulan ini!


 Manakala matahari kita tidak nampaknya kerana terlalu jauh & terang. 


Allah mahu kita tengok & berfikir! Kerana itu pengggunaan bulan Qamari ini lebih dikenali di kalangan Arab. Cuma pada hari ini puak kafir berjaya menaikkan taqwim masihi mereka & tidak ada orang yang kenal bulan qamari ini!


Allah kata dengan bulan juga kita dapat mengetahu bilangan hari & mengira waktu.

 Kita orang Islam kebanyakan ibadat kita juga terikat dengan bulan seperti puasa & haji.


Tetapi solat kita terikat dengan matahari- kerana ia bersifat harian- maka kena ikut perjalanan matahari yang kitaran perjalanannya adalah 24 jam. 

Esok adalah hari & pusingan lain pula.


Bulan tidak begitu- kitarannya bersambung dari sehari ke sehari- belum habis dengan berakhirnya waktu malam itu- sehinggalah cukup tempohnya sebulan- samada 29 atau 30 hari. 


Inilah hikmah yang Allah ajar kepada kita! 


Ayat ini menjadi isyarat bahawa mengenali tarikh & waktu itu adalah satu nikmat & ilmu yang bermafaat kepada kita! 


Untuk mengetahui tarikh seperti kiraan masa & temu janji. 


Hatta untuk orang yang berhutang bagi mengetahui tarikh yang dijanjikan untuk bayar hutang- agar tidak lari & alasan untuk mungkir. 


Malangnya manusia hari ini mudah lupa waktu & tarikh apabila berjanji atau berhutang!


 Bahaya sekali jenayah tidak menepati janji ini apatah lagi orang yang memang kerjanya scammer!


5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐮𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐢𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢, 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢, 𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚-𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠-𝐮𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐭𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡) 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐮𝐦 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐡𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐪𝐰𝐚.}- dalam ayat ini Allah menegaskan dengan ta’kid- sesungguhnya {إِنَّ} bahawa dalam semua kejadian ciptaan Allah ini adalah tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan & keagungan Allah bagi orang yang bertaqwa!


Ayat ini menjadi peringatan yang besar kepada kita- apakah kamu nak menjadi orang bertaqwa atau tidak?


Jika nak jadi orang yang bertaqwa; maka kena gunakan akal kamu, lapangkan dada kamu, buka minda kamu, fokuskan tujuan kamu kepada tiga perkara ini:


i- belajar nama-nama Allah yang indah

ii- menghayati sifat-sifat Allah yang tinggi.


iii- lihat kepada kejadian & ciptaan Allah yang hebat seperti pergantian malam & siang ini.


Semua ini akan menjadi tanda kepada orang yang bertaqwa & orang cerdik yang ada akal.


Allah fokuskan peringatan ini kepada orang yang bertaqwa kerana hanya orang yang bertaqwa dapat melihat & mendapat manfaat dari segala nikmat & kurniaan Allah ini.


Ya Allah jadikan kami dari golongan orang yang bertaqwa.


Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya. 

𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶𝓁𝒶𝓂.🎀


#𝙐𝘼𝙈✎𝗖𝗮𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗵 𝙆𝙝𝙖𝙢𝙞𝙨 18/09/2025 / 25 𝙍. 𝘼𝙬𝙖𝙡 1447𝙃🌷


Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Yunus 2025 (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:


Link: 

https://www.youtube.com/playlist?list=PLC16EIfOI4LCezq32AtjEt24_fUbZeiy3


Semoga Bermanfaat!


Surah yunus: ayat 7-10

 💎𝐆𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐨𝐥𝐚𝐤 𝐀𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭 𝐊𝐞 𝐍𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚, 𝐆𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐊𝐞 𝐒𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚 & 𝐔𝐜𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐒𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚.💎


♥ 𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙎𝙖𝙗𝙩𝙪 20/09/2025 / 27 𝙍. 𝘼𝙬𝙖𝙡 1447𝙃 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙔𝙪𝙣𝙪𝙨 (05) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [07-10]♥


F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨: https://youtu.be/tfy0WaRRCWE?si=lMuxzVAO6a_SYyu4 


🌷𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:

1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri 5, Tafsir Surah Yunus dengan ayat 07 dan ayat 10 dalam juzuk kesebelas.


2. Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan bahawa terdapat dua kumpulan manusia iaitu yang beriman & yang kafir tidak beriman.


 Balasan kumpulan yang kafir menolak akhirat akan dihumban ke neraka.


3. Manakala bagi golongan yang beriman, Allah akan pimpin mereka ke jalan yang benar atas dunia ini & mereka akan mendapat balasan syurga di Akhirat. 


4. Allah nyatakan juga kesyukuran ahli syurga walaupun telah berada di dalam syurga- mereka sentiasa berzikir memuji Allah, mengucapkan syukur, alhamdulillah kepada Allah di atas segala nikmat syurga itu.


5. Munasabah dengan ayat sebelumnya:


i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan dalil-dalil yang kuat, jelas & kukuh bahawa Allah s.w.t adalah Pencipta alam ini- yang kemudian menyusun atur & mentadbirnya.


ii- maka datang ayat ini Allah nyatakan bahawa setiap manusia selepas mati nanti akan dibangkitkan semula untuk hidup balik di Akhirat kelak. 


Oleh kerana puak kafir menentang, menolak tak mahu terima maka Allah mulakan akan perihal orang kafir dulu dalam ayat ini!


أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ 


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐮𝐡 𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐦𝐮𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐢 (𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧), 𝐝𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐫𝐞𝐝𝐚 (𝐛𝐞𝐫𝐩𝐮𝐚𝐬𝐡𝐚𝐭𝐢) 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐭𝐚-𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐭𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚𝐦 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐲𝐚𝐭-𝐚𝐲𝐚𝐭 (𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚-𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧) 𝐊𝐚𝐦𝐢,} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟕)


1. Allah menceritakan kepada kita tentang jenis kumpulan manusia. 

Yang pertama ialah golongan kafir yang:


i- 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐮𝐡 𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐦𝐮𝐢 Tuhan 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧. 


Yakni mereka tidak percaya kepada Akhirat & apatah lagi takut akan kebangkitan semula & hisab selepas mati nanti! 


Mereka lansung tidak berharap untuk bertemu Tuhan, atau mengharapkan pahala dan tidak takut kepada dosa!


ii- mereka juga 𝐫𝐞𝐝𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐮𝐚𝐬𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐭𝐚-𝐦𝐚𝐭𝐚. 


Kerana mereka tidak percaya akan Akhirat maka pastilah mereka hanya mengejar dunia sahaja! 


Kaut keuntungan atas dunia ini sebanyak mungkin- belasah apa saja yang ada di depan mereka. 


iii- 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐭𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚𝐦 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚. Maka mereka amat puas hati & gembira dengan apa yang mereka dapat capai atas dunia ini- tidak memikirkan akan balasan baik atau buruk di Akhirat kelak.

 Kita orang beriman kena sebaliknya!


iv- 𝐝𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐲𝐚𝐭-𝐚𝐲𝐚𝐭 (𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚-𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧) Allah. 


Mereka tidak percaya, tidak mahu ambil peduli atau cakna kepada ayat-ayat Allah. 


Mereka  tidak cuba ambil faedah pengajaran darinya! 


Hidup mereka hanya lihat, makan-minum cari rezeki untuk dunia sahaja! 


2. A𝐲𝐚𝐭-𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚-𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 Allah ini samada:

i-  ayat-ayat Kauniyyah- yang dapat dilihat dengan mata kepala mereka sendiri seperti langit-bumi, bukit-bukau, gunung-ganang dan semuanya!


ii-  ayat-ayat yang Allah turunkan iaitu al-Quran. Kita baca al-Quran dia kata dongeng atau sihir.


3. Hadis- Dari Anas b. Malik r.a. katanya- Nabi s.a.w bersabda; "Allah sangat suka kepada hamba-Nya yang mengucapkan tahmid (Alhamdulillah) sesudah makan dan minum." (HR. Muslim)


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟖- {𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 (𝐝𝐢 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚), 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐝𝐢𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐝𝐢 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭) 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐧𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚; 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧.} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟖)


1. Maka datang ayat ini Allah nyatakan balasannya bagi mereka yang demikian sifat & perbuatannya; 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐝𝐢𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐢 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭 kelak 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐧𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚 dan segala azabnya yang pedih! 


2. Sebab mereka mendapat balasan ini ialah kerana 𝐤𝐞𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧; Allah nyatakan sebab balasan pula!


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟗- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐥 𝐬𝐨𝐥𝐞𝐡, 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐮𝐫𝐧𝐚 𝐢𝐭𝐮. (𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐤𝐞 𝐭𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠) 𝐬𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢-𝐬𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐢𝐫 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐝𝐢𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡 𝐧𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭.} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟗)


1. Munasabah ayat:

i- dalam ayat yang sebelumnya Allah nyatakan tentang kumpulam yang kufur, ingkar & keras kepala, maka;


ii- seperti biasa, uslub al-Quran yang indah membawa pula sifat kumpulan yang sebaliknya iaitu mereka yang beriman & bertaqwa kepada Allah.

 Iaitu mereka yang beriman solid dengan kesemua rukun iman.


2. Bagi mereka 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐥 𝐬𝐨𝐥𝐞𝐡, Allah 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 untuk mendapat hidayah Allah atas dunia ini 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐮𝐫𝐧𝐚 𝐢𝐭𝐮. 


3. Ini bertepatan dengan doa yang mereka baca setiap hari, membaca dan memohonnya dalam setiap solat mereka yang rasminya 17 kali serta lebih lagi dalam yang solat sunatnya:


{Tunjukilah kami jalan yang lurus-

 ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ} (Al-Faatihah 1:6) 


4. Allah membalasnya bagi mereka 𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐤𝐞 𝐭𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢-𝐬𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐢𝐫 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐝𝐢𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡 𝐧𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭.


5. Lalu dengan sebab mereka ada sijil iman & bekalan amalan soleh; menjadi kelayakan untuk mereka mendapat balasan yang mulia dan nikmat yang kekal abadi ini. 


6. Peringatan: 

Benar dinyatakan bahawa semua manusia masuk syurga dengan rahmat Allah bukan dengan sebab amalnya semata-mata!! 


Tetapi ingat dalam masa yang sama untuk mendapat rahmat Allah pastilah seseorang itu kena beriman & beramal soleh! 


*Yakni betul kita masuk syurga dengan sebab rahmat Allah- tetapi nak dapat rahmat Allah pastilah ada syarat & sebabnya pula!!


7. Iman & amal tidak dapat dipisahkan bukan seperti yang didakwa oleh puak murji’ah, sekular & liberal sekarang yang memisahkan iman & amal. 

Kerana itu tidak pelik mereka senang-senang menghina hukum agama. 


8. Allah bayangkan kepada kita betapa indahnya nikmat syurga. Ini kerana atas dunia ini pun betapa manusia suka kepada tempat rehlah yang ada air samada air terjun yang semulajadi atau taman tema air ciptaan manusia. 


Di dalam syurga nanti pastilah tidak akan terbanding lagi keindahannya!!!!


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎- {𝐃𝐨𝐚 𝐮𝐜𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐒𝐮𝐜𝐢 𝐄𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧! 𝐃𝐚𝐧 𝐮𝐜𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡: 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚! 𝐃𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐝𝐨𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐩𝐮𝐣𝐢 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐭𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐚𝐥𝐚𝐦!} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟏𝟎)


1. Kemudian Allah nyatakan bahawa doa para penghuni syurga kelak ialah: {سُبْحَـٰنَكَ ٱللَّهُمَّ} 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐒𝐮𝐜𝐢 𝐄𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧- yakni kami bersihkan Engkau Ya Allah daripada segala kekurangan.


3. Nota: Orang yang mendapat kebahagiaan apabila mereka masuk ke dalam syurga kelak & mendapati segala yang dijanjikan Tuhan, 


i- mereka lalu mempersembahkan:{سُبْحَـٰنَكَ ٱللَّهُمَّ} yang bermaksud {𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐒𝐮𝐜𝐢 𝐄𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧}.


ii- Dan apabila mereka menikmati segala nikmat kurniaan Allah di dalam syurga itu mereka mengucapkan pula syukur kepada Tuhan: 

{ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ}- Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.


4. Hadis dari Jabir bin Abdullah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 


إنَّ أهْلَ الجَنَّةِ يَأْكُلُونَ فيها ويَشْرَبُونَ، ولا يَتْفُلُونَ ولا يَبُولونَ ولا يَتَغَوَّطُونَ ولا يَمْتَخِطُونَ قالوا: فَما بالُ الطَّعامِ؟ قالَ: جُشاءٌ ورَشْحٌ كَرَشْحِ المِسْكِ، يُلْهَمُونَ التَّسْبِيحَ والتَّحْمِيدَ، كما تُلْهَمُونَ النَّفَس


“Sesungguhnya penduduk syurga, mereka makan dan minum di dalam syurga, namun mereka tidak meludah, tidak kencing, tidak buang air besar, dan tidak mengeluarkan kahak.”

Para sahabat bertanya: ‘Lalu bagaimana nasib makanan di perut mereka?’

Jawab Nabi s.a.w: “Menjadi sendawa, dan keringat yang berbau misk (kasturi). 

Mereka diilhami selalu bertasbih dan bertahmid, sebagaimana kamu selalu bernafas.” (HR. Muslim, no. 2835).


5. Yakni ahli syurga ini diberi ilham untuk sentiasa memuji dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang diterima. 

Oleh kerana nikmat yang tidak putus-putus maka pujian itu juga tidak putus! 


6. Hadis- Dari Anas b. Malik r.a. katanya, Nabi s.a.w bersabda; "Allah sangat suka kepada hamba-Nya yang mengucapkan tahmid (Alhamdulillah) sesudah makan dan minum." (HR. Muslim)


7.  Kemudian ucapan sesama ahli syurga pula: 𝐃𝐚𝐧 𝐮𝐜𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡: {سَلَـٰمٌۭ} 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚! 


8. 𝐃𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐝𝐨𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐩𝐮𝐣𝐢 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐭𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐚𝐥𝐚𝐦.


9. Iaitu mereka akhiri ucapan & tutup doa mereka dengan sekali lagi memuji Allah s.w.t: {أَنِ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ} 

Iaitu semua pujian hanya layak untuk Allah s.w.t Pemilik Alam ini, yang bersifat dengan Maha sempurna daripada segala kekurangan, bersama kita agungkan & sayangkan Allah.


10. Doa ini ada dua ada kategori: 

i- doa permohonan untuk meminta;

ii- doa ibadat kepada Allah semata-mata.


11. Maka doa itu tidak semestinya minta kerana ahli syurga tidak ada apa lagi yang mereka mahu- semua sudah mencukupi- maka doa mereka itu adalah semata-mata pujian & ibadat untuk Allah s.w.t!


🎀𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:


1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐮𝐡 𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐦𝐮𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐢 (𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧), 𝐝𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐫𝐞𝐝𝐚 (𝐛𝐞𝐫𝐩𝐮𝐚𝐬𝐡𝐚𝐭𝐢) 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐭𝐚-𝐦𝐚𝐭𝐚…}- 


Kata ulama' tadabbur seperti Ibnu Asyur rhm: Ayat ini menjadi satu isyarat bahawa keindahan & kemewahan dunia; setakat mana kita redha & gembira dengannya- sejauh itu juga kita dengan Akhirat. 


Yakni tengok pergantungan hati kita- makin kuat bergantung dengan dunia- makin jauh & lemah dengan Akhirat! 


Kerana itu satu sifat zuhud- di mana walaupun kaya tidak ada masalah jika dunia hanya di tangan tetapi jika dunia sudah masuk ke dalam hati akan binasalah!


Dunia ini Allah jadikan kita hidup atas dunia sebagai tempat untuk kita hidup & mencari rezeki dunia & bekalan Akhirat. 


Perumpamaan: Kapal di atas air itu biasa dan tidak menjadi masalah;

tetapi jika air sudah masuk ke dalam kapal maka itu akan membawa masalah & boleh tenggelam kapal!


Begitulah jika dunia sudah bertakhta di dalam hati- manusia boleh tenggelam dalam kehidupan dunia semata-mata.


2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟖- {𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 (𝐝𝐢 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚), 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐝𝐢𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐝𝐢 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭) 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐧𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚; 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧.} - bagi mereka neraka dengan sebab apa yang mereka usahakan!


Kata ulama' seperti Syeikh Ibnu Atiyah : 

Ayat ini untuk menolak fahaman sesat jabariyyah yang mengatakan manusia ini tidak ada ikhtiar, tidak ada usaha & pilihan- hanya seperti robot- buat dan lakukan apa yang Allah sudah tetapkan! 


Ulama' ahli Sunnah kata tidak begitu! 

Atas dunia ini kita ada pilihan- pilihan di tangan manusia- nak pilih jalan yang benar atau jalan yang sesat! 


Kita buat perbuatan dengan pilihan kita walaupun semua itu ditentukan oleh Allah s.w.t – iradah kauniyyah. 


Allah kata dengan sebab apa yang kamu usahakan: Yakni dengan sebab atas dunia dulu kamu buat yang tak baik maka di Akhirat kamu akan dibalas neraka. 


Apa benih yang ditabur, itulah hasil yang akan kamu tuai! 

Tanam padi maka padilah yang akan kamu tuai & petik!


3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟗- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐥 𝐬𝐨𝐥𝐞𝐡, 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐮𝐫𝐧𝐚 𝐢𝐭𝐮.}- dalam ayat ini jelas Allah letakkan iman kepada Allah sebagai kunci dan sebab kebaikan.


Bila ada kunci iman barulah kita diberi hidayah, dipimpin kepada jalan yang benar & diredhai, siratul-mustaqim- yang penting ada iman!!


Selagi tidak ada iman manusia tidak boleh bergerak, tidak boleh berjalan- iman itu yang utama sekali yang kamu kena ada & jaga kerana tanpa iman yang lain tak berjalan! 


Bila ada iman barulah ada hidayah untuk Allah pimpin kita meneruskan segala amalan yang baik. 


Kerana yang menggerakkan kita ini ialah keimanan!


 Apabila iman ada dalam hati ia akan menyebabkan kita nak beribadat, nak buat baik nak jauhkan diri dari maksiat & mungkar!


Kita kena mantapkan iman kita kepada Allah- barulah Allah pimpin kita, bimbing kita kepada jalan yang selamat insya' Allah!


4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟗- {(𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐤𝐞 𝐭𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠) 𝐬𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢-𝐬𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐢𝐫 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐝𝐢𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡 𝐧𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭.}- orang yang beriman akan masuk ke dalam syurga yang penuh nikmat dengan sungai-sungai yang mengalir!


Apakah hikmahnya Allah sandarkan syurga itu kepada nikmat? 


Sedangkan jika sebut syurga saja sudah cukup kerana syurga itu penuh nikmat & keindahan.


Jawapan:

Ini kerana nikmat di dalam syurga itu nikmat yang lengkap & penuh: 


i- samada nikmat dalam hati, suka gembira, hati penuh keredhaan & ketenangan.


iii- nikmat badan yang dapat dinikmati secara fizikal. 

Makanan, minuman, tempat tinggal & perhiasan yang indah, pasangan yang sempurna dan pelbagai nikmat lagi. 


Ini kerana jika hati tak gembira & redha, kita tidak akan dapat menikmati juga secara fizikal!


 Hati happy- mulut pula selera makan, badan sihat – baru dapat dinikmati segala nikmat itu!


Kerana itulah rahsia Allah sebut syurga-Ku yang penuh nikmat {جَنَّـٰتِ ٱلنَّعِيمِ}.


5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎- {𝐃𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐝𝐨𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐩𝐮𝐣𝐢 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐭𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐚𝐥𝐚𝐦!}- dalam ayat ini Allah menamakan pujian & tasbih kepada Allah sebagai doa.


Sama seperti tahlil, takbir, tahmid- semua itu juga doa. 


Sebagaimana yang kita nyatakan bahawa doa itu ada dua kategori:


i- doa yang semata-mata ibadat.

 Kita puji & sebut nama Allah tanpa meminta apa-apa permintaan. 


ii- doa permintaan- kita minta pelbagai kehendak dan keperluan kita kepada Allah!


Hadis- Kata Ibnu Abbas r.a Doa yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w ketika dilanda kesulitan adalah: 


"لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، 

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ",


Ertinya: "Tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Agung lagi Maha Lembut. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan Arasy Yang Agung. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan langit, Tuhan bumi, dan Tuhan Arasy Yang Mulia".

 [HR al-Bukhari dan Muslim].


*Ulama' salaf menamakan doa ini doa ketika kesusahan.


 Dalam Kitab Perisai Muslim ada doa ini:  

https://dartaibah.com/store/Perisai-Muslim-RUMI-Cetakan-Baru-p20192005 


Hadis- Rasulullah ﷺ berpesan bahawa sesiapa yang berdoa dengan doa Nabi Yunus ini, maka Allah akan memperkenankan doa mereka. 


{لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ}.

{Tiada Tuhan selain-Mu, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim} [Surah al-Anbiyā’ ayat 87]. 

Sabda Rasulullah:

 ‎فإنه لم يدع بها مسلم ربه في شيء قط إلا استجاب له

Sesungguhnya tidak ada muslim yang berdoa dengannya untuk apa saja (hajatnya), melainkan akan dimakbulkan Allah doanya itu.” (HR Ahmad, dinilai Sahih oleh Ahmad Syakir).


Doa ahli syurga- {سُبْحَـٰنَكَ ٱللَّهُمَّ} menunjukkan betapa semangatnya mereka memuji dan bersyukur kepada Allah di atas segala nikmat yang tidak putus-putus itu. 


Semakin banyak nikmat semakin kuat & semangat mereka berdoa memuji Allah!


Kata ulama' seperti Imam Nawawi & al-Qurtubi rhm: Kita pun apabila berdoa mulakan dengan memuji Allah dan tutupnya juga dengan pujian kepada Allah {ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ}. 


Peringatan: Tak perlu kita tutup doa kita dengan membaca kisah ahli syurga ini: { وَءَاخِرُ دَعْوَىٰهُمْ- penutup doa mereka ahli syurga adalah…}-


 cukuplah terus kita mengucapkan alhamdulillah { ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ} sebagai doa kita sendiri bukan kita nak terjemahkan ayat itu!!!


*Ingatan untuk sesiapa yang berdoa- kena semak & murajaah dulu.


Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya. 


𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.🎀


#𝙐𝘼𝙈✎𝗖𝗮𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗵 𝙎𝙖𝙗𝙩𝙪 20/09/2025 / 27 𝙍. 𝘼𝙬𝙖𝙡 1447𝙃🌷


Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Yunus 2025 (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:


Link: 

https://www.youtube.com/playlist?list=PLC16EIfOI4LCezq32AtjEt24_fUbZeiy3


Semoga Bermanfaat!

Surah yunus: ayat 1-2

 💎𝐈'𝐣𝐚𝐳 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧, 𝐊𝐚𝐟𝐢𝐫 𝐏𝐞𝐥𝐢𝐤 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐒.𝐀.𝐖 & 𝐃𝐢𝐭𝐮𝐝𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐒𝐢𝐡𝐢𝐫.💎


♥ 𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙎𝙚𝙡𝙖𝙨𝙖 16/09/2025 / 23 𝙍. 𝘼𝙬𝙖𝙡 1447𝙃 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙔𝙪𝙣𝙪𝙨 (02) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [01-02]♥


F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨: https://youtu.be/FpJ2uqYW7rI?si=qJxQ3ROXxrx4vGTh


🌷𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:

1. Alhamdulillah pada hari ini kita mulakan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Yunus dengan ayat 01 dan ayat 02 dalam juzuk kesebelas.


2. Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan tentang I'jaz Al-Quran- iaitu al-Quran melemahkan makhluk lain dari mencabarnya serta menyatakan kedudukan kitab al-Quran yang mulia.


3. Puak kafir pelik al-Quran diturun kepada Nabi s.a.w- yang dianggap orang miskin, anak yatim pengembala kambing.

 Mereka mahu ia diturunkan kepada para pemuka Quraisy mereka seperti al-Walid atau ketua bani Thaqif.


4. Kerana mereka tidak ada hujjah & fakta untuk melawan Nabi s.a.w & Al-Quran- mereka tukar taktik dengan menuduhnya sebagai sihir pula.


 Inilah betapa puak kafir ini dalam soal agama mereka tidak cerdik walaupun dalam bab lain mungkin mereka hebat.


5. Munasabah dengan ayat sebelumnya:


i- dalam siri yang lepas kita nyatakan tentang muqaddimah dan intisari surah.

Munasabah antara surah ini dan at-Taubah.


6. Hari ini dalam sejarah: 16hb September ialah detik bersejarah hari penubuhan negara Malaysia pada tahun 1963- iaitu gagasan negeri-negeri Melayu termasuk Sabah, Sarawak & Singapura pada ketika itu.

 Sebelum itu dikenali sebagai Tanah Melayu.

 Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965. 

Kita berdoa kepada Allah semoga Allah jaga negara kita ini dan kembalikannya atas paksi Syari'ah yang diredhai-Nya.


أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ 


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏- {𝐀𝐥𝐢𝐟, 𝐋𝐚𝐚𝐦 𝐑𝐚𝐚'….} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟏)


1. Surah ini dimulai dengan huruf yang dikenali sebagai huruf al-Muqatto'ah (الحروف المقطعة).

 Al-Muqatto'ah adalah huruf yang bersambung tulisannya tetapi dibaca satu-persatu sebagaimana hurufnya- {الٓر} dibaca (Alif Lam Ra)- iaitu huruf Alif dibaca alif, huruf Lam dibaca lam dan huruf Raa dibaca Raa. 


2. Allah memulai surah ini dengan huruf Muqatto'ah, sebagaimana beberapa surah lain untuk membuktikan kenabian dan wahyu.


 Huruf-huruf ini tidak diketahui maknanya dan hanya Allah ‎ﷻ lebih mengetahui maknanya.


3. Ia menunjukkan mukjizat al-Quran yang tidak boleh dilawan dan dicabar oleh manusia & sekelian makhluk samada secara bahasa atau isi kandungan. 

Ia juga melemahkan makhluk lain untuk menirunya! 


Sedangkan huruf biasa al-Quran pun manusia tidak dapat nak cabar & tirunya apatah lagi huruf-huruf sebegini.


[Penjelasan lanjut boleh baca di nota:7 pada awal surah al-Baqarah Tafsir Pimpinanar-Rahman].


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏- {… 𝐢𝐧𝐢 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐲𝐚𝐭-𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛 (𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐡𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭-𝐡𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐭𝐞𝐠𝐮𝐡.} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟏)


1. Allah nak tunjukkan akan ketinggian kedudukan al-Quran- Allah katakan: Itulah { تِلْكَ } ayat al-Quran:


i- 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐡𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭-𝐡𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭 {ٱلْحَكِيمِ}. 

ii- 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐭𝐞𝐠𝐮𝐡 {ٱلْكِتَـٰبِ}.


2. Kata Ar-Razi  ini kerana dalam surah Yunus ini banyak kisah pelik yang akan diceritakan. Serta umum untuk semua ayat dalam al-Quran ini.


3. Kata Ibnu Asyur : Surah yang terpilih dimulai dengan huruf al-Muqatto'ah di permulaan surahnya- tujuannya adalah untuk mencabar manusia, menyatakan bahawa tidak ada yang boleh lawannya. 


4. Allah nyatakan ayat al-Quran ini adalah:

i- 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐡𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭-𝐡𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭- hukum-hakamnya penuh dengan hikmah- mengandugi faedah & manfaat kepada manusia.


ii- 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐭𝐞𝐠𝐮𝐡- Allah teguhkah lafaz-lafaz dan maknanya. 


Serta ia menjadi pemutus yang teguh kepada hamba-Nya. 

Menjadi penjelas antara yang haq & yang batil, yang halal & yang haram, yang benar & yang salah.


*Inilah fungsi al-Quran.


5. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:

i- {Alif, Laam, Raa'. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuan-Nya.} (Hud 11:1)


ii- {… dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan.} (Al-Baqarah 2:213)


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐- {𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭 𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫 𝐢𝐭𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐰𝐚𝐡𝐲𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐣𝐞𝐧𝐢𝐬 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝, 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐟𝐢𝐫𝐦𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚): "𝐁𝐞𝐫𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐦𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫, 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐚𝐳𝐚𝐛) 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐦𝐛𝐢𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧, 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡 𝐦𝐮𝐥𝐢𝐚 𝐝𝐢 𝐬𝐢𝐬𝐢 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐝𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐦𝐚𝐥-𝐚𝐦𝐚𝐥 𝐬𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧). (𝐒𝐞𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐚𝐦𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐦𝐛𝐢𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧) 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐟𝐢𝐫 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐡𝐚𝐢𝐫𝐚𝐧) 𝐢𝐭𝐮: "𝐒𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚 (𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧) 𝐢𝐧𝐢 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐢𝐡𝐢𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚."} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟐) 


1. Allah herdik & bertanya dengan sergah manusia iaitu puak kafir itu kenapa mereka pelik dan mempertikaikan- kenapa Allah lantik Nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang rasul.

 Mereka tak boleh terimanya kerana hasad dengki & tak puas hati! 


*Kerja Nabi s.a.w adalah untuk memberitahu manusia agar ikut perintah Allah & tinggalkan larangan-Nya. 


2. Kata ulama': maksudnya manusia pada waktu itu ialah kaum kafir Makkah & sesiapa saja yang mengikuti mereka dalam membantah & mengingkari kenabian Nabi Muhammad s.a.w.


*Yakni ayat ini turunnya khusus pada awalnya kepada Quraisy tetapi ia adalah umum untuk seluruh manusia semuanya! 


Siapa saja ikut pemikiran Quraisy mempertikaikan perlantikan Rasulullah maka- ia termasuklah dalam golongan ini!


3. Nota: Kaum musyrikin Makkah berasa hairan & pelik bagaimana seorang manusia, Nabi Muhammad s.a.w diberi wahyu & diutus Allah sedangkan dia adalah manusia bukan malaikat! 


Bagi menolak fahaman mereka yang salah  itu- maka Allah s.w.t menegaskan dalam ayat ini adalah tidak patut mereka bersikap sedemikian; kerana semua nabi-nabi & rasul terdahulu juga adalah dari kalangan manusia! 


4. Kata ar-Razi: 

i- Mereka berasa pelik kerana Allah utuskan seorang manusia sebagai rasul! 

Sebagaimana firman Allah ini:

Maksudnya {Mereka berkata dengan hairan: "Patutkah Allah mengutus seorang manusia menjadi Rasul?"} (Al-Israa' 17:94)


ii- ataupun mereka boleh terima rasul itu manusia tetapi mereka tidak boleh terima & pelik bagaimana Muhammad s.a.w itu yang terpilih menjadi rasul- kerana bagi mereka dia tidak layak berbanding dengan para pemuka Quraisy pembesar mereka! 


*Betapa peliknya sikap kafir Quraisy ini; sepatutnya mereka berbangga & gembira kerana Allah lantik seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri- tetapi apakah daya apabila hasad dengki menguasai pemikiran- itulah yang terjadi!!!


5. Maka dalam ayat ini Allah nyatakan sifat & tugas Nabi s.a.w serta semua para anbiya’ lain:


i- adalah memberi amaran kepada manusia {أَنذِرِ ٱلنَّاسَ} bahawa sesiapa yang lawan-keras kepala tak terima; maka Allah akan sediakan balasan azab yang dahsyat!


ii- tugasnya yang kedua ialah menyampaikan berita gembira {وَبَشِّرِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟}- {𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐦𝐛𝐢𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧…} dengan sebab kita beriman & melakukan amal soleh yang mereka kerjakan- maka Allah sudah tulis bahawa mereka ini orang yang mulia di Lauh Mahfuz sejak awal lagi.


6. Ulama' membincangkan apakah maksudnya firman Allah s.w.t ini: 


{أَنَّ لَهُمْ قَدَمَ صِدْقٍ عِندَ رَبِّهِمْ}: 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡 𝐦𝐮𝐥𝐢𝐚 𝐝𝐢 𝐬𝐢𝐬𝐢 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐝𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐦𝐚𝐥-𝐚𝐦𝐚𝐥 𝐬𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧):


 i- bagi mereka Jannah atau syurga.

ii- mereka ada amalan-amalan baik yang melayakkan mereka ke syurga! 


iii- sebagai persediaan yang awal untuk mereka atau kerana mereka laju menerima arahan Allah s.w.t.

iv- ada orang yang di depan mereka iaitu Rasulullah s.a.w yang memimpin mereka.


*Kata Ibnu al-Qayyim rhm, semua yang disebut ini adalah boleh diterima dan termasuk belaka dalam {قَدَمَ صِدْقٍ}. 


7. Kemudian setelah puak kafir mendengar al-Quran yang dibacakan oleh Rasulullah s.a.w mereka berasa lemah untuk menentangnya!


 Lalu mereka tukar taktik menyerangnya dengan mengatakan bahawa ia adalah satu perbuatan sihir. 

Begitulah manusia- tak lawan tak boleh tukar serangan!


8. Perkataan { لَسَـٰحِرٌۭ} ini boleh dibaca dengan dua bacaan (qiraat) iaitu:


i- لَسَاحِرٌ} iaitu merujuk kepada Nabi s.a.w itu sendiri- Baginda dituduh sebagai tukang sihir. 


ii- {لَسِحْرٌ}- ini merujuk kepada al-Quran bahawa al-Quran itu adalah satu perbuatan sihir.


9. Yakni para tok kafir itu mengatakan Rasulullah s.a.w adalah seorang ahli sihir yang menyihir orang dengan ayat-ayat jampinya yang membuatkan orang percaya & ikutnya! 


Atau al-Quran itu sendiri satu sihir- yang boleh memeningkan akal manusia, membuat orang kagum & terpengaruh.


🎀𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:

1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏- {𝐀𝐥𝐢𝐟, 𝐋𝐚𝐚𝐦 𝐑𝐚𝐚'…}- ini adalah huruf al-Muqotto’ah untuk menyatakan I’jaz al-Quran.


Dalam al-Quran ini ada dua:

i- I’jaz- adalah satu perkara yang fakta & maklumatnya tidak boleh dicabar, ditiru- seperti al-Quran ini- ia melemahkan orang daripada melawan & mencabarnya!


ii- Mukjizat- pula adalah sesuatu yang pelik- yang mencarik adat yang tidak berlaku sebelum ini. Iaitu satu mukjizat yang ajaib & pelik, yang diberikan Allah kepada para nabi & rasul-Nya.


Al-Quran ini sendiri adalah satu kelebihan dan MUKJIZAT- tiada sesiapa yang boleh meniru dan mencabar al-Quran sehingga Kiamat.


Boleh baca Kitab Tahzib Sirah ini untuk membaca 50 lebih mukjizat Nabi s.a.w yang sahih: 


Tahzib Sirah

https://dartaibah.com/store/Cetakan-Baru-2024-Edisi-Kemaskini-2024-Kitab-Sirah-Nabi-S-A-W-Terjemahan-dari-Tahzib-as-Sirah-an-Nabawiyyah-p30016044 


Allah juga berfirman: {… 𝐢𝐧𝐢 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐲𝐚𝐭-𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛 (𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐡𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭-𝐡𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐭𝐞𝐠𝐮𝐡.}- Allah sebut kitab yang tetap bagi al-Quran kerana ia teguh tidak bergoncang.


Maklumat: Dalam al-Quran terdapat beberapa ayat yang sama tetapi berbeza hujungnya seperti: 


i- ayat kita ini: Surah Yunus ayat 1:

  { الٓر ۚ تِلْكَ ءَايَـٰتُ ٱلْكِتَـٰبِ ٱلْحَكِيمِ}- 

ii- Surah Luqman ayat 1: 

{ الٓمٓ ١ تِلْكَ ءَايَـٰتُ ٱلْكِتَـٰبِ ٱلْحَكِيمِ}-

iii- Surah Yusuf ayat 1: 

{ الٓر ۚ تِلْكَ ءَايَـٰتُ ٱلْكِتَـٰبِ ٱلْمُبِينِ }- 

Kenapa berbeza begitu- apakah hikmahnya??? 


Jawapannya:

i- Dalam 2 surah pertama diakhiri dengan

 {ٱلْكِتَـٰبِ ٱلْحَكِيمِ}- Kitab yang penuh hikmah.


 Ini ini kerana dalam 2 surah ini terdapat ayat-ayat yang menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t yang boleh kita lihat dengan mata seperti:


*Dalam surah Yunus ayat 3 & ayat 5- Allah jelaskan dalil rububiyyah bahawa Allah yang mencipta langit, mentadbir alam, menetapkan peredaran matahari dan bulan.

 Semua itu menunjukkan hikmah dan tadbir-Nya.


 *Manakala dalam surah Luqman ayat 10, 11 & 20- Allah tegaskan penciptaan langit tanpa tiang, nikmat yang dilimpahkan, dan nasihat Luqman penuh hikmah kepada anaknya. 

Ini menuntut kepada الحكمة iaitu hikmah yang mantap, hujjah akal dan nasihat.


ii- manakala dalam surah Yusuf diakhiri dengan {ٱلْكِتَـٰبِ ٱلْمُبِينِ}- Kitab yang menjelaskan.


 Ini kerana surah ini hanya berlegar tentang kisah Nabi Yusuf, ibu bapanya dan adik-beradiknya iaitu kisah peribadi & kekeluargaan penuh dengan peristiwa yang terperinci dari awal hingga akhir. 


Maka Allah jelaskan kepada kita kitab al-Quran ini menjelaskan kisah sebenar Nabi Yusuf a.s dengan nyata & jelas {ٱلْمُبِينِ} bukan seperti tuduhan & fitnah yang dibuat ke atas Nabi Yusuf yang gila perempuan dan seumpamanya.


3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐- {𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭 𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫 𝐢𝐭𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐰𝐚𝐡𝐲𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐣𝐞𝐧𝐢𝐬 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝,)…}- puak kafir Quraisy ini berasa pelik & tidak boleh terima apabila melihat Nabi Muhammad s.a.w yang dipilih & diutus Allah sebagai Rasul kepada mereka!


Manusia ini jika kita berikan kepada mereka untuk ukur apa yang baik atau hebat; maka akan pelik, pincang & tidak adillah! 


Lihat kafir Quraisy yang berasa pelik & tak puas hati kerana Allah pilih Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul yang mendapat wahyu! 


Bagi mereka yang layaknya adalah para pemuka, orang besar berpangkat di kalangan mereka seperti al-Walid bin al-Mughirah penguasa Makkah atau kepada Mas’ud bin Amru ath-Thaqafi- penguasa Taif! 


Orang miskin & anak yatim seperti Nabi Muhammad ini mereka tidak boleh terima, tidak padan dengan taraf mereka! 

Begitulan manusia ada perangai tak masak begini!


𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐- {… "𝐁𝐞𝐫𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐦𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫, 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐚𝐳𝐚𝐛) 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐦𝐛𝐢𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧,..}- 


Allah nyatakan tugas Nabi s.a.w di sini iaitu:

i- memb𝐞𝐫𝐢 𝐚𝐦𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫 {أَنذِرِ ٱلنَّاسَ} keras kepala tak dengar kata.


ii- menyampaikan 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐠𝐞𝐦𝐛𝐢𝐫𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 {وَبَشِّرِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟}.

Dalam ayat ini kenapa Allah mulakan dengan beri amaran dulu???


Jawapan: 

i- kata ar-Razi rhm: Ini kerana dalam pendidikan itu kita kena kosongkan dulu dari segala sifat buruk baru kita isi dengan tarbiyah & kebaikan.


Iaitu kaedah yang dibuat ulama';

 التخلية قبل التحلية: 

i- iaitu bersihkan dulu sesuatu bekas itu daripada kekotoran 

ii- sebelum mengisinya dengan sesuatu yang baik pula.


Jadi Allah suruh beri amaran dulu kepada semua manusia- untuk kosongkan dulu hati mereka daripada segala keburukan & syirik!


 Seseorang perlu meninggalkan maksiat sebelum memperhiasi amalan menuju ketaatan.


Dalam ayat ini Allah suruh beri amaran kepada semua manusia supaya mereka beriman! 


Manakala untuk orang beriman adalah mereka yang khas yang diberi khabar gembira. 

Kerana yang dapat manfaatnya hanya orang beriman- orang kafir tak akan dapat khabar gembira.


*Kerana itu tak perlu kita ucap doa atau kata-kata seperti RIP- rest in peace untuk orang kafir- kerana kematian mereka tidak sesekali pengakhiran atau membawa ketenangan bahkan akan melalui fasa yang cukup menakutkan- wal-iyazu billah.


Ya Allah jadikan kami dari kalangan mereka yang beriman ini!


4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐- {… 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡 𝐦𝐮𝐥𝐢𝐚 𝐝𝐢 𝐬𝐢𝐬𝐢 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐝𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐦𝐚𝐥-𝐚𝐦𝐚𝐥 𝐬𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧).}- persediaan untuk balasan kebaikan bagi amal yang mereka buat. 


“Qadama ṣidq”- {قَدَمَ صِدْق}- persediaan mulia berupa amal soleh & iman yang mendahului mereka akan mendapat ganjarannya & kedudukan di sisi Allah, iaitu syurga.


Lima perkara yang Allah sandarkan kepada benar/sidq {صِدْقٍ} dalam al-Quran:

i- ayat kita ini- {قَدَمَ صِدْق}- persediaan yang baik. 

ii- Ayat 80 surah Israa’:

 ﴿وَقُل رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ﴾

{مُدْخَلَ صِدْقٍۢ}- kemasukan yang benar lagi mulia & {مُخْرَجَ صِدْقٍۢ}- cara keluar yang benar lagi mulia.


iii- Ayat 84 surah asy-Syuaraa’: 

﴿وَاجْعَل لِّي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ﴾ 

- sebutan (nama baik) yang benar {لِسَانَ صِدْقٍ} - 


iv- Ayat 55 surah al-Qamar:

 ﴿فِي مَقْعَدِ صِدْقٍ عِندَ مَلِيكٍ مُّقْتَدِرٍ﴾-

 Di tempat duduk  yang benar {مَقْعَدِ صِدْقٍ} iaitu syurga.


v- Ayat 16 surah al-Aḥqaf:

 {وَعْدَ ٱلصِّدْقِ ٱلَّذِى كَانُوا۟ يُوعَدُونَ ١٦}- 

sebagai memenuhi janji yang benar yang telah dijanjikan kepada mereka. {وَعْدَ ٱلصِّدْقِ}- janji yang benar.


Hakikatnya semua istilah benar dalam semua perkara ini adalah menggambarkan perkara yang benar & sabit yang berkait dengan Allah s.w.t dan yang menyampaikan kita kepada Allah! 


Kita buat semuanya kepada Allah; maka ia akan sampai kepada Allah & kita akan mendapat balasannya iaitu balasan syurga bagi orang beriman.


5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐- {… 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐟𝐢𝐫 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐡𝐚𝐢𝐫𝐚𝐧) 𝐢𝐭𝐮: "𝐒𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚 (𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧) 𝐢𝐧𝐢 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐢𝐡𝐢𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚."}- puak kafir mengatakan bahawa al-Quran atau Nabi s.a.w itu adalah perbuatan sihir yang sangat nyata.


Ulama' kata ayat ini mengisbatkan bahawa Nabi s.a.w itu adalah benar-benar seorang rasul.


i- ini menunjukkan mereka mengakui & mengetahui bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu adalah benar-benar seorang nabi & rasul utusan Allah.


 Tetapi kerana mereka tidak boleh nak lawan atau nak nafikan lagi kebenaran Rasulullah s.a.w- mereka terpaksa tukar cara takrik serangan ke atasnya! 


Mereka akan buat tuduhan ke atas bahawa Rasulullah s.a.w adalah seorang tukang sihir.


Setelah mereka gagal menolak kerasulan Nabi s.a.w dengan hujah akal, mereka beralih menuduh baginda dengan tuduhan palsu: sihir.


Ini satu pengakuan tidak langsung bahawa Nabi s.a.w membawa sesuatu kebenaran, hingga mereka terpaksa mencari label untuk menjatuhkannya.


ii- juga menunjukkan akuan mereka terhadap al-Quran. Iaitu apabila mereka tidak dapat mencabar, nak serang & nak tiru al-Quran- lalu mereka mengatakan al-Quran adalah hasil dari perbuatan sihir. 


Yakni mereka sebenarnya mengakui mukjizat Nabi s.a.w & al-Quran yang begitu hebat, sehingga mereka tidak dapat melawannya dengan hujjah atau fakta.


Begitulah mana-mana kaum & manusia yang jahat- apabila mereka kehabisan senjata & hujjah- tak boleh lawan secara telus lagi- mereka melancarkan serangan dengan buat tuduhan, label-melabel untuk menakutkan orang ramai & menjauhkan manusia dari dakwah yang benar ini! 


Sama seperti kita hari ini apabila kita menasihat menyatakan bahawa perbuatan ini salah, tidak benar & menyalahi Sunnah Nabi s.a.w- para ulama' muktabar mengatakan perbuatan ini tidak betul samada khurafat atau bid'ah, bertentangan dengan Sunnah. 


Maka mereka yang ditegur itu- jika mereka tak dapat lawan tak ada hujjah tapi nak buat juga- maka terus diangkatnya bendera- bubuh label & gelaran kepada yang menegur itu! 


Masuk kampung masuk bandar, nyatakan tuduhan itu untuk menjauhkan orang ramai & masyarakat dari pendakwah yang menyampaikan al-Quran dan menyebarkan Sunnah! 


Menyekat dan menghalang dakwah Sunnah dengan pelbagai medium & kuasa yang ada.

 Kita katakan Allahu al-Musta’an.


Begitulah gaya permainan kafir ini beginlah sehingga ke hari Kiamat- tiada hujjah lawan dengan tuduhan, tiada fakta lawan dengan auta.


Tidak mengapa atas dunia ini buatlah apa yang kamu suka jika ada kuasa- jangan lupa di Akhirat, di depan kita ada hisab.


Maka kita katakan: Sabarlah wahai para pejuang ajaran al-Quran & Sunnah Nabi s.a.w yang murni- dihadapan kita ada Allah dan pengadilan-Nya.


Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya. 


𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.🎀

#𝙐𝘼𝙈✎𝗖𝗮𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗵 𝙎𝙚𝙡𝙖𝙨𝙖 16/09/2025 / 23 𝙍. 𝘼𝙬𝙖𝙡 1447𝙃🌷


Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Yunus 2025 (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:


Link: 

https://www.youtube.com/playlist?list=PLC16EIfOI4LCezq32AtjEt24_fUbZeiy3


Semoga Bermanfaat!

Surah yunus: ayat 3-4

 💎𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐒.𝐖.𝐓 𝐂𝐢𝐩𝐭𝐚 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐃𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐦𝐢 𝟔 𝐌𝐚𝐬𝐚, 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐲𝐚𝐟𝐚𝐚𝐭 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐈𝐳𝐢𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 & 𝐈𝐬𝐛𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧.💎


♥ 𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙍𝙖𝙗𝙪 17/09/2025 / 24 𝙍. 𝘼𝙬𝙖𝙡 1447𝙃 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙔𝙪𝙣𝙪𝙨 (03) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [03-04]♥


F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨: https://youtu.be/_5el4RTA1ww?si=Q3PboW7kKS3pXbXE 


🌷𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:

1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Yunus dengan ayat 03 dan ayat 04 dalam juzuk kesebelas.


2. Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan bahawa Allah S.W.T cipta langit dan bumi dalam 6 masa.


3. Kemudian Allah nyatakan tidak ada siapa yang boleh memberi syafaat kecuali dengan izin Allah Azza wa Jalla


4. Allah juga isbatkan kebangkitan semula selepas mati serta balasan baik bagi orang yang beriman dan balasan buruk bagi orang kafir.


*Inilah uslub al-Quran disebut keduanya yang baik & buruk, positif & negatif. 


Supaya orang yang baik bertambah baik & semangat untuk buat kebaikan.


 Manakala orang yang nak buat perkara buruk berhentilah, jangan cari pasal yang boleh menyusahkan hidupnya beterusan di Akhirat kelak!


5. Munasabah dengan ayat sebelumnya:


i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan tentang puak kafir yang berasa hairan, pelik & takjub apabila Allah hantar rasul seorang manusia, seorang lelaki dari kalangan mereka, bangsa Arab. 


ii- maka datang ayat ini Allah menyatakan Dia yang Maha Berkuasa, yang menjadikan langit dan bumi, pentadbir yang maha bijaksana!


 Maka Allah-lah yang paling berhak melantik sesiapa saja yang dikehendaki-Nya untuk menjadi utusan-Nya. 

Manusia tidak berhak mempertikaikannya & menolaknya. 


6. Kamu semua kena akur dengan ketetapan Allah s.w.t jangan degil jangan keras kepala!


 Jangan sibuk nak masuk campur dalam urusan, hak & kuasa Allah- kamu sibukkan diri kamu jaga anak-isteri kamu & diri kamu sendiri itu!  


أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ 


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐦𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐞𝐧𝐚𝐦 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐈𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐞𝐦𝐚𝐲𝐚𝐦 𝐝𝐢 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐀𝐫𝐚𝐬𝐲 𝐦𝐞𝐧𝐭𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧.} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟑)


1. Dalam ayat ini Allah nak menyatakan bahawa alam ini ada Tuannya, yang mencipta, mentadbir & menyusun-atur perjalanannya.


 Kemudian maka Allah perkenalkan diri-Nya sebagai Rabb yang mencipta tujuh lapis langit {7 سماوات} dan tujuh petala bumi { ٧ أرضين}, Tuhan yang tidak boleh disekutukan dengan sesuatu sedikitpun. 


2. Allah menyatakan lagi bahawa Dia mencipta semua itu dalam 6 masa atau 6 hari.


 Berapa lama pula 6 masa atau hari penciptaan langit & bumi ini???


3. Kata ahli tafsir Syeikh Ibnu Atiyah -ada orang kata ia adalah hari Akhirat- yang begitu lama. 

Tetapi majoriti ulama' kata ia adalah 6 (enam) hari dunia kita ini!


4. Nota: Dalam ayat ini Allah s.w.t menegaskan hujjah-hujjah yang membuktikan kekuasaan & keEsaan dengan menegaskan Tuhan mereka & Tuhan setiap makhluk adalah Allah yang mencipta langit & bumi dalam 6 masa. 


Dan setiap satu masa tersebut Allah jualah yang mengetahui berapa lamanya! 


*Majoriti ulama' kata adalah hari dunia iaitu 6 hari x 24 jam = 144 jam.


5. Kemudian Allah bersemayam (istiwa’) di atas Arasy-Nya. 


Kita kata & terjemahkan sebagaimana yang Allah sendiri katakan! 


Kita tidak perlu bahas panjang bagaimana kerana begitulah yang Allah sebut!


6. Nota: Allah berisitiwa’ dengan cara yang layak bagi Allah dengan keagungan-Nya. 


Jangan fikir dengan otak kita bagaimanakah cara istiwa’ itu. 


Tidak ada siapa yang mampu menghuraikannya- kita kata kita beriman sebagaimana yang Allah sebut!!  


Jika boleh dibayangkan itu bukan yang layak bagi Allah tapi makhluk lain.


*Tugas kita hanya sebagaimana yang Allah sebut & perintahkan- itu cara yang terbaik.


7. Banyak lagi ayat-ayat lain yang Allah sebut begitu 

i- {Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy;} (Al-A'raaf 7:54)


ii- {Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy;} (As-Sajdah 32:4)


8. Sebagaimana Kata Imam Malik mengenai istiwa’ adalah:


"Al-istiwa' itu diketahui (maklum), bentuknya (kaifiyyah) tidak diketahui (majhul), mengimaninya wajib, dan mempertanyakannya adalah bid'ah". 


*Beliau menegaskan bahawa makna istiwa' dalam Al-Quran sudah jelas, iaitu kebesaran dan kekuasaan Allah atas 'Arsy-Nya, namun bagaimana bentuk atau cara istiwa' tersebut tidak diketahui dan tidak layak untuk ditanyakan oleh manusia kerana termasuk perbuatan bid'ah.


*Begitulah ulama' salaf tidak mentakwilnya sebagaimana ulama' Khalaf yang terkemudian; yang menafsirkannya dengan maksud menguasai Arasy.


9. Tidak perlu kita menakwilnya kerana YANG penting kita tutup dengan:


i- ayat firman Allah ini: {لَيْسَ كَمِثْلِهِۦ شَىْءٌ}:

Maksudnya: {Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia" atau "Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Allah"}. [Asy-Syura: 11]

 

ii- serta dengan sifat Allah yang (ﻣﺨﺎﻟﻔﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ),- iaitu bersalahan Allah dengan segala yang Baharu- iaitu dengan segala makhluk ciptaan-Nya.


10. Jika kita boleh menerima sifat Allah mendengar, melihat & berkata-kata; dan tiada siapa mempertikaikannya bagaimana?!


Maka begitulah juga kita beriman bahawa Allah itu beristiwa’ atas Arasy-Nya dengan cara yang layak baginya sebagaimana sifat lain juga!


 Tidak sesekali sama seperti makhluk yang dapat kita bayangkan! Ini kerana Allah sendiri yang menyebut & menyatakannya beberapa kali dalam al-Quran ini. 


11. Kesimpulannya kita tidak perlu bincang panjang; kita pilih yang terbaik iaitu apa yang disebut oleh Allah dengan keyakinan kita terhadapnya!! 


12. Allah s.w.t yang menyusun-atur, mentadbir segala urusan makhluk-Nya di langit & di bumi.


 Kita lihat perjalanan susun-atur yang Allah buat itu amat sempurna & tepat. 


Lihat bagaimana peredaran matahari & bulan yang tidak pernah tersalah atau berlaku eksiden.


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑- {𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐩𝐮𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐬𝐲𝐚𝐟𝐚𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐢𝐳𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚. (𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐢𝐟𝐚𝐭 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧) 𝐢𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐭𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧) 𝐤𝐚𝐦𝐮; 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐭𝐮𝐧𝐝𝐮𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡𝐍𝐲𝐚; 𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 - 𝐬𝐞𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐤𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐚𝐡𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐢𝐍𝐲𝐚?} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟑)


1. Allah menegaskan bahawa; 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐩𝐮𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐬𝐲𝐚𝐟𝐚𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐢𝐳𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧-𝐍𝐲𝐚. 


Kita pun tidak tahu apakah & bagaimana Allah izinkan atau tidak!


2. Makna syafaat: Membuat jasa baik untuk memohon pertimbnagn. 


Keterangan tentang memberi syafaat ini menolak fahaman mereka yang mengatakan bahawa makhluk yang mereka sembah seperti berhala sebagai pemberi syafaat iaitu sebagai penolong/penyokong kepada mereka di sisi Allah kelak! 

Allah menolak & menafikan terus dakwaan ini!!!!


9. Yakni tiada siapa yang mampu memberi syafaat di Akhirat kelak kecuali setelah diberi izin oleh Allah s.w.t! 


Walaupun ramai yang mendakwanya- jadi kita minta syafaat dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t agar tidak berlaku pertindihan kuasa.


10. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:


{Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.} (Al-Baqarah 2:255)


11. Ini kerana puak Arab jahiliyyah yang menyembah berhala itu percaya bahawa sembahan mereka itu tidak ada kuasa tetapi boleh & akan menjadi pemberi syafaat, orang tengah, tukang rekmen atau jurucakap bagi mereka di Akhirat kelak!


*Ayat ini menolak fahaman ini.


12. Allah s.w.t yang sifat-Nya Pencipta makhluk & alam ini serta Pentadbir & Pemilik-Nya- adalah tempat kita meminta & memohon segala permintaan & syafaat.


 Kita jangan salah tempat meminta kepada yang selain dari-Nya sedangkan dunia ini milik Allah!


13. Kemudian Allah bertanya di akhir ayat: Wahai manusia apakah kamu tidak berfikir tak ambil pengajaran iktibar dari tanda-tanda ayat-ayat keterangan tentang kekuasaan Allah s.w.t yang disebut ini!

*YAkni Allah nak tanyakan semua alam ini di bawah kekuasaan Allah- bukan di bawah kuasa sesiapa selain dari-Nya.


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒- {𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐍𝐲𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚, 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫. 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐣𝐚𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐡𝐥𝐮𝐤, 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐈𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 (𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐦𝐚𝐭𝐢𝐧𝐲𝐚), 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐥 𝐬𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐢𝐥; 𝐝𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐟𝐢𝐫 𝐩𝐮𝐥𝐚, 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐢𝐧𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐢𝐫 𝐩𝐚𝐧𝐚𝐬 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐞𝐥𝐞𝐠𝐚𝐤, 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐞𝐫𝐢 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭𝐧𝐲𝐚, 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐤𝐮 𝐤𝐮𝐟𝐮𝐫.} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟒) 


1. Munasabah ayat:

i- dalam ayat yang lepas menyatakan isbat permulaan- Allah cipta langit & bumi serta segala makhluk yang ada ini.

 Yakni Allah yang mulakan & cipta makhluk ini!


ii- kemudian datang ayat ini menyatakan bahawa kamu semua makhluk akan kembali pada Allah setelah diciptakan, hidup melata sebentar atas dunia kemudian kamu akan mati dikembalikan semula kepada Allah apabila sampai ajalnya.  


Kamu akan jumpa janji Allah yang benar untuk membalas syurga bagi hamba-Nya yang beriman & balasan neraka bagi mereka yang jahat!


2. Allah nyatakan dalam ayat ini wahai semua manusia- kamu selepas mati akan diangkat hidup balik untuk pengadilan & pembalasan! 


 Allah janjikan kepada kamu manusia- satu janji benar yang sesekali tidak akan dimungkiri!!!


3. Manusia akan kembali kepada asal sebagaimana awal Allah ciptakan manusia dahulu- bemula dari Adam-dari tiada kepada ada kemudian mati kemudian kembali ada atau hidup pada hari Kiamat seperti kali pertama dulu!


4. Hadis- Daripada Ibnu Abbas R.A, Nabi S.A.W bersabda:


إِنَّكُمْ تُحْشَرُونَ حُفَاةً عُرَاةً غُرْلًا

“Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan (pada hari kiamat) dalam keadaan tidak beralas kaki, tidak berpakaian, dan tidak berkhatan (tidak bersunat).”

 (Sahih al-Bukhari, no. 6527; Sahih Muslim, no. 2859)


*Yakni Allah kata sebagaimana Dia mulakan dulu- begitulah dikembalikan semula.


5. Untuk apa manusia dihidupkan kembali itu???? 

Tujuan manusia dibangkitkan semula adalah untuk diberi pembalasan yang adil:


i- orang yang soleh dapat pahala atas kebaikan & amal soleh mereka.


ii- orang yang dikhianati & dizalimi- akan dapat keadilan- berhak untuk membalas kejahatan & kezaliman orang yang menganiayai dia atas dunia dulu atau lihat mereka dapat pembalasan.


iii- orang kafir & orang jahat yang terlepas atas dunia dulu pula- bagi mereka azab yang pedih bagi kekufuran & kezaliman mereka!


6. Allah nyatakan antara azab yang disediakan bagi orang kafir yang ingkar dan kufur; air panas yang mendidih, menggelegak serta pelbagai azab yang dahsyat! 


*Itulah balasan kekufuran mereka atas dunia dulu!


🎀𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:


1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐦𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐞𝐧𝐚𝐦 𝐦𝐚𝐬𝐚…}- 

Allah nyatakan penciptaan Allah untuk langit dan bumi dalam masa 6 hari atau 6 masa.


Ulama' tadabbur kata sedangkan jika Allah mahu Dia boleh mencipta & mengadakan semua ini dalam sekelip mata sahaja- Kun fa yakun! 


 Tetapi dengan penuh hikmah yang cukup mendalan Allah tidak buat dalam sekelip mata tetapi Allah nyatakan Dia menciptanya dalam 6 masa.


Allah sebut & nyatakan 6 masa ini pasti ada sesuatu yang Allah nak mendidik mengajar kita; antara hikmahnya:


i- pertama Allah nak beritahu bahawa itu semua di bawah kuasa, hikmah & ilmu Allah- maka tidak perlu dipertikaikan, tidak perlu persoalkan kekuasaan Allah.


ii- Allah nak didik & ajar hamba-Nya jangan gopoh, semua perkara ada tempoh & masanya. Maka jangan gopoh sangat! 


iii- Allah nak tunjukkan kepada malaikat bahawa Penciptaan Allah itu satu demi satu, penuh tertib- samada bumi dulu atau langit dulu.


iv- apabila dibuat satu-persatu itu nampak lebih kuat dan tersusun, lebih jauh daripada keraguan dan pertikaian yang ditimbulkan! 


2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠…. 𝐦𝐞𝐧𝐭𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧}-  Allah yang susun atur hidup kamu ini!


Apabila kita tahu Tuhan yang susun dan atur maka tidak ada keraguan lagi. 


Sebagaimana Allah kata di akhir ayat- {𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐭𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧) 𝐤𝐚𝐦𝐮; 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐭𝐮𝐧𝐝𝐮𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡𝐍𝐲𝐚;}- 


Maka para ulama' kata: Setelah kamu lihat dalil kekuasaan Allah- kenapa kamu nak sembah yang lain selain daripada Allah- sembahlah Allah!


Allah juga kata kenapa kamu tak ambil iktibar pengajaran; ayat ini menjadi dalil kita kena tadabbur & tafakkur tentang semua dalil kekuasaan dan keesaan Allah. 


Kita kena fikir akan dalil-dalil kekuasaan Allah s.w.t! 


Sebagaimana falsafah badwi: Najis unta menunjukkan adanya unta!!!


Maka adanya dunia ini menunjukkan adanya Penciptanya!


Kerana itu kita minta ilmu yang bermanfaat- yang dapat memberi kebaikan dunia & Akhirat.


 Alim Rabbani ialah orang alim (berilmu) yang beramal dengan ilmunya dan ilmunya itu memberi manfaat kebaikan baginya!


Satu lagi jenis alim degree; Walaupun setara mana tinggi degree & sijil yang ada- jika tak beramal dengan ilmunya itu- tidak ada gunanya! 


Ini untuk kita muhasabah diri kita sendiri- setara mana tinggi sijil dan degree jika ilmu yang ada tidak diamal & tidak memberi manfaat kebaikan tidak ada gunanya! 


Tetapi jangan pula kita hina & kutuk orang- kerana orang tidak ada sesuatu benda tidak akan dapat memberi sesuatu juga! 


3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑- {𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐩𝐮𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐬𝐲𝐚𝐟𝐚𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐢𝐳𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚.]-


 Allah sebut syafaat kerana ayat kita ini bermula dari awal kejadian makhluk sehingga kita kembali kepada Allah. 


Iaitu dari permulaah sehingga kepada pengakhiran manusia!


Kita kena ingat betul-betul bahawa syafaat untuk Akhirat itu ada tetapi bersyarat iaitu dengan keizinan Allah s.w.t! 


Sama juga dengan pertolongan atau bantuan sesama manusia atas dunia ini- sebagai sokongan dan orang tengah yang ada kuasa atau keizinan untuk membantunya! 


Jika tidak ada kelayakan pasti tidak akan dapat memberi bantuan syafaat kepada orang lain!


*Contoh: Seperti penghulu atau imam tolong angkat nama orang miskin dan susah dalam kawasan atau kampung mereka kepada pihak berkuasa di pejabat di bandar.


Sama juga dengan berdoa: Semua orang boleh berdoa meminta kepada Tuhan- tetapi jika orang itu tak cukup syarat, seperti makan haram dan seumpamanya- Allah tidak akan kabulkannya!


Boleh tengok siri Kuliah Kitab Rukun Iman untuk memahami lebih lanjut lagi tentang syafaat dan jenisnya ini:

https://youtu.be/DPwpSmfUhb4?si=EOKtrktjpKL6Ed0u 


Mulahazah: Kenapa apabila disebut langit {ٱلسَّمَـٰوَٰتِ} dengan lafaz jama’ (plural) tetapi disebut bumi {وَٱلْأَرْضَ} dengan lafaz mufrad (singular)?


Jawapan:

i- kata ulama' tidak disebut lafaz jama’ bagi bumi kerana berat lafaznya (أَرَاضِي) tetapi langit ringan sahaja sebutannya.


ii- dari segi bilangan langit memang banyak- ada tujuh lapisan.

 Setiap satu tingkat atau lapis 500 tahun perjalanan. 

Maka untuk menunjukkan besar & luasnya langit.


iii- pendapat ketiga mengatakan digunakan lafaz jama’ untuk langit kerana masyhur dikatakan ia mempunyai banyak planet & bintang-bintang di atasnya. 


Bukan seperti bumi yang lapisannya di bawah & tak nampak.


*tetapi jika langit disebut dengan niat untuk tunjukkan arah akan diguna sighah mufrad (singular) iaitu {السماء}. 


4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐦𝐢…}- dalam ayat ini Allah sandarkan kepada dirinya sendiri.


Tetapi dalam beberapa ayat lain adakalanya Allah sandarkan perbuatan-Nya kepada malaikat atau rasul??? 

Kenapa ada perbezaan ini???


Beberapa contoh ayat:

i- {فَٱلْمُدَبِّرَٰتِ أَمْرًۭا}- malaikat yang menyusun, mentadbir segala perkara. (An-Naazi'aat 79:5)


ii- {ٱللَّهُ يَتَوَفَّى ٱلْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا}- Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya,- (Az-Zumar 39:42)


iii- {تَوَفَّتْهُ رُسُلُنَا}- lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); (Al-An'aam 6:61)


Kenapa ada perbezaan di situ??

Jawapan:

Semua perkara itu asalnya di bawah kuasa Allah Azza wa Jalla TETAPI apabila Allah yang mengarahkan kepada para malaikat- maka ketika itu malaikat melaksanakan tugas itu lalu disandarkan kepada mereka perbuatan itu.


Sama seperti pekerja yang menjalankan tugas boss.


5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒- {𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐍𝐲𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚, 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫.}- ayat ini menjadi dalil wajib beriman kepada hari Akhirat & kebangkitan semula manusia!


Ayat ini nak menolak fahaman & kepercayaan puak kafir bahawa manusia itu apabila mati menjadi tanah- tulang-temulangnya akan hancur & tak akan hidup kembali! 


Allah yang mencipta dari awal dan Dia akan kembalikan dan hidupkan kamu semula. 

Itulah kelebihan yang amat besar keimanan yang kita belajar!


Allah juga bawa dalam ayat ini dua balasan yang besar:


i- orang mukmin akan dibalas syurga.

ii- orang kafir akan dibalas neraka! 


Begitulah uslub al-Quran dibawa keduanya yang baik & yang buruk ini agar:


i- orang mukmin bertambah semangat untuk beribadat & buat amal soleh.


ii- orang kafir & jahat-  tak berani untuk terus buat jahat dan meneruskan kefahamannya yang sesat & salah!


Semoga Allah bantu kita untuk beramal dengan apa yang telah kita pelajari, bertambah semangat untuk bekerja & beribadat, serta takut untuk melanggar apa yang telah ditetapkan Allah s.w.t! 


Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya. 


𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.🎀


#𝙐𝘼𝙈✎𝗖𝗮𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗵 𝙍𝙖𝙗𝙪 17/09/2025 / 24 𝙍. 𝘼𝙬𝙖𝙡 1447𝙃🌷


Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Yunus 2025 (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:


Link: 

https://www.youtube.com/playlist?list=PLC16EIfOI4LCezq32AtjEt24_fUbZeiy3


Semoga Bermanfaat!

Saturday, 20 September 2025

PCR, pesan

Pesannya...


kalau tatkala tiba di stesyen ini

kau teringinkan kopi

beli dan hiruplah sepuas hati

di stesyen lain mungkin tidak berkesempatan lagi


dan tatkala keretapi sampai

walaupun tiada angin gemalai

hanya awan hitam bergumpalan

naikilah bersama keyakinan

akan tiba di tujuan

keretapi berikut mungkin berhalangan


kalau kemudiannya hujan

renunglah ke luar tingkap

sementara dirimu kering...


Kpg Lumut

200925 

Saturday, 13 September 2025

Merdeka PCR

 MEKAR MALAYSIA

(SEMPENA HARI MALAYSIA)


Mengudup dan memekar

di bawah langitmu Malaysia

menguntumkan cinta.


Seperti sekuntum bunga

izinkan aku mewarnakan rimba

dengan darah kesumba

mewangikan udara

dengan wangian syurga.


Sejuta kumbang datanglah

aku akan memilih angin gunung

untuk disenyawakan.


Maafiah konvensi

aku tidak mahu membenihi

hanya serahim tradisi.


Benihku ini

tercampak ke laut menjadi pulau

tercicip di darat menjadi bukit.


Aku tak perlukan vas

segenggam batu dan segelas hujan

tetapi aku rela layu

di tangkai palsu.


2025 sept


Wednesday, 20 August 2025

Pcr, pesannya

 Pesannya...


kau adalah lebih daripada sekadar kau

adalah hati-hati yang kau sentuh

adalah udara yang kau sedut

kopi yang kau seduh

dunia yang kau fikir

cakerawala yang kau lihat

tapak-tapak yang kau tinggalkan


kau akan ditemui dalam yang kau cintai

dalam guruh yang bergempita di kepala

dalam semilir yang membelai pagi

dalam ciuman selamat malam

dalam dakapan persahabatan

dalam rama-rama dan kunang-kunang senja


kau lebih daripada yang dipandang

daripada senyuman yang kau beri

daripada airmata yang kau cucuri

di antara ketawa dan keluhan

kepada yang banyak dan kurang


kau tanyalah diri sendiri

adakah kau dalam memori


200825

Monday, 14 July 2025

OT: tugas tak berkaitan guru

Kalau tanya aku...
1. Tiada guru sepatutnya diwajibkan menyertai sebarang aktiviti luar sekolah yang tidak signifikan kepada kemenjadian murid. Samalah dgn mana2 kakitangan awam tidak boleh terlibat dgn mana2 aktiviti yg tiada kaitan dgn tugasnya yg ia digaji utk laksanakan. 

2. Penglibatan guru hanya wajar sebagai wakil sekolah dalam program luar yang secara langsung menyumbang kepada perkembangan kemahiran guru, menambah pengalaman pembelajaran murid, sama ada akademik, sahsiah atau bakat  dengan syarat PdP tidak terjejas.

3. Apabila aktiviti luar bertembung dengan jadual pengajaran, maka PdP mesti diutamakan tanpa kompromi. Kualiti pengajaran tidak boleh dikorbankan hanya kerana memenuhi jemputan luar atau murid dilibatkan bagi menyerikan aktiviti yg dibuat disekolah utk tujuan promosi pelbagai pihak.

4. Jika mahu melibatkan murid dalam aktiviti luar, perancangan mesti mengambil kira kelapangan dan kesediaan murid serta impak positif kepada mereka,  bukan semata-mata ikut kehendak penganjur atau kepentingan pentadbiran tertinggi.

5. Tapi ini tidak termasuk aktiviti eksplorasi, lawatan akademik atau pembelajaran luar bilik darjah yang memang sebahagian daripada PdP dan memperkasa pengalaman pembelajaran murid.ksplorasi dan lawatan akademik. Jgn pelek plak, sebab beginilah cara dan prinsip sekolah negara maju melindungi guru demi menjaga kesejahteraan dan kemenjadian murid wpun menteri sgt jarang buat program disekolah.. 

Dah lah.. bagi can lah aku tidor...

OT

Beban tugas guru OT

Apabila Menteri tidak berupaya menyelesaikan isu beban tugas guru, maka secara tidak langsung beliau turut menyumbang kepada berlarutannya isu ini. Ini isu mendasar yang memberi kesan langsung kepada murid, guru dan sistem pendidikan negara.

1. Beban tugas guru merangkumi PdP, pentaksiran, kokurikulum termasuk pengurusan data dan tugasan luar bilik darjah yang TERKAIT dgn kemenjadian murid.

2. Namun, guru kini semakin sibuk dengan kerja2 luar utk pelbagai persiapan, kerja2 perkeranian dgn pengisian data bertindih2 dari SPLKPM, e-Operasi dll serta  penyediaan pelbagai dokumentasi utk dihantar ke JPN / PPD. 

3. Bila PdP terganggu, masa berkualiti bersama murid berkurang, dan proses pembelajaran jadi tergesa-gesa leranan kurang persediaan, akhirnya murid yang menanggung kesannya

4. Beban kerja berlebihan menyebabkan keletihan, stres, kehilangan minat dan ramai guru ingin atau terfikir utk bersara awal.

5.  MPPK ? Badan ini boleh dianggap gagal berfungsi kerana isu beban guru makin meruncing hingga kini diserahkan kepada KPPM, menunjukkan kelemahan koordinasi dasar. 

6. Kenapa perlu dibentang “setiap 3 bulan” sedang ia isu yang  wajar diselesaikan secara one-for-all, malah boleh sahaja dengan SATU ARAHAN dari KPM. 

7. Umum tahu, YBM & PPD/JPN antara punca macam2 tugas luar hakiki yang guru perlu selesaikan, siap dgn date line. YB Menteri sendiri aktif mengatur pelbagai program pelancaran yang memerlukan guru bersiap siaga, dengan pendetailannya diarahkan melalui PPD/JPN, sehingga wujud program utk memperolehi MBOR dgn penyertaan mandatori guru. 

Jadi ?

8. Data empirikal lapangan perlu dikumpulkan segera untuk mengenal pasti tugasan paling membebankan serta kesannya terhadap keberkesanan guru dan hasil pembelajaran murid.

9. Jika YBM / KPM betul2 prihatin, tubuhkan kumpulan penyelidik utk menyiapkan laporan kajian beban tugas kerana KPM sendiri spt tidak berupaya utk menyelesaikannya, sdg Menteri boleh sahaja keluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) dgn arahan yg tegas.

10. Buat masa ini, wujudkan badan profesional, bebas dan berkecuali tersebut, untuk menyiasat serta mencadangkan rombakan struktur tugasan guru secara menyeluruh, bukan bersandar mengikut mekanisme sedia ada yang terbukti sejak dulu tidak akan bawa ke mana-mana. 

OT

PCR: Seratus

SERATUS

sebagai peratus markah 
di atas kertas ujian
natijahnya tiada kesalahan
pada semua jawapan
namun bukan sesempurna
kecemerlangan

seratus betul
mungkin seratus tahu
tetapi belum sejati ilmunya
untuk dibawa meneroka
untuk diguna mencipta

sebagai jumlah tahun
daripada tarikh kelahiran
natijahnya rezeki bergugusan
seperti daun-daun dan musim
pada pohon-pohonan
namun bukan jaminan
keredhaan

seratus tahun
mungkin sepanjang-panjang pengalaman
tetapi sedetik di padang terik
menunggu timbangan

wallahuaklam

Desa Alam
140725

PCR: Tinggal usang

 TINGGAL USANG bukan tidak pernah digelar pegawai diraikan di gerbang ruai    kini segelung rawai di pantai landai tanpa Avecenia dan Rhizop...