Monday, 20 May 2019

Lailatul qadr

🔶LAILATUL QADR
▫️Lebih baik dari 1000 bulan
▫️Malam penuh barakah
▫️Malam terbaik seumur hidup
▫️Malaikat² turun ke bumi lebih banyak daripada anak² batu di bumi

🔶BILA?
▫️Pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan

Sabda Nabi S.A.W:
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنْ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
"Carilah Lailatul Qadr pada malam² ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadan" (Al-Bukhari no. 2017 & Muslim no. 1170)

▫️ Abdullah Mas'ud dan Abdullah Abbas cenderung malam ke-27

▫️Imam Syafi'e cenderung malam ke-21 dan 23

▫️Imam Ghazali mengambil kira hari permulaan 1 Ramadan:
▫️Isnin: malam ke-21
▫️Sabtu: malam ke-23
▫️Khamis: malam ke-25
▫️Selasa/Jumaat: malam ke-27
▫️Ahad/Rabu: malam ke-29

🔶KELEBIHAN BERIBADAH PADA MALAM ITU
▫️Pahala ibadah 1000 bulan
▫️Diampunkan dosa
▫️Dimakbulkan doa

🔶APA YANG PERLU DILAKUKAN
▫️Lakukan amalan fardhu
▫️Tinggalkan perkara dilarang
▫️Beri'tikaf di dalam masjid
▫️Mendirikan solat² sunat
▫️Membaca Al-Quran
▫️Beristighfar
▫️Bersedekah
▫️Memperbanyakkan doa
اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني
▫️Lain² amalan soleh

🔶TANDA-TANDA
Waktu Malam
▫️Sunyi sepi, tenang
▫️Tidak terlalu panas & sejuk
▫️Bulan tidak terlalu bercahaya
▫️Rasa mengantuk dan keletihan

Waktu Pagi
▫️Pancaran matahari putih bersih
▫️ Langit tidak berawan

Andai kali ini Ramadan terakhir kita
😖😭

Quran30Juz

No comments:

Post a Comment

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...