Jika lebih 20% manusia sudah percaya bumi itu bukan sfera..
Itu sangat bagus berbanding dengan mungkin hamba seorang sahaja dan amat kesunyian dan tertekan tatkala mula menyebutnya sekitar tahun 2010 melalui forum Halaqah.net.
Dilayan bagaikan orang yang tidak waras.
Waktu tu facebook mungkin belum sampai di Malaysia lagi ataupun belum dikenali.
Kemudian usul hamba itu menebar ke Indonesia sehinggalah ia senyap beberapa tahun. Kerana laman halaqah memang mempunyai ahli lebih 30,000 dari berbagai negara.
Sekitar 2017 usul tentang bumi itu datar atau bukan sfera semakin heboh dibincangkan sehingga wujudnya berbagai rencana, video, perbahasan dan juga pendedahan demi pendedahan yang mana hamba juga mengikuti perkembangan dan perbahasannya.
Tetapi apa yang mereka anggap atau lakarkan tidaklah sama atau menepati walaupun ada yang mirip dengan apa yang hamba telah bahaskan pada awalnya.
Iaitu dalam konsep hamba ialah.
1. Lautan itu sama rata, sama tinggi diseluruh dunia. Iaitu air di lautan jepun sama rata dengan air di Afrika. Kerana sifat air akan terjun atau mengalir ke tempat rendah. Jika ice di Antartika mencair, seluruh lautan akan meningkat.
Umpama kapal yang mampu belayar dari timur ke barat atau mengelilingi dunia hanya dengan kuasa angin (layar).
2. Kediaman Manusia hanyalah dikelilingi oleh tembok ice antartika ibarat tebing yang mengelilingi seluruh penempatan manusia di dalam dinding langit. Manakala bumi atau Al-ard itu sangatlah besar hampir sama dengan besarnya langit dengan 7 petala bumi menyamai 7 petala langit.
3. Dalam kurungan Antartika hanyalah ibarat 1 biji mangkuk yang berada di atas satu padang bola sahaja. Bingkai mangkuk itulah tebing ice antartika yg didindingi oleh dinding penjuru langit. Diluar bingkai itu adalah berjuta kali ganda keluasan yang tak mampu ditembusi atau dijelajahi oleh manusia.
4.Bulan , matahari dan bintang hanyalah berlegar disekitar mangkuk tersebut sahaja ibarat aksesori bagi dunia manusia.
5. Bulan mengeluarkan cahayanya sendiri ibarat kunang-kunang mengikut umurnya dan ada waktunya ia gerhana . Begitu juga dengan Matahari dan bintang.
6. Kiamat nanti seluruh cekerawala langit atau jatuh bertabrakan ke atas bumi termasuklah bulan,bintang dan matahari.
7. Seluruh manusia akan bangkit dan dikumpulkan dan ditanah inilah juga ia akan dibentangkan menjadi padang mahsyar yang sangat luas.
A-ayohmed.
No comments:
Post a Comment