Thursday, 27 May 2021

puisi cikgu ramlan disiplin

TUBUH-TUBUH DISIPLIN

tak perlu sejuta kata
cukup setitis virus korona

tetapi patutkah keseksaan
mengajar kita
insan yang sempurna di sisi-Nya
sampai mati sia-sia?

kalau terbukti tak memadai
kekuatan dan kekebalan raksasa
tak perlulah mencari Hang Nadim
di Temasik

tiada lain selain tubuh-tubuh disiplin
di barisan hadapan

mereka yang dikuatkan oleh ilmu dan wahyu
dicekalkan oleh budaya dan intelektualisme
mereka yang disuntik sejuta cinta

dan selebihnya jangan bersin
memusuhi vaksin

Amalan seharian

Dalam suasana pandemik yang semakin meningkat, jangan lalai untuk terus memperkukuhkan amalan harian;

1) Membaca doa selepas wudhu 
• Kelebihan : Dibukakan lapan pintu syurga bagi orang yang membacanya. (lihat Sahih Muslim hadis no. 234)

2) Solat Sunat Qabliyah Subuh. 
•  Kelebihan : Nabi ﷺ bersabda :  رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا “Dua rakaat fajar lebih baik daripada dunia seisinya.” (HR. Muslim no. 725)

3) Solat Fardhu Subuh dan Isyak berjemaah.  
• Kelebihan : Pahala seperti mengerjakan solat sepanjang malam. (lihat Sahih Muslim hadis no. 656)

4) Berzikir selepas solat. 

5) Membaca zikir pagi dan petang. 
• Rujuk Hisnul Muslim, al-Azkar atau lain-lain jika tidak tahu lafaznya) 

6) Solat Dhuha. 
• Minima 2 rakaat dan yang paling banyak dilakukan Nabi ﷺ adalah 8 rakaat. 
Kelebihan : Menyamai pahala sedekah (lihat Sahih Muslim, hadis no. 720)

7) Menjaga 12 rakaat solat sunat rawatib iaitu : 2 rakaat sebelum subuh, 4 rakaat sebelum zohor, 2 rakaat selepas zohor, 2 rakaat selepas maghrib, 2 rakaat selepas isyak. 
• Kelebihan : Disediakan rumah untuk di syurga. (lihat Sunan Ibnu Majah, hadis no. 1130)

8) Membaca 2 ayat akhir surah al-Baqarah. 
• Nabi ﷺ bersabda : 
الْآيَتَانِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ مَنْ قَرَأَ بِهِمَا فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ
“Dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah, sesiapa yang membacanya pada suatu malam, nescaya kedua ayat itu akan mencukupkannya.” (HR. al-Bukhari no. 5040).

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan bahawa maksud كَفَتَاهُ (mencukupkannya) ialah cukup melindunginya dari kejahatan hal-hal yang akan mengganggunya. (al-Wabil al-Sayyib)

9) Tidak tidur terlalu lewat. 
• Daripada Abu Barzah radhiyallahu 'anhu :
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَكْرَهُ النَّوْمَ قَبْلَ الْعِشَاءِ وَالْحَدِيثَ بَعْدَهَا
“Bahawasanya Rasulullah ﷺ tidak suka tidur sebelum (solat) ‘Isyak dan bercakap setelahnya.” (HR. al-Bukhari no. 568) 

10) Solat Tahajjud 
• Nabi ﷺ bersabda :
أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلَامَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَصَلُّوا وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ
“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan dan laksanakanlah solat pada saat manusia sedang tidur, nescaya kalian masuk syurga dengan selamat.” (HR. at-Tirmizi no. 2485) 

11) Solat Witir 
• Boleh dilakukan sama ada selepas solat isyak atau selepas solat tahajjud pada akhir malam.

12) Membaca Ayat Kursi selepas solat fardhu.
• Rasulullah ﷺ bersabda :

مَن قرَأَ آيةَ الكُرسيِّ في دُبُرِ كلِّ صلاةٍ مَكْتوبةٍ، لم يَمنَعْه من دُخولِ الجنَّةِ إلَّا أنْ يموتَ.
“Sesiapa membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu, tidak ada yang menghalangnya masuk syurga melainkan kematian.” (HR. an-Nasai dalam Sunan al-Kubra, ath-Thabrani, dan Ibnu Sunni.)

Sunday, 23 May 2021

kering sungai furat turky

#SungaiFurat
#Turkey

Adapun Yang ini

Inilah yang baru-baru ini Terjadi di sungai Furat turkey,,

Pada saat airnya semakin surut
Tiba-tiba zahir lah peninggalan Purba yang selama ini berada di dasar sungai

Peninggalan berupa kan Lantai Mosaic dari Zaman pemerintahan kerajaan Rome di kota Zeugma Turkey

إنحسار مستوى نهر الفرات يكشف عن لوحة من الفسيفساء تعود لفترة الحُكم الروماني، زوغما - تركيا

Cc: Che Pai

Teringat 1 hadith berkaitan sungai Furat...

Daripada Abu Hurairah r.a..Rasulullah saw bersabda: "Tidak terjadi hari kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata "mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu"."

Di dalam riwayat Bukhari Muslim, Rasulullah bersabda: "Sudah dekat suatu masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu."

🤍

perlu taubat

2 TANDA ALLAH SEDANG MARAH PADA KITA

Seorang Wali Allah pernah berkata, jika aku ingin tahu sekiranya ada kesalahanku pada Allah, aku akan perhatikan 2 tanda ini - KENDERAAN dan ISTERIKU. 

Kenderaan yang  diguna sering rosak dan meragam. Banyak kerosakan yang datang darinya berbanding memudahkan urusan seharian. 

Isteri pula buruk akhlaknya, suka membantah malah perilakunya sangat menyakitkan hati. 

Kata Ulamak, kenderaan kita sepatutnya mendatangkan kebaikan dalam hidup. Tapi bila jarang diguna untuk pergi masjid, pergi berjemaah maka Allah sampaikan rasa tidak redhaNya melalui cara itu. 

Karenah isteri yang suka melawan pula adalah disebabkan kita sendiri berani lawan perintah Allah. Lebih teruk lagi, anak-anak juga turut bermasalah. 

Kadang-kadang kita tak nampak semua petunjuk ini melainkan Allah sampaikan melalui para Ulamak. 

Ulamak pesan, bila ada perkara sebegini berlaku dalam rumahtangga kita, cepat-cepat berwuduk dan bertaubatlah.

Kena cari balik kemaksiatan apakah yang sedang kita buat sehingga Allah sedang memberi peringatan kepada kita sedemikian rupa. 

#*** Perkongsian Tuan Guru Sheikh Zaini Ahmad.🌵

benarkah? c ov id

SIAPA yang mula-mula berbohong bahawa mati bunuh diri disebabkan kobid? SIAPA mula berbohong video mayat bergelimpangan di Woohan? SIAPA mula berbohong jarakkan saf tetapi bergambar rapat bisa dalam masjid?

SIAPA mula berbohong kematian dari asbab kronik semuanya dari Kobid? SIAPA mula berbohong Darurat bukan untuk elakkan demokrasi kembali ke tangan rakyat?

SIAPA mula berbohong yang wabak ini hanya setempat untuk dikenakan larangan rentas padahal ia memang semua tempat? Maka apa guna larangan merentas?

SIAPA mula berbohong yang Kobid dirawat padahal tiada rawatan dan semua sembuh sendiri?

Siapa mula berbohong yang kematian Serendah 0.36% itu merbahaya padahal semua ada asbab latar belakang penyakit lain?

SIAPA mula berbohong yang bakxin itu selamat padahal ia belum diluluskan sepenuhnya dan kononnya kecemasan maka wajib?

SIAPA mula berbohong yang rakyat tidak dipaksa bakxin tetapi akhir semua di paksa?

SIAPA mula berbohong dan terus berbohong bahawa SOP akan putuskan rantaian?

SIAPA mula berbohong bahawa agama Islam itu kolot dan tiada asas sains?

SIAPA mula berbohong yang kematian mendadak selepas bakxin itu tiada kena mengena dengan bakxin?

Pemimpin berbohong dianggap hukum. Rakyat bercakap benar dianggap bohong dan didera.

Sudahlah wahai Syaitan.

Tetapi ini semua Kehendak Allah. 1423 tahun hijrah laku Nabi SAW sudah diberikan ilmu laduni tentang semua yang akan berlaku. Yang masih beriman tadaburlah ayatnya dan buat persiapan ternak atau pawah penternak untuk persiapan diri daripada panik saat terakhir wang kita hancur mendadak macam dulu.

Friday, 21 May 2021

khasiat semalu

*AIR REBUSAN SEMALU*
Ni lh ubat / petua yg dh sy amalkn hampir 10th, sebenarnya Kolestrol, darah tinggi, skt jantung (salur sumbat), stroke, sakit kepala pun,  adalh d sbb kn benda yg sama iaitu kotoran kolestrol yg melekat pd salur darah (rujuk gambar) , sy blh mkn apa shj , mknan lemak2 lembu kambing ,xde pantang2 , yg doktor kata jaga mkn jaga mkn , abaikan je ... doktor kata darah tinggi kencing manis xde ubat ... abaikan , doktor akn bg ubat cair darah ... lama2 kita ambil akn rosak buah pinggang ... dia nk selesai 1 masalah , 10 masalah baru akn muncul ... 
Julai 2020 umur sy cecah 50th ... awal 2019 sy boleh masuk hutan Baling Kedah , 2 org je , 12 hari duduk dlm tu ... sy seorg yg malas bersenam ....

CARA PENYEDIAAN :
Cabut pokok semalu guna playar sbb duri , kepit dkt umbi dia & tarik pelan2 , nk sebolehnya akar yg pjg, ambil 7-8 pokok, basuh bersih2 dp pucuk/bunga hingga akar , guna periuk nasi keluarga tu tu & rebus dlm 1jam , bila dh didih slowkn api, rebus hingga air jd mcm teh, klu kering tambah air, dh lbh krg 1jam tu angkat & biar sejuk , suam2 tu , ini lh masa minum yg paling efektif, rasanya sedap , akn2 cincau, langsung x pahit, baki simpan dlm peti ais , klu blh bekukn sbb takut basi, minum lh 2x sehari , 1x minum dlm 1/2 gelas mcm tu ... 

Amal dlm 1 minggu, & pegi check doktor , klu mkn x pantang , doktor akn kata kolestrol tinggi , sebenarnya kolestrol dlm darah x merbahaya , kolestrol yg melekat pd salur darah lh merbahaya , ibarat sungai yg penuh sampah tapi air flow ... xde masslah , tp w/pun sampah xde , tp longkang2 kecil outlet penuh dgn sedikit sampah yg tersumbat , ini lh merbahaya ... banjir kilat lh kita ... bila darah kita sumbat mcm mna nk angkut oksigen dll ... 
Kolestrol dlm darah doktor boleh ukur , kolestrol yg melekat pd salur darah mcm mna nk ukur ??? ... oleh itu jgn takut klu doktor kata kolestrol kita tinggi, yg penting tekanan darah kita menghampiri 120/80 ... jika salur darah tersekat bacaan bawah akn naik ... & xkn ada rasa pening2, duduk cangkung dlm 5 minit & bangun cpt2 , klu xde rasa gelap , ini petanda bdn kita sihat
Testimoni : air rebusan semalu ini dikatakn dpt juga merawat kencing manis & gastrik ...
SLMT MCUBA

Wednesday, 19 May 2021

Sejarah Yahudi wa sas p

APAKAH RAHSIA PETI TABUT?

Artikel panjang ini dimulakan dengan memperingati kembali bagaimana terbentuknya Kerajaan Bersatu (United Monarchy) setelah Nabi Musa A.S membawa bangsa Israel ini melintasi Laut Merah untuk ke “TANAH YANG DIJANJIKAN” (The Promised Land).



Nabi Musa A.S telah menyerahkan tugas mengepalai bangsa Israel ini kepada Joshua, seorang panglima perang yang mengetuai bangsa Israel dalam peperangan menentang penduduk asal kawasan Tebing Barat kini, iaitu bangsa Kanaan (Canaanite) yang tidak beriman kepada Allah S.W.T.

Bangsa Kanaan adalah nenek moyang orang Filistin (Philistine) iaitu orang Arab Palestin kini.

Setelah berjaya menduduki kawasan Kanaan itu (kawasan yang kini menjadi negara haram Israel), timbul satu permasalahan di mana bangsa Israel yang terdiri daripada 12 suku (12 tribes) ini tiada raja untuk memerintah.

Maka ketika itu seorang pengembala keldai yang bernama Talut (dalam Injil dipanggil Saul) telah diangkat menjadi Raja Pertama Israel oleh seorang Nabi (bukan Rasul) yang juga Kadi (hakim) Israel bernama Samuel.

Untuk membuatkan rakyat Israel taat kepada Talut,maka Allah telah kurniakannya PETI TABUT sebagai simbol PENYATUAN dan KEKUASAAN bagi Talut memerintah bangsa Israel.Maka terbentuklah Kerajaan Bersatu (United Monarchy) iaitu sebuah negara dan kerajaan bangsa Israel yang sah sekitar tahun 1050 sebelum Masihi di kawasan Kanaan itu.

APA KEISTIMEWAAN PETI TABUT?

Menurut pandangan Allahyarham Abdullah Yusuf Ali (penterjemah Al-Quran ke dalam Bahasa Inggeris yang terkenal),PETI TABUT atau di kenali dalam Bahasa Inggeris sebagai “The Ark of Covenant” ini di perbuat daripada kayu pokok akasia dan mempunyai jalur-jalur emas tulen.

Bahagian penutupnya yang keemasan itu dikatakan “Takhta Kasih” dari Allah S.W.T. Ia mengandungi “PERNYATAAN TUHAN”, iaitu Sepuluh Perintah (The Ten Commandments) yang terukir pada tablet-tablet batu di samping beberapa lagi peninggalan Nabi Musa A.S dan Nabi Harun A.S.

Ia dipercayai pernah dibawa oleh malaikat dan merupakan simbol KEAMANAN dan KETENTERAMAN dari Allah S.W.T kepada mereka yang beriman.

Namun golongan Yahudi-Zionist percaya bahawa PETI TABUT ini mengandungi pelbagai lagi rahsia yang merupakan kunci kepada ilmu-ilmu (mungkin ilmu metafizikal) para Nabi untuk mereka eksploitasi demi untuk berkuasa di dunia ini sebagai “UMAT YANG TERPILIH”.

Oleh sebab itu sehingga kini, adalah satu impian bagi golongan Yahudi-Zionist ini untuk menemui kembali PETI TABUT yang telah hilang sejak Jerusalem (Baitulmaqdis) diserang oleh Empayar Babilonia Baru (Neo Babylonian Empire) pada tahun 586 sebelum Masihi.

Setelah kematian Talut, Kerajaan Bersatu ini di perintah pula oleh Nabi Daud A.S (King David) dan anaknya Nabi Sulaiman A.S (King Solomon).
Nabi Daud A.S diberikan kelebihan untuk melembutkan besi.

Mengikut sumber Israeliyyat (Sejarah Israel), Nabi Daud A.S merupakan manusia pertama yang membuat baju rantai besi (chainmail).

Nabi Daud A.S juga dikurniakan suara yang merdu sehinggakan pada zaman itu,syariat agama Allah melalui Kitab Zabur (Psalms) adalah beribadat secara ‘syair’.

Ketika inilah Nabi Daud A.S menggunakan simbol Bintang Daud (Star of David) sebagai cop mohor kerajaannya.

Kini simbol bintang itu telah diambil oleh Zionist sebagai lambang negara haram Israel mereka.



Nabi Sulaiman A.S pula dikurniakan pelbagai mukjizat termasuk boleh mengawal angin, haiwan² serta turut berkuasa memerintah jin.

Di katakan Haikal Sulaiman yg juga dipanggil sebagai Istana Nabi Sulaiman atau Kuil Sulaiman (King Solomon’s Temple) telah dibina oleh jin berdasarkan corak binaan dan teknologi dari alam jin.

Itulah yang menjadi kekaguman golongan Yahudi-Zionist.Mereka ingin mendapat kekuasaan mengawal alam jin ini seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi Sulaiman A.S. Mereka gagal untuk memahami bahawa secara hakikatnya,kebolehan Nabi Sulaiman A.S itu merupakan mukjizat kurniaan Allah S.W.T, bukannya ilmu sihir yang boleh di pelajari.

Golongan Yahudi-Zionist ini percaya bahawa segala kemahiran dan mukjizat para Nabi mereka dahulu dapat dipelajari dan digunakan oleh mereka yang mengkaji.Ini kerana segala ilmu-ilmu serta kebolehan luar biasa para Nabi ini dapat menjadikan alam ini dibawah kawalan mereka.

Kebanyakan ilmu-ilmu para Nabi ini berbentuk ilmu metafizikal yang dapat melawan hukum alam yang lazim. Kecenderungan Yahudi-Zionist ini juga mungkin berasal dari pengalaman bangsa mereka yang pernah berada dibawah perhambaan oleh bangsa Mesir dan Babilonia yang terkenal dengan ilmu-ilmu SIHIR yang telah berjaya menundukkan musuh-musuh tamadun mereka.

Agenda Zionisme Yahudi ini secara tidak langsung merupakan manifestasi BALAS DENDAM terhadap manusia lain yang kononnya selama ini menindas mereka sejak munculnya bangsa mereka ini dalam sejarah tamadun manusia.

Bangsa Israel (kini golongan Yahudi-Zionist) seolah-olah tidak dapat membezakan antara mukjizat Nabi, karamah dan ilmu sihir. Mereka anggap semua itu adalah satu sumber kuasa metafizikal untuk mengawal alam ini dan manusia lainnya.

Mereka menjadi golongan manusia yang angkuh untuk mencapai kekuasaan kerana percaya bahawa mereka adalah “UMAT YANG TERPILIH” untuk menjadi tuan di muka bumi ini. Maklumlah, majoriti Nabi pun berasal dari bangsa mereka dan bangsa mereka adalah satu-satunya golongan manusia di atas muka bumi ini yang pernah memakan hidangan dari syurga iaitu “Manna Was Salwa” dan diberikan beberapa kelebihan berbanding manusia lain secara fitrahnya.

Apa yang terjadi sesudah Nabi Sulaiman A.S meninggal dunia?.

Kerajaan Bersatu bangsa Israel ini berpecah menjadi dua negara yang berasingan akibat perang saudara untuk merebut takhta Nabi Sulaiman A.S itu.

Di bahagian utara terbentuk Kerajaan Israel (Kingdom of Israel) yang mengandungi 10 suku bangsa Israel dengan ibu kotanya di Samaria (Shomron).

Manakala di bahagian selatannya terbentuk Kerajaan Yehuda (Kingdom of Judah) yang mengandungi 2 suku bangsa Israel dengan ibu kotanya di Jerusalem, tempat Haikal Sulaiman itu berada di atas Bukit Zion.



Haikal Sulaiman merupakan tempat terakhir PETI TABUT ini disimpan sebelum ia dikatakan hilang setelah Kerajaan Yehuda diserang oleh Raja Nebuchadnezzar II dari Empayar Babilonia Baru. Binaan asal Haikal Sulaiman oleh jin itu telah diruntuhkan dalam serangan tersebut.

Dari Kerajaan Yehuda inilah penduduknya digelar sebagai orang Yehuda atau Judea (oleh orang Rom dan Yunani) dan akhirnya memunculkan perkataan “Jew” dalam Bahasa Inggeris. Mereka inilah yang kita panggil YAHUDI pada hari ini, iaitu subset daripada bangsa Israel yang asal.

Tetapi istilah itu telah menjadi universal sehinggakan sesiapa sahaja yang mempunyai darah dari bangsa Israel ini akan digelar “Jew” (Yahudi) oleh masyarakat dunia kini. Sedangkan secara realitinya tidak semua suku dalam bangsa Israel itu Yahudi dan tidak semua Yahudi adalah pendukung Zionisme.

Maka… ke mana pula perginya 10 suku bangsa Israel dari Kerajaan Israel?

Mereka telah hilang; hilang secara identitinya apabila Kerajaan Israel itu diserang oleh Empayar Assyria dari arah utara, dan 10 suku tersebut telah dipindahkan ke arah timur sebagai tawanan perang hingga ke kawasan Khorasan (kini meliputi Iran, Afghanistan, Pakistan, Iraq sehingga Kashmir).

Serangan yang meruntuhkan Kerajaan Israel itu berlaku 134 ratus tahun sebelum Kerajaan Yehuda diserang oleh Empayar Babilonia Baru. Oleh itu, dikatakan sisa daripada bangsa Israel yang masih wujud (secara identitinya) hingga ke hari ini adalah golongan Yahudi ini tadi yang telah pun menyebar ke serata dunia setelah berlaku DIASPORA sebaik sahaja Kerajaan Yehuda mereka diserang.

Golongan pendita Yahudi di Haikal Sulaiman inilah yang membentuk satu golongan agama elit yang akhirnya telah mencipta kitab Talmud, iaitu kitab tafsiran para pendita terhadap ajaran Taurat (Torah)..Ajaran Talmud ini meresapi akidah agama Yahudi sehingga berkembang dengan pesat ketika golongan Yahudi ini berada di dalam tawanan bangsa Babilonia.

Sebelum itu, telah ada fahaman-fahaman sesat dari golongan Yahudi elit yang menduduki Haikal Sulaiman tersebut sebagai pendita. Kebanyakan fahaman-fahaman ini bersifat mistik dan bercampur dengan ilmu-ilmu sihir dari zaman mereka menjadi hamba di Mesir dahulu.

Oleh kerana kesesatan yang berlaku inilah maka kita faham mengapa Allah S.W.T telah menurunkan bala kepada bangsa Israel sehingga hancurnya dua negara serumpun mereka iaitu Kerajaan Yehuda dan Kerajaan Israel.

Dan Allah S.W.T telah mentakdirkan mereka kehilangan PETI TABUT tersebut yang selama ini merupakan simbol sahnya “KETUANAN” mereka ke atas tanah bekas bangsa Kanaan ini. Hilangnya PETI TABUT tersebut merupakan petanda bahawa bangsa Israel (kini majoriti Yahudi) tidak mempunyai “HAK” ke atas tanah keturunan bangsa Arab Palestin itu.

Tidak seperti bangsa Kanaan, iaitu nenek moyang mereka dahulu, bangsa Arab Palestin kini adalah antara golongan manusia yang beriman kepada keesaan Allah S.W.T (majoriti Muslim dan Ahli Kitab) dan berhak ke atas tanah mereka tersebut.

Bagi orang Yahudi yang masih beriman kepada Taurat dan Injil (Gospel) pula,mereka mengakui bahawa hanya kemunculan Nabi Isa A.S pada Akhir Zaman yang dapat mengembalikan mereka ke “TANAH YANG DIJANJIKAN” itu bersama manusia-manusia lain yang beriman.

Pembentukan negara haram Yahudi-Zionist yang menggunakan istilah ISRAEL itu hanyalah satu muslihat agar keturunan 10 suku-suku bangsa Israel yang telah hilang bertebaran serata dunia tersebut akan berasa sentimental dengan nama negara itu yang sama dengan nama bangsa nenek moyang mereka dan berusaha untuk kembali bersatu bagi memenuhi kerakyatan negara Israel tersebut, lantas ia akan memberi tekanan kepada ruang hidup bangsa Arab Palestin di sekitar sempadan negara haram tersebut.

Ini sebagai persediaan untuk membentuk pemerintahan dunia (NEW WORLD ORDER) yang berpusat dari Haikal Sulaiman yang terletak di atas Bukit Zion di Jerusalem dengan segala KEKUASAAN sains dan teknologi serta ilmu-limu metafizikal (ilmu sihir).

Ia adalah sebuah negara yang sedang bersedia menerima kedatangan Al-Masih Ad-Dajjal (The Anti-Christ) yang bakal mengetuai Yahudi-Zionist dalam mencengkam dunia Akhir Zaman ini supaya tunduk kepada kesesatan Iblis (Lucifer).

Oleh kerana itu kerja-kerja penggalian dan pengorekan sedang giat dilakukan oleh pihak berkuasa negara Israel di sekitar Masjid Al-Aqsa (Dome of Rock) terutama di bahagian bawah bukit Zion tersebut yang dikatakan tempat asal Haikal Sulaiman. Runtuhan Haikal Sulaiman dipercayai mengandungi pelbagai khazanah ilmu (kononnya ilmu mukjizat) para Nabi dari bangsa Israel.

Mereka juga berharap dapat menemui kembali PETI TABUT, sebagai mengesahkan kependudukan mereka ke atas tanah bekas bangsa Kanaan (nenek moyang Arab Palestin) ini. Dengan adanya PETI TABUT tersebut, maka Yahudi-Zionist akan dapat menghalalkan rampasan tanah penduduk Arab Palestin atas nama Tuhan, kononya seperti ketika Tuhan memberi “KETUANAN” dan “HAK” melalui PETI TABUT itu kepada Talut untuk memerintah Kerajaan Bersatu bangsa Israel di tanah yang sama suatu masa dahulu.



Inilah agenda sebenar Zionisme Antarabangsa dalam mencorak sejarah, agama, ekonomi, sosial, teknologi, mentaliti dan juga nilai-nilai kemanusiaan agar menjadi terpesong dan tunduk kepada mereka di Akhir Zaman. Sehingga ke hari ini, PETI TABUT yang disahkan asli masih gagal ditemui.

“Dan Nabi mereka berkata lagi kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan Talut (yang menunjukkan benarnya dari Allah) itu ialah datangnya Peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi Musa dan Nabi Harun; Peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Peti Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika benar kamu golongan yang beriman.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 248)

Dan harus ia datang kembali bersama2 Imam Mahdi a.s. sebagai tanda pemerintahan Kerajaan baru KHILAFAH dan akan diserahkan pula tanda ini kepada Nabi Isa as untuk membetulkan semula aqidah pengikut2 dan penganut agama Kristian.

Allahu’alam…

Friday, 14 May 2021

Puisi cikgu Ramlan Pelangi

AKU INI PELANGI

genetik ku bebas
daripada titik-titik rebas
menjadi molekul-molekul bias
tatkala suria menyuluh
dari jauh
dan tirai jernih berlabuh

mereka memberi ku jiwa
tujuh warna
melengkung di atas rawa
menggoda nostalgia
bercerita

aku bertambah gemilang
ditatang bendang
digerakkan oleh pandang
berjalan pulang

tetapi matahari akan teduh
dan aku akan luluh
di lautan keruh

Sunday, 25 April 2021

Simpan 1g emas sebulan

𝙏𝙞𝙥𝙨 1 𝙂𝙧𝙖𝙢 1 𝘽𝙪𝙡𝙖𝙣.

Bagi yang simpanan selalu bocor, bole cuba amalkan tips simpanan emas yang saya kongsikan ini. InshaAllah simpanan akan bertahan lebih lama
.
📚 Letak matlamat simpan emas 1 gram 1 bulan
.
📚Setiap kali dapat gaji, terus beli 1 Gram Emas
.
📚Jangan tunggu harga terbaik, sebab kalau tunggu risiko DUIT BOCOR!
.
📚Beli Emas melalui kaedah Akaun Emas GAP
.
📚 Setelah cukup 6 gram atau 11 gram keluarkan gold bar sekeping dan simpan dalam dompet untuk dapatkan feeling simpan EMAS!

Semoga bermanfaat. 💪

Saturday, 24 April 2021

pengaruh Namrud

DUNIA HARI INI  DIKUASAI  OLEH  KETURUNAN NAMRUD

Raja Namrud bin Kan’an bin Kusy bin Sam bin Nuh amat terkenal di dalam Islam sebagai seorang raja yang mengaku sebagai tuhan dan menentang ajaran Tauhid Nabi Ibrahim a.s. Dan Namrud lah orang yang cuba untuk membakar hidup-hidup Nabi Ibrahim a.s kerana menentangnya dan tidak mengakui bahawa dia adalah tuhan. Kisah Namrud ini disebut dengan jelas di dalam AlQuran AlKarim.

"Apakah kamu tidak memerhatikan orang (Namrud) yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: "Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan". Orang itu berkata: "Aku dapat menghidupkan dan mematikan". Ibrahim berkata: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat," lalu hairan terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." Surah Al baqarah : Ayat 258

Tafsir Ibnu Katsir ada mentafsir kan ayat tersebut dan menceritakan bahawa Raja Nimrod / Namrud telah mendatang kan dua orang pesalah, seorang dilepaskan dan seorang lagi dijatuhkan hukuman mati. Itulah maksudnya bahawa dia boleh menghidupkan dan mematikan orang, lantas Ibrahim mencabarnya agar dia menerbitkan matahari dari barat. Maka terdiamlah dia kerana tidak dapat melakukan sedemikian.

Sehinggalah diringkaskan cerita kemudian hari Nabi Ibrahim telah memecahkan berhala-berhala mereka dan itu dimarahi oleh Namrud dan dia memerintahkan orang menangkap Ibrahim dan membakarnya hidup-hidup. Tetapi Allah S.w.t telah menyelamatkan Ibrahim a.s dari api yang panas bersemarak itu.

"Mereka berkata: "Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu benar-benar hendak bertindak". Kami (Allah) berfirman: "Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim", mereka hendak berbuat makar terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka orang-orang yang paling merugi." Surah Al Anbiyaa' : Ayat 68 - 70

Dan dikatakan lagi di dalam Tafsir Ibnu Katsir, Mujahid mengatakan bahawa raja yang menguasai belah timur dan barat dunia ada empat orang. Dua orang darinya adalah mukmin dan dua orang lagi kafir. 

Raja yang mukmin ialah Nabi Sulaiman bin Daud dan ZulQarnain. Sedangkan raja yang kafir itu ialah Namrud dan Bukhtanasar. 

==========================================================================================================================

NAMRUD DISEBUT DALAM PERJANJIAN LAMA

Di dalam kitab Perjanjian Lama juga ada menyebut tentang Namrud / Nimrod. Tetapi bukan menceritakan tentang kezaliman dan kejahatannya, tetapi kehebatannya.

Kejadian 10 : 8 Kush memperanakkan Nimrod; dialah yang mula-mula sekali orang yang berkuasa di bumi;

10 : 9 ia seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN, sebab itu dikatakan orang: "Seperti Nimrod, seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN."

Tentang binaan-binaan yang mereka cuba bina ada disebutkan di dalam bahagian 11 kejadian

Kejadian 11 : 1 Semula, bangsa-bangsa di seluruh dunia hanya mempunyai satu bahasa dan mereka memakai kata-kata yang sama.

11 : 2 Ketika mereka mengembara ke sebelah timur, sampailah mereka di sebuah dataran di Babilonia, lalu menetap di sana.

11 : 3 Mereka berkata seorang kepada yang lain, "Ayo kita membuat batu bata dan membakarnya sampai keras." Demikianlah mereka mempunyai batu bata untuk batu rumah dan ter untuk bahan perekatnya.

11 : 4 Kata mereka, "Mari kita mendirikan kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, supaya kita termasyhur dan tidak tercerai berai di seluruh bumi."

11 : 5 Maka turunlah TUHAN untuk melihat kota dan menara yang didirikan oleh manusia.

11 : 6 Lalu Ia berkata, "Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa, dan ini baru permulaan dari rencana-rencana mereka. Tak lama lagi mereka akan sanggup melakukan apa saja yang mereka kehendaki.

11 : 7 Sebaiknya Kita turun dan mengacaukan bahasa mereka supaya mereka tidak mengerti lagi satu sama lain."

11 : 8 Demikianlah TUHAN menceraiberaikan mereka ke seluruh bumi. Lalu berhentilah mereka mendirikan kota itu.

11 : 9 Sebab itu kota itu diberi nama Babel, kerana di situ TUHAN mengacaukan bahasa semua bangsa, dan dari situ mereka diceraiberaikan oleh TUHAN ke seluruh bumi.

Mereka mahu membuat batu-bata dan membina binaan besar dan tinggi untuk mencakar langit. Dan mereka ini lah yang mula dikenali sebagai MASONS, yang pada zaman moden kini disebut sebagai Freemasons. Mereka sememangnya hebat dalam senibina / arkitek.

Dan cita-cita Namrud pada ketika itu tidak kesampaian, kerana itu lah keturunannya sampai sekarang mahu merealisasikan juga cita-cita tersebut. Dan kerana itu lah lukisan piramid pada duit 1 dollar Amerika Syarikat itu belum siap, dan tinggal satu bucu lagi di atas. Dan mereka sudah hampir untuk melaksanakan misi mereka.

==========================================================================================================================

BABYLON BARU

Di dalam Perjanjian Baru pada surat Wahyu ada menyebut;

Wahyu 13 : 18 Maka inilah "hikmat". Biarlah orang yang mengerti, menghitung bilangan angka binatang itu; kerana itulah bilangan angka manusia. Adapun jumlahnya itu enam ratus enam puluh enam.

Sistem pernomboran dan harga Babylon lama ialah sexagesimal, iaitu berasaskan kepada nombor 6 atau 60. 

Bandingan 60 sen mereka adalah sama perkiraannya dengan 1 dollar.

Dan sebenarnya kita juga sekarang ada lagi mengguna pakai sistem pernomboran mereka sebagai contoh perkiraan masa. 

60 saat bersamaan dengan 1 minit, 60 minit bersamaan 1 jam, itu sebenarnya berasal dari sistem mereka. Dan perkiraan pada bulatan juga disebut sebagai 360 darjah, iaitu 60 x 6.

Babylon baru (Amerika) sekarang menggunakan sistem centesimal iaitu berasaskan kepada nombor 10. Tetapi apabila kita dekodkan nombor roman (MDCCLXXVI) pada 'The great Seal' , ianya mewakili nombor 1776, kita akan mendapati pertukaran sistem Babylon lama dengan babylon baru. 

Secara matematiknya, 1110 dollar Babylon lama adalah sama dengan 666 dollar Babylon baru iaitu (0.6 x 1110 = 666).

Nombor 1110 dan 666 ini telah secara halusnya dikodkan kepada nombor 1776 (1110 + 666) , iaitu tarikh terjumpanya republik Amerika dan permulaan Amerika sebagai yang disebut di dalam Bible sebagai 'Babylon yang hebat' bersama-sama dengan 'Agama Misteri' nya.

 Dan tahun 1776 inilah dikenali sebagai tahun lompat bermulanya Hari Isnin sebagai hari pertama dalam satu minggu (mengikuti kalendar Gregorian).

Dan ketahuilah bahawa nombor 666 TIDAK ADA KAITAN dengan AlQuran, kerana jumlah ayat AlQuran bukannya 6,666 ayat seperti yang digembar-gemburkan dulu. Itu hanyalah satu FITNAH untuk memburukkan AlQuran tetapi sudah ternyata SALAH. Jumlah sebenarnya setelah dikaji dengan teliti ialah 6,236 ayat.

==========================================================================================================================

HARI EASTER DAN KAITANNYA DENGAN SEMIRAMIS DI BABYLON

Menurut kepercayaan umat Kristian, Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Jesus telah dihidupkan kembali (dibangkitkan) pada hari Ahad itu. 

Lazimnya ia disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan.

Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci (Holy Week) disambut oleh mereka dan pada hari Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Jesus telah disalib. 

Pada Ahad Palma (Palm Sunday) yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah diurapi oleh para paderi.

Tetapi sebenarnya nama Easter itu bukan bermula di situ, tetapi sudah berkait dari zaman penyembah berhala dulu lagi, terutamanya dengan Babylon.

Ishtar itu adalah juga gelaran kepada Ratu Semiramis, ibu kepada Nimrod kerana dikatakan dia melahirkan Nimrod tanpa ayah dan dikatakan dia adalah Dewi dari syurga. Kerana itulah dia digelar 'Dewi Kesuburan' atau dalam bahasa babilonian nya 'Ishtar'. 

Maka Easter = Eastre = Ishtar = Ashtaroth = Astarte

==========================================================================================================================

RAJA NAMRUD, 13 KETURUNAN ILLUMINATI...

The Hidden Hand tahu lambat laun kegiatannya akan diketahui juga, pertamanya untuk membiasakan orang ramai (public) ketika dia ingin memunculkan dirinya di khalayak ramai, oleh itu dia mesti mengkomersilkan dirinya serta 'secret societies' yang diterajuinya (ingat National Treasure?).Dia mesti mempopularkan dirinya terlebih dahulu.The Hidden Hand perlu menjadikan kehadirannya tidak menimbulkan panik di kalangan manusia, diterima dan disambut malah mungkin ditunggu-tunggu. 

Illuminati adalah salah satu daripada 'secret societies' yang dikomersilkan untuk menutup pertubuhan elit peringkat tertinggi sejak modus operandi Dajjal Laknatullah diketahui gemar mewujudkan beratus-ratus 'secret societies' atau kelompok rahsia yang mempunyai hubungan di antara satu sama lain.

Organisasi Iluminati dikuasai oleh 13 keturunan Yahudi terpilih iaitu Rothschild, Rockefeller, Astor, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassis, Reynolds, Russel, dan Van Duyn.  

Kesemua keturunan ini mempunyai peranan masing masing seperti Rothschild  misalnya  berperanan dalam penajaan kewangan, keluarga Rockefeller lebih kepada pengaruh politik antarabangsa manakala Collins lebih kepada kesihiran, ilmu hitam dan mistik. 

Salah satu dari 13 keturunan tersebut  ada yang  mempunyai pertalian langsung dari darah keturunan Raja Namrud, raja yang mencampakkan Nabi Ibrahim a.s ke dalam unggunan api besar. Namrud adalah raja dari salasilah keturunan cucu-cicit Ham, anak kepada Nabi Noh a.s.

Fritz Springmeier adalah orang pertama yang mendedahkan salasilah keturunan Illuminati dan bagaimana ia berkembang hingga ke hari ini,
Akibat dari pendedahan berani pada 1995, Fritz telah dipenjarakan  atas tuduhan palsu (yang direka-reka oleh kerajaan Amerika) merompak bank di Syria, mengedar video lucah dan mengedar dadah. Selain itu, rumahnya juga telah diserang hendap oleh  pasukan FBI tanpa sebab pada 1 Mac 2003.

Pendedahan Fritz tentang keturunan-keturunan Yahudi yang terpilih ini  membuktikan ada ''seseorang'' yang mengetahui salasilah keturunan  yang panjang sehingga ke zaman Nabi Nuh. 

Mengumpul dan menjaga salasilah sesuatu keturunan sejak beribu-ribu tahun dahulu adalah kerja yang sukar kerana manusia berpindah-randah  dan beranak pinak dari masa ke semasa. Namun ia bukanlah kerja sukar jika hal demikian diuruskan oleh ''seseorang'' yang berumur panjang, ribuan tahun. 

https://www.youtube.com/watch?v=JYn1Eup2wqM  

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=741584779224160&set=t.1045998845&type=3&theater

Sejak ribuan tahun dahulu, Pemimpin2 Freemason amalkan cara hidup Firaun iaitu kahwin sesama adik beradik supaya kuasa pemerintahan hanya berlegar2 dikalangan keturunan Firaun.

==========================================================================================================================

KAITAN RAJA NAMRUD DAN FREEMASON

Kisah Namrud di dalam Al Quran ada kaitan hingga ke zaman moden ini. Selain dari kisah yang berkaitan dengan perjuangan Nabi Ibrahim a.s, juga berkaitan dengan keinginan Namrud ingin menguasai dunia yang kini agendanya itu diteruskan oleh cucu-cicit keturunannya yang sekarang ini berselindung di sebalik nama Freemason, Illuminati etc.

Nama 'Nimrod' dalam bahasa Hebrew (Ibrani) berasal dari kata "Marad" yang bererti "membangkang atau murtad" . Dan adalah bahasa Ibrani serumpun dengan bahasa Arab. Contoh kata "Marad" di dalam bahasa Arab ialah "Ridda" yang bermaksud "murtad". 

Ketahuilah bahawa manusia pertama di muka bumi ini yang murtad dan musyrik dan kemudian mengaku sebagai tuhan ialah Namrud. Kerajaan pertama yang tertubuh di muka bumi ini ialah kerajaan Namrud (2275-1943 SM) di Babylon (Iraq) dan memegang kuasa pemerintahannya selama 400 tahun. 

Namrud adalah  manusia pertama memerintahkan agar membuat binaan-binaan besar. Dia telah membina kota Babylon yang amat mahsyur itu, menara Babylon, kota Nineweh dan kota-kota lainnya. Dan keinginan Namrud ingin menguasai dunia di bawah satu pemerintahannya itulah yang kini disebut sebagai ''New World Order.'' 

Mereka mahu membuat batu-bata dan membina binaan besar dan tinggi untuk mencakar langit. Dan mereka ini lah yang mula dikenali sebagai MASONS, yang pada zaman moden kini disebut sebagai Freemasons. Mereka sememangnya hebat dalam senibina / Arkitek. 

Dan cita-cita Namrud pada ketika itu tidak kesampaian, kerana itu lah keturunannya sampai sekarang mahu merealisasikan juga cita-cita tersebut. Dan kerana itu lah lukisan piramid pada duit 1 dollar Amerika Syarikat itu belum siap, dan tinggal satu bucu lagi di atas. Dan mereka sudah hampir untuk melaksanakan misi mereka.

Kisah tentang Namrud sememangnya masih berlanjutan hingga ke hari ini dengan diwarisi oleh keturunan-keturunannya. Dan anda dapat lihat dengan jelas kenapa Amerika Syarikat telah menakluki Iraq (Babylon) tidak lama dulu. Bukan semata-mata kerana minyak, tetapi ada agenda lain yang menjadi misi mereka.  

=======================================================================================================================================================================================

KESESATAN FIRAUN  SEHINGGA KINI

Jumlah kejahatan dan kezalimannyanya amat banyak, di antaranya, dia mengahwini ibu kandungnya sendiri yang bernama Semiramis. Setelah Namrud meninggal dunia, ibu yang merangkap sebagai isteri tersebut menyebarkan ajaran bahawa Roh Namrud tetap hidup selamanya, walaupun jasadnya telah mati. 

Dia membuktikan ajarannya dengan adanya pohon Evergreen yang tumbuh dari sebatang kayu yang mati, yang ditafsirkan oleh Semiramis sebagai bukti kehidupan baru bagi Nimrod yang sudah mati. Untuk mengenang hari kelahirannya, Namrud selalu hadir di pohon Evergreen ini dan meninggalkan bingkisan yang digantungkan di ranting-ranting pohon itu. 

25 Disember itulah hari kelahiran Namrud. Dan inilah asal usul pohon Natal yang dirayakan oleh orang-orang Kristian pada Hari Krismas. 

Walaupun dikatakan bahawa Semiramis ialah seorang perawan ketika melahirkan Namrud, dia juga kemudiannya melahirkan seorang lagi anak selepas Namrud mati. Anak itu bernama Tammuz dan dia mengatakan anak itu adalah jelmaan semula Namrud. Tammuz diberi gelaran 'Orion' yang bermaksud 'benih seorang wanita'. Semiramis mula dikenali sebagai 'Ibu perawan', 'Ibu suci' dan 'Dewi dari syurga'. Dan bermulalah penyembahan terhadap Semiramis dan anak tuhan. 

Melalui pengaruh dan pemujaannya kepada Namrud, Semiramis dianggap sebagai 'Ratu Langit' oleh rakyat Babylon. Dengan berbagai julukan, akhirnya Namrud dipuja sebagai 'Anak Suci dari Syurga'. Melalui perjalanan sejarah dan pergantian generasi dari masa ke masa, dari satu bangsa ke bangsa lainnya, penyembahan berhala versi Babylon ini berubah menjadi Messiah Palsu yang berupa dewa Baal, anak dewa Matahari. 

Agama itu berpindah ke Mesir selepas kejatuhan kerajaan Babylon. Di sana mereka menyembah Isis dan anaknya Osiris (dikenali juga sebagai Horus). Dewa-dewi itu mempunyai nama dan asal yang sama. Nama Osiris sama makna dengan Orion iaitu 'benih seorang wanita'.

Kemudiannya , ajaran penyembahan berhala ibu dan anak itu tersebar ke serata tempat lain pula. Di Asia bernama Cybele dan Deoius. Dalam agama Pagan Roma disebut Fortuna dan Jupiter. Bahkan di Yunani, China, Jepun, Tibet boleh ditemui adat pemujaan terhadap dewi Madonna.

Watak-watak Goddess / Dewi kuno dan di antaranya ialah Semiramis iaitu ibu kepada Raja Namrud telah disadur semuanya dari kisah Semiramis dengan Namrud. 

Dan lihat pula persamaan antara Semiramis dengan STATUE OF LIBERTY di Amerika Syarikat. Dan ketahuilah bahawa Statue of Liberty itu dihadiahkan oleh Freemason Peranchis kepada Amerika Syarikat sewaktu perisytiharan kemerdekaan negara Amerika Syarikat sebagai tanda persahabatan kedua negara tersebut.  

Gambar Semiramis juga terpampang  dalam duit syiling lama Amerika Syarikat. 

Patung STATUE OF LIBERTY itu merupakan lambang kepada Semiramis yang membawa obor cahaya, yang kononnya obor cahaya itu ialah roh anaknya Namrud yang sentiasa berada di dunia ini. Statue of Liberty bukan sahaja ada di Amerika Syarikat, tetapi juga di Perancis, Austria, Germany, Italy, Japan, China, Brazil and Vietnam. Dan simbol seperti Statue of Liberty ada dalam logo Columbia Pictures yang mana ianya adalah sebahagian dari Columbia TriStar Motion Picture Group, yang dimiliki oleh Sony Pictures Entertainment.  

============================================================================================================================================

KETURUNAN FIRAUN SEHINGGA KINI

Keturunan Namrud itu sebenarnya masih berterusan sehingga sekarang. Setelah banyak dikaji dan diakui sendiri oleh orang-orang yang dikaji itu maka terbuktilah bahawa salah satu keturunan yang berada di dalam Illuminati ialah keturunan dari Raja Namrud, dan mereka ialah keturunan Rothschild (Rothschild Bloodline). 

Dan keturunan-keturunan lain iaitu Astor, Bundy, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassi, Rockefeller, Disney, Russell, Van Duyn, Merovingian (kerabat diraja British) dan Reynolds dalam Illuminati ada dikatakan berasal dari keturunan Firaun. Maka kerana itulah mereka mahu menguasai dunia ini di bawah pemerintahan mereka sebagai menyambung tradisi keluarga-keluarga mereka dahulu. 

Perhatikan lah bahawa Children's TV Workshop yang membuat rancangan seperti Sesame Street juga milik mereka. Dan tidak ketinggalan seperti yang dibicarakan pada topik-topik lalu iaitu Disney yang membuat pelbagai rancangan kartun terutamanya. Pertubuhan-pertubuhan seperti ini kerja mereka adalah memBRAINWASH minda kanak-kanak dan remaja, yang mana cara mereka nampak seperti bagus tetapi ada muslihat di sebaliknya terutamanya dapat menjauhkan fikiran kanak-kanak dari soal keTuhanan yang sebenar. Dari kecil lagi kanak-kanak telah disajikan dengan hiburan yang menyesatkan. 

==========================================================================================================================

SISTEM PEMERINTAHAN 

Pertubuhan dan negara yang disebut United atau Union adalah di bawah pengaruh mereka

Sila perhatikan kepada negara-negara dan pertubuhan-pertubuhan berikut;

1 - UN - United Nation (PBB - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) 
2 - USA - United States of America
3 - UK - United Kingdom
4 - USSR - Union of Soviet Socialist Republics
5 - UAE - United Arab Emirates , 7 wilayah iaitu Abu Dhabi, Dubai, Ajman, Sharjah, Ras AlKhaimah, Fujairah dan Umm Al Quwain.
6 - UNESCO - United Nations Educational , Scientific and Cultural Organization

Konsep UNITED ialah menyatukan semua di bawah kuasa mereka. Dan perhatikan lagi maksud-maksud yang tersirat dari bendera-bendera negara yang menjadi milik mereka. 

Dari zaman dahulu kala lagi mereka sudah cuba menukar sistem pemerintahan monarki (beraja) dalam sebuah negara kepada sistem-sistem lain seperti republik (re PUBLIC) , demokrasi, komunis dan sebagainya. Kerana sistem monarki mesti taat dan patuh pada seorang raja, manakala sistem lain ialah kuasa memilih ada pada tangan rakyat. Maka senang mereka menjajah minda rakyat untuk memilih pemimpin yang sesuai dengan kehendak mereka  (Pemimpin Boneka).     Dan yang paling PENTING, rakyat semakin mudah tidak akan bersatu hati dan berlaku PERPECAHAN sesama sendiri.    

==========================================================================================================================

PENEMUAN KITAB SIHIR

Pada tahun 1118, sebuah kumpulan tentara yang bernama Knight Templar telah dibentuk. Knight Templar ini telah mengawali keadaan di Jerussalem dan juga telah menciptakan suatu sistem ekonomi sendiri.

Akan tetapi sesuatu yang unik telah berlaku kepada sekumpulan Knight Templar ini yang jarang kita dengar. Kumpulan tersebut telah menemukan harta yang tak ternilai harganya, tepat dibawah Baitul Maqdis atau yang kita kenal saat ini adalah Masjid Al-Aqsa di Palestin, ketika berada di Jerusalem.

Harta tersebut sebenarnya merupakan buku-buku sihir purba milik Bani Israil yang dirampas oleh Nabi Sulaiman as. Nabi Sulaiman merampas semua buku-buku sihir dan menyimpannya di dalam sebuah bilik rahasia di bawah Al-Aqsa. Khight Templar telah menemukan bilik tersebut dan mempelajari seluruh simbol-simbol dan sihir-sihir dari bani Israil. 

Sihir-sihir tersebut sangat hebat, lantas dikala itu mereka  mengamalkan seluruh upacara penyembahan Iblis tersebut. Mereka dapat berhubung  langsung dengan  AL-MASIH AD DAJJAL  yang sedang dikurung dan dirantai sebelum kelahiran Nabi Muhammd SAW. 

Dajjal menjanjikan mereka kekuasaan, kekayaan, dan segala macam kenikmatan yang tiada tandingnya. Sebagai balasan, para penyembah Iblis ini perlu bekerja untuk Dajjal dalam melaksanakan semua konspirasi agungnya. Termasuk membina Haikal Sulaiman, sebagai istana tempat Dajjal akan memerintah dunia. 

Rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan, dan mereka dapat masuk ke alam syaitan.

Mereka benar-benar telah jauh dari agama Nabi Sulaiman dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu.

Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai “Free Mason”. Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia.

Ketika Jerusalem berjaya dan dirampas kembali oleh tentara Islam,  The Knigth Templar  terpaksa lari balik ke Eropah. Lantas mereka membina semula kekuatan di Eropah. Menyedari hal ini, raja-raja Eropah telah mengharamkan Knight Templar. Amalan sihir mereka terbongkar, hampir semua ahli sihir ditangkap dan dibakar hidup-hidup. 

Pergerakan mereka disusun semula dan ditukar nama menjadi "Freemason" (simbol segi tiga bermata satu). Seterusnya, Freemason menjalankan konspirasinya dan menjatuhkan semua raja-raja Eropah dan pihak-pihak gereja melalui revolusi.
 

Demi menutup semua konspirasi jahat itu, mereka perkenalkan istilah "renaissance" dalam sejarah. Maka dengan itu, segala perancangan jahat mereka dilihat "Mulia" dalam lipatan sejarah. Maka tertipulah seluruh bangsa Eropah, sedang mereka diperintah oleh para penyembah syaitan.

Jadi jika Freemason/Illuminati sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan “harta rahsia” ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa? 

Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu “Dajjal”. 

Setelah mereka menguasai Eropah, mereka memperluaskan kuasa mereka ke seluruh dunia. Disinilah bermula era penjajahan. Akhirnya mereka berjaya dan kembali menguasai Jerusalem. Haikal Sulaiman kembali diduduki untuk penyambutan raja mereka "Dajjal Laknatullah alaihi".  

Sepertimana yang kita nampak pada hari ini, tentera-tentera Dajjal  telah merosakkan Masjid Al Aqsa dan sedang dalam proses pembinaan  Haikal Sulaiman.

==========================================================================================================================

" dan mereka mengikuti apa yang telah dibacakan oleh syaitan-syaitan di zaman kerajaan Nabi Sulaiman. Dan bukanlah Nabi Sulaiman itu kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat Harut dan Marut di Negeri babil,  sedang mereka berdua tidak mengajar seorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang mempelajari dari mereka berdua… Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat…”; 

( Al-Quran: Surah Al-Baqarah:102 )

==========================================================================================================================

SAMIRI MENYESATKAN BANI ISRAEL
 

Selepas zaman Nabi Ibrahim, ideologi kesesatan Namrud sekali lagi memuncak di zaman nabi Musa.  Dewa² Horus, Anubis dan berbagai lagi monumen kesinambungan Nimrod menjadi inspirasi mereka yang seterusnya menjadi inspirasi Freemason bergenerasi lamanya. 

Malah insan yang bertanggung jawab menebarkan fitnah pada ketika itu bernama Al-Samiri berkali-kali melakukan onar terhadap nabi Musa hingga klimaks kepada peristiwa dia menyesatkan Bani Israel dengan menukarkan debu tanah menjadi lembu emas yang boleh berkata-kata dari sihirnya sewaktu Nabi Musa bermunajat di bukit Tursina.

Sistem ekonomi ditipu

Hari ini ramai student Ekonomi yg belajar tinggi2 tapi tak sedar mereka ditipu dlm subjek Ekonomi, Sejarah, Sains, Perbankan Islam etc... Malah tak tahu siapa cipta  riba & wang kertas..  

Tidak ada buku sejarah sekolah mahupun silibus pengajian sejarah di universiti mahu membicarakan sejarah bank.

Mungkin ada di antara kamu yg pernah ambil subjek ekonomi. Ini luahan dari seorang pensyarah Ekonomi yg kini berminat nk bljr ilmu fitan. Beliau mengadu ramai pelajarnya merungut mengatakan subjek Ekonomi ni susah, byk sgt konsep-konsep kena ingat, macam2 perkataan ekonomi yg ntahape2..  setiap bab mesti ada keluk2nya tersendiri.. pastu asyik nak cari persamaan je ('equation').

Masa beliau ambil 'Master in Economic',  beliau nk memahami ekonomi secara realiti. Tapi sayang, bila  masuk kelas, apa yg dia belajar semua berkaitan pengiraan dan nombor terutama 'Econometrix', semua berkaitan menganalisis jurnal ekonomi, semua berkaitan mcm mana nak 'cipta persamaan'. 

Persoalannya apa yg beliau dapat ? Jawapannya, 'nothing' (takde ape-ape). Cuma  dpt belajar ilmu yg  tak pernah tahu dan tak boleh nak praktikkan dlm kehidupan, ilmu yg  tak boleh nak kongsi dgn masyarakat dan akhirnya beliau dapat sijil kat konvokesyen. Itu sahaja....maksudnya beliau berjaya dapat sijil tapi  gagal dlm mencapai objektif.. 

Sekarang, setelah ambil tahu tentang Illuminati-Freemason, beliau mula sedar dan faham sikit2. 

Sebenarnya, memang bidang ekonomi ini dicipta oleh org barat utk menjadi susah, rumit, sukar dan penuh tekanan. Semua kesukaran ini bukan tak disengajakan tapi DISENGAJAKAN. Kesukaran yg dibuat hanya sekadar TOPENG. Sebabnya mudah, supaya dapat mengelakkan semua manusia kat dunia ni memahami ekonomi. Kalau semua manusia tau tentang ekonomi, maka makin banyak lah terbongkarnya segala rahsia penipuan, konspirasi, kezaliman, ketidakadilan dan kejahatan ROTHSCHILD  ke atas sistem kewangan dunia. Jadi, hanya org2 tertentu shj yg berusaha mencari kebenaran mampu memahami ekonomi. 

Dulu memang ramai yg tak menyedari penipuan sistem kewangan dunia. Sekarang, bila Allah beri bala dgn kejatuhan dollar Amerika, Kejatuhan minyak mentah dunia, kemelesetan ekonomi dunia termasuk Malaysia, kemelesetan ekonomi Eropah yg menyebabkan negara Greece muflis dan peperangan ke atas Iraq dan Afghanistan menyebabkan satu persatu orang mendedahkan rahsia penipuan dan konspirasi sistem kewangan dunia. Sekarang ramai orang dah sedar bhwa 'KITA DAH KENA TIPU' , 'KITA DAH DIPERMAINKAN' oleh sistem kewangan

Camni ceritanya....'BAGAIMANA WANG DOLLAR DICIPTA'  Sebab apa pilih contoh Dollar. Jawapannya, sebab Dollar ni digunakan satu dunia sbg pertukaran matawang asing dlm menjalankan urusniaga antarabangsa. Kalau lingkup dollar menyebabkan satu dunia akan menerima kesan negatif yg menyiksakan. Dalam erti kata lain Dollar telah menjadi PEMBULI matawang dunia. Amerika ni melalui Bank Pusat, ada satu dokumen rasmi berkaitan panduan asas proses penciptaan wang. Nama dokumen tu ialah 'Modern Money Mechanics'. Contoh paling mudah dan senang nak faham seperti berikut... Federal Reserve USA Kerajaan Amerika perlukan duit 100 billion untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi. Kemudian Kerajaan Amerika bagitau kat 'Federal Reserve System' atau dipanggil 'The FED'. 

The FED adalah bank pusat Amerika yg beribu pejabat di Washington. Tujuan utama ditubuhkan sejak 1913 tk menyelesaikan masalah jika berlaku 'Bank Panic'. 'Bank Panic' ni ialah krisis kewangan yg berlaku ke atas bank apabila berlaku satu keadaan di mana ramai sgt orang keluarkan duit kat bank disebabkan peristiwa tertentu, contohnya ekonomi meleset (Istilah omputih dipanggil 'banking run').Bila keadaan ini berlaku boleh menyebabkan bank bankrup.  

Akhirnya jadila kertas yg dinamakan 'Federal Reserve Note'.Kemudian wakil kerajaan Amerika dan wakil 'Federal Reserve' pun bertemu di satu lokasi dan buat pertukaran. Wakil kerajaan Amerika akan bagi kertas 'Treasury Bond' 100 billion tu kat Wakil 'Federal Reserve' manakala Wakil 'Federal Reserve' bagi kertas 'Federal Reserve Note' 100 billion kat Wakil Kerajaan Amerika. Apabila selesai proses pertukaran maka wakil kerajaan Amerika tadi pun pegi ke bank. Sampai kat bank, Wakil Kerajaan Amerika pun bagi kertas 100 billion 'Federal Reserve Note' tu kat pegawai bank utk didepositkan atau disimpan dlm akaun bank.Selesai sahaja urusan memasukkan 'note' tadi dlm akaun bank maka secara rasminya kertas 'note' tersebut menjadi wang yg sah diperlakukan. Akhirnya, bertambahlah 100 billion bekalan wang kat Amerika. Akhirnya berjaya kerajaan Amerika mencipta 100 billion sebagai wang baru...wow...senangnya Rothschild cipta duit..

Ini contoh umum je supaya kita senang nak faham. hakikatnya semua urusniaga tersebut menggunakan elektronik tanpa melibatkan sebarang kertas. Hanya 3% shj wang dollar Amerika wujud dlm bentuk fizikal manakala 97% wujud dlm komputer sahaja. ..Hakikatnya, ada rahsia yg cukup, cukup, cukup besar yg memang kesannya terkena secara langsung kat muka kita setiap hari. Apa rahsianya... ini dia.. WANG YANG DICIPTA TADI TIDAK ADA NILAI LANGSUNG DAN TIDAK BERSANDARKAN APA-APA PUN. 

Abis tu wang dicipta berdasarkan apa?  'WANG DICIPTA DARIPADA HUTANG'. Tiada sandaran langsung daripada barang yg bernilai seperti emas, perak atau barang komoditi. Memang teruk, 'very nonsense', penipu dan tak logik langsung. Memang tak patut penciptaan wang adalah berdasarkan hutang. Bila ini berlaku jgn harap la INFLASI akan turun. INFLASI akan naik setiap masa. Jangan harap la kita boleh beli roti canai berharga 30 sen seperti zaman 1980an. 

Biasanya setiap bank kat dunia akan diarahkan oleh bank pusat masing2 utk buat penyimpanan peratusan tertentu daripada jumlah simpanan. Senang nak kira, sy bagi contoh 10%. Maksudnya daripada 100 billion duit tadi, 10 billion (10%) wajib disimpan oleh bank manakala 90 billion digunakan utk bagi hutang kat org ramai. Dalam erti kata lain, duit 90 billion tu boleh digunakan utk mencipta wang baru dgn TIDAK BERSANDARKAN apa2  pun disebabkan adanya PERMINTAAN dari org ramai utk buat pinjaman. Cuba baca contoh mudah ni...Ada org nk pinjam 90 billion kat bank.Biasanya sebelum nk guna duit 90 billion tu, dia akan simpan balik dlm akaun bank kan?

Sedar tak sedar, sebenarnya duit 90 billion yg kita masuk dlm akaun tu digunakan balik oleh bank utk tawarkan pinjaman kat orang lain. Proses ini akan berlaku secara berterusan dan tanpa kesudahan selagi ada orang lain yg nak buat pinjaman. Secara matematiknya,daripada 100 billion yg disimpan oleh kerajaan Amerika tu, bank boleh cipta wang baru sebanyak 9 kali ganda 'NILAI' daripada 'NILAI ASAL'atau 900 billion tanpa ada sebarang sandaran. (untung atas angin).Ini akan menurunkan nilai wang dan menaikkan harga barang. Contohnya 1 dollar pada tahun 1913 memerlukan 21 dollar 60 sen pada tahun 2007 utk menyamai nilainya. Berlaku penurunan sebanyak 96%. Wang baru 900 billion tersebut telah mencuri nilai dari wang yg tersedia ada dipasaran (ingat tak 100 billion adalah duit sedia ada). 900 billion ini telah MENINGKATKAN JUMLAH WANG di pasaran. Dalam masa yg sama JUMLAH BARANG DAN PERKHIDMATAN dipasaran TIDAK MENINGKAT. Ini akan mengakibatkan HARGA BARANG DAN PERKHIDMATAN MENINGKAT. Akhirnya, MENGHAPUSKAN KUASA BELI bagi setiap wang. Ini dipanggil INFLASI.

INFLASI ini adalah CUKAI yg tak nampak. Mungkin selama ni, kita hanya tahu bayar cukai pendapatan individu setiap tahun. Tak bayar kena saman. Selama ni kita hanya tahu bila makan Pizza kena bayar cukai jualan sebanyak 5% dalam bil kita.Selama ni kita hanya tahu, bila beli kereta Toyota Vios kena bayar cukai import/ cukai eksport dan cukai eksais. Selama ni kita hanya tahu, bila ada kad kredit kena bayar cukai sebanyak RM50 kat kerajaan. Selama ni kita hanya tahu bila tempah hotel, kena bayar cukai perkhidmatan.Ramai org tidak sedar bahawa kita sebenarnya terpaksa menanggung CUKAI INFLASI setiap tahun.Cukai lain ada gak turun naik nya atau mungkin dilupuskan tapi CUKAI INFLASI tidak akan turun sampai bila2. Dia akan makan duit kita tanpa disedari dan secara perlahan2.Cuma nombor shj yg mungkin berkurang, hakikatnya INFLASI akan naik setiap tahun. 

Kesimpulannya selagi wang baru terus beranak pinak tanpa ada keseimbangan dgn jumlah barang dan perkhidmatan yg dijual kat pasaran maka akan sentiasa lah menurunkan nilai wang kita.Secara realitinya kita tak boleh nak elak inflasi dan inflasi ini dicipta memang disengajakan. 

Dalam sistem kewangan sekarang wang adalah berasal daripada hutang atau pinjaman. Semakin byk wang, semakin byk hutang. Satu2nya cara wang 'WUJUD' adalah melalui hutang atau pinjaman.Oleh itu jika kerajaan dan semua orang dlm negara bayar hutang maka tiada lagi dollar yg wujud dalam kitaran.Jika tiada hutang dlm sistem kewangan maka tidak akan ada wang. Persoalannya adakah kerajaan Amerika mampu bayar hutang?

Jawapannya , -Tidak... Realitinya, Amerika pernah berjaya membayar semua hutangnya kali terakhir pd tahun 1835.Kesimpulannya ' Wang yg bank bagi pinjam kat kita secara undang2nya tidak wujud pun sebelum itu. Wang tersebut adalah palsu dan pihak bank tak pernah ada wang sbg harta utk memulakannya.

" Sesiapa sahaja yg mengeluarkan wang dan pinjaman secara terus kepada polisi2 kerajaan, secara tak langsung ia memegang haluan hidup rakyat."

Ia boleh diringkaskan dalam istilah: bank mengawal kerajaan, kerajaan mengawal masyarakat. Manakala sesiapa yang memiliki bank adalah bermaksud memiliki seluruh kerajaan dan sekarang ini semua bank didunia adalah dimiliki oleh Rothschild.

cc Nuno Nuno

PCR: Tinggal usang

 TINGGAL USANG bukan tidak pernah digelar pegawai diraikan di gerbang ruai    kini segelung rawai di pantai landai tanpa Avecenia dan Rhizop...