Tuesday, 15 November 2022

PCR yang pasti

YANG PASTI
(selepas mengulang baca antologi cerpen "Semarak Kasih" selenggaraan Mohamad  Kholid Hamzah, 2018)

Sejak mengenali mereka melalui antologi
sesiapa yang panjang rezeki
tentunya telah bertambah usia empat tahun lagi
yang kanak-kanak telah menjadi remaja
yang belia semakin dewasa
Along dan Mat mungkin akan mengundi
apakah Lan masih tercari-cari baju-T?

Yang pasti bakul-bakul derita semakin sarat
dihela ibubapa ke dalam terowong
jauh nun di hujung hanya ada cahaya
dari nyala pelita lama
dan hujan cemuh tidak kunjung teduh

Yang pasti jalan-jalan pemulihan masih sempit
berliku-liku dan berkerikil tajam
gelap diselubungi pohon-pohon narsisistik
diturapi aspal kemanusiaan yang berlubang-lubang
jarang sekali disuluhi bulan

Yang pasti perahu-perahu kelangsungan
terus berhadapan gelombang
di dalamnya putera puteri istimewa menanti tuah
para pewaris cinta menganyam tabah

Aduhai, akan sampaikah mereka
ke medan pembelaan seluas pandang
ke menara keprihatinan tinggi menjulang? 

15112022

Monday, 14 November 2022

PCR rakyat atau bidak

— ee

RAKYAT ATAU BIDAK


Saya marhaen

maka sayakah yang 

dimaksudkan


dalam sejuta ucapannya

tentang matlamat membela

rakyat?


Anehnya dia tak nampak

saya bermandi peluh dan

air mata


Lelah mengharungi lembah

dan semakin lemas

ditimbusi

puing-puing janji

(sentiasa matanya ke situ

ke menara kaca)



Dia tak mendengar

nafas saya yang sesak

dan suara yang sebak

apatah lagi cerita tentang


penghinaan

dan penindasan

(dia ternanti-nanti

panggilan merdu

dari mercu)


Ataukah saya hanya bidak

di papan caturnya

memikul pertaruhan dari

kayangan? 


atau hanya ketulan batu

dilemparkan ke pintu

istana

(dan dia menyembunyikan

tangan

dalam lipatan bintang)




Monday, 7 November 2022

PCR 75

Tahun ini aku menyambut
angka tujuh puluh lima
dari purnama 

jatuhnya pada tengah malam
anjing-anjing galak menyalak 
di kaki gunung
pungguk-pungguk menamatkan rayuan
arnab bermimpi sombong di bawah rimbun
kura-kura bersambung-sambung suara ke penamat
gerimis menangis di cucuran

jauh perjalanan berlipat-lipat pulang
menggantikan tilam kekabu
pohonnya telah lama tumbang
bantal pun tinggal tulang
di pangkal lengan

sungai di dusun usia bertambah luas dan dalam
banyak kepuasan hanyut
termasuk benih-benih harapan
sehingga tidak perlu lagi kemarau
meretakkan lahan

pintu terowong semakin kecil di belakang
menjadi bulat
dan hitam

071122

Friday, 4 November 2022

Sapu khuf sebelah atas

Kita faham hukum syariat islam bukan ikut logik akal kita tetapi ikut Sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم..

Kata Ali رضي الله عنه:
عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : لَوْ كَانَ الدِّينُ بِالرَّأْيِ لَكَانَ أَسْفَلُ الْخُفِّ أَوْلَى بِالْمَسْحِ مِنْ أَعْلَاهُ، وَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَمْسَحُ عَلَى ظَاهِرِ خُفَّيْهِ.

Kata Ali: jika kalau agama ini direka ikut pendapat logik akal, lalu lebih logik kita sapu bahagian bawah khuf berbanding sapu bahagian atas, tetapi aku telah melihat Rasulullah sapu bahagian atas khuf.
(Hadis sahih Abu Daoud). 

Jangan kita buat hukum hakam ikut suka akal...
Hancur syariat Islam nanti..

Thursday, 3 November 2022

PCR jalan kampung jawa

JALAN KAMPUNG JAWA

Apabila sesekali dilalui
seperti ada yang melambai-lambai
dan mengintai-ngintai
dari institusi ternama wakafan di raja
tetapi mata kenangan semakin kabur
lukisan ingatan pun semakin luntur

Di hadapan
aspal masa pudar dan lekang
nostalgia dan melankolia berselang-selang
menjadi bayang-bayang

Inilah jalannya
pada empat dasawarsa yang lalu
selama tiga belas tahun setiap hari
dilalui oleh seorang lelaki
datang menabur jerih dan kasih
membangunkan ceritera
menampungkan doa

Tidak pernah dia jemu melaluinya
demi ribuan yang membawa harapan
menunggu di pintu-pintu
dari seluruh pelusuk kota dan desa
dari seluruh pelusuk selesa dan sengsara
dari teluk-teluk pengorbanan
dan linangan air mata

Tidak pernah dia jemu melaluinya
demi wajah-wajah bunga
yang mencari cahaya menyuluh dunia
yang mencari takwa meneroka syurga

Mereka juga sepertinya
melalui jalan ini
datang, pulang dan pergi berjuang
ke langit warisan
sehingga ternama atau tidak
mereka tetaplah bintang-bintang

Dan sesekali dilalui kembali
bagaikan menuju senja

Saturday, 22 October 2022

Barelwi fahaman mereka

Maula Muhammad Amin , ada pakai kopiah lambang capal  di atas kepala. - Admin-.

Boleh baca di sini kisah capal di kopiah ini ada sejarahnya dengan puak Barelvi di india.Barelvi jugak percaya mengenai fahaman Nur Muhammad.

https://iluminasi.com/bm/aliran-muslim-barelvi-pemuja-agung-simbol-capal-rasulullah.html

Boleh lihat video Maulana Muhammad Asri Yusoff  ulas mengenai barelvi  di sini:

https://youtu.be/t4xpCtGjkJs

https://m.youtube.com/watch?v=SF2TR5Z_0c0

Lama kelamaan lakaran capal ni akan merosakkkan akidah umat islam jika kita tak banteras dari awal.Sebabnya yang popularkan perkara ini adalah golong sesat brelwi.

Mengapa golongan Brelwi sering dilihat memakai lambang capal di kepala ? 

Seperti yang dimaklumi, Brelwi mendakwa itulah cara mereka memuliakan Rasulullah SAW. Iaitu dengan meletakkan capal dikepala. Tetapi hakikatnya ada sesuatu disebalik pemakaian begitu ? 

Apa kata pemimpin ajaran Brelwi Hassan Reza Khan al-Brelwi berkenaan perkara ini : 

جو سر پہ رکھنے کو مل جائے نعلِ پاک ِ حضور
تو پھر کہیں گے کہ ہاں تاجدار ہم بھی ہیں

“  Orang yang meletakkan di atas kepala capal Rasulullah SAW, dia akan mendapat kemuliaan Nabi Muhammad SAW. Jika begitu, bolehlah dikatakan bahawa kita adalah raja yang dimahkotakan dengan kehormatan “ 

Meneliti perbahasan mereka, orang yang mendapat kemuliaan nabi SAW tidak akan binasa hidupnya. Malah bebas dari segala dosa kecil mahupun dosa besar. 

Inilah akidah yang dibawa oleh golongan Brelwi. 

Hari ini, pemakaian capal dikepala sudah menjadi trend/ kebiasaan masyarakat kita tanpa mereka tahu dari mana asal/tujuan sebenar ia diletakkan dikepala. 

Memakai capal di kepala dengan iktikad sebegitu jelas menyeleweng dari akidah Ahlu Sunnah Wal Jama’ah. 

Allah al-Musta’an.

Sumber FB : Amir Fathy

Wednesday, 12 October 2022

PCR gitar tua (pru15)

GITAR TUA

dibeli di pasar
dengan kesan-kesan calar
seperti digesek-gesek logam
di pinggang

dan tompok-tompok peluh
di serata tubuh
ataukah darah dan air mata
kering sendiri menjadi hitam
di badan

dan lekuk-lekuk geram
di dadanya
menampakkan hanya kayu

apakah lagu-lagu 
yang pernah bergetar pada tali
dan mengalir jadi merdu
di rindu?

di jari-jari ku
hanya berdendang
risik cengkerang

Sunday, 9 October 2022

MMAY keraguan fakta dlm kitab berzanji

Maulana Muhammad Asri Yusoff  ada menegur beberapa perkara mengenai kitab Berzanji dalam kuliah beliau boleh lihat di sini.- Admin-

https://youtu.be/_2lalazqMsM

Kami dapati jugak dalam kitab berzanji ada sebut Maryam dan Asiah hadir pada kelahiran Nabi s.a.w? Adakah ini 'fakta' sirah yang perlu kita bertoleransi dengannya atas alasan ia 'sirah', bukan hukum-hakam? Atau ia perlu dibuang jauh-jauh kerana ia cerita yang tiada sandaran asalnya.

Web terjemahan kitab Berzanji:

https://terjemahkitab.com/terjemah-maulid-barzanji/

PCR kopi

Zahirnya hitam
patinya tidak legam
malah seputih gigi
yang kemudiannya perang

Lalu dengan sekali teguk
ku telan perbezaan mutlak
hitam dan putih
sejuk dan panas menggelegak

tetapi aku bahagia mengecapinya
sepenuh ghairah

dan terus hidup
dengan malam ku celik
siang ku pendek

(kpd sesiapa yg tidak serasi dengan kopi, jangan berani-berani)

Saturday, 8 October 2022

PCR kopi

Ali mengenalkan aku kepada kopi
O yang berisi
dalam pakej berwarna daunnya
dengan gambar secawan kepul
asap berahi
berlogo bulatan halal

Kata kawan ku
kopi itu hidup
pandai memujuk
dan menyampuk

Baharu aku tahu
rasanya pahit bila bersendirian
lemak bersama kawan-kawan

Kalau ingin mengecap manisnya
tambahkan secukup kenangan

Wednesday, 5 October 2022

W124 terbaik

50 sebab kenapa W124 Terbaik di Dunia
 
1- Dikeluarkan jenama Mercedes
2- Boleh tahan kesan perlanggaran hingga 56km/j
3- Wiper 1 bilah menyapu bersih 87% cermin depan
4- Wiper 1 bilahnya masih di pakai oleh kereta supercar Koenigsegg
5- Digunakan sebagai “kereta berperisai” oleh syarikat Belgium, Carat Duchatelet
6- Body aerodinamik dgn drag ko-efisien terendah (0.28) di zamannya
7- Kaji selidik ‘reabiliti’ menunjukkan sebanyak 11.8 buah W124 yg rosak dari 1,000 kereta, berbanding 14.6 buah kereta dr jenama Awdi utk setiap 1,000 kereta.
8- Ada butang utk tumbangkan head rest belakang
9- Dalam proses pembuatannya, W124 di uji pandu di benua Afrika yg panas, pada kelajuan tinggi di litar Nardo Itali, di tanah tinggi Sol y Nieve di Sepanyol, pada 3,393 meter atas paras laut Kanada dan juga termasuklah di Pergunungan Alps.
10- Murah untuk di beli
11- Murah untuk di selenggara
12- Murah harga sparepartsnya
13- Mutu kualiti buatan yg tinggi
14- Boleh jalan jauh
15- Boleh bawa hari2
16- Suspensi selesa
17- Enjin tahan lasak berkuasa
18- Dapat pengecualian cukai jalan sebanyak 80%
19- Tak sakit badan bawak
20- Ada Airbags
21- Ada ABS
22- Body berat sedap tekan di highway
23- Boleh servis dan repair di kedai bawah pokok
23- Banyak pomen yang tau buat, x perlu specialist
25-Dah ada power window
26- Minyak boleh tahan jimat
27- Boleh kekal 100 tahun lagi
28- Menjadi pilihan Michael Schumacher dan Mr Bean
29- Ada versi the Hammer dgn enjin 6,000cc AMG
30-Di keluarkan Bersama dgn Porsche (utk model 500E)
31-Ada Karakter retro bersadur moden
32-Bentuk malar segar hingga kini
33-Bunyi angin luar yg rendah
34-Kemasan kayu berunsur klasik
35-Terkenal dgn jolokan ‘bullet proof’ kerana sifatnya yg jarang rosak
36-Bunyi tutup pintu dia
37-Dah ada seatbelt tensioner automatic
38-Ada sensor O2 utk penjimatan minyak
39-Ada versi Coupe
40-Ada versi Limo
41-Ada versi Wagon
42-Ada versi Convertible buka bumbung
43-Ada versi Diesel yg sgt lasak
44-Versi Diesel dah pernah jalan lebih 2 juta kilometer
45-Ada versi 4-matic (pacuan 4 roda)
46-Versi Wagon dan Coupe ada system suspensi ejas sendiri
47-Ada versi ‘Masterpiece’
48-Tak banyak elektronik
49-Ruang kabin yg luas
50-Memberikan ‘keseronokan’ memandu sejati sambil menjerit Pengsan Berdiri 😁

PCR: Tinggal usang

 TINGGAL USANG bukan tidak pernah digelar pegawai diraikan di gerbang ruai    kini segelung rawai di pantai landai tanpa Avecenia dan Rhizop...