Saturday, 3 July 2021

PROJEK MIND CONTROL (KAWALAN MINDA): SEJARAH DAN CARA-CARA IA DIGUNAKAN KEPADA MASYARAKAT UMUM

 

Topik kawalan minda (mind control) adalah rumit untuk dibincangkan. Bagi pembaca yang kasual, ia dengan cepat boleh menjadikan mereka bosan lalu mewujudkan keinginan untuk keluar dari membincangkan atau membaca topik ini.

 

Tetapi mengelak dari perkara ini sebenarnya adalah suatu tindakan yang bodoh yang anda lakukan kerana satu-satunya peluang untuk mengelak dari dijadikan bahan eksperimen kepada agenda perhambaan yang telah mengancam hampir seluruh umat manusia hari ini, adalah untuk memahami bagaimana ia berfungsi. Dengan cara ini, anda boleh mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan kelemahan diri anda dan mengelak terjerumus ke dalam kancah kawalan minda oleh pihak ketiga.

 

Mind control (juga dikenali sebagai kawalan minda, mencuci otak, pujukan paksaan, kawalan fikiran atau pembaharuan fikiran) merujuk kepada proses di mana satu kumpulan atau individu secara sistematik menggunakan kaedah manipulasi tidak beretika untuk memujuk orang lain (individu atau kumpulan) untuk bersetuju dengan kehendak manipulator. Ia biasanya merugikan individu atau kumpulan yang dimanipulasi.  

Istilah ini  digunakan untuk apa saja taktik, psikologi atau sebaliknya, yang boleh dilihat mengolah kawalan individu terhadap pemikiran mereka sendiri, tingkah laku, emosi atau cara membuat keputusan.

 

Teori kawalan minda dan “mencuci otak” pada asalnya dibangunkan untuk menjelaskan bagaimana rejim totalitarian berjaya secara sistematik dalam mendoktrinasi tawanan perang melalui propaganda dan teknik penyeksaan.

 

Teori-teori ini kemudian berkembang dan diubahsuai oleh ahli-ahli psikologi termasuk Margaret Sanger, untuk menjadikan teknik kawalan minda kepada suatu fenomena yang lebih luas.

 

Rancangan untuk mewujudkan masyarakat pekerja yang dikawal minda telah ada sejak lama dahulu. Teknologi hari ini brkembang dari eksperimen yang dijalankan oleh Nazi dalam Perang Dunia ke II di masa kem-kem tahanan Nazi menerima “bekalan” tawanan tidak terhad kanak-kanak dan orang dewasa yang disediakan untuk kajian. 

Kita mungkin pernah mendengar tentang eksperimen perubatan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan ke atas tawanan, tapi tiada satupun yang pernah disentuh oleh media dan dokumentari TV tentang eksperimen kawalan minda. Ini kerana ia tidak akan didedahkan kepada orang awam. 

Teknologi kawalan minda boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:

1. Berasaskan trauma psikologi dan fizikal. 

2. Berasaskan Teknologi dan Cara Elektronik

Kadang-kadang dua bahagian ini digunakan secara kombinasi.


Fasa pertama pembangunan kawalan minda berkembang daripada teknik-teknik ghaib yang memerlukan mangsa terdedah kepada trauma psikologi dan fizikal. 

Selalunya bermula di peringkat awal, ia boleh menyebabkan jiwa mangsa hancur kepada berbilang personaliti (Multiple Personalities Disorder – MPD) yang kemudian boleh diprogram untuk melaksanakan apa-apa tindakan mengikut kemahuan pemprogram. Setiap personaliti yang telah diubah berbeza dari dari personaliti asal. Mangsa tidak sedar akan kewujudan atau aktiviti pengubahan personaliti ini. 

 

Mangsa boleh dibawa ke hadapan oleh pemprogram atau “Handler” menggunakan kod-kod khas yang biasanya disimpan di dalam komputer. 

Mangsa juga boleh terjejas oleh bunyi tertentu, perkataan, atau tindakan yang dikenali sebagai pencetus (trigger). 

Fasa kedua pembangunan kawalan minda telah diperhalusi di pangkalan bawah tanah Fort Hero di Montauk, Long Island dan disebut sebagai Projek Montauk.

 

Mangsa-mangsa remaja terawal dalam pemprograman gaya Montauk, dipanggil Montauk Boys, telah diprogramkan mengikut teknik berasaskan trauma, tetapi kaedah ini akhirnya terbengkalai kerana hari ini dengan teknologi moden, semua proses elektronik boleh dipasang dalam masa beberapa hari atau jam sahaja. Bukannya bertahun-tahun untuk melengkapkan kaedah berasaskan trauma. 

Dr. Josef Mengele dari Auschwitz adalah peneraju projek Monarch berasaskan trauma dan program kawalan minda MK Ultra di CIA.

 

Mengele dan kira-kira 5 ribu pegawai rahsia tertinggi Nazi dipindahkan ke AS selepas Perang Dunia ke II dan meneruskan usaha membangunkan teknologi kawalan minda dan roket di pengkalan tentera rahsia bawah tanah. 

Kita hanya diberitahu tentang projek projek roket dengan bekas ahli Nazi seperti Warner Van Braun. Mereka disimpan dan dirahsiakan dari pengetahuan orang ramai tetapi mereka ini sangat sibuk membuat kajian dan eksperimen di pengkalan bawah tanah AS.

 

Beribu kanak-kanak hilang di AS setiap tahun kemudian dijadikan eksperimen kawalan minda oleh Mengele. Kanak-kanak yang terpilih akan menjadi hamba kawalan minda di masa hadapan untuk menyempurnakan pekerjaan seperti menjadi pembunuh atau menjadi hamba seks. Sebahagian besar dari kanak-kanak ini sengaja disembelih di depan kanak-kanak lain untuk mewujudkan trauma di kalangan mereka.


Individu Yang Telah Diprogram  

Yang biasa kita dengar tentang seseorang bersenjata membunuh, atau cubaan membunuh, tembakan di sekolah dan lain-lain adalah individu yang telah dikawal minda diprogramkan untuk melaksanakan misi tertentu. 

Pembunuh bersiri seperti Ted Bundy, David Berkowitz, penembak JFK, Lee Harvey Oswald, pengebom Timothy McVeigh, pembunuhan beramai-ramai di Sekolah Tinggi  Columbine, pembunuh Robert F. Kennedy Sirhan Sirhan, pembunuh Pulau Utaya di Norway, Anders Behring Breivik dan lain-lain adalah individu yang dikawal minda yang diprogramkan untuk membunuh. 

 

Lain-lain kanak-kanak Montauk diterapkan dalam kehidupan biasa rakyat Amerika untuk menjadi wartawan arus perdana, personaliti TV & radio, peguam, professional perubatan, hakim, pendakwa, penguatkuasa undang-undang, anggota tentera dan lain-lain. Mengetahui hal ini amat menakutkan dan menggerunkan.


Kawalan Minda Seluruh Dunia Melalui Menara Telekomunikasi Elektronik

Hari ini sudah sampai masanya di mana teknologi kawalan minda diarahkan kepada diri setiap individu. Setiap hari, peralatan didirikan di seluruh dunia dengan tujuan tersembunyi untuk mengawal minda populasi dunia. 

Menara yang didirkan (Extended Low Frequency – ELF) kelihatan seperti menara biasa dan ramai yang menganggap ia hanya menara telekomunikasi biasa.

 

Adakah anda benar-benar fikir bahawa kita perlu keupayaan menara ‘telefon bimbit ‘ yang gila banyak, sehingga ia kini berada di hampir setiap beberapa ratus meter? Adakah anda sedar hanya sedikit tenaga yang diperlukan telefon bimbit untuk beroperasi? Namun menara ini mampu meletakkan tahap kuasa yang melebihi keperluan telefon bimbit dengan margin yang luas.

 

Wliheim Reich

Ini teknologi kawalan minda yang telah ada sejak sekian lama. Ia bukan satu kebetulan yang jalur frekuensi yang dipilih untuk penggunaan telefon bimbit hanya berlaku untuk dipadankan dengan gelombang perintah kedua yang Wilhelm Reich temui pada lewat 1940an untuk melaksanakan penghantaran pemikiran dan membolehkan minda untuk dimanipulasi tanpa mangsa sedari. 

 

Reich bekerja dalam projek rahsia ini untuk CIA selama lebih 5 tahun, 1947-1952 , sehingga dia sedar siapa yang CIA telah rancang untuk menjadi bahan eksperimen menggunakan kawalan minda – iaitu rakyat Amerika.  

Dia marah bahawa dia telah ditipu dan digunakan untuk motif khianat dan bersumpah tidak akan bekerjasama dengan CIA, FDA, dan lain-lain lagi. 

Reich telah dibunuh di penjara Persekutuan pada tahun 1957, hanya beberapa minggu sebelum beliau dikeluarkan, setelah berada dalam penjara selama 2 tahun atas tuduhan yang sengaja direka iaitu menghina mahkamah. Beliau dilaporkan telah mendapat ‘ serangan jantung ‘. Dia telah dibunuh dua minggu sebelum perbicaraan lembaga parol beliau. Buku terakhir beliau , yang ditulis di dalam penjara, telah didapati ‘hilang’ selepas kematiannya dan tidak pernah kembali kepada keluarganya.

Satu kaedah ditemui untuk membatalkan fungsi kawalan minda menara ELF dengan meletakkan alatan ringkas dikenali sebagai orgone generator di dalam lingkungan 1300 kaki dari menara. Menara gelombang mikro ini digunakan berasaskan teknologi HAARP untuk bukan saja memberi kesan kepada pengaruh bawah sedar kawalan minda, tetapi juga untuk mengawal cuaca. 


Patrick Flannagan pernah ditanya oleh hos rancangan bualbiacara, Jeff Rense pada 2003 memberikan pandangan bagaimana untuk menangani kawalan minda elektronik yang dipancarkan kepada kita dari pendawaian elektrik di rumah dan dari menara gelombang mikro

 

Media massa adalah alat yang paling berkuasa yang digunakan oleh pemerintah untuk memanipulasi masyarakat melalui Kawalan Minda. Ia membentuk pendapat dan sikap serta menentukan yang mana adalah normal dan yang mana tidak. Biasa tonton Buletin TV3 dan Astro Awani? 

Media massa boleh menyampaikan maklumat kepada sebilangan besar manusia. Ini termasuk melalui televisyen, filem, radio, akhbar, majalah, buku, video game dan internet. 

 

Banyak kajian telah dijalankan sejak berpuluh tahun lalu untuk mengukur sejauh mana berkesan media massa terhadap orang ramai dan mencari teknik terbaik untuk mempengaruhi masyarakat.  

Dari kajian tersebut, muncul sains komunikasi, yang digunakan untuk pemasaran, perhubungan awam, dan politik. Komunikasi massa juga penting untuk memastikan demokrasi itu berjalan dengan lancar, tetapi ia juga adalah alat yang digunakan diktator. Ia bergantung kepada siapa yang menggunakannya. 

Ahli Politik

Ahli politik menggunakan kaedah Kawalan Minda untuk mempengaruhi audien supaya yakin kepadanya dan memberikan undi atau sokongan supaya dia dapat mencapai cita-citanya untuk mendapat kuasa. 

Sama ada kita sedar atau tidak, setiap kali berucap, mereka menggunakan kata-kata (ada yang sebut retorik) sebagai alat untuk mengawal minda audien. 

Ada audien yang terpesona dengan permainan kata-kata dan akhirnya menjadi penyokong kuat kepada ahli politik tersebut. Dengan kata-kata, ahli politik dapat mengumpul sejumlah penyokong. 

Ada yang mampu menghimpunkan beratus-ribu audien yang telah melalui proses kawalan minda. Bagaimanapun, bukan semua audien menjadi penyokong disebabkan kawalan minda, ada ahli politik yang bijak menangani isu semasa dan menyebelahi majoriti audien.  

Kawalan Minda Dalam Perniagaan

Perniagaan korporat juga tiada bezanya dengan ahli politik dalam hal kawalan minda. Perniagaan merupakan antara yang paling banyak menggunakan kaedah Kawalan Minda. Tujuannya cuma satu – untuk menjual produk. 

 

Dengan mempengaruhi minda pembeli, produk dapat dijual malah ia juga dapat memastikan jualan semakin bertambah dan permintaan yang sentiasa berterusan. 

Berbagai kaedah yang mereka gunakan untuk meyakinkan pelanggan. Anda boleh lihat beribu-ribu contoh di mana-mana saja, sama ada di internet, di tempat-tempat awam malah di televisyen dan radio. 

 

Persaingan dalam bidang perniagaan agak sengit. Siapa yang berjaya mempengaruhi minda bakal pelanggan, tidak kira sama ada perbuatan mereka itu mengikut undang-undang atau perbuatan itu tidak beretika, maka mereka adalah pemenang. 

KESIMPULANNYA, secara sedar atau tidak, kita semua pernah melalui proses Kawalan Minda (Mind Control) dalam aktiviti kehidupan seharian. Adakah kita mahu menafikan hal ini? Fikir betul-betul…

 

Minda yang telah dikawal mendorong kita membuat keputusan. Adakalanya keputusan yang kita adalah salah. Mereka yang benar-benar bebas dalam membuat keputusan sebenarnya tidak pernah terikat kepada mana-mana dorongan dari pihak ketiga dan tidak pernah percaya 100 peratus kepada elemen-elemen yang cuba mempengaruhi minda mereka membuat keputusan. Itulah kebebasan yang hakiki dan mereka tidak berada di bawah kawalan orang lain. 

Kawalan Minda Artis dan Selebriti bagi Mengawal Minda Masyarakat

Marilyn Monroe mungkin selebriti yang paling ikonik dalam budaya Amerika dan simbol seks yang paling dikenali sepanjang masa. Walau bagaimanapun, di sebalik senyuman fotogenik Monroe, hakikat kehidupan sebenarnya amatlah menyedihkan. Dia adalah individu yang rapuh yang telah dieksploitasi dan tertakluk kepada kawalan minda oleh pengendali berkuasa. 

 

Selain menjadi simbol seks, Marilyn membawa semua yang Hollywood boleh gambarkan: glamor, kilauan bintang dan imej seksual. Ikonik nafsu syahwat, beliau selama-lamanya mengubah industri filem dan hingga ke hari ini, dia sangat berpengaruh dalam budaya popular. 

Walaupun Marilyn mewakili semua yang glamor tentang kehidupan artis Hollywood, cerita di sebalik kehidupan peribadi beliau sama-sama mewakili semua sudut yang gelap di Hollywood. Marilyn sememangnya dimanipulasi oleh “doktor minda” yang menguasai setiap aspek kehidupan beliau dan menyebabkan beliau pada dasarnya kehilangan fikirannya. Kematian beliau, pada usia muda, 36, adalah salah satu daripada “kematian misteri” dalam budaya popular. Walaupun banyak fakta-fakta yang menunjukkan pembunuhan, ia masih diklasifikasikan sebagai “kemungkinan bunuh diri”.

Meskipun banyak biografi menceritakan kisah kehidupan Marilyn digabungkan kisah-kisah gelap Hollywood, terdapat satu sisi yang lebih teruk dari itu. Marilyn Monroe adalah salah seorang dari selebriti pertama yang tertakluk kepada Monarch Mind Control, cabang program MK Ultra yang dijalankan oleh CIA. Melalui trauma dan program psikologi, Monroe menjadi boneka tahap atasan, bayangan manusia elit, juga menjadi model kepada Presiden JFK.

Apabila pemprograman Monroe hilang kesannya dan segalanya mula terungkap, ada orang yang mengatakan bahawa dia telah “dibuang dari kereta api kebebasan”, istilah MK ULTRA untuk menetapkan hamba yang terbunuh apabila mereka tidak lagi berguna (dan berbahaya) kepada pengendali mereka.

 

Kisah Hidup Masa Kecil
Nama sebenar Marilyn ialah Norma Jeane Mortenson. Beliau melalui tempoh remaja yang sukar dan tidak stabil. Dia tidak pernah tahu ayahnya dan ibunya adalah pesakit mental dan tidak mampu menjaga beliau. Dalam My Story, Monroe menulis bahawa dia teringat melihat ibunya “menjerit dan ketawa” semasa dia dibawa mengikuti ibunya ke State Hospital.

Pada usia 11, Norma Jeane telah diisytiharkan anak yatim. Dia tinggal di 11 rumah kebajikan semasa mudanya ; apabila tidak ada rumah angkat, dia pergi ke Rumah Anak Yatim Hollygrove di Los Angeles. Seolah-olah bergerak dari satu rumah ke rumah yang lain, Norma Jeane teringat dilayan secara kasar di beberapa rumah itu. Lebih buruk lagi, dia pernah didera.

Dia juga berulang kali diserang secara seksual. Akhirnya Norma Jeane terpaksa keluar dari rumah angkat. Dalam kes lain, apabila dia berada di sekolah menengah , Norma Jean telah dihantar ke rumahnya neneknya di Compton , California. Di sana, salah seorang daripada anak-anaknya nenek ini mendera beliau, memaksa dia sekali lagi untuk keluar.

 

Calon Terbaik Monarch Mind Control

Norma Jeane menggunakan nama pentas Marilyn Monroe untuk beberapa tahun sehingga pada 1956, dia menukar namanya secara rasmi kepada Marilyn Monroe. Hakikat bahawa dia adalah seorang kanak-kanak yang didera secara seksual pada peringkat usia awal membawa kepada tingkah laku yang tidak sesuai sebagai seorang dewasa.

Sifat sebagai seorang remaja yang tidak stabil, keluarga yang runtuh dan mengalami trauma menjadikan dia calon yang amat sesuai untuk program Monarch Mind Control. 

Latar belakang Norma Jeane membuatkan beliau menjadi sasaran utama untuk Program Beta (juga dikenali sebagai Kitten Programming). Sebagai seorang wanita yang menarik yang ingin menjadi sebahagian daripada kelompok showbusiness, dia juga mempunyai profil yang sempurna untuk itu.

 

Marilyn adalah ikon kepada selebriti yang menjadi hamba Mind Control. Sessi fotografi ala Marilyn seolah suatu kemestian bagi artis yang mahu menempa nama dalam dunia hiburan (atau lebih tepat, artis di bawah naungan Handler). 

Ia mungkin suatu proses yang harus dijalani sebelum mereka ini diangkat ke tahap yang lebih tinggi lagi dalam industri hiburan Hollywood. Rambut asal kebanyakan dari mereka bukan blonde atau berombak seperti rambut Marylin. Anda fikir ini semua adalah kebetulan???

Saya akhiri dengan gambar-gambar ala Monroe ini untuk tatapan anda. Tanyalah diri kita sendiri… sejauh manakah kita telah terjebak sebagai mangsa mind control ini?

Siapakah artis dan selebriti pujaan anda? Siapa ikon-ikon dalam dan luar negara yang menjadi contoh ikutan kita dan anak cucu kita? Renungkanlah dalam-dalam.

Allahu’alam…

Friday, 2 July 2021

puisi cikgu Ramlan Durio

DURIO

Genus mereka sama, Durio
tetapi spesies masing-masing berbeza
pads saiz, rupa, rasa dan aroma
pada citra, nama dan harga

Morfologi pohon pun lagenda
rendang yang memeriahkan cinta
rimbun yang meredupkan nostalgia
tinggi menjunjung warisan
pusaka watan

Kitaran musim juga serupa
namun agronomi berjaya menentukan
yang mana lebih cepat dewasa
yang mana lebih ramai penggemarnya
yang mana boleh dieksport ke China

Kini bukan lagi pepohon leluhur
tetapi bunganya semarak laba
buahnya bergemerlapan bak permata
yang dari kayangan membawanya terbang
yang marhaen terliur memsndang

Thursday, 1 July 2021

sistem bank buat duit

Sedikit pencerahan tentang penipuan sistem bank..
Ramai ingin tahu bagaimana Rothschild buat duit melalui sistem riba?

Kita imagine di Malaysia ini ada satu bank shj utk memudahkan penyampaian. . Ikut turutan nombor yg disediakan;

(1). Ali ada RM1000 hasil berniaga dan simpan duit tersebut ke dlm bank dan dlm buku akaun dia tertulis ''Ali dah deposit RM1000 ke dalam bank.'' Melalui sistem FRS, bank akan simpan 10% (RM100) duit Alil di dalam reserve bank dan 90% (RM900) lagi bank akan memberi loan kpd org yg memerlukan.

(2), (3) & (4). Abu buat personal loan dari bank sebanyak RM900. Duit yg Abu pinjam itu terus bank masukkan ke dalam akaun Abu secara elektronik dan dalam buku akaun dia tertulis Abu mempunyai deposit sebanyak RM900. Melalui sistem FRS, bank akan simpan 10% (RM90) duit Abu di dalam reserve bank dan 90% (RM810) lagi bank akan memberi loan kpd org yg memerlukan.

(5), (6) & (7). Apa yg berlaku kpda Abu, sama berlaku kpda Hillary & Shahrul. Sehingga (8) pihak bank memutuskan utk tidak teruskan lagi memberi pinjaman kpd org seterusnya (memudahkan cerita).

(9). Jika diperhatikan dgn teliti di dalam kotak hitam (Reserve Bank), bank hanya mempunyai duit sebanyak RM1000 sahaja (RM100 + RM90 + RM81 + RM729) seperti jumlah asal yg Ali masukkan ke dalam bank.

Tetapi jika dikira melalui buku akaun peminjam dan termasuk Ali, duit mereka secara total adalah sebanyak RM3439! (RM1000 + RM900 + RM810 + RM729).

Bank berjaya membuat duit dari RM1000 menjadi RM3439 secara digital tanpa anda sedar. Begini lah caranya bank membuat duit melalui simpanan dan pinjaman anda.

(10). Itu kalau kita stop sampai Shahrul sahaja. Kalau kita teruskan lagi dgn bank memberi pinjaman demi pinjaman, melalui (FRS - 10%) ini, pihak bank mampu membuat dari deposit sebanyak RM1000 menjadi RM9,999. Dan lebih dasyat lagi RM1,000,000 menjadi RM9,999,999!

Disebabkan ini lah punca sebenar kenapa nilai duit kita makin jatuh hari demi hari. Smakin byk duit dipasaran, semakin jatuh nilai duit. Barang jadi semakin mahal. Bank adalah institusi paling kejam di dunia, tapi jauh lebih kejam kalau kita sendiri yg menyokong sistem ini.

Jgn sesekali kita redha dgn sistem ini..

Anda menyimpan ke dalam bank dan membuat loan dgn bank. Penggunakan kad kredit dan kad debit adalah penyumbang terbesar kepada sistem ini. Tanpa anda, sistem ini pasti akan musnah.

TAK PERCAYA?? apa kata kita semua rakyat Malaysia keluarkan duit dari bank-bank di Malaysia. Hanya 10% sahaja orang yg akan dapat duit mereka disebabkan bank memang tiada duit, mereka hanya cipta duit secara maya sahaja melalui digit2 dlm buku akaun dan akaun online anda.

======================================================================================================

Kalau nak simpan duit,  tukarkan duit tersebut kepada komoditi seperti emas atau perak. Kerana barangan komoditi ini tak akan hilang nilai. Semakin jatuh nilai duit, semakin tinggi harga komoditi.

Jatuhkan institusi kewangan ini dan naikkan institusi kewangan Islam. Ingat, zaman kegemilangan Islam tiada bank. Percaya, Allah sentiasa bersama kita.

Semakin byk duit dicetak, smakin jatuh nilai duit trsebut. Semakin jatuh nilai duit berkadaran langsung dgn peningkatan inflasi.

Semakin tinggi inflasi, semakin tinggi harga barang dan service dan ini menyebabkan kita makin miskin dan miskin.

Rasulullah saw bersabda "Akan datang satu zaman dimana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar (emas) dan Dirham (perak)."(Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal).

#back_to_Allah

tawaran dajjal

Nak jadi follower Dajjal @ hamba اللهﷻ ?

DAJJAL datang offer kemewahan.
Syurga Dajjal beri itulah NERAKA.

Nabi dah explain sifat-sifat Dajjal takkan aku nak ikut lagi kata seorang yang agak beriman.

Nabi kata di dahinya ada perkataan kafir.
Nabi kata matanya buta sebelah dan terkeluar seperti anggur, jadi aku tahulah tu Dajjal.

Amboi amboi amboi, bukan semudah dikata.
RIBA', rasuah pun Nabi dah beritahu HARAM tapi kenapa masih ada yang melakukannya ?

Ciri-ciri lelaki beriman, wanita solehah Nabi dah beritahu tapi kenapa masih ada yang tak beriman ?

Ada pulak yang kata, kalau tak buat RIBA' jawabnya tak boleh ada rumah, tak boleh ada kereta.
Tak boleh nak buat personal loan untuk kahwin. Tak boleh itu dan ini.  Sebenarnya RIBA' inilah pemusnah ekonomi islam.

Tak perlu nak bangga ada 100 biji rumah pun hasil RIBA' buat apa ?
Umpama bangga berzina, bila ada orang kahwin kau kata bodohnya ada seorang je bini, aku siap boleh rasa macam-macam perempuan hasil dari zina.

Ada pulak kata semuanya nak kata rasuah, bagi saguhati, duit kopi pun kata rasuah, kalau macam tu susahlah nak dapat tender projek, nak dapat kerja, nak dapat kelulusan loan bank, sebab semua tu mesti kena hulur takkan depa nak buat kerja free-free, nak kencing pun kena bayar sekarang.

Jadi nak kata اللهﷻ ni salah ke sebab tetapkan hukum haram RIBA', haram rasuah ?
Sepatutnya kena halalkan benda ni ?

Sembang confident lebih takkan jadi pengikut Dajjal, RIBA' pun hang 'halalkan' semata-mata nafsu nak rumah besar, kereta mewah.
Tak dak rumah pun hang dah risau, tak dapat beli kereta pun dah takut macam hidup tak bertuhankan اللهﷻ.  Hanya bertuhankan sistem Dajjal semata-mata.

SOLAT sebut الله اكبر, tunggeng tonggang sampai lebam dahi, time haji naik kapal terbang pergi mekah, tapi agama suruh keluarkan zakat risau takut miskin, RIBA' pun buat, rasuah pun telan, makan babi je nampak haram, yang kasi untung dia kat dunia semua bertukar jadi halal.

Hal RIBA' ni pun dah tak boleh elak.
Bayangkan kemunculan Dajjal nanti ada krisis makanan kemudian dia boleh adakan segunung roti, boleh berikan emas, boleh hidupkan yang mati, jika hang nak milikinya hanya akui dia sebagai tuhan.

Dajjal offer emas, ready stok beb bukan eta 7, 14, 30 macam depb, arba okay.
Golongan wanita berbondong-bondong akan jadi followers of Dajjal kerana tertarik dengan emas yang ditawarkan, yelah dah tak tahan lagi nafsu hidup suami beriman tapi اللهﷻ uji dengan kesusahan.

Masa ni suami ikatlah isterimu, anak perempuanmu, ibumu di rumah jangan sampai dia keluar berjumpa dajjal, pasti dia akan tersesat.

Waktu sekarang ni pun ada offer loan, offer baju raya penuh orang jadi gila, final bolasepak penuh bersengkang mata menunggu, padahal semua tu kena spend duit.
Ini Dajjal siap offer free lagi harta, emas, makanan dengan syarat mengaku dia sebagai tuhan.

Siap Dajjal offer pakej untuk hidupkan orang yang dah mati, mak ayah ke, adik beradik ke, bini ke, laki ke dia hidupkan semula.

Sebenarnya tu hanyalah ilusi permainan Jin yang menyerupai keluarga mereka.
Yang benar boleh hidupkan dan matikan hanyalah اللهﷻ tuhan sekalian alam.

Dajjal boleh turunkan hujan dari langit, dia boleh hidupkan bumi yang mati, yang kering kontang, Dajjal dapat keluarkan hasil kekayaan bumi, seperti emas, minyak, berlian.

Sebelum Dajjal datang, anak cucunya dulu muncul.
Dia invent macam-macam sistem, dia create virus secara halus termasuklah h1n1, aids, selsema burung, cancer, Dan yang terbaru CORONA other diseases then they claim penawarnya tidak ada melainkan bergantung kepada perubatan mereka semata-mata sampailah mampos.

Sengaja teori bodoh direka dalam silibus education supaya umat semakin bodoh belajar dan mengkaji sesuatu yang sia-sia sehingga tidak dapat lagi menemui ilmu realiti untuk makmurkan bumi اللهﷻ.

Sistem democrazy sengaja dicipta agar umat islam berpecah belah, tiada lagi hubungan saudara islam, ukhwah kaum muslimin, hinggakan wujud pecahan negara ada arab saudi, uae, kuwait, sudan, Egypt, Malaysia, Indonesia, nigeria, senegal, india, pakistan dan lain-lain sehingga kita semua bergaduh sesama sendiri.

Semua pelusuk bab telah dimanipulasi, dikuasai education, economy, law, politics, history.
Sejarah yang benar telahpun dipadam lalu ditulis semula sejarah yang mengagungkan tokoh mereka dan menjatuhkan tamadun ISLAM.

Jangan fikir hanya perempuan je yang jadi pengikut Dajjal.
Memang ramai di kalangan wanita jadi pengikut Dajjal sebab dia offer kemewahan.

Tapi once ramai perempuan jadi pengikut dajjal, lelaki akan tertarik dengan perempuan yang ada berdamping dengan Dajjal.
Yela lumrah lelaki sukakan perempuan.

Dajjal siap offer free je perempuan mana lelaki nak boleh pilih.
Nak cutting lebar mana panjang mana semua ada, nak yang putih gebu, semua ada.

Silap-silap lelaki yang beriman di rumah tadi, akan terperangkap bila dia keluar mencari anak perempuan dan isterinya yang ikut Dajjal.

Masa ni hang kena ikut macam mana اللهﷻ tunjukkan cara Nabi Nuh, Nabi Luth yang mana isterinya tidak ikut dia dan khianati dia, dia biarkan bukan dia pergi ikut sama isterinya.

Dajjal datang selama 40 hari, tapi tak sama 40 hari macam orang lepas bersalin berpantang.
Tempoh 40 hari dimensi masa DAJJAL ni cukup lama.

Jumpa artis sekejap pun manusia dah jadi macam orang gila.
Yang isteri orang sibuk mintak selfie dengan artis lelaki yang langsung tiada kaitan hubungan mahram dengan dia.  Si suami pulak diam seakan redha perbuatan jahiliah isteri.

Yang taksub celebrity luar sampai tampal gambar Ronaldo, Messi, Brad Pitt, Michael Jackson dalam rumah, dah jadi berhala kepada mereka setiap hari hanya tahu pasal celebrity, pasal dakwah Rasul, para sahabat Nabi langsung tak tahu.

Sekarang ni kita semua SUDAH berada di akhir zaman.
Apa yang digambarkan keindahan dunia ni hanyalah hiasan semata-mata dan ini hanyalah ilusi fantasi bukan hakiki sebagaimana kemewahan yang اللهﷻ sediakan bagi yang beriman di Syurga.

Kita semua diberi pilihan sama ada nak hidup di dalam sistem Dajjal atau di luar.
Hidup di dalam sistem Dajjal hang bakal menerima azab di hari kemudian.  Hang hanya dapat nikmati kesenangan yang menipu daya diri hang sendiri.

Hidup di luar sistem Dajjal, hang akan terasing, hang akan dikecam malah mungkin dibunuh.
Tapi takpelah asalkan hang tak melawan اللهﷻ dan Rasul.  Sekalipun terbunuh semoga اللهﷻ limpahkan syahid.

Sistem yang اللهﷻ aturkan sudah cukup cantik untuk manusia hidup aman damai.
Tapi puak DAJJAL cuba tipu daya اللهﷻ dengan menjalani sistem mereka kemudian kata ini HALAL.

Yakinlah dengan اللهﷻ, yang HAQ akan dimenangkan, yang BATHIL akan ditewaskan.
Yang sedang lena dalam sistem Dajjal teruskan mempertuhankannya sehingga mensyirikkan .اللهﷻ

“Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan الله membalas tipu daya mereka itu.
Dan الله sebaik-baik pembalas tipu daya." (Ali Imran 54)

PCR: Tinggal usang

 TINGGAL USANG bukan tidak pernah digelar pegawai diraikan di gerbang ruai    kini segelung rawai di pantai landai tanpa Avecenia dan Rhizop...