Thursday, 16 March 2023

OT: isu pendidikan

Isu2 Utama Pendidikan Negara
1. DSKP
DSKP satu naskah lengkap tetapi terlalu ambitious. Kurikulum sebegini bukan kurikulum Abad 21. Mempertahankan DSKP sama spt mempertahankan sesuatu yang tidak praktikal dan realisitik, khususnya untuk anak2  Tahap 1 yang memerlukan permulaan persekolahan dengan orientasi yang manusiawi, kasih sayang serta perhatian. 

2. Beg berat dan loker
Bagi saya, isu ini boleh sahaja selesai jika semua bahan dijadikan bentuk digital. Namun, itu bukan penyelesaaiannya kerana buku teks 'at the first place' bukanlah satu keperluan di sekolah rendah. Tiada apa yang dapat menggantikan guru. Pada Tahap 1, pendekatan pelbagai aktiviti lebih utama, dengan subjek yang ringan dan terbuka. Fokus kepada 3M dan pembentukkan karektor. Loker diperlukan spt negara 4 musim utk menyimpan jaket, kasut dll keperluan peribadi, bukan utk simpan buku teks. Elahai...

3. Beban guru.
Sistem ONE SIZE FITS ALL dan penilaian KPI melalui kejayaan mendokumentasi pelbagai program menjadikan beban terkumpul kepada guru. Sistem yang lembab dan kerja-kerja memasukkan pelbagai data tanpa apa2 keperluan kepada feed back, intervensi serta sokongan kepada kemenjadian murid, hanya membebankan guru tanpa sebarang manfaat. Tiada kerja pengkeranian patut dilakukan oleh guru.

4. STEM
STEM hanya retorik, sedang ia adalah ubiquitous. Memekik-mekik slogan STEM tak akan bawa ke mana kerana ia bermula dgn minat murid kepada Sains dan Maths yang bermula di Tahap 1. Sesuatu yang terlambat jika minat Sains dan Maths ingin dipupuk ketika Tingkatan 4. Sains memerlukan aktiviti yang tangible dan mudah utk memahami fenomena alam, bukan akhirnya membawa kepada teknik menjawab inferens yang sangat meloyakan.

5. Kelas padat
Kelas padat ditambah dengan guru yang touch-n-go, kemudahan serba tiada menjadikan semuanya melelahkan. Guru mengajar dan berpenat2 melakukan apa sahaja, namun kelas padat menjadikan semuanya terhambat. Sistem dan pemikiran apakah yang selama ini 
digunakan sehingga kelas di kebanyakkan sekolah semakin padat lalu menjadi satu kebiasaan yg dijawab dgn 'Nak buat macamana, kelas kurang dan murid ramai ?'. 
 
6. PBD, UASA dan TP
Tujuan PBD sangat JELAS dan ASAS, untuk memastikan kemenjadian murid. Murid yang bermula perlahan (diberikan TP rendah) tetapi tidak disusuli dgn sokongan (intervensi) maka PBD, TP adalah satu 'lakonan'.

7. Otonomi
Tiada satu sekolahpun yang mempunyai pendekatan yang sama di negara maju, wpun hanya terpisah beberapa meter jaraknya.  Masing2 ada kekuatan utk mengurus murid dgn kepercayaan dan otonomi tanpa berbelah bagi diberikan kepada guru. Mengapa guru yang sudah mengajar 20 tahunpun, masih lagi tidak dipercayai ?

8. Pendidikan bukan Persaingan 
Fokus pendidikan utk persaingan adalah 'disqualified'. Pendidikan bukan utk sengaja membandingkan antara murid, guru, sekolah dan negeri dalam satu negara. Sekolah adalah untuk 'menjadikan' murid dalam semua bentuk tanpa ada keperluan mebanding2kan mereka. 

9. Fokus
Fokus utama pendidikan adalah murid. Dengan ini perlu dibekalkan segala keperluan utk guru melaksanakan tugas mereka dengan baik dan selesa. Dua sekolah yang saya lawat dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sehingga ada makmal SRT yang canggih dan makmal komputer  / sains dengan 3D printer, mengapa seluruh sekolah Msia satupun tak ada kemudahaan ini ?

10. Gred
Berbangga dgn gred bukan keutamaan dan ciri pendidikan sekolah rendah yang implikasinya akan terbawa2 ke sekolah menengah, tetapi membantu mereka utk maju dan berjaya dengan optimum adalah keutamaan.

Pendidikan di Msia baik, dan boleh maju kehadapan jika asas pendidikan utk kemenjadian murid menjadi keutamaan dan segala usaha difokuskan kepada kemenjadian ini. Selama ini penonjolan lebih kepada kejayaan yang sedikit sambil menyembunyikan kegagalan yang banyak, lalu kesalahan tersebut disandarkan pula kepada guru, bukan kepada dasar pendidikan sendiri. 

OT - Adelaide

No comments:

Post a Comment

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...