💎𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚, 𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐃𝐢 𝐀𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭 & 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐮𝐤𝐦𝐢𝐧.💎
♥ 𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙆𝙝𝙖𝙢𝙞𝙨 06/11/2025 / 15 𝙅. 𝙐𝙡𝙖 1447𝙃 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙃𝙪𝙙 (06) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [15-17]♥
F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨: https://youtu.be/u2xMOd_I_pY?si=-ZR8usj_3kLQWgzM
🌷𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:
1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Hud dengan ayat 15 sehingga ayat 17 dalam juzuk kedua-belas.
*Sebagai hamba Allah kita diminta bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan dengan melakukan ketaatan dan ibadat kepada Allah serta memuji-Nya, bukan buat apa yang pelik dan diluar logik akal manusia.
2. Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan peringatan buat pencinta dunia, siapa yang nak dunia & sehala perhiasannnya sehingga sanggup melanggar batas halal-haram, pijak orang kencing orang pun tak apa semata-mata kerana nak kejar dunia.
3. Orang yang kejar dunia itu mungkin dapat habuan dunia tetapi jika mereka kufur syirik semua itu akan meruntuhkan pahala amalan; maka bagi mereka tiada bahagian di akhirat kelak. Atau jika yang beriman tetapi melakukan apa yang boleh merosakkan pahala amalan mereka akan kerugian juga di Akhirat kelak!
4. Kemudian Allah nyatakan orang mukmin yang beriman kepada Allah s.w.t, yang beriman kepada al-Quran & kitab-kitab yang Allah turunkan- maka kebahagiaan dunia & Akhirat bagi mereka.
5. Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan supaya kita tetap teguh & mantapkan pegangan kita, kukuhkan istiqomah atas landasan Islam. Jangan koyak, jangan goyah jangan mudah lari. Serta Allah nasihatkan juga orang beriman jangan terikut dengan perangai orang kafir yang meminta pelbagai nikmat dunia sebagai bukti kebenaran Nabi s.a.w.
ii- maka datang ayat ini Allah nyatakan bahawa siapa nak dunia Allah akan berikan kepada mereka tetapi jika mereka melanggar hukum-hukum Allah- maka tiada bahagian bagi mereka di Akhirat kelak!!
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟓- {𝐒𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐭𝐚-𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐡𝐢𝐚𝐬𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 (𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐢𝐬𝐚𝐤𝐬𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐭𝐚𝐥𝐧𝐲𝐚), 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐮𝐫𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐬𝐢𝐥 𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐢 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐢𝐤𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐤𝐢𝐭𝐩𝐮𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚.} (𝐇𝐮𝐝 𝟏𝟏:𝟏𝟓)
1. Allah nyatakan sesiapa yang nak dunia dan berusaha semata-mata kerana nak habuan dunia & perhiasannya tanpa mempedulikan apakah ia bertepatan dengan hukum-hakam dalam al-Quran- Allah tetap akan berikan hasil usaha mereka itu!!!
*Iaitu seperti kekayaan, kemewahan, kekuasaan dan kesenangan hidup, mendapat kedudukan serta selamat dari bala bencana.
2. Kata ulama' tafsir:
i- ada yang mengatakan: Ayat ini khas untuk orang kafir yang kerjanya memang mengejar dunia!
ii- Ulama' seperti Mujahid dan lain-lain ahli tafsir mengatakan: Ayat ini umum untuk orang kafir atau beriman; orang yang kerja buatnya memang nak cari habuan dunia bukan kerana Allah!
3. Apatah lagi mereka yang menunggang agama- iaitu kerja-buat nampak macam untuk agama atau keagamaan tetapi niat sebenarnya bukan untuk agama tetapi untuk kepentingan peribadi & duniawi! Contoh- naik kereta masjid tetapi bukan guna untuk kerja agama!
4. Kerja Akhirat ini berat kerana apabila ia masuk melalui saluran dunia- kita akan menanggung satu tanggung-jawab yang berat di hadapan Allah s.w.t nanti!
*Ingatlah matlamat tidak menghalalkan cara!! Kita ukurlah kemampuan kita setakat mana yang kita ada!
5. Firman Allah s.w.t:
{Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.} (Al-Israa' 17:18)
6. Maka kita orang beriman berhati-hati, jangan terperangkap sehingga kerja-buat kita yang untuk hasil dunia menggunakan medium agama lalu menjadi penunggang agama!
7. Hadis- sabda Nabi s.a.w: Allah tidak zalim kepada orang mukmin- semua kerja baik yang dibuat, Allah akan beri balasan di dunia dan akan diberi pahala pula di Akhirat juga!! [HR Muslim].
8. Yakni siapa yang buat kebaikan Allah akan beri kesenangan & ketenangan hidup atas dunia ini & di Akhirat kelak akan mendapat balasan pahala yang menjamin syurga insya' Allah.
9. Manakala orang kafir yang buat kebajikan dan kebaikan atas dunia ini mungkin Allah akan berikan kepadanya balasan segera atas dunia ini dengan mendapat kekayaan, kesenangan, ketinggian kedudukan atas dunia ini; tetapi di Akhirat kelak dia tidak akan bahagian lagi!
*Kerana itu kita berdoalah kepada Allah agar mereka yang bukan Islam yang banyak buat kebajikan dan kebaikan hatta untuk orang Islam agar terbuka pintu hati mereka mendapat hidayah menerima kebenaran Islam, agart Allah beri anugerah terbesar kepada mereka lalu mereka akan dapat pahala & ganjaran Akhirat juga!!!
10. Hadis- tentang tiga orang buat amal tetapi tidak ikhlas lalu kena campak dalam neraka. 3 golongan yang kelihatan soleh di dunia tetapi dicampak ke neraka akibat tidak ikhlas:
💥 Berjuang sehingga syahid semata-mata mahu digelar gagah berani.
💥 Mengaji dan mengajar semata-mata mahu digelar alim ulama’.
💥 Menderma semata-mata mahu digelar pemurah.
3 golongan ini gagal dalam perbicaraan di mahsyar. Muka-muka mereka diseret seterusnya dihumban ke neraka.
[Mafhum hadis riwayat dari Abu Hurairah- rekod Sahih Muslim]
11. Maka orang yang bekerja semata-mata untuk dunia akan dapat ganjaran penuhnya di dunia tetapi di Akhirat kelak tiada bahagiannya.
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟔- {𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐚𝐠𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐧𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐭𝐮 𝐠𝐮𝐠𝐮𝐫𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐭𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧.} (𝐇𝐮𝐝 𝟏𝟏:𝟏𝟔)
1. Munasabah ayat:
i- dalam ayat yang lepas Allah ceritakan mereka yang usaha untuk dunia itu akan dapat ganjarannya di dunia.
ii- maka datang ayat ini Allah nyatakan mereka akan gagal-segagalnya!!!!
2. Allah tegaskan keadaan & balasan bagi mereka yang melakukan kerja yang baik tetapi untuk dunia & kehidupannya saja tidak untuk Akhirat; maka di Akhirat kelak mereka akan dicampakkan ke dalam azab neraka & gugur segala amalan!!!
2. Ayat ini harus kita kita tadabbur & hayati, menjadi peringatan untuk kita di saat kita rakus inginkan dunia- kita bacanya- sngg di dunia tetapi celaka di Akhirat apa faedahnya!
3. Hadis:
بشر هذه الأمة بالتيسير والسناء والرفعة بالدين والتمكين في البلاد والنصر فمن عمل منهم بعمل الآخرة للدنيا فليس له في الآخرة من نصيب
“Telah diberi khabar gembira kepada umat ini dengan kemudahan hidup, kedudukan dan kemuliaan dengan agama dan keamanan hidup di muka bumi dan pertolongan. Maka barangsiapa dari mereka itu yang beramal dengan amalan akhirat kerana tujuan dunia, maka dia tidak akan mendapat satu bahagian pun di akhirat nanti. ”
berilah khabar gembira kepada umat ini dengan tinggi kedudukan di sisi Allah dengan agama, kemenangan & penguasa di bumi. tetapi jika niatmu itu hanya untuk dunia maka kamu tidak akan ada bahagian di Akhirat kelak. [HR Ahmad].
4. Nabi s.a.w memberi peringatan yang besar lagi:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مَنْ تَعَلَّمَ عِلْمًا مِمَّا يُبْتَغَى بِهِ وَجْهُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ لَا يَتَعَلَّمُهُ إِلَّا لِيُصِيبَ بِهِ عَرَضًا مِنَ الدُّنْيَا لَمْ يَجِدْ عَرْفَ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَعْنِي رِيحَهَا
Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah S.A.W:
“Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dengannya dicari redha Allah Azza wa Jalla, tetapi dia tidak mempelarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat”. [HR Abu Daud dan lain-lain.]
*Yakni sesiapa yang belajar ilmu agama dengan niat nak masyhur di dunia- dia tak akan dapat bau syurga di Akhirat kelak.
5. Ada orang yang sombong tak boleh ditegur berasa dia sudah masyhur dengan ramai follower dan pengikut!!
*Ingat- kebenaran bukan duduk dengan ramai orang atau pengikut; tetapi kebenaran duduk pada apa yang kamu sampaikan! Jika kita sampaikan yang benar kita akan selamat, tetapi jika orang tegur kita tidak mahu muhasabah dan periksa maka itu sombong & takabbur.
6. Bagi orang yang tidak ikhlas dalam amalannya, 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 Kiamat kelak 𝐠𝐮𝐠𝐮𝐫𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚, kerana kerja agama mereka buat untuk dunia!
7. Juga terbatallah 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 dari amal kebaikan dan mereka tidak akan mendapat manfaat di sisi Allah s.w.t.
8. Hadis riwayat Umar r.a: Sabda Nabi s.a.w:
Sesungguhnya amalan itu dengan niat! [HR Bukhari].
9. Sebagaimana yang sering kita katakan- amalan itu tidak akan diterima kecuali dengan niat yang ikhlas kerana Allah s.w.t dan ikut ajaran Nabi s.a.w.
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟕- {𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧, 𝐚𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐚𝐬𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐤𝐭𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐫𝐢 (𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚-𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡) 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐢𝐤𝐮𝐭𝐢 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛 𝐒𝐮𝐜𝐢 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐤𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚𝐚𝐧 - 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐬𝐚𝐤𝐬𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐩𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐠𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐤𝐭𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭; 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐢𝐭𝐮, 𝐤𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐫𝐮𝐩𝐚 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐬𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐢𝐤𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐡𝐦𝐚𝐭 (𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐮𝐦𝐚𝐭𝐧𝐲𝐚)? 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧, 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐤𝐮𝐢 - 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧; 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐮𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧-𝐤𝐮𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐮𝐦 𝐤𝐚𝐟𝐢𝐫, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐧𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐧𝐲𝐚. 𝐎𝐥𝐞𝐡 𝐢𝐭𝐮, 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝) 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐮𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐠𝐮-𝐫𝐚𝐠𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧, 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧𝐦𝐮, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚.} (𝐇𝐮𝐝 𝟏𝟏:𝟏𝟕)
1. Munasabah ayat:
i- dalam ayat yang sebelumnya Allah katakan siapa yang nak dunia saja akan dapat dunia saja, sesiapa yang nak Akhirat saja akan dapat keduanya!
ii- maka datang ayat ini menyatakan penutup bagi dua orang ini tidak sama- nampak macam sama tetapi tidak! Orang yang nak dunia dapat dunia saja tetapi tidak akan dapat bahagian Akhirat!
2. Allah s.w.t nyatakan apakah orang yang duduk atas keterangan yang begitu jelas, ikut al-Quran, ikut ajaran Nabi s.a.w serta ikut saksi-saksi yang datang dari Allah melalui beberapa dimensi.
3. Ulama' menfasirkan maksud saksi-saksi {شَاهِدٌ} ini dengan beberapa tafsiran:
i- iman di dalam hati
ii- ilmu yang bermanfaat melalui al-Quran & Sunnah.
iii- fitrah salimah-iaitu fitrah manusia yang mengakui adanya kekuasaan Allah yang Esa.
iv-Kita juga beriman dengan kitab-kitab yang terdahulu seperti Taurat & Injil.
4. Kita juga beriman dengan Allah, dengan Nabi s.a.w & dengan al-Quran yang dibawanya—insya' Allah kita adalah golongan yang selamat.
4. Manakala golongan kedua yang ingkar & kufur- siapa yang tidak percaya kepada Allah, kufur dengan al-Quran, ingkar kepada Nabi s.a.w- daripada mana-mana pengikut agama atas dunia ini- maka nerakalah tempat kembalinya, tempat dicampak merekananti!
5. Hadis riwayat Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda:
Demi yang jiwa Muhammad berada di Tangan-Nya, tidaklah seorang jua dari umat ini yang mendengar tentang aku, baik Yahudi mahupun Nasrani, kemudian dia mati tanpa beriman kepada apa yang aku diutus dengannya (Islam) melainkan dia menjadi dari kalangan ahli neraka. [HR Muslim].
6. Kamu jangan syak lagi wahai Nabi Muhammad dan semua yang dengar ini bahawa al-Quran itu datang dari Allah s.w.t! Siapa yang syak nerakalah tempatnya! Kamu yakinlah bahawa al-Quran itu datang dari Allah!!!
7. Tetapi malangnya nasib tidak berumntung; ramai kalangan manusia yang tidak beriman dengan Allah s.w.t atau dengan al-Quran dan dengan Nabi s.a.w
8. Ini samada kerana:
i- dia memang jahil, tetapi jika dia tahu dia jahil mudah nak ajar!
ii- atau sombong keras kepala tak mau terima walaupun tidak jahil!!
*Allah-lah yang boleh menolong kita untuk memahami Kalamullah dan beriman sepenuhnya dengan al-Quran & berpegang dengan ajarannya. Biarlah kita menjadi golongan yang sedikit tetapi selamat bukan yang ramai tetapi binasa!!!
🎀𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟓- {𝐒𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐭𝐚-𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚…}- Allah kata siapa nak dunia Allah akan berikan kepadanya.
Kata ulama' tadabbur: Ayat ini menjadi dalil bahawa Allah akan berikan kepada mereka pengejar dunia, pendamba dunia yang gilakan dunia.
Mereka bekerja kuat tersungkur tersemban, pagi petang siang malam mengejar dunia maka Allah akan berikan apa yang mereka kejar itu!
Tidak salah mengejar dunia tetapi dalam masa yang sama jangan lupkan Akhirat. Manakala orang yang kerjanya nak kejar dunia semata-mata- Allah akan berikan juga, kaya-raya mereka ini, harta bertimbun banyak- ini akan menyusahkan mereka di Akhirat kelak juga!!
Kerana itu kata ulama' ayat ini dikembarkan dengan hadis Nabi s.a.w:
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ - Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat. [HR Bukhari].
Contoh:
i- orang yang takan makan tetapi nak niat puasa untuk Allah- tak dapat pahala.
ii- orang yang ambil wuduk basahkan badan untuk sejuk bukan kerana Allah- tak dapat pahala juga!
Betapa ramai orang yang berjogging berjalan niat nak sihat tetapi ke tangga masjid tak sampai- maka rugilah langkahnya itu.
Langkah yang terbaik, yang diberkati Allah, antaranya:
i- langkah ke masjid
ii- untuk penuhkan saf depan
iii- nak ziarah orang, ahli keluarga.
iv- menziarahi ibu bapa
v- mendamaikan orang berbalah
vii- melangkah nak sampaikan ilmu dan lain-lain.
Semua ini akan dapat pahala tetapi jika kita langkah saja-saja hanya akan keluar peluh tetapi tak dapat pahala!
2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟓- {…. 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐮𝐫𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐬𝐢𝐥 𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐢 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚,…}- yakni Allah akan berikan hasilanya kepada mereka yang bersungguh berusaha atas dunia ini.
Kata ahli fikir: Orang yang betul-betul berazam, berusaha dengan sungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya itu insya' Allah Allah akan beri kepadanya.
Samada dunia & Akhirat- yang nak dunia saja akan dapat dunia saja tetapi jika kita niat baik akan dapat juga pahala Akhiratnya.
Sabda Nabi s.a.w: Sesiapa yang bercita-cita untuk mati syhaid- Allah akan berikannya darjat mati syahid walaupun mati di atas tilam di rumahnya!
Begitu juga sesiapa yang datang belajar di pondok ini atau mana-mana pusat pengajian: Dengan niat nak belajar agama- tauhid feqah tafsir dan lain-lain, nak belajar al-Quran, nak khatam al-Quran, nak solat jemaah dan lain-lain niat yang baik- insya' Allah Allah akan beri pahala kepada kita mati dalam menuntut ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad!!
Yakni orang yang betul-betul gilakan dunia Allah akan berikan kepadanya dunia & orang yang betul-betul nak Akhirat insya' Allah dapat juga!
3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟓- {𝐒𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐭𝐚-𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐡𝐢𝐚𝐬𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 (𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐢𝐬𝐚𝐤𝐬𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐭𝐚𝐥𝐧𝐲𝐚),…}- dalam ayat ini juga Allah nyatakan kelebihan qasad iaitu niat!
Sebagaimana kata ahli fikir tadi yang menghalang manusia daripada mengikut kebenaran ini ada dua sebab:
i- jahil tak mahu belajar- memang susah untuk menerima kebenaran.
ii- niat tidak betul- seperti takabbur & sombong.
Dalam ayat-ayat yang kita baca sebelum ini Allah kata bagaimana untuk menghilangkan kejahilan Allah cabar untuk bawa al-Quran lain atau jika tak ada maka ikutla al-Quran ini!
Manakala untuk membetulkan niat yang tidak betul- Allah s.w.t bawa ayat ini.
Dua perkara ini menghalang nikmat iman & nikmat ikut Nabi s.a.w iaitu kerana sombong dan jahil tak mahu belajar!
Contoh- apabila orang ajar Sunnah Nabi yang sahih- mereka kata jangan kacau amalan lama yang orang tua ajar, yang sudah sebati dalam masyarakat. Jika nasihat dianggap sebagai pengacau maka tak dapatlan nft!
4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟔- {𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐚𝐠𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐧𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐢𝐭𝐮 𝐠𝐮𝐠𝐮𝐫𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐭𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧.}- orang yang kejar dunia semata-mata tanpa ikut Akhirat – maka hilang & gugurlah pahala amalannya atas dunia ini!
Gugur pahala ini ada dua keadaan samada:
i- hilang terus iaitu seperti orang syirik yang tiada bahagian lansung di Akhirat kelak.
ii- orang riya’ yang nak menunjuk kepada orang, kerja Akhirat tapi buat kerana dunia; hilang pahala yang dibuat semasa itu- usulnya ada lagi. Tetapi tetap rugi amalannya kerana rosak di tengah jalan!
5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟕- {… 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐢𝐤𝐮𝐭𝐢 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐛 𝐒𝐮𝐜𝐢 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐤𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚𝐚𝐧 - 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐬𝐚𝐤𝐬𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐩𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐠𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐤𝐭𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭;}- Allah nyatakan bahawa al-Quran ini menjadi saksi dari Allah {شَاهِدٌۭ مِّنْهُ} kepada orang yang beriman!
Kerana kita orang yang beriman akan ikut al-Quran, berdasarkan al-Quran kata, hadis yang sahih beritahu, kemudian ikut huraian ulama' yang muktabar yang kata begini!
Jangan pula kata apabila orang kata nak ikut al-Quran & Sunnah- kamu tak mahu pakai ulama'!!!
Mana kita boleh faham tanpa huraian ulama' yang membimbing, mana kita reti tanpa tunjuk ajar mereka; cuma sumber pengambilan hukum kita daripada al-Quran sebagai asasnya, daripada Sunnah Nabi s.a.w, bukan daripada sumber lainnya. al-Quran kata begini tetapi kita nak ikut mimpi orang pula!
Allah kata: Diikuti oleh saksi darinya; kerana tujuan kita adalah untuk beriman kepada Allah- maka al-Quran datang sebagai bukti, dalil & saksi untuk kita mengenal Allah! Bagaimana kita nak beramal tanpa al-Quran tak mungkin!
Kerana itu kata ulama':
i- Sesiapa yang beriman tetapi tak sempat nak kenal al-Quran- insya' Allah akan dapat manfaat! Bukan tak mahu mengaji tetapi tak sempat!
*Seperti seorang sahabat yang baru mengucap syahadah pada waktu pagi- terus gugur syahid petangnya tanpa pernah solat dan belajar al-Quran tetapi ahli syurga! Kerana dia mati syahid fi-sabilillah setelah berimannya.
ii- tetapi orang yang ada al-Quran, yakni tahu tentang & kenal al-Quran tetapi tidak beriman- tidak akan memberi manfaat & faedah lansung!!
*Seperti kaum munafiq yang sentiasa bersama Nabi s.a.w- mendengar dan baca baca al-Quran bersama Baginda, mereka kenal al-Quran tetapi malangnya mereka tidak beriman kepadanya!!!!
Begitu juga puak orientalis yang kaji al-Quran- mungkin mereka pandai bacanya; tetapi mereka tidak beriman kerana tidak masuk kefahaman dalam hati mereka.
Yang terbaik & solidnya adalah mereka yang beriman & belajar al-Quran lalu berpegang teguh dengannya & dengan Sunnah Nabi s.a.w. serta beramal dengannya.
Ya Allah jadikanlah kami dari kalangan orang yang beriman dan beramal soleh, hidupkan kami dengan iman & al-Quran, matikan kami dalam husnul khatimah, menjadi orang yang layak mendapat syurga-Mu.
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.🎀
#𝙐𝘼𝙈✎𝗖𝗮𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗵 𝙆𝙝𝙖𝙢𝙞𝙨 06/11/2025 / 15 𝙅. 𝙐𝙡𝙖 1447𝙃🌷
No comments:
Post a Comment