Desa memang begitu
dari jauh
teduh memendam
ghairah mengeram
aku tahu di batang mana
ada tanda cinta
dan torehan nama
kini seperti berkudis
menggerigis
aku tahu di rimbun mana
ku gantungkan rindu
sesekali pulang aku berbuai
menatap kolam silam
yang sering karam
dengan air mata
selepas itu
lama aku menunggu
di pintu mu
yang bertukar menjadi batu
desa memang begitu
dari jauh
syahdu menyungkup pilu
No comments:
Post a Comment