Thursday, 27 May 2021

Amalan seharian

Dalam suasana pandemik yang semakin meningkat, jangan lalai untuk terus memperkukuhkan amalan harian;

1) Membaca doa selepas wudhu 
• Kelebihan : Dibukakan lapan pintu syurga bagi orang yang membacanya. (lihat Sahih Muslim hadis no. 234)

2) Solat Sunat Qabliyah Subuh. 
•  Kelebihan : Nabi ﷺ bersabda :  رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا “Dua rakaat fajar lebih baik daripada dunia seisinya.” (HR. Muslim no. 725)

3) Solat Fardhu Subuh dan Isyak berjemaah.  
• Kelebihan : Pahala seperti mengerjakan solat sepanjang malam. (lihat Sahih Muslim hadis no. 656)

4) Berzikir selepas solat. 

5) Membaca zikir pagi dan petang. 
• Rujuk Hisnul Muslim, al-Azkar atau lain-lain jika tidak tahu lafaznya) 

6) Solat Dhuha. 
• Minima 2 rakaat dan yang paling banyak dilakukan Nabi ﷺ adalah 8 rakaat. 
Kelebihan : Menyamai pahala sedekah (lihat Sahih Muslim, hadis no. 720)

7) Menjaga 12 rakaat solat sunat rawatib iaitu : 2 rakaat sebelum subuh, 4 rakaat sebelum zohor, 2 rakaat selepas zohor, 2 rakaat selepas maghrib, 2 rakaat selepas isyak. 
• Kelebihan : Disediakan rumah untuk di syurga. (lihat Sunan Ibnu Majah, hadis no. 1130)

8) Membaca 2 ayat akhir surah al-Baqarah. 
• Nabi ﷺ bersabda : 
الْآيَتَانِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ مَنْ قَرَأَ بِهِمَا فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ
“Dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah, sesiapa yang membacanya pada suatu malam, nescaya kedua ayat itu akan mencukupkannya.” (HR. al-Bukhari no. 5040).

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan bahawa maksud كَفَتَاهُ (mencukupkannya) ialah cukup melindunginya dari kejahatan hal-hal yang akan mengganggunya. (al-Wabil al-Sayyib)

9) Tidak tidur terlalu lewat. 
• Daripada Abu Barzah radhiyallahu 'anhu :
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَكْرَهُ النَّوْمَ قَبْلَ الْعِشَاءِ وَالْحَدِيثَ بَعْدَهَا
“Bahawasanya Rasulullah ﷺ tidak suka tidur sebelum (solat) ‘Isyak dan bercakap setelahnya.” (HR. al-Bukhari no. 568) 

10) Solat Tahajjud 
• Nabi ﷺ bersabda :
أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلَامَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَصَلُّوا وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ
“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan dan laksanakanlah solat pada saat manusia sedang tidur, nescaya kalian masuk syurga dengan selamat.” (HR. at-Tirmizi no. 2485) 

11) Solat Witir 
• Boleh dilakukan sama ada selepas solat isyak atau selepas solat tahajjud pada akhir malam.

12) Membaca Ayat Kursi selepas solat fardhu.
• Rasulullah ﷺ bersabda :

مَن قرَأَ آيةَ الكُرسيِّ في دُبُرِ كلِّ صلاةٍ مَكْتوبةٍ، لم يَمنَعْه من دُخولِ الجنَّةِ إلَّا أنْ يموتَ.
“Sesiapa membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu, tidak ada yang menghalangnya masuk syurga melainkan kematian.” (HR. an-Nasai dalam Sunan al-Kubra, ath-Thabrani, dan Ibnu Sunni.)

No comments:

Post a Comment

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...