Bagi mereka yang pemerhatiannya masih tajam, atau yang dipandu dengan ahli Basirah dan tidak berminat dengan permainan dan hiburan dajjal. Atau mereka yang tidak berminat dengan fesyen terkini, gaya rambut terkini, trending terkini, movie terbaru dan lain-lain "Syurga" yang ditawarkan dajjal supaya kita "buta" dari melihat realiti atau sekurang-kurangnya tidak expect apa yang mereka sedang buat di dunia "gelap" mereka,
pasti akan tahu tentang satu projek besar-besaran sekumpulan billionaire yang ingin MEMBUNUH sebahagian besar populasi dunia. Ritual mereka dibuat di merata negara.
Dan ia atas arahan dari seorang lelaki berambut kuning kerinting berkulit putih merah yang kini berada di dalam sebuah pulau terpencil.
Pembunuhan beramai-ramai di akhir zaman bukan satu rahsia lagi bila Nabi Muhammad sallallahu Alaihi Wasallam telah pun khabarkan dan bongkar rahsia tentang perkara ni dalam hadis-hadis baginda berkenaan tanda-tanda kiamat. Kalau nak berkuasa, nak jadi presiden di USA , mesti kena create war sebagai ritual.
Dan ia diakui secara jelas oleh salah seorang Billionaire iaitu Bill Gates, seorang Yahudi yang "mungkin" terlibat dalam misi mengurangkan populasi dunia.
Tokei FB si Mark ni pun antara Yahudi yang jadi alat besar untuk jayakan misi besar ni.
Kerosakan di seluruh dunia khasnya dunia Arab (contohnya Arab Spring) , perang di Syria, Iraq, Libya, pembunuhan di Mesir, Turki dll...
tidak salah untuk kita katakan antara penyebab utamanya adalah FB.
Bahkan kerajaan Malaysia yang kebal 60 tahun pun terpaksa tunduk jatuh terkena penangan FB.
Sangat mudah untuk buat sesuatu masyarakat bangkit mengangkat senjata.
Sekarang mereka banyak menyerang China kerana China ada "dajjal" sendiri yang kurang mengikut telunjuk "dajjal" barat (walaupun pada hakikatnya kedua-duanya adalah dari dajjal yang sama, so tak hairanlah kalau dia dipanggil dajjal, memang bapak penipu pemutar belit terbesar yang Allah pernah cipta).
Jadi propaganda pun disebar di FB. Untuk buat dunia "menyerang" atau mungkin untuk meminta pertolongan dari barat supaya lancarkan nuklear sekali lagi ke kawasan Asia jauh ni.
Tiba-tiba juga Uighur disensasikan.
Pendek cerita, hanya dengan FB, sudah berpuluh-puluh perang sudah berlaku.
Jadi bukan calang-calang si Mark ni, mastermind yang bukan rahsia lagi.
The Billionaire Yang saya pernah cerita pada status yang lepas, mereka itu sentiasa ada pewaris dan saling menaikkan, mereka tidak risau dengan kejatuhan ekonomi kerana merekalah yang kawal ekonomi dunia. mereka boleh pilih mana-mana Yahudi untuk naik jadi Billionaire, dengan syarat orang itu mesti berbaiah dengan ketua mereka, serah darah dan jual soul mereka pada iblis melalui dajjal. Macam filem? fantasi? You can laugh now.
Dalam kitab futuhussyam karangan imam alwaqidi, Saidina Abu Bakar r.a ketika melanggar negara Rom telah berpesan tentang golongan ni. Tentera muslim dilarang robohkan rumah ibadat, dilarang bunuh orang tua, perempuan, kanak-kanak, paderi, tumbuhan, tapi Saidina Abu Bakar telah perintahkan khusus untuk bunuh golongan satanism (penyembah syaitan) dan tandanya ada di tengkorak mereka. Rumah-rumah ritual penyembahan syaitan dan golongan yang jual darah mereka pada iblis dan dajjal diarahkan untuk dibunuh semuanya.
Sacrifice ritual ni bukan benda baru, dah lama berlaku sejak zaman sebelum nabi. Bahkan diamalkan secara meluas di Mesir dulu hingga jin yang menguasai sungai nil tidak mau mengalir jika tidak dikorbankan anak dara dalamnya. Bila Saidina Umar r.a hantar surat pada jin dalam sungai tu, terketar-ketar dia sampai ke hari ni terus mengalir tanpa berani sekat lagi sungai nil tu.
Dan amanat khalifah ini berterusan ke khalifah seterusnya. Sampailah ke Sultan Salahuddin Al-Ayyubi rah. yang terkenal kerana tidak membunuh orang Kristian di Jerusalem ketika menakluk semula Palestin. Tetapi baginda Sultan telah perintahkan untuk bunuh semua tentera khas underground Yang bukan orang Kristian, tetapi golongan satanic.
Dan golongan yang samalah kini menguasai white house dan Palestin, sehinggakan Yahudi asli pun marah dan setiap minggu berkumpul untuk membantah negara haram Israel kerana kata mereka puak Zionist itu bukan Yahudi sebaliknya mereka dikuasai kuasa lain dan nama Yahudi digunakan untuk buatkan muslim dan Yahudi saling membenci.
Golongan ini tiada agama kerana mereka penyembah syaitan, mereka selalu beritual dan bertemu dengan ketua mereka secara "ghaib".
Melayu lama panggil ragasukma
Ulama panggil safar roh
Saintis panggil astral projection
letaklah nama apa pun, itulah cara berkomunikasi dengan dunia satu lagi. Dari situ arahan dikeluarkan.
Para presiden, menteri, raja semuanya terpaksa tunduk pada mereka kerana mereka memegang hasil bumi, emas, Perak dan bahkan akaun bank mereka dan negara.
Jadi tak hairan bila masanya tiba nanti, dajjal datang dan akan mengakui sebagai tuhan. Sebab memang semuanya dibawah kawalan mereka. Harta digital, harta fizikal, makanan, musim bahkan ada pengkaji yang mendedahkan mereka mencipta alat untuk mencipta "bencana alam".
Makanan yang wujud disekeliling kita semuanya racun. Penuh kimia dan perubahan genetik hingga jadi asbab kanser dll. Sumber air kita dicemari heavy metal dll racun. Udara kita pun penuh racun, entah segala karbon semua ada.
Jadi tak pelik kalau zaman sekarang penuh dengan penyakit pelik sehingga ada yang diumumkan sebagai "tiada ubat".
Semua ini dirancang rapi oleh puak satanic atas perintah mastermind mereka untuk DÉPOPULATION.
dalam hadis pun ada bagitau tentang perkara ni.
ada hadis nabi suruh simpan emas dan Perak (bahaya harta digital)
ada hadis nabi suruh tanam sendiri dan ternak sendiri makanan (bahaya makanan industri yang penuh bahan kimia beracun dan sebabkan penyakit jangka masa panjang)
ada hadis tentang fake news, Ada hadis tentang al-haraj (pembunuhan beramai-ramai), ada hadis tentang pencemaran udara, tentang kegelapan, tentang kecelaruan alam (padang pasir tumbuh hijau, negara panas turun salji dll), dan semua itu dinamakan "sihir" oleh baginda.
Padahal zaman ini kita panggil "teknologi".
Tidak sihir ke FB bila ia ambil masa kita berjam-jam setiap hari sampai ada anak mati, ada kereta accident, tinggal solat bahkan sampai jadi perang dll?
Kata Shaikh Hamza Yusuf dalam satu ceramah beliau, ada ramai saintis zaman dulu merupakan ahli sihir. Jadi apa kaitan sihir dengan teknologi?
Teknologi kita semua perlukan api(elektrik), dan semua pun maklum kaitan api dengan alam kedua.
Terlalu banyak rahsia yang nabi sudah bongkar, tapi tak ramai yang nampak sebab semuanya sibuk dengan sistem .
keluar pagi, balik malam.
Tengok FB 2jam, maki hamun orang dalam FB,
membawang sana sini,
tengok raja lawak, tengok movie, tengok drama
tidur, esok teruskan rutin sistem macam biasa.
Jadi bila nak tengok peringatan peringatan dari nabi?
Ada yang beruntung sebab mereka selalu berdamping dengan ulama, dengan guru mursyid, sehingga mereka sentiasa diingatkan tentang dajjal.
Jadi alang-alang saya masih hidup, suka saya ingatkan perkara yang sama pada tuan² puan² adik² semua.
Projek dépopulation mesti dibuat supaya manusia jadi sikit dan mudah untuk dikawal.
tapi nabi dah bagitau, akan ada sekumpulan kecil yang sentiasa dipelihara Allah, mereka terus berada dalam jalan kebenaran dan istiqamah dalam kebenaran.
Mudah-mudahan kita semua termasuk dalam golongan tu.
Belajar alert, jagalah makan minum kita, jagalah sekeliling kita, jagalah hati dan ibadah kita dari semua distraction yang ada.
Kredit:Zakuan Faiz
No comments:
Post a Comment