Monday, 5 May 2025

Pcr: Haiwan ternakan

HAIWAN TERNAK

aduhai, kutemui
haiwan-haiwan ternak
berselerak di dalam benak
bagaikan di padang lalang
meratah segala lapar

saban fajar menunggu dilepaskan
sebaik pintu di buka
melompati ketamakan

tergembala dengan jeritan
dengan suapan dan pukulan
dihidupan untuk makan
dan kesenangan

kerana seperti mereka
tidak kufikirkan ada dan fasa
kuabaikan tanda-tanda

hujan turun, pohon-pohon merimbun
kemudian kontang, kemudian gersang
sekalian pulang

050525
Dusun Lumut.

No comments:

Post a Comment

AS di bawah Trump

 Apa yang berlaku kepada AS di bawah Trump adalah ulangan kepada apa yang berlaku kepada Jerman di bawah Hitler. Mencetak wang hutang tanpa ...