Wednesday, 21 June 2023

PCR: dari sehirup kopi

DARI SEHIRUP KOPI

Dari sehirup
mesra yang kuncup memercup
gundah di lidah jadi meriah
nyala dendam di dalam
tiba-tiba padam
yang sepatah jadi ramah
malap di hati jadi pelangi

habis secawan
yang sendirian menjelma sekumpulan kawan
yang seorang jadi serencam ragam
sepatah jadi seribu hujah
semeja masa jadi sedetik

bercawan-cawan kemudian
di luar kawalan
yang pahit mencurangi nikmat
yang manis memperdaya selera
yang lemak merangsangi tamak
semuanya seperti bara
menjadi nyala
membakar sisa

Monday, 19 June 2023

Azril: Merc klasik tercium hingga tersenyum

APA YG BEST SGT KERETA LAMA NI?

Ciuman kereta lama memang Beracun, sekali “tercium” mungkin “tersenyum” ke akhir hayat. Ini dia 6 sebab utamanya: 

1. TAKDE HUTANG, BAYAR TUNAI.

Beli kereta klasik dah tak bole buat loan/ hutang 7 atau 9 tahun. Jadi, lega rasanya bila beli kereta secara tunai. Dah x perlu lagi fikir bayaran bulanan. Geran di tangan, bukan di bank. Cukup2 lah berhutang.

2. MURAH & BERBALOI

Bayangkan sebuah Mercedes klasik yg selesa & sedap dipandu boleh dibeli pada Harga RM5-RM20 ribu, bergantung kepada condition. Bila dah bawa Mercedes, baru tau betapa sedapnya, lembutnya, mewahnya, selesanya.

3. MAINTENANCE MURAH

Orang ingat pakai Mercedes lama ni mahal. Rupa2nya murah & mesra poket hatta utk rakyat marhaen B40 mcm saya. Tak membebankan. Jika takde duit, parking kereta tepi dulu dan bila ada duit baru repair. Kan kereta kita, bukan kereta orang lain, ikut suka kita apa nak buat.

4. BANYAK POMEN 

Kereta klasik Mercedes x menggunakan elektronik, jadi x perlu cucuk komputer. Jadi pomen bawah pokok pun boleh buat. Mende senang ada, kenapa perlu mende susah kan!

5. GAYA & KARAKTER 

Memandu kereta klasik punya aura & karakter tersendiri. Rasa diri “istimewa” dan lain dari orang lain. Gaya retro, memang orang tak boleh lawan. Nak cari kereta kt parking lot pun senang. 

6. NILAI SENTIMENTAL

Dulu, kita x mampu nak pakai kereta Mercedes, hanya Menteri Besor, tokey balak & tuan DO aje yg mampu. Sekarang harganya dah marhaen maka inilah masanya utk merasa nikmatnya….sebelum tutup mata.

Akhirnya…kereta Klasik Mercedes ni…Ia lambang Gelora Perasaan yg dahagakan kemewahan hati & perasaan. Ia meruntun Jiwa & kenangan. Ia Ciuman penuh Berahi dlm dakapan…di ulit oleh memori rasukan bersulam Keasyikan! 

Salam ❤️
AZRIL BAHAMAN
Pengasas Klasik Mercedes Malaysia
Pencetus Perghh Pengsan Berdiri!

PCR: air mata

AIR MATA

Yang membasahi pipi
tatkala melepaskan kau pergi
adalah cinta dan kasih murni
dan raungan yang menjeram di hati

Tidak berdaya ku tahan 
menderu dari hipotalamus
ditusuk asitilkolina
sampai lakrimal merembeskan renyai
di pagi syahdu

Komposisinya segala derita
kerana kepiluan ini bukan hama
untuk dinyahkan oleh lisozim
kerana kesenduan ini bukan bendasing
untuk disingkirkan oleh lakritin
dan keharuan ini bukan kepedihan
untuk diredakan oleh enkafalin

Selepas ini semuanya menjadi rindu
bertakung menunggu waktu ku

Shah Alam.

Thursday, 15 June 2023

PCR: pendusta bertiga

PENDUSTA BERTIGA

Dia di saf hadapan
tidak berhenti berehat
dari yang terlihat sunat
seperti harapannya meraih mulia
pandangan merajakannya
merata-rata

Dia di tengah ramai
airmatanya sesekali berderai
busana zuhud di tubuhnya
menjadikan pemberiannya lebih berharga
walaupun hanya helah
marga segala rimba

Dia di pintu rumah kayangannya
daripada besi dan berkunci
diketuk tidak berbunyi
apatah lagi rintihan anak-anak yatim
berdesir lalu

Dalam Al-Maun 
mereka bertiga itu mungkin sama
dengan satu 
atau beribu

140523

Wednesday, 14 June 2023

Aljundie: sajak

SAJAK
Puisi Semalam

semalam kita di sini
memilih diksi teliti
sambil menghirup kopi
tanpa gula aku pasti
kerna terasa pahit sekali
tenggelam dalam aroma peduli
katamu...baik untuk kesihatan diri.

bersama menyusun kata indah
berhias seloka dan madah
walau sesekali berubah wajah
akhirnya puisi bertitik noktah
disalin di dinding pasrah.

hari ini dinding basah
hujan bermalaman tidak kebah
rasa hati sedikit gelabah
sudah terpadam puisi indah--

puisi di dinding tiada lagi
bait kata tersimpan di hati!

Aljundie
Hulu Selangor
13 Jun 2023.
Selamat Hari Puisi Malaysia.

Tuesday, 13 June 2023

PCR: kpd yg di puncak

KEPADA YANG DI PUNCAK

kerana kami di bawah
kami perlu mendongak
persis seluang kehabisan udara
untuk melihat anda di puncak
menghulurkan cinta

memang semuanya nampak besar
dan tinggi sekali
sampai berjengket-jengket kaki

lalu kami selalu teruja
untuk sama mendaki
tetapi anda telah membuang semua tangga
sementara kami bukan anda
ada pesawat untuk berangkat

kini kami lebih kerap melihat burung
sambil memipiskan lada

Saturday, 10 June 2023

OT: lantak

Lantaklah...
1. Dunia ini Tuhan jadikan utk didiami manusia. Manusia bukan Iphone 14 dgn ciri yang seragam - itupun ada yang meragam. Manusia spt aku, dia dan kamu adalah unik. Maka pendidikan diperlukan utk manusia 'diposisikan secara kolektif' diri mereka sesuai dengan keunikan potensi masing-masing, bukan bersaing utk melemah, merendah dan membodohkan yang lain.

Jom fikir sejenak senario ini..

2. Ali anak autism yang pemalu. Siti anak Mak Cik Kiah pula lembut hati. John anak tokey yang suka berleter. Selva berbakat main bola. Brahim suka  Maths dan jiran sebelah rumahnya Letchmi yang suka giler Sains. Dollah anak yatim yang suka agama.

3. Epit pula suka membantu orang sementara Abu yang tak tahu apa masalahnya adalah kaki bengkeng nombor satu sekolah. Tan pula all rounder, apa yang dia buat semua kena. OT anak 
penoreh, apa yang cikgu ajar semua dia boleh.
 
4. Senarai keunikan anak-anak ini tidak akan habis-habis kalau nak ditulis... Inilah anugerah Tuhan. Indah. Dan inilah fungsi sekolah, utk menggarap keindahan ini.

5. Memetik idea yang dikenali sebagai multiple intelligence, manusia ada sekurang2nya 12 kecerdasan berbeza. Maka pendidikan disediakan utk memberikan ruang dan peluang kepada murid mengembangkan potensi masing-masing - Ali, Siti, Letchmi dan kawan-kawannya, termasuk Abu yang kaki bengkeng supaya tahu kewujudan mereka saling berkolaborasi dan perlu saling menghormati.

6. Semua potensi ini diperlukan kerana kehidupan manusia sendiri adalah rencam dan bengkang bengkok, bukan lurus macam 'high-way'.

7. Ingat ketika anak2 kecil tadika bermain. Mereka tidak memilih bulu, yang cerdik, yang miskin, yang kaya. Kalau bergaduhpun, mereka cepat mesra semula. Tetapi setelah memasuki alam persekolahan mereka mula terasing... mula2 terasing dgn kondisi dan lokasi sekolah, kemudian dengan gred, selepas itu terasing dgn status sekolah, seterusnya alam pekerjaan. Yang cerdik dan berkelebihan ditatang dan akan mendapat hampir segala2nya.

8. Sekolah masih gagal menganggap intelligence, cognitive dan physical ability anak2 kecil ini sebagai satu DIVERSITY anugerah Tuhan, satu amanah... sebagaimana diversity dalam kehidupan yang saling bergantungan. 

9. Sistem kita secara tidak lansung mengasingkan anak-anak ini seperti ia mengasingkan ibubapa kanak-kanak tersebut suatu ketika dulu, sehingga ada yang bangga menyiapkan plakad  utk ditayang oleh anak2 .. 10A, 9A, 8A.. dan bila ditanya tujuannya disambut respon beremosi pulak ... 
'Kenapa perlu kisah perasaan anak2 yg tak ada A - lantaklah'. 

10. Murid As sendiri tiada pemikiran begini..  malah ramai yg terkejut memperolehi byk As.. orang dewasa plak yang lebih2 nak menunjuk2. Jika suatu hari kita terlantar.. selain doktor yang merawat, nurse yg tiada 8 As-10 As dan yg tiada di atas pentas mengangkat plakat ini lah yg akan menguruskan kita.. penuh dedikasi.. mereka takkan 'melantakkan'  kita kerana itu profession mereka dan begitulah mereka dilatih sebagai insan professional.
Sekolah juga perlu profesional...

OT

Thursday, 8 June 2023

PCR: kanan

Kini setiap kali
anda memanggil di sebelah kiri
aku berpaling ke kanan
mencari-cari

kepada yang memanggil di kanan
akan secepat itu mata kita bertentangan
akan secepat itu berbalas senyuman
tetapi jangan bimbang
kalau wajah ku dekatkan
untuk mengenalpasti perkataan

apa-apa yang yang mendayu
ku dengar pilu di sebelah kanan
apa-apa yang meluru
ku dengar deru di sebelah kanan

nyanyian pun begitu
sampai aku keliru
dari mana datangnya merdu

sehingga di kiri ku sunyi sepi
tidak mungkin lagi jalan ku lintasi
yang kedengaran
kenderaan hanya datang dari kanan

semoga tidak berkecil hati
yang di kiri

Sunday, 4 June 2023

PDrF: hajar

Di Mana 
Kekasihku, Hajar

Di mana
Kekasihku, Hajar
yang lara berlari-lari 
menangis menguis-nguis
antara hidup dan mati
antara Ismail yang disayangi
antara Bukit Safa dan Bukit Marwah
terlepas jerih

Di mana
Kekasihku, Hajar
setianya tiada pernah berubah
akurnya tidak pernah terdetik
pada seorang suami
walau ditinggal sendiri
ditandus nan kering
atas nama sebuah perintah

Di mana 
Kekasihku, Hajar
yang tercari dalam ruang mimpi
yang selalu menyebut rindu
pada Allah nan Esa
dan atas sebuah sabar
Ismail menghentak-hentak
tanpa disangka
zam-zam mengucur deras
penghilang dahaga

Kini, di mana kau Hajar? Kekasihku

2 Jun 2023
Bukit Safa/Bukit Marwah

PCR: nyanyi di taman

Aku bernyanyi di taman
burung-burung bernyanyi di dahan
kemudian terbang
aku tinggal memandang

beginikah akhirnya?

aku pulang seorang-seorang
membaringkan siulan dahulu
di ranjang rindu

aku baring seorang-seorang
lumpuh seluruh
bulan dan bintang renggang
di simpang

beginikah akhirnya?

burung-burung terbang
tidak pulang
tidak datang...

Kekayaan pemimpin klate

KAYA SUNGGUH PAK LEBAI PAS...

"Dr. Nasharudin dan anggota kanan PAS yang Iain juga mendapat faedah secara peribadi, menikmati dan mempamerkan kemewahan baru dari wang yang disalurkan ke akaun parti PAS oleh Najib Razak. 

Dr. Nasharudin telah menunjukkan kekayaan barunya dengan membeli kenderaan bernilai tidak kurang daripada RM1.5juta (termasuk BMW 525 berharga RM388,000; Mini Clubman berharga RM230,000; Toyota Vellfire berharga RM290,000; Toyota Camry berharga RM150,000; Toyota Fortuner berharga RM200,000. 
Hartanah termasuk rumah di Bangi, Selangor bernilai RM3juta, dibeli dengan wang tunai. Ahli Parlimen PAS dan tokoh kanan PAS ini telah membeli kereta mewah baru dan rumah baru dan menikah dengan isteri kedua dan ketiga, membelanjakan wang yang lebih dari mencukupi, jauh melebihi gaji politiknya dan apa yang beliau boleh bayar sebelum ini. 

Dengan cara ini, Timbalan Ketua Menteri Kelentan, Mohd Amar Nik Abdullah telah membeli beberapa buah kereta mewah, termasuk Range Rover, Audi 6, Toyota Vellfire dan Toyota Altis dan membina beberapa buah rumah untuk keluarganya;

Pemimpin PAS, Rohani Hashim Jasim, membeli kereta Porsche Cayman; 

Ketua MP dan Ketua Penerangan PAS, Khairuddin Aman Razali, memberikan isteri keduanya RM500,000 dan kereta Audi Q7 sebagai hadiah; 

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan Tantawi, membeli Toyota Vellfire bernilai RM300,000; 

Setiausaha Majlis Syura, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh, memperolehi ganjaran Mercedes mewah dengan nombor plat PAS 9, bernilai kira-kira RM100,000 dan Audi mewah; 

Takiyuddin Bin Hassan, Ahli Parlimen Kota Baru dan Ketua Setiausaha PAS, telah membeli sebuah motosikal mewah dan beberapa buah kereta mewah, termasuk Volkswagen Passat berharga RM160,000 dengan plat nombor peribadi TAK 11, bernilai sehingga RM100,000; 

Muhammad Khalil, Pemimpin Pemuda PAS, telah memperolehi ganjaran motosikal mewah BMW; dan 

Mokhtar Senik, Pengerusi Majlis Ulama PAS Pahang, telah membeli Mercedes dan Toyota mewah." 

Sumber: (Sedutan dari Dokumen Pernyataan Pembelaan Oleh Peguambela Kepada Claire Rewcastle Brown Editor Sarawak Report Sebagai Defendan)

Kajian shiruto dr inagawa

 SHIRUTO dan KERTAS PENYELIDIKAN BE International hadirkan  Saintis Shiruto... Proffesor Inagawa  dlm "Meet The Expert" pada 20 Au...