💎𝐔𝐧𝐭𝐚 𝐁𝐞𝐭𝐢𝐧𝐚 𝐌𝐮𝐤𝐣𝐢𝐳𝐚𝐭 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐒𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐀.𝐒, 𝐊𝐚𝐮𝐦 𝐓𝐡𝐚𝐦𝐮𝐝 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐚, 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐃𝐢𝐛𝐢𝐧𝐚𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐋𝐞𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐚𝐫𝐚.💎
♥ 𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙆𝙝𝙖𝙢𝙞𝙨 11/12/2025 / 20 𝙅. 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1447𝙃 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙃𝙪𝙙 (18) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [64-68]♥
F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨: https://youtu.be/Q66KF0jHQFQ?si=CIp2dKAdKbwOBVsH
🌷𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:
1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Hud dengan ayat 64 sehingga ayat 68 dalam juzuk kedua-belas.
2. Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan mukjizat Nabi Soleh a.s, iaitu seekor unta betina yang keluar dari bukit.
Nabi Soleh beri taklimat bahawa mereka kena bergilir minum air perigi dengan unta selang sehari. Pada hari giliran unta mereka tidak boleh ambil air perigi tetapi boleh minum susu unta.
3. Tetapi apa boleh buat, kaum Thamud yang keras kepala tak dengar kata, tetap menolak kebenaran di depan mata bahkan mereka sembelih unta tersebut, diketuai oleh seorang yang bernama Qudar bin Salif (قدار).
4. Lalu Allah menurunkan azab & mereka dibinasakan dengan tempikan letusan suara yang kuat, yang mematikan mereka semua.
5. Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan bahawa kebiasaannya orang yang Allah utuskan sebagai rasul & nabi ini dihantar kepada kaumnya yang menyembah berhala.
Maka Rasul akan ajak mereka sembah Allah & isytiharkan bahawa mereka adalah utusan Allah yang mempunyai mukjizat iaitu sesuatu yang diluar kebiasaan adat logik manusia.
ii- Nabi Soleh ini juga mempunyai satu mukjizat yang Allah berikannya iaitu seekor unta betina besar yang keluar dari celah batu atau bukit.
Kaumnya semua dapat minum susu unta ini dan unta akan minum semua air perigi pada hari gilirannya.
6. Diceritakan kaum Thamud ini apabila Nabi soleh berdakwah kepada mereka pada hari perhimpunan mereka- mereka cabar Soleh agar keluarkan dari bukit ini seekor unta!
Nabi Soleh pun berdoa kepada Allah lalu terjadilah apa yang mereka pinta!
Nabi Soleh memberitahu kepada mereka, ini adalah unta Allah (نَاقَةُ ٱللَّهِ)- ia dinisbahkan kepada Allah kerana ia tidak diperanakkan ibunya tetapi dikeluarkan dari bukit.
7. Kisahnya juga di dalam firman Allah ini:
{Sesungguhnya Kami menghantarkan unta betina (yang menjadi mukjizat) sebagai satu ujian bagi mereka. Lalu (Kami perintahkan Rasul Kami): Tunggulah (apakah yang mereka akan lakukan) serta bersabarlah (terhadap tentangan mereka).
Dan khabarkanlah kepada mereka, bahawa sesungguhnya air (telaga mereka) terbahagi di antara mereka dengan unta itu, tiap-tiap bahagian air itu dihadiri oleh yang berhak mengambilnya (pada hari gilirannya).} (Al-Qamar 54: 27-28)
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟒- {"𝐃𝐚𝐧 𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐤𝐚𝐮𝐦𝐤𝐮! 𝐈𝐧𝐢 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐭𝐢𝐧𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚 (𝐦𝐮𝐤𝐣𝐢𝐳𝐚𝐭) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐤𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐧𝐤𝐮. 𝐎𝐥𝐞𝐡 𝐢𝐭𝐮, 𝐛𝐢𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢 𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐧𝐭𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐚𝐤𝐢𝐭𝐢𝐧𝐲𝐚, (𝐤𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐚𝐤𝐢𝐭𝐢𝐧𝐲𝐚) 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐭𝐢𝐦𝐩𝐚 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐬𝐞𝐤𝐬𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐧𝐲𝐚".} (𝐇𝐮𝐝 𝟏𝟏:𝟔𝟒)
1. Nabi Soleh berkata kepada kaumnya: Ini adalah keajaiban dalil yang kamu pinta!
Ini adalah unta Allah {نَاقَةُ ٱللَّهِ} sebagai dalil atau bukti akan kebenaran dakwahku!
2. Unta ini sebagai satu mukjizat yang istimewa dan Nabi Soleh berpesan kepada mereka agar jangan ganggu unta itu:
i- kamu tak perlu uruskan makan-minumnya- 𝐛𝐢𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢 𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡.
ii- 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐧𝐭𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐚𝐤𝐢𝐭𝐢𝐧𝐲𝐚, jangan sesekali khianat akan unta itu!
3. Nabi Soleh memberi amaran kepada mereka agar jangan menyakiti unta itu!
Kerana jika mereka 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐚𝐤𝐢𝐭𝐢𝐧𝐲𝐚; 𝐦𝐚𝐤𝐚 mereka 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐭𝐢𝐦𝐩𝐚 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐬𝐞𝐤𝐬𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐧𝐲𝐚!!!
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟓- {𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐚 𝐢𝐭𝐮, 𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐒𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚: 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠-𝐬𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐢 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠-𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐭𝐢𝐠𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢; 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐨𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮, 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐝𝐮𝐬𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧".} (𝐇𝐮𝐝 𝟏𝟏:𝟔𝟓)
1. Orang jahat di kalangan kaum Thamud tidak senang dengan keadaan ini lalu mereka berpakat untuk membunuh unta itu dan mencari orang yang sanggup melakukannya!
Inilah perangai manusia yang tidak sabar ketika susah & tidak syukur apabila senang.
*Begitulah fitnah itu dimulai oleh jahat, dipercayai oleh orang bodoh & diterima-pakai oleh yang tidak berakal!!
2. Lalu berpakatlah 9 orang wakil dari kalangan kaumnya dan yang dipilih untuk menyembelih unta itu ialah seorang yang bernama Qudar bin Salif.
Akhirnya matilah unta itu dibunuh oleh mereka!
3. Apabila nabi Soleh mendengar berita ini dia terus memberi amaran kepada mereka:
𝐁𝐞𝐫𝐬𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠-𝐬𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐢 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠-𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐭𝐢𝐠𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢; selepas itu azab akan datang, turun ke atas kamu!
4. T𝐞𝐦𝐩𝐨𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝iberi 𝐢𝐭𝐮, 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐝𝐮𝐬𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 kerana Allah yang memberikan wahyu kepada Nabi Soleh!
5. Begitulah biasanya Allah memberi tempoh selama 3 hari kepada kaum yang akan dibinasakan!
Mereka tidak dibinasakan terus untuk lihat apa yang akan mereka buat- apakah mereka akan insaf ketakutan atau terus sombong angkuh!
6. Hanya satu kaum saja yang terlepas daripada azab yang dijanjikan ini kerana mereka segera insaf bertaubat & menyesali perbuatan mereka sebelum azab turun- iaitu kaum Nabi Yunus.
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟔- {𝐌𝐚𝐤𝐚 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐤𝐚𝐦𝐢, 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐛𝐞𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐮𝐦𝐚𝐭𝐧𝐲𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧, 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐡𝐦𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐢, 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐭𝐮. 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧𝐦𝐮, 𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐭, 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚.} (𝐇𝐮𝐝 𝟏𝟏:𝟔𝟔)
1. Munasabah ayat:
i- dalam ayat yang lepas Nabi Soleh sudah larang agar jangan ganggu & menyakiti unta Allah itu- tetapi mereka terus sembelih & bunuhnya!
ii- maka datang ayat ini – turunlah azab- binasalah kaum Thanud- yang selamat hanyalah Nabi Soleh & kaumnya yang beriman!
2. Apabila datang & turunnya azab - Allah selamatkan Nabi Soleh & mereka yang beriman bersamanya dengan limpah kurnia rahmat dari Allah semata-mata.
Allah selamatkan mereka dari bala kehinaan yang menimpa puak kafir!
3. Dikatakan dalam Tafsir al-Munir:
Menjadi keadilan Allah Azza wa Jalla ke atas hamba-Nya yang soleh untuk menyelamatkan mereka.
Dikatakan terdapat 4000 orang yang beriman dengannya.
Yang kafir pastilah lebih ramai lagi!
4. Janganlah sesekali kamu cuba melawan & menentang Allah kerana 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧𝐦𝐮, 𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐭, 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚!
5. Yakni 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧𝐦𝐮 itu wahai Muhammad s.a.w, adalah:
i- 𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐭 {هُوَ ٱلْقَوِىُّ}, atas mengambil tindakan, yang gagah yang kuat yang tiada siapa boleh melawan-Nya!
ii- 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚 {ٱلْعَزِيزُ} untuk menyelamatkan orang beriman & membinasakan mereka yang kufur!
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟕- {𝐃𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐳𝐚𝐥𝐢𝐦 𝐢𝐭𝐮, 𝐝𝐢𝐛𝐢𝐧𝐚𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐥𝐞𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐞𝐦𝐩𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐦𝐢, 𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐚𝐲𝐚𝐭-𝐦𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐮𝐧𝐠𝐤𝐮𝐫 𝐝𝐢 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠-𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠.} (𝐇𝐮𝐝 𝟏𝟏:𝟔𝟕)
1. Munasabah ayat:
i- dalam ayat yang lepas Allah nyatakan bahawa ditimpakan azab ke atas puak Thamud yang derhaka, yang telah membunuh unta mukjizat nabi Soleh.
ii- maka dalam ayat ini Allah nyatakan cara atau apakah jenis azab yang turun untuk membinasakan mereka.
2. Iaitu bagi mereka yang derhaka & menyembelih unta itu Allah hantar satu azab yang berupa tempikan suara {ٱلصَّيْحَةُ۟} yang begitu dahsyatl; memecahkan gegendang telinga dan memecahkan otak yang menyebabkan mereka mati bergelimpangan, menjadi mayat yang tersungkur- gguling-bating.
3. Sebagaimana yang kita katakan- begitulah jenis azab yang turun itu bersesuaian dan keadaan & kedudukan sesuatu kaum itu.
Oleh kerana kaum Thamud ini tinggal di dalam rumah yang dipahat terus di dalam bukit- jika dihantar angin atau ribut taufan tidak akan memberi kesan.
4. Lalu Allah hantar letusan suara yang boleh memusnah mematikan semua.
Manakala letusan suara itu ada ulama' yang kata suara malaikat, suara Jibril atau yang keluar dari langit- wallahu a'lam- Allah tidak menyatakan jenisnya!
5. Lalu apabila suara itu sampai kepada mereka- mereka terus jatuh bergelimpangan, ada yang mati terbaring ada yang tertiarap, ada jatuh terduduk melutut- semuanya tersungkur (gguling-bating) di tempat masing-masing.
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟖- {(𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐩𝐮𝐧𝐚𝐡-𝐫𝐚𝐧𝐚𝐡) 𝐬𝐞𝐨𝐥𝐚𝐡-𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐧𝐚𝐡 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝐝𝐢 𝐬𝐢𝐭𝐮. 𝐊𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢𝐥𝐚𝐡! 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐮𝐦 𝐓𝐡𝐚𝐦𝐮𝐝 𝐢𝐭𝐮 𝐤𝐮𝐟𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚. 𝐊𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢𝐥𝐚𝐡! 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐛𝐢𝐧𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐤𝐚𝐮𝐦 𝐓𝐡𝐚𝐦𝐮𝐝.} (𝐇𝐮𝐝 𝟏𝟏:𝟔𝟖)
1. Begitulah azab itu memusnahkan mereka semua kaum Thamud yang tidak beriman itu- seolah-oleh mereka tidak pernah hidup di situ- yakni mereka musnah binasa tidak meninggalkan kesan jejak; seperti tidak pernah wujud sebelum itu di kampung mereka itu !!!
2. Itulah akibat orang yang telah kufur kepada Allah, ingkar akan ayat-ayat Allah lalu Allah jauhkan mereka daripada rahmat Allah & ditimpa azan-Nya!
Azab datang memusnahkan mereka semua seolah mereka tidak pernah wujud di al-Hijr itu- tiada kesan kehidupan yang dapat dilihat!
Yang tinggal hanya kesan penempatan rumah-rumah batu yang mereka bina!
3. Kita ambil iktibar pengajaran; jangan sesekali kufur & ingkar dehaka terhadap Allah jika tidak mahu jauh dari rahmat-Nya!
Kerana mereka tidak beriman, mendustakan Nabi mereka dan membunuh unta mukjizat lalu kaum Thamud ditimpa azab itu!
🎀𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟒- {"𝐃𝐚𝐧 𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐤𝐚𝐮𝐦𝐤𝐮! 𝐈𝐧𝐢 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐭𝐢𝐧𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚 (𝐦𝐮𝐤𝐣𝐢𝐳𝐚𝐭) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐤𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐧𝐤𝐮.}- Nabi Soleh beri taklimat kepada kaumnya!
Tadi kamu minta bukti- sekarang ini adalah unta Allah {نَاقَةُ ٱللَّهِ} yang keluar dari bukit sebagai dalil akan kebenaran dakwahku.
Tentang unta ini:
i- kamu tidak perlu menguruskan makan-minumnya, biarkan dia bebas mencarinya sendiri.
Cuma air minum kena bergilir dengannya!
ii- kamu juga jangan sesekali cuba menyakitinya!
Ini adalah satu larangan keras lagi jelas dari Nabi Soleh!
Kita para pendakwah begitu juga kena beritahu, beri peringatan dan amaran tentang dosa maksiat yang bahaya.
Contohnya sekarang ini LGBT- jika bala datang kita semua akan musnah!
Lihat seperti yang beru berlaku sekarang ini banjir & lumpur yang menenggelamkan habis penempatan!
Maka kita ambil iktibar pengajaran bahawa apabila bala Allah datang tiada siapa yang boleh halang & sekatnya!
Unta ini dikira sebagai satu mukjizat yang besar, Allah ciptanya keluar dari bukit tanpa ibu unta yang beranak dan tanpa bapa yang membuntingkan ibu.
Besarnya pula ia minum air sehingga boleh kering telaga dalam satu hari!
2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟓- {𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐚 𝐢𝐭𝐮,…}- ini adalah satu jenayah yang paling besar!
Mereka membunuh unta yang dipanggil unta Allah { نَاقَةُ ٱللَّهِ} oleh Nabi Soleh!
Allah sandarkan sebagai untanya untuk memuliakannya sepertimana masjid dipanggil rumah Allah!
Akhirnya 9 orang daripada kaum Thamud bermesyuarat dan sanggup untuk membunuh unta nabi itu!
Walaupun tukang sembelihnya hanya seorang (Qudar bin Salif) tetapi Allah kata: {mereka menyembelihnya- }- kerana perbuatan itu disokong & dibantu juga oleh kaumnya yang lain.
Mereka restu & redha akan perbuatan yang akan dibuat Qudar itu iaitu sembelih unta- akan dikira sekongkol!
Kerana itu kata ulama': Walaupun kita tak buat maksiat secara direct- tetapi jika menyokong program itu seperti beri sponsor sumbangan dan lain-lain majlis mungkar & maksiat; walaupun dia tak pergi majlis itu tapi dok di masjid- tetap dikira bersekongkol dan mendapat dosa juga sekali!
3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟓- {… 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐒𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚: 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠-𝐬𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐢 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠-𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐭𝐢𝐠𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢;}- apabila mereka menyembelih unta itu; Nabi Soleh lalu memberi amaran kepada mereka!
Kamu duduk & tunggulah selama tiga hari di rumah kamu kerana selepas ini akan datang azab untuk membinasakan kamu!
Begitulah biasanya sebelum datang azab Allah akan beri tempoh 3 hari kepada mana-mana kaum yang akan dimusnahkan itu.
Kecuali kaum Lut- azab terus datang pada waktu subuh keesokan harinya!
Apabila Allah perintahkan Nabi Lut keluar dari Qura Sadum pada waktu malam itu dengan segera kerana azab akan segera pada waktu subuhnya!
Siapa tak ikut & berpaling akan binasa!
Tetapi umat nabi-nabi lain biasanya Allah akan beri tempoh selama 3 hari!
Ulama' fqh kata ini menunjukkan bahawa angka 3 ini mempunyai nilai dalam hukum feqah.
Seperti apabila kita beli barang- diberi tempoh 3 hari untuk membuat pembatalan jika berubah fikiran.
Tempoh yang diberi Allah sangat baik- tetapi apa boleh buat- mereka semua tetap binasa selepas tempoh itu!
4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟔- {𝐌𝐚𝐤𝐚 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐤𝐚𝐦𝐢, 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐛𝐞𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐮𝐦𝐚𝐭𝐧𝐲𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧, 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐡𝐦𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐢,…}- apabila datang bencana- Allah selamatkan nabi Soleh & mereka yang beriman bersamanya- dengan rahmat daripada Allah!
*Mengikut kata ahli tafsir terdapat dalam 4000 orang yang beriman dari kalangan kaumnya!
Kita semua berada di bawah ihsan & rahmat Allah s.w.t selama mana kita beriman kepada Allah!
Ini dikira janji Allah yang benar- maka rahmat akan datang!
Siapa yang beriman akan selamat!
Sebagaimana janji nabi Soleh mereka diberi tempoh 3 hari- pada hari keempat datanglah azab secara letusan suara yang memusnahkan semua yang kufur & selamat semua yang beriman bersama Nabi Soleh – dengan rahmat dari Allah!
Ke mana Nabi Soleh bawa kaumnya yang beriman selepas itu tidak dinyatakan.
Terdapat dalam 4000 orang beriman sebagaimana yang nyatakan tadi.
5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟕- {𝐃𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐳𝐚𝐥𝐢𝐦 𝐢𝐭𝐮, 𝐝𝐢𝐛𝐢𝐧𝐚𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐥𝐞𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐞𝐦𝐩𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐦𝐢,…}- mereka yang zalim iaitu kufur tidak beriman itu telah datang kepada mereka letusan suara yang mengegarkan.
Suara itu ada yang kata seperti tempikan suara malaikat ayau halilintar guruh; yang menusuk ke dalam telinga & otak mereka lalu membinasakan sehingga mati semuanya!
Allah akan selamatkan kita di dunia & Akhirat jika kita beriman & beramal soleh serta tidak ikut perangai kafir!
Tetapi jika ikut perangai kafir sekali dengan kita akan musnah bersama mereka!
Jika orang beriman mati atas dunia ini tidak mengapa, masuk dalam kubur pun sudah dapat rahmat Allah- di Akhirat kelak akan masuk syurga pula!
Tetapi jika kafir yang mati- tak boleh nak buat apa lagi untuk selamatkannya!
Allahu al-Musta’an.
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.🎀
#𝙐𝘼𝙈✎𝗖𝗮𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗵 𝙆𝙝𝙖𝙢𝙞𝙨 11/12/2025 / 20 𝙅. 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1447𝙃🌷
Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Yunus (36 Siri) & Surah Hud 2025 (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:
Link:
https://www.youtube.com/playlist?list=PLC16EIfOI4LCezq32AtjEt24_fUbZeiy3
Semoga Bermanfaat!