Thursday, 1 September 2022

Karya sempena bercuti ke Genting Highland

Asasnya di tanah rendah

Menampung beban gunung yang gagah

Menakung air menyerap masalah

Mengizinkan makhluk tidak mengalah

Sebelum menuju ke alam barzakh

 

Tinggi di sana tersergam megah

Gunung mencakar langit nan indah

Burung berkicau tiada resah

Tafakkur sejenak ciptaan Allah

 

Jalan berliku tetap dituju

Mencari tumpu tanpa jemu

Penat lesu tolak ke tepi

Agar cita bukan lagi mimpi

 

Ibu kera melintang jalan

Mengendong anak mencari makan

Aral datang bukan halangan

Di sebalik ujian ada harapan

 

Tempat yang sepi tiada penghuni

Tiada pedagang tiada bangunan

Datang insan bina kemajuan

Akhirnya berubah menjadi tumpuan

 

Unggas bergegas tinggalkan sarang

Cari rezeki tak toleh ke belakang

Kumpulkan takwa sebagai bekalan

Persiapan terbaik di hari kemudian.

 

2022 Jun 8, Tanah tinggi Genting

No comments:

Post a Comment

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...