Saturday, 6 February 2021

Pak kaduk ulasa cikgu Ramlan

SELOKA PAK KADUK

Aduhai malangnya Pak Kaduk
ayamnya menang kampungnya tergadai
ada nasi dicurahkan
awak pulang kebuluran

Hai mudik menongkah surut
menghilir menongkah pasang
ada isteri dibunuh
nyaris mati oleh tak makan

Masa berlayar kematian angin
sauh dilabuh bayu berpuput
ada rumah bertandang duduk
aduhai malangnya Pak Kaduk

(Di atas adalah lirik Seloka Pak Kaduk yang saya difahamkan kalau didendang atau dibaca akan menimbulkan perasaan terhibur kerana terdapat unsur-unsur jenaka di dalamnya. Fahaman sedemikian menyebabkan saya selalunya membaca atau mendengar dendangan seloka itu "sambil lalu" sahaja. Tetapi pada suatu malam itu saya tergerak untuk membacanya berulang-ulang kali dan memperdengarkan setiap patah kata dalam lirik tersebut secara bersungguh-sungguh. Ternyata setelah berberapa kali saya ulangi, saya tidak bertambah terhibur pun, malah muncul rasa sedih dan marah yang tidak semena-mena. Apakah ini terjadi pada diri saya seorang? Cuba para sahabat sekalian pula membacanya berulang-ulang kali...bagaimana rasanya?)

No comments:

Post a Comment

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...