Monday, 29 September 2025

Tafsir suarah yunus: ayat 24-25.

 💎𝐁𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐂𝐞𝐩𝐚𝐭 𝐇𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠, 𝐒𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐃𝐢 𝐀𝐭𝐚𝐬 𝐁𝐮𝐦𝐢 & 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐒.𝐖.𝐓 𝐉𝐞𝐦𝐩𝐮𝐭 𝐊𝐞 𝐒𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚.💎


♥ 𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙄𝙨𝙣𝙞𝙣 29/09/2025 / 07 𝙍. 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1447𝙃 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙔𝙪𝙣𝙪𝙨 (11) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [24-25]♥


F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨: https://youtu.be/9MdZYUcUR9w?si=BEHOxSNbaT2SB-PX 


🌷𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:

1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Yunus dengan ayat 24 dan ayat 25 dalam juzuk kesebelas.


2. Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan bahawa dunia yang mempersonakan ini cepat hilang, nampak cantik tetapi cepat rosak maka jangan kita terpedaya & lagha dalam mengejarnya!


3. Allah buat bandingan dunia yang mudah hilang & rosak itu seperti tanaman di atas bumi, yang cepat tumbuh, hidup sebentar kemudian mati! 

Seperti sayuran yang sebentar saja kitaran hidupnya.


4. Kemudian Allah s.w.t jemput ajak kita semua ke syurga. 


Maka kita berdoa kepada Allah moga beri petunjuk & hidayah kepada kita- buka lorong, tunjukkan jalan untuk sampai ke syurga & selamat dari godaan dunia. 


5. Ini kerana jalan ke syurga itu amat banyak godaannya maka kita sentiasa berdoa minta agar Allah sentiasa tunjukkan kita kepada jalan-Nya yang lurus & benar, jalan yang membawa kepada keredhaan-Nya.


5. Munasabah dengan ayat sebelumnya:


i- dalam ayat yang lepas (23) Allah s.w.t nyatakan bahawa kezaliman & kejahatan yang kamu buat akan terpelanting naik atas kepala kamu sendiri semula!


ii- jadi datang ayat Allah menyatakan kenapa manusia boleh jadi takabbur & sombong begitu; kerana manusia ini seronok sangat ikut nafsu & ikut kehendak masyarakat.

Orang yang tahu dan ada ilmu tak berani nak nyatakan kebenaran kerana takut hilang pangkat & jawatan.


Maka Allah bawa ayat ini untuk peringatkan & kenalkan dunia kepada kita- bahawa dunia ini hanyalah seperti tumbuhan yang tumbuh sekejap selepas hujan- kemudian akan hilang dimakan tumbuhan atau manusia kemudian hilang dengan segera! 


Yakni cantik & indah di mata tetapi tidak akan kekal lama, akan hilang musnah tidak lama.


أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ 


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟒- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐚𝐢𝐫 𝐡𝐮𝐣𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭, 𝐥𝐚𝐥𝐮 (𝐭𝐮𝐦𝐛𝐮𝐡𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐛𝐮𝐫𝐧𝐲𝐚) 𝐭𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧-𝐭𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐣𝐞𝐧𝐢𝐬-𝐣𝐞𝐧𝐢𝐬 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 - 𝐛𝐞𝐫𝐜𝐚𝐦𝐩𝐮𝐫-𝐚𝐝𝐮𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐚𝐮𝐭-𝐩𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 (𝐩𝐨𝐤𝐨𝐤-𝐩𝐨𝐤𝐨𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐨𝐡𝐨𝐧𝐧𝐲𝐚) 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐚𝐢𝐫 𝐢𝐭𝐮 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐚𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐛𝐮𝐦𝐢 𝐢𝐭𝐮 𝐥𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐮𝐫𝐧𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐢𝐚𝐬 (𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚-𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐰𝐚𝐫𝐧𝐚-𝐰𝐚𝐫𝐧𝐢), 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐮𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢-𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐭𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐬𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚 (𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐡𝐚𝐬𝐢𝐥𝐧𝐲𝐚) 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐦𝐩𝐚𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐧𝐜𝐚𝐧𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐰𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐢𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐚 𝐡𝐚𝐧𝐜𝐮𝐫-𝐥𝐞𝐛𝐮𝐫, 𝐬𝐞𝐨𝐥𝐚𝐡-𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐢𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐢𝐭𝐮. 𝐃𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐲𝐚𝐭-𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐤𝐚𝐮𝐦 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐡𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐟𝐢𝐤𝐢𝐫 (𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐢𝐤𝐭𝐢𝐛𝐚𝐫 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚).} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟐𝟒) 


1. Allah menyatakan dunia yang cepat hilang ini hanya indah di mata seperti air hujan yang turun lebat dari langit lalu menumbuhkan pelbagai 𝐭𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧-𝐭𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢, seperti pokok menjalar dan pokok yang melata di muka bumi.  


Ada 𝐣𝐞𝐧𝐢𝐬-𝐣𝐞𝐧𝐢𝐬 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 seperti bijiran, buah-buahan & sayuran 𝐝𝐚𝐧 dimakan 𝐛𝐢𝐧𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 seperti rumput dan pokok renek.


2. Begitu juga air hujan menjadikan 𝐛𝐮𝐦𝐢 𝐢𝐭𝐮 subur, lalu l𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐩 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐮𝐫𝐧𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐢𝐚𝐬 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 tumbuhnya 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚-𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐰𝐚𝐫𝐧𝐚-𝐰𝐚𝐫𝐧𝐢 lagi indah yang menyenangkan hati manusia.


3. Lalu Allah buat bandingan; demikianlah juga dunia ini akan mudah rosak & hilang seperti mana air hujan yang segera hilang meresap dalam perut bumi, seperti tumbuhan yang akan hilang segera apabila dimakan manusia atau haiwan, atau akan layu kecut & gugur dengan sendirinya selepas beberapa ketika.


4. Kata ahli ilmu: Dunia ini tempat kita meninggalkan (legasi, nama baik & amal baik) tetapi bukan tempat tinggal yang kekal!


*Kerana itu jangan kamu terpedaya mengejar dunia yang sementara dan cepat rosak ini!


5. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:

{Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.} (Al-Hajj 22:5) 


6. Semua keindahan & subur pokok-pokok itu membuatkan 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐮𝐧 gembira 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢-𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐭𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐬𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚, dapat 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐡𝐚𝐬𝐢𝐥𝐧𝐲𝐚 yang banyak! 


Padi menguning tunggu nak dituai, buah-buahan masak ranum tunggu nak dipetik, sayur-sayur menghijau lebat, bunga berkembang mekar berwarna-warni- membuatkan para petani bersemangat untuk memetik & menuai hasilnya!


7. Lalu Allah menjalankan apa yang ditetapkannya; maka 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡 & ketentuan Allah 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐦𝐩𝐚𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐧𝐜𝐚𝐧𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐰𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐢𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐚𝐥𝐮 di𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐚 𝐡𝐚𝐧𝐜𝐮𝐫-𝐥𝐞𝐛𝐮𝐫, 𝐬𝐞𝐨𝐥𝐚𝐡-𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐢𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐢𝐭𝐮. 


Yakni musnah binasa semuanya seolah tidak pernah tumbuh pun semua itu sebelumnya!


*Terdapat satu bala yang dipanggil ja’ihah (الجائحة) bala/wabak yang menimpa tanaman yang hampir masak; memusnahkannya samada dengan banjir, kemarau, angin kencang, serangga perosak atau penyakit.


8. Semua itu adalah penjelasan ayat-ayat Allah- satu persatu bagi manusia yang berfikir & mengambil iktibar darinya!


9. Nota: Oleh kerana biasanya ini berlaku kerana manusia lebih mementingkan kesenangan & kehidupan dunia walaupun berlaku zalim, melampui batas, atau menyembunyikan kebenaran, diam tidak berani menyampaikan kebenaran kerana semata-mata nak jaga kedudukan dunia & melupakan Akhirat. 


Lalu dalam ayat suci ini diingatkan bahawa kesenangan dunia yang mereka puja-puja itu adalah tidak kekal dan akan lenyap dalam tempoh yang sekejap mungkin 24 jam atau tidak sampai- sekali datang air bah sekali pasir berubah, sekali angin melanda habis rosak binasa semuanya.


10. Di akhir ayat Allah nyatakan bahawa ujian dan bala ini datang kerana Allah mahu manusia berfikir bahawa dunia ini ibarat seperti pokok yang boleh tumbang bila-bila masa, seperti tumbuhan yang boleh musnah sekejap saja! 


 Jadi kita jangan dok kejar dunia ini- dia datang kita ambil, dia lari kita jangan kejar, dia dekat kita cuit, dia menjauhi kita relaks jangan gelabah!


11. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:

{Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.} (Al-Hadiid 57:20)


12. Maka kita hendaklah sentiasa beringat agar kita tidak terlajak & terjebak dengan dunia- satu mata benda yang sangat memperdayakan, permainan & hiburan yang melalaikan, tempat manusia berlumba memperbanyakkan harta & keturunan.


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟓- {(𝐈𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐚 𝐤𝐞𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚), 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐮 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐤𝐞 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐝𝐢𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐨𝐬𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐩𝐞𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤 𝐡𝐢𝐝𝐚𝐲𝐚𝐡𝐍𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐢𝐍𝐲𝐚 (𝐦𝐞𝐧𝐮𝐫𝐮𝐭 𝐮𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠-𝐮𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐭𝐮𝐫𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚) 𝐤𝐞 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥 𝐥𝐮𝐫𝐮𝐬 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐢𝐭𝐮).} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟐𝟓)


1. Begitulah kesudahan dunia & kehidupan atas dunia ini- akan rosak, mudah binasa & hilang dalam sekelip mata sahaja.


2. Munasabah ayat:

i- dalam ayat yang lepas Allah nyatakan tentang dunia, godaannya & betapa cepat hilangnya!


ii- maka datang ayat ini Allah beri kata-kata motivasi agar kamu tidak terpedaya dengan dunia.


*Ingat letakkan dunia hanya di tangan atau di dalam poket; jangan masukkannya ke dalam hati! 

Jika tidak akan binasalah seorang itu dengan kerosakan dunia.


3. Allah pangil seru kamu untuk masuk ke dalam syurga yang penuh nikmat kesenangan dan selamat (aman) daripada segala kesusahan & kepayahan.

Dalam syurga hanya ada nikmat semata-mata. 


4. Kamu jangan tuntut atau kejar dunia & isi kandungannya kerana dunia ini penuh dengan penyakit, kesusahan & ujian serta ia mudah punah, rosak & hilang.


5. Ulama' membincangkan tentang maksudnya perkataan {دَارِ ٱلسَّلَـٰمِ}. 


Ada yang kata ia adalah nama syurga. 

Kerana apabila masuk dalam syurga kita akan selamat tidak ada sakit susah-payah yang ada hanya nikmat yang berkekalan!


6. Hadis- malaikat datang & Nabi s.a.w sedang tidur:

Jabir bin Abdullah r.a berkata, beberapa malaikat telah datang kepada Nabi s.a.w semasa Baginda s.a.w sedang tidur.


Lantas sebahagian daripada mereka berkata, "Dia sedang tidur." 

Sebahagian yang lain pula berkata, "Sesungguhnya hanya matanya yang tidur, hatinya sedar."

Kemudian mereka berbual semasa mereka, "Sesungguhnya bagi sahabat kamu ini (Muhammad s.a.w) ada perumpamaan. Terangkanlah perumpamaan itu di hadapannya." 


Sebahagian daripada mereka berkata, "Dia sedang tidur (maka tiada faedah menerangkan perumpamaan itu)." 

Yang lain pula berkata, "Sesungguhnya matanya sahaja yang tidur tetapi hatinya sedar."


Kemudian para malaikat itu bercakap-cakap antara mereka, "Perumpamaannya ialah ada seorang yang membina sebuah rumah dan menyediakan jamuan dan dia menghantar seorang penyeru untuk memanggil orang ramai. 


Sesiapa yang menyahut seruan penyeru itu akan memasuki rumah dan makan jamuan tersebut dan sesiapa yang tidak menyahut seruan penyeru itu, tidak akan memasuki rumah dan tidak makan jamuan tersebut."


Mendengarkan itu, para malaikat berkata sesama mereka, "Terangkanlah kepadanya perumpamaan itu supaya dia memahaminya." 

Sebahagian daripada mereka berkata, "Dia sedang tidur (maka tiada faedah menerangkan perumpamaan itu)." 

Yang lain pula berkata, "Sesungguhnya matanya sahaja yang tidur tetapi hatinya sedar."


Maka kata mereka, "Rumah itu ialah syurga (yang dicipta oleh Allah dan Dia telah menyediakan pelbagai nikmat sebagai hidangan) dan penyeru (kepada syurga) itu ialah Muhammad s.a.w. 


Maka sesiapa yang mentaati Muhammad s.a.w, sesungguhnya dia mentaati Allah.

(Oleh sebab itu dia akan memasuki syurga dan akan mendapat nikmatnya) dan sesiapa yang mengingkari Muhammad s.a.w sesungguhnya dia mengingkari Allah (maka dia terlepas dari nikmat syurga) dan Muhammad s.a.w telah membahagikan manusia kepada dua bahagian (orang yang taat dan orang yang tidak taat)." [HR Bukhari].


*Bandingan siapa tak terima jemputan & tak datang jamuan akan rugi; begitulah orang yang tak beriman, terima dakwah & ajaran Nabi s.a.w akan kerugian di Akhirat kelak!


*Kita ni apabila mata tidur hati pun terus tidur, parah lagi walaupun mata celik tak tidur tetapi hati sentiasa tidur.


8. Di akhir ayat Allah kata Dia akan beri petunjuk & hidayah untuk hamba-Nya yang dikehendaki dari kalangan orang Islam- jalan yang lurus yang akan membawa pengikutnya sampai ke syurga!


 Siapa yang tak ikut jalan Nabi ini akan ke neraka!


🎀𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:


1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟒- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐚𝐢𝐫 𝐡𝐮𝐣𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭, 𝐥𝐚𝐥𝐮 (𝐭𝐮𝐦𝐛𝐮𝐡𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐛𝐮𝐫𝐧𝐲𝐚) 𝐭𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧-𝐭𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢…}-

 Allah buat bandingan kehidupan dunia ini seperti air hujan yang turun dari langit, yang menumbuhkan tumbuhan; lalu tumbuhan itu dimakan oleh manusia & haiwan atau mati kering begitu saja.


Ayat ini mengandungi suatu bandingan yang cukup cantik iaitu bagaimana keadaan dunia yang begitu cepat rosak & hilang- cantik tetapi tak tahan lama!


 Seperti pokok-pokok bunga & sayur yang tumbuh sementara, indah tetapi tak tahan lama!


Kata DDAAM: Dunia ini memperdaya & mempesonakan tetapi dia akan hilang, cepat rosak & tak kekal. 

Maka jangan kita terpengaruh sangat dengan dunia, nak kejar keindahannya sehingga tak kira halal haram.

 Ingat dunia ini tak kekal, yang bertahannya adalah iman dalam hati kepada Allah s.w.t.


2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟒- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐚𝐢𝐫 𝐡𝐮𝐣𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐭𝐮𝐫𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭, 𝐥𝐚𝐥𝐮 (𝐭𝐮𝐦𝐛𝐮𝐡𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐛𝐮𝐫𝐧𝐲𝐚) 𝐭𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧-𝐭𝐚𝐧𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢,…}- Allah buat bandingan dunia ini seperti air hujan yang turun dari langit menumbuhkan pokok-pokok di bumi.


Tetapi kenapa Allah sebut dalam ayat ini air hujan sebagai air dari langit bukan air dari bumi??? 


Kata ulama':

Air dari langit kita tidak boleh kawalnya, kita hanya boleh terimanya apabila Allah hantar & turunkannya; tak kira samada kita nak atau tak nak! 


Tiada kuasa & pengetahuan manusia untuk campur-tangan nak hujan banyak atau sikit, bila atau di mana! 


Kadang-kadang kita nak hujan tetapi hujan tak turun, kita nak hujan skit tetapi hujan turun banyak sehingga memusnahkan!


Antara kunci ilmu ghaib yang di bawah kuasa Allah ialah manusia tak tahu bila & di mana hujan akan turun- ramalan & kajian cuaca itu ada tetapi tetap tidak tepat!


Berbeza dengan air dalam bumi ini- manusia masih boleh kawalnya seperti di mana kita nak korek telaga, boleh kita nak kumpulkam airnya buat empangan & ke mana kita nak alirkan airnya dengan buat parit & saliran, dan seumpamanya!


Maklumat tambahan:

Tasik Kenyir, tasik buatan terbesar di Asia Tenggara, terletak di Terengganu dan terbentuk akibat pembinaan Empangan Kenyir pada tahun 1985 untuk penjanaan hidroelektrik. 


Tasik ini berkeluasan 260,000 hektar dengan lebih 340 pulau kecil, menawarkan biodiversiti yang kaya, serta menjadi tumpuan pelancongan untuk aktiviti seperti memancing, jungle trekking, lawatan air terjun dan gua. Tasik ini juga berfungsi sebagai pintu masuk ke Taman Negara.


Kedalaman Tasik Kenyir adalah tidak seragam kerana ia merupakan sebuah tasik buatan manusia yang besar dengan kedalaman maksimum 146 meter. 


Kedalaman tasik berbeza-beza bergantung kepada kawasan, manakala anggaran kedalaman purata tasik ini ialah 42 meter.


Kita boleh berjalan melihat keindahan alam sambil berfikir akan kekuasaan & kehebatan Allah dalam mencipta alam, inilah dipanggil ayat-ayat manzurah- tanda-tanda kekuasaan Allah yang boleh dilihat. 


Tetapi amat malang jika berjalan atas muka bumi ini melihat keindahan alam samada di dalam hutan bukit atau di atas air lautan bercampur dengan perbuatan maksiat atau lagha, tidak menjadikan kita makin dekat dengan Allah tetapi makin jauh akibat perbuatan maksiat & lagha itu. 


3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟒- {… 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐦𝐩𝐚𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐧𝐜𝐚𝐧𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐰𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐢𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐚 𝐡𝐚𝐧𝐜𝐮𝐫-𝐥𝐞𝐛𝐮𝐫, 𝐬𝐞𝐨𝐥𝐚𝐡-𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐢𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐢𝐭𝐮.}- semua pokok yang indah & kejadian yang menawan tadi- jika Allah hantar bala bencana-Nya, dengan kehendaknya malam atau siang segalanya akan hancur musnah seolah tidak pernah wujud sebelum ini!


Maka ketika berada di dalam hutan, atas air & bot- jangan galak sangat & lalai dari mengingati Allah kerana sekali Allah nak ambil tindakan sebentar sahaja!


Ayat ini menunjukkan kehendak Allah itu ada dua:


i- iradah kauniyah qadariyah - penciptaan makhluk dan taqdir Allah yang telah ditetapkan awal sebelum penciptaan langit & bumi lagi.


ii- iradah Syar’iyyah– Allah jemput manusia semua untuk beriman kepada-Nya. 


Maka kita orang beriman sentiasa kena ingat, jangan berani keras kepala nak buat dosa & maksiat.


 Kerana apabila Allah nak binasakan sesuatu; sekali Allah hantar bala semuanya akan hancur musnah- kun fayakun.


Allah nyatakan itu adalah arahan Allah {perintah Kami- أَمْرُنَا}- Allah nak hantar yang baik pun boleh, Allah nak hantar yang buruk pun boleh dengan cepatnya!


4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟓- {(𝐈𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐚 𝐤𝐞𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚), 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐮 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐤𝐞 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐝𝐢𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐨𝐬𝐚,…}- betapa Allah ajak panggil kita semua ke syurga, negeri yang kekal sejahtera penuh nikmat! 


Iaitu Allah seru panggil semua manusia untuk beriman kepada-Nya lalu akan masuk syurga!


Jika manusia masih enggan menerima ajakan & tawaran istimewa dari Allah ini; masih nak ikut jalan nafsu yang membawa kepada kesesatan dan kebinasaan- maka itu adalah kerugian atas manusia- maka kamu sendiri yang pilih kebinasaan daripada keselamatan!


5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟓- {.. 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐮 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐤𝐞 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐝𝐢𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐨𝐬𝐚…}- 

Allah s.w.t umumkan seruan dakwah ini tetapi hidayah itu hanya khas & terpilih. 

(عم الدعوة وخاصة الهداية)

Yakni Allah panggil & seru semua untuk beriman; tetapi Allah hanya akan beri hidayah kepada orang yang Dia pilih saja!


Hidayah juga ada dua jenis:

i- hidayah irsyad- membimbing manusia kepada jalan yang benar itu kerja para rasul, ustaz pendakwah, tok haji, tok lebai & semua sesama manusia yang ada ilmu agama!


ii- hidayah taufiq- hanya milik Allah & di bawah kuasa Allah semata-mata- manusia tidak ada kuasa ini!


Kerana itu dalam ayat ini Allah nyatakan dakwah adalah umum untuk semua manusia, manakala hidayah khas iaitu hidayah taufiq duduk di bawah kuasa Allah semata-mata.


Kita memohon kepada Allah untuk beri hidayah kepada kita- kepada jalan yang lurus, jalan yang diredhai-Nya bukan jalan yang sesat yang dimurkai Allah.


Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya. 


𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.🎀


#𝙐𝘼𝙈✎𝗖𝗮𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗵 𝙄𝙨𝙣𝙞𝙣 29/09/2025 / 07 𝙍. 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1447𝙃🌷


Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Yunus 2025 (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:


Link: 

https://www.youtube.com/playlist?list=PLC16EIfOI4LCezq32AtjEt24_fUbZeiy3


Semoga Bermanfaat!

No comments:

Post a Comment

Ringkasan pax judaica

 Berikut adalah susunan isi penting berdasarkan teks yang anda berikan, yang membincangkan kaitan antara doa Nabi Sulaiman A.S., pembentukan...