Saturday, 27 February 2021

PG menyimpan

Bila hujung bulan, ramai mengalami masalah untuk mengurus pendapatan dengan bijak. 


Ada yang terlebih belanja sampai komitmen yang ada tak mampu nak bayar. 


Ada 4 tips urus pendapatan yang boleh dijadikan panduan:


1. Setiap kali terima gaji bulanan, pastikan asingkan sekurang-kurangnya 10% untuk dijadikan simpanan. 


Sebagai contoh: 


Gaji RM3000, asingkan 10% bersamaan RM300

Gaji RM1800, asingkan 10% bersamaan RM180


2. Utamakan keperluan berbanding kehendak. Jelaskan segala komitmen bulanan seperti kereta, rumah dan bil-bil bulanan terlebih dahulu. 


Ada lebih, baru pasang niat untuk belanja. Betul, self reward juga penting. Bukan tak boleh langsung. Atau tinggal terus. 


3. Belanja mengikut kemampuan diri. Elakkan mula berhutang untuk barang yang bukan menjadi keperluan dalam masa terdekat. Elakkan ikut nafsu, kawal selagi boleh kawal. 


4. Wujudkan akaun simpanan yang tidak menggunakan kad ATM supaya dapat elakkan dari keluarkan wang sesuka hati.


Sebagai contoh tukarkan jadi emas dalam bentuk fizikal ataupun akaun. 


Semoga kita semua dapat urus kewangan secara berhemah. 


Dapat Sesuatu 🤗

Kongsi jika bermanfaat.


L.O.V.E.S ❤️ from Hearts


No comments:

Post a Comment

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...