*COVID-19 & PENGUBATAN NABI AYYUB A.S.* - Sila SHARE
(Isu penggunaan AIR SUAM dalam rawatan/pencegahan)
Assalamualaikum wbt.
*A- MUKADIMAH*
1. Saya bukanlah orang yang layak untuk kupas tajuk ini, cuma ingin berkongsi sedikit pengalaman Nabi Ayyub a.s. yang telah dirawat oleh Allah SWT, setelah sekian lama menderita kesakitan. Baginda telah menolak segala bentuk tawaran pengubatan yang berunsur kufur kepada Allah SWT.
2. Apa yang menarik perhatian saya ialah, baginda diserang penyakit pada usia 70an, setelah menjadi seorang yang kaya raya dan berjaya dalam bidang pertanian, penternakan, pendidikan, pemilikan hartanah dan sebagainya. Saya bertanya; “Kenapa Allah tidak tonjolkan semua itu sebagai cerita utama baginda, tetapi sebaliknya kisah pendeitaan dan pengubatan baginda yang menjadi topic utama pengkisahan baginda a.s. kepada kita semua?” Sudah tentu ada mesejnya. Inilah yang saya ingin saya sampaikan kepada kita semua.
*B- AKIDAH DAN SIKAP NABI AYYUB SEBAGAI PENAWAR*
1. Pengubatan Allah SWT ke atas Nabi Ayyub a.s. yang telah diserang penyakit pada seluruh tubuh selama 18 tahun boleh kita ambil faedahnya sebagai usaha untuk mencegah/merawat serangan Covid-19.
2. Menurut Mujahid bin Jabr (21-104H), Nabi Ayyub telah diserang penyakit gatal. Ibn Kathir (774H) menyebutnya sebagi Juzaam atau Leprosy. Ada pelbagai pendapat tentang tempoh baginda ditimpa penyakit tersebut;-
i- Tiga tahun – Wahb bin MUnabbih (34-114H)
ii- Tujuh tahun satu bulan – Anas bin Malik (10SH-93H)
iii- Lapan belas tahun – Ibn Kathir (701-774H)
3. Menurut al-Suddiey (127H), daging Nabi Ayyub mulai gugur hingga tidak tertinggal sedikitpun melainkan tulang dan urat. Hanya bahagian hati yang tidak diserang penyakit. Isteri baginda sentiasa menaburkan abu ditempat tidur baginda a.s. sebagai alas tidur.
4. Menurut Anas, baginda telah diasingkan daripada masyarakat dan hanya dijaga oleh isteri baginda melalui upah kerja dengan orang lain. Isteri baginda akhirnya terpaksa menjual toncang rambutnya sebanyak dua kali, hingga kepala menjadi botak, demi membeli makanan, apabila tiada siapa lagi yang mahu mengambilnya bekerja kerana takut dijangkiti penyakit.
5. Menyedari keadaan tersebut, baginda pun berdoa kepada Allah SWT dalam dua lafaz doa;-
i- Firman Allah; (أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ), -al-|Anbiyaa’/83, bermaksud; “Sesungguhnya aku ini telah disentuh oleh kemudharatan dan Engkau adalah sebaik-baik kalangan yang mengasihi”.
ii- Firman Allah; (أنِّي مَسَّنِيَ الشَّيْطانُ بِنُصْبٍ وعَذابٍ), Sood/41, bermaksud; “Sesungguhnya aku ini telah disentuh oleh syaitan dengan kemudharatan dan azab”.
NOTA:-
i- Dalam kedua-dua lafaz tersebut, kita dapati baginda hanya berdoa atau mengadu kepada Allah SWT apabila menyedari penyakit dan derita yang dialami sudah mula menjadi laluan kepada syaitan untuk menggoda dan merosakkan baginda dan isteri. Inilah TAHAP DOA MAKBUL untuk sesuatu penyakit yang dialami.
ii- Kedua-dua lafaz doa tersebut menjelaskan REDHA dengan penyakit dan azab yang dirasai serta TAHU TUJUAN memohon kesembuhan itu untuk beribadat kepada Allah; adalah dua pra-syarat sesuatu penyakit itu diangkat daripada seseorang.
iii- Kata kerja ( مَسَّنِيَّ) yang bermaksud; “telah menyentuhku” adalah merujuk kepada perbuatan iblis yang cuba menghasut baginda melalui pelbagai cara agar berubat dengan cara yang boleh membuat baginda kufur kepada Allah SWT. Kita mesti berhati-hati dengan perangkap iblis agar tidak terpesong akidah kita dengan ujian sakit yang sedang di alami.
iv- Rawatlah diri dan mohonlah kesembuhan untuk beribadat dan berbakti kepada Allah SWT dan bukan sekadar untuk sembuh daripada penyakit semata-mata, sebagaiman baginda Ayyub yang telah berdoa apabila penyakit baginda sudah menjadi fitnah kepada agama.
*C- TIPU DAYA DOKTOR IBLIS DALAM PENGUBATAN*
Ibn Kathir (774H) mencatat, ada dua contoh bentuk tipu daya iblis terhadap baginda ketika berada dipuncak kesakitannya;-
1. Iblis telah datang berjumpa dua orang lelaki di Palestin yang merupakan dua sudara dan juga kawan kepada baginda Ayyub a.s. Iblis telah berkata kepada mereka berdua; “Saudara kamu berdua, Ayyub, telah ditimpa ujian kesakitan begini-begini. Datanglah dan ziarahlah beliau serta bawalah bersama kamu berdua arak dari bumi kamu. Sesungguhnya jika beliau minum arak tersebut, beliau akan sembuh”.
Lantas kedua-duanya pun datang dan terus menangis melihat keadaan baginda Ayyub. Baginda bertanya; “Siapa kamu berdua?”. Mereka menjawab; “Kami adalah si-polan dan si-polan”. Baginda mengalu-alukan kedatangan merek berdua dengan berkata; “Selamat datang wahai orang yang tidak membuangku ketika susah”. Lantas mereka berdua berkata: “Wahai Ayyub! Boleh jadi engkau telah sembunyikan sesuatu dan engkau zahirkan apa yang bukan sebenarnya. Oleh sebab itu Allah telah uji engkau begini?”
Lantas baginda mendongak kepalanya ke langit, kemudian berkata: “Dia tahu. Aku tidak pernah sama sekali sembunyikan apa-apa hingga aku zahirkan apa yang selainnya .. tetapi sebenarnya Tuhanku mengujiku untuk melihat apakah aku bersabar atau aku meronta”. Lantas mereka berduapun berkata kepada baginda; “Wahai Ayyub! Minumlah sedikit daripada arak kami. Sesungguhnya jika engkau minum, engkau sembuh dari penyakit itu”.
Baginda menjadi sangat marah dan berkata; “Sebenarnya telah datang kepada kamu berdua seorang yang sangat jahat, lantas dia telah menyuruh kamu berdua dengan cadangan ini. Bicara kamu berdua, makanan kamu berdua dan minuman kamu berdua adalah haram untukku”. Lantas mereka berdua pun beredar.
2. Iblis juga pernah datang menemui isteri nabi Ayyub a.s. dalam bentuk/rupa seorang doctor. Doktor iblis ini telah berkata; “Sesungguhnya suami awak telah lama penderitaannya. Maka jika hendak sembuh, dia ambillah beberapa ekor lalat dan sembelihkannya atas nama berhala bani pulan. Sesungguhnya dia akan sembuh dan boleh bertaubat selepas itu”. Isteri baginda telah sampaikan kata-kata tersebut kepadanya. Lantas baginda berkata; “Sesungguhnya telah datang kepada mu seorang yang sangat jahat. Demi Allah! Wajib atasku –jika aku sembuh nanti- untuk sebat kamu dengan seratus sebatan”.
3. Doktor syaitan yang cuba merosakkan baginda bernama “SAWT”
NOTA:-
a- Dalam keadaan musim Covid-19 ini, sudah tentu ramai penasihat-penasihat Iblis yang akan ambil kesempatan untuk pesongkan umat Islam daripada akidah dan Allah SWT. Sila berhati-hati.
b- Apa-apa cadangan yang melibatkan perkara haram dan membawa manusia kufur kepada Allah SWT hendaklah dijauhi walaupun ia boleh disokong dengan pelbagai kaedah fiqh.
c- Andai fenomen Covid-19 ini berpanjangan Iblis atau dajal jadian atau dajal sebenar akan datang dengan pelbagai penawar dan ramuan yang ada pada mereka. Berdoalah agar itu tidak terjadi.
d- Doktor Iblis akan datang melalui pelbagai medium dengan pelbagai bentuk rawatan dan bahan ramuan. Oleh itu, jika ada cadangan yang kelihatan tidak saintifik, tetapi masih tidak bercanggah dengan akidah dan perintah Allah, usahlah dihina dan dikeji, jika sekalipun kita tidak dapat terima atau setuju dengannya, kerana ubat atau ramuan rawatan itu hanya alat atau sebab kepada kesembuhan. Ia boleh berlaku dalam apa jua bentuk.
*D- PENAWAR NABI AYYUB A.S.*
1. Rawatan dan penawar yang telah dipakai untuk merawat baginda Ayyub a.s. telah disebut oleh Allah swt dalam firman Nya; (ارْكُضْ بِرِجْلِكَ هَذا مُغْتَسَلٌ بارِدٌ وشَرابٌ), Sood/42, bermaksud; “Engkau hentaklah kakimu! Ini air basuhan yang sejuk dan air minum”.
2. Tafsir Jalalayn (1393H) menterjemahkannya dengan maksud; “Hentaklah dengan kaki mu ( ke tanah. Lantas baginda pun menghentaknya dan keluarlah mata air. Lantas dikata kepada baginda); Ini air basuhan/mandian (engkau mandi dengannya) sejuk dan bahan minum (engkau minum dari nya. Maka baginda pun mandi dan minum air tersebut, maka hilanglah dari segala penyakit yang ada di dalam tubuh baginda dan zahirnya).
NOTA :-
i- Ibn Kathir (774H) menyebut, ia adalah arahan agar Baginda Ayyub a.s. berdiri dari tempat duduknya dan menghentak kakiknya ke bumi (permukaan tanah). Apabila baginda berbuat demikian, Allah telah keluarkan mata air dan menyuruh baginda mandinya dengannya. Hasilnya, semua penyakit yang ada pada badan baginda hilang. Kemudian Allah swt menyuruh baginda hentak kaki sekali lagi di tempat yang lain. Mata air pun keluar. Baginda di suruh minum. Hasilnya air tersebut telah hilangkan segala penyakit yang ada dalam badan baginda.
ii- Ini menunjukkan tanah dan air adalah dua eleman yang boleh diguna untuk rawatan penyakit dan membunuh segala kuman dan virus yang ada pada atau dalam badan manusia.
3. Perkataan ( اُرْكُضْ ) yang bermaksud; “hentaklah” adalah arahan kepada baginda Ayyub sebagai isyarat terima dan perkenan doa baginda sebelumnya.
NOTA :-
i- Ia menjelaskan perbuatan tersebut sebagai arahan untuk mendapatkan sumber (mata air) yang perlu dipakai untuk rawatan. Ini bermakna:-
a- Badan si pesakit perlu bersentuhan dengan tanah dan sumber mata air yang diguna dalam rawatan.
b- Hentakan kaki yang sedikit kuat dengan permukaan tanah mempunyai kesan rawatan. Ini ada hubungan terapi reflesikologi. Orang tua kita ada ajar supaya berjalan atas rumput tanpa kasut pada waktu pagi.
c- Kita boleh ambil dari mana-mana sumber mata air yang boleh ditemui.
ii- Apapun, kita boleh pakai air dari telaga tiub atau air mineral jika sukar atau tidak temui sumber mata air asli. (Untuk selanjtunya sila rujuk pengamal pengubatan Islam).
4. Kata tunjuk ( هذا ) yang bermaksud ; “ini” dalam ayat tersebut jelas merujuk kepada mata air yang keluar hasil dari hentakan kaki baginda Ayyub, sebagai bahan basuhan dan minuman. Ini menunjukkan;-
NOTA :-
i- Air adalah alat yang boleh diguna sebagai penawar untuk apa jua penyakit zahir dan batin pada badan manusia.
ii- Ia hendaklah air mineral yang bersih dan mengalir. Air bertakung boleh diguna jika bersih seperti air telaga.
5. Kata nama ( مُغْتَسَلُ ) yang bermaksud; “alat/bahan basuhan” adalah merujuk kepada matai air yang keluar itu. Ibn `Asyur (1393H) berkata; “Menyebut ciri air dengan kata (مغتسل) ini, dalam gaya bahasa pujian, menunjukkan bahawa air itu mengandungi penawar apabila baginda basuh atau menyucikan badan dengannya”.
NOTA :-
i- Kata nama ini menjelaskan air berfungsi sebagai bahan mandi dan basuhan untuk membersihkan segala kotoran yang ada. Ia amat berkesan apabila ditambah dengan bacaan ruqyah yang warid daripada Nabi SAW, sebagai air penawar.
ii- Kata nama tersebut adalah terbitan daripada kata akar ( غ س ل ) yang bermkasud; “basuh”, melalui acuan kata [ مُفْتَعَلٌ ] yang bermaksud; “dilakukan secara bersungguh dan berulang kali”. Ini menjelaskan, basuhan atau mandian itu perlu dilakukan secara teliti dan berulang-ulang sebagai satu kaedah rawatan. Ia memerlukan keyakinan dan kesabaran mematuhi perintah Allah SWT. Itulah punca kesembuhan sebenarnya.
iii- Selain itu, Imam al-Alusiey (1270H) mencatat, Muqatil berkata (150H) kata nama (مغتسل) tersebut adalah kata nama tempat. Maksudnya, ia merujuk kepada sumber mata air yang besar, sebagai tempat mandi atau membasuh badan.
6. Kata sifat ( بارد ) yang bermaksud; “sejuk” adalah ciri kepada kata nama ( مغتسل ) sebelumnya. Ibn `Asyur (1393H) menjelaskan kita sifat “sejuk” tersebut adalah isyarat bahawa ia adalah ciri yang boleh menghilangkan suhu panas kerana demam daripada luka yang dialami oleh Nabi Ayyub a.s.
NOTA :-
i- Fakta ini boleh diterima kerana bertepatan dengan hadith daripada Abdullah bin Umar berkata, Rasulullah SAW telah bersabda; «الحُمّى مِن فَيْحِ جَهَنَّمَ فَأطْفِئُوها بِالماءِ», bermaksud; “Demam itu dari bahang neraka Jahanam, maka padamkanlah ia dengan air” – Sahih al-Bukhari, no. 5723 dan Sahih Muslim, no. 2209.
ii- Ciri sejuk pada air adalah untuk rawatan bahagian luar badan. Ia lebih sesuai untuk mandian atau basuhan pada tempat luka atu berpenyakit.
7. Kata nama ( شراب ) yang bermaksud; “bahan minuman” adalah fungsi kedua air dalam pengubatan Nabi Ayyub a.s. Maksudnya, Allah beritahu selain basuh atau mandi, baginda juga perlu minum air sebagai bahan rawatan pada bahagain dalam badan.
NOTA :-
i- Ia menjelaskan air boleh diguna sebagai bahan rawatan dengan cara basuh/mandi dan minum. Kehadiran partikel sendi ( و ) yang bermaksud; “dan” menunjukkan ia adalah pemisah antara dua fungsi air yang berbeza dalam pengubatan tersebut. Kita perlu yakin dengan kata-kata Allah ini, sama ada sudah dibuktikan secara saintifik ataupun belum, kerana ia adalah suatu kebenaran dari langit.
ii- Kehadiran kata nama ( شراب ) tanpa kata sifat selepsanya, sebagaimana kata nama ( مغتسل ) yang diikuti oleh kata sifat ( بارد ) selepasnya menjelaskan air tersebut boleh diminum dalam keadaan biasa atau panas atau sejuk mengikut keperluan pengubatan. Oleh itu, tiada apa-apa keaiban jika seseorang mencdangkan air sebagai bahan pengubatan untuk apa jua penyakit, walaupun tidak dapat dibuktikan secara santifik, kerana ia hanya sekadar alat untuk proses rawatan. Ia masih belum terkeluar dari sunah Allah tentang ala mini.
iii- Menurut Imam Fakhruddil al-Raaziey (606H), lafaz ayat tersebut menunjukkan bahawa air basuhan/mandian tersebut adalah dari sumber yang sama, namun para ahli tafsir mengatakan ia adalah dari dua sumber mata air yang berbeza. Makkiey bin Abu Talib (437H) mencatat, al-Hassan al-Basriey (21-110H) jarak antara kedua-dua sumber mata air tersebut ialah 40 hasta.
8. Setelah melakukan semua arahan tersebut, Allah telah sembuhkan baginda Ayyub a.s. sebagai yang disebut dalam firman Nya; (فاسْتَجَبْنا لَهُ فَكَشَفْنا ما بِهِ مِن ضُرٍّ وآتَيْناهُ أهْلَهُ ومِثْلَهم مَعَهم رَحْمَةً مِن عِنْدِنا وذِكْرى لِلْعابِدِينَ), al-Anbiyaa’/84.
9. Tafsir Jalalayn menjelaskan ayat tersebut; “Maka kami telah sahut seruannya. Kami telah hilangkan apa yang ada padanya daripada segala bentuk kemudaratan. Kami telah datangkan kembali anak-anaknya. Dan bersama mereka ada sekali ganda lagi ramainya, sebagai suatu rahmat daripada kami dan sebagai suatu peringatan kepada para hamba kami agar bersabar dan mendapat balasan yang baik”.
NOTA :-
i- Ayat 84 ini menjelaskan cara pengubatan tersebut adalah mustajab dan boleh diamalkan.
ii- Bacalah ungkapan (هَذا مُغْتَسَلٌ بارِدٌ وشَرابٌ) ini pada air ketika hendak basuh atau mandi atau minum. Ia adalah kata-kata Allah yang boleh kita guna untuk rawatan diri dan sesiapa sahaja.
*D- DAPATAN.*
Perbincangan di atas menjelaskan;-
1- Iblis ada peranannya dalam menyebarkan sesuatu penyakit terhadap manusia. Dia akan mengguna perantaraan manusia yang boleh mempengaruhi si pesakit untuk berpaling kepadanya dan kufur terhadap Allah SWT. Banyak riwayat sahih yang menyebut perkara ini dalam kitab-kitab tafsir.
2- Asas pengubatan Islam dan kesembuhan adalah REDHA ujian Allah dan NIAT yang betul untuk boleh beribadat kepada Allah SWT. Jangan sekali-kali hanya sekadar untuk sembuh dari penyakit.
3- Gerakan fizikal dan berjalan di atas permukaan tanah yang basah adalah baik untuk proses pemulihan saraf badan yang berpusat pada bahagain kaki.
4- Air dan tanah adalah dua penawar mujarab dalam pengubatan Islam, sekalipun keliuhatan biasa dan mudah.
*E- PENUTUP.*
1. Kita boleh gunakan cara pengubatan Nabi Ayyaub a.s. ini dalam usaha kita mencegah dan merawat apa jua penyakit yang menimpa kita, termasuk Covid-19.
2. Semoga perbicangan ini akan disempurnakan lagi dengan kajian dan penambahbaikan oleh mereka yang pakar dalam bidang pengubatan dan kawalan penyakit.
3. Saya memohon maaf atas apa-apa kekurangan atau kesalahan fakta atau kejahilan yang tidak saya sedari. Mohon sempurnakan apa yang kurang. والله أعلم بالصواب.
Sekian, terima kasih. Wassalam
Yang benar
Dr. Mohd Rosdi bin Ismail
Pusat Bahasa Arab Mikro
Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan
23 Mac 2020.
No comments:
Post a Comment