Thursday, 27 June 2019

Puisi cikgu

SEMAKIN JAUH
(setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang mengutuskan ucapan selamat hari lahir)

semakin jauh meninggalkan asar
semakin banyak jadi samar
walau pun dinyalakan lilin di kamar
tiada detik-detik menyinar
hanya pada jemari suria itu
tetapi matahari deras meluncur
dari tangan

tak terkutip lagi
silam yang hancur
peluang yang gugur

seluruhnya melayang-layang ke horizon
bukan camar
tetapi helaian-helaian terbakar

selepas ini tiada lagi
kecuali malam dan api...

No comments:

Post a Comment

AS di bawah Trump

 Apa yang berlaku kepada AS di bawah Trump adalah ulangan kepada apa yang berlaku kepada Jerman di bawah Hitler. Mencetak wang hutang tanpa ...