Friday, 4 December 2020

Vaksin jawapan kpd maza




MENJAWAB TULISAN S.S. DATO DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
MUFTI NEGERI PERLIS BERTAJUK “VAKSIN: MINDA UMAT YANG MUNDUR”.

Saya terbaca tulisan yang dikeluarkan di laman facebook S.S. Mufti Negeri Perlis berkenaan “Vaksin: Minda Umat Yang Mundur”. Saya lihat ada beberapa perkara yang dilontarkan oleh beliau yang perlu dinilai semula dan diperbetulkan memandangkan beliau seorang figura yang menjadi rujukan jutaan umat Islam di negara kita.

Pertamanya, anggapan beliau bahawa vaksin seolah-olah satu-satunya ‘ubat’ yang ada di atas dunia ini untuk membendung penularan wabak yang berlaku. Kata beliau:

“Dalam isu vaksin umpamanya, dunia muslim sepatutnya yang mengepalai penghasilan vaksin yang dapat menyelamatkan manusia dari ancaman wabak ini”.

Jawapan: 
Perlu diperbetulkan kefahaman ini bahawa, 
a) Vaksin bukan ubat tetapi punca penyakit yang telah diolah untuk meransang immune dalam tubuh badan agar melawan penyakit tersebut , sama ada penyakit itu telah wujud di tempat tersebut atau belum wujud. 
(Rujuk dalam artikel Soalan Lazim Mengenai Vaksin Dan Imunisasi, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dikemaskini Julai 2015)

b) masih ada alternatif lain untuk merawat penyakit berkaitan jangkitan virus dan bakteria ini. Buktinya terdapat banyak kajian yang dilakukan berkenaan hubungkait antara penyakit dan nutrition seseorang individu . 

https://theconversation.com/malnutrition-and-epidemics-are-intertwined-that-makes-fixing-food-systems-crucial-135333

Selain itu, terdapat banyak lagi bahan-bahan yang berpotensi untuk dijadikan ubat termasuk penyakit-penyakit melibatkan penyakit berjangkit ini.

c) Vaksin adalah ‘punca penyakit’ sedangkan hadits Nabi SAW melarang sebarang penggunaan bahan yang menjadi punca penyakit sebagai ‘ubat’. Sabda Nabi SAW:

إِنَّهَا لَيْسَتْ بِدَوَاءٍ وَلَكِنَّهَا دَاءٌ
Maksudnya: “Sesungguhnya arak itu bukan ubat, tetapi penyakit.”

Riwayat al-Tirmizi (2046)
 
Sabda Nabi SAW lagi:

إِنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ الدَّاءَ وَالدَّوَاءَ ، وَجَعَلَ لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءً فَتَدَاوَوْا وَلاَ تَدَاوَوْا بِحَرَامٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubat dan menyediakan bagi setiap penyakit itu ubat. Maka berubatlah, dan janganlah kamu berubat dengan benda yang diharamkan.”
Riwayat Abu Daud (3870)

Begitu juga dalam Riwayat disebutkan:
نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الدَّوَاءِ الْخَبِيثِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW telah melarang (menggunakan) ubat dari sumber yang kotor (najis).”
Riwayat al-Tirmizi (2045)

Sabda Nabi SAW lagi:
إِنَّ اَللَّهَ لَمْ يَجْعَلْ شِفَاءَكُمْ فِيمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمْ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak menjadikan penyembuh buat kamu dari apa yang diharamkan ke atas kamu.”
Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (20171)

Jelas bahawa penggunaan bahan haram, ditambah pula ia adalah punca penyakit adalah HARAM di sisi Islam.

Keduanya, tentang kekeliruan beliau berkenaan konsep istihalah dalam perubatan. Kata beliau:

“Secara amnya, sesuatu produk perubatan seperti vaksin, bahan-bahan yang digunakan akan melalui proses yang pelbagai tahap (chemical transformation) yang mana tiada lagi sifat asal bahan yang digunakan di peringkat awal. Produk akhir itu sama sekali tidak lagi sama dengan bahan yang digunakan di peringkat awal. Proses ini dalam istilah fekah dinamakan dengan istihalah. Jika proses ini telah menghilangkan sifat asal, maka hukum ‘haram’ pada bahan asal tidak boleh dipakai lagi pada produk akhir bahan tersebut kerana telah bertukar ke bahan yang lain.”

Jawapan:

Terdapat beberapa kekeliruan kefahaman beliau tentang ilmu perubatan antaranya:
a) Beliau tidak jelas tentang kandungan bahan di dalam vaksin itu sendiri. Perlu diketahui bahawa di dalam vaksin yang digunakan di Malaysia terdapat galetin babi dan bahan-bahan berisiko lain yang berbahaya untuk kesihatan manusia.

b) Untuk berlakunya istihalah dalam sesuatu bahan, bahan tersebut perlu berubah 100% daripada zat dan sifat asalnya  ( Rujuk dalam Majlis Penyelidikan dan Fatwa Eropah tahun 2013). 

Persoalannya, gelatin babi yang disuntik dalam darah kita adalah zat asal gelatin itu sendiri. Bukan berubah kepada zat dan sifat yang lain. Ia kekal sebagai gelatin babi dan ia kekal sebagai satu juzuk daripada babi! Begitu juga sel janin (bayi yang dah mati) yang sengaja digugurkan telah digunakan dalam pembuatan vaksin, ia kekal sel janin dan tidak berubah sedikit pun. Ia dikatakan istihalah jika di berubah kepada sel lain (jika ia boleh berlaku).

c) Menurut mazhab Syafie, istihalah perlu berlaku secara semulajadi tanpa campuran bahan pemangkin lain. Contohnya, arak yang yang berubah menjadi cuka disebabkan dijemur ditengah panas adalah tidak sah kerana ia tidak berubah secara semulajadi. Bahkan bagi mazhab Syafie, perubahan dari sesuatu yang haram kepada suci atau halal hanya berlaku dalam tiga perkara sahaja iaitu arak yang bertukar menjadi cuka secara semualajadi, kulit bangkai binatang selain anjing dan babi menjadi suci apabila disamak dan sesuatu yang berubah menjadi binatang hidup seperti bangkai berubah menjadi ulat kerana terjadi suatu kehidupan baru . 

(http://ejournal.ukm.my/ebangi/article/viewFile/20398/6436)

d) Istihalah dalam ilmu perubatan lebih kritikal sebenarnya. Kerana ia kekal terikat dengan hadits Nabi SAW yang melarang berubat dengan bahan yang haram. Maka ia patut dicermati dengan lebih teliti.

e) Jangan hanya kerana sesetengah pihak datang dan bentangkan istilah-istilah ‘jargon’ yang belum pernah kita dengar maka kita anggukkan saja dan mengikut telunjuk mereka. Maka pentingnya mendengar daripada pihak lain dan hujah-hujah mereka supaya kita dapat mengeluarkan hukum dan fatwa yang lebih adil dan seimbang.

Begitu juga kata beliau:
“Atas asas ini, Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research) yang terdiri dari 32 tokoh ilmuwan seluruh dunia termasuk al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi, al-Syeikh Dr. Abdullah bin Bayyah, al-Syeikh Dr. Abd al-Sattar Abu Ghuddah, al-Syeikh Dr. Ali al-Qaradaghi dan ramai lagi menfatwakan halal bahan tambahan (additives) yang mengandungi sebatian yang berasal dari bahan haiwan yang tidak halal”.

Jawapan:
Perlu difahami bahawa, pandangan para ulama ini berkenaan bahan additives yang berasal dari sumber haram dan telah berubah sifatnya secara total. Maka adakah bahan-bahan haram dalam vaksin ini telah berubah sepenuhnya?

Kata beliau lagi:
“Maka, jangan kita dangkal dengan menganggap jika vaksin itu mempunyai bahan asal yang haram maka seketul daging haram berada dalam vaksin tersebut. Apatahlagi, difahamkan kebanyakan vaksin COVID 19 tidak membabit bahan haiwan secara langsung. Jika pun ada bahan asal yang haram, proses perubahan kimia (chemical transformation) itu adalah istihalah yang menjadikan ia bersih dan halal. Tidak dinafikan di sana ada pendapat fekah yang lebih sempit dan ketat dalam hal ini. Namun, itu bukan pilihan untuk awam terutama pada waktu yang seperti ini”.

Jawapan: Jelas dalam kenyataan beliau ini, beliau tidak tahu-menahu tentang kandungan dalam Covax (nama bagi vaksin Covid-19) itu sendiri. Bahan yang digunakan dalam pembuatan vaksin ini masih sama iaitu sel janin sebagai perumah, virus itu sendiri serta bahan-bahan terlarang seperti pengawet dan penstabil. Saya yakin beliau tidak lihat sendiri pada insert yang sebenar pada botol vaksin tersebut. Saya yakin. Perkara yang beliau sering ulang sepanjang artikel beliau ini hanyalah “chemical transformation” dan “istihalah” sahaja.

Di akhir penulisan, beliau berkata:
“ Sepatutnya, dalam musim ancaman wabak dan kesukaran mencari penawar bagi membolehkan manusia meneruskan kehidupan dengan selamat, tokoh-tokoh umat Islam, jika pun tidak dapat menawarkan produk perubatan kita, sekurang-kurang mengemukakan keluasan fekah kita yang bersifat menyelamatkan manusia terutama dalam keadaan yang mendesak. Jangan kita sulitkan lagi keadaan dengan mengambil pandangan hukum yang sempit untuk umat. Jika ia untuk pegangan peribadi, itu pilihan individu. Adapun hukum untuk negara dan awam, hendaklah ke arah taisir atau memudahkan. Jika pun kita hendak menegaskan keperluan bahan asal halal, kita boleh sebut jika terdapat vaksin yang bahan asalnya halal maka itu pilihan utama dan terbaik. Jika tidak, sekalipun bahan asalnya haram namun jika telah melalui proses istihalah atau perubahan sifat bahan (chemical transformation), maka itu juga boleh digunakan.”

Jawapan:
a) Beliau masih beranggapan bahawa vaksin adalah satu-satunya ‘penyelamat’ umat. Ini satu kefahaman bathil yang perlu diperbetulkan. Hakikatnya, vaksin terdiri daripada unsur-unsur yang haram dan memudaratkan. Buktinya Adverse events following immunization (AEFI) adalah kesan sampingan yang benar-benar wujud selepas pengambilan vaksin dan ia tidak diterangkan secara jujur oleh pihak kesihatan di negara kita.

b) Tentang berubat dengan benda yang haram ini ulama berbeza pandangan (walau pun vaksin bukan ubat, tapi kita tetap bincangkan untuk kefahaman orang awam). Satu pandangan ulama mengharamkan secara total sebagaimana hujah-hujah mereka yang disebutkan dalam hadits-hadits di atas. 

Pandangan yang kedua pula sebagai mana yang disebutkan oleh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ialah seperti berikut:

“Namun, kelonggaran mengambil bahan yang haram untuk tujuan berubat adalah berdasarkan syarat-syarat berikut:
i. Benar-benar wujud mudharat jika seseorang tidak mengambil bahan-bahan haram tersebut. (Persoalannya, adakah kita benar-benar dalam keadaan darurat?)

ii. Tiada penawar lain yang halal selain daripadanya. (Persoalannya, masih banyak lagi unsur halal lain yang boleh dijadikan ubat, antaranya pengambilan suplimen yang teratur dengan dos yang tepat serta ubat-ubat lain yang sedang dalam kajian sebenarnya).

iii. Ia disyorkan oleh doktor Muslim yang berautoriti dan kuat berpegang pada agama. 

“Walau bagaimanapun, berdasarkan pengalaman sedia ada dan pengakuan pakar-pakar perubatan (yang beliau yakin-pent.), saya ingin nyatakan di sini, TIADA KEPERLUAN pada masa ini untuk mengambil penawar yang HARAM dalam perubatan.”
(Al-Halal Wal-Haram fil-Islam, m/s 58)

c) Sebenarnya kumpulan “pro choice” telah kemukakan beberapa alternative untuk menggantikan penggunaan vaksin yang haram itu tadi. Namun, pihak autoriti agama seolah-olah tidak mengendahkan pandangan mereka. Padahal Dr. Nur Barizah telah mengeluarkan kajian setebal 110 mukasurat tentang manual vaksin yang digunakan dan mencadangkan beberapa penambahbaikan namun pandang mereka langsung tidak diendahkan oleh pihak agamawan ini.

Seharusnya, beliau sebagai pihak autoriti yang diberi amanah dalam hal agama membuat kajian sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada maklumat yang dibekalkan oleh pihak WHO semata-mata. Saya cadangkan beliau membaca kajian yang saya akan sertakan link di bawah untuk perhatian beliau supaya beliau dapat menilai kembali hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak pro-vaksin ini selain dapat menyuburkan budaya ilmu yang sering diwar-warkan oleh beliau sebelum ini.

Setelah semua ini kita bercakap perlunya orang terpercaya(Thiqah) dalam menentukan hukum akhirnya kita berlapang dada dalam isu pembelian Vaksin dari syarikat Pfizer yang jenayah jenayah perubatan dan skandal penipuan melibatkan billionan Ringgit.Kenapa beliau tidak mempersoalkan hal tersebut?

https://t.me/ManualVaksinasiVersiProchoice/2

Semoga Allah SWT mmberi taufik kepada beliau dan kita semua dan menjauhkan kita daripada melanggar syariat-Nya sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.

 Wallahu A’lam.

No comments:

Post a Comment

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...