Kelebihan makan kurma Ajwah
Terdapat hadis-hadis yang menyebutkan mengenai kelebihan memakan 7 biji kurma Ajwah pada waktu pagi. Di antaranya daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi SAW bersabda :
مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ
Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” [HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)]
Begitu juga, daripada Aisyah R.Anha bahawa Nabi SAW bersabda :
إِنَّ فِي عَجْوَةِ الْعَالِيَةِ شِفَاءً - أَوْ إِنَّهَا تِرْيَاقٌ - أَوَّلَ الْبُكْرَةِ
Maksudnya : “Sesungguhnya pada kurma Ajwah ‘Aliyah itu ada ubat penyembuh atau ia merupakan ubat penawar bagi racun, apabila dimakan pada awal pagi.” [HR Muslim (2048)]
Imam al-Nawawi menyatakan bahawa ‘Aliyah ialah kawasan yang terdiri daripada kebun-kebun, perkampungan dan pekan dari dataran tinggi Madinah yang menuju ke arah Najd. Atau dataran rendah dari arah yang lain yang menuju ke Tihamah. Kawasan ‘Aliyah yang paling dekat dari Madinah adalah pada jarak 3 batu (mil) dan yang paling jauh adalah pada jarak 8 batu. [Lihat : al-Minhaj Syarh Sahih Muslim (14/3) dan Ikmāl al-Mu’lim bi fawāid Muslim]
Dalam satu riwayat lain daripada Saad bin Abi Waqqas datang dengan lafaz tanpa menyebut kurma Ajwah :
مَنْ أَكَلَ سَبْعَ تَمَرَاتٍ مِمَّا بَيْنَ لَابَتَيْهَا حِينَ يُصْبِحُ، لَمْ يَضُرَّهُ سُمٌّ حَتَّى يُمْسِيَ
Maksudnya : “Sesiapa yang memakan pada waktu pagi tujuh biji kurma, yang ditanam antara dua bebatuan hitam, tidak akan memberi mudarat kepadanya sebarang racun sehinggalah petang.” [HR Muslim (2047)]
Akan tetapi di dalam Mustakhraj Abi Awanah, selepas disebutkan hadis di atas, dinukilkan pula kata-kata daripada Abu Tuwalah yang menyebut bahawa dia mendengar orang ramai menyebut kurma yang dimaksudkan adalah kurma Ajwah. Begitu juga, Ibnu Wahb menyatakan perkara yang serupa. [Lihat : Mustakhraj Abi Awanah, no. 8341, (5/189)
Leh je ambik vaksin tu. Amalkan benda yang nabi Muhammad SAW ajar..
No comments:
Post a Comment