PENGAJARAN DARI ADELAIDE
MURNINYA PENDIDIKAN KPD ANAK2..
1. Aku menulis pasal pendidikan di Australia dan Adelaide khususnya kerana aku pernah ada pengalaman menghantar anak ke sekolah sekitar 2005.
2. Prinsip mereka tidak pernah berubah.. berfokus kepada satu perkara - MURID ! Mereka menyediakan kemudahan asas yang cukup dan terkini kerana itulah keperluan MURID. Memberikan beban fizikal dan kognitif kepada MURID di awal persekolahan tidak ada dalam kamus pendidikan mereka.
3. Mereka mulakan pendidikan dgn membina sikap suka belajar kerana MURID mempunyai curiousity yang tinggi. Dalam masa yang sama, mereka latih kepimpinan MURID bukan dgn berbezanya uniform, memakai tie atau apa sahaja, tetapi utk kemajuan MURID sendiri.
4. Misalnya beberapa murid Tahun 5/6 dilantik sebagai representatif untuk mendengar keperluan dan cadangan MURID dalam pelbagai aspek utk dibawa kepada perhatian sekolah.
5. MURID disediakan kemudahan up-to-date spt interactive TV, lappy dalam kelas malah 3D printer dll BUKAN kerana sekolah terlebih duit, atau ingin menunjukkan hebatnya sekolah mereka tetapi kerana itu adalah keperluan semasa MURID.
6. MURID tidak membawa beg dgn buku teks, malah beg ditinggalkan tersusun / digantung diluar kelas kerana mereka lebih selesa utk mengajar MURID secara terbuka berpandukan silibus yang ada, bukan menyempitkannya dgn buku teks. Mereka wujudkn LMS utk.memudahkan MURID.
7. PBD dan PdP bagi mereka adalah tentang kemenjadian MURID. Murid yang diberikan sokongan dan bantuan dapat dilihat berterusan setiap hari, oleh guru sokongan / pembantu guru.
8. Malah, ada murid Year 1 memasuki kelas Year 2 utk satu2 subjek yang mereka dah kuasai, supaya sokongan dan bantuan dapat diberikan kepad murid yang belum menguasainya lagi
9. Bantuan / sokongan ini menjadi aktiviti yang terurus dan diurus dengan baik utk kemenjadian murid. Akan ada sahaja kelihatan guru sokongan membantu sekelompok murid dalam setiap kelas setiap hari.
10. Adakah ini sesuatu yang IDEAL ? Tentu tiada yang IDEAL dalam dunia ini, tetapi matlamat membantu MURID adalah idealism dalam pendidikan. Jangan semakin banyak guru terbaik, pengetua terbaik, sekolah terbaik, macam2 lagi yang terbaik, tetapi kemenjadian murid secara keseluruhan terbalik..
OT
No comments:
Post a Comment