Sunday, 21 September 2025

Surah yunus: ayat 5-6

 💎𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐒.𝐖.𝐓 𝐃𝐢 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐞, 𝐏𝐞𝐫𝐞𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐭𝐚𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐃𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 & 𝐒𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐃𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐚𝐧𝐠.💎


𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙆𝙝𝙖𝙢𝙞𝙨 18/09/2025 / 25 𝙍. 𝘼𝙬𝙖𝙡 1447𝙃 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙔𝙪𝙣𝙪𝙨 (04) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [05-06]


F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨: https://youtu.be/_ZFd7vZHuls?si=SBoBYLdgZkhj3Xao 


🌷𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:

1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Yunus dengan ayat 05 dan ayat 06 dalam juzuk kesebelas.


2. Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan bahawa kuasa Allah S.W.T di Universe, alam semesta yang terbentang luas ini seluruhnya. 

Allah yang mentadbir & menyusun atur semuanya tanpa pernah penat atau lelah.


3. Lihatlah kepada matahari dan bulan yang cerah bersinar, serta peredarannya yang tidak pernah clash atau bertembung, berjalan dan berputar di atas paksi & orbit masing-masing. 


4. Juga silih bergantinya perjalanan malam dan siang, tidak pernah rehat atau cuti, teratur dan tersusun sepanjang tahun. 


*Ayat ini untuk mengisbatkan kekuasaan Allah s.w.t di alam ini- jangan kamu sombong & tak reti bahasa; menikmati ciptaan Allah tetapi tetap syirik & menyembah selain dari-Nya.


5. Munasabah dengan ayat sebelumnya:


i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan tentang ketetapan Ketuanan Allah (Rububiyyah) bahawa Pencipta, Pemilik & Pentadbir alam ini adalah Allah.


 Serta tauhid Ketuhanan bahawa hanya Allah sahaja yang layak & berhak disembah, dipuji & tempat meminta pertolongan!


ii- maka datang ayat ini Allah bawa dalil-dalil kekuasaan-Nya dalam ciptaan Allah dalam makhluk di ufuk (langit).


 Betapa bulan bintang matahari, pertukaran siang malam; semua itu menunjukkan satu kekuasaan & penciptaan yang amat agung!


 Orang yang tengok & tak nampaknya adalah mereka yang buta mata hati! 


أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ 


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓- {𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐭𝐚𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐢𝐧𝐚𝐫-𝐬𝐢𝐧𝐚𝐫 (𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐛𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠) 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐜𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐚𝐩-𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐢𝐭𝐮 (𝐛𝐞𝐫𝐩𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡-𝐫𝐚𝐧𝐝𝐚𝐡) 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭-𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐞𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠-𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠) 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐢𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐚. 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐟𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫. 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐲𝐚𝐭-𝐚𝐲𝐚𝐭𝐍𝐲𝐚 (𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚-𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚) 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐤𝐚𝐮𝐦 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐡𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 (𝐡𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚).} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟓)


1. Kata ulama'- ayat ini & ayat 12 surah Isra’ menuntut manusia untuk belajar ilmu astronomi. 


Supaya kita dapat memahami betapa hebatnya kekuasaan Allah s.w.t dalam ciptaan-Nya dengan apa yang ada di langit lalu ambil iktibar dan pengajaran agar kita jangan sombong dan ingkar.


2. Allah-lah yang mencipta dua makhluk yang besar iaitu matahari & bulan dengan pelbagai faedah & hikmah yang banyak:


i- 𝐦𝐚𝐭𝐚𝐡𝐚𝐫𝐢 yang 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐢𝐧𝐚𝐫-𝐬𝐢𝐧𝐚𝐫 dengan 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐛𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠- yang memberi cahaya & haba untuk kegunaan manusia. 


Betapa dengan panas matahari tumbuh pokok-pokok & masak buah-buahan, kering benda-benda yang basah, menjana tenaga solar dan pelbagai kegunaan yang banyak lagi. 


Kita kena manfaatkan semua nikmat & kurnia yang Allah beri ini. 


Sama seperti air hujan yang Allah hantar turun dari langit- kita tidak guna & manfaatkan nikmat Allah ini sebaiknya.


ii- 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐜𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚- iaitu cahaya yang sejuk dan lembut sebagai pedoman kepada manusia pada waktu malam dan menjadi sumber hitungan hari ikut taqwim hijrah (lunar calendar).


3. Kita orang yang beriman kena cari hikmah disebalik segala kejadian ciptaan Allah ini untuk ambil iktibar & menambahkan keimanan!


 Jangan sama seperti orang tidak beriman yang hanya melihat semua nikmat Allah tanpa memberi faedah iman dan apa-apa kesan.


4. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah:

{Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran bintang, dan menjadikan padanya matahari serta bulan yang menerangi.} (Al-Furqaan 25:61)


4. Allah juga telah tentukan perjalanan bulan & matahari pada tempat atau landasannya masing-masing. 


i- Bulan itu perjalanannya mempunyai 28 stesen- manazil {مَنَازِلَ}, setiap stesen itu di atas buruj dan ada 12 buruj di langit. 


Pada setiap malam ia akan berjalan dan berhenti pada setiap stesennya itu- serta pada 2 malam terakhir tak nampak jika bulan itu genap 30 hari. 


Jika tidak selepas 28 atau 29 hari akan lahir anak bulan baru. 

Berakhirnya 1 bulan itu apabila lengkap satu pusingannya.


ii- matahari itu pula berjalan atas paksi & orbitnya tersendiri pula- pusingan perjalanannya adalah selama 12 bulan atau setahun.

 Ia berjalan ikut orbitnya tanpa terpesong, dari timur ke barat sehingga tibalah hari Kiamat- iaitu ia tukar arah perjalanannya – muncul dari barat pula dengan arahan Allah s.w.t!


5. Ke mana matahari pergi?


 Hadis riwayat Abu Zar r.a:

Bahawa pada suatu hari Nabi s.a.w bersabda: 

Tahukah kamu ke mana matahari pergi? 

Para sahabat menjawab Allah dan Rasul-Nya lebih tahu. 

Rasulullah s.a.w bersabda lagi: 

Matahari berjalan hingga berakhir sampai ke tempat menetapnya di bawah Arasy, lalu menjatuhkan diri bersujud. 

Dia (matahari) terus dalam keadaan begitu hingga difirmankan kepadanya: Naiklah, kembalilah dari mana engkau datang. 

Matahari pun kembali, sehingga di waktu pagi terbit lagi dari tempat terbitnya. 

Kemudian berjalan, hingga berakhir pada tempat menetapnya di bawah Arasy, lalu bersujud dan tetap dalam keadaan begitu, sampai difirmankan kepadanya:

Naiklah, kembalilah dari mana engkau datang. Matahari kembali, sehingga di waktu pagi muncul dari tempat terbitnya. 

Kemudian ia kembali berjalan tanpa sedikit pun manusia menyedarinya, hingga berakhir pada tempat menetapnya itu di bawah Arasy, lalu difirmankan kepadanya:

Naiklah, terbitlah dari Barat. 

Maka pagi berikutnya, matahari terbit dari sebelah Barat. 


Rasulullah s.a.w melanjutkan: Tahukah kamu bila itu terjadi? Itu terjadi saat: 

“Tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu atau ia belum mengusahakan kebaikan dalam masa imannya”. (Sahih Muslim No.228) 


*Iaitu saatnya berlaku Kiamat lalu matahari terbit dari barat~ hari Kiamat itu diketahui tetapi hari tanpa tarikh-  Dr Abu Anas Madani ~.


6. Sebagaimana firman Allah s.w.t:

{Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;} (Yaa Siin 36:38) 


{Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.} (Yaa Siin 36:39) 


*Allah buat perbandingan yang dikenali oleh orang Arab pada waktu itu.


{(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.} (Yaa Siin 36:40)


7. Untuk apakah Allah cipta peredaran matahari dan bulan yang sentiasa tepat dan benar di atas paksi & orbit perjalanannya ini? Iaitu 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐤ita manusia 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐢𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐚 malam & siang, bulan & tahun. 


 Itulah objektifnya kita seperti manfaat dari bilangan hari itu kerja dunia & Akhirat.


8. Nota: Jika segala sesuatu yang Allah jadikan itu tetap ada guna dan faedahnya; maka kejadian manusia oleh Allah yang tersusun dari jasmani, akal nurani & roh Rabbaninya- maka apalah gunanya jika hidup & matinya adalah sama kejadiannya seperti makhluk lain yang tidak berakal!


 Faedah apa jika manusia & lembu sama! 

Kita ada akal & tanggung-jawab maka pilihlah yang ada pahala & bawa kebaikan!


9. Yakni Allah mengajak manusia merenung kepada penciptaan langit yang luas, dengan galaksi, bintang, matahari, bulan, awan, hujan, petir.


 Ini adalah satu hikmah yang beza untuk menunjukkan keagungan & kekuasaan Allah yang amat besar untuk yang tadabbur dan tafakkur!


 Ciptaan Allah semua berhikmah, tidak mungkin Allah cipta semua ini dengan sia-sia & tanpa faedah.


10. Firman Allah s.w.t:

{Dan (ingatlah) tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, secara main-main.}(Al-Anbiyaa' 21:16)


11. Allah nyatakan semua hujjah & dalil-dalilnya yang jelas supaya kita dapat tadabbur & berfikir akan kekuasaan Allah mentadbir & menyusun semua ini! 


Kesan kebaikan yang Allah cipta dan buat ini semuanya untuk kegunaan & kebaikan makhluk-Nya. 


12. Allah tidak berhajat untuk semua itu- Allah cipta makhluk ini untuk faedah makhluk juga!


 Jika kita manusia kita buat untuk kita guna sendiri- tetapi Allah tidak begitu kerana Dia tidak berhajat kepada makhluk. 


Semua perkara di bawah kuasa Allah s.w.t & pentadbiran-Nya.


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐮𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐢𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢, 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢, 𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚-𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠-𝐮𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐭𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡) 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐮𝐦 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐡𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐪𝐰𝐚.} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟔)


1. Munasabah ayat:

i- dalam ayat sebelumnya Allah nyatakan tanda-tanda kekuasaan-Nya melalui ufuq di atas langit- kemudian Allah nyatakan perjalanan matahari & bulan di orbitnya.


ii- dalam ayat ini adalah ayat atau dalil yang ketiga iaitu dalam silih bergantinya siang dan malam, dengan panjang-pendeknya mengikut musim. 


Semua itu adalah tanda-tanda keterangan, dalil kepada orang yang bertaqwa & ada akal.


2. Kemudian dalil berikutnya Allah nyatakan pula kekuasaan-Nya dalam menjadikan pertukaran siang & malam yang silih-berganti tanpa henti. 


3. Semua tanda-tanda ini Allah buat untuk menguatkan keimanan kita kepada-Nya.

 Menjadi dalil bagi orang yang berakal & yang bertaqwa kepada Allah. 


4. Semua dalil-dalil ini untuk kaum yang berfikir & ambil iktibar pengajaran! 


Orang yang tidak ada akal tidak akan nampak & tidak akan hiraukan dalil-dalil ini- tak ada beza dengan haiwan yang ada otak saja tetapi akalnya tidak berfungsi!


5. Lihatlah betapa orang Badwi hanya belajar fardhu ain- yakni buat perbandingan dengan tahi unta saja; 


مقولة الأعرابي الذي سئل: بِمَ عرفتَ ربك؟ فقال: "البَعرةُ تدل على البعير، والأثَر يدل على المسير، ليل داجٍ، ونهار ساجٍ، وسماء ذات أبراج، أفلا تدل على الصانع الخبير؟!


Jika ada tahi unta- pastilah ada ibunya unta!!!


 Satu perbandingan yang amat mudah, simple & jelas bagi orgyg berakal- jika ada makhluk (ciptaan) pastilah ada Khaliq iaitu Penciptanya!


6.Ayat ini ditafsirkan juga dengan firman Allah ini:

{Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;} (A-li'Imraan 3:190) 


7. Iaitu dalam pertukaran siang & malam adalah tanda-tanda yang hanya difahami oleh ulul-albab {لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ}, iaitu orang-orang yang memiliki akal bersih dan hati yang hidup.


7. Mereka bukan sahaja menggunakan akal untuk berfikir, tetapi menggunakannya untuk sampai kepada iman dan ketaatan bukan sekadar pergi bercuti, healing menikmati keindahan alam saja.


🎀𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:

1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓- {𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐭𝐚𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐢𝐧𝐚𝐫-𝐬𝐢𝐧𝐚𝐫 (𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐛𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠) 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐜𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚,…}- Allah nyatakan kepada kita bahawa Dia-lah yang mencipta matahari & bulan serta mengatur setiap perjalanannya.


Betapa susunan tiga ayat ini yang amat indah & tertib:

i- ayat 3- Allah cipta langit & bumi;

ii- ayat 5- Allah cipta matahari & bulan;

iii- ayat 6- Allah cipta malam & siang silih berganti!


Kata ulama' tadabbur: Semua ayat-ayat yang kita beljar ini adalah satu galakan yang besar untuk kita berfikir tentang makhluk ciptaan Allah s.w.t!

 Jangan tengok dengan mata saja- tetapi kena fikir & tadabbur serta tengok dengan hati (عين البصيرة)- baru nampak kekuasaan & keagungan Allah s.w.t. 


Kita orang beriman jangan tengok saja; kena tengok dengan mata iktibar maka akan bertambah ketajaman akal, terbuka hati & bertambahlah iman! 


Jika tengok saja & cuai dalam hal ini maka rugilah dia tidak akan mendapat faedah-nya; hanya akan dapat ambil gambar, healing, posting & share dan seumpamanya sahaja.


2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓- {𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐭𝐚𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐢𝐧𝐚𝐫-𝐬𝐢𝐧𝐚𝐫 (𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐛𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠) 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐜𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚,…}- 

Kata ulama': Ayat ini juga menunjukkan galakan untuk kita mencari ilmu!

 Islam ini agama ilmiyah & professional, agama akademik- bukan agama ikutan saja tanpa berfikir & kaji (taqlidiyyah).


Kerana itu Allah sebut secara susunan yang tertib- selepas cerita tentang kejadian langit & bumi- Allah cerita pula tentang perjalanan matahari & bulan. 


Semua itu yang dapat kita lihat & ikuti di atas kita.

 Jadi kenap kita tidak buka minda & akal untuk belajar semua ilmu itu!


Bertambah kita belajar dan mengetahui semua keistimewaan makhluk ciptaan Allah ini akan semakin mantap keimanan orang yang buka hati & mindanya.


Seperti ahli falaq & astronomi yang dapat mengetahui & buat bacaan tentang akan berlaku gerhana matahari atau bulan- tetapi mereka tidak dapat melawan kekuasaan Allah untuk menukar atau membatalkan kejadian itu!


Tetapi dengan ilmu ini membolehkan kita membuat persiapan dan pengumuman awal untuk melakukan solat gerhana sebagaimana yang diajar oleh Nabi s.a.w. 


Rugilah kalau kita tak ambil peluang ini dengan sedikit ilmu yang diberi Allah ini!


Ia juga untuk menunjukkan kepada kita akan keagungan Allah bukan sekadar fenomena & kejadian alam!


3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓- {… 𝐝𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐚𝐩-𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐢𝐭𝐮 (𝐛𝐞𝐫𝐩𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡-𝐫𝐚𝐧𝐝𝐚𝐡) 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭-𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐞𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠-𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠) 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐢𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐚..}- kata ulama' tadabbur ayat ini & kembarnya (Isra’ ayat 12) adalah asas kepada ilmu tentang waktu dan tarikh, ilmu tentang hisab kira-kira perjalanan hidup, manazil (stesen perjalanan) bulan dan sejarah bagi umat ini!


Firman Allah s.w.t:

{Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan agama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.} (Al-Israa' 17:12)


Sebagaimana dalam sejarah penentuan tarikh atau taqwim Islam- Sayyidina Umar r.a yang menjadi khalifah pada masa itu memberi pendapat yang amat tepat dan bermanfaat- iaitu memulakan taqwim untuk umat Islam ini dengan tarikh hijrah.


Terlebih dahulu Sayyidina Umar memangil para sahabat sebagai penasihat untuk bermusywarah dalam menentukan taqwim ini maka ada beberapa pendapat:


I- ada yang mencadangkan untuk dimulakan dengan tarikh kelahiran Nabi s.a.w- Umar tidak setuju kerana sama seperti tarikh miladi (masihi) yang menghitungnya bermula dari tarikh kelahiran Nabi Isa a.s. 


Umar kata tidak- kerana agama kita adalah agama amali, agama yang praktikal bukan agama nostalgia yang mengenang sesuatu yang telah berlalu!


ii- ada cadangan untuk dikira bermula dari hari Kebangkitan iaitu hari diutus Muhammad s.a.w sebagai rasul. 


Umar tidak setuju juga kerana hari itu Islam belum kuat, beru bermula dengan lemah! 

Kita mahu sesuatu yang kuat & mantap!


iii- lalu akhirnya taqwim umat Islam dikira bermula dari Tuhan Hijrahnya Nabi s.a.w dari Makkah ke Madinah kerana hijrah memidahkan antara yang haq & batil. 


Ia adalah Taqwim Hijri yang berpandukan kepada pergerakan bulan (lunar calendar) bukan matahari seperti taqwim masihi.


Kerana itu jumlah harinya dalam setahun sentiasa bergerak & tidak tetap jumlahnya setiap bulan- kerana ikut pergerakan bulan di manazilnya!


Tetapi apa boleh buat kerana sekarang kita umat Islam yang lemah- dok ikut belakang kafir & penjajah barat; maka sehingga ke hari ini kita menggunakan taqwim masihi susunan orang bukan Islam.


4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓- {𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐭𝐚𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐢𝐧𝐚𝐫-𝐬𝐢𝐧𝐚𝐫 (𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐛𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠) 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐜𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚,…}- dalam ayat ini Allah bezakan sifat cahaya antara dua makhluk-Nya ini:


i- Matahari ada cahaya & haba yang panas {ٱلشَّمْسَ ضِيَآءًۭ}  seperti api pelita atau lilin kita itu manakala;


ii-  bulan ada cahaya tetapi tidak panas {وَٱلْقَمَرَ نُورًۭا}! 


Dalam setiap ayat yang Allah nyatakan pasti ada hikmah dan sesuatu ilmu yang ingin disampaikan! 


Kita tak boleh melewatinya begitu saja- NO- kena tengok tafakkur & tadabbur!!


𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓- {… 𝐝𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐚𝐩-𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐢𝐭𝐮 (𝐛𝐞𝐫𝐩𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡-𝐫𝐚𝐧𝐝𝐚𝐡) 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭-𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐞𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠-𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠)…}- dalam ayat ini Allah sebut bahawa Allah telah sediakan tempat perjalanan & tempat singgah bulan itu {وَقَدَّرَهُۥ مَنَازِلَ}.


Betapa perjalanan bulan itu begitu tepat dan ditentukan setiap stesen (manazilnya). 


Sebagaimana dalam ayat surah Yaa sin tadi yang Allah ceritakan perjalanan bulan & bandingkan bulan sabit ketika kecil seperti tandan tamar yang keirng!


Kenapa Allah tidak sebut perjalanan matahari walaupun matahari juga ada stesen dan orbitnya?


Jawapan:

Allah sebut perjalanan bulan tetapi tidak matahari dalam ayat ini kerana perjalanan bulan itu kita dapat melihatnya sendiri dengan mata kita, pada setiap malam perubahan kedudukan & saiz bulan ini!


 Manakala matahari kita tidak nampaknya kerana terlalu jauh & terang. 


Allah mahu kita tengok & berfikir! Kerana itu pengggunaan bulan Qamari ini lebih dikenali di kalangan Arab. Cuma pada hari ini puak kafir berjaya menaikkan taqwim masihi mereka & tidak ada orang yang kenal bulan qamari ini!


Allah kata dengan bulan juga kita dapat mengetahu bilangan hari & mengira waktu.

 Kita orang Islam kebanyakan ibadat kita juga terikat dengan bulan seperti puasa & haji.


Tetapi solat kita terikat dengan matahari- kerana ia bersifat harian- maka kena ikut perjalanan matahari yang kitaran perjalanannya adalah 24 jam. 

Esok adalah hari & pusingan lain pula.


Bulan tidak begitu- kitarannya bersambung dari sehari ke sehari- belum habis dengan berakhirnya waktu malam itu- sehinggalah cukup tempohnya sebulan- samada 29 atau 30 hari. 


Inilah hikmah yang Allah ajar kepada kita! 


Ayat ini menjadi isyarat bahawa mengenali tarikh & waktu itu adalah satu nikmat & ilmu yang bermafaat kepada kita! 


Untuk mengetahui tarikh seperti kiraan masa & temu janji. 


Hatta untuk orang yang berhutang bagi mengetahui tarikh yang dijanjikan untuk bayar hutang- agar tidak lari & alasan untuk mungkir. 


Malangnya manusia hari ini mudah lupa waktu & tarikh apabila berjanji atau berhutang!


 Bahaya sekali jenayah tidak menepati janji ini apatah lagi orang yang memang kerjanya scammer!


5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐮𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐢𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢, 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢, 𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚-𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠-𝐮𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐭𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡) 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐮𝐦 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐡𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐪𝐰𝐚.}- dalam ayat ini Allah menegaskan dengan ta’kid- sesungguhnya {إِنَّ} bahawa dalam semua kejadian ciptaan Allah ini adalah tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan & keagungan Allah bagi orang yang bertaqwa!


Ayat ini menjadi peringatan yang besar kepada kita- apakah kamu nak menjadi orang bertaqwa atau tidak?


Jika nak jadi orang yang bertaqwa; maka kena gunakan akal kamu, lapangkan dada kamu, buka minda kamu, fokuskan tujuan kamu kepada tiga perkara ini:


i- belajar nama-nama Allah yang indah

ii- menghayati sifat-sifat Allah yang tinggi.


iii- lihat kepada kejadian & ciptaan Allah yang hebat seperti pergantian malam & siang ini.


Semua ini akan menjadi tanda kepada orang yang bertaqwa & orang cerdik yang ada akal.


Allah fokuskan peringatan ini kepada orang yang bertaqwa kerana hanya orang yang bertaqwa dapat melihat & mendapat manfaat dari segala nikmat & kurniaan Allah ini.


Ya Allah jadikan kami dari golongan orang yang bertaqwa.


Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya. 

𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶𝓁𝒶𝓂.🎀


#𝙐𝘼𝙈✎𝗖𝗮𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗵 𝙆𝙝𝙖𝙢𝙞𝙨 18/09/2025 / 25 𝙍. 𝘼𝙬𝙖𝙡 1447𝙃🌷


Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Yunus 2025 (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:


Link: 

https://www.youtube.com/playlist?list=PLC16EIfOI4LCezq32AtjEt24_fUbZeiy3


Semoga Bermanfaat!


Surah yunus: ayat 7-10

 💎𝐆𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐧𝐨𝐥𝐚𝐤 𝐀𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭 𝐊𝐞 𝐍𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚, 𝐆𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐊𝐞 𝐒𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚 & 𝐔𝐜𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐒𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚.💎


♥ 𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙎𝙖𝙗𝙩𝙪 20/09/2025 / 27 𝙍. 𝘼𝙬𝙖𝙡 1447𝙃 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙔𝙪𝙣𝙪𝙨 (05) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [07-10]♥


F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨: https://youtu.be/tfy0WaRRCWE?si=lMuxzVAO6a_SYyu4 


🌷𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:

1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri 5, Tafsir Surah Yunus dengan ayat 07 dan ayat 10 dalam juzuk kesebelas.


2. Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan bahawa terdapat dua kumpulan manusia iaitu yang beriman & yang kafir tidak beriman.


 Balasan kumpulan yang kafir menolak akhirat akan dihumban ke neraka.


3. Manakala bagi golongan yang beriman, Allah akan pimpin mereka ke jalan yang benar atas dunia ini & mereka akan mendapat balasan syurga di Akhirat. 


4. Allah nyatakan juga kesyukuran ahli syurga walaupun telah berada di dalam syurga- mereka sentiasa berzikir memuji Allah, mengucapkan syukur, alhamdulillah kepada Allah di atas segala nikmat syurga itu.


5. Munasabah dengan ayat sebelumnya:


i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan dalil-dalil yang kuat, jelas & kukuh bahawa Allah s.w.t adalah Pencipta alam ini- yang kemudian menyusun atur & mentadbirnya.


ii- maka datang ayat ini Allah nyatakan bahawa setiap manusia selepas mati nanti akan dibangkitkan semula untuk hidup balik di Akhirat kelak. 


Oleh kerana puak kafir menentang, menolak tak mahu terima maka Allah mulakan akan perihal orang kafir dulu dalam ayat ini!


أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ 


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐮𝐡 𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐦𝐮𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐢 (𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧), 𝐝𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐫𝐞𝐝𝐚 (𝐛𝐞𝐫𝐩𝐮𝐚𝐬𝐡𝐚𝐭𝐢) 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐭𝐚-𝐦𝐚𝐭𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐭𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚𝐦 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐲𝐚𝐭-𝐚𝐲𝐚𝐭 (𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚-𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧) 𝐊𝐚𝐦𝐢,} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟕)


1. Allah menceritakan kepada kita tentang jenis kumpulan manusia. 

Yang pertama ialah golongan kafir yang:


i- 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐮𝐡 𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐦𝐮𝐢 Tuhan 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧. 


Yakni mereka tidak percaya kepada Akhirat & apatah lagi takut akan kebangkitan semula & hisab selepas mati nanti! 


Mereka lansung tidak berharap untuk bertemu Tuhan, atau mengharapkan pahala dan tidak takut kepada dosa!


ii- mereka juga 𝐫𝐞𝐝𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐮𝐚𝐬𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐭𝐚-𝐦𝐚𝐭𝐚. 


Kerana mereka tidak percaya akan Akhirat maka pastilah mereka hanya mengejar dunia sahaja! 


Kaut keuntungan atas dunia ini sebanyak mungkin- belasah apa saja yang ada di depan mereka. 


iii- 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐭𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚𝐦 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚. Maka mereka amat puas hati & gembira dengan apa yang mereka dapat capai atas dunia ini- tidak memikirkan akan balasan baik atau buruk di Akhirat kelak.

 Kita orang beriman kena sebaliknya!


iv- 𝐝𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐲𝐚𝐭-𝐚𝐲𝐚𝐭 (𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚-𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧) Allah. 


Mereka tidak percaya, tidak mahu ambil peduli atau cakna kepada ayat-ayat Allah. 


Mereka  tidak cuba ambil faedah pengajaran darinya! 


Hidup mereka hanya lihat, makan-minum cari rezeki untuk dunia sahaja! 


2. A𝐲𝐚𝐭-𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚-𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 Allah ini samada:

i-  ayat-ayat Kauniyyah- yang dapat dilihat dengan mata kepala mereka sendiri seperti langit-bumi, bukit-bukau, gunung-ganang dan semuanya!


ii-  ayat-ayat yang Allah turunkan iaitu al-Quran. Kita baca al-Quran dia kata dongeng atau sihir.


3. Hadis- Dari Anas b. Malik r.a. katanya- Nabi s.a.w bersabda; "Allah sangat suka kepada hamba-Nya yang mengucapkan tahmid (Alhamdulillah) sesudah makan dan minum." (HR. Muslim)


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟖- {𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 (𝐝𝐢 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚), 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐝𝐢𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐝𝐢 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭) 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐧𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚; 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧.} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟖)


1. Maka datang ayat ini Allah nyatakan balasannya bagi mereka yang demikian sifat & perbuatannya; 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐝𝐢𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐢 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭 kelak 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐧𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚 dan segala azabnya yang pedih! 


2. Sebab mereka mendapat balasan ini ialah kerana 𝐤𝐞𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧; Allah nyatakan sebab balasan pula!


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟗- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐥 𝐬𝐨𝐥𝐞𝐡, 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐮𝐫𝐧𝐚 𝐢𝐭𝐮. (𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐤𝐞 𝐭𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠) 𝐬𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢-𝐬𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐢𝐫 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐝𝐢𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡 𝐧𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭.} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟗)


1. Munasabah ayat:

i- dalam ayat yang sebelumnya Allah nyatakan tentang kumpulam yang kufur, ingkar & keras kepala, maka;


ii- seperti biasa, uslub al-Quran yang indah membawa pula sifat kumpulan yang sebaliknya iaitu mereka yang beriman & bertaqwa kepada Allah.

 Iaitu mereka yang beriman solid dengan kesemua rukun iman.


2. Bagi mereka 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐥 𝐬𝐨𝐥𝐞𝐡, Allah 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 untuk mendapat hidayah Allah atas dunia ini 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐮𝐫𝐧𝐚 𝐢𝐭𝐮. 


3. Ini bertepatan dengan doa yang mereka baca setiap hari, membaca dan memohonnya dalam setiap solat mereka yang rasminya 17 kali serta lebih lagi dalam yang solat sunatnya:


{Tunjukilah kami jalan yang lurus-

 ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ} (Al-Faatihah 1:6) 


4. Allah membalasnya bagi mereka 𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐤𝐞 𝐭𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢-𝐬𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐢𝐫 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐝𝐢𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡 𝐧𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭.


5. Lalu dengan sebab mereka ada sijil iman & bekalan amalan soleh; menjadi kelayakan untuk mereka mendapat balasan yang mulia dan nikmat yang kekal abadi ini. 


6. Peringatan: 

Benar dinyatakan bahawa semua manusia masuk syurga dengan rahmat Allah bukan dengan sebab amalnya semata-mata!! 


Tetapi ingat dalam masa yang sama untuk mendapat rahmat Allah pastilah seseorang itu kena beriman & beramal soleh! 


*Yakni betul kita masuk syurga dengan sebab rahmat Allah- tetapi nak dapat rahmat Allah pastilah ada syarat & sebabnya pula!!


7. Iman & amal tidak dapat dipisahkan bukan seperti yang didakwa oleh puak murji’ah, sekular & liberal sekarang yang memisahkan iman & amal. 

Kerana itu tidak pelik mereka senang-senang menghina hukum agama. 


8. Allah bayangkan kepada kita betapa indahnya nikmat syurga. Ini kerana atas dunia ini pun betapa manusia suka kepada tempat rehlah yang ada air samada air terjun yang semulajadi atau taman tema air ciptaan manusia. 


Di dalam syurga nanti pastilah tidak akan terbanding lagi keindahannya!!!!


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎- {𝐃𝐨𝐚 𝐮𝐜𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐒𝐮𝐜𝐢 𝐄𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧! 𝐃𝐚𝐧 𝐮𝐜𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡: 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚! 𝐃𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐝𝐨𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐩𝐮𝐣𝐢 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐭𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐚𝐥𝐚𝐦!} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟏𝟎)


1. Kemudian Allah nyatakan bahawa doa para penghuni syurga kelak ialah: {سُبْحَـٰنَكَ ٱللَّهُمَّ} 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐒𝐮𝐜𝐢 𝐄𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧- yakni kami bersihkan Engkau Ya Allah daripada segala kekurangan.


3. Nota: Orang yang mendapat kebahagiaan apabila mereka masuk ke dalam syurga kelak & mendapati segala yang dijanjikan Tuhan, 


i- mereka lalu mempersembahkan:{سُبْحَـٰنَكَ ٱللَّهُمَّ} yang bermaksud {𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐒𝐮𝐜𝐢 𝐄𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧}.


ii- Dan apabila mereka menikmati segala nikmat kurniaan Allah di dalam syurga itu mereka mengucapkan pula syukur kepada Tuhan: 

{ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ}- Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.


4. Hadis dari Jabir bin Abdullah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 


إنَّ أهْلَ الجَنَّةِ يَأْكُلُونَ فيها ويَشْرَبُونَ، ولا يَتْفُلُونَ ولا يَبُولونَ ولا يَتَغَوَّطُونَ ولا يَمْتَخِطُونَ قالوا: فَما بالُ الطَّعامِ؟ قالَ: جُشاءٌ ورَشْحٌ كَرَشْحِ المِسْكِ، يُلْهَمُونَ التَّسْبِيحَ والتَّحْمِيدَ، كما تُلْهَمُونَ النَّفَس


“Sesungguhnya penduduk syurga, mereka makan dan minum di dalam syurga, namun mereka tidak meludah, tidak kencing, tidak buang air besar, dan tidak mengeluarkan kahak.”

Para sahabat bertanya: ‘Lalu bagaimana nasib makanan di perut mereka?’

Jawab Nabi s.a.w: “Menjadi sendawa, dan keringat yang berbau misk (kasturi). 

Mereka diilhami selalu bertasbih dan bertahmid, sebagaimana kamu selalu bernafas.” (HR. Muslim, no. 2835).


5. Yakni ahli syurga ini diberi ilham untuk sentiasa memuji dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang diterima. 

Oleh kerana nikmat yang tidak putus-putus maka pujian itu juga tidak putus! 


6. Hadis- Dari Anas b. Malik r.a. katanya, Nabi s.a.w bersabda; "Allah sangat suka kepada hamba-Nya yang mengucapkan tahmid (Alhamdulillah) sesudah makan dan minum." (HR. Muslim)


7.  Kemudian ucapan sesama ahli syurga pula: 𝐃𝐚𝐧 𝐮𝐜𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡: {سَلَـٰمٌۭ} 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚! 


8. 𝐃𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐝𝐨𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐩𝐮𝐣𝐢 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐭𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐚𝐥𝐚𝐦.


9. Iaitu mereka akhiri ucapan & tutup doa mereka dengan sekali lagi memuji Allah s.w.t: {أَنِ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ} 

Iaitu semua pujian hanya layak untuk Allah s.w.t Pemilik Alam ini, yang bersifat dengan Maha sempurna daripada segala kekurangan, bersama kita agungkan & sayangkan Allah.


10. Doa ini ada dua ada kategori: 

i- doa permohonan untuk meminta;

ii- doa ibadat kepada Allah semata-mata.


11. Maka doa itu tidak semestinya minta kerana ahli syurga tidak ada apa lagi yang mereka mahu- semua sudah mencukupi- maka doa mereka itu adalah semata-mata pujian & ibadat untuk Allah s.w.t!


🎀𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:


1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐮𝐡 𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐦𝐮𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐢 (𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧), 𝐝𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐫𝐞𝐝𝐚 (𝐛𝐞𝐫𝐩𝐮𝐚𝐬𝐡𝐚𝐭𝐢) 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐭𝐚-𝐦𝐚𝐭𝐚…}- 


Kata ulama' tadabbur seperti Ibnu Asyur rhm: Ayat ini menjadi satu isyarat bahawa keindahan & kemewahan dunia; setakat mana kita redha & gembira dengannya- sejauh itu juga kita dengan Akhirat. 


Yakni tengok pergantungan hati kita- makin kuat bergantung dengan dunia- makin jauh & lemah dengan Akhirat! 


Kerana itu satu sifat zuhud- di mana walaupun kaya tidak ada masalah jika dunia hanya di tangan tetapi jika dunia sudah masuk ke dalam hati akan binasalah!


Dunia ini Allah jadikan kita hidup atas dunia sebagai tempat untuk kita hidup & mencari rezeki dunia & bekalan Akhirat. 


Perumpamaan: Kapal di atas air itu biasa dan tidak menjadi masalah;

tetapi jika air sudah masuk ke dalam kapal maka itu akan membawa masalah & boleh tenggelam kapal!


Begitulah jika dunia sudah bertakhta di dalam hati- manusia boleh tenggelam dalam kehidupan dunia semata-mata.


2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟖- {𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 (𝐝𝐢 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚), 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐝𝐢𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐝𝐢 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭) 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐧𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚; 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧.} - bagi mereka neraka dengan sebab apa yang mereka usahakan!


Kata ulama' seperti Syeikh Ibnu Atiyah : 

Ayat ini untuk menolak fahaman sesat jabariyyah yang mengatakan manusia ini tidak ada ikhtiar, tidak ada usaha & pilihan- hanya seperti robot- buat dan lakukan apa yang Allah sudah tetapkan! 


Ulama' ahli Sunnah kata tidak begitu! 

Atas dunia ini kita ada pilihan- pilihan di tangan manusia- nak pilih jalan yang benar atau jalan yang sesat! 


Kita buat perbuatan dengan pilihan kita walaupun semua itu ditentukan oleh Allah s.w.t – iradah kauniyyah. 


Allah kata dengan sebab apa yang kamu usahakan: Yakni dengan sebab atas dunia dulu kamu buat yang tak baik maka di Akhirat kamu akan dibalas neraka. 


Apa benih yang ditabur, itulah hasil yang akan kamu tuai! 

Tanam padi maka padilah yang akan kamu tuai & petik!


3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟗- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐥 𝐬𝐨𝐥𝐞𝐡, 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐮𝐫𝐧𝐚 𝐢𝐭𝐮.}- dalam ayat ini jelas Allah letakkan iman kepada Allah sebagai kunci dan sebab kebaikan.


Bila ada kunci iman barulah kita diberi hidayah, dipimpin kepada jalan yang benar & diredhai, siratul-mustaqim- yang penting ada iman!!


Selagi tidak ada iman manusia tidak boleh bergerak, tidak boleh berjalan- iman itu yang utama sekali yang kamu kena ada & jaga kerana tanpa iman yang lain tak berjalan! 


Bila ada iman barulah ada hidayah untuk Allah pimpin kita meneruskan segala amalan yang baik. 


Kerana yang menggerakkan kita ini ialah keimanan!


 Apabila iman ada dalam hati ia akan menyebabkan kita nak beribadat, nak buat baik nak jauhkan diri dari maksiat & mungkar!


Kita kena mantapkan iman kita kepada Allah- barulah Allah pimpin kita, bimbing kita kepada jalan yang selamat insya' Allah!


4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟗- {(𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐤𝐞 𝐭𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠) 𝐬𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢-𝐬𝐮𝐧𝐠𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐢𝐫 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐝𝐢𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐲𝐮𝐫𝐠𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡 𝐧𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭.}- orang yang beriman akan masuk ke dalam syurga yang penuh nikmat dengan sungai-sungai yang mengalir!


Apakah hikmahnya Allah sandarkan syurga itu kepada nikmat? 


Sedangkan jika sebut syurga saja sudah cukup kerana syurga itu penuh nikmat & keindahan.


Jawapan:

Ini kerana nikmat di dalam syurga itu nikmat yang lengkap & penuh: 


i- samada nikmat dalam hati, suka gembira, hati penuh keredhaan & ketenangan.


iii- nikmat badan yang dapat dinikmati secara fizikal. 

Makanan, minuman, tempat tinggal & perhiasan yang indah, pasangan yang sempurna dan pelbagai nikmat lagi. 


Ini kerana jika hati tak gembira & redha, kita tidak akan dapat menikmati juga secara fizikal!


 Hati happy- mulut pula selera makan, badan sihat – baru dapat dinikmati segala nikmat itu!


Kerana itulah rahsia Allah sebut syurga-Ku yang penuh nikmat {جَنَّـٰتِ ٱلنَّعِيمِ}.


5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎- {𝐃𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫 𝐝𝐨𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐩𝐮𝐣𝐢 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐫𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐭𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐚𝐥𝐚𝐦!}- dalam ayat ini Allah menamakan pujian & tasbih kepada Allah sebagai doa.


Sama seperti tahlil, takbir, tahmid- semua itu juga doa. 


Sebagaimana yang kita nyatakan bahawa doa itu ada dua kategori:


i- doa yang semata-mata ibadat.

 Kita puji & sebut nama Allah tanpa meminta apa-apa permintaan. 


ii- doa permintaan- kita minta pelbagai kehendak dan keperluan kita kepada Allah!


Hadis- Kata Ibnu Abbas r.a Doa yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w ketika dilanda kesulitan adalah: 


"لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، 

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ",


Ertinya: "Tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Agung lagi Maha Lembut. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan Arasy Yang Agung. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan langit, Tuhan bumi, dan Tuhan Arasy Yang Mulia".

 [HR al-Bukhari dan Muslim].


*Ulama' salaf menamakan doa ini doa ketika kesusahan.


 Dalam Kitab Perisai Muslim ada doa ini:  

https://dartaibah.com/store/Perisai-Muslim-RUMI-Cetakan-Baru-p20192005 


Hadis- Rasulullah ﷺ berpesan bahawa sesiapa yang berdoa dengan doa Nabi Yunus ini, maka Allah akan memperkenankan doa mereka. 


{لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ}.

{Tiada Tuhan selain-Mu, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim} [Surah al-Anbiyā’ ayat 87]. 

Sabda Rasulullah:

 ‎فإنه لم يدع بها مسلم ربه في شيء قط إلا استجاب له

Sesungguhnya tidak ada muslim yang berdoa dengannya untuk apa saja (hajatnya), melainkan akan dimakbulkan Allah doanya itu.” (HR Ahmad, dinilai Sahih oleh Ahmad Syakir).


Doa ahli syurga- {سُبْحَـٰنَكَ ٱللَّهُمَّ} menunjukkan betapa semangatnya mereka memuji dan bersyukur kepada Allah di atas segala nikmat yang tidak putus-putus itu. 


Semakin banyak nikmat semakin kuat & semangat mereka berdoa memuji Allah!


Kata ulama' seperti Imam Nawawi & al-Qurtubi rhm: Kita pun apabila berdoa mulakan dengan memuji Allah dan tutupnya juga dengan pujian kepada Allah {ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ}. 


Peringatan: Tak perlu kita tutup doa kita dengan membaca kisah ahli syurga ini: { وَءَاخِرُ دَعْوَىٰهُمْ- penutup doa mereka ahli syurga adalah…}-


 cukuplah terus kita mengucapkan alhamdulillah { ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ} sebagai doa kita sendiri bukan kita nak terjemahkan ayat itu!!!


*Ingatan untuk sesiapa yang berdoa- kena semak & murajaah dulu.


Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya. 


𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.🎀


#𝙐𝘼𝙈✎𝗖𝗮𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗵 𝙎𝙖𝙗𝙩𝙪 20/09/2025 / 27 𝙍. 𝘼𝙬𝙖𝙡 1447𝙃🌷


Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Yunus 2025 (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:


Link: 

https://www.youtube.com/playlist?list=PLC16EIfOI4LCezq32AtjEt24_fUbZeiy3


Semoga Bermanfaat!

PCR: Tinggal usang

 TINGGAL USANG bukan tidak pernah digelar pegawai diraikan di gerbang ruai    kini segelung rawai di pantai landai tanpa Avecenia dan Rhizop...