Thursday, 5 October 2023

PCR: Kopi dan pembohongan

KOPI DAN PEMBOHONGAN

kerana selalu diberitahu
ketika menghidangkan kopiku
maka aku sepenuhnya percaya
biji kopi yang digunakan diimport dari Amerika
lebih mahal dari yang biasa-biasa

apabila ada yang mendakwa
sebenarnya diimport dari China
aku sama sekali tidak peduli lagi
semuanya helah dengki

begitulah
sampai tiada siapa ambil endah
kecemasan gembala akan serangan serigala
setelah berkali-kali mendakwa yang sama
pembohongan semata

demikian bermulanya
menjadi gelombang persepsi
apatah lagi pembohongan di kemudi
menggoncang lancang kebenaran
merentasi samudera kelangsungan

dihalalkan dalam protokol Machiavellian
ditulis biru dalam strategi tirani
walau akhirnya menyemarakkan merah
api dan darah

maka sampai bila-bila
sepahit-pahit kopi
dari pepohon benar semurni alami
terasa lemak manisnya.

051023
Shah Alam.

Tuesday, 3 October 2023

Kuliah maulana asri

Assalamualaikum,


Bagi pelajar yang masih tak tahu kat mana nak dapatkan video kuliah Maulana Asri berkaitan kuliah Hadits dan lain-lain  boleh lihat di link di bawah, kami telah  susun video kuliah yang di buat di Lembah Klang, Kota Bharu dan Teratak Hadits (online).Semoga dapat membantu para pelajar yang mengikuti pengajian ilmu hadits , kuliah Maulana Asri.Bagi link youtube sila pilih di kawasan video.


1.Sahih Bukhari  ( Teratak Hadits) online

https://youtube.com/channel/UC9SNqQk2-sx-SE3vXLBIWJw/videos

https://syarahanhadits.school.blog/kitab-ilmu-atas-talian/


https://youtube.com/channel/UCT37KisfgU1kcrVrX6GjiBA/videos

https://syarahanhadits.school.blog/kitab-ilmu/


Rujukan:

https://syarahanhadits.school.blog/sahih-al-bukhari/


2. 99 Usul Di rayat Hadits  ( Teratak Hadits)online


Rujukan Video youtube:

https://m.youtube.com/channel/UChQ_YOldvS-lJgoEAnrhkqQ/videos


3. Jami Tirmizi  ( Teratak Hadits) Online


Rujukan Video youtube:

https://m.youtube.com/channel/UCYwDmnff7eBnXAYOrqnWdYg/videos


4.ILal Tirmizi ( Teratak Hadits) Online


Rujukan Video youtube:

https://m.youtube.com/channel/UCwqn-Tr34Jc-xe5I75-xDPg/videos


5. Berkaitan Kitab Hadits  


Rujukan Video youtube:

https://youtu.be/aBYTFkbQhB0

Rujukan Facebook:

https://fb.watch/b060YpoANr/


6.  Masjid Darulkautsar Bachok, Kelantan


Untuk pengajian  kelas Tafsir  Al Quran:

Rujukan Video youtube:

https://youtube.com/channel/UC-QPRug0qjMxuAljSr-s1DA/videos

Untuk rujukan web video kuliah: https://raudhahquran.school.blog/tafsir-al-quran-dengan-al-quran/


7. Dewan Kuliah I- Paksi  Kota Bharu.


Video rujukan di youtube:

https://youtube.com/channel/UCPn9UNkn0Foe2EYZenqfTHQ/videos

Rujukan keseluruhan kuliah di I-paksi: 

https://syarahanhadits.school.blog/kitab-azan/


8.Dewan Kuliah Teratak Hadits 


Rujukan Video Kitab Peperangan:

https://m.youtube.com/channel/UC7g1m3C2gAFGnYc9CgcwKjw/videos


9. Kuliah Sunan Abi Daud


Sila klik tulisan merah dalam web ini untuk melihat video kuliah:

https://syarahanhadits.school.blog/sunan-abi-daud/


10. Maqalat Al Islamiyyin


https://youtube.com/playlist?list=PLOl-3cL4v4b5N_33W4pFVaWT7ycHOvTHy


11. Bagi Video Kelas Teratak Hadits di sini.


https://m.youtube.com/channel/UCvW-3pDx3sOURzKGWgrPFPg/videos


12. Koleksi tulisan dan web di sini:


https://syarahanhadits.school.blog/blog/

https://www.galerimaulana.com/laman-utama

https://www.almafhum.net/


13. Bagi melihat Jadual perjalanan kuliah  dan ebook di telegram


https://t.me/webteratakhadits

https://t.me/ebookteratakhadits


Link infaq Kuliah:


https://toyyibpay.com/Infaq-Kuliah

Sunday, 1 October 2023

PCR: 150

SERATUS LIMA PULUH RINGGIT

yang dihebohkan
terkumpul dalam sampul marhaen
daripada lelah dan peluh tercurah
daripada luka-luka kian bernanah
daripada gundah berkumpul membarah

separuh untuk kelaparan
separuh daripada separuh untuk kemenjadian
separuh daripada separuh daripada separuh
untuk berbeza daripada yang merempat
separuh daripada separuh daripada separuh daripada separuh
untuk menghirup embun nikmat

hanya sampai bulan menyabit langit
tempayan bergaung kosong
sampul disambar angin
keperluan berduyun-duyun memaksa
kelangsungan menuntut haknya

kembali mencari dan berlumba
dengan azam bulan penuh
sedang semalam terlalu berat untuk hari ini
esok tiada lagi tanda tanya
dan dipujuk mengundi lagi

011023
Rinching.

PCR: Kopi kecewa

KOPI KECEWA

untuk meredakan kecewa ini
kutambahkan gula ke dalam kopi
begitu kata sangkaku
sesudu demi sesudu
sampai manisnya tepu

semoga tersira semua hampa
sehirup kutelan semua

tetapi di bibirku berasa medu
tidak langsung ke tekak
termuntah ke baju putihku

lalu kutambah lagi kopi
ke dalam kopi baru
begitu kata hatiku
sesudu demi sesudu

sampai pahitnya tepu menghitam
sampai pekatnya secawan jadam

lalu dengan sekali laju
kutelan ragu-ragu

malam pun pulang
kubawa siang ke gelanggang

011023
Ulu Beranang.

Saturday, 30 September 2023

Solawat versi melayu

SELAMAT TINGGAL RABIUL AWAL MENYAMBUTLAH PULA BULAN RABIUL Sani
SELAMAT BULAN DIPERANAKAN NABI 
SEKALIAN ISLAM SUDAH MEMBESARI

WAHAI SAUDARA HENDAKLAH INGATi
BULAN MULUD KITA MEMBERI
BULAN MULIA LAGI BERSERI
OLEH KEZAHIRAN NURUL MUHAMMADI

NABI MUHAMMAD SEORANG YANG MULIA 
RABIUL AWAL ZAHIR KE DUNIA
12 HARIBULAN KATA ULAMA 
SERTA BERTULIS HARI ISNIN

MUHAMMAD ITU UTUSAN RAHMAN
MENGKHABAR APA TUHAN BERFIRMAN
Ke ALAM DUNIA MEMPERMASUKAN IMAN 
UNTUK MENIMBUL HIDUP YANG AMAN

SUSAH DAN PAYAH IA LALUKAN 
SEDIKIT PUN IA TAK RASA SEGAN 
KERANA MENGHAMBUR ISI AL QURAN 
SUPAYA DAPAT KITA AMALKAN

PATUTLAH KITA MEMBESARKAN NABI 
SELAWAT DAN DOA SERTA KENDURI 
MALAM DAN SIANG JANGAN PEDULI 
TERIMALAH KITA HARI AKHIRI

BERILAH KAMI SIFAT KEMULIAAN 
DAPAT MENIRU MASA KEDATANGAN 
PIKUL DAN TANGGUNG KITA KEMUDIAN 
SUPAYA TERMASUK DIDALAM IKUTAN

YA ALLAH LANJUTKAN USIA KAMI
PETUA FADHILAT RUHUL MUHAMMADI
DI DALAM IBADAT YANG BERKEKALI 
ZAMAN DI HADAPAN HINGGA AKHIRI

IBADATLAH KITA SERTA PINTAKAN 
SAMPAIKAN MAULUD TAHUN HADAPAN DISITULAH PULA ISLAM BESARKAN 
BACA DAN DOA APA CERITAKAN

AKHIRNYA KITA DERITAKAN UCAPKAN MEMBANGKITKAN NABI AKHIRI ZAMANI 
UNTUK TERSEDAR MASAKAN DATANG 
TAMATLAH IA DENGAN WASSALAM




Friday, 29 September 2023

PCR: suatu titik

SUATU TITIK

kufokuskan suatu titik
di situ

aku tahu bukan di tempat sebenar
tetapi mataku tertumpu

dengan dahi cintaku menyentuh
seluruh wujudku luruh

sehingga setiap kali kuabai
dunia melambai

setiap kali itulah
raksasa diriku singgah

hanya doaku
meskipun di hujung sejadah
aku sujud di hadapan-Nya

280923
Desa Alam.

Thursday, 28 September 2023

Mesir, tempat menarik

📝Antara tempat2 lawatan untuk Trip Egypt
🗓️15-25 Februari 2024 

📍MATROUH SIWA 

Marsa Matrouh adalah sebuah ibu kota yang terletak di kawasan pantai Mediteranean menuju ke barat Mesir. Manakala Siwa pula adalah kota yang bersempadan dengan Libya dan berdekatan dengan Matrouh. Di sini terdapat Pantai Agiba yang terkenal dengan pantai tujuh lapisan warna. Sesiapa yang melihat keindahannya pasti berasa takjub akan alam yang diciptakan Allah SWT seraya dapat menghampirkan diri kepada-Nya.

Siwa pula terkenal dengan tempat menarik seperti Tasik Garam, Kubu Iskandar, dan Kolam Cleopatra. Menurut catatan sejarah, Siwa dihuni oleh masyarakat Arab yang paling payah menerima Islam akan tetapi setelah memeluk agama Islam mereka menjadi golongan yang paling teguh mempertahankan ajaran.

Tempat yang dilawati:
• Pantai Agiba
• Pantai Cleopatra
• Suq Libya
• Jabal Mauta
• Kolam Cleopatra
• Tasik Garam
• Qaryah Qadimah
• Sahara 

* Available 4 seats! 

http://wasapp.me/60192633936/TripEgyptFebruary2024

Friday, 22 September 2023

PCR: Mereka membuktikan

MEREKA MEMBUKTIKANNYA

Aduhai, seorang demi seorang membuktikannya
seperti mendedahkan pekung di dada
membuka kantung pandora

bahawa mereka pendeta berhujah
mengabsahkan helah
biar terpandang cemerlang  dan ilmiah
sampai tiada yang peduli
rangka-rangka disimpan di dalam almari

bahawa mereka ternama
di kalangan yang berkuasa di dunia
semoga tersanjung negarawan ulung
sampai di tunggangi kawan
tergadai warisan

bahawa mereka pintar di jemala
merumus formula demi formula
sejuta kejayaan
di pentas seluruh tepukan
di medan seluruh keresahan
di gurun semua pegun

bahawa mereka bersetia beramanah
dalam ketidaktahuan dan kerasukan purba
merayau-rayau di dalam rimba
mencari-cari kambing hitam
menerkam bayang-bayang
diri yang menggonggong tulang

aduhai, bangau-bangau kempunan seluang
rumpai merenek belukar
keruh dari hulu sampai di kuala
katak-katak berlompatan
ular-ular merengkok kekenyangan

200923
Shah Alam.

Thursday, 7 September 2023

Pcr: Kehilangan 3

KEHILANGAN (3)

kesesakan melambatkan aku datang
sedang tepat pada detiknya kau pulang

begitulah Min, kita sering berselisih
oleh ketidaksempatan
kali ini aku benar-benar terhukum
betapa kita tidak akan bertemu lagi
di fana ini

aku tidak menyalahkan kenderaan di jalan
lebih daripada menyesali kelalaian
menangguhkan yang sepatutnya didahulukan
mengenepikan yang sepatutnya diutamakan
sehingga apalah maknanya airmata
yang bercucuran

memang aku bukan seperti mu Min
yang mahu seluruh lautan 
menjadi setitik ilmu mu
dan seluruh gelumbang di samudera
menjadi langkah mu menyerakkan jasa

dan tatkala aku sedih menjadi embun
kau berdoa semoga cepat tersejat di hujung daun
reda dikepal awan menjadi hujan
mencurahi gurun

kata mu kebahagiaan mu
adalah pohon-pohon yang tumbuh merimbun
di situ

maka hari ini kau tinggalkan dusun
dengan kanak-kanak cinta
menanam pandan di pusara mu

060923
Desa Alam.

Tuesday, 5 September 2023

PCR: kehilangan

KEHILANGAN (2)

yang selalunya dari jauh
peluru hiba itu meluru
menembusi kalbu

sekali ini di mata sendiri
sekujur ipar bagaikan mawar
di batas gersang
musim bunga telah lama
berlalu
rekah kemarau ke halaman

maka aku melihat 
seorang lelaki merayau ke langit
mencari awan cintanya
di tangannya galah sejengkal

maka aku mendengar
seorang putera dan dua puteri
menaburkan duka
di kubur kemudian di dapur
mudah-mudahan rindu akan tumbuh di situ

dan mudah-mudahan kami tidak sesat
kembali kepada hakikat
yang dia pasti di sana
menunggu

030923
Masjid Najihin
Seri Permaisuri

Monday, 4 September 2023

PCR: Hilang

KEHILANGAN

kalau bukan kehilangan
apakah lagi yang dapat dikatakan
tentang rasa kosong yang menghiba ke jantung
menularkan sepi berduri
tatkala apa-apa yang melengkapkan
tiba-tiba sirna
tatkala apa-apa yang di sisi tiba-tiba tiada lagi
tatkala apa-apa yang menambah kenang
tiba-tiba hilang
tatkala apa-apa yang selalu datang
tiba-tiba tidak menjelang
tatkala apa-apa yang menjalin karib
tiba-tiba ghaib

begitulah ain, pemergianmu 
sepatutnya bukan kehilangan buatku
kau hanya kembali kepada Dia yang meminjamkan
hanya setiap kali kucari pengganti
yang ikhlas melengkapkan
dengan kasih keakraban
dan benang-benang kenangan
yang kutemui hanya kamu 
di situ

Ogos 23
Shah Alam.

PCR: Tinggal usang

 TINGGAL USANG bukan tidak pernah digelar pegawai diraikan di gerbang ruai    kini segelung rawai di pantai landai tanpa Avecenia dan Rhizop...