💎𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐮𝐤𝐦𝐢𝐧 𝐒𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚, 𝐃𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐖𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐒.𝐖.𝐓 & 𝐊𝐚𝐟𝐢𝐫 𝐖𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐇𝐢𝐭𝐚𝐦 𝐃𝐢𝐜𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐊𝐞 𝐍𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚.💎
♥𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙎𝙚𝙡𝙖𝙨𝙖 30/09/2025 / 08 𝙍. 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1447𝙃 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙔𝙪𝙣𝙪𝙨 (12) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [26-27]♥
F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨: https://youtu.be/OCrrr0eW2lM?si=nrwQSuxsNG8shnfL
🌷𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:
1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Yunus dengan ayat 26 dan ayat 27 dalam juzuk kesebelas.
2. Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan tentang dua kumpulan manusia iaitu pertama bahawa bagi mukmin syurga balasanya serta ada lagi tambahannya.
3. Iaitu ahli syurga mereka dapat tambahan memandang wajah Allah s.w.t apabila Allah zahirkan Zat-Nya yang mulia- ini adalah pegangan kita ahli Sunnah bahawa orang mukmin boleh tengok Allah di akhirat kelak.
4. Adapun puak kafir yang kufur dan melakukan kejahatan atas dunia ini- balasan buruk bagi mereka, tiada penolong bagi mereka & wajah mereka hitam legam, gelap gelemat & mereka akan dicampakkan ke dalam neraka.
5. Inilah uslub al-Quran- sebut keduanya yang baik & buruk- sebut syurga akan disebut juga neraka!
Ini kerana untuk memberi peringatan kepada orang beriman- berhati-hatilah- lorong kita adalah ikut yang ini- jangan sampai tersilap pilih jalan pula- salah lorong silap langkah akan terhumba, ke dalam neraka- na’uzu billah!!!!
*Jadi kita kena usahalah; belajar, mengaji, menuntut ilmu yang benar berdasarkan kepada Kitab al-Quran & Sunnah Nabi s.a.w, berdasarkan tafsiran ulama' yang muktabar!
Jangan ikut jalan lain, jika tidak kita akan sesat, tak jumpa jalan yang benar!
6. Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- munasabah pertaman; dalam ayat yang lepas Allah s.w.t seru hamba-Nya untuk ke syurga & supaya beriman.
Allah nyatakan bahawa bahagia & bertuahlah orang yang mendapat hidayah iman.
** maka dalam ayat ini Allah nyatakan apakah kebahagiaan itu- iaitu dapat masuk syurga & dapat tambahan memandang kepada wajah Allah s.w.t.
ii- munasabah kedua- Allah kata Dia akan beri petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki ke jalan yang benar.
Maka ada orang dapat hidayah ada orang sesat mendapat dholalah.
*Maka datang ayat ini menjelaskan tentang dua kumpulan itu- yang mendapat hidayah ayat 26 & yang sesat dalam ayat 27.
iii- munasabah yang ketiga: apabila Allah sebut darus-salam {دار السلام}- semua orang beriman merindui, mencari-cari apakah darus-Salam yang Allah janjikan itu!
**Maka datang ayat ini menyatakan bahawa bagi orang beriman adalah nikmat syurga & tambahannya!
Iaitu nikmat tanpa kesusahan & kesedihan serta tambahannya dapat memandang kepada wajah Allah!
7. Kerana itulah kata ulama' semua kehebatan al-Quran ini menunjukkan bahawa al-Quran itu datang dari sumber yang satu iaitu Allah Azza wa Jalla.
Jika sumber yang berlainan pasti ada percanggahan & kontra yang banyak!
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟔- {𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐦𝐚𝐥𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐢𝐤𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐭𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐥𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐢𝐫 𝐦𝐮𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐩𝐮𝐥𝐚 (𝐛𝐞𝐫𝐬𝐞𝐫𝐢-𝐬𝐞𝐫𝐢) 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐢𝐥𝐢𝐩𝐮𝐭𝐢 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐝𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧. 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐢𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐒𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚, 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐤𝐞𝐤𝐚𝐥 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚-𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧𝐲𝐚.} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟐𝟔)
1. Allah nyatakan bahawa orang yang baik atas dunia ini iaitu:
i- mereka yang beriman
ii- buat kebaikan dengan ikut arahan Allah & jauhkan diri daripada larangan-Nya, serta sentiasa terasa mereka duduk di bawah pemerhatian & pemantauan Allah.
2. Maka Allah akan beri kepada hamba-Nya yang buat baik {أَحْسَنُوا۟} ini:
i- kebaikan {ٱلْحُسْنَىٰ}
ii- Serta tambahan {وَزِيَادَةٌۭ} yang besar, nikmat yang teragung iaitu dapat melihat kepada wajah Allah s.w.t.
Apabila Allah buka hijab pemandangan ini menunjukkan bahawa Allah redha & sayang kepadanya- jika tidak- tidak akan dapat kelebihan itu.
3. Ditafsirkan oleh ulama' beberapa maksud tentang dua perkataan ini; contoh seperti kata Ibnu Jarir :
Tambahan kepada syurga itu boleh tengok Allah serta Allah beri pula di dalam syurga itu bilik-bilik daripada mutiara yang indah serta tambahannya mendapat keredhaan & keampunan Allah s.w.t!
4. Tak perlu perbahasan panjang kita kata kesimpulannya ialah:
i- husna {ٱلْحُسْنَىٰ} adalah syurga dan segala nikmatnya.
ii- dan tambahan {وَزِيَادَةٌۭ} itu ialah melihat kepada Allah!
*Ya Allah jadikan kami semua dari kalangan orang yang layak ke syurga-Mu & layak memandang wajah Allah.
5. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; Melihat kepada Tuhannya.} (Al-Qiaamah 75: 22-23)
6. Hadis-Daripada Suhaib R.A, bahawa Rasulullah S.A.W membaca ayat surah Yunus ini lalu bersabda:
إِذَا دَخَلَ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ - قَالَ - يَقُولُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى تُرِيدُونَ شَيْئًا أَزِيدُكُمْ فَيَقُولُونَ أَلَمْ تُبَيِّضْ وُجُوهَنَا أَلَمْ تُدْخِلْنَا الْجَنَّةَ وَتُنَجِّنَا مِنَ النَّارِ -
قَالَ - فَيَكْشِفُ الْحِجَابَ فَمَا أُعْطُوا شَيْئًا أَحَبَّ إِلَيْهِمْ مِنَ النَّظَرِ إِلَى رَبِّهِمْ عَزَّ وَجَلَّ
Maksudnya: Apabila seorang ahli syurga memasuki syurga, Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman: “Apakah kamu ingin aku tambahkan lagi nikmat kepadamu?”
Mereka menjawab: “Tidakkah Engkau telah memutihkan wajah-wajah kami?
Tidakkah Engkau telah memasukkan kami ke dalam syurga dan menyelamatakan kami daripada api neraka?”
Lalu Allah S.W.T membuka hijab (dan menampakkan diri-Nya, dan tidaklah mereka itu diberikan sesuatu yang lebih mereka cintai berbanding nikmat melihat Tuhan mereka Allah ‘Azza wa Jalla. [HR Muslim].
7. Wajah ahli syurga berseri-seri serta penuh ketenangan tanpa kerisauan, tiada kerutan wajah yang menggambarkan kesusahan.
8. Munasabah ayat:
i- apabila Allah nyatakan tentang kemuliaan & nikmat ahli syurga;
ii- maka ayat ini menjelaskan dengan lebih detail keadaan mereka- wajah yang berseri dan indah!
Tiada debu kehinaan & kerutan kerunsingan di wajah mereka!
9. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah s.w.t:
{Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri, tertawa, lagi bersuka ria;} ('Abasa 80: 38-39)
*Ingat orang banyak ketawa di dunia akan banyak menangis di Akhirat kelak- manakala orang yang banyak menangis kerana takutkan Allah di dunia ini- akan gembira di Akhirat kelak!
10. Mereka yang menjadi ahli syurga- akan kekal di dalamnya selama-lamanya- tiada pengakhiran kekal abadi.
*Begitu juga ahli neraka yang kafir- akan kekal di dalamnya selamanya juga!!!
Manakala orang Islam yang berdosa akan masuk neraka sehingga selesai hukumannya- ini pegangan kita ahli Sunnah wal-Jama’ah.
**Kita doakan kepada semua yang memberi bantuan & pertolongan kepada umat Islam seperti di Palestin:
i- yang Islam agar istiqomah atas agama ini dan bertambah kebaikannya.
ii- manakala mereka yang belum Islam tetapi banyak buat kebaikan atas dunia ini dalam menolong orang Islam- semoga Allah buka pintu hati mereka kepada Islam, mendapat hidayah & beriman kepada Allah s.w.t.
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟕- {𝐃𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐣𝐚𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 (𝐬𝐲𝐢𝐫𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐬𝐢𝐚𝐭), 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐚𝐩-𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐤𝐞𝐣𝐚𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐣𝐚𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐭𝐢𝐦𝐩𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧; 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐩𝐞𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐫𝐢 (𝐬𝐞𝐤𝐬𝐚) 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡; 𝐦𝐮𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐡𝐢𝐭𝐚𝐦 𝐥𝐞𝐠𝐚𝐦) 𝐬𝐞𝐨𝐥𝐚𝐡-𝐨𝐥𝐚𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐢𝐭𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐠𝐞𝐥𝐚𝐩-𝐠𝐞𝐥𝐢𝐭𝐚) 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐠𝐞𝐥𝐚𝐩-𝐠𝐞𝐥𝐢𝐭𝐚. 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐢𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐧𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚, 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐤𝐞𝐤𝐚𝐥 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦𝐧𝐲𝐚.} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟐𝟕)
1. Munasabah ayat:
i- setelah Allah sebut tentang orang yang baik- dapat masuk syurga & tambahan nikmat-Nya;
ii- maka datang ayat ini sebagaimana kebiasaan uslub al-Quran- Allah ceritakan pula tentang nasib orang yang sebaliknya iaitu mereka 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐣𝐚𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧, 𝐬𝐲𝐢𝐫𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐬𝐢𝐚𝐭,- balasannya ialah neraka!
2. Allah nyatakan orang yang melakukan kejahatan {وَٱلَّذِينَ كَسَبُوا۟ ٱلسَّيِّـَٔاتِ}-, yakni dia buat & usaha buat keburukan.
Ia merangkumi segala jenis maksiat & kejahatan iaitu yang paling besar sekali ialah kafir & syirik kepada Allah serta maksiat-maksiat yang dikira derhaka kepada Allah.
Jika orang beriman buat maksiat dikira derhaka & buat dosa.
Orang kafir pula ada tiga peringkat- syirik, derhaka & buat maksiat.
3. Maka balasannya adalah mengikut peringkat perbuatan jahat yang mereka buat itu!
Itulah keadilan Allah s.w.t, Dia balas ikut kejahatan yang dibuat- tak balas lebih daripada itu.
Bagi dosa Allah tidak gandakannya- satu dosa satu balasan- one by one.
*Berbeza dengan pahala kebaikan- satu kebaikan diganda sehingga sepuluh kali atau sehingga tujuh ratus kali- itulah kelebihan beriman!!!
4. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).} (Al-An'aam 6:160)
5. Mereka ini juga akan ditimpa kehinaan {ذِلَّةٌ}! Apabila masuk neraka pastilah tiada kebaikan atau kemuliaan lagi!
6. Apabila Allah murka & jatuhkan hukuman-Nya- tiada siapa yang boleh halang & tiada siapa yang boleh menolong menjadi pelindungnya { عَاصِمٍۢ}!
7. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{"(Iaitu) hari kamu berpaling undur melarikan diri; padahal semasa itu tidak ada sesiapapun yang dapat menyelamatkan kamu dari azab Allah.} (Ghaafir 40:33)
*Dalam ayat ini Allah bercakap dengan mereka orang kafir sebagai orang kedua (mukhatab) iaitu kamu – {مَا لَكُم مِّنَ اللَّهِ مِن عَاصِمٍ}.
7. Dalam ayat ini Allah ceritakan dengan uslub cerita kepada kita tentang keadaan orang kufur sebagai orang ketiga iaitu mereka- bahawa {𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐩𝐞𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐫𝐢 (𝐬𝐞𝐤𝐬𝐚) 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡- مَّا لَهُم مِّنَ ٱللَّهِ مِنْ عَاصِمٍۢ}.
8. Kemudian Allah ceritakan lagi kepada kita tentang keadaan ahli neraka ini sehingga kita boleh nampak & gambarkan keadaan wajah mereka yang tidak ceria itu, hitam lagi gelap itu: {muka mereka (hitam legam) seolah-olahnya ditutup dengan beberapa bahagian (yang gelap-gelita) dari malam yang gelap-gelita.}.
9. Mereka ahli neraka itu, mereka akan kekal di dalamnya selamanya!!!!
Wal-‘iyazu billah!
اللَّهُمَّ أَجِرْنا مِنْ النَّارِ- :
"Ya Allah, lindungilah kami dari api neraka."
🎀𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟔- {𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐦𝐚𝐥𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐝𝐢𝐤𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐭𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐥𝐢𝐚…}- bagi orang beriman Allah beri husna (ihsan) kurniaan yang besar iaitu syurga & segala nikmatnya serta tambahan lebih daripada itu lagi!
Munasabah antara dua kelebihan ini ihsan & tambahan:
i- sifat ihsan ini- oleh kerana kamu atas dunia dulu kamu sentiasa takut & malu kepada Allah untuk buat sesuatu yang menyalahi perintah-Nya & sentiasa taat- kerana malu & takut dengan kepada Allah walaupun kamu tak nampaknya tetapi kamu terasa bahawa Allah sentiasa melihat dan memantau kamu!
ii- maka Allah bagi kamu balasan syurga dengan sebab amalan & ketaatan kamu dan kerana kamu sentiasa nampak Allah dengan mata hati kamu- maka sekarang kamu masuk syurga & Allah buka hijab-Nya, beri tengok kepada wajah-Nya secara hakiki!
Berlawanan dengan orang kafir tak layak tengok Allah- kerana ia adalah satu kelebihan, bonus tambahan yang Allah beri khas!!!
Sebagaimana firman Allah ini:
{Jangan lagi mereka berlaku demikian! (kalau tidak), mereka pada hari itu, tetap terdinding dari (rahmat) Tuhannya.} (Al-Mutaffifiin 83:15)
Jika nak tengok Allah di Akhirat kita kena taat atas dunia ini!
2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟔- {… 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐢𝐫 𝐦𝐮𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐩𝐮𝐥𝐚 (𝐛𝐞𝐫𝐬𝐞𝐫𝐢-𝐬𝐞𝐫𝐢) 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐢𝐥𝐢𝐩𝐮𝐭𝐢 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐝𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧.}-
Allah nyatakan antara nikmat syurga itu air muka penghuninya amat indah:
i- 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐞𝐫𝐢-𝐬𝐞𝐫𝐢 penuh ceria, muda remaja comel llotey.
ii- 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐢𝐥𝐢𝐩𝐮𝐭𝐢 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐝𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧.
Tiada kerutan kerunsingan dan kedutan usia tua!
Dalam ayat ini Allah hanya sebut muka atau wajah sahaja- kenapa???
Kata ulama':
Ini kerana anggota manusia yang paling mulia & jelas terzahir kelihatan ialah wajah seseorang!
Muka ialah anggota yang paling penting dan cara untuk kita cam dan kenali seseorang.
Begitu juga untuk jatuh hati & berkahwin- kita dibolehkan melihat muka bakal pasangan.
Jika muka sudah ceria & indah pastilah anggota lain juga indah & lengkap sempurna- tak perlulah disebut semuanya satu persatu!
Hadis- Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Sedekat-dekat hamba kepada Tuhannya, ialah di kala hamba itu sedang sujud (di hadapan Allah), oleh itu perbanyakkanlah doa dalam sujud". (Hadith Riwayat Muslim 1/350)
*Ini kerana kita meletakkan wajah kita, anggota yang paling mulia di atas tanah tempat yang dipijak oleh kaki-kaki manusia lain.
Kita letakkan muka kita ditempat hina di dunia ini, bersujud kepada Allah; agar Allah muliakan muka kita di Akhirat kelak, insya' Allah.
{Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,
Tertawa, lagi bersuka ria;} ('Abasa 80: 38-39)
3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟕- {𝐃𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐣𝐚𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 (𝐬𝐲𝐢𝐫𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐬𝐢𝐚𝐭),…}- Allah kata orang yang usaha buat melakukan perkara yang tidak baik & kejahatan-
{وَٱلَّذِينَ كَسَبُوا۟ ٱلسَّيِّـَٔاتِ}.
Ulama' ahli Sunnah berkata: Ini menunjukkan manusia akan diambil tindakan atas usahanya!
Ini kerana dia yang pilih nak buat maksiat, dia pilih nak buat benda tak baik, dia yang pilih tak buat perintah Allah, dia pilih lorong yang dimurkai Allah; maka akan diberi hukuman balasan mengikut perbuatannya.
Kamu derhaka kepada Allah di dunia; maka di Akhirat kamu akan dihina!
Ayat ini menunjukkan bahawa pentingnya memilih jalan yang baik!
Ayat ini juga menyatakan bahawa taqdir Allah adalah satu perkara & usaha kita adalah satu benda yang lain!
Kerana kita tidak tahu taqdir Allah- maka kita kena usaha buat kebaikan itu sebanyak mungkin- kerana usaha manusia & taqdir Allah tidak akan berlawan!
Kita kena usaha untuk pilih taqdir yang baik untuk kita sendiri dengan berusaha buat kebaikan sebanyak & sebaik mungkin.
Jika kita tak usaha & pilih jalan yang salah maka itu adalah pilihan kita sendiri!
Apa yang kita tanam, apa benih yang ditabur; itulah hasil yang kita tuai & petik.
4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟕- {… 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐩𝐞𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐫𝐢 (𝐬𝐞𝐤𝐬𝐚) 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡;}-
Allah kata tiada siapa yang boleh bebaskan & selamatkan dirinya daripada kehendak, taqdir & azab Allah s.w.t!
Apabila Allah nak beri kebaikan kepada kita tiada siapa boleh kacau kita, apabila Allah taqdirkan kita kena benda tak baik; tiada siapa boleh menyelamatkan kita!
Begitu juga apabila kita pilih taqdir yang tidak baik itu- tiada siapa yang dapat menyelamatkan kita dari hukuman Allah!
Tiada siapa yang dapat menolong kita di Akhirat kelak!
Kita orang beriman hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah:
i- minta Allah kurniakan taufiq & hidayah- ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ.
ii- kita minta berlindung daripada syaitan yang sentiasa kacau kita- samada syaitan jin atau syaitan manusia!
*Syaitan manusia ini kuat juga buat pelbagai helah, tukar nama dan seumpama untuk nampak halal yang sebenarnya haram!
Menghidupkan semula amalan jahiliyyah yang telah diharamkan oleh ulama' kita! Atas nama kebudayaan atau kesenian atau pelbagai lagi- sebagaimana kata Allahyarham TG Hj Abdul Rahman:
Itu bukan budaya tapi tipu-daya syaitan!
Sebagaimana hadis Nabi s.a.w:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ:
أَبْغَضُ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ ثَلاَثَةٌ: مُلْحِدٌ فِي الْحَرَمِ، وَمُبْتَغٍ فِي الإِسْلاَمِ سُنَّةَ الْجَاهِلِيَّةِ،
وَمُطَّلِبُ دَمِ امْرِئٍ بِغَيْرِ حَقٍّ لِيُهَرِيقَ دَمَهُ " .
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi (ﷺ) bersabda:
"Orang-orang yang paling dibenci kepada Allah adalah tiga orang:
(1) Seseorang yang menyimpang dari tingkah laku yang betul, iaitu, seorang pelaku kejahatan, di Masjidil Haram (tempat perlindungan Makkah dan Madinah);
(2) orang yang menginginkan agar budaya (adab) zaman jahiliyyah, harus kekal dalam Islam.
(3) dan orang yang berusaha untuk menumpahkan darah seseorang tanpa hak." [HR Bukhari].
Yakni ulama' dulu telah menyatakan bahawa perbuatan & adab-adab buruk itu adalah haram- tetapi ada orang yang mahu kembalikan & hidupkannya atas nama kesenian, kebudayaan dan sebagainya!
Banyak perbuatan haram yang telah dikosmetikkan seperti anjur pesta maksiat atas nama budaya atau seni, rasuah dipanggil duit kopi, riba menjadi bunga, mengumpat dikata membawang dan seumpamanya!
Ini adalah agenda dan menghalalkan yang jelas haram!
5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟐𝟕- {… 𝐦𝐮𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐡𝐢𝐭𝐚𝐦 𝐥𝐞𝐠𝐚𝐦) 𝐬𝐞𝐨𝐥𝐚𝐡-𝐨𝐥𝐚𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐢𝐭𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐠𝐞𝐥𝐚𝐩-𝐠𝐞𝐥𝐢𝐭𝐚) 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐠𝐞𝐥𝐚𝐩-𝐠𝐞𝐥𝐢𝐭𝐚.}- dalam ayat ini Allah gambarkan satu gambaran yang amat menakutkan & cukup dahsyat!
Iaitu wajah orang kafir di Akhirat kelak adalah 𝐡𝐢𝐭𝐚𝐦 𝐥𝐞𝐠𝐚𝐦 𝐬𝐞𝐨𝐥𝐚𝐡-𝐨𝐥𝐚𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐢𝐭𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐠𝐞𝐥𝐚𝐩-𝐠𝐞𝐥𝐢𝐭𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐠𝐞𝐥𝐚𝐩-𝐠𝐞𝐥𝐢𝐭𝐚- amat dahsyat & mengerikan sekali!!!
Nak ceria macamana lagi kerana neraka telah jelas di depan mata mereka- kita atas dunia ini jika hanya demam atau sakit gigi saja dah rosak segala mood pada hari itu & tak ceria lagi!
Ayat ini menunjukkan bahawa di Akhirat kelak terdapat dua wajah yang berbeza:
i- wajah yang ceria iaitu kepunyaan ahli syurga.
ii- wajah yang hitam legam penuh kehinaan iaitu wajah ahli neraka!
Sebagaimana firman Allah s.w.t ini:
{Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,
Tertawa, lagi bersuka ria; ('Abasa 80: 38-39)
Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu,
Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita.} ('Abasa 80: 40-41)
Kita minta berlindung dengan Allah s.w.t daripada kemurkaan-Nya di dunia & Akhirat.
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Iklan:
Boleh dapatkan kitab baru- Penawar Bagi Hati oleh Dr. Abdul Basit bin Hj. Abdul Rahman. (Edisi Kemas Kini 2025).
Di: https://dartaibah.com/store/Penawar-Bagi-Hati-oleh-Dr-Abdul-Basit-bin-Hj-Abdul-Rahman-Edisi-Kemas-Kini-2025-p11190023
𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.🎀
#𝙐𝘼𝙈✎𝗖𝗮𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗵 𝙎𝙚𝙡𝙖𝙨𝙖 30/09/2025 / 08 𝙍. 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1447𝙃🌷
Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Yunus 2025 (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:
Link:
https://www.youtube.com/playlist?list=PLC16EIfOI4LCezq32AtjEt24_fUbZeiy3
Semoga Bermanfaat!
No comments:
Post a Comment