Thursday, 30 June 2022

Sejarah IPGKKB

SEJARAH PENUBUHAN MAKTAB PERGURUAN KOTA BHARU

Maktab Perguruan Kota Bharu (MPKB) yang kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB) telah dibina di Pengkalan Chepa, Kota Bharu  bagi menggantikan dua buah maktab perguruan sementara di Kirby, Liverpool dan di Wovehampton, England. Kerja-kerja pembinaannya dimulakan pada tahun 1952 dan siap sepenuhnya pada tahun 1954.

Pada mulanya Institut tersebut bernama Malay Teacher Training College (MTTC) tetapi pada tahun 1957 ia ditukar kepada Kota Bharu Training College (KBTC). Seramai 12 orang pensyarah telah didatangkan dari Kirby kecuali pensyarah Bahasa Melayu. Mr. Robert Williams tiba di Maktab pada 29 Jun 1954 dan telah dilantik sebagai Pengetua pertama IPGKKB. Sebelum ini institut telah diuruskan oleh Mr. Cottier yang dilantik sebagai Pemangku Pengetua.

Pengambilan pertama guru pelatih seramai 150 orang (62 lelaki dan 90 perempuan) telah dibuat pada 24 Ogos 1954 dan IPGKKB telah dibuka dengan rasminya oleh Pesuruhjaya Tinggi Mr. Donald McGillivray pada 11 Oktober 1954. Upacara yang bersejarah itu telah dihadiri oleh Pembesar Negeri, di antaranya adalah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Tengku Mahkota Kelantan, Penasihat British, Menteri Besar, Timbalan Pengarah Pelajaran Persekutuan, Jurutera Negeri, Pengarah Pelajaran Negeri dan Pegawai Daerah.

Dalam jangkamasa 56 tahun (1954-2010), IPGKKB telah dan melahirkan guru-guru bekas pelatih dari pelbagai program pengajian pendidikan:

Antara tahun 1954 hingga 1957, IPGKKB telah melatih guru sekolah menengah dengan menawarkan kursus Pendidikan, Kesihatan, Bahasa, Seni Lukis, Kerjatangan, Geografi, Sejarah, Ilmu Hisab, Sains, Muzik dan Sains Rumah Tangga.

Pada tahun 1957 hingga 1970, IPGKKB telah memulakan latihan guru sekolah rendah. Pada tahun 1963, IPGKKB telah menerima pelaja-pelajar dari Brunei dan Singapura.

Daripada tahun 1971 hingga 1975, Institut telah menawarkan kursus Bahasa Melayu kepada guru di Sekolah Inggeris dan pelatih tahun akhir dihantar ke Maktab Perguruan Sultan Idris/IPSI bagi lelaki dan Maktab Perguruan Melayu Melaka bagi perempuan. Pada masa yang sama KBTC telah melatih guru bukan Melayu yang mengajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan dan guru rakyat yang mengajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan dan di Sekolah Rakyat. Kursus guru rakyat ini tamat pada tahun 1975 dan sehingga tarikh itu Institut telah bejaya melatih lebih dari 1000 orang guru rakyat.

Antara tahun 1975 hingga 1986, IPGKKB telah melatih kedua-dua guru sekolah rendah dan sekolah menengah. Kursus ini mengambil masa selama 2 tahun. Pada 1979, Institut telah menawarkan kursus dalam cuti guru sementara selama 3 tahun dan berakhir pada Disember 1981.

Seterusnya pada tahun 1984 hingga 1990, Institut ini telah menandatangani Kursus Dalam Cuti (KDC) bagi guru sementara di sekolah rendah dari seluruh Negara. Pada 1990-1991, Institut menerima pelajar KDC Kemahiran Hidup.

Bermula tahun 1985 hingga 1991 IPGKKB mengendalikan KDC Pendidikn Pemulihan yang setiap program mengambil masa 7 minggu.

Mulai 1989 IPGKKB diberi peranan melatih guru dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Agama, Bahasa Melayu, Geografi, Sejarah dan Ekonomi.

Daripada tahun 1989 hingga 1993 IPGKKB mengendalikan Kursus Peningkatan Keilmuan Profesionalisme (KPKP) kepada guru BI yang terkeluar dari perkhidmatan berikutan terlaksananya Sistem Saran Baru (SSB). Selama 3 bulan mereka akan dipertimbangkan ke gred C8.

Mulai tahun 1991 IPGKKB mengendalikan Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) Bahasa Melayu, Matematik dan Pemulihan kepada guru terlatih dalam 2 semester.

Pada tahun 1992 pula, Institut mengendalikan Kursus Perguruan Asas (KPA) pengambilan dua kali setahun lima semester di mana Pengkhususan Muzik, Matematik dan Sains diperkenalkan sebagai tambahan kepada kursus sedia ada. Pada 19 Jun 1994 kumpulan pertama seramai 318 orang pelatih ditempatkan ke seluruh negara kerana menjalani praktikum penempatan terus ke sekolah.

Mulai Julai 1996 IPGKKB mengendalikan KursusDiploma Perguruan Malaysia (KDPM), kursus dalam perkhidmatan satu tahun bagi guru-guru terlatih dengan Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah, Pendidikan Pemulihan, Pendidikan Matematik Sekolah Rendah dan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

Kursus Diploma Perguruan Khas (KDPK) Pendidikan Matematik Sekolah Rendah, Pengajian Bahasa Inggeris (TESL) dan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran telah diperkenalkan mulai Julai 1996.

Kursus Dalam Cuti (KDP/KDC) Pendidikan Komputer diperkenalkan pada 1996. 

Menjelang tahun 2000 sehingga kini, IPGKKB mengendalikan kursus seperti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), KPLI, KDC, PLPS, j-QAF, KDP dan lain-lain disamping program berkala seperti Bina Insan Guru (BIG), Sekolah Angkat IPGKKB, Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI), Kelas Intervensi Awal (KIA) dan program Persiangan-Salinatan, Sekolah Rintis dan sebagainya.

Kini IPGKKB hampir ke penghujung usia dan dijangka akan ditukarkan fungsinya kepada KV/TVet pada tahun 2020 setelah tamatnya kursus PISMP Dis 2019, Maka berkuburlah MPKB-IPGKKB dan akan dikenang dalam lipatan sejarahnya yang banyak berjasa & menyumbangkan bakti kepada guru-guru di seluruh negara. 
#nostalgiampkbpgkkb
#hilangmutiadaganti

Monday, 27 June 2022

Dr Maza ulasan debat capaliuun

๐€๐๐€๐๐ˆ๐‹๐€ ๐“๐„๐‘๐“๐”๐ƒ๐”๐‡ ๐‚๐”๐๐€ ๐Œ๐„๐๐„๐๐“๐”๐Š๐€๐ ๐’๐€๐Š๐’๐ˆ

1. Saya hadir menyaksikan debat tentang tuduhan sesat ke atas S. Nazim al-Haqqani. Saya tidak mahu memutuskan secara rasmi kedudukan tarekat itu sehingga mesyuarat rasmi Fatwa Perlis nanti. Saya hanya ingin mengulas di sudut kaedah penghujahan. Mohon maaf, ini kerana, saya melihat cara penghujahan yang ganjil. Penghujahan yang jika diterima, tiada atau hampir tiada kes di dunia ini yang boleh disabitkan. Ini kerana pihak tertuduh menjadi penentu dalam menerima atau menolak bukti kesalahan yang dia lakukan.

2. Jika sesuatu ajaran sesat tidak membenarkan kita membuktikan kesesatannya melainkan dari sumber yang dia setuju sahaja, maka tiada ajaran sesat yang dapat dihukum sesat. Pastinya mereka tidak akan memilih bukti yang mengesahkan kesesatan mereka. Bayangkan, jika ajaran sesat seperti Ayah Pin yang disaksikan oleh kesesatannya oleh khalayak pengikutnya yang ramai. Mereka bersepakat mengakui perkara-perkara yang dia ajar mereka. Ada pula bukti tulisan dan rakaman. Apabila kita hendak memutuskan ia sesat, tiba-tiba pihak Ayah Pin memberitahu bahawa semua bukti itu tidak boleh diterima pakai melainkan percakapan atau kenyataan orang yang dia dilantik sebagai wakilnya sahaja. Jika selain dari orang yang dia lantik, pembuktian mereka tidak diterima. Padahal ajaran sesat itu telah disaksikan oleh mereka yang dia lantik dan mereka yang tidak dia lantik.

3. Jika kita menerima hujah itu, maka benar-benar membodohkan akal, atau terbabas dalam memahami kaedah-kaedah dalam penghujahan. Dalam kes menuduh sesuatu ajaran itu sebagai sesat, bererti ajaran itu berada di kandang tertuduh. Kita mendatangkan bukti-bukti yang mengukuhkan tuduhan. Selagi bukti itu kukuh atau ada sandaran yang diterima dari segi pembuktian, maka ia dibawa sebagai hujah dalam pertuduhan. Tidak semestinya bukti itu disetujui oleh tertuduh untuk dijadikan bukti. Sudah pasti tertuduh tidak mahu bukti yang membenarkan tuduhan terhadapnya. Jika dia diberikan ruang untuk memilih bukti tuduhan terhadapnya, pasti dia memilih bukti yang menunjukkan dia tidak bersalah.

4. Adapun untuk menentukan siapakah wakil yang sah bagi seseorang, itu dalam ruang yang dia ada hak seperti perkara-perkara di bawah kendali atau miliknya. Demikian juga dia berhak menentukan siapakah yang boleh meriwayatkan daripadanya, jika itu satu periwayatan. Namun, jika dia berdusta dalam periwayatan, ada saksi menunjukkan dia dusta, maka samada dia setuju saksi menjadi perawinya atau tidak, tuduhan dusta ke atasnya boleh dibuat walaupun oleh orang yang dia tidak setuju sebagai muridnya atau rawinya. Jika tidak, tiada rawi pendusta yang boleh dituduh dalam ilmu ๐‘Ž๐‘™-๐ฝ๐‘Ž๐‘Ÿโ„Ž ๐‘ค๐‘Ž ๐‘Ž๐‘™-๐‘‡๐‘Ž’๐‘‘๐‘–๐‘™ (menghukum perawi yang ditolak dan diterima). Rawi-rawi dusta dituduh dusta berdasar apa yang orang lain dengar dia sebut, sekalipun dia tidak suka mereka dengar.

5. Di sini kita faham kenapa tokoh usul Mazhab Malik al-Imam al-Qarafi (meninggal 684H) dalam kitabnya yang terkenal ๐‘Ž๐‘™-๐น๐‘ข๐‘Ÿ๐‘ข๐‘ž ุงู„ูุฑูˆู‚  menyatakan betapa selama lapan tahun dia mengkaji perbezaan antara al-Riwayah (periwayatan) dengan al-Syahadah (penyaksian). Sehingga beliau menjadikan itu bab pertama bagi kitab tersebut. Walaupun beliau membahaskan hal-hal yang berkaitan syarat dan seumpamanya, tetapi yang penting dua perkara ini hendaklah dibezakan dalam pemahaman kita ketika menilai isu-isu atau perkara-perkara yang berlaku.

6. Ungkapan al-Quran dalam Surah Yusuf ayat 26 tentang bukti yang datang dari pihak tertuduh sendiri telah digunapakai dalam masyarakat muslim sejak dahulu iaitu ูˆุดู‡ِุฏَ ุดุงู‡ِุฏٌ ู…ِู†ْ ุฃู‡ู„ِู‡ุง (telah bersaksi seorang saksi daripada keluarganya sendiri). Ungkapan ini merujuk kepada kes di mana keluarga, atau teman rapat, atau pengikut setia sendiri menjadi saksi dengan bukti atau hujah yang bercanggah dengan kepentingan diri orang tersebut. Dengan sebutan ungkapan itu dalam al-Quran, ia menjadi hujah bahawa penyaksian pihak yang rapat dengan seseorang yang menyanggahi kepentingannya, merupakan antara hujah yang kuat. Ini kerana mereka bukan pihak musuh, pastinya kejujuran mereka lebih tinggi.

7. Apabila guru tarekat seperti S. Nazim Haqqani mengajar ajarannya, maka dalam tempoh tersebut banyak anak muridnya. Mereka semua menjadi saksi atas ajarannya. Apatahlagi mereka itu masih setia dan bukan musuhnya. Apabila mereka bersepakat memberitahu hal yang sama apa yang dibuat atau diajar oleh guru mereka itu, maka itu antara bukti kukuh tentang ajarannya. Jika ada seorang yang hanya mendiamkan diri atau tidak memberitahu hal berkaitan, itu tidaklah membatalkan apa yang majoriti menjadi saksi tentang hal tersebut. Bahkan, jika ada seorang murid memberitahu apa yang berbeza dari majoriti sedangkan semua mereka dipercayai maka yang seorang itu dinilai ๐‘ ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ง (pelik) dari segi ilmu riwayat. Jika dia pada status daif maka dia ๐‘š๐‘ข๐‘›๐‘˜๐‘Ž๐‘Ÿ dalam istilah kebanyakan ahli mustalah hadis khususnya yang mutaakhir.

8. Tidaklah boleh untuk seseorang berhujah hanya anak murid seorang ini sahaja boleh jadi saksi atau bukti. Ini penghujahan yang pelik. Jika dia berkata, hanya murid itu sahaja wakil sah syeikh mereka dalam berurusan atau mengambil tarekat, maka itu boleh diterima. Dalam kes tuduhan terhadap S. Nazim al-Haqqani, ini bukan kes mahu ambil sanad, atau tarekat atau wakil nikah atau harta. Ini kes tuduhan berdasarkan bukti-bukti yang diterima. Ini penyaksian kes, bukan periwayatan sanad atau perwakilan yang dilantik! Maka, mana-mana murid yang dipercayai atau kesepakatan penyaksian murid yang ramai lebih kuat dari seorang murid, sekalipun yang seorang itu murid kesayangan yang dilantik. Di sini penting memahami dan membezakan ilmu riwayat dan syahadat (penyaksian).

Sunday, 26 June 2022

PCR bertambah

Setahun lagi bertambah kenangan
setahun lagi bakul ingatan
semakin ringan

Setahun lagi cemas menghambat
jarak hayat mendekat
yang diharap lewat, melompat
yang diharap dapat, tiada isyarat

Bertambah juga penangguhan
bertambah lagi yang tidak menjadi
rugi menjana ngeri

Bertambah juga kesalahan
tahun-tahun sebelumnya pun
belum ada pembetulan
selebat alasan

namun alhamdulilah
aku masih pohon renta itu
berdaun satu...

Thursday, 12 May 2022

Amway jimat belanja

KONSEP BERBELANJA JIMAT DI AMWAY SAMBIL BUAT DUIT

Penting sebagai pengguna untuk kita tahu macam mana kita boleh berbelanja JIMAT dan dapat produk BERKUALITI TINGGI sambil buat duit santai santai.

1. Pertamanya kenal pasti barang barang yang kita serta keluarga benar benar perlu dalam kehidupan seharian.

Antara produk keperluan harian paling utama yang ada di Amway ialah:

๐Ÿ”บUbat gigi❤️
๐Ÿ”บBerus gigi❤️
๐Ÿ”บPembersih mulit anli plak❤️
๐Ÿ”บSemburan penyegar pudina❤️
๐Ÿ”บShampoo anti kelemumur❤️
๐Ÿ”บShampoo rambut❤️
๐Ÿ”บHair conditioner❤️
๐Ÿ”บShampoo mandian❤️
๐Ÿ”บCecair pencuci pinggan mangkuk❤️
๐Ÿ”บCecair pencuci baju❤️
๐Ÿ”บSerbuk pencuci baju ❤️
๐Ÿ”บCecair pelembut pakaian❤️

Berbelanjalah ke atas produk produk ini @ sebahagian darinya yang paling perlu ikut kuantiti yang difikirkan sesuai.

2. Pastikan guna produk produk ini IKUT SUKATAN/PANDUAN yang diberi. Ini kerana produk produk ini kebanyakannya adalah CONCENTRATED, bukan seperti produk produk2 lain diluar sana.

Misalnya Cecair Pencuci pinggan Amway, 1 liter boleh mencuci 30,000 keping pinggan mangkuk.

Begitu juga Serbuk Pencuci pakaian Amway (SA8) lkg boleh buat 83 cucian, jauh lebih berkualiti dan menjimatkan berbanding produk2 di luar sana.

Pastikan guna ikut panduan yang diberi. 
DIJAMIN JIMAT, SELAMAT serta 100% JAMINAN WANG DIKEMBALiKAN.

3. Set ubat dan berus gigi misalnya membolehkan anda guna beberapa bulan. JIMAT. Tak perlu nak beli tiap tiap bulan pun ubat dan berus gigi ini.

4. Ulang beli setelah habis dan jadikan ini amalan bagi menggantikan belian produk yang sama di luar sana yang kualitinya belum pasti. Ertinya perbelanjaan kita setidaknya sama dengan perbelanjaan keatas produk2 jenama lain sebelumnya tapi kini kita dapat produk Amway yang dijamin kualitinya.

5. Kalau kita beli semua produk diatas tadi satu unit tiap satu, perbelanjaan kita dalam RM300+ dan kita dapat diskaun 20% serta sehingga 10% CSI ( Customer sales incentive).

6. Beli ulang mana mana produk yang telah habis diguna dan rancang pembelian agar dapat FREE SHIPPING. Dan INGAT!!! Guna ikut sukatan yang dicadangkan agar dapat PENJIMATAN HEBAT sambil buat duit santai.

Bagi saya ❤️๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘DISH DETERGENT & POWDER DETERGENT AMWAY ❤️๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘adalah paling AWESOME dan WAJIB ada untuk setiap rumah disamping produk produk lain.

*Semak balik posting keupayaan Dish Detergent & Powder Detergent berbanding dengan produk2 pencuci popular lain. Memang TERBUKTI jimat. 

Dan yang nak cantik, cute, putih, gebu cara JIMAT, WAJIB cuba Artistry Skin Care Products.

Dan nak sihat dan bertenaga. Kita WAJIB ambil Set Nutrilite.

Anda cuba anda tahu. Bandingkanlah harganya dengan mana mana jenama setanding lain, produk AMWAY memang JIMAT dan BERKUALITI TINGGI
❤️

#berniagadarirumah #berniagaonline
#bangkitbersamaamway #kerjayasepanjanghayat
#amwaybusinessowner #onlineshopping
#amwaypayapermai

Friday, 6 May 2022

Vellfire baik sewa sahaja

KOS MEMILIKI VELLFIRE VS SEWA VELLFIRE

Tulisan ini adalah kepada mereka yang bercita-cita ingin memiliki vellfire baru. Moga dapat ambil menfaatnya. Kongsikan tulisan ini kepada pasangan korang. Biar tulisan ini bercakap untuk pihak kalian ๐Ÿ˜…

Bawa vellfire balik kampung dengan ahli keluarga tu memang best. Kereta besar, selesa, anak-anak seronok dan boleh punggah banyak barang. Ini adalah MPV terbaik kegilaan ramai orang. Siapa yang dah pakai vellfire, susah nak downgrade ke MPV lain.

Aku juga pemilik kenderaan ini.

So matlamat utama memiliki sebuah vellfire adalah KESELESAAN.. ingat KESELESAAN..

Beberapa bulan lepas, aku jumpa seorang sahabat. Umurnya sudah lebih 50 tahun. Investment beliau merata tempat. Beliau adalah orang yang success namun hidup low profile. Duduk rumah pun income beratus ribu sebulan. Jangan risau, beliau bukan trader forex.

Beliau telah kongsikan sesuatu yang menyebabkan aku berfikir panjang. Padahal benda itu aku dah sedar lama, cuma aku tak jumpa orang yang praktikkannya lagi. Bila sahabat aku yang jauh lebih success dari aku buat benda ni, menung juga aku sekejap.

Katanya,

 "Matematik Tidak Pernah Menipu Kita. Ilmu matematik ada banyak dalam AlQuran. Cuma kau gunakan ilmu ini untuk hidup, atau kau gunakan ilmu ini untuk nafsu". 

Fuhhh dalam kata-kata dia. Terkesima aku.

Jom aku kongsikan, 

1. Jika kita beli vellfire recond 2.5cc 2019 harganya sekitar RM250,000 waktu ini.

RM3000 sebulan pinjaman (RM36,000 setahun)
RM7000 setahun insuran
RM780 setahun cukai jalan
RM400 purata maintanance (RM4800 setahun)

Ini tidak termasuk upgrading, sportrim, sound system, ekzos dan sebagainya yang lazim dibuat oleh pemilik kenderaan ini.

Jumlah kos yang kita keluarkan setahun untuk memiliki sebuah kenderaan ini ialah RM48,580.

Jika kenderaan ini kita gunakan selama 9 tahun, kos keseluruhan adalah sebanyak RM437,220. 

(+/- harga insuran mengikut nilai kenderaan)

2. Kenderaan ini akhirnya akan outdated juga nanti dan pasti ada keluaran baru yang lebih menawan. Waktu itu jiwa kita meronta-ronta untuk memiliki keluaran baru pula. Itulah sifat manusia.

3. Secara purata, aku sendiri balik ke kampung 6 kali dalam setahun. Setiap kali balik, aku akan spend maksimum 4 hari menjadikan setahun hanya selama 24 hari.

4. Dalam setahun, purata aku bawa anak-anak berjalan jauh dan bermalam 2 kali dan rata-ratanya hanya 2 hari. So aku gunakan vellfire ini untuk bercuti bersama keluarga hanya 4 hari sahaja.

5. Keseluruhan penggunaan kenderaan vellfire ini dalam lingkungan 28 hari dalam setahun. Selain dari itu, kenderaan ini hanya di parking dan tidak sesuai untuk kegunaan harian. Saiznya besar dan penggunaan petrol yang tidak ekonomi. underutilize.

6. Waktu ini, vellfire baru boleh disewa dengan kadar RM700 sehari. Untuk kegunaan selama 28 hari kita hanya perlu kos sewaan RM19,600 sahaja tanpa memikirkan keperluan baikpulih, roadtax, insurans, tayar dan sebagainya. Kita spend hanya 40% sahaja berbanding memilikinya secara total.

7. Bila aku argue hal ini, sahabat tadi ingatkan semula pada aku,

"Matlamat kau memandu vellfire untuk apa? Kau dapat tak KESELESAAN yang kau mahukan tadi?
Adakah perlu kau miliki?".

Berfikir secara realistik itu sebenarnya mudah sahaja, tetapi berfikir dengan nafsu dan kehendak itu yang susah. 

Banyak ilmu dan pengalaman yang aku belajar dari sahabat ini, kali ini aku mahu cuba praktikkannya sendiri. 

Harap-harap aku tak tergoda dengan amoi seksi pakai skirt pendek di use car lagi. Nampak gayanya burn lah deposit aku kat usecar tu. 

Nota : Abaikan posting ini jika kau mahu jadikan vellfire lambang kejayaan. 

Fairus Mohd Tabiee
Penulis Kacak

Binaan atas kubur

Tinggalkan kebiasaan kita yang salah. Hiasilah kubur mereka dengan doa dan sedekah.
_________________________________

Larangan Membuat Bangunan di Atas Kubur

Larangan yang dimaksud adalah membuat bangunan atau rumah atau memasang kijing (marmer) di atas kubur.

Pertama, perkataan ‘Ali bin Abi Tholib,

Dari Abul Hayyaj Al Asadi, ia berkata, “‘Ali bin Abi Tholib berkata kepadaku, “Sungguh aku mengutusmu dengan sesuatu yang Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wa sallam- pernah mengutusku dengan perintah tersebut. Yaitu jangan engkau biarkan patung (gambar) melainkan engkau musnahkan dan jangan biarkan kubur tinggi dari tanah melainkan engkau ratakan.” (HR. Muslim no. 969).

Syaikh Musthofa Al Bugho -pakar Syafi’i saat ini- mengatakan, “Boleh kubur dinaikkan sedikit satu jengkal supaya membedakan dengan tanah, sehingga lebih dihormati dan mudah diziarahi.” (At Tadzhib, hal. 95). Hal ini juga dikatakan oleh penulis Kifayatul Akhyar, hal. 214.

Kedua, dari Jabir, ia berkata,

ุนَู†ْ ุฌَุงุจِุฑٍ ู‚َุงู„َ ู†َู‡َู‰ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ -ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…- ุฃَู†ْ ูŠُุฌَุตَّุตَ ุงู„ْู‚َุจْุฑُ ูˆَุฃَู†ْ ูŠُู‚ْุนَุฏَ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุฃَู†ْ ูŠُุจْู†َู‰ ุนَู„َูŠْู‡ِ

Dari Jabir, ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang dari memberi semen pada kubur, duduk di atas kubur dan memberi bangunan di atas kubur.” (HR. Muslim no. 970).

Kalam Syafi’iyah

Matan yang cukup terkenal di kalangan Syafi’iyah yaitu matan Abi Syuja’ (matan Taqrib) disebutkan di dalamnya,

ูˆูŠุณุทุญ ุงู„ู‚ุจุฑ ูˆู„ุง ูŠุจู†ูŠ ุนู„ูŠู‡ ูˆู„ุง ูŠุฌุตุต

“Kubur itu mesti diratakan, kubur tidak boleh dibangun bangunan di atasnya dan tidak boleh kubur tersebut diberi kapur (semen).” (Mukhtashor Abi Syuja’, hal. 83 dan At Tadzhib, hal. 94).

Imam Nawawi rahimahullah berkata, “Yang sesuai ajaran Rasul –shallallahu ‘alaihi wa sallam– kubur itu tidak ditinggikan dari atas tanah, yang dibolehkan hanyalah meninggikan satu jengkal dan hampir dilihat rata dengan tanah. Inilah pendapat dalam madzbab Syafi’i dan yang sepahaman dengannya.” (Syarh Shahih Muslim, 7: 35).

Imam Nawawi di tempat lain mengatakan, “Terlarang memberikan semen pada kubur, dilarang mendirikan bangunan di atasnya dan haram duduk di atas kubur. Inilah pendapat ulama Syafi’i dan mayoritas ulama.” (Syarh Shahih Muslim, 7: 37).

Barakallahufiikum
#followsunnahrosul
#keepistiqomah

Wednesday, 4 May 2022

PCR di rumah syawal

DI RUMAH SYAWAL

Terus menunggu
sesiapa yang kembali
memulangkan rindu
memulakan yang baru

Namun yang bergilir-gilir
hanya datang
dan ku lambai-lambai
yang segera pergi
memegang dunia
di tangan

Aku melihat sepi
di atas kerusi
aku melihat ngeri di atas meja
dikelilingi para pemimpi
aku melihat wajah-wajah kosong
dan senyuman sombong

Aku mendengar ketawa
yang meraung-raung
aku menonton api pekerti
membakar budi 

Aduhai  apakah kerana aku telah renta
dan citra rindu ku 
pangkalan dulu
dimeriahi perahu cinta

Tuesday, 3 May 2022

PCR parit sulong

PARIT SULONG

Lambaiannya di tengah-tengah
di antara pekan ke pekan

Kampungnya rendah
hujan sebaik tiba
mempamerkan lembah

Kebun-kebun sawit
turun ke parit-parit
namun dusun-dusun menaiki cerun
menggelangkan bukit

Terdengar-dengar raung dan laung
dari Bukit Kepong
dan sejuta desah selendang merah
daerah maruah basah berdarah

Yang diburu memandu mewah
suluhan lampunya ke antarabangsa
bercahayakan bintang tiga

Nun di lurah
cucu-cucu arwah
mengutip remah

Ku tinggalkan indah pandang
pada tempatnya
ku bawa seribu radang

040522

Tuesday, 26 April 2022

PCR hadiah

HADIAH
(buat Dr Rojanah Kahar)

Bukan sekadar sekotak ingatan
tetapi dalam dakapan ku petang ini
seribu satu kenangan

Bandingannya bukan emas permata
tetapi sejuta mekar dalam sukma
menyemarakkan nostalgia
dan meriah raya

Nilainya bukan ringgit seraga
tetapi rasa dihargai yang menusuk jiwa
kerana yang diberi seada-adanya
yang diterima bagaikan bianglala
di gurun senja

Tiada balasan dari ku
kecuali air mata ini
dari ain keikhlasan yang dalam
dan doa kegemilangan
serta salam silaturahim
buat mu

Monday, 25 April 2022

PCR lidah

LIDAH

Lembut menyebut
sebaik tertikam sukar dicabut
kalau dalam tertusuk
ngilunya membusuk

Kalau manja memujuk
gelora masuk ke teluk
yang garang menerkam
sepenuh malunya membungkam

Di situlah juga berkumpulnya rasa
mengiurkan minda selera
yang tidak diredhai pun memaksa
menjadi hamba
sampai lalai sepenuh alpa

Ilmu dan intelektualisme
tidak selalu bertemu di hujungnya
kecuali nafsu dan rindu
tipu pun menderu dari situ

Ya, dia tidak panas
tetapi mencairkan besi
dia tidak bernyala
tetapi menghanguskan samudera
dia tidak perkasa
tetapi meruntuhkan ancala
dia bukan siapa-siapa
tetapi merubah dunia
(silakan disambung...)

Alhamdulillah, dijanjikan pahala
menjaganya...

260422

PCR sahur

SAHUR

Jari-jari kantuk
mengais-ngais hambar dalam mangkuk
kuah tak tumpah ke nasi
remah-remah selera bertaburan
di meja cinta

rungut mengunyah
pesan Rasulullah

rencah sahur menjadi sampah
di permulaan ibadah

Aku melihat para syaitan
menghamparkan alasan
di ranjang subuh

PCR: Tinggal usang

 TINGGAL USANG bukan tidak pernah digelar pegawai diraikan di gerbang ruai    kini segelung rawai di pantai landai tanpa Avecenia dan Rhizop...