Sunday, 17 December 2023

PCR berburu

KE SINI KE SITU

sebaik aku tahu kau di situ
aku berburu-buru datang 
mahu menemuimu
hanya untuk diberitahu
kau telah berburu-buru
pulang ke sini
sebaik kau tahu 
aku sudah kembali 

di manakah agaknya kita berselisih?
bukankah sepatutnya ketika saling mendekat
jantung kasih berdebar hebat?

maka berburu-buru aku
kembali ke sini
sebelum kau tahu aku telah sampai di situ
bimbang kau berburu-buru pula seperti aku

hanya sebaik aku sampai
pintu pertemuan kita berkunci
seperti keadaan waktu kutinggalkan
bukankah anak kunci
ada ditangan mu juga?

melihat jejak keretamu
tiada di halaman
cincinmu di jari
jatuh ke kaki

171123
Shah Alam.

No comments:

Post a Comment

Ringkasan pax judaica

 Berikut adalah susunan isi penting berdasarkan teks yang anda berikan, yang membincangkan kaitan antara doa Nabi Sulaiman A.S., pembentukan...