Tuesday, 10 August 2021

Air itu api, api itu air

Kekuatan Sihir Dajjal


Atas izin Allah SWT, alMasihi Dajjal mempunyai kekuatan yang luar biasa, fitnah  ini yang ia lakukan adalah menjebak, menipudaya umat manusia dengan sihir teknologi juga psikologi dan menjerumuskan manusia kepada fitnah syurga dan neraka yang ia miliki, dalam hadits disebutkan;


 إِنَّ مَعَهُ مَاءً وَنَارًا فَنَارُهُ مَاءٌ بَارِدٌ وَمَاؤُهُ نَارٌ فَلاَ تَهْلِكُوا  


“Sesungguhnya bersamanya ada air dan api, apinya adalah air dingin dan airnya adalah api, kerana itu janganlah kalian binasa.” 

(Hadis Riwayat Bukhori dan Muslim)


Sesungguhnya para Iblis Laknatullah, syaitan, jin² kafir, Yahudi² yang mengimaninya akan terus memberi bantuan untuk mengukuhkan pembohongan Dajjal. 

Sementara manusia lain yang lemah iman & amal, hati tidak pasrah kepada ALLah serta tidak menghayati ibrah perjuangan pemuda-Ashab-ul-Kahfi dari Surah alKahfi akan terus hanyut mempercayai setiap tipudaya Dajjal dan sekutunya.


Neraka api atau kurungan hidup dari bebas merasakan kelazatan nikmat hidup dunia terpaksa meneladani khalwah uzlah Ashab-ul-Kahfi itulah syurga sebenar bagi mukmin sejati di dunia fitnah Dajjal, 

dan syurga air atau keseronokan hidup yang memperolehi kebebasan kelazatan nikmat kesoronokan dunia itulah neraka sebenar bagi mukmin sejati di dunia fitnah Dajjal. 



Maksud dari hadis ini adalah kenikmatan yang ditawarkan dan ditunjukkannya itu berupa keburukan sedangkan keburukan yang ada itu berupa kenikmatan yang sesungguhnya. Manusia yang mudah haus akan kenikmatan duniawi tentunya akan mudah terjebak dalam fitnah Dajjal tersebut. Namun yang celik hatinya tidaklah ramai; baik para pemimpin mahu pun cerdik bijak pandai semuanya yakin dan percaya dengan semua pembohongan Dajjal kerana apa? Dari kerana hati telah terikat dengan dunia. Hanya mereka yang hatinya tidak terikat dengan isi dunialah yang segera celik hatinya. 

Tafsir Surah alKahfi bukanlah sekadar untuk dibaca dan dikisahkan, tetapi mencontohi teladan 7 pemuda gua tersebut dan juga teladan kisah Nabi Musa 'alayhisSalam bersama Nabi Khidr 'alayhisSalam. InShaa Allah kita dikurnia pertunjuk yang benar merungkai pembohongan Dajjal.


Daripada Abu Hurairah RA berkata, bahawa Nabi SollaLLahu'Alayhi Wa Sallam bersabda:


الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ، وَجَنَّةُ الْكَافِرِ


Maksudnya: “Dunia merupakan penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang yang kafir”.


Sumber Hadith


Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnad-nya (8289), Imam Muslim di dalam Sahih-nya (2956), Imam al-Tirmidzi di dalam Jami’-nya (2324) dan Imam Ibn Majah di dalam Sunan-nya (4113).


Hukum Hadith


Imam Muslim meletakkan hadith ini di dalam Sahihnya maka ini bermakna hadith ini adalah sahih.


Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini hasan sahih.


Imam Ibn Hibban meletakkan hadith ini di dalam sahihnya.


Syeikh al-Arna’outh mengatakan hadith ini sanadnya sahih mengikut syarat Imam Muslim ketika mentaqiqkan Musnad Ahmad.


Makna Hadith


Imam al-Nawawi berkata makna hadith ini bahawa setiap orang mukmin dipenjara dan dihalang di dunia ini daripada syahwat yang haram dan makruh. Orang mukmin itu juga mukallaf (dituntut) untuk melakukan perbuatan ketaatan yang berat. Namun begitu, apabila dia meninggal maka dia akan berehat daripada semua ini. Dan semua itu akan berubah sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah SWT kepadanya daripada nikmat-nikmat yang berkekalan dan juga kerehatan yang sebenarnya tanpa berkurang apa pun. Adapun orang yang kafir, mereka juga memperoleh apa yang mereka lakukan di dunia dalam keadaan sedikit dan kehidupan yang tidak sempurna atau samar-samar. Apabila dia meninggal, dia akan diazab buat selama-lamanya dan akan berada di dalam kepayahan yang abadi. Lihat al-Minhaj (93/18).


Imam al-Munawi dalam mensyarahkan hadis ini dalam Faid al-Qadir (3/546), telah menyebut sebuah kisah yang diambil daripada para ulama: “al-Hafiz Ibn Hajar (al-Asqalani) Ketika dia menjadi Ketua Qadi berjalan pada suatu hari melintasi sebuah pasar. Ketika itu beliau dalam sebuah rombongan penunggang haiwan kenderaan yang besar, cantik lagi mengagumkan.

No comments:

Post a Comment

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...