THE MASTERPLAN :
Oleh: Roujin d'Umi / Buyah
Copypaste: Winda A
[1] PORTUGIS :
Objektif :
a) Musnahkan Melaka dan sistem
feudal di mana Raja dan Sultan
sebagai Khalifah Islam hancur.
- Matlamat TERCAPAI.
b) Kristiankan atau murtadkan umat
Islam Melaka.
- Matlamat GAGAL.
[2] BELANDA :
Objektif :
a) Kristiankan atau murtadkan umat
Islam Melaka.
- Matlamat GAGAL.
b) Musnahkan sistem feudal Melaka
dan Kepulauan Melayu Nusantara
di mana Raja dan Sultan sebagai
Khalifah Islam.
- Matlamat separa tercapai.
[3] BRITISH :
Objektif :
a) Lemahkan sistem feudal Melayu
di mana Raja dan Sultan hanya
berfungsi sebagai Khalifah Islam
dalam bab-bab urusan ugama dan
ibadah ritual Islam sahaja.
- Matlamat TERCAPAI.
b) Miskinkan bangsa Melayu dan
pisahkan mereka dari industri
perlombongan, perladangan dan
perusahaan utama dengan cara :-
- mengimport buruh kerja asing;
- majukan sistem prasarana
bandar-bandar dan membiarkan
kampong-kampong terus mundur
dan terpisah dari aktiviti industri
utama.
- Matlamat TERCAPAI.
[4] THE BACK-UP PLAN :
Liberalkan bangsa Melayu dari
agama dan budaya berasaskan
Islam dengan BANGSA SEKULAR.
METODE :
a) Muliakan Sistem Pendidikan
Sekular dengan tajaan pendidikan
di luar negeri untuk anak-anak raja,
anak-anak pembesar negeri dan
orangkaya-kaya yang bakal jadi
pemimpin dan para pentadbir
negara bila Merdeka.
b) Tegakkan Sistem Pemerintahan
Sekular;
- Demokrasi BerParlimen;
- Sistem Perundangan Civil;
- Sistem Mahkamah Civil;
- Sistem Pendidikan Sekular;
- Sistem Perbankan Kapitalis;
- Sistem Kewangan Kapitalis;
Matlamat dijangka TERCAPAI
dalam tempoh 50 - 100 tahun.
Produk :
"MELAYU ISLAM SEKULAR &
LIBERAL"
AGENDA UTAMA :
Mencegah kemunculan "PANJI HITAM" dari Timur.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
FAHAMAN ISLAM LIBERAL :
pusatislam. usm. my
Terdapat dua fenomena utama yang mempengaruhi psikologi dan jiwa umat Islam.
Pertama :
Fenomena penjajahan barat ke atas negara-negara Islam merangkumi penjajahan dalam bentuk pemikiran, penjajahan ekonomi, budaya dan sebagainya.
Kedua :
Fenomena kemunduran dan ketinggalan umat Islam dalam bidang teknologi dan kemajuan masa kini.
...
Akibat dua fenomena ini, umat Islam secara umumnya terbahagi kepada 4 kumpulan.
[1] Kumpulan pertama adalah mereka
yang putus asa secara menyeluruh
dan menerima hakikat bahawa umat
Islam sememangnya lemah dan tidak
akan mampu menyaingi barat untuk
selama-lamanya. Maka hiduplah
mereka ibarat "melukut di tepi
gantang", adanya tidak menambah,
tiadanya tidak mengurang. Mereka
menumpang di penjuru dunia tanpa
mengganggu sesiapa dan tidak mahu
sesiapapun mengganggu mereka.
[2] Kumpulan kedua adalah mereka yang
mengambil kesimpulan bahawa
agama adalah faktor penghalang
utama bagi mengejar kemajuan barat
dan agama mesti dipisahkan daripada
kehidupan harian jika berhajat untuk
setanding dengan kemajuan barat.
Kumpulan ini lebih dikenali sebagai
golongan yang berfahaman sekular.
Golongan ini cuba mengasingkan
agama dari kehidupan mereka dan
mengasingkan agama di masjid-
masjid dan di institusi-institusi agama
sahaja.
[3] Kumpulan ketiga adalah mereka
yang juga menganggap agama
sebagai halangan tetapi berpendapat
penyelesaiannya adalah dengan
membuka dan membebaskan agama
daripada tafsiran lama yang dikatakan
jumud dan tidak menjadi pemangkin
kepada kemajuan Umat.
Golongan inilah yang dikenali sebagai
golongan Muslim Liberal yang
dipelopori oleh golongan cendikiawan
dan intelek yang merasa mereka
terlajak pandai dengan kehebatan
pemikiran mereka yang dirasakan
terlalu hebat.
Mereka tidak mahu memisahkan diri
dengan agama, namun menggunakan
agama sebagai agenda pelindung
terhadap kekacauan pemikiran
mereka. Mereka amat memerlukan
agama tetapi agama sekadar di
jadikan kosmetik untuk mencapai
kepentingan dunia dan mereka
menganggap merekalah sebenarnya
pejuang agama.
[4] Manakala kumpulan keempat adalah
mereka yang mengakui kelemahan
dan kemunduran umat Islam tetapi
tidak pernah menyalahkan agama
terhadap kemunduran tersebut.
Mereka memuhasabah diri mereka
sendiri dan menyalahkan kelekaan
mereka dalam memahami ajaran
Islam serta kegagalan mempraktikkan
Islam dalam kehidupan mereka.
Golongan terakhir inilah sebenarnya
yang dapat diharapkan untuk
mengembalikan kegemilangan Islam
sepenuhnya.
Artikel ini hanya akan menumpukan perbincangan kepada kumpulan yang Ketiga iaitu kumpulan MuslimLiberal.
Hal ini kerana kumpulan ini terlalu berbahaya kepada kesucian ajaran Islam dan umat seluruhnya. Walaupun kumpulan ini tidak menamakan kumpulan mereka secara jelas tetapi manhaj dan pendirian mereka sama sahaja dan amat mudah dikenali.
Antara pendirian mereka bahawa Islam adalah agama yang benar, namun dalam waktu yang sama agama selain Islam juga benar. Mereka mengatakan bahawa apabila seseorang mendakwa hanya tuhannya dan ajaran agamanya sahaja yang betul, maka dakwaan tersebut adalah bersifat relatif dan terhad dalam konteks agamanya sahaja.
Hakikat sebenar kebenaran tiada sesiapapun yang mengetahuinya dan manusia tidak perlu membuang masa dan membazirkan usaha untuk membenarkan dan mengagongkan agama mereka sahaja.
Kumpulan Muslim Liberal ini juga membahagikan wahyu kepada dua;
iaitu
- wahyu secara bertulis (al-Quran); dan
- wahyu tidak bertulis (Akal Manusia).
Mereka mengatakan bahawa akallah yang sebenarnya yang menghidupkan Teks Al-Quran berdasarkan tujuan, konteks dan suasana semasa. Oleh itu al-Quran dikatakan hanya bersifat menerangkan tujuan-tujuan agama manakala akal manusialah yang sebenarnya bertanggungjawab menyesuaikan al-Quran dengan kehendak kontemporari.
Sebagai contohnya ayat-ayat tentang hukum jenayah Islam dikatakan hanya bertujuan menjatuhkan hukuman kepada penjenayah sedangkan bentuk hukuman seharusnya ditentukan oleh akal manusia selaras dengan peradaban dan ketamadunan manusia.
Mereka bermaksud membuka dan membebaskan tafsiran al-Quran daripada tafsiran silam yang muktabar untuk memajukan umat manusia. Malah mereka menyindir ulama’ yang berpegang kuat kepada tafsiran muktabar dan disiplin ilmu yang ketat sebagai ‘penyembah’ teks al-Quran semata-mata.
Pemikiran ini jika dibiarkan akan menjerumuskan mereka kepada takwilan tersendiri terhadap al-Quran yang amat menyimpang sehingga ada yang mengatakan bahawa syaitan dan malaikat hakikatnya tidak wujud melainkan sikap buruk dan sikap baik yang saling bertentangan dalam jiwa manusia.
Syurga dan neraka juga dikatakan sebagai kesan psikologi kegembiraan, kepuasan dan kekecewaan manusia dalam kehidupan. Cerita-cerita ghaib dan alam akhirat dianggap semata-mata rekaan ulama’ sebagai strategi menambahkan keberkesanan dakwah.
Golongan liberal juga mengatakan disiplin ilmu Islam seperti Usul Fiqh, Mustalah Hadis dan sebagainya adalah buatan ulama’ yang tidak sunyi daripada kecacatan. Segala hukum yang dinyatakan oleh ulama’ semuanya adalah bersifat ijtihadi dan boleh diterima atau ditolak.
Penetapan sesuatu hadis samada mutawatir, sahih atau dhaif juga adalah pandangan ulama’ yang boleh ditolak dan dipertikaikan.
Malah, mereka mempunyai kaedah usul fiqh tersendiri iaitu yang penting adalah tujuan hukum disyariatkan bukan hukum atau syariat itu sendiri. Maka lahirlah hukum-hukum pelik seperti hak dan tanggungjawab yang sama antara lelaki dan perempuan, arak tidak haram jika tidak memabukkan, aurat wanita perlu disesuaikan dengan zaman, azab kubur adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan berbagai-bagai lagi hukum yang tidak pernah dijangkakan akan dilemparkan kepada masyarakat.
Golongan liberal ini tetap ada di mana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja. Walaupun nama dan identiti mereka berbeza, namun manhaj dan pembawaan mereka sama sahaja. Kesemua mereka mendapat didikan dari barat atau pernah berkhidmat dalam mana-mana institusi di barat.
Negara-negara Timur Tengah menyaksikan lahirnya golongan ini yang sebahagiannya ada yang ditarik balik kelulusan dan ijazah mereka oleh universiti asal pengajian mereka. Maka apakah jaminan bahawa golongan ini tidak akan wujud dan berkembang di negara kita yang tercinta ini?
Golongan ini sudahpun muncul dan mula memasukkan jarum "anaesthetic" mereka di sekolah-sekolah berasrama penuh (SBP) seperti yang telah berlaku pada Pertandingan Debat Piala Tun Razak bertempat di Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) Seremban. Penganjur debat cuba berselindung di sebalik nama sekolah tempat di mana pertandingan debat itu berlangsung.
Satu daripada tajuk debat, "ISLAM TIDAK MENGHALANG HOMOSEKSUAL" telah diundi untuk dicadang oleh Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP), namun peserta debat bertindak bijaksana apabila berdiam diri di sepanjang debat tersebut.
Kes ini sedang disiasat sekarang.
Bersamalah kita mengawasinya dan berjuang mempertahankan ajaran Islam yang tulen dan tidak memberikan sebarang ruang kepada golongan sesat seperti ini untuk menimbulkan keraguan terhadap agama Islam.
Inilah yang berlaku terhadap kita yang masih berada dalam lingkungan zon selesa, masih bermaharajakan hiburan yang melampau, meninggalkan masjid-masjid sunyi sepi sedangkan stadium bolasepak dan panggung wayang penuh sesak.
Justeru, umat Islam wajib bangkit dengan ilmu dan wajib beramal dengan tuntutan Allah swt serta perlu segera kembali mempertahankan kedaulatan Islam.
Sumber :
[1] THE MASTERPLAN:
Cetusan ide penulis, Roujin d'Umi.
[2] FAHAMAN ISLAM LIBERAL:
Teks: Mohd Zamrus Mohd Ali
Adaptasi oleh Nazrul Hassan daripada
khutbah Jumaat yang disampaikan
oleh Ustaz Mohd Zamrus Mohd Ali
al-Hafiz, Imam Besar Masjid al-Malik
Khalid, Pusat Islam USM.
...
No comments:
Post a Comment