Tuesday, 19 November 2019

Duka puisi cikgu Ramlan

DUKA YANG TIDAK TERSURATKAN
(atas pemergian Cikgu Kaseri Sapar)

Entah beberapa ayat telah ku padamkan
kerana aku tidak mahu menyuratkan duka yang klise
kepada mu

aku ingin mengucapkan
duka pengacara yang kehilangan kata
duka pengembara yang kehilangan peta
duka penyanyi yang kehilangan suara
duka pendoa yang kehilangan frasa

aku ingin mengucapkan
duka pungguk kehilangan bulan
duka nelayan kehilangan sampan
duka kuku kehilangan isi
duka kalbu kehilangan naluri

cuba ku cari di celah-celah formula matematika
yang bergugusan di jari-jari mu
atau di sebalik hukum-hukum fizika
yang bergema dari bibir-bibir mu
aku hanya menemui lagenda
dan nostalgia

sampailah ke kuburan mu
duka ku masih tidak tersuratkan
hanya diucapkan oleh air mata

18.11.2019

Wednesday, 13 November 2019

isu melantik orang kafir

Saya rasa terpanggil dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap kenyataan yang mengelirukan daripada beberapa orang mufti dan tokoh-tokoh agama dari kalangan ahli politik terhadap isu melantik orang kafir dalam kerajaan. Mereka seperti tidak ada panduan dalam mengeluarkan pandangan syarak, hanya sekadar menurut selera pemerintah atau kepada keadaan politik semasa. Ini boleh mendatangkan bahaya besar kepada Islam sekiranya dibiarkan terus berada di tangan ahli politik, tidak kira pemerintah mahupun pembangkang. 

Di bawah ini terdapat beberapa prinsip umum yang perlu difahami.

Prinsip 1: Para mufti dan tokoh-tokoh agama adalah ikutan orang awam. Jika menyeleweng akan rosaklah umat Islam di belakang mereka. Lantaran mereka adalah pengganti Rasulullah saw bagi menerang hukum-hukum Allah. Maka laksanakanlah tanggungjawab ini dengan sempurna. Jangan tunduk kepada penguasa, tekanan dan pengaruh politik. Dan jangan mengejar populariti sehingga mempengaruhi pandangan syarak yang akan dikeluarkan. Ingat! Besar dosanya bagi mereka yang merubah hukum Allah yang telah diamanahkan kepada kamu wahai para mufti dan tokoh-tokoh agama.

Prinsip 2: Hukum yang diperjelaskan selalunya terbahagi kepada dua. Satu, yang menyangkut soal-soal umum di mana hukumnya telah masyhur dan ijma. Yakni perkara yang telah dipersetujui dan sepakat akan hukumnya sepanjang zaman hinggalah ke hari ini. Jenis ini hanya perlu dipasti bahawa halnya menepati dengan perkara masyhur dan ijma tersebut. Kedua, perkara-perkara baru yang memerlukan pandangan yang lebih teliti. Bahagian ini amat memerlukan kepada kemahiran ijtihad dengan menitikberatkan akan perkara-perkara berikut: [1] mengenali illah (العلة) hukum, [2] mengenali maslahah yang hendak dicapai atau mafsadah yang hendak dielak melalui hukum tersebut dan [3] kebarangkalian dan keunjuran (مالآت) yang dijangkakan.

Prinsip 3: Hukum Allah yang akan disampaikan adalah petunjuk kepada kejayaan bagi mukmin melalui kehidupan di dunia ini. Jika apa yang diperintah oleh Allah swt maka baiklah kesannya di dunia dan akhirat dan apa yang dilarangNya maka buruklah ia baik di dunia dan akhirat. Tugas hamba hanya patuh kepada perintah Allah swt. Dikatakan petunjuk apabila kita mengikuti petunjuk Allah dengan mematuhi segala perintah dan larang sebelum kita melakukan sesuatu. Hukum haram atau halal yang diberi adalah petunjuk yang dimaksudkan bukan sudah engkar perintah Allah baru menyedari bahawa itu adalah petunjuk Allah.

Sekarang mari kita teliti secara terperinci beberapa pandangan yang ganjil (الفتاوى الشاذة) yang telah dikeluarkan oleh mufti dan tokoh agama kita:

Kes 1: Terdapat mufti dan tokoh agama mengeluarkan fatwa “Harus pilih calon bukan Islam selagi tak musuhi agama.” Sebelum ini mereka telah mengeluarkan hukum bahawa “Haram memilih calon bukan Islam sekiranya boleh mendatangkan bahaya kepada Islam.” Ada fatwa mereka harus dan adakala lainnya haram, diikuti frasa “selagi tak musuhi agama” atau “mendatangkan bahaya kepada Islam.” Saya percaya yang harus itu sebelum pilihanraya ke14 dan yang haram itu adalah selepas pilihanraya.

Kes 2: Pemimpin tertinggi sebuah parti telah mengeluarkan padangan bahawa tidak mengapa memilih calon kafir kerana parlimen telah dipenuhi dengan orang Melayu. Lantaran itu terus menggerakkan jentera yang terdiri daripada orang-orang Islam bagi menyokong calon kafir berkenaan. Terdapat juga pandangan yang mengaitkan qarar (keputusan) ini sesuai dengan seerah Rasulullah saw dengan peristiwa perjanjian Hudaibiah. Dalam diam-diam pengikut parti ini telah diarah menurut sahaja kehendak pemimpin tertinggi kerana keputusan menyokong calon kafir telah disyurakan (mensyuaratkan).

Taklik 1. Hukum haram memilih bukan Islam adalah perkara ijma (sepakati) ulama berkurun lamanya. Ini seperti difahami dalam tulisan terperinci beliau tetapi masih ingin memilih pandangan ulama moden yang tinggal di negara majoriti umat Islam. Pengecualian tersebut barangkali dilihat dari perspektif kuatnya kedudukan Islam di negara mereka dengan sistem presiden atau beraja. Fatwa hendaklah bersesuaian di tempat sendiri dan mesti ada hujah yang kukuh sekiranya memilih hendak keluar dari ijma. Zaman ulama terdahulu lagi kuat kedudukan Islam mereka dibandingkan dengan kita hari ini tetapi masih mengatakan haram melantik bukan Islam.

Taklik 2. Hukum hakam adalah berdasarkan illah (العلة). Illah di takrifkan seperti berikut:

وصف ظاهر منضبط دل الدليل على كونه مناطا للحكم.

“Sifat zahir yang kekal, yang menjadi dalil bahawa ianya penentu hukum.”

Hukum harus berbuka puasa dalam bulan Ramadan jika seseorang itu bermusafir. Perbuatan musafir itu acapkali dikaitkan dengan kepayahan. Namun hukum adalah berdasarkan illah iaitu musafir bukan kepayahan. Kerana kepayahan adalah sifat yang berubah dari seorang ke seorang yang lain. Pekerja kontrak barangkali lebih susah daripada musafir tetapi sifat itu berubah. Begitu juga babi adalah haram. Illahnya babi, tidak kiralah jika babi itu bersih atau kotor ianya tetap haram. 

Begitu juga kafir, haram melantik mereka kerana illahnya kafir. Kafir adalah mereka yang tidak percaya kepada Allah, hari akhirat, adanya balasan baik buruk atau ringkasnya mereka tidak percaya kepada Islam. Maka melantik mereka adalah haram. Tidak kiralah jika diletakkan frasa “selagi tak musuhi agama” atau sepertinya, kerana frasa tersebut sifat yang tidak kekal dan boleh berubah. Jika berada di parlimen nanti mungkin mereka memusuhi perkara berkaitan Islam kerana mereka kafir dan sifat kafir memang begitu. 

Terdapat mufti lain pula yang merasa hairan akan sebuah parti kafir yang beliau anggap tidak mengenang budi. Kita tahu yang mufti ini penyokong kuat pada parti kafir ini sebelum pilihanraya ke14 lagi. Selepas melihat keadaan sebenar mufti mengisytiharkan berubahnya perdiriannya dan mengecam orang lain yang tidak berubah bersama beliau. Saya hairan akan kejahilan mufti berkenaan dengan illah kafir yang ditetapkan oleh syarak dengan segala sifat-sifat jelik mereka, yang banyak disebut dalam al-quran. Sepatutnya dari awal lagi beliau tidak menyokong parti kafir berkenaan.

Terdapat pandangan yang masyhur bahawa Islam tertegak di atas syariah. Syariah tertegak di atas ahkam (hukum-hukum) dan ahkam tertegak di atas illah. Dan illah pula ialah “sifat zahir yang kekal, yang menjadi dalil bahawa ianya penentu hukum.” Ini adalah perkara asas kepada sesiapa yang belajar syariah walau di bumi mana mereka belajar bahawa hukum adalah berdasarkan illah. Tidak menjadi taliban pula dengan berpegang kepada prinsip syarak ini sepertimana didakwa oleh seorang pengkritik jahil. Inilah ilmunya dan inilah Islam yang diwarisi ulama dari dahulu sehinggalah kepada kita hari ini.

Taklik 3. Kenyataan “tidak mengapa memilih calon kafir kerana parlimen telah dipenuhi dengan orang Melayu” adalah pandangan politik keterlaluan yang melanggar hukum Allah secara terang-terangan. Politik dan syariat mana yang perlu diutamakan? Isu seperti ini telah dijawab oleh Said Ramadhan al-Buti dalam salah satu khutbahnya seperti berikut:

"دعوني أبدأ حديثي إليكم اليوم بتعريف لكلٍّ من الإسلام والسياسة وعلاقة ما بينهما. أما الإسلام فهو الدينونة الكاملة بالعبودية لله عز وجل مع الخضوع لسلطانه وتطبيق شرعه. وأما السياسة فهي إدارة الأمور أياً كانت بمنتهى ما يمكن تحقيقه من الحكمة. ذلكم هو الإسلام وهذه هي السياسة، فأيهما التابع وأيهما المتبوع؟ أيهما الخادم وأيهما السيد المطاع؟ ليس في المسلمين يا عباد الله - سواء كان فرداً في جماعة أو حاكماً في دولة - من يشك في أن الإسلام هو الحاكم المطاع وهو القائد المُتَّبَع، وأما السياسة التي هي إدارة الأمور بحكمة فقد كانت ولا تزال هي الخادم، كانت ولا تزال هي الجندي الذي يخضع لسلطان الله سبحانه وتعالى وحكمه ومن ثم يخضع لسلطان الإسلام وشرعه."
)الجمعة، 07 محرم، 1433 الموافق 02/ 12 /2011(

Sepertimana yang diterangkan sebelum ini hukum bukan ditentukan oleh orang politik. Islam dengan segala aturannya ialah agama yang datangnya dari Allah swt. Dialah penghukum dan bukan rahib-rahib dan ketua agama seperti kesilapan yang berlaku di zaman Yahudi dan Nasrani terdahulu.

Taklik 4. Terdapat kenyataan yang mengatakan “keputusan ini sesuai dengan peristiwa perjanjian Hudaibiah” adalah hujah yang meleset sekali. Ini ialah kerana peristiwa atau seerah bukan termasuk dalam dalil-dalil untuk istinbat hukum. Hujah al-Qardhawi boleh menjelaskan perkara ini seperti berikut:

"ومن أسباب الخطأ والاضطراب في الفقه السياسي: الخلط بين السنة والسيرة في الاحتجاج. السنة مصدر للتشريع والتوجيه في الإسلام بجوار القرآن الكريم. فالقرآن هو الأصل والأساس، والسنة هي البيان والتفسير والتطبيق. ولكن الخطأ الذي يقع فيه البعض هنا أنه يضع (السيرة) موضع (السنة) ويستدل بأحداث السيرة النبوية على الإلزام كما يستدل بالسنة والقرآن. والسيرة ليست مرادفة للسنة، فمن السيرة ما لا يدخل في التشريع ولا صلة له به. ولهذا لم يدخل الأصوليون السيرة في تعريف السنة، بل قالوا: السنة ما صدر عن النبي صلى الله عليه وسلم من قول أو فعل أو تقرير، ولم يجعلوا منها السيرة."
) أولويات الحركة الإسلامية فى المرحلة القادمة(127-126 – 

Taklik 5. Kenyataan “keputusan menyokong calon kafir telah disyurakan” tidak boleh membatalkan hukum ijma akan haramnya melantik orang kafir. Hukum bukan diistinbat dengan syura. Bolehkah kita kata kita telah syura untuk tidak sembahyang Jumaat minggu ini? Hukum tetap hukum. Bukan boleh dibatalkan dengan syura. Pejuang politik terdahulu amat tegas dengan hukum ini sehingga berbalah dengan parti kerajaan masa itu. Musibah kita pada hari ini ialah kerana berlonggar dengan hukum Allah sehingga orang kafir naik besar kepala. 

Semoga kita semua menegakkan Islam dan bukan menjadi hamba kepada politik demokrasi secara membuta tuli.
...

Tuesday, 12 November 2019

amfibia puisi cikgu Ramlan

AMFIBIA

Ku cabut benih-benih kepercayaan
dari lidah mereka
yang begitu lahap menjilat kesumat
yang begitu cekap menjerat lalat
di hujung cabang-cabangnya

Tatkala kemarau merekalah yang melatah
menjerit-jerit meludah sumpah
berguling-guling di rawa emosi
marahkan langit dan matahari
menghina bulan dan awan
meramaikan tuhan

Guruh pun mungkin tahu
raungan mereka meminta hujan
hanya untuk mereka melompat semula
ke kolam yang kian dalam
sampai tidak terkejar 
oleh ular

Ular pun tidak mungkin tidak tahu
yang darah mereka sama
tetapi berselera pada generanya
sesama amfibia

illuminati takut pada melayu!!

ILLUMINATI TAKUT PADA MELAYU !!!

Semoga sedikit sebanyak anda mengetahui musuh musuh kita (musuh agama dan bangsa) dan pergerakan mereka, supaya tidaklah kita ditipu hidup hidup oleh mereka!

Untuk kali ini saya ingin mengulas tentang budaya komunis dalam perjuangan kita berusaha membangkitkan Islam dari Timur. Sesungguhnya golongan freemason Illuminati ini mempunyai agenda dan rancangan yang hebat untuk memastikan mereka menjadi Tuhan (sembahan, idola, dan rujukan) kepada dunia ini. Ini adalah realiti, sama ada anda mempercayainya atau tidak, ianya memang sedang berlaku dan berjalan di saat ini.

Ketika pengaruh Islam semakin lama semakin subur di Asia Tenggara, para Mufti Iblis Illuminati semakin risau dengan perkembangan ini. Pada zaman dahulu ketika masyarakat Eropah masih tidak mengetahui tentang dunia Nusantara kecuali dari manuskrip² purba yang terdapat di Perpustakaan Diraja Iskandariah (Alexandria Library), terdapat banyak mitos tentang dunia disebelah sini.

Namun, Dajjal sememangnya telah lama tahu tentang Dunia Melayu ini dan ke mana keturunan RasūluLlāh ﷺ memulakan kehidupan baru mereka. Melalui perjumpaan² rahsia para penyembah Iblis, Dajjal The Anti-Christ telah memaklumkan kepada raja² Eropah (kerabat Diraja Eropah sememangnya diketahui taksub dengan kelompok² rahsia dan amalan sihir) di dalam 'inner circle' supaya cepat² membiayai ekspedisi² ke Timur.

Tujuannya ialah: UNTUK MENCARI SIAPAKAH YANG MEMBAWA ISLAM KEPADA KERAJAAN MELAKA DAN RAJA-RAJA MELAYU PURBA DI NUSANTARA.

Raja² Eropah pun bertungkus-lumus memajukan teknologi perkapalan mereka dan merekrut ramai anak kapal. Walaupun Portugis telah berjaya bertapak di Melaka, namun Portugis begitu sukar hendak meluaskan pengaruhnya di seluruh Tanah Melayu, ini kerana tentangan sengit daripada pelbagai penjuru seperti dari Kerajaan Johor-Riau, kerajaan² kecil di Tanah Melayu dan Kerajaan Acheh begitu sukar buat mereka meluaskan pengaruh mereka. Orang² Melayu di Tanah Melayu lebih baik sedikit dari kepulauan Indonesia dari segi perpaduan, ini kerana di Indonesia, suku kaum-nya lebih kompleks dan ragam bahasa-nya lebih banyak. Ini yang membuatkan Belanda lebih mudah menjajah Indonesia.

Tetapi teori ini tidak boleh digunapakai di Tanah Melayu. Komposisi kaum di Tanah Melayu perlu dirumitkan supaya teknik 'Divide and Rule' dapat dilaksanakan!
Belanda juga menyerah kalah di Melaka setelah mengambilalihnya dari Portugis walaupun mereka berjaya mengendalikan Indonesia yang besar tetapi mereka masih kabur dengan keadaan di 'Semenanjung Tanduk Emas' yang begitu misteri buat mereka sebagai bangsa Eropah. Mereka cuba bertapak di Perak tetapi loji² mereka di Sungai Perak telah dimusnahkan. Apa yang membuatkan mereka takut di Perak amatlah misteri.!?

Tetapi The Hidden Hand tidak berputus asa, dia pun menghantar British (Inggeris adalah pangkalan terhebat dan terbesar The Hidden Hand ketika itu) untuk meninjau peluang supaya dapat menguasai Tanah Melayu. Setelah mengkaji komposisi kaum dan keadaan di Tanah Melayu, wakil Illuminati Inggeris telah mengambil keputusan untuk membawa masuk ramai pekerja² Cina dan India ke Tanah Melayu.

Mengapa Cina dan India, kenapa tidak Afrika?

Kerana dua negara ini mempunyai tenaga manusia yang ramai dan miskin. Memecahkan komposisi penduduk di Tanah Melayu amatlah penting untuk merealisasikan satu cabang dari prinsip Freemason-Illuminati 'Ordo Ab Chao' iaitu Divide and Rule atau Pecah dan Perintah. Semakin ramai pekerja Cina di Tanah Melayu. Mereka banyak bekerja di tapak² perlombongan ketika itu. Di antara mereka adalah ketua² dan wakil² 'secret societies' Cina yang menganut faham Illuminati dan juga ejen² Freemason.

Merekalah yang menubuhkan pelbagai kongsi gelap bagi orang² Cina. Apabila majoriti pekerja Cina sudah ramai dipecah-pecahkan untuk menyertai pelbagai kongsi gelap, inilah masanya untuk bermain api.

Perebutan kawasan perlombongan cuma taktik sahaja.

Contoh yang terbaik ialah di Perak, negeri yang pertama menerima Residen British di Tanah Melayu. Dua kumpulan kongsi gelap terbesar iaitu Ghee Hin dan Hai San telah bertempur dalam siri Perang Larut, mengakibatkan British campur tangan di Perak. Taktik ini juga digunakan disemua negeri² yang akhirnya menjadi Negeri² Melayu Bersekutu.

LIHAT, YANG MEMBUAT KEKACAUAN BUKANLAH MELAYU, TETAPI ORANG LUAR.

Orang luar yang membuat kekacauan dan orang luar yang datang masuk menjajah. Tanpa bantuan para konspirator dari kalangan Chinese Illuminist dan tuan Eropah mereka, maka sampai kiamat pun British tidak dapat menjajah Tanah Melayu. Perhatikan, British boleh sahaja membawa angkatan perangnya menyerang Tanah Melayu sepertimana Belanda menjajah Indonesia dan Sepanyol menjajah Filipina, tetapi mengapa British bersusah payah membuat perjanjian demi perjanjian, strategi dan siasah serta mengekalkan sultan²?

Lihatlah taktik Illuminati-Inggeris ditempat² lain. India misalnya, raja² Hindu dan Moghul dibunuh atau dilucutkan takhtanya dan warisan dirajanya dimusnahkan.

INGAT RAJA-RAJA MELAYU!
FREEMASON AMAT TERINGIN UNTUK MENAMATKAN RIWAYAT KESULTANAN MELAYU.

Raja² Pattani telah dikejar sehingga ke Kedah dan Perak dan dibunuh dengan kerjasama orang² Thai. Kesultanan Jawa juga telah ditamatkan kuasa politiknya oleh Belanda dan kini tiada apa² pun kepentingan sekadar wujud untuk dijadikan 'muzium hidup' di Indonesia. Kesultanan Sulu sudah lama pupus. Cuma yang tinggal ialah Kesultanan Melayu di Tanah Melayu dan Kesultanan Brunei.

Inilah dua Kesultanan Melayu yang masih gagah berdiri setelah pelbagai perancangan Illuminati-Inggeris ke atas mereka.

Sementara itu di jajahan² Inggeris yang lain, pemerintah² mereka terus dihapuskan tanpa banyak soal. Maharaja China berjaya dihapuskan dengan mudah sekali (China tidak dijajah British secara langsung tetapi secara halus dengan anjing² penjajah yang berkeliaran di sana sini merosakkan orang² Cina dengan candu dan menghasut mereka menggulingkan maharaja, China juga terpaksa tunduk dengan kehendak British selepas kekalahan memalukan China dalam siri Perang Candu, hanya Hong Kong dijajah British). Dan di tempat² lain seperti di Afrika dan Pasifik, kesemuanya menjadi jajahan total mereka,namun Tanah Melayu nampaknya naik sedikit darjat jajahan mereka sebagai 'negeri naungan Ratu Inggeris'.

Mengapa?

Kerana Tanah Melayu masih mempunyai pemerintah. Dan Inggeris hanya mampu mengacau melalui residen² mereka. Tidak seperti di negara² lain yang dijajah secara total di mana pemerintah tempatan dihalau atau dibunuh dan Inggeris memerintah secara langsung, sultan² Melayu masih mampu menulis surat kepada Ratu Inggeris dengan gelaran 'Sultan' atau 'Pemerintah' walaupun Ratu Inggeris tahu bahawa itu adalah negeri naungan British, dengan kata lain adalah jajahan mereka.

PERANCANGAN ILLUMINATI TERHADAP BANGSA MELAYU AMATLAH ANEH SEKALI.

Segala-galanya dilakukan dengan amat teliti terhadap bangsa spiritual ini.Jika tersilap perancangan, maka akan terangkatlah satu kuasa misteri terahsia bangsa ini.

Kuasa ini tidak boleh dikalahkan dengan seribu angkatan perang. Tidak boleh dikalahkan dengan seribu jeneral perang terlatih. Kuasa ini boleh ditidurkan. Mengapa British tidak menghantar sahaja angkatan perangnya untuk menyuraikan perarakan² menentang Malayan Union padahal Malayan Union adalah 'masterpiece' yang telah dirancang beratus tahun sebelum itu oleh The Hidden Hand?

Semata-mata perarakan sahaja boleh memadamkan hasrat Malayan Union oleh Dajjal Laknatullah?

APA RAHSIANYA?

Bangsa Melayu adalah satu bangsa bertamadun .Ini diakui oleh para penjajah mereka. Apabila mereka sampai ke dunia sebelah sini, betapa terkejutnya mereka dengan satu bangsa aneh yang telah mempunyai kerajaan sendiri, organisasi masyarakat yang tersusun, kostum dan pakaian yang kemas, cara hidup yang tersusun dan yang paling mengejutkan mereka ialah majoritinya menganut agama Islam?!

Padahal kaum² di sekeliling mereka hanya memakai cawat dan kurang bertamadun tetapi bangsa misteri ini telah mampu membuat kapal perang!

Mereka telah terlambat untuk menguasai satu bangsa spiritual yang akan menamatkan segala ramalan kitab² kuno. Sebab itu ketika The Hidden Hand (Dajal gemar mengembara ke seluruh dunia untuk memahami karakter sesuatu bangsa) yang telah sampai dahulu di Nusantara, apabila kembali ke Eropah bertemu dengan para pembantunya di kalangan para penyembah Iblis, menceritakan satu bangsa yang menepati ramalan dalam 'Holy Scriptures'."

Cepat cari bangsa itu, Kristiankan mereka atau kamu semua akan musnah! "Sebab itu di dalam buku² sejarah, orang² Eropah berlumba-lumba mencari jalan ke Timur, dunia misteri yang diidam²-kan oleh The Hidden Hand. Amerika, Afrika dan India bukanlah tujuan mereka. Itu adalah 'rezeki terpijak' dalam perjalanan mereka mencari bangsa misteri.

Beratus tahun mereka menangani bangsa Arab sudah tentu mereka tidak mahu masalah lain bertambah jika bangsa Melayu diIslamkan. Tetapi mereka terlambat. 

PERANCANGAN ALLAH LEBIH SEMPURNA DARI MEREKA.

Sebab itu apabila Portugis menapak di Melaka, organisasi Jesuit (satu organisasi Christian Zionist yang amat licik) telah menghantar satu paderi agungnya iaitu St. Francis Xavier untuk mengkristiankan orang² Melayu. Tetapi gagal.

Pemerintahan Portugis yang kejam di Melaka telah menggagalkan usaha² The Hidden Hand.Portugis pun dihalau dari Melaka dan digantikan oleh Belanda (Dajal tidak peduli nyawa atau kepentingan orang lain, jika tidak diperlukan maka 'habis madu sepah dibuang'). Tetapi Belanda berkelakuan amat aneh di Melaka. Tindakan² kejamnya di Indonesia tidak pula dipraktikkan di Melaka.

NAMPAKNYA BANGSA MELAYU TIDAK BOLEH DILAYAN KEJAM.

Belanda dan Inggeris telah belajar dari kegagalan Portugis. Setelah mempelajari karakter bangsa Melayu, maka tahulah mereka bahawa 

ORANG-ORANG MELAYU LEBIH SUKAKAN DIPLOMASI DARI KEKERASAN.

SEbab itu Inggeris lebih 'beradab' melayan bangsa Melayu di Tanah Melayu berbanding bangsa² lain di jajahan² lain. Melayu nampaknya lebih di'manjakan' Inggeris terutama golongan bangsawan, para kerabat diraja dan sultan².

Peristiwa pemberontakan ke atas J.W.W Birch di Perak amat² mengajar British supaya menghantar residen yang memahami karakter orang Melayu. Sebab itu Hugh Low dihantar menggantikan J.W.W Birch merupakan seorang yang telah sedia mengkaji sensitiviti orang Melayu.

Di satu ketika, British menggunakan kekerasan, di satu ketika tindakan British seperti ditahan². Padahal bukan susah untuk mengerahkan bala tenteranya untuk meruntuhkan takhta sultan², membunuh mereka dan memerintah Tanah Melayu dengan kekerasan seperti yang telah dilakukan di India.

PIHAK INGGERIS MEMANG HENDAK MELAKUKAN BEGITU TETAPI DINASIHATKAN OLEH THE HIDDEN HAND supaya memperlahankan tindakan mereka.

APA RAHSIANYA?
DAJJAL LAKNATULLAH TAKUT PEPERANGAN BERLAKU DI ANTARA INGGERIS DAN BANGSA SPIRITUAL DI BUMI MALA DAN INI SEOLAH² MEMPERCEPATKAN RAMALAN² DALAM 'HOLY SCRIPTURES' SEPERTI KEBANGKITAN IMAM MAHADI DAN TURUNNYA NABI ISA A.S

Melalui 'secret societies' di China dan England, Dajjal The AntiChrist telah merangka plan jangka panjang untuk menawan Nusantara. Ramai penyelidik konspirasi tahu tentang plan Illuminati-Zionis dalam merangka plan beratus tahun bagi penubuhan negara Israel, tetapi majoriti mereka masih tidak tahu tentang plan Illuminati untuk menubuhkan pangkalan di Singapura.

INILAH PLAN PALING LICIK DAN TERSEMBUNYI.
Kongsi² Gelap Cina Satu daripada nama kongsi gelap yang terkenal adalah Heaven and Earth Society. Nama² yang lain adalah seperti Hung League dan Three United Association. Freemason sememangnya telah lama berminat kepada kongsi² gelap ini malah beberapa ahli Freemason telah membuat kajian mendalam serta menulis buku mengenainya termasuk G. Schlegel (The Hung League. 1866) dan J.S.M Ward (The Hung Society. 1925).

Sejarah China adalah satu sejarah berkenaan dinasti² yang memerintah dan penubuhan banyak kongsi gelap untuk menentangnya. Merentasi sejarah China, hanya satu cara untuk menentang para raja dan pemerintahan pusat iaitu melalui kongsi gelap.

Kongsi gelap adalah jawapan kepada orang² yang tidak mempunyai kuasa, terpinggir atau teraniaya, untuk menentang penindasan atau apa jua yang mengakibatkan kesedihan dan malapetaka kepada kehidupan mereka. Mereka tidak pernah kekurangan anggota dalam kongsi gelap dan tidak juga kekurangan alasan untuk memujuk orang² miskin dan tertindas untuk menyertai kongsi² gelap.

Berbeza dengan 'secret societies' di Eropah dimana umumnya ahlinya terdiri dari golongan pertengahan dan elit, kongsi² gelap Cina adalah terdiri daripada orang² miskin dan bawahan. Bilangan rakyat China yang ramai adalah sebab utama 'The Hidden Hand' mahu mempergunakan orang² Cina. Mereka dijadikan 'pawn of the game' dalam usaha 'The Hidden Hand' mahu menubuhkan pangkalannya di Singapura.

ORANG² CINA IBARAT BENTENG MANUSIA BARISAN HADAPAN BAGI MENGHADAPI PENENTANGAN MUSLIM MELAYU.

Jika peperangan terjadi, orang² Cina yang akan terbunuh dahulu dengan segala AMUK DAN PARANG TERBANG Melayu.

Bangsa kesayangan The Hidden Hand, Yahudi Zionis dan hamba kesayangannya, Christian Zionist (Freemason sebagai contoh) sudah pasti terselamat dari amukan orang² Melayu dan sempat melarikan diri sambil memijak mayat² orang² Cina sebelum merancang pelbagai plan untuk membuat 'counter attack'. Orang² Melayu adalah satu bangsa yang suka MEMENDAM RASA. Sikap mereka misteri dan pendiam. Mereka tidak suka mencetuskan kekacauan serta-merta jika mereka diganggu, diprovok atau diusik sensitiviti mereka.

TETAPI MEREKA AKAN MEMENDAM PERASAAN DEMI PERASAAN DENDAM MEREKA sehingga ke tahap kritikal dan 'psycho'. Apabila sampai satu tahap, ALTER AMUK mereka akan meletus.

Inilah yang cuba dihindarkan setiap penjajah mereka. Dari mana perkataan 'amok' dalam bahasa Inggeris diambil?
Lihat, bahasa Inggeris terpaksa meminjam perkataan 'amuk' dari bahasa Melayu untuk menerangkan fenomena ini disebabkan mereka tidak mempunyai konotasi yang tepat dari bahasa mereka untuk menjelaskan jenis psikologi ini. Alter amuk adalah seolah² ekslusif untuk bangsa Melayu walaupun semua manusia turut mengamuk jika berada pada tahap tertentu. Jika kita lihat di Barat, sudah menjadi trend para pelajar yang dibuli atau menghadapi tekanan perasaan yang teruk untuk memikul senjata menembak secara rambang ke arah pelajar² lain. Tetapi setiap orang Melayu tulen amnya menyimpan alter berbahaya ini.

Istimewanya, mereka pandai mengawal dan menggunakannya. Jika tidak,sudah tentu tidak ada seorang pun Cina atau India rasis dan kauvinis dapat hidup di bumi mereka.

JIKA KAUM² LAIN PANDAI MENGHORMATI BUDAYA DAN AGAMA MEREKA, TIDAK MENJADI MASALAH BUAT ORANG² MELAYU UNTUK TURUT MENYAMBUT MEREKA DENGAN SENYUMAN DAN MENGHORMATI MEREKA KEMBALI.

Ingat, orang² Melayu sukakan diplomasi dari kekerasan. Inilah salah satu hasil kesimpulan Francis Light, Stamford Raffles atau Frank Swettenham dari pengalaman mereka di Tanah Melayu. Kongsi² gelap semakin popular di kalangan orang² Cina di Tanah Melayu.

Pertamanya, majoriti orang² Cina yang dibawa ke Tanah Melayu terdiri dan rakyat bawahan yang miskin dan melarat, jadi kongsi gelaplah harapan mereka untuk mengadu segala masalah kehidupan mereka ketika di perantauan. Mereka dapat berkongsi suka duka bersama dan masalah yang sama di dalam kongsi² gelap ini.

Keduanya, siapa yang menjadi ejen British di China bagi urusan membekalkan orang² Cina ke Nusantara (perlu diingat di tempat² lain di Kepulauan Melayu contohnya di Indonesia juga menghadapi keadaan yang sama), khasnya di Tanah Melayu?

Mereka adalah juga KONGSI kongsi GELAP INI. Merekalah ejen² yang bekerja mengumpulkan orang² Cina dari wilayah² miskin yang tidak mempunyai harapan terhadap tanahair mereka yang penuh kekacauan dan pemberontakan untuk disumbat ke dalam tongkang² ke syurga perdagangan di Singapura dan Tanah Melayu. Semua ini berjalan lancar lebih² lagi selepas kerajaan China terpaksa menandatangani perjanjian dengan pihak British untuk membenarkan Illuiminati Inggeris 'menculik' rakyat China untuk memecahkan komposisi kaum di Tanah Melayu dan menubuhkan pangkalan Yahudi di Singapura. Rakyat China miskin yang 'innocent' tidak mengetahui apa² perancangan Yahudi dan Kristian Zionis ke atas mereka.

Orang oranf Cina yang paling malang adalah yang terlibat dalam tragedi 13 Mei, menjadi korban mudah Illuminati dan Zionis, mati dalam keadaan keliru dan menyedihkan.

Juga para pegawai istana serta maharaja mereka yang telah lama menghidu taktik Barat, juga tidak bersalah dalam hal ini malah mereka juga menjadi korban para penyembah syaitan Illuminati.

Budaya budaya komunism ini juga cuba di selitkan dalam perjuangan tentera fisabilillah. Tentanglah komunism ini dari menular dalam perjuangan kita! 

Jangan berpecah belah kembalilah ke pangkal jalan... ke jalan putih yang sebenar. Duit adalah dewa yang digunakan dalam kongsi gelap, kenapa perlu ikut budaya komunis Cina sedangkan kita lebih hebat dari mereka?

Sunday, 10 November 2019

selepas rebas puisi cikgu Ramlan

SELEPAS REBAS

Selepas rebas
ku tangkap pelangi
biar tidak larut lagi
ke dalam kali

Tetapi tidak ku rasakan hangat cinta
atau bulatnya hasrat bersama
kecuali dingin
yang meruap ke atmosfera

Malah tiada apa-apa
yang memberatkan deria
sekadar warna-warna tiris di celah-celah jari
lalu ku lepaskan
membentuk bianglala semula
di telapak tangan

Maka aku izinkan kau meletakkan kanta di hadapan
untuk kau fokuskan tujuh warnanya
ke titik putih di dada mu
dan tinggalkan aku sebagai prisma
di kaki ancala

Saturday, 9 November 2019

keluar dajjal dari timur

DAJJAL KELUAR DARI TIMUR

Terdapat beberapa hadith yang menyebut bahawa Dajjal akan keluar dari arah Timur dengan tambahan 'Khorasan'. Ada juga yang berpendapat bahawa Timur yang dimaksudkan ialah pulau dimana Tamim ad-Dari secara tidak sengaja telah bertemu dengan Dajjal. Ada juga hadith yang menyebut bahawa Dajjal akan keluar dari Isfahan bersama 70 ribu Yahudi.

Namun hadith yang akan dibincang berikut ini, secara tegas menyebut Timur dan diulang², bahkan setelah menyebut dua lokasi sebelum timur itu, Rasulullah SAW menidakkannya, lalu mengarahkan tangan baginda menunjuk ke arah Timur. Dari kepelbagaian redaksi hadith² berkaitan tempat keluarnya Dajjal maka dapat disimpulkan bahawa Dajjal akan keluar dari beberapa lokasi dan yang terakhirnya ialah dari Isfahan ketika memimpin seramai 70 ribu orang Yahudi bagi memerangi pasukan Imam Al-Mahdi seterusnya menjadi pertempuran terakhir bagi Dajjal kerana dibunuh oleh Nabi Isa a.s.

Melalui hadith² tersebut dapat dibuat satu rentetan peristiwa tentang keluarnya Dajjal secara fisik di beberapa lokasi untuk menjalankan fitnah perangnya tetapi munculnya itu hanya dilihat oleh para pengikutnya yang berpangkat tinggi sahaja; bermaksud Dajjal itu masih belum mengisytiharkan kenabian kemudian ketuhanannya kepada dunia secara keseluruhannya. Perhatikan kronologi peristiwa berikut yang disesuaikan dengan beberapa hadith tentang keluarnya Dajjal.

1] Hadith Dajjal keluar dari pulau (Tamim ad-Dari). Ini berlaku pada hari wafatnya Nabi SAW.

2] Hadith Dajjal keluar dari wilayah antara Syam dan Iraq. Sudah berlaku iaitu ketika meletusnya Arab Spring yang pertama dengan diikuti oleh pembunuhan para pemimpin Islam seperti Saddam, Ghadafi dan lain-lain serta bermulanya perang² di Timur Tengah sehingga membawa kepada Perang Syria ketika ini.

Hadith yang dibincangkan ialah;

3] Hadith Dajjal keluar dari Laut Syam atau Laut Yaman, kemudian Rasulullah SAW menidakkannya tetapi kemudiannya menunjuk ke arah timur. Hadith ini menunjukkan bahawa Dajjal akan keluar buat kali ketiga (tanpa mengisytiharkan kemunculannya kepada dunia), di Nusantara bagi memulakan perang² di wilayah ini iaitu perang yang dinamakan Perang di Bumi Al-Hind atau Ghazwah Al-Hind. Perhatikan hadith berikut;

Dari Fatimah bint Qais R.anha, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أَلاَ إِنَّهُ فِى بَحْرِ الشَّامِ أَوْ بَحْرِ الْيَمَنِ لاَ بَلْ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ ما هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ ». وَأَوْمَأَ بِيَدِهِ إِلَى الْمَشْرِقِ.

Maksudnya: Ketahuilah bahawa dia berada di laut Syam atau laut Yaman. Oh tidak, bahkan dia akan datang dari arah timur. Apa itu dari arah timur? Apa itu dari arah timur? Dan baginda berisyarat dengan tangannya menunjuk ke arah timur.” 

Riwayat Muslim (7573)

PENJELASAN

Rasulullah SAW ketika mengatakan hadith ketiga di atas, baginda berada Madinah. Jika dirujuk kepada peta dunia maka akan dapat dipastikan bahawa Laut Yaman itu terletak di bahagian bawah atau Selatan Madinah. Perhatikan selepas baginda menyebut Laut Yaman (Arabian Sea), kemudian baginda menidakkannya, tetapi pada keadaan posisi badan baginda ke arah Yaman itu, baginda terus mengisyaratkan tangan baginda ke arah timur yang mana jika dilihat dari peta terlihat bahawa Laut Yaman yang termasuk di dalam wilayah Arabian Sea/Laut Arab itu sama arahnya bahkan tepat menuju ke Nusantara iaitu wilayah umat Islam paling Timur. Rujuk gambar yang disediakan.

Hakikatnya jika dilihat kepada iklim politik negara² umat Islam di Nusantara ketika ini dan keadaan geopolitik dunia semasa, maka bukanlah perkara mustahil bahawa Nusantara sedang menanti meletusnya Ghazwa Al-Hind yang realitinya menjadi gerbang kepada Al-Malhamah Al-Kubro sehingga nyatanya hadith keempat iaitu keluarnya Dajjal bersama 70 ribu Yahudi untuk memerangi pasukan Al-Mahdi dan seterusnya Dajjal terbunuh di tangan Nabi Isa a.s.

#akalberagama

Surah Al-Isra', ayat 81:

وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا

Dan katakanlah:" Telah datang Al-Haq dan hilang lenyaplah Al-Bathil; sesungguhnya Al-Bathil itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

GAMBAR DAN KETERANGAN

salawat ke atas Nabi

‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 

‎يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ 
‎يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ 
‎يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ 
‎صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ 

‎أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا 
‎فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ 
‎مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا 
‎قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ 

‎أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ 
‎أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ 
‎أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي 
‎أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ 

‎يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد 
‎يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ 
‎يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ 
‎يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ 

‎مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد 
‎يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ 
‎حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد 
‎وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ 

‎عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى 
‎مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ 
‎رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا 
‎بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ 

‎وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد 
‎عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ 
‎أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد 
‎صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ 

‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 

‎اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ

Thursday, 7 November 2019

puisi pesanan

PESANAN YANG BELUM TERCICIR

sedarlah, mereka tidak mahu lagi betis kita
dan telah muak dengan peha
mereka idamkan kepala

hari ini di kedai-kedai kopi
ada rakan-rakan mabuk mengisi
borang-borang tawaran
menggadaikan mata dan minda

di hujung tanjung
tatkala lautan sedang bergelora
saudara-saudara kita sedang dipujuk 
dengan canda dan sifir kata
tentang betapa selesanya hidup
tanpa jemala

di menara kaca
yang kita percayai
sedang menanggalkan pakaian bangsa

Ramlan Ab Wahab Nov 2019.

Monday, 4 November 2019

Fm, Ilm dan malayu

FM, ILM DAN MELAYU

Sesungguhnya golongan Freemason - Illuminati ini mempunyai agenda dan rancangan yang hebat untuk memastikan mereka menjadi Tuhan kepada dunia ini.
 
Ketika pengaruh Islam semakin lama semakin subur di Asia Tenggara,para Mufti Iblis Illuminati semakin risau dengan perkembangan ini.
 
Pada zaman dahulu ketika masyarakat Eropah masih tidak mengetahui tentang dunia Nusantara kecuali dari manuskrip-manuskrip purba di Perpustakaan Diraja Iskandariah (Alexandria Library),terdapat banyak mitos tentang dunia sebelah sini.
Namun Dajjal telah lama tahu tentang Dunia Melayu ini dan ke mana keturunan Rasullullah s.a.w memulakan kehidupan baru mereka.
 
Melalui perjumpaan-perjumpaan rahsia para penyembah Iblis,Dajjal The AntiChrist telah memaklumkan kepada raja-raja Eropah (kerabat diraja Eropah sememangnya diketahui taksub dengan kelompok-kelompok rahsia dan amalan sihir) di dalam 'inner circle' supaya cepat-cepat membiayai ekspedisi-ekspedisi ke Timur.
 
 
Tujuannya ialah:
 
 
MENCARI SIAPAKAH YANG MENGISLAMKAN PARAMESWARA DAN RAJA-RAJA MELAYU PURBA DI NUSANTARA.
 
Raja-raja Eropah pun bertungkus-lumus memajukan teknologi perkapalan mereka dan merekrut ramai anak kapal.
 
 
Walaupun Portugis telah berjaya bertapak di Melaka,namun mereka begitu sukar hendak meluaskan pengaruhnya di seluruh Tanah Melayu,ini kerana tentangan sengit daripada pelbagai penjuru seperti dari Kerajaan Johor-Riau,kerajaan-kerajaan kecil di Tanah Melayu dan Kerajaan Acheh begitu sukar buat mereka meluaskan pengaruh.
 
Orang-orang Melayu di Tanah Melayu lebih baik sedikit dari kepulauan Indonesia dari segi perpaduan,ini kerana di Indonesia,suku kaumnya lebih kompleks dan ragam bahasanya lebih banyak.Ini yang membuatkan Belanda lebih mudah menjajah Indonesia.
 
Tetapi teori ini tidak boleh dipakai di Tanah Melayu.Komposisi kaum di Tanah Melayu perlu dirumitkan supaya teknik 'Divide and Rule' dapat dilaksanakan!
 
 
Belanda juga menyerah kalah di Melaka setelah mengambilalihnya dari Portugis walaupun mereka berjaya mengendalikan Indonesia yang besar tetapi mereka masih kabur dengan keadaan di 'Semenanjung Tanduk Emas' yang begitu misteri buat mereka sebagai bangsa Eropah.Mereka cuba bertapak di Perak tetapi loji-loji mereka di Sungai Perak telah dimusnahkan.
 
Apa yang membuatkan mereka takut di Perak amatlah misteri.Tetapi The Hidden Hand tidak berputus asa,dia pun menghantar British (Inggeris adalah pangkalan terhebat dan terbesar The Hidden Hand ketika itu) untuk meninjau peluang untuk menguasai Tanah Melayu.Setelah mengkaji komposisi kaum dan keadaan di Tanah Melayu,wakil Illuminati Inggeris telah mengambil keputusan untuk membawa masuk ramai pekerja-pekerja Cina dan India ke Tanah Melayu.Mengapa Cina dan India?Kerana dua negara ini mempunyai tenaga manusia yang ramai dan miskin.
 
Memecahkan komposisi penduduk di Tanah Melayu amatlah penting untuk merealisasikan satu cabang dari prinsip Freemason-Illuminati 'Ordo Ab Chao' iaitu Divide and Rule atau Pecah dan Perintah.
 
 
Semakin ramai pekerja Cina di Tanah Melayu.Mereka banyak bekerja di tapak-tapak perlombongan ketika itu. 

============================================================================================================================

WAKIL-WAKIL SECRET SOCIETIES DI TANAH MELAYU
 
 
Di antara mereka adalah ketua-ketua dan wakil-wakil 'secret societies' Cina yang menganut faham Illuminati dan juga ejen-ejen Freemason.Merekalah yang menubuhkan pelbagai kongsi gelap bagi orang-orang Cina.
 
Apabila majoriti pekerja Cina sudah ramai dipecah-pecahkan untuk menyertai pelbagai kongsi gelap,inilah masanya untuk bermain api.Perebutan kawasan perlombongan cuma taktik sahaja.Contoh yang terbaik ialah di Perak,negeri yang pertama menerima residen British di Tanah Melayu.
 
 
Dua kongsi gelap terbesar iaitu Ghee Hin dan Hai San telah bertempur dalam siri Perang Larut,mengakibatkan British campur tangan di Perak.Taktik ini juga digunakan dikesemua negeri-negeri yang akhirnya menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
 
Orang luar yang membuat kekacauan dan orang luar yang datang masuk menjajah.Tanpa bantuan para konspirator dari kalangan Chinese Illuminist dan tuan Eropah mereka,maka sampai kiamat pun British tidak dapat menjajah Tanah Melayu.Perhatikan, British boleh sahaja membawa angkatan perangnya menyerang Tanah Melayu sepertimana Belanda menjajah Indonesia dan Sepanyol menjajah Filipina,tetapi mengapa British bersusah payah membuat perjanjian demi perjanjian,strategi dan siasah serta mengekalkan sultan-sultan?Lihatlah taktik Illuminati-Inggeris ditempat-tempat lain.India misalnya,raja-raja Hindu dan Moghul dibunuh atau dilucutkan takhtanya dan warisan dirajanya dimusnahkan.
 
===========================================================================================================================
 
KEINGINAN UNTUK MENAMATKAN RIWAYAT KESULTANAN MELAYU.
 
Raja-raja Pattani telah dikejar sehingga ke Kedah dan Perak dan dibunuh dengan kerjasama orang-orang Thai.Kesultanan Jawa juga telah ditamatkan kuasa politiknya oleh Belanda dan kini tiada apa-apa pun kepentingan sekadar wujud untuk dijadikan 'muzium hidup' di Indonesia.Kesultanan Sulu sudah lama pupus.

Cuma yang tinggal ialah Kesultanan Melayu di Tanah Melayu dan Kesultanan Brunei.Inilah dua Kesultanan Melayu yang masih gagah berdiri setelah pelbagai perancangan Illuminati-Inggeris ke atas mereka. Sementara itu di jajahan-jajahan Inggeris yang lain, pemerintah-pemerintah mereka terus dihapuskan tanpa banyak soal.
 
 
Maharaja China berjaya dihapuskan dengan mudah sekali (China tidak dijajah British secara langsung tetapi secara halus dengan anjing-anjing penjajah yang berkeliaran di sana sini merosakkan orang-orang Cina dengan candu dan menghasut mereka menggulingkan maharaja,China juga terpaksa tunduk dengan kehendak British selepas kekalahan memalukan China dalam siri Perang Candu,hanya Hong Kong dijajah British).
Dan di tempat-tempat lain seperti di Afrika dan Pasifik,kesemuanya menjadi jajahan total mereka,namun Tanah Melayu nampaknya naik sedikit darjat jajahan mereka sebagai 'negeri naungan Ratu Inggeris'.
 
Mengapa?Kerana Tanah Melayu masih mempunyai pemerintah.Dan Inggeris hanya mampu mengacau melalui residen-residen mereka.Tidak seperti di negara-negara lain yang dijajah secara total di mana pemerintah tempatan dihalau atau dibunuh dan Inggeris memerintah secara langsung,sultan-sultan Melayu masih mampu menulis surat kepada Ratu Inggeris dengan gelaran 'Sultan' atau 'Pemerintah' walaupun Ratu Inggeris tahu bahawa itu adalah negeri naungan British,dengan kata lain adalah jajahan mereka. 

============================================================================================================================

PERANCANGAN ILLUMINATI TERHADAP BANGSA MELAYU
 
Segala-galanya dilakukan dengan amat teliti terhadap bangsa spiritual ini.Jika tersilap perancangan,maka akan terangkatlah satu kuasa misteri terahsia bangsa ini.Kuasa ini tidak boleh dikalahkan dengan seribu angkatan perang.Tidak boleh dikalahkan dengan seribu jeneral perang terlatih.
 
Kuasa ini boleh ditidurkan.Mengapa British tidak menghantar sahaja angkatan perangnya untuk menyuraikan perarakan-perarakan menentang Malayan Union padahal Malayan Union adalah 'masterpiece' yang telah dirancang beratus tahun sebelum itu oleh The Hidden Hand?
Semata-mata perarakan sahaja boleh memadamkan hasrat Malayan Union oleh Dajjal Laknatullah? 

============================================================================================================================

APA RAHSIANYA?
 
 
Bangsa Melayu adalah satu bangsa bertamadun.Ini diakui oleh para penjajah mereka.Apabila mereka sampai ke dunia sebelah sini,betapa terkejutnya mereka dengan satu bangsa aneh yang telah mempunyai kerajaan sendiri,organisasi masyarakat yang tersusun,kostum dan pakaian yang kemas,cara hidup yang tersusun dan yang paling mengejutkan mereka ialah majoritinya menganut agama Islam? Padahal kaum-kaum di sekeliling mereka hanya memakai cawat dan kurang bertamadun tetapi bangsa misteri ini telah mampu membuat kapal perang!

Mereka telah terlambat untuk menguasai satu bangsa spiritual yang akan menamatkan segala ramalan kitab-kitab kuno.Sebab itu ketika The Hidden Hand (Dajal gemar mengembara ke seluruh dunia untuk memahami karakter sesuatu bangsa) yang telah sampai dahulu di Nusantara, apabila kembali ke Eropah bertemu dengan para pembantunya di kalangan para penyembah Iblis, menceritakan satu bangsa yang menepati ramalan dalam 'Holy Scriptures'.
 
Sebab itu di dalam buku-buku sejarah,orang-orang Eropah berlumba-lumba mencari jalan ke Timur,dunia misteri yang diidam-idamkan oleh The Hidden Hand.Amerika,Afrika dan India bukanlah tujuan mereka.Itu adalah 'rezeki terpijak' dalam perjalanan mereka mencari bangsa misteri.Beratus tahun mereka menangani bangsa Arab sudah tentu mereka tidak mahu masalah lain bertambah jika bangsa Melayu diIslamkan .Tetapi mereka terlambat.
 

============================================================================================================================

PERANCANGAN ALLAH LEBIH SEMPURNA DARI MEREKA.
 
Sebab itu apabila Portugis menapak di Melaka,organisasi Jesuit (satu organisasi Christian Zionist yang amat licik) telah menghantar satu paderi agungnya iaitu St. Francis Xavier untuk mengkristiankan orang-orang Melayu.
 
 
Tetapi gagal.Pemerintahan Portugis yang kejam di Melaka telah menggagalkan usaha-usaha The Hidden Hand.Portugis pun dihalau dari Melaka dan digantikan oleh Belanda (Dajal tidak peduli nyawa atau kepentingan orang lain,jika tidak diperlukan maka 'habis madu sepah dibuang').
Tetapi Belanda berkelakuan amat aneh di Melaka.Tindakan-tindakan kejamnya di Indonesia tidak pula dipraktikkan di Melaka.NAMPAKNYA BANGSA MELAYU TIDAK BOLEH DILAYAN KEJAM.

Belanda dan Inggeris telah belajar dari kegagalan Portugis.Setelah mempelajari karakter bangsa Melayu,maka tahulah mereka bahawa ORANG-ORANG MELAYU LEBIH SUKAKAN DIPLOMASI DARI KEKERASAN.
 
Sebab itu Inggeris lebih 'beradab' melayan bangsa Melayu di Tanah Melayu berbanding bangsa-bangsa lain di jajahan-jajahan lain.Melayu nampaknya lebih di'manjakan' Inggeris terutama golongan bangsawan,para kerabat diraja dan sultan-sultan.Peristiwa pemberontakan ke atas J.W.W Birch di Perak amat-amat mengajar British supaya menghantar residen yang memahami karakter orang Melayu.
 
Sebab itu Hugh Low dihantar menggantikan J.W.W Birch merupakan seorang yang telah sedia mengkaji sensitiviti orang Melayu.Di satu ketika,British menggunakan kekerasan,di satu ketika tindakan British seperti ditahan-tahan. Padahal bukan susah untuk mengerahkan bala tenteranya untuk meruntuhkan takhta sultan-sultan, membunuh mereka dan memerintah Tanah Melayu dengan kekerasan seperti yang telah dilakukan di India.PIHAK INGGERIS MEMANG HENDAK MELAKUKAN BEGITU TETAPI DINASIHATKAN OLEH THE HIDDEN HAND supaya memperlahankan tindakan mereka.APA RAHSIANYA?
 
 
DAJJAL LAKNATULLAH TAKUT PEPERANGAN BERLAKU DI ANTARA INGGERIS DAN BANGSA SPIRITUAL DI BUMI MALA DAN INI SEOLAH-OLAH MEMPERCEPATKAN RAMALAN-RAMALAN DALAM 'HOLY SCRIPTURES' SEPERTI KEBANGKITAN IMAM MAHADI DAN TURUNNYA NABI ISA A.S
 
Melalui 'secret societies' di China dan England,Dajjal The AntiChrist telah merangka plan jangka panjang untuk menawan Nusantara.Ramai penyelidik konspirasi tahu tentang plan Illuminati-Zionis dalam merangka plan beratus tahun bagi penubuhan negara Israel,tetapi majoriti mereka masih tidak tahu tentang plan Illuminati untuk menubuhkan pangkalan di Singapura.INILAH PLAN PALING LICIK DAN TERSEMBUNYI.
 

============================================================================================================================

KONGSI-KONGSI GELAP CINA DI TANAH MELAYU
 
Satu daripada nama kongsi gelap yang terkenal adalah Heaven and Earth Society.Nama-nama yang lain adalah seperti Hung League dan Three United Association.Freemason sememangnya telah lama berminat kepada kongsi-kongsi gelap ini malah beberapa ahli Freemason telah membuat kajian mendalam serta menulis buku mengenainya termasuk G. Schlegel (The Hung League. 1866) dan J.S.M Ward (The Hung Society. 1925).Sejarah China adalah satu sejarah berkenaan dinasti-dinasti yang memerintah dan penubuhan banyak kongsi gelap untuk menentangnya.Merentasi sejarah China, hanya satu cara untuk menentang para raja dan pemerintahan pusat iaitu melalui kongsi gelap. Kongsi gelap adalah jawapan kepada orang-orang yang tidak mempunyai kuasa,terpinggir atau teraniaya, untuk menentang penindasan atau apa jua yang mengakibatkan kesedihan dan malapetaka kepada kehidupan mereka.
 
 
 
Mereka tidak pernah kekurangan anggota dalam kongsi gelap dan tidak juga kekurangan alasan untuk memujuk orang-orang miskin dan tertindas untuk menyertai kongsi-kongsi gelap.Berbeza dengan 'secret societies' di Eropah dimana umumnya ahlinya terdiri dari golongan pertengahan dan elit,kongsi-kongsi gelap Cina adalah terdiri daripada orang-orang miskin dan bawahan.Bilangan rakyat China yang ramai adalah sebab utama 'The Hidden Hand' mahu mempergunakan orang-orang Cina.Mereka dijadikan 'pawn of the game' dalam usaha 'The Hidden Hand' mahu menubuhkan pangkalannya di Singapura.
 
 ============================================================
=============================================================

ORANG-ORANG CINA IBARAT BENTENG MANUSIA BARISAN HADAPAN BAGI MENGHADAPI PENENTANGAN MUSLIM MELAYU.
 
Jika peperangan terjadi,orang-orang Cina yang akan terbunuh dahulu dengan segala AMUK DAN PARANG TERBANG Melayu.Bangsa kesayangan The Hidden Hand,Yahudi Zionis dan hamba kesayangannya, Christian Zionist (Freemason sebagai contoh) sudah pasti terselamat dari amukan orang-orang Melayu dan sempat melarikan diri sambil memijak mayat-mayat orang-orang Cina sebelum merancang pelbagai plan untuk membuat 'counter attack'.
  

==============================================================

AMUK
 
Orang-orang Melayu adalah satu bangsa yang suka MEMENDAM RASA. Sikap mereka misteri dan pendiam.Mereka tidak suka mencetuskan kekacauan serta-merta jika mereka diganggu,diprovok atau diusik sensitiviti mereka. TETAPI MEREKA AKAN MEMENDAM PERASAAN DEMI PERASAAN DENDAM MEREKA sehingga ke tahap kritikal dan 'psycho'.
 
Apabila sampai satu tahap, ALTER AMUK mereka akan meletus.Inilah yang cuba dihindarkan setiap penjajah mereka.Dari mana perkataan 'amok' dalam bahasa Inggeris diambil?Lihat,bahasa Inggeris terpaksa meminjam perkataan 'amuk' dari bahasa Melayu untuk menerangkan fenomena ini disebabkan mereka tidak mempunyai konotasi yang tepat dari bahasa mereka untuk menjelaskan jenis psikologi ini.
 
 
 
 
 
Alter amuk adalah seolah-olah ekslusif untuk bangsa Melayu walaupun semua manusia turut mengamuk jika berada pada tahap tertentu.JIka kita lihat di Barat,sudah menjadi trend para pelajar yang dibuli atau menghadapi tekanan perasaan yang teruk untuk memikul senjata menembak secara rambang ke arah pelajar-pelajar lain.Tetapi setiap orang Melayu tulen amnya menyimpan alter berbahaya ini.Istimewanya,mereka pandai mengawal dan menggunakannya.Jika tidak,sudah tentu tidak ada seorang pun Cina atau India rasis dan kauvinis dapat hidup di bumi mereka. 

JIKA KAUM-KAUM LAIN PANDAI MENGHORMATI BUDAYA DAN AGAMA MEREKA,TIDAK MENJADI MASALAH BUAT ORANG-ORANG MELAYU UNTUK TURUT MENYAMBUT MEREKA DENGAN SENYUMAN DAN MENGHORMATI MEREKA KEMBALI.
 
 
Ingat,orang-orang Melayu sukakan diplomasi dari kekerasan. Inilah salah satu hasil kesimpulan Francis Light,Stamford Raffles atau Frank Swettenham dari pengalaman mereka di Tanah Melayu.
 
 
Kongsi-kongsi gelap semakin popular di kalangan orang-orang Cina di Tanah Melayu.Pertamanya,majoriti orang-orang Cina yang dibawa ke Tanah Melayu terdiri dan rakyat bawahan yang miskin dan melarat,jadi kongsi gelaplah harapan mereka untuk mengadu segala masalah kehidupan mereka ketika di perantauan.
 
 
 
 
 
 
Mereka dapat berkongsi suka duka bersama dan masalah yang sama di dalam kongsi-kongsi gelap ini.Keduanya,siapa yang menjadi ejen British di China bagi urusan membekalkan orang-orang Cina ke Nusantara (perlu diingat di tempat-tempat lain di Kepulauan Melayu contohnya di Indonesia juga menghadapi keadaan yang sama),khasnya di Tanah Melayu?
 
 
Mereka adalah juga KONGSI-KONGSI GELAP INI.Merekalah ejen-ejen yang bekerja mengumpulkan orang-orang Cina dari wilayah-wilayah miskin yang tidak mempunyai harapan terhadap tanahair mereka yang penuh kekacauan dan pemberontakan untuk disumbat ke dalam tongkang-tongkang ke syurga perdagangan di Singapura dan Tanah Melayu.
 
Semua ini berjalan lancar lebih-lebih lagi selepas kerajaan China terpaksa menandatangani perjanjian dengan pihak British untuk membenarkan Illumiinati Inggeris 'menculik' rakyat China untuk memecahkan komposisi kaum di Tanah Melayu dan menubuhkan pangkalan Yahudi di Singapura.
 
 
Rakyat China miskin yang 'innocent' tidak mengetahui apa-apa perancangan Yahudi dan Kristian Zionis ke atas mereka. Orang-orang Cina yang paling malang adalah yang terlibat dalam tragedi 13 Mei,menjadi korban mudah Illuminati dan Zionis, mati dalam keadaan keliru dan menyedihkan.Juga para pegawai istana serta maharaja mereka yang telah lama menghidu taktik Barat, juga tidak bersalah dalam hal ini malah mereka juga menjadi korban para penyembah syaitan Illuminati.

======================================================================

BAHAYA PENGARUH FREEMASON 
 
 
Budaya-budaya Freemason  ini juga cuba di selitkan dalam perjuangan tentera fisabilillah. Tentanglah Freemason ini dari menular dalam perjuangan kita! Jangan berpecah belah kembalilah ke pangkal jalan... ke jalan putih yang sebenar. Duit adalah dewa yang digunakan dalam kongsi gelap, kenapa perlu ikut budaya Freemason sedangkan kita lebih hebat dari mereka?
 
Perjuangan kita kerana Allah bukan kerana Duit. 

Begitu hebatnya umat Islam jika dekat disisi Allah.  
Silapnye kita boikot product Israel, dgn masjid2 sekali kita boikot. (time sembahyang raya je masjid penuh)
Kalau Allah dah tak izinkan, boikot lah mcm mana pun tak akan berkesan. 

Jika umat Islam kuat dan bebas maksiat, insyaallah #Pray kita dimakbulkan. 
Masa tu jangankan nak lumpuhkan ekonomi Israel.. nk minta tentera nyamuk serang Israel pun Allah boleh bagi. 

Negara penuh dengan maksiat.
Akhlak runtuh, macam mana Allah nak terima doa kita.
Kita menumpang doa orang2 soleh ja.
Bila orang soleh banyak meninggal,
Bencana kian banyak..
Kalau kita terus macam ini..
Tak mustahil Rakyat Palestine pula
#Pray4Malaysia  

Menjadi kewajipan setiap org Islam untuk saling ingat mengingati antara satu sama lain, supaya umat Islam menjadi kuat dan doa2 kita mustajab. 

https://www.facebook.com/420311034800966/posts/1321193058046088?d=n&sfns=mo 

https://www.facebook.com/420311034800966/posts/1321193058046088?d=n&sfns=mo 

Hanya satu perkara yg Dajjal, Illuminati-Freemason paling takut, iaitu MASJID penuh setiap waktu solat dan amalkan full sunnah.. kerana jika ini berlaku, Bantuan Allah pasti akan sampai. Doa2 umat islam akan dimakbulkan Allah swt. 

Semoga Bani Melayu & Umat Islam Bersatu. 

Amin Ya Rabbal Alamin...

Kongsi iNfo akhir zaman anda di Group (SIAZ) 

Klik link di bawah 👇👇

https://www.facebook.com/groups/350339912044095/?ref=share

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...