Thursday, 26 March 2020

covic 19 dan fitnah dajjal

Covid-19 & Dajjal?

Hari ini aku nak kongsi sikit keadaan persamaan antara Covid-19 & Dajjal. Terlalu banyak persamaan. Gambaran ini hanya 1% saja. Ini penting, sila baca sampai habis.

Allah dah bagi ‘hint’ siap-siap. Baiknya Allah, sebelum dilepaskan Dajjal, diberi kita bersedia dalam menghadapi situasi yang sebegini sukar.

Orang bijak akan ambil ibrah, orang jahil akan terus menyalah-nyalah. 

Masih fikir nak shopping baju baru?
Masih fikir nak ke Saloon & Spa?

Dah rindu kopi starbuck?
Dah rindu burger McD?

Setakat hari ini lebih 6 ribu kematian di Italy & hampir 1 juta orang kehilangan pekerjaan di Australia - 
Al-Jazeera.

Kita masih nak ‘bermanja-manja’ lagi. Masih nak fikir benda-benda yang tak penting & tak mendatangkan faedah. Masih nak benci membenci, masih nak memaki hamun. 

Fikir lagi nak ke sana ke mari. Boleh siap rindu nak keluar dating dengan balak/awek. Boleh layan movie porno di Netflix dikala orang susah hati & bersedih dengan wabak Covid-19 yang membunuh ini.

Ini bukan posting kecaman. Ini posting mengajak orang berfikir. Apa guna kita hidup tak saling mengingatkan.

Ketika mana Dajjal muncul, masing-masing akan kelam kabut. Suami akan kehilangan isteri. Isteri tak sabar dengan dugaan kesusahan, diikutnya Dajjal yang mampu beri nikmat kemewahan.

Ini bukan aku cakap. Ini dah disabdakan oleh Nabi saw. Kaum paling ramai menjadi pengikut Dajjal adalah kaum wanita. 

Kaum yang mudah tewas dengan nafsu. Sebab itu Nabi suruh ikat & tambat anak isteri di tiang-tiang rumah.

Waktu itu orang tak fikir nak berjimak, tak fikir nak tergoda dengan perempuan kiri kanan. Masing-masing cuma fikir nak survive hidup, lindungi ahli keluarga & makan. 

Makanan umat islam ketika itu hanya zikir. Kalau kita fikirkan logic akal, memang tak akan kenyang. Tapi Islam ni tak boleh kita fikir dengan logic akal. Kalau Allah berkehendak, dengan zikir boleh mengenyangkan.

Masih buta ke kita dengan apa yang jadi di sekeliling kita hari ini? Masjid kosong, orang terhalang dari mengerjakan Umrah. Kemungkinan tak boleh mengerjakan Haji. 

Nabi saw pernah bersabda satu hari umatku akan terhalang dari menunaikan Haji & Umrah. Kalau nak kepastian boleh search.  Banyak hadis yang berkaitan.

Tak akan terjadinya kiamat selagi mana pintu-pintu Masjid masih dibuka. Tanda Dajjal tu semakin hampir kemunculannya apabila masjid-masjid semua kosong. Masih tak nampak lagikah kita apa dah jadi hari ini? 

Okay mungkin belum cukup jelas lagi gambaran itu.

Cuba perhatikan Danau Tiberias. Airnya semakin mengering. Apa tandanya itu? Itu tanda besar bahawa Dajjal itu tak lama lagi akan muncul.

Kita perhatikan Kebun Kurma Baisan. Pohonnya 100% sudah tidak berbuah. Sekarang kering kontang. Itu tandanya apa? Dajjal semakin hampir.

Ini bukan aku dengar khabar angin. Ini Hadis Nabi saw & hadis ini adalah hadis sahih.

Kita saksikan bangunan tinggi-tinggi dibina. Masing-masing berlumba-lumba membangunkan gedung-gedung yang mewah.

Nabi saw pernah bersabda,

“Dan bila engkau menyaksikan mereka yang berjalan tanpa alas kaki, tidak berpakaian, fakir, dan penggembala kambing, (kemudian) berlumba-lumba membuat bangunan yang tinggi.” (HR. Muslim).

Sekarang petanda itu dah jelas depan mata. Menara jam, Burj Khalifah & Kingdom Tower. Mereka semua dari keturunan arab yang dahulunya fakir & pengembala kambing.

Tanah Arab sekarang dah mula menghijau. Kalau dulu cuma ada padang pasir. Jauh sekali nak dihujani salji. Tapi hari ini? Salji dah mula turun di tanah Arab. 

Tak lama lagi tanah Arab akan subur dengan pohon-pohon & rumput-rumput yang menghijau. Itu tanda Dajjal itu akan muncul sangatlah dekat.

Apa persediaan kita dalam menghadapi Dajjal?

Kalau ditakdirkan Dajjal itu muncul dalam masa terdekat ni, jangan sesekali jumpa & bertentangan mata dengan dia. Kalau boleh elak sedaya yang mungkin.

Dia akan pukau kita sehingga kita ikut & sembah dia. Hebatnya sihir Dajjal ini.

Tak kisah iman kita setaraf wali macamana sekali pun, kalau berdepan dengan Dajjal, kita akan tewas. 

Macamana rupa Dajjal?

Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadis riwayat Muslim: “Dajal ialah orang yang rosak sebelah matanya dan di antara dua dahinya tertulis ‘kafir’...”

Perkataan ‘Kafir’ ini hanya boleh dilihat oleh orang-orang mukmin saja. Orang kafir, munafik & fasik, tak akan nampak perkataan ini.

Jadi, elak dari bersua muka dengan Dajjal. Suami-suami wajib ikat anak isteri ketat-ketat di rumah.

Sebab waktu Dajjal muncul, Dajjal akan masuk ke setiap penjuru kampung, bandar, taman-taman, lembah-lembah & tak akan ada satu tempat pun yang tak akan dijejaki oleh Dajjal. 

Kenapa perlu ikat anak bini? Sebab bila Dajjal tiba di tempat kita, Dajjal akan menghentakkan kakinya sehingga menyebabkan orang-orang yang berada di dalam rumah akan memberontak keluar untuk bertemu dengan Dajjal. 

Kalau ditakdirkan bersua muka dengan Dajjal, pilihlah tangan kirinya. Tangan kanannya menggenggam syurga, tangan kirinya menggenggam neraka.

Pilihlah neraka, kerana fitnah Dajjal syurga itu neraka, neraka itu syurga.

Amalkan surah Al-Khafi 10 ayat awal & 10 ayat akhir. Hafal surah ni, sebab waktu kemunculan Dajjal, surah-surah dalam Al-Quran akan hilang dari kitab-kitab, dinding-dinding & di mana-mana ada tertulisnya kalam-kalam Allah ini. 

Abu Darda mengatakan bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda, "Barangsiapa telah membaca sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi maka ia telah terjaga dari fitnah Dajjal". (HR An-Nasai)

Siapa yang baca surah ini ketika Dajjal muncul, Dajjal tak akan nampak orang itu walau berada di depan matanya sendiri. Jadi, kita akan terselamat dari dipengaruhi oleh si makhluk terlaknat ini.

Amalkan ayat ini selepas tasyahhud,

Allaahumma inni a’uudzubika min ‘adzaabil qabri wa min ‘adzaabinnaari jahannama wa min fitnatil mahyaa wal mamaati wa min fitnatil masiihid dajjaal.

Ertinya, “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari azab Jahannam, azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari keburukan fitnah Dajjal. ” (HR. Muttafaq ‘alaih)

Sewaktu Dajjal tiba di setiap negara, negeri, bandar, taman-taman, kampung-kampung & lembah-lembah, kalau penduduk di kawasan itu sembah Dajjal, maka tempat itu akan subur & diberikan kemewahan oleh Dajjal. 

Tapi kalau penduduk di kawasan itu ingkar dengan arahan Dajjal, maka tempat itu akan jadi padang jarak padang terkukur. Kering kontang tak ada air, tak ada makanan, haiwan mati, tanah tandus, orang-orang akan kebuluran yang amat sangat.

Jadi apa kaitan dengan Covid-19?

Ramai duduk rumah, di zaman Dajjal nanti  ramai juga duduk rumah. Tapi golongan yang faham agama. 

Macam kes sekaranglah. Semua yang duduk rumah, jenis yang faham bahasa. Jenis tak faham bahasa, semua duk merayap ke sana ke mari.

Kalau beginilah sikap kita, kalau Dajjal muncul, kita mungkin salah seorang boleh jadi pengikut Dajjal.

Arahan kerajaan pun kita ingkar, apatah lagi arahan Nabi saw.

Masjid kosong. Sekarang semua masjid kosong. Seolah-olah Allah dah bagi hint. Esok Dajjal muncul, semua masjid akan lengang. Bukan saja kosong, azan pun tak akan berkumandang.

Panic buying. Kalau Covid-19 ni, orang panic berebut-rebut nak beli barang dapur. Semua risau kelaparan takut tak dapat makan.

Kalau Dajjal muncul, semua orang ‘Panic buying’ juga. Masing-masing panic berebut-rebut nak dapatkan bekalan makanan dari Dajjal. Maka semua dari mereka tercabutlah iman masing-masing.

Terpisah keluarga. Kalau Covid-19, salah sorang ahli keluarga dijangkiti virus, ahli keluarga tak akan dapat bersua muka lagi. Kalau ada rezeki jumpa, tak ada rezeki, hanya memandang dari jauh jenazah ahli keluarga dikebumikan.

Kalau Dajjal muncul, ramai akan kehilangan ahli keluarga. Ada ahli keluarga yang lemah imannya akan jadi pengikut-pengikut Dajjal. 

Frontliner bertungkus-lumus. Kalau Covid-19, masing-masing berusaha sehabis keringat untuk tangani virus ini.

Kalau Dajjal muncul, ketua keluarga merangkap frontliner berusaha bertungkus lumus menghalang ahli keluarganya dari menjadi pengikut Dajjal.

Sebab itulah, kita amat dituntut belajar agama. Supaya kita faham akan hakikat hidup ini. Semua ini bakal berlaku & kita lebih bersedia.

Pentingnya kita memilih pasangan yang faham agama. Supaya dia boleh selalu mengingatkan kita tentang kecaman-kecaman ini & terus mengajak kita ke arah kebaikan serta menambah amalan.

Bagi orang lelaki, tambah ilmu agama. Perlu faham untuk fahamkan ahli keluarga. Sebagai ketua keluarga, ini tanggungjawab kalian.

Bagi orang perempuan, ini bukan zaman nak ‘bermanja & menggedik’ fikirkan nak bercantik-cantik 24 jam. Cantikkan otak dulu sebelum cantikkan fizikal.

Kalau Dajjal keluar, dia takda pilih-pilih kau cantik ke hodoh. Paling penting iman kau roboh. 

Jadi, tiba masa kita sedar diri. Tambah ilmu & terus bersedia. Kerana orang bijak adalah orang yang sentiasa bersedia.

Pakat muhasabah. 
Semoga bermanfaat.

 Kredit Yatt Hayati
#Covid19

SIAPA BACA SAMPAI HABIS 

JAWABLAH SALAM NI
ASSALAMUALAIKUM

Monday, 23 March 2020

pengubatan nabi Ayyub

*COVID-19 & PENGUBATAN NABI AYYUB A.S.* - Sila SHARE
(Isu penggunaan AIR SUAM dalam rawatan/pencegahan)

Assalamualaikum wbt. 

*A- MUKADIMAH*
1. Saya bukanlah orang yang layak untuk kupas tajuk ini, cuma ingin berkongsi sedikit pengalaman Nabi Ayyub a.s. yang telah dirawat oleh Allah SWT, setelah sekian lama menderita kesakitan. Baginda telah menolak segala bentuk tawaran pengubatan yang berunsur kufur kepada Allah SWT.

2. Apa yang menarik perhatian saya ialah, baginda diserang penyakit pada usia 70an, setelah menjadi seorang yang kaya raya dan berjaya dalam bidang pertanian, penternakan, pendidikan, pemilikan hartanah dan sebagainya. Saya bertanya; “Kenapa Allah tidak tonjolkan semua itu sebagai cerita utama baginda, tetapi sebaliknya kisah pendeitaan dan pengubatan baginda yang menjadi topic utama pengkisahan baginda a.s. kepada kita semua?” Sudah tentu ada mesejnya. Inilah yang saya ingin saya sampaikan kepada kita semua.

*B- AKIDAH DAN SIKAP NABI AYYUB SEBAGAI PENAWAR*
1. Pengubatan Allah SWT ke atas Nabi Ayyub a.s. yang telah diserang penyakit pada seluruh tubuh selama 18 tahun boleh kita ambil faedahnya sebagai usaha untuk mencegah/merawat serangan Covid-19.

2. Menurut Mujahid bin Jabr (21-104H), Nabi Ayyub telah diserang penyakit gatal. Ibn Kathir (774H) menyebutnya sebagi Juzaam atau Leprosy. Ada pelbagai pendapat tentang tempoh baginda ditimpa penyakit tersebut;-
i- Tiga tahun – Wahb bin MUnabbih (34-114H)
ii- Tujuh tahun satu bulan – Anas bin Malik (10SH-93H)
iii- Lapan belas tahun – Ibn Kathir (701-774H)

3. Menurut al-Suddiey (127H), daging Nabi Ayyub mulai gugur hingga tidak tertinggal sedikitpun melainkan tulang dan urat. Hanya bahagian hati yang tidak diserang penyakit. Isteri baginda sentiasa menaburkan abu ditempat tidur baginda a.s. sebagai alas tidur.

4. Menurut Anas, baginda telah diasingkan daripada masyarakat dan hanya dijaga oleh isteri baginda melalui upah kerja dengan orang lain. Isteri baginda akhirnya terpaksa menjual toncang rambutnya sebanyak dua kali, hingga kepala menjadi botak, demi membeli makanan, apabila tiada siapa lagi yang mahu mengambilnya bekerja kerana takut dijangkiti penyakit.

5. Menyedari keadaan tersebut, baginda pun berdoa kepada Allah SWT dalam dua lafaz doa;-
i- Firman Allah; (أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ), -al-|Anbiyaa’/83, bermaksud; “Sesungguhnya aku ini telah disentuh oleh kemudharatan dan Engkau adalah sebaik-baik kalangan yang mengasihi”.
ii- Firman Allah; (أنِّي مَسَّنِيَ الشَّيْطانُ بِنُصْبٍ وعَذابٍ), Sood/41, bermaksud; “Sesungguhnya aku ini telah disentuh oleh syaitan dengan kemudharatan dan azab”.

NOTA:-
i- Dalam kedua-dua lafaz tersebut, kita dapati baginda hanya berdoa atau mengadu kepada Allah SWT apabila menyedari penyakit dan derita yang dialami sudah mula menjadi laluan kepada syaitan untuk menggoda dan merosakkan baginda dan isteri. Inilah TAHAP DOA MAKBUL untuk sesuatu penyakit yang dialami.

ii- Kedua-dua lafaz doa tersebut menjelaskan REDHA dengan penyakit dan azab yang dirasai serta TAHU TUJUAN memohon kesembuhan itu untuk beribadat kepada Allah; adalah dua pra-syarat sesuatu penyakit itu diangkat daripada seseorang.

iii- Kata kerja ( مَسَّنِيَّ) yang bermaksud; “telah menyentuhku” adalah merujuk kepada perbuatan iblis yang cuba menghasut baginda melalui pelbagai cara agar berubat dengan cara yang boleh membuat baginda kufur kepada Allah SWT. Kita mesti berhati-hati dengan perangkap iblis agar tidak terpesong akidah kita dengan ujian sakit yang sedang di alami.

iv- Rawatlah diri dan mohonlah kesembuhan untuk beribadat dan berbakti kepada Allah SWT dan bukan sekadar untuk sembuh daripada penyakit semata-mata, sebagaiman baginda Ayyub yang telah berdoa apabila penyakit baginda sudah menjadi fitnah kepada agama.

*C- TIPU DAYA DOKTOR IBLIS DALAM PENGUBATAN*
Ibn Kathir (774H) mencatat, ada dua contoh bentuk tipu daya iblis terhadap baginda ketika berada dipuncak kesakitannya;-

1. Iblis telah datang berjumpa dua orang lelaki di Palestin yang merupakan dua sudara dan juga kawan kepada baginda Ayyub a.s. Iblis telah berkata kepada mereka berdua; “Saudara kamu berdua, Ayyub, telah ditimpa ujian kesakitan begini-begini. Datanglah dan ziarahlah beliau serta bawalah bersama kamu berdua arak dari bumi kamu. Sesungguhnya jika beliau minum arak tersebut, beliau akan sembuh”. 

Lantas kedua-duanya pun datang dan terus menangis melihat keadaan baginda Ayyub. Baginda bertanya; “Siapa kamu berdua?”. Mereka menjawab; “Kami adalah si-polan dan si-polan”. Baginda mengalu-alukan kedatangan merek berdua dengan berkata; “Selamat datang wahai orang yang tidak membuangku ketika susah”. Lantas mereka berdua berkata: “Wahai Ayyub! Boleh jadi engkau telah sembunyikan sesuatu dan engkau zahirkan apa yang bukan sebenarnya. Oleh sebab itu Allah telah uji engkau begini?”

Lantas baginda mendongak kepalanya ke langit, kemudian berkata: “Dia tahu. Aku tidak pernah sama sekali sembunyikan apa-apa hingga aku zahirkan apa yang selainnya .. tetapi sebenarnya Tuhanku mengujiku untuk melihat apakah aku bersabar atau aku meronta”. Lantas mereka berduapun berkata kepada baginda; “Wahai Ayyub! Minumlah sedikit daripada arak kami. Sesungguhnya jika engkau minum, engkau sembuh dari penyakit itu”.

Baginda menjadi sangat marah dan berkata; “Sebenarnya telah datang kepada kamu berdua seorang yang sangat jahat, lantas dia telah menyuruh kamu berdua dengan cadangan ini. Bicara kamu berdua, makanan kamu berdua dan minuman kamu berdua adalah haram untukku”. Lantas mereka berdua pun beredar.

2. Iblis juga pernah datang menemui isteri nabi Ayyub a.s. dalam bentuk/rupa seorang doctor. Doktor iblis ini telah berkata; “Sesungguhnya suami awak telah lama penderitaannya. Maka jika hendak sembuh, dia ambillah beberapa ekor lalat dan sembelihkannya atas nama berhala bani pulan. Sesungguhnya dia akan sembuh dan boleh bertaubat selepas itu”. Isteri baginda telah sampaikan kata-kata tersebut kepadanya. Lantas baginda berkata; “Sesungguhnya telah datang kepada mu seorang yang sangat jahat. Demi Allah! Wajib atasku –jika aku sembuh nanti- untuk sebat kamu dengan seratus sebatan”.

3. Doktor syaitan yang cuba merosakkan baginda bernama “SAWT” 

NOTA:-
a- Dalam keadaan musim Covid-19 ini, sudah tentu ramai penasihat-penasihat Iblis yang akan ambil kesempatan untuk pesongkan umat Islam daripada akidah dan Allah SWT. Sila berhati-hati.

b- Apa-apa cadangan yang melibatkan perkara haram dan membawa manusia kufur kepada Allah SWT hendaklah dijauhi walaupun ia boleh disokong dengan pelbagai kaedah fiqh.

c- Andai fenomen Covid-19 ini berpanjangan Iblis atau dajal jadian atau dajal sebenar akan datang dengan pelbagai penawar dan ramuan yang ada pada mereka. Berdoalah agar itu tidak terjadi.

d- Doktor Iblis akan datang melalui pelbagai medium dengan pelbagai bentuk rawatan dan bahan ramuan. Oleh itu, jika ada cadangan yang kelihatan tidak saintifik, tetapi masih tidak bercanggah dengan akidah dan perintah Allah, usahlah dihina dan dikeji, jika sekalipun kita tidak dapat terima atau setuju dengannya, kerana ubat atau ramuan rawatan itu hanya alat atau sebab kepada kesembuhan. Ia boleh berlaku dalam apa jua bentuk.

*D- PENAWAR NABI AYYUB A.S.*
1. Rawatan dan penawar yang telah dipakai untuk merawat baginda Ayyub a.s. telah disebut oleh Allah swt dalam firman Nya; (ارْكُضْ بِرِجْلِكَ هَذا مُغْتَسَلٌ بارِدٌ وشَرابٌ), Sood/42, bermaksud; “Engkau hentaklah kakimu! Ini air basuhan yang sejuk dan air minum”.

2. Tafsir Jalalayn (1393H) menterjemahkannya dengan maksud; “Hentaklah dengan kaki mu ( ke tanah. Lantas baginda pun menghentaknya dan keluarlah mata air. Lantas dikata kepada baginda); Ini air basuhan/mandian (engkau mandi dengannya) sejuk dan bahan minum (engkau minum dari nya. Maka baginda pun mandi dan minum air tersebut, maka hilanglah dari segala penyakit yang ada di dalam tubuh baginda dan zahirnya).

NOTA :-
i- Ibn Kathir (774H) menyebut, ia adalah arahan agar Baginda Ayyub a.s. berdiri dari tempat duduknya dan menghentak kakiknya ke bumi (permukaan tanah). Apabila baginda berbuat demikian, Allah telah keluarkan mata air dan menyuruh baginda mandinya dengannya. Hasilnya, semua penyakit yang ada pada badan baginda hilang. Kemudian Allah swt menyuruh baginda hentak kaki sekali lagi di tempat yang lain. Mata air pun keluar. Baginda di suruh minum. Hasilnya air tersebut telah hilangkan segala penyakit yang ada dalam badan baginda.

ii- Ini menunjukkan tanah dan air adalah dua eleman yang boleh diguna untuk rawatan penyakit dan membunuh segala kuman dan virus yang ada pada atau dalam badan manusia.

3. Perkataan ( اُرْكُضْ ) yang bermaksud; “hentaklah” adalah arahan kepada baginda Ayyub sebagai isyarat terima dan perkenan doa baginda sebelumnya. 
NOTA :-
i- Ia menjelaskan perbuatan tersebut sebagai arahan untuk mendapatkan sumber (mata air) yang perlu dipakai untuk rawatan. Ini bermakna:-

a- Badan si pesakit perlu bersentuhan dengan tanah dan sumber mata air yang diguna dalam rawatan.

b- Hentakan kaki yang sedikit kuat dengan permukaan tanah mempunyai kesan rawatan. Ini ada hubungan terapi reflesikologi. Orang tua kita ada ajar supaya berjalan atas rumput tanpa kasut pada waktu pagi.

c- Kita boleh ambil dari mana-mana sumber mata air yang boleh ditemui.

ii- Apapun, kita boleh pakai air dari telaga tiub atau air mineral jika sukar atau tidak temui sumber mata air asli. (Untuk selanjtunya sila rujuk pengamal pengubatan Islam).

4. Kata tunjuk ( هذا ) yang bermaksud ; “ini” dalam ayat tersebut jelas merujuk kepada mata air yang keluar hasil dari hentakan kaki baginda Ayyub, sebagai bahan basuhan dan minuman. Ini menunjukkan;-

NOTA :-
i- Air adalah alat yang boleh diguna sebagai penawar untuk apa jua penyakit zahir dan batin pada badan manusia.
ii- Ia hendaklah air mineral yang bersih dan mengalir. Air bertakung boleh diguna jika bersih seperti air telaga.

5. Kata nama ( مُغْتَسَلُ ) yang bermaksud; “alat/bahan basuhan” adalah merujuk kepada matai air yang keluar itu. Ibn `Asyur (1393H) berkata; “Menyebut ciri air dengan kata (مغتسل) ini, dalam gaya bahasa pujian, menunjukkan bahawa air itu mengandungi penawar apabila baginda basuh atau menyucikan badan dengannya”.

NOTA :-
i- Kata nama ini menjelaskan air berfungsi sebagai bahan mandi dan basuhan untuk membersihkan segala kotoran yang ada. Ia amat berkesan apabila ditambah dengan bacaan ruqyah yang warid daripada Nabi SAW, sebagai air penawar.

ii- Kata nama tersebut adalah terbitan daripada kata akar  ( غ س ل ) yang bermkasud; “basuh”, melalui acuan kata [ مُفْتَعَلٌ ] yang bermaksud; “dilakukan secara bersungguh dan berulang kali”. Ini menjelaskan, basuhan atau mandian itu perlu dilakukan secara teliti dan berulang-ulang sebagai satu kaedah rawatan. Ia memerlukan keyakinan dan kesabaran mematuhi perintah Allah SWT. Itulah punca kesembuhan sebenarnya.

iii- Selain itu, Imam al-Alusiey (1270H) mencatat, Muqatil berkata (150H) kata nama (مغتسل) tersebut adalah kata nama tempat. Maksudnya, ia merujuk kepada sumber mata air yang besar, sebagai tempat mandi atau membasuh badan. 

6. Kata sifat ( بارد ) yang bermaksud; “sejuk” adalah ciri kepada kata nama ( مغتسل ) sebelumnya. Ibn `Asyur (1393H) menjelaskan kita sifat “sejuk” tersebut adalah isyarat bahawa ia adalah ciri yang boleh menghilangkan suhu panas kerana demam daripada luka yang dialami oleh Nabi Ayyub a.s. 

NOTA :-
i- Fakta ini boleh diterima kerana bertepatan dengan hadith daripada Abdullah bin Umar berkata, Rasulullah SAW telah bersabda; «الحُمّى مِن فَيْحِ جَهَنَّمَ فَأطْفِئُوها بِالماءِ», bermaksud; “Demam itu dari bahang neraka Jahanam, maka padamkanlah ia dengan air” – Sahih al-Bukhari, no. 5723 dan Sahih Muslim, no. 2209.

ii- Ciri sejuk pada air adalah untuk rawatan bahagian luar badan. Ia lebih sesuai untuk mandian atau basuhan pada tempat luka atu berpenyakit.

7. Kata nama ( شراب ) yang bermaksud; “bahan minuman” adalah fungsi kedua air dalam pengubatan Nabi Ayyub a.s. Maksudnya, Allah beritahu selain basuh atau mandi, baginda juga perlu minum air sebagai bahan rawatan pada bahagain dalam badan.

NOTA :-
i- Ia menjelaskan air boleh diguna sebagai bahan rawatan dengan cara basuh/mandi dan minum. Kehadiran partikel sendi ( و ) yang bermaksud; “dan” menunjukkan ia adalah pemisah antara dua fungsi air yang berbeza dalam pengubatan tersebut. Kita perlu yakin dengan kata-kata Allah ini, sama ada sudah dibuktikan secara saintifik ataupun belum, kerana ia adalah suatu kebenaran dari langit.

ii- Kehadiran kata nama ( شراب ) tanpa kata sifat selepsanya, sebagaimana kata nama ( مغتسل ) yang diikuti oleh kata sifat ( بارد ) selepasnya menjelaskan air tersebut boleh diminum dalam keadaan biasa atau panas atau sejuk mengikut keperluan pengubatan. Oleh itu, tiada apa-apa keaiban jika seseorang mencdangkan air sebagai bahan pengubatan untuk apa jua penyakit, walaupun tidak dapat dibuktikan secara santifik, kerana ia hanya sekadar alat untuk proses rawatan. Ia masih belum terkeluar dari sunah Allah tentang ala mini.

iii- Menurut Imam Fakhruddil al-Raaziey (606H), lafaz ayat tersebut menunjukkan bahawa air basuhan/mandian tersebut adalah dari sumber yang sama, namun para ahli tafsir mengatakan ia adalah dari dua sumber mata air yang berbeza. Makkiey bin Abu Talib (437H) mencatat, al-Hassan al-Basriey (21-110H) jarak antara kedua-dua sumber mata air tersebut ialah 40 hasta.

8. Setelah melakukan semua arahan tersebut, Allah telah sembuhkan baginda Ayyub a.s. sebagai yang disebut dalam firman Nya; (فاسْتَجَبْنا لَهُ فَكَشَفْنا ما بِهِ مِن ضُرٍّ وآتَيْناهُ أهْلَهُ ومِثْلَهم مَعَهم رَحْمَةً مِن عِنْدِنا وذِكْرى لِلْعابِدِينَ), al-Anbiyaa’/84.

9. Tafsir Jalalayn menjelaskan ayat tersebut; “Maka kami telah sahut seruannya. Kami telah hilangkan apa yang ada padanya daripada segala bentuk kemudaratan. Kami telah datangkan kembali anak-anaknya. Dan bersama mereka ada sekali ganda lagi ramainya, sebagai suatu rahmat daripada kami dan sebagai suatu peringatan kepada para hamba kami agar bersabar dan mendapat balasan yang baik”.

NOTA :-
i- Ayat 84 ini menjelaskan cara pengubatan tersebut adalah mustajab dan boleh diamalkan.

ii- Bacalah ungkapan (هَذا مُغْتَسَلٌ بارِدٌ وشَرابٌ) ini pada air ketika hendak basuh atau mandi atau minum. Ia adalah kata-kata Allah yang boleh kita guna untuk rawatan diri dan sesiapa sahaja.

*D- DAPATAN.*
Perbincangan di atas menjelaskan;-
1- Iblis ada peranannya dalam menyebarkan sesuatu penyakit terhadap manusia. Dia akan mengguna perantaraan manusia yang boleh mempengaruhi si pesakit untuk berpaling kepadanya dan kufur terhadap Allah SWT. Banyak riwayat sahih yang menyebut perkara ini dalam kitab-kitab tafsir.

2- Asas pengubatan Islam dan kesembuhan adalah REDHA ujian Allah dan NIAT yang betul untuk boleh beribadat kepada Allah SWT. Jangan sekali-kali hanya sekadar untuk sembuh dari penyakit.

3- Gerakan fizikal dan berjalan di atas permukaan tanah yang basah adalah baik untuk proses pemulihan saraf badan yang berpusat pada bahagain kaki.

4- Air dan tanah adalah dua penawar mujarab dalam pengubatan Islam, sekalipun keliuhatan biasa dan mudah.

*E- PENUTUP.*
1. Kita boleh gunakan cara pengubatan Nabi Ayyaub a.s. ini dalam usaha kita mencegah dan merawat apa jua penyakit yang menimpa kita, termasuk Covid-19.

2. Semoga perbicangan ini akan disempurnakan lagi dengan kajian dan penambahbaikan oleh mereka yang pakar dalam bidang pengubatan dan kawalan penyakit.

3. Saya memohon maaf atas apa-apa kekurangan atau kesalahan fakta atau kejahilan yang tidak saya sedari. Mohon sempurnakan apa yang kurang. والله أعلم بالصواب.

Sekian, terima kasih. Wassalam

Yang benar
Dr. Mohd Rosdi bin Ismail
Pusat Bahasa Arab Mikro
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan
23 Mac 2020.

Wednesday, 18 March 2020

MISTERI CORONAVIRUS (COVID-19)

TERBONGKARNYA MISTERI CORONAVIRUS (COVID-19)


APAKAH ITU CORONAVIRUS (COVID-19)?
Coronavirus merupakan sekumpulan virus yang terdiri dari 32 jenis virus  dan mereka terbahagi kepada 2 keluarga. Virus tersebut boleh menyerang manusia dan juga binatang.
Coronavirus (Covid-19) pula merupakan virus yang baru ditemui (atau baru dicipta) pada tahun 2019.   

Patent untuk Coronavirus yang sedang berlegar di media social sebenarnya adalah untuk Coronavirus jenis lama (ciptaan tahun 2018 atau sebelumnya) dan bukannya jenis 2019.
Orang yang terkena virus tersebut akan mendapat tanda-tanda selepas 2 hingga 14 hari contohnya seperti hidung berair, sakit kepala, batuk, sakit tekak dan demam. Untuk mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, mereka akan mendapat sakit seperti batuk yang amat teruk.

97% pesakit akan sembuh dari sakit tersebut  tanpa mendapat sebarang bantuan perubatan moden. Hanya pesakit yang telah berumur lebih dari 60 tahun akan mendapat kesan seperti paru-paru berair dan akan menyebabkan kematian sekiranya tidak berubat.


DARI MANAKAH ASALNYA CORONAVIRUS (COVID-19) ?
Ia berasal dari Wuhan di negara China. Terdapat 8.9 juta penduduk di Wuhan. Ia adalah sama besarnya seperti kota London. Ia adalah bandar yang ketujuh terbesar di China.


MAKMAL BIOSAFETY DI WUHAN
Di Wuhan, terdapat sebuah makmal iaitu “Wuhan National Biosafety Laboratory”. Ia merupakan sebuah makmal yang membuat kajian dan penyelidikan tentang virus. Ia dibina pada tahun 2017 dan mula beroperasi pada tahun 2018.

SAINTIS DARI CHINA TELAH MENCURI VIRUS DARI MAKMAL DI NEGARA KANADA
Pada bulan March 2019, 2 orang saintis iaitu Dr. Xiangguo Qiu dan Keding Cheng (suami–isteri) dari negara China telah mencuri virus dari sebuah makmal iaitu “Canadian National Microbiology Laboratory (NML)” di negara Kanada. Mereka kemudian telah menghantar virus tersebut ke negara China dengan menggunakan khidmat Courier .
4 bulan berikutnya iaitu pada bulan July 2019, mereka berdua telah dihalau keluar dari Makmal NML dan dipaksa pulang ke negara China.
Di China, mereka kemudian membawa virus tersebut ke makmal di Wuhan dan mula membuat ubahsuai (modify) virus tersebut.

Ketua mereka ialah Dr. Peng Zhou, Ph.D.  Dialah yang bertanggungjawab dalam mencipta virus baru yang dinamakan sebagai Coronavirus (Covid-19)


32 Kilometer dari Makmal tersebut terdapat sebuah pasar iaitu “Huanan Seafood Market” yang dikatakan tempat bermulanya penyebaran Coronavirus (Covid-19).
Ini bermakna, para saintis dari makmal “Wuhan National Biosafety Laboratory” telah membawa Coronavirus ke pasar di “Huanan Seafood Market” untuk menyebarkannya dengan sengaja. Dari situlah bermulanya wabak Coronavirus (Covid-19).
KENAPAKAH KERAJAAN KOMUNIS CHINA HENDAK MEMBUNUH RAKYAT MEREKA SENDIRI?
Kerajaan Komunis China hendak mengurangkan jumlah penduduk di negara China. Mereka sanggup membunuh rakyat mereka sendiri untuk melaksanakan agenda jahat tersebut. Mereka menggunakan virus sebagai alasan supaya tidak ada sesiapapun yang akan tahu kisah sebenar. Sejak December 2019 sehingga kini, Kerajaan Komunis China telahpun membunuh lebih dari 500,000 orang di China.
Kerajaan Komunis China telahpun menempah 1 juta bag mayat untuk digunakan sewaktu operasi membunuh.

Kenapakah mereka memilih bulan December 2019 untuk menyebarkan virus tersebut? Jawapannya ialah kerana orang-orang di China akan menyambut Tahun Baru Cina pada bulan January 2020. Jadi mereka memerlukan masa sebulan untuk memastikan virus tersebut tersebar di kalangan penduduk di Wuhan.

Selepas itu orang-orang yang telah dijangkiti virus tersebut akan melancong ke luar negara untuk menyambut Tahun Baru Cina. Ini akan menyebabkan virus tersebut akan merebak ke seluruh dunia. Itulah agenda Khazar Satanist @ Illuminati.
SAINTIS DARI INDIA TELAH MENGATAKAN BAHAWA TERDAPAT GEN AIDS DIDALAM CORONAVIRUS (COVID-19)

Selepas sebulan Coronavirus merebak ke seluruh dunia, Saintis dari negara India iaitu dari “Kusuma School of biological sciences, Indian institute of technology, New Delhi-110016, India” dan juga  “Acharya Narendra Dev College, University of Delhi, New Delhi-110019, India” telah membuat kajian tentang Coronavirus tersebut.
Saintis dari India tersebut mendapati bahawa Coronavirus bukannya semulajadi. Ini adalah bukti yang kukuh bahawa virus tersebut adalah buatan manusia.

Saintis tersebut juga telah memberitahu bahawa mereka telah menemui gen AIDS di dalam Coronavirus.

RAMAI SAINTIS YANG MENGAKU BAHAWA CORONAVIRUS (COVID-19) ADALAH CIPTAAN MANUSIA


11 MINGGU SEBELUM MEREBAKNYA CORONAVIRUS (COVID-19)

Pada 18 September 2019 iaitu 11 minggu sebelum Coronavirus merebak, Pegawai di Tianhe Airport di Wuhan telah mengadakan latihan kecemasan untuk menghadapi wabak Coronavirus.
Kenapakah mereka memilih Coronavirus dan bukannya virus lain? 

6 MINGGU SEBELUM MEREBAKNYA CORONAVIRUS (COVID-19)
Pada 18 October 2019, iaitu 6 minggu sebelum Coronavirus merebak, sebuah persidangan “Event 201” telah diadakan di New York. Persidangan tersebut telah dianjurkan oleh “Johns Hopkins Center for Health Security” dan “World Economic Forum” bersama “Bill and Melinda Gates Foundation”.

Bill and Melinda Gates Foundation adalah dimiliki oleh “founder of Microsoft” iaitu Bill Gates.

Di dalam persidangan tersebut, mereka telah membuat ujikaji dengan menggunakan simulasi dalam komputer mengenai kesan kepada manusia sekiranya virus merebak. Komputer tersebut memberikan keputusan yang amat memeranjatkan. Komputer itu meramalkan bahawa 65 juta manusia akan mati akibat virus tersebut.

Pada hari yang sama iaitu 18 October 2019, seramai 10,000 askar dari 110 negara telah berada di Wuhan untuk menyertai acara sukan tentera.

Adakah acara tersebut dijadikan sebagai alasan untuk membawa 10,000 tentera ke Wuhan?

4 MINGGU SEBELUM MEREBAKNYA CORONAVIRUS (COVID-19)
Pada bulan November 2019, Negara Komunis China telah melancarkan Teknologi 5G di Wuhan dan juga di bandar-bandar yang berhampiran.
Teknologi 5G akan memberikan berbagai kesan buruk kepada manusia. 5G juga akan memberikan kesan seperti selsema dan demam. Sebab itulah ramai penduduk di Wuhan menunjukkan kesan seperti selsema dan demam.
Jadi, Kerajaan Komunis China akan menangkap semua orang yang menunjukkan kesan seperti selsema dan demam. Mereka akan memberikan alasan kononnya orang tersebut telah dijangkini Coronavirus (Covid-19).
VAKSIN UNTUK CORONAVIRUS (COVID-19) ADALAH LEBIH MERBAHAYA
Khazar Satanist @ Illuminati sedang membuat perancangan untuk menggunakan isu Coronavirus sebagai alasan untuk memastikan semua manusia di dunia ini disuntik dengan Vaksin.
AWAS!!!
JANGAN TERTIPU!!!
Mereka akan memasukkan berbagai jenis virus didalam Vaksin tersebut. Ada juga para saintis yang telah membocorkan rahsia dengan memberitahu bahawa mereka akan memasukkan sejenis RFID Chip yang amat kecil di dalam Vaksin tersebut. Ini adalah untuk mengesan lokasi anda dengan tepat.
KESIMPULAN
Negara China merupakan “testing ground” untuk Khazar Satanist @ Illuminati untuk menjayakan agenda jahat mereka iaitu “New World Order”.  

Kesemua “Virus” yang terdapat di zaman ini contohnya seperti AIDS, SARS, EBOLA, ZIKA, H1NI dan sebagainya adalah ciptaan manusia (Saintis tajaan Khazar Satanist @ Illuminati) dan dibuat di dalam makmal. Setiap tahun mereka akan menciptakan suatu “virus” yang baru dan akan menyebarkannya melalui suntikan vaksin yang kononnya untuk “berubat” penyakit tersebut. Sebab itulah “virus” tersebut tidak pernah wujud 100 tahun dulu malah ibu bapa kita juga tidak pernah mendengarnya sewaktu mereka masih kecil.
Penciptaan “virus” tersebut adalah sebahagian daripada “Agenda 21” dari United Nations (UN). Apakah itu “Agenda 21”?
“Agenda 21” ialah untuk “mengurangkan jumlah penduduk dunia” sehingga hanya tinggal 500 juta sahaja. Untuk pengetahuan anda, penduduk bumi kini berjumlah 7.3 billion orang. Jadi mereka sebenarnya bercadang untuk membunuh lebih 6.8 billion manusia.


Sumber rujukan:
https://greatgameindia.com/chinese-researchers-caught-stealing-coronavirus-from-canadian-lab/
https://www.nature.com/news/inside-the-chinese-lab-poised-to-study-world-s-most-dangerous-pathogens-1.21487
https://governmentslaves.news/2020/01/29/how-viral-pandemic-benefits-the-globalist-agenda/
https://besacenter.org/perspectives-papers/china-biological-warfare/
https://www.biorxiv.org/content/10.1101/2020.01.30.927871v1
https://www.naturalnews.com/2020-02-02-coronavirus-bioweapon-chinese-vaccine-experiment-gone-wrong-pshuttle-sn-gene-sequence.html

51 comments:

  1. suami isteri tersebut mungkin ejen illuminati atau ejen2
    rahsia lain..mereka bukan mencuri virus tetapi sengaja diberikan kepada mereka untuk disebarkan di china..mustahil seseorang mampu mencuri virus dari makmal di kanada dengan mudah
    Reply
    Replies
    1. betul2. apa motif dan untuk apa dia nak curi virus tu.. dorang yang sebarkan virus tu maybe ejen2 illuminati or ejen china yang nak kurangkan populasi
    2. Thanks alot for this information
  2. terima kasih tuan sebab berkongsi maklumat ini... :)
    Reply
  3. assalamualaikum tuan.

    nak tanya, virus aids dicipta oleh satanis ke ?

    terima kasih.
    Reply
    Replies
    1. Para pemuja satan.. Yup.. Their worship..
  4. Ini merupakan satu misi yang teruk dan musibat yg di lakukan oleh anak2 haram ini.... Saya rasa sungguh kecewa dgn kelakuan musibat ini
    Reply
  5. bill gates ada lah orang di belakang virus ini , dia akan cuba melarikan diri ke pulau dan akan di tangkap juga . asetnya akan dibekukan . !
    Reply
  6. mereka menyebarkan penyakit ini dan mangaut keuntungan melalui vaksin atau ubat penyembuh haha
    Reply
  7. Hanya Allah yg dapat turunkan bala kpd org2 zalim INI..aamiin
    Reply
  8. Inilah sikap rakus manusia yg ingin menuasai dunia....
    Reply
  9. Harap semua sihat dan tuhan sentiasa melindungi kita..
    Reply
  10. Patutpun bill gates letak jawatan baru2 ni... tuan, cuba kaitkan lg dengan buku eyes of darkness tu...
    Reply
  11. Mereka adalah kaki tangan makmal tersebut.tidak mustahil untuk mereka curi......
    Reply
  12. terimakasih kerna info nya...
    Reply
  13. Wah mesti bnyk effort utk kumpul maklumat ni kn. Just wondering if all the info is true. If it is, you've done such a good job for all human nation and let's all hope that this will end soon and never happen in future again. Apapun, terima kasih atas sharing
    Reply
  14. Wadafak illuminati.. 13 royal family will ruled the world.. they all are pharaouh son..
    Reply
  15. Madu tertinggi atas pokok..bukan tualang...susah nak dpt..teratas pokok madu tersebut..ada ubat kepada racun viruscorona..tp sygnya di mana nak cari..
    Reply
  16. Ini merupakan tindakan yang kejam.. Virus ciptaan manusia ini sengaja di cipta untuk membunuh. Apakah hak mereka untuk membunuh? Nonsense!!! Sedangkan maha pencipta tidak menurunkan perintah untuk membunuh umat sejagat.. Semoga Tuhan menurunkan hukuman yang setimpal bagi mereka pencipta virus inu!!
    Reply
  17. Tapi tak apa. Memang sudah diberitahu di dlm alkitab. Moga berpegang teguh kpd ajaran agama masing. Sentiasa riang jangan takut & jangan khuatir sebab Tuhan yang Maha Pengasih dgn kasih kurnianya akan melindungi semua umatnya yang memerlukan petlindungannya. Amen.
    Reply
    Replies
    1. Namun alkitab juga mengajar kita menggunakan akal fikiran yg waras utk menengani sesuatu perkara..so selain berdoa,bertindaklah secara bijak utk menghindari diri daripada terjangkit wabak ini..
  18. tanda dah akhir zaman pasrah saja 😥😥😥
    Reply
  19. permainan mereka mempertaruhkan nyawa manusia di seluruh dunia. xberperi kemanusiaan sungguh.. 😠
    Reply
  20. Today at kota kinabalu sabah malaysia
    At kota kota kinabalu total positif coronavirus is, 49pepole
    Reply
  21. TIDAK akan ada yang BERLAKU didalam dunia ini TERLEPAS dari PENGETAHUAN dan IZIN ALLAH SWT..
    Sebagai makhluk ciptaanNYA...
    BUATLAH sehabis BAIK KITA sementara MASIH DIBERIKAN KESEMPATAN...
    Semoga kita semua tergolong dalam golongan hamba hambaNYA yang berjaya didunia, lebih lebih di AKHIRAT sana...
    Aamiin...
    Reply
  22. Sudah agak..mmg dirancang..sejak terbaca founder microsoft tu pernah cakap "pd tahun 2020 akan ada virus yg memeranjatkan.." lebih kurang mcm tu..
    Reply
  23. Ini lah kerja2 syaitan yg diketuai oleh Lucifer.
    Reply
  24. Siapa mencipta vaksin wabak ini dia itu adalah dalang dia
    Reply
  25. Kenapa bukan mereka saja yg kena. Diorang nak turunkan populasi org di bumi. Mulakan dari mereka dahulu. Kesemua mereka yg terlibat. Baru lah kita aman.
    Reply
  26. Berdoalah semoga kita dilindungi oleh Tuhan yang maha kuasa. Amen.
    Reply
  27. Macam macam la idea sekarang. Tampa virus.. Manusia tetap mati bila tiba ny panggilan allah.. Ap perasaan pd Pencipta virus tu jika fmely dy mati d sebbkn virus ciptaanny... Tentu mnyasal kn.. Soo xde ke perasaan serbh salh.. Pd setiap insan terkorban gara gara jangkitan virus...
    Reply
  28. Allahu Akbar .. tidak akan berlaku kerosakan di dunia melainkan kerakusan tgn2 manusia itu sendiri... Kerosakan ni adalah dr kejatahan manusia
    Reply
  29. Ya Allah....kenapa mereka ni zalim sangat....dah lebih dari iblis
    Reply
  30. Oh dear,,,what has happened has happened,,what bound to happen sooner n eventually will happen,,,and whomsoever that have planned evil,,whenever their time to begin,,wherever they insisted to spread,,whatever and any each thing that happens,, will only happen with the permission of ALLAH SWT,,,any sick evil arrogant greedy bastard be it a Muslim.,Hindu Christian Jewish or any religion or even an atheist whom had planned suffering tragedy poverty hunger injustice and destruction to mankind especially to the poor and those whom need,,, will most must definitely suffer the consequences in return,,you will for sure reap what you sow,,,the wrath of Allah will rain upon you and you have no where to hide,,,soon your cards will pop up,,,aaaaaarrrrggghhh juz imagine the millions that have suffered painfully and died,,,all of their pains will be suffered painfully by you,,,so you bastards plan evil and for Allah has already planned righteousness and only Allah,s plan will prevail..for those affected by this tragedy,,may Allah showers guidance upon all and that he showers his mercy and forgiveness,,these groups of sick evil arrogant bastards hopefully definitely to read these,,and maybe they think they can live life happily but for how long,,,you will DIE one day and live in another world where there is no time and no end,,you will be tormented daily each and every second eternally in the fires of Hell.
    Reply
  31. Semuanya dh tertulis dlm loh mahfuz sjak azali lgi...hadapi sja dgn usaha utk mghindar... sabar..dn tawakal...insyallah Allah akn lindungi kita smua....amiin...
    Reply
  32. Semoga Allah melindungi kita daripada segala musibah n bencana ini. Amiin
    Reply
  33. Ya Allah berikan kesedaran pada manusia2 yang pandai mencifta virus ini
    Reply
  34. Allahu hu akhbar .Semuga Allah sentiasa melindungi Kita Dan mengasihani dan Hilangkan penyakit Convif19 Dan penyakit2 yg merbahaya Dan jauhkan musibah2 Dan permudahkan segalanya Ami ya rabbal alamin
    Reply
  35. Semua Ini petanda akhir zaman Dan persediaan mereka sambut dajal laknatullah .Sama Ada kalian sedar atau tidak mereka telah buat anda berperang dengan ALLAH Dan Rasullah melalui sistem riba .surah Al Baqarah 278 - 279. Mari keluar dari sistem riba melalui platform .SMS no ke 0196954462
    Reply
  36. Allahu akbar....sapa yg buat begitu harapnya akan dibalas balik diakhirat di mana semua ciptan tuhan itu akan dimatikan dan akan dihidupkan semula di mana ada pertanya pertanyaan akan disoal oleh pencipta kita .... harap orang yang buat begitu sedar betapa tuanya bumi ini sekarang ...dan tampa mereka sadari bahawa bumi ini akan hancur di sebabkan perbuatan mereka sedarlah wahai manusia sekalian bahawa hari kematian selalu menanti nanti akan dirimu itu dan tiada siapa yang akan terselamat kecuali orang yang beriman kepada tuhannya yang maha esa.....dan mematuhi semua arahannya ....walhidaya wasalammualikumm...
    Reply
  37. Apa kejadah lah perancangan depa nie.. Wujudkan virus ciptaan manusia sendiri.. Dah macam movie pula..
    Reply
  38. Harap penyakit ini dapat di kawal dgn sepenuhnya.. Aamiin..
    Reply
  39. jadi benarlah fiman allah swt... telah terjadi kerosakkan di muka bumi ini ankara tangan2 manusia itu sendiri
    Reply
  40. Terimakasih atas perkongsian pengetahuan ini...
    Semoga wabak ini cepat berlalu
    Amin....
    Reply
  41. Kenapa negara dlm dunia ini tidak mengambil tindakan undang undang terhadap negara cina. Jika terbukti jenayah antarabangsa mereka yg melakukan pada manusia yg tak berdosa.
    Reply
  42. Allah hu akbar3,diakhir zaman, orang2 kafir mengejar dunia tampa mengira ikhsan,janji aku senang, walau yg mati berjuta. So kuatkan keimanan kita, walau mati sekalipon dlm beriman. Orang melayupon sekarang, x ada yg haram bagi mereka, yg penting perut mereka ja.
    Reply
  43. Semoga Allah memberkati kehidupan kita.
    Reply
  44. Pukimak dorg ni smua... Selfish!!
    Reply

PCR: Tinggal usang

 TINGGAL USANG bukan tidak pernah digelar pegawai diraikan di gerbang ruai    kini segelung rawai di pantai landai tanpa Avecenia dan Rhizop...