Monday, 13 November 2023

Yakjuj majuj Dr Rosdi

YAKJUJ WA MAKJUJ - Fakta untuk difikir

1. Setelah kewafatan baginda Muhammad saw, tidak Lama ditakdirkan Allah swt hancurlah tembok yang dibina oleh Zulkarnain yang berusia lebih seribu tahun.

2. Yakjuj makjuj telah menyusup keluar melalui pergunungan Kaukasus menuju ke arah Barat iaitu Scandanivia Dan di sana mereka hidup secara nomad dipanggil bangsa Viking.

3. Mereka seterusnya mendirikan Empayar Khazaria Dan dikenali sebagai bangsa Khazar penganut paganism. Di Scotland mereka telah mendirikan pertubuhan2 sulit seperti Freemason/Illuminati dll.

4. Yakjuj makjuj seterusnya menisbahkan bangsa mereka menjadi Yahudi Askenanzi yang dikenali sebagai Zionist. Mereka melahirkan bangsa2 penjajah Inggeris, Belanda, Italy, Portugis dll.

5. Perlu diingat mereka bukanlah suku 12 bani Israel.

6. Suku 12 bani Israel menyedari bahawa mereka tidak lagi dijanjikan tanah suci Jerusalem namun Zionist telah memaksa mereka berpindah.

7. Kerana keenganan tersebut, Bani Israel suku 12 telah dibunuh beramai2 dalam peristiwa Holocaust.

8. Yakjuj makjuj telah merancang tiga perang Dunia dengan pelbagai manipulasi sehingga kepada total reset New World Order untuk menyediakan platform kepada kedatangan AlMasih palsu.

9. Bilangan Yakjuj makjuj semakin ramai seiring perjalanan waktu Dan pengembangan kuasa Dunia sehingga turunnya AlMasih sebenar. Mereka menjadi lebih ganas sejurus runtuhnya tamadun dan peradaban kemanusiaan.

NOTA ;-
1- Saya tak kata fakta ini tepat 100% (untuk di fikir).
2- Sila lengkapkan mana yang kurang dan betulkan mana yang tidak tepat.

3- Namun, saya lebih cenderung untuk melihat begini, berdasarkan kepada kemusanahan tempoh 1500 tahun usia Islam (mengikut pendapat terkuat).

SAMA-SAMA KITA BERFIKIR

Sunday, 12 November 2023

PCR: gazza

TIADA LAGI KEMATIAN DI GHAZZAH

kini tiada lagi kematian di ghazzah
kecuali pengorbanan harta dan nyawa

tiada juga wira-wira yang gugur
kecuali iman-iman
yang tidak luhur

tetapi takwa terus berjuang
bersenjatakan keyakinan
Tuhan memberi perlindungan
Tuhan menjamin kemenangan

mereka wakafkan semuanya
demi bumi diberkati
demi janji dirahmati
kepada tiada selainnya
selain Dia...

081123
Shah Alam.

Tuesday, 7 November 2023

PCR: bukan perwira

SAH-SAH BUKAN PERWIRA

yang penat berdebat
di warung-warung sosial
sah-sah bukan perwira
di Gaza

yang berasa menang membawa pulang
kecurangan retorika
yang berasa kecundang
membawa pulang kejalangan logika

hakikatnya mereka semua kalah
malah menyebarkan kepada ummah
benih-benih amarah
dari Allah

sah-sah mereka bukan perwira
di Gaza
menghadiahkan keluarga dan harta
mewakafkan nyawa
demi bumi berkat penuh rahmat
demi sejarah keramat
demi keikhlasan jihad

051123
Masjid Negeri.

Monday, 6 November 2023

Vaksin, kesan sampingan

Pfizer kalah kes mahkamah dan dikehendaki mendedahkan semua kesan sampingan yang serius. 

*Tahniah kepada mereka yang tidak divaksin.!  Kegigihan anda sememangnya bijak dan betul!*

*FDA kehilangan kes!*
*Pfizer terpaksa mendedahkan data kesan sampingan vaksin! 9 muka surat kesan sampingan! Seluruh dunia terpegun. Rangkaian Maklumat US168 2022-03-05 02:1 kardiomiopati, kegagalan pernafasan akut, vaskulitis tapak suntikan, sawan, alopecia areata, kejutan anaphylactic, Anafilaksis kehamilan, anemia aplastik, trombosis, Aritmia, arthritis,] Asma, bronkospasme, serangan jantung, kegagalan jantung, Ketidakselesaan dada, tercekik, glomerulonefritis autoimun kronik, lupus eritematosus kulit kronik, urtikaria spontan kronik, anemia hemolitik, kolitis, dermatitis, kencing manis, varicella zoster tersebar, Infarksi serebrum embolik, Gangguan endokrin, pruritus, mata bengkak, lumpuh muka, herpes genital, lumpuh saraf glossopharyngeal, vaskulitis hemoragik, serviks, lupus cystitis, lupus encephalitis, sklerosis berbilang, myasthenia gravis neonatal, myelitis, ooforitis tidak berjangkit, tiroiditis, Proctitis ulseratif. Di atas adalah lebih daripada seribu macam tindak balas, tidak terhad kepada kesan sampingan/gejala ketidakselesaan fizikal yang dialami oleh ramai orang. Ia adalah tingkah laku pilihan yang menyakiti diri sendiri kerana ketakutan... Daripada 46,000 orang yang diuji, 42,000 mengalami reaksi buruk! 1,200 orang mati! Tiada apa yang menyeronokkan!*

*Orang yang tidak divaksin! G Tahniah kerana mengekalkan sistem imun anda berfungsi dengan baik*. 
 https://mp.weixin.qq.com/s/9C0ETAd9IOPTRMzZjDu1Tw.

Sunday, 5 November 2023

PCR: pada sujud

PADA SUJUD KEDUA
RAKAAT TERAKHIR

kalau tanjung
di sinilah hujung
laut menyambut

kalau bergelombang
Ya Allah, kupohon lancang
izinkan aku ke seberang

kalau yang kubawa cebisan-cebisan
setelah berkali-kali ku zalimi diri
Ya Allah, jadikanlah lembaran
layar terbentang

Ya Allah, aku ini hamba mu setitis
kupohon jadikannya hujan
curahkan ke padang gersang
sampai takwa jadi rendang

Ya Allah, izinkan aku tak berhenti di sini
sampai pagi

021123
Shah Alam.

Sunday, 22 October 2023

PCR: Sepi

BERMACAM-MACAM SEPI

(1)
sepi itu sendiri
di tengah-tengah ramai
tiada siapa dikenali
tiada pemberi dan penerima lambai
setiap saat mencari
tiada ruang dan peluang berhenti

(2)
sepi itu rindu
di pintu menunggu
semak di lorong hadapan
bertukar hutan

(3)
sepi itu rajuk
tiada siapa memujuk
seorang-seorang menjahit luka
mengutip kecewa
mencabut paku-paku dosa
pada pohon usia

di luar pesta bergempita

(4)
sepi itu seorang diri
menghirup kopi
dialah aku menunggu pergi
di dalam terowong sunyi ini

211023
Shah Alam.

Thursday, 5 October 2023

PCR: Pertemuan

PERTEMUAN

semalam kami bertemu
sebaik aku melangkah pulang
dia datang menghulur tangan kenangan

mujur dia menyapa
kalau tidak entah siapa

"saya roslinda"
lalu ku ingat remaja pendiam
menyembunyikan senyuman
dalam serkup malunya

dia bercerita mengembalikan jeritannya
dikejar ketam di paya bakau Pelabuhan Klang
dan aku teringat wajah pucatnya
melihat pacat memanjat
di kolam terbiar Kampung Sungai Kandis

"saya doktor perubatan
seperti yang cikgu syorkan"
aduhai dalam senyap
ada hiba menyelinap

dan dia bercerita tentang kawan-kawannya
ada yang kuingat nama dan rupa
ada yang hanya kuingat rupa
ada yang hanya kuingat nama
ramai yang aku lupa rupa dan nama

maka dalam senyap
ada rindu menyelinap

yang pasti waktu itu di ambang
semuanya akan hilang
termasuk diri ku

051023
Shah Alam

PCR: Kopi dan pembohongan

KOPI DAN PEMBOHONGAN

kerana selalu diberitahu
ketika menghidangkan kopiku
maka aku sepenuhnya percaya
biji kopi yang digunakan diimport dari Amerika
lebih mahal dari yang biasa-biasa

apabila ada yang mendakwa
sebenarnya diimport dari China
aku sama sekali tidak peduli lagi
semuanya helah dengki

begitulah
sampai tiada siapa ambil endah
kecemasan gembala akan serangan serigala
setelah berkali-kali mendakwa yang sama
pembohongan semata

demikian bermulanya
menjadi gelombang persepsi
apatah lagi pembohongan di kemudi
menggoncang lancang kebenaran
merentasi samudera kelangsungan

dihalalkan dalam protokol Machiavellian
ditulis biru dalam strategi tirani
walau akhirnya menyemarakkan merah
api dan darah

maka sampai bila-bila
sepahit-pahit kopi
dari pepohon benar semurni alami
terasa lemak manisnya.

051023
Shah Alam.

Tuesday, 3 October 2023

Kuliah maulana asri

Assalamualaikum,


Bagi pelajar yang masih tak tahu kat mana nak dapatkan video kuliah Maulana Asri berkaitan kuliah Hadits dan lain-lain  boleh lihat di link di bawah, kami telah  susun video kuliah yang di buat di Lembah Klang, Kota Bharu dan Teratak Hadits (online).Semoga dapat membantu para pelajar yang mengikuti pengajian ilmu hadits , kuliah Maulana Asri.Bagi link youtube sila pilih di kawasan video.


1.Sahih Bukhari  ( Teratak Hadits) online

https://youtube.com/channel/UC9SNqQk2-sx-SE3vXLBIWJw/videos

https://syarahanhadits.school.blog/kitab-ilmu-atas-talian/


https://youtube.com/channel/UCT37KisfgU1kcrVrX6GjiBA/videos

https://syarahanhadits.school.blog/kitab-ilmu/


Rujukan:

https://syarahanhadits.school.blog/sahih-al-bukhari/


2. 99 Usul Di rayat Hadits  ( Teratak Hadits)online


Rujukan Video youtube:

https://m.youtube.com/channel/UChQ_YOldvS-lJgoEAnrhkqQ/videos


3. Jami Tirmizi  ( Teratak Hadits) Online


Rujukan Video youtube:

https://m.youtube.com/channel/UCYwDmnff7eBnXAYOrqnWdYg/videos


4.ILal Tirmizi ( Teratak Hadits) Online


Rujukan Video youtube:

https://m.youtube.com/channel/UCwqn-Tr34Jc-xe5I75-xDPg/videos


5. Berkaitan Kitab Hadits  


Rujukan Video youtube:

https://youtu.be/aBYTFkbQhB0

Rujukan Facebook:

https://fb.watch/b060YpoANr/


6.  Masjid Darulkautsar Bachok, Kelantan


Untuk pengajian  kelas Tafsir  Al Quran:

Rujukan Video youtube:

https://youtube.com/channel/UC-QPRug0qjMxuAljSr-s1DA/videos

Untuk rujukan web video kuliah: https://raudhahquran.school.blog/tafsir-al-quran-dengan-al-quran/


7. Dewan Kuliah I- Paksi  Kota Bharu.


Video rujukan di youtube:

https://youtube.com/channel/UCPn9UNkn0Foe2EYZenqfTHQ/videos

Rujukan keseluruhan kuliah di I-paksi: 

https://syarahanhadits.school.blog/kitab-azan/


8.Dewan Kuliah Teratak Hadits 


Rujukan Video Kitab Peperangan:

https://m.youtube.com/channel/UC7g1m3C2gAFGnYc9CgcwKjw/videos


9. Kuliah Sunan Abi Daud


Sila klik tulisan merah dalam web ini untuk melihat video kuliah:

https://syarahanhadits.school.blog/sunan-abi-daud/


10. Maqalat Al Islamiyyin


https://youtube.com/playlist?list=PLOl-3cL4v4b5N_33W4pFVaWT7ycHOvTHy


11. Bagi Video Kelas Teratak Hadits di sini.


https://m.youtube.com/channel/UCvW-3pDx3sOURzKGWgrPFPg/videos


12. Koleksi tulisan dan web di sini:


https://syarahanhadits.school.blog/blog/

https://www.galerimaulana.com/laman-utama

https://www.almafhum.net/


13. Bagi melihat Jadual perjalanan kuliah  dan ebook di telegram


https://t.me/webteratakhadits

https://t.me/ebookteratakhadits


Link infaq Kuliah:


https://toyyibpay.com/Infaq-Kuliah

Sunday, 1 October 2023

PCR: 150

SERATUS LIMA PULUH RINGGIT

yang dihebohkan
terkumpul dalam sampul marhaen
daripada lelah dan peluh tercurah
daripada luka-luka kian bernanah
daripada gundah berkumpul membarah

separuh untuk kelaparan
separuh daripada separuh untuk kemenjadian
separuh daripada separuh daripada separuh
untuk berbeza daripada yang merempat
separuh daripada separuh daripada separuh daripada separuh
untuk menghirup embun nikmat

hanya sampai bulan menyabit langit
tempayan bergaung kosong
sampul disambar angin
keperluan berduyun-duyun memaksa
kelangsungan menuntut haknya

kembali mencari dan berlumba
dengan azam bulan penuh
sedang semalam terlalu berat untuk hari ini
esok tiada lagi tanda tanya
dan dipujuk mengundi lagi

011023
Rinching.

PCR: Kopi kecewa

KOPI KECEWA

untuk meredakan kecewa ini
kutambahkan gula ke dalam kopi
begitu kata sangkaku
sesudu demi sesudu
sampai manisnya tepu

semoga tersira semua hampa
sehirup kutelan semua

tetapi di bibirku berasa medu
tidak langsung ke tekak
termuntah ke baju putihku

lalu kutambah lagi kopi
ke dalam kopi baru
begitu kata hatiku
sesudu demi sesudu

sampai pahitnya tepu menghitam
sampai pekatnya secawan jadam

lalu dengan sekali laju
kutelan ragu-ragu

malam pun pulang
kubawa siang ke gelanggang

011023
Ulu Beranang.

PCR: Tinggal usang

 TINGGAL USANG bukan tidak pernah digelar pegawai diraikan di gerbang ruai    kini segelung rawai di pantai landai tanpa Avecenia dan Rhizop...