Saturday, 10 June 2023

OT: lantak

Lantaklah...
1. Dunia ini Tuhan jadikan utk didiami manusia. Manusia bukan Iphone 14 dgn ciri yang seragam - itupun ada yang meragam. Manusia spt aku, dia dan kamu adalah unik. Maka pendidikan diperlukan utk manusia 'diposisikan secara kolektif' diri mereka sesuai dengan keunikan potensi masing-masing, bukan bersaing utk melemah, merendah dan membodohkan yang lain.

Jom fikir sejenak senario ini..

2. Ali anak autism yang pemalu. Siti anak Mak Cik Kiah pula lembut hati. John anak tokey yang suka berleter. Selva berbakat main bola. Brahim suka  Maths dan jiran sebelah rumahnya Letchmi yang suka giler Sains. Dollah anak yatim yang suka agama.

3. Epit pula suka membantu orang sementara Abu yang tak tahu apa masalahnya adalah kaki bengkeng nombor satu sekolah. Tan pula all rounder, apa yang dia buat semua kena. OT anak 
penoreh, apa yang cikgu ajar semua dia boleh.
 
4. Senarai keunikan anak-anak ini tidak akan habis-habis kalau nak ditulis... Inilah anugerah Tuhan. Indah. Dan inilah fungsi sekolah, utk menggarap keindahan ini.

5. Memetik idea yang dikenali sebagai multiple intelligence, manusia ada sekurang2nya 12 kecerdasan berbeza. Maka pendidikan disediakan utk memberikan ruang dan peluang kepada murid mengembangkan potensi masing-masing - Ali, Siti, Letchmi dan kawan-kawannya, termasuk Abu yang kaki bengkeng supaya tahu kewujudan mereka saling berkolaborasi dan perlu saling menghormati.

6. Semua potensi ini diperlukan kerana kehidupan manusia sendiri adalah rencam dan bengkang bengkok, bukan lurus macam 'high-way'.

7. Ingat ketika anak2 kecil tadika bermain. Mereka tidak memilih bulu, yang cerdik, yang miskin, yang kaya. Kalau bergaduhpun, mereka cepat mesra semula. Tetapi setelah memasuki alam persekolahan mereka mula terasing... mula2 terasing dgn kondisi dan lokasi sekolah, kemudian dengan gred, selepas itu terasing dgn status sekolah, seterusnya alam pekerjaan. Yang cerdik dan berkelebihan ditatang dan akan mendapat hampir segala2nya.

8. Sekolah masih gagal menganggap intelligence, cognitive dan physical ability anak2 kecil ini sebagai satu DIVERSITY anugerah Tuhan, satu amanah... sebagaimana diversity dalam kehidupan yang saling bergantungan. 

9. Sistem kita secara tidak lansung mengasingkan anak-anak ini seperti ia mengasingkan ibubapa kanak-kanak tersebut suatu ketika dulu, sehingga ada yang bangga menyiapkan plakad  utk ditayang oleh anak2 .. 10A, 9A, 8A.. dan bila ditanya tujuannya disambut respon beremosi pulak ... 
'Kenapa perlu kisah perasaan anak2 yg tak ada A - lantaklah'. 

10. Murid As sendiri tiada pemikiran begini..  malah ramai yg terkejut memperolehi byk As.. orang dewasa plak yang lebih2 nak menunjuk2. Jika suatu hari kita terlantar.. selain doktor yang merawat, nurse yg tiada 8 As-10 As dan yg tiada di atas pentas mengangkat plakat ini lah yg akan menguruskan kita.. penuh dedikasi.. mereka takkan 'melantakkan'  kita kerana itu profession mereka dan begitulah mereka dilatih sebagai insan professional.
Sekolah juga perlu profesional...

OT

No comments:

Post a Comment

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...